You are on page 1of 59

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH (GSST)

NAMA : NORROHANIZA ABDUL RAHIM TARIKH : 7 FEBRUARI 2011 6 MEI 2011

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

MISI SEKOLAH MENJANA GENERASI PELAJAR YANG KOMPETEN BERTERASKAN PENDIDIKAN BERKUALITI DAN BERTERUSAN

VISI SEKOLAH RPS SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TERBILANG

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN


PENTADBIR SMK RAJA PEREMPUAN IPOH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2011

BIODATA MENTOR
NAMA : NORAINI NORDIN

ALAMAT LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENDIDIKAN MATEMATIK (UPSI) MAJOR MINOR PENGALAMAN MENGAJAR SUBJEK YANG DI AJAR SEKOLAH YANG PERNAH DI AJAR

: 5 PERSIARAN DESA TAMBUN 2A, TAMAN RIMBA TAMBUN, 31400,IPOH PERAK : IJAZAH SARJANA MUDA : MATEMATIK : SAINS : 23 TAHUN : MATEMATIK TAMBAHAN : 1. SMK RAJA CHULAN, IPOH 2. SMK BADRUL ALAM SHAH, KEMASEK, TERENGGANU 3. SMK CHANGLOON, KEDAH 4. SMK PEREMPUAN RAJA ZARINA, PELABUHAN KLANG 5. SMK RAJA PEREMPUAN IPOH

BIODATA MENTEE

NAMA RAHIM NO I/C ALAMAT LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

: NORROHANIZA ABDUL : 870621-08-5780 : NO 5, LORONG SALLEH BAKI, KAMPUNG GUNUNG MESAH HILIR, 31600 GOPENG PERAK : 1. SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG PANJANG, PERAK. 2. SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA, KEDAH. 3. KOLEJ MATRIKULASI JOHOR 4. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN SAINSMATHS,FIZIK-) : MATEMATIK : < 1 TAHUN : ADDMATHS, SAINS, SIVIK : 1. SMK KUDAT 2 , SABAH 2. SMK RAJA PEREMPUAN IPOH, PERAK

MAJOR PENGALAMAN MENGAJAR SUBJEK YANG DI AJAR SEKOLAH YANG PERNAH DI AJAR

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 5 Masa Bidang Aspek Objektif

: : : : : :

KETERANGAN 7 Feb 2011 9.00 pagi - 2.00 petang 1. Bersama Jabatan Pelajaran Negeri Perak Taklimat Orientasi Guru Baru (GSST) 1. Memberi maklumat ringkas kepada guru baru 2. Pendedahan awal kepada guru baru mengenai sekolah 3. Menerima surat penempatan rasmi

Aktiviti

1. Guru baru melapor diri dan mendaftar di PPD 2. Guru baru mendengar ucapan dari Timbalan Pengarah JPN Perak 3. Guru baru mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah 4. Guru baru juga diberi taklimat ringkas oleh KPP Unit Naik Pangkat 5. Guru baru juga seterusnya mendengar ceramah dari Ketua Penolong Pengarah (Sekolah Menengah) 6. Guru baru menerima surat penempatan rasmi. 7. Guru baru melaporkan diri di sekolah.

Penilaian

Hasil penerangan mendapat maklum balas semua pihak yang terlibat Maklumat yang disampaikan dapat sedikit banyak meningkatkan pengetahuan guru baru tentang profesion perguruan.

Rumusan

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 5 6 Masa Bidang Aspek Objektif Aktiviti

: : : : : : :

KETERANGAN 7 Feb 2011 2.30 4.30 petang 1. Melapor diri di sekolah Taklimat bersama pentadbir sekolah 1. Pendedahan awal kepada guru mengenai sekolah 1. Guru baru melapor diri di pejabat sekolah 2. Guru baru mendengar taklimat daripada penolong kanan pentadbiran iaitu Pn. Azizah bt Mat Cha 3. Guru baru diberi pendedahan ringkas mengenai Takwim sekolah 4. Guru baru ditempatkan bertugas pada sesi petang

Penilaian

Taklimat yang disampaikan kepada guru baru sangat membantu guru dari segi mendapat maklumat mengenai profesion perguruan. Ia memberi sedikit gambaran mengenai persekitaran dan budaya kerja sekolah.

Rumusan

: Taklimat yang diberi memberikan pendedahan kepada guru baru tentang prestasi sekolah dan harapan sekolah yang ingin dicapai. Sekolah ini ingin meningkatkan prestasinnya dalam NKRA dan GPS sekolah. Guru baru bersyukur kerana ditempatkan di sekolah kluster.

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 Masa Bidang Aspek

: : : : :

KETERANGAN 8 Feb 2011 11.00 pagi 6.40 petang Bersama Pn. Biby Dayana bt Abdullah Suai kenal antara guru baru dengan barisan pentadbir dan guru guru di SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak

Objektif

1. Pendedahan awal kepada guru baru mengenai bilangan guru dan staff sokongan di SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak.

Aktiviti

1. Guru baru berkenalan dengan Pn. Biby Dayana bt Abdullah 2. Pn. Biby Dayana Bt. Abdullah memperkenalkan guru baru Kepada barisan pentadbir dan staff sokongan. 3. Guru dibawa ke bilik guru untuk diperkenalkan kepada semua guru SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak 4. Guru baru turut diperkenalkan kepada Pn. Azizah bt. abd. Hamid yang akan bersara pada hari jumaat. Kelas beliau akan digantikan oleh guru baru mulai minggu depan. 5. Guru baru sempat mendapat tunjuk ajar daripada Pn.Azizah bt. abd. Hamid mengenai subjek yang akan diajar.

Penilaian

Hasil perkenalan komuniti SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru baru dengan guru guru yang sedia ada di sekolah berkenaan.

Rumusan

Semua guru disekolah ini adalah mesra dan mudah memberi tunjuk

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 Masa Bidang Aspek

: : : : :

KETERANGAN 9 Feb 2011 11.00pagi 6.40 petang Bersama Pn. Biby Dayana bt Abdullah 1. Taklimat dan perbincangan budaya organisasi dan persekitaran sekolah

Objektif

2. Visi dan Misi Sekolah 1. Memberi maklumat ringkas kepada guru baru mengenai budaya organisasi dan persekitaran SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. 2. Pendedahan awal kepada guru baru mengenai visi dan misi SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak.

Aktiviti

1. Guru baru mendengar taklimat ringkas mengenai budaya organisasi dan persekitaran SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. 2. Guru baru juga didedahkan maklumat mengenai visi dan misi sekolah oleh Pn. Biby Dayana bt. Abdullah. 3. Guru baru juga diberikan pendedahan mengenai budaya organisasi dan persekitaran sekolah dengan melayari website sekolah www.smkrajaperempuanipoh.com

Penilaian

Pn. Biby Dayana bt. Abdullah memberi kerjasama yang amat baik kepada guru baru dalam meningkatkan lagi pengetahuan guru baru mengenai budaya organisasi dan persekitaran SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. Maklumat yang disampaikan

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 Masa Bidang

: : : :

KETERANGAN 10 & 11 Feb 2011 11.00pagi 6.40 petang Sesi suai kenal antara guru baru dengan Pn. Noraihan bt Nordin (mentor) 1. Memberi maklumat ringkas kepada guru baru mengenai sukatan pelajaran. 2. Pendedahan awal kepada guru baru mengenai plan strategik mata pelajaran dalam setiap panitia 3. Proses mendalami persediaan mengajar dan pedagogi mata

Aspek

Objektif

pelajaran Sejarah 1. Memastikan guru baru mengetahui sukatan pelajaran. 2. Pendedahan awal kepada guru baru mengenai plan strategik mata pelajaran dalam setiap panitia 3. Memberi maklumat ringkas kepada guru baru mengenai persediaan mengajar dan pedagogi dalam mata pelajaran

Aktiviti

Sejarah. 1. Guru baru berkenalan dan berbincang dengan mentor, Pn. Noraihan bt. Nordin. 2. Guru baru didedahkan maklumat mengenai sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Sejarah dan plan strategik mata pelajaran dalam setiap panitia oleh Pn. Noraihan bt. Nordin. 3. Guru baru berbincang dengan Pn. Noraihan bt. Nordin tentang persediaan mengajar (Rancangan Pelajaran Harian) dan

Tandatangan Guru Fasilitator

Tandatangan

............................................ ................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 Masa Bidang

: : : :

KETERANGAN 14 Feb 2011 11.00pagi 6.40 petang Bersama Pn. Syazrin Syimee bt Sharifuddin dan Pn. Norlaila bt Che Murat (Guru Bestari dan Guru ICT) 1. Pengurusan e-rekod Book 2. Pengurusan Takwim Sekolah

Aspek

Objektif

1. Memberi pendedahan awal kepada guru baru mengenai e-rekod. 2. Memberi maklumat ringkas mengenai pengurusan takwim sekolah kepada guru baru.

Aktiviti

1. Guru guru baru diberi panduan yang jelas untuk melayari website sekolah iaitu www.smkrajaperempuanipoh.com dan mendaftar username dan password masing masing. 2. Guru guru baru juga diberikan pendedahan tentang cara cara melengkapkan profile peribadi masing masing. 3. Guru baru juga diberikan tunjuk ajar untuk memasukkan Jadual waktu guru, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan dalam e-rekod masing masing. 4. Guru baru didedahkan tentang cara cara memasukkan Rancangan Pelajaran Harian dalam e-rekod dan kewajipannya untuk menghantar setiap minggu melalui laman web sekolah. 5. Guru baru diberikan maklumat yang cukup jelas tentang pengurusan takwim sekolah.

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 Perkara

: : :

KETERANGAN 15 Feb 2011 Cuti Maulidur Rasul

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 Masa Bidang Aspek

: : : : :

KETERANGAN 16 - 18 Feb 2011 11.00pagi 6.40 petang Bersama Pn. Azizah bt Mat cha (Penolong Kanan Akademik) 1. Budaya kerja dan Takwim 2. Program Pembangunan Prestasi Sekolah 3. Organisasi PPD, JPN dan KPM

Objektif

1. Pendedahan mengenai budaya kerja warga SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. 2. Mengetahui tentang takwim SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak. 3. Mendapatkan maklumat mengenai Program Pembangunan Prestasi Sekolah. 4. Pendedahan mengenai Organisasi PPD, JPN dan KPM.

Aktiviti

1. Mengadakan perbincangan yang cukup luas mengenai budaya kerja warga RPS iaitu yang memberi penekanan dalam kualiti kerja. 2. Guru guru baru diedarkan takwim RPS yang telah dimuatkan dalam CD takwim. 3. Penerangan mengenai Program Pembangunan Prestasi Sekolah. 4. Pendedahan mengenai elemen elemen yang terdapat dalam SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia). 5. Penerangan mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi mengikut NKRA (Bidang Keberhasilan Utama). 6. Pendedahan mengenai laman web PPD, JPN dan KPM iaitu http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php? name=Content&pa=showpage&pid=4 http://www.pelajaranperak.gov.my/v2/ 7. Guru baru diberikan penerangan yang cukup jelas mengenai carta organisasi PPD, JPN dan KPM.

Penilaian

Hasil perbincangan memuaskan.

Tandatangan Guru Fasilitator ................................. .

Tandatangan .....................................

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 Masa Bidang Aspek : : : : : KETERANGAN 21 & 22 Feb 2011 11.00pagi 6.40 petang Bersama Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi (PK HEM) 1. Pendaftaran dan pertukaran murid 2. Pengurusan dalam jawatankuasa HEM 5 Objektif : 1. Memberi pendedahan kepada guru mengenai pendaftaran dan pertukaran murid 2. Mengetahui dan memahami pengurusan dalam jawatankuasa HEM 6 Aktiviti : 1. Guru guru baru diberi panduan yang jelas tentang pendaftaran dan pertukaran murid oleh Pn. Zuraida 2. Pendedahan adalah mengenai pendaftaran pelajar tingkatan 1 (RKA dan RKS), pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 6 rendah. 3. Guru baru diberikan maklumat yang cukup jelas tentang pengurusan dalam jawatankuasa HEM

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. PERKARA Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif : : : : KETERANGAN 23 - 25 FEB 2011 11.15 pagi-12.00 tengahhari Kokurikulum 1. Pengurusan dan pengendalian aktiviti Kokurikulum 1. Memberi pendedahan tentang penganjuran program di sekolah 2. Mendedahkan guru dengan budaya dan pelaksanaan program sekolah 3. Memberi idea kepada guru permulaan berkaitan sistem kokurikulum yang terdapat di sekolah. 6. Aktiviti 1. Puan Latipah memberikan taklimat berkaitan dengan takwim kokurikulum di RPS yang bermula dari Januari sehingga Julai. 2. Puan Latipah memberi penerangan berkaitan dengan kepentingan unit kokurikulum di sekolah ini 3. Penerangan berkaitan carta ogranisasi unit kokurikulum di sekolah

4. Puan Latipah memberi pendedahan berkaitan dengan program yang dijalankan di bawah kokurikulum, budaya kerja unit kokurikulum dan sistem buku kokurikulum di sekolah. 5. Guru permulaan mendapatkan maklumat kokurikulum di website sekolah http://www.smkrajaperempuanipoh.com/RPS %20Main/kokurikulum.html 7. 8. Penilaian Rumusan : : Menerusi lisan dan pencarian di internet Organisasi pengurusan unit kokurikulum disekolah ini ialah seperti berikut: Pengerusi : Cik Rusnani bt Sharuddin

Timbalan Pengerusi : Pn Latipah bt Ahmad Sudan Naib Pengerusi : Pn Azizah Bt Mat Cha Pn Zuraida bt Ahmad Khulaimi Pn Hjh Emsakiah bt Zulkifli Setiausaha I Setiausaha II : Pn Aida bt Abdul Majid : Pn Azbarina bt Mohd Bakri

Sistem kokurikulum sekolah ini mempunyai bilangan aktiviti yang agak banyak. Kelab dan persatuan di sekolah ini adalah sebanyak 26 bagi sesi pagi dan 9 bagi sesi petang. Unit beruniform di sekolah ini terdiri daripada 7 unit sesi pagi dan 6 unit sesi petang. Permainan pula mempunyai 12 unit sesi pagi dan 11 sesi petang.

Setiap aktiviti kokurikulum yang mempunyai ahli yang besar akan mempunyai dua penyelaras . Antara program yang dijalankan di bawah kokurikulum ialah anjuran PPD, sekolah, jabatan, KPM dan NGO. Terdapat juga aktiviti yang menggabungkan antara akademik dan kokurikulum yang digelar ko-akademik. Pengetua berharap agar program ko-akademik ini dapat digilap bagi menggilap bakat pelajar dan seterusnnya menaikkan nama sekolah. Pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah ini dikemaskini dengan menggunakan kad kokurikulum dan buku laporan gerak kerja kokurikulum. Bagi membezakan antara aktiviti kokurikulum, pengelasan dibuat berdasarkan warna. Warna merah adalah untuk unit beruniform, kuning untuk sukan/permainan dan hijau pula untuk kelab/persatuan. Sistem buku laporan gerak kerja kokurikulum adalah penting kepada pelajar kerana aktiviti kokurikulum menyumbang 10 % markah untuk ke IPTA. Panduan pemarkahan boleh dirujuk di dalam buku takwim sekolah. Di dalam sistem pengurusan kokurikulum, setiap penyelaras perlu mempunyai Sasaran kerja Tahunan( SKT) masing-masing. Bagi unit kokurikulum, terdapat 2 SKT yang ingin dicapai iaitu, dari sudut pencapaian kehadiran dan prestasi pencapaian.RPS mensasarkan 100% kehadiran pelajar dalam aktiviti korikulum dan dari sudut pencapaian,mensasarkan pencapaian yang tertinggi bagi setiap pertandingan yang dimasuki. Antara yang program yang dijalankan di peringkat sekolah adalah program pick of the month, Hari Anugerah Kokurikulum , sukaneka perpaduan, perhimpunan kokurikulum, kursus sehari kokurikulum, perkemahan rakan muda perdana,dan khidmat sosial.Bagi program pick

of the month, ia diwujudkan bagi sesi perkongsian setiap persatuan yang menonjol di setiap bulan. Sebagai contohnnya Kelab Interact sekolah ini mengadakan aktiviti perkongsian budaya orang Pakistan bagi program pick of the month mereka. Majlis Anugerah Kokurikulum pula merupakan hari kemuncak yang memberi penghargaan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum sebagai menghargai penglibatan mereka dalam unit uniform, persatuan akademik, kelab permainan, acara sukan, karnival akademik dan pelbagai pertandingan lain. Pada bulan Oktober pula terdapat sukaneka perpaduan yang bertujuan untuk menggalakan pelajar bersukan walaupun sibuk dengan persiapan peperiksaan.Ini agar melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pengelolaan sekolah dalam bidang kokurikulum yang cemerlang telah menyebabkan sekolah ini kerap kali diberi penghormatan untuk mengelolakan hadiah bagi pertandingan di peringkat kebangsaan dan juga pengelolaan di peringkat yang lain. Ini menunjukkan budaya kerja sekolah ini mengelolakan sesuatu acara mahupun aktiviti dengan sehabis baik. Kesimpulannya, perjumpaan dengan Penolong Kanan Kokurikulum telah memberi gambaran yang lebih jelas lagi tentang harapan dan sokongan pihak sekolah terhadap bidang kokurikulum. Guru baru juga mendapat gambaran budaya sekolah dalam menganjurkan dan meraikan sesuatu program.

Tandatangan Guru Fasilitator ................................. .

Tandatangan .....................................

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. 5. 6. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif Aktiviti : : : : KETERANGAN 28 FEB - 4 MAC 2011 11.00 pagi Kurikulum Pengurusan Kerja Rumah ( Buku Planner Pelajar) 1. Pendedahan kepada pengurusan kerja rumah 2. Memahami cara penggunaan Buku Planner Pelajar 1. Pn Asmawati memberi taklimat berkaitan cara pengunaan Buku Planner Pelajar 2. Guru merujuk kepada file PK-18 bagi melihat contoh 7. Penilaian : program peningkatan akademik Pemerhatian,hasil temubual, pembacaan dan dari taklimat ketika contact hour. Taklimat memberi kefahaman yang lebih 8. Rumusan : jelas cara penggunaan Buku Planner Pelajar. Di RPS, pengurusan kerja rumah pelajar adalah dengan menggunakan Buku Planner Pelajar yang diperkenalkan oleh Pengetua pada awal 2010 . Penggunaan Planner /Diari Pelajar ini bertujuan untuk memantau latihan/ kerja rumah pelajar. Setiap mata pelajaran mempunyai dasar latihan minima dan guru-guru mata pelajaran akan memberikan kerja rumah kepada pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pemantauan akan dilakukan oleh guru tingkatan pada tiga puluh minit pertama semasa Waktu Pengurusan Kelas (WPK) pada hari Selasa Jumaat. Guru perlu menyemak Planner dan memastikan pelajar telah pun menyiapkan kerja rumah masing-masing. Pelajar juga perlu melengkapkan graf prestasi masingmasing untuk setiap mata pelajaran yang terdapat di belakang buku latihan.Guru perlulah berbincang dengan pelajar sekirannya prestasi pelajar menurun. Antara program peningkatan akademik yang telah ditetapkan dalam Perancangan Strategik sekolah ialah mengoptimumkan penggunaan Peta Minda, menggalakkan penyediaan dan penggunaan Nota Poket, pendekatan Pembelajaran Mastery, pendekatan Pembelajaran Kontekstual, pendekatan Microscale Science, Accelerated Learning, Kem Sains dan Matematik, Block Timetable,dan Construct Based Teaching. Program ini perlu dikuasai oleh guru agar dan diaplikasikandalam pengajaran & pembelajaran. Kesimpulannya, adalah penting bagi guru baru mengetahui cara pengunaan Planner Pelajar bagi mengoptimumkan penggunannya agar dapat membantu pelajar dan guru. Ia juga lebih sistematik dan merupakan sistem pemantauan kerja rumah yang baik.

Tandatangan Guru Fasilitator ................................. .

Tandatangan .....................................

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. PERKARA Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif : : : : KETERANGAN 7-11 MAC 2011 2.00 petang Pentadbiran dan Pengurusan 1. Organisasi PPD, JPN dan KPM 2. Pekeliling/Dasar/Program/Aktiviti KPM & Perintah Am 1. Pengenalan dan meningkatkan kefahaman organisasi PPD, JPN, dan KPM 2. Pendedahan berkaitan Pekeliling/Dasar/Program/Aktiviti KPM & Perintah Am 3. Melengkapkan guru dengan maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan. 6. Aktiviti 1. Penolong kanan memberi pendedahan berkaitan organisasi PPD, JPN dan KPM yang buleh dimuat turun dari internet.
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php? name=Content&pa=showpage&pid=4 http://www.pelajaranperak.gov.my/v2/ http://www.moe.gov.my/

2. Membaca dan memahami pekeliling, dasar, program dan

aktiviti KPM & Perintah Am yang buleh dimuat turun dari internet.
http://www.moe.gov.my/?id=1&lang=my 3. Penerangan ringkas tentang dasar dan pekeliling KPM

4. Perbincangan dan maklumbalas berkaitan dasar, 7. 8. Penilaian Rumusan : : program, aktiviti dan pekeliling KPM Melalui perbincangan dan maklum balas lisan Organisasi PPD merangkumi 8 unit dibawahnya iaitu unit pengurusan sekolah, pengurusan akademik, pengurusan pembangunan & kemanusiaan, kewangan, pendatdbiran dan rekod buku perkhidmatan. Organisasi JPN Perak pula merangkumi 10 pejabat pelajaran daerah di bawahnya. Organisasi KPM merangkumi pelbagai jabatan iaitu selaras dengan misi KPM Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti. Struktur organisasi ini memberi panduan yang jelas kepada guru baru akan carta alir kerja. Guru Baru juga tidak boleh lari dari melengkapkan diri dengan mengetahui dasar-dasar kerajaan kerana ia mempengaruhi sistem pendidikan. Antara dasar-dasar kerajaan ialah Falsadah pendidikan, Sistem Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan, Imbasan Sejarah, Hala tuju pendidikan, PIPP, NKRA dan RMK 10( Pendidikan). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) membuktikan kesungguhan KPM untuk melahirkan sekolah-sekolah berkualiti yang bertaraf dunia di negara kita dan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Manakala Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) pula berfungsi dalam meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan . Pada dasarnya, Perintah AM adalah rangkuman syarat, garis panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan

apa yang boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan terhadap penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori iaitu pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya menjadi saluran untuk menerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau sektor perkhidmatan awam tertentu. Pendedahan mengenai pekeliling yang merangkumi dasar/program/aktiviti KPM/Perintah AM dapat memberi kefahaman kepada guru akan hala tuju dan matlamat KPM, seterusnya bersedia untuk menjalankan tugas bagi merealisasikannya. Guru seharusnnya sentiasa mengetahui update pekeliling terkini yang boleh diperolehi dari laman web JPN mahupun KPM agar dapat melengkapkan diri dengan profesionalisme perguruan

Tandatangan Guru Fasilitator

Tandatangan

................................. .................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. 5. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif : : : : KETERANGAN 14-18 MAC 2011 3.00 petang Pengurusan 1. Pengurusan dan prosedur kewangan sekolah 2. Pengurusan Organisasi, pejabat dan inventori. 1. Memberi pendedahan tentang Pengurusan dan prosedur kewangan sekolah serta pengurusan organisasi, pejabat dan inventori. 2. Mengetahui dan menjelaskan prosedur dan tatacara pengurusan kewangan sekolah. 3. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran melaksanakan tugas dalam pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik selaras dengan 6. Aktiviti peraturan yang sedang berkuatkuasa 1. Puan Zurina memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan prosedur kewangan sekolah serta pengurusan organisasi pejabat dan inventori 2. Guru permulaan mencari maklumat di internet untuk 7. 8. Penilaian Rumusan : : kefahaman lebih lanjut berkaitan aspek di atas. Laporan dan maklum balas dari Puan Zurina Pengurusan dan prosedur kewangan sekolah perlu

diketahui oleh guru baru kerana terdapat banyak aktiviti disekolah yang melibatkan aspek kewangan. Bagi guru kelas, antara perkara yang perlu diketahui ialah, prosedur kutipan yuran. Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip yuran perlu menandatangani buku penerimaan resit di pejabat. Kutipan yuran perlu dilakukan mengikut jumlah yang telah diluluskan oleh pihak pendtadbir. Pejabat perlu mengeluarkan resit pejabat bagi setiap kutipan yang diserahkan oleh guru yang bertanggungjawab. Pengeluaran resit perlu dikendalikan oleh 2 pegawai. Resit-resit yang tersilap catat ( sekirannya ada) tidak boleh dipinda, sebaliknnya dibatalkan & resit baru dikeluarkan. Inventori merupakan barang-barang tak luak yang bernilai kurang daripada RM 500. Bagi pengurusan inventori , guru perlu mengetahui sebarang pembelian dilakukan sekurangkurangnya 2 minggu sebelum. Prosedur proses pembelian adalah seperti berikut: nota minta pengetua diluluskan oleh borang pesanan akan dikeluarkan

invoice.Jika pembelian yang dilakukan adalah bawah RM 100, guru boleh menggunakan panjar wang runcit untuk mendapatkan wang tunai. Lanjutan itu, panduan pengurusan organisasi, pejabat dan inventori boleh didapati oleh guru permulaan dari surat pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2007 yang berkaitan dengan istilah seperti perolehan,pendahuluan, kawalan penggunaan, penyimpanan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pelupusan dan hapus kira bagi panduan pengurusan pejabat. Kesimpulannya, pendedahan asas dapat memberikan gambaran pengetahuan dan kemahiran guru baru dalam

melaksanakan tugas dalam pengurusan kewangan dengan lebih teratur dan sistematik. Tandatangan Guru Fasilitator Tandatangan

................................. ..................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 4 5 6 Masa Bidang Aspek Objektif Aktiviti

: : : : : : :

KETERANGAN 21 & 22 Mac 2011 11.00 pagi 6.40 petang Bersama Pn. Fong Ee Lin ( SU Peperiksaan) 1) Pengurusan ujian dan peperiksaan 1) memberi pendedahan kepada guru baru mengenai pengurusan ujian dan peperiksaan. 1) Berjumpa dengan Pn. Fong Ee Lin dalam mendapatkan maklumat mengenai pengurusan ujian dan peperiksaan. 2) Puan Fong menunjukkan borang jadual spesifikasi item, borang maklumat percetakan, borang JSU dan label pembungkus kertas soalan. 3) Penerangan melalui laman web sekolah iaitu http://www.smkrajaperempuanipoh.com. 4) pendedahan juga diberikan mengenai Pekeliling Peperiksaan Dalaman Bil. 2/2008.

7 8

Penilaian Rumusan

: :

Maklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami. Seperti yang diketahui peperiksaan sekolah boleh dibahagikan kepada peperiksaan dalaman dan awam. Didapati terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti dalam pengurusan ujian dan peperiksaan. Antaranya ialah seperti penyusunan meja bagi peperiksaan. Guru perlu memastikan jarak di antara meja mematuhi standard yang ditetapkan. Guru yang memulakan dan mengutip kertas perlu menulis nama dalam buku yang telah disediakan bagi mana-mana peperiksaan bagi memenuhi standard ISO. Jadual peperiksaan akan diperolehi dari guru setiausaha peperiksaan yang turut merangkumi tarikh peperiksaan, tarikh menghantar soalan, tarikh menghantar markah setelah selesainya ujian dan

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 Masa Bidang

: : : :

KETERANGAN 23 - 25 Mac 2011 11.00 pagi 6.40 petang Bersama Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yusoof Hasanuddin, Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi (SU Biasiswa PK HEM)

4 5 6

Aspek Objektif Aktiviti

: : :

1) Pengurusan biasiswa murid 1) memberi pendedahan kepada guru baru mengenai pengurusan biasiswa. 1) Berjumpa dengan Pn. Hawa Nurliza bt Mohd Yusoof Hasanuddin dan Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi dalam mendapatkan maklumat mengenai pengurusan biasiswa murid. 2) guru baru juga didedahkan maklumat mengenai kriteria yang melayakkan pelajar menerima biasiswa. 3) Penerangan mengenai contoh-contoh biasiswa yang diterima oleh pelajar. 4) Penerangan mengenai prosedur yang perlu diikuti dalam mendapatkan biasiswa oleh pelajar.

7 8

Penilaian Rumusan

: :

Maklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami. Permohonan biasiswa dibuat secara online dan biasiswa kan ditawarkan sekali setiap tahun. Antara contoh-contoh biasiswa yang diterima oleh pelajar adalah BKP 2 ( Biasiswa kecil Persekutuan) yang diterima oleh pelajar Melayu, BKP 3 yang diterima oleh orang Cina, BKP U yang diterima oleh pelajar persediaan Universiti (pelajar tingkatan 6) dan BKP Sukan yang diterima oleh pelajar dari projek khas sukan. Kementerian akan menawarkan biasiswa dan biasanya JPN akan menghantar surat memaklumkan takwim untuk mengedarkan borang biasiswa. Guru

Tandatangan Guru Fasilitator

Tandatangan

................................. .................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 3 Masa Bidang

: : : :

KETERANGAN 28 & 29 Mac 2011 11.00 pagi 6.40 petang Bersama Pn. Saidatul Nadia bt Shamsuddin, Guru Perpustakaan dan media (GPM)

4 5 6

Aspek Objektif Aktiviti

: : :

1) Pengurusan Pusat Sumber 1) memberi pendedahan kepada guru baru mengenai pengurusan Pusat Sumber di RPS. 1) Berjumpa dengan Pn. Saidatul Nadia bt Shamsuddin dalam mendapatkan maklumat mengenai pengurusan pusat sumber. 2) guru baru juga didedahkan maklumat mengenai ahli jawatankuasa Pusat Sumber RPS 3) Penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Sumber RPS. 4) Penerangan mengenai aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber RPS. 4) Penerangan mengenai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan termasuk peraturan-peraturan penggunaan bahan-bahan di Pusat Sumber RPS. 5) Guru baru juga didedahkan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan di Pusat Sumber RPS.

7 8

Penilaian Rumusan

: :

Maklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami. Perjumpaan bersama Pn. Saidatul dapat meningkatkan ilmu guru dalam mengetahui Pusat Sumber RPS. Guru baru juga diberikan pendedahan mengenai jawatankuasa Pusat Sumber RPS yang terdiri daripada:

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. 5. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif : : : : KETERANGAN 30MAC 1 APRIL 2011 11.00 pagi Hal Ehwal Murid 1) Pengurusan disiplin & SSDM 2) Disiplin murid 1. Melibatkan guru dalam cara menangani masalah disiplin pelajar 2. Memberi pendedahan kepada guru akan cara pengurusan disiplin & SSDM 3. Meningkatkan profesionalisme guru dalam menangani 6. Aktiviti masalah disiplin murid. 1. Pn. Suhaila memberikan pendedahan berkaitan dengan pengurusan disiplin murid & SSDM. 2. Guru merujuk CD takwim RPS bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengurusan disiplin. 3. Pn. Suhaila menerangkan kaedah pengurusan salah

7. 8.

Penilaian Rumusan

: :

laku pelajar. Hasil temubual, pemerhatian dan pembacaan. Maklumat yang diberi bermanfaat dan bermakna. Unit disiplin merupakan satu unit yang menjadi nadi perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang kini memerlukan satu organisasi yang terancang dan tersusun. Unit ini berfungsi menyelasikan masalah yang berkaitan dengan sosio budaya murid serta persekitaran sekolah dapat diajukan kepada Pengetua dan seterusnya hingga ke PPD. Di RPS, terdapat jawatankuasa disiplin untuk menguatkuasakan disiplin sekolah .Organisasi jawatankuasa ini boleh dirujuk di dalam CD takwim RPS. Unit Disiplin Sekolah dikelolakan oleh seorang guru disiplin sebagai ketuanya. Ia menerima arahan terus dari GPK HEM. Pentadbiran Disiplin dilakukan dengan cara setiap pelajar mempunyai rekod disiplin diri dan dikemas kini setiap masa. Pelaksanaan tugas oleh pihak pentadbiran sekolah, guru-guru serta bantuan yang diberikan oleh Lembaga Pengawas, Ketua- Ketua Darjah sahaja , tidak mampu mewujudkan suasana berdisiplin di kalangan murid. usaha pemantapan disiplin murid. struktur, sistem organisasi dan Sistem sokongan disiplin yang komprehensif adalah perlu bagi menyokong Antara aspek dalaman pentadbiran sekolah, rasa sekolah yang perlu dititikberatkan adalah mengukuhkan mewujudkan suasana harmonis, penggunaan unsur-unsur perlambangan yang membolehkan membangkikan kekitaan dan pengurusan bilik darjah yang teratur dan sempura. Aspek Sokongan Luar Sekolah pula adalah seperti keluarga, persatuan, ibu bapa, guru, pertubuhan alumni dan komuniti turut terlibat dalam membangunkan disiplin murid. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang

harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran tanggungjawab mematuhi terhadap dan Peraturan sebarang pembelajaran. murid Sekolah. salahlaku untuk Pihak displin Adalah sekolah dan menjadi dan berhak setiap mengetahui

mengambil tindakan dengan budi bicara yang sewajarnya melanggari Peraturan Sekolah. Bagi membantu pengurusan disiplin sekolah,semua guru perlulah berperanan sebagai guru disiplin. Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. Guru boleh merujuk kes disiplin dan jenis kesalahahan / hukuman yang perlu dikenakan terhap pelajar. Guru tingkatan / guru mata pelajaran juga perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penyelia Petang. Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan Kelas. Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes kepada guru tingkatan dan juga guru disiplin. Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain,perlu minta kebenaran guru tersebut dan mencatatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam buku pengesanan kelas. Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada kaunselor . Masa pelajar keluar dan masuk dicatatkan dalam buku pengesanan. Guru-guru juga perlu membuat semakan dari masa ke masa kes-kes pelanggaran

disiplin dalam kalangan pelajar seperti rambut, kuku, tag nama. Panefore , warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit. Bagi pelajar yang menyalahi peraturan kategori kesalah berat, jika sekirannya kaunseling tidak berkesan, maka kesalah pelajar tersebut perlu direkodkan kedalam Sistem Salah Laku Disiplin Murid( SSDM). Sistem Demerit dan Merit juga digunakan bagi mengawal salah laku pelajar Guru baru juga diingatkan beberapa perkara yang perlu dipantau oleh pihak sekolah iaitu gejala buli, vandalisme, ponteng sekolah dan kelas, gejala gangster dan persekitaran sekolah selamat. Pemantauan adalah penting kerana tahap disiplin murid mempunyai kolerasi dengan pencapaian akademik pelajar. Guru Baru juga perlu meneliti carta alir tindakan salah laku pelajar, carta aliran urusan tindakan pelajar ponteng dan kategori kesalah serta hukuman bagi mengambil tindakan terhadap kesalahan pelajar. Kesimpulannya, pengurusan disiplin murid adalah satu tugas yang paling mencabar dan penting dalam sesebuah sekolah. Keolehan menangani salah laku pelajar dengan cekap dan berkesan dengan meletakkannya pada tahap yang minimum dapat dianggap sebagai prasyarat bagi menghasilkan sekolah yang cemerlang. Hasil temubual ini memberikan panduan praktikal kepada guru baru berkenaan tindakan-tindakan disiplin yang dibenarkan oleh kementerian Pelajaran dengan merujuk Ordinan-Ordinan Pelajaran, Aktaakta Pendidikan dan surat ikhtisas keluaran Kementerian Pelajaran.

Tandatangan Guru Fasilitator

Tandatangan

................................. ................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. 5. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek Objektif : KETERANGAN : 4- 5 APRIL 2011 : 11.00 pagi : Hal Ehwal Murid Polisi dan peraturan sekolah 1. Memberi pendedahan berkaitan polisi dan peraturan sekolah 2. Mengetahui tentang carta aliran tindakan salah laku pelajar. 6. Aktiviti 3. Taklimat mengenai polisi dan peraturan sekolah 1. Puan Zuraida memberikan taklimat berkaitan dengan

polisi dan peraturan sekolah 2. Puan Zuraida menunjukkan contoh buku peraturan sekolah 3. Pendedahan berkaitan carta organisasi Majlis Pengurusan Hal Ehwal Murid, carta aliran tindakan salah laku pelajar , carta aliran urusan tindakan pelajar ponteng sekolah berterusan dan kategori kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar. 7. 8. Penilaian Rumusan : Melalui buku peraturan sekolah dan hasil temubual. Maklumat yang disampaikan adalah mudah difahami. : Melalui taklimat, guru mengetahui carta organisasi Majlis Pengurusan Hal Ehwal Murid yang merangkumi jawatankuasa lembaga disiplin, lembaga pengawas sekolah, jawatankuasa organisasi kelas, jawatankuasa bimbingan & kaunseling, jawatankuasa pendaftaran & data pelajar, jawatankuasa perhimpunan mingguan, jawatankuasa SPBT, jawatankuasa biasiswa dan kebajikan, penghayatan Islam & nilai murni, pembimbing rakan sebaya & SLAD dan 3K. Bagi peraturan & polisi sekolah, adalah penting untuk guru baru mengetahui organisasi jawatankuasa lembaga disiplin dan pengawas sekolah( yang terdapat di dalam takwim RPS) agar dapat merujuk kepada jawatankuasa ini sekiranya mengalami masalah salah laku pelajar. Peraturan Sekolah bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab mematuhi setiap murid Sekolah. untuk Pihak mengetahui sekolah dan Peraturan berhak

mengambil tindakan dengan budi bicara yang sewajarnya terhadap sebarang salahlaku displin dan melanggari Peraturan Sekolah. RPS mempunyai buku peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Terdapat beberapa polisi yang perlu diketahui oleh guru iaitu guru tingkatan dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru juga perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penyelia Petang. Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa waktu P & P dan membuat catatan di dalam Buku Pengesanan Kelas. Bagi guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, guru tersebut perlu meminta kebenaran guru tersebut dan dicatatkan nama-nama murid yang keluar serta waktunya dalam buku pengesanan kelas. Di RPS, kebenaran keluar hanya boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja dengan menggunakan tag kebenaran yang mengandungi nama guru berkenaan. Bagi tindakan salah laku pelajar, sekolah ini juga mempunyai sistem demerit-merit bagi mengekalkan disiplin sekolah. Setiap kelas mempunyai kad kuning yang digunakan bagi merekod merit/demerit pelajar. Bagi mengurangkan demerit ini, pelajar terbabit perlu membuat kerja amal bagi menebus merit. Jika sekiranya tindakan telah diambil dan bilangan demerit masih bertambah, surat amaran akan dihantar kepada kepada ibu bapa dan pelajar terbabit perlu membuat perjanjian untuk berkelakuan baik. kesalahan masih berulang bagi pelajar sama, Sekiranya khidmat

kaunseling dan rotan perlu diterap. Jika kes salah laku ini ke tahap serius, kes akan dibawa ke JK Disiplin sekolah dan jika perlu, prosedur buang sekolah perlu diikuti. Nama pelajar juga akan direkodkan dalam SSDM ( Sistem Salahlaku Disiplin Murid). Guru baru juga perlu meneliti senarai kategori kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar. Kategori ini merangkumi kesalahan berat( B), kesalahan sederhana(S), dan kesalah ringan (R). Setiap kategori mempunyai kod, jenis kesalahan dan tindakan yang boleh diambil oleh guru bagi menangani masalah disiplin pelajar. Sebagai guru tingkatan, adalah penting untuk mengetahui cara menangani prosedur tindakan pelajar ponteng sekolah berterusan.Selalunya pelajar ponteng akan dikenal pasti pada akhir waktu pertama dan senarai nama diberi kepada PK HEM. Jika mana-mana pelajar tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga melalui Pengetua berdasarkan jadual berikut:

.Surat

Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturutturut

Amaran Pertama Amaran Kedua

Pada hari ke - 3

Pada hari ke - 10

7 hari selepas Amaran Pertama

10 hari lagi selepas

( Hari Ke - 11)

Amaran Pertama (Hari Ke - 20)

Amaran Terakhir

7 hari selepas Amaran Kedua (Hari Ke - 18)

20 hari lagi selepas Amaran Kedua (Hari Ke - 40) Setelah Cukup 60 Hari

* Surat Tunjuk Sebab(Sur at Berdaftar) Jumlah Hari Tidak Hadir

Setelah Cukup 31 Hari

31 hari * Buang Sekolah

60 hari * Buang Sekolah

Kesimpulannya, pendedahan berkaitan dengan polisi dan peraturan sekolah memberi gambaran yang lebih jelas kepada guru baru kaedah dalam menangani masalah disiplin ke arah disiplin sifar.

LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek : : : : KETERANGAN 6-15 APRIL 2011 11.00 pagi Hal Ehwal Murid Pengurusan dokumen murid.

5. 6.

Objektif Aktiviti

Memberi pendedahan cara pengurusan dokumen murid. 1. Pn. Zuraida memberi taklimat berkaitan pengurusan dokumen murid dan jawatankuasa HEM 2. Puan Zuraida menunjukkan 5 jenis dokumen murid yang berkaitan dengan pengurusan murid iaitu Kad 001, Buku Pendaftaran( Buku Besar), Buku Kehadiran,Sistem Maklumat Murid ( SMM) dan Fail Laporan Kemajuan Pelajar. 3. Guru baru membuat catatan hasil daripada temu bual. Melalui pembacaan dan hasil temubual Pengurusan hal Ehwal Murid( HEM) adalah penting untuk dikendalikan dengan baik untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam FPN . Di RPS, jawatankuasa HEMnya terdiri daripada: Pengerusi: Cik Rusnani Bt Sharuddin Timbalan Pengerusi: Pn Zuraida bt Ahmad Khulaimi Naib Pengerusi 1 :Pn. Azizah Bt Mat Cha Naib Pengerusi 2: Pn. Latipah Bt Ahmad Sudan Naib Pengerusi 3: Pn. Emsakiah bt Zulkifli Naib Pengerusi 4: En. Ahmad Khusairi b. Mohd Salleh Setiausaha : Pn. Hjh. Aziah bt Shamsuddin SU Jawatankuasa Organisasi kelas: Pn. Nor Rashidah bt Hashim SU Jawatankuasa Pengawas Sekolah : Pn. Norrizan bt Idris SU Jawatankuasa Biasiswa & Kebajikan Murid : Pn. Fatimah bt Hasanuddin SU JK Bimbingan & kaunseling: Pn. Bibiy Dayana Bt Abdullah SU JK Perhimpunan: Cik Sellam a/p Paramanathan

7. 8.

Penilaian Rumusan

: :

SU JK Penghayatan & NIlai Murni : Pn. Mariam Bt Ismail SU JK Pendaftaran: Pn. Nurain Bt Ali SU JK SPBT: Pn. Shanti Nair a/p baskaran Nair SU JK PRS/SLAD : Pn. Suraine Bt Mohd Nordin SU JK 3K: En. Noorhazainol Bin Derahin Terdapat 5 dokumen penting yang digunakan bagi menguruskan pelajar. Antaranya ialah Kad 001, Buku Pendaftaran, Buku Kedatangan, Sistem Maklumat Murid ( SMM) dan fail laporan kemajuan pelajar. Buku Kedatangan ialah dokumen penting sekolah. Guru Kelas hendaklah mengisi butiran pelajar & menanda kedatangan pelajar setiap hari dan dihantar ke pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika Guru Kelas bercuti atau berkursus, tugas ini hendaklah diambilalih oleh Guru Penyelaras.Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti tercatat dalam Buku Kedatangan.Buku Pendaftaran pula merupakan buku yang digunakan untuk mendaftar kemasukan pelajar. Fail Laporan Kemajuan pelajar pula mengandungi keputusan peperiksaan pelajar dan biodata. Semasa Hari Bertemu Waris, kad kuning ini akan diedarkan kepada ibu bapa pelajar untuk memaklumkan keputusan peperiksaan anak mereka. Seterusnya, kad 001 pula mengandungi maklumat peribadi pelajar yang dianggap sulit. Kad ini selalunya digunakan sebagai pengganti kad pengenalan sekiranya pelajar terlupa membawa kad pengenalan bagi peperiksaan awam. Bagi pelajar dari sekolah rendah, maklumat pelajar akan dihantar oleh sekolah mereka melalui data emis dan guru data sekolah menengah pula akan menyediakan Sistem

Maklumat Murid( SMM). SMM selalunnya digunakan oleh guru data untuk mengemaskini data pelajar.Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumatmaklumat lain sudah tersedia dalam komputer. Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Pelajar. Salah satu pengurusan dokumen murid juga meliputi sijil berhenti dan surat akuan. Semua guru tingkatan bertanggungjawab menyediakan sijil dan surat akuan tersebut untuk pelajar kelas Tingkatan 5, Tingkatan 6. Cara pengurusannya boleh didapati di dalam takwim RPS. Kesimpulannya, adalah penting bagi guru baru menguruskan dokumen pelajar dengan sistematik dan teratur bagi memudahkan pengurusan seperti pendaftaran dan pertukaran pelajar. Tandatangan Guru Fasilitator Tandatangan

................................. .................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BIL 1. 2. 3. PERKARA Tarikh Masa Bidang : : : : KETERANGAN 20-22 april 2011 2.00 petang Pentadbiran dan Pengurusan

4. 5.

Aspek Objektif

Pengurusan Kualiti (ISO) 1. Memberi pendedahan kepada guru baru berkaitan pengurusan kualiti (ISO) di sekolah 2. Membolehkan guru permulaan mengetahui pengurusan kualiti ISO yang berkaitan dengan pengurusan dan pembelajaran. 3. Pendedahan definisi dokumen kualiti dan rekod kualiti

6.

Aktiviti 1. Puan Suhaila bt Kayat memberi pendedahan berkaitan dengan pengurusan kualiti ISO 2. Puan Suhaila memberikan buku manual pengurusan kualiti ISO untuk lebih penjelasan berkaitan dengan DOKUMEN MS ISO 9001:2008. 3. Guru permulaan mendapatkan maklumat berkaitan dengan manual kualiti SMK 2010, Prosedur Kualiti SMK 2010 dan lampiran kualiti SMK 2010 di website sekolah http://www.smkrajaperempuanipoh.com/RPS %20Main/DokumenISO.html Hasil penerangan guru dan pembacaan melalui internet Menurut sejarah, sijil ISO telah dianugerahkan oleh pihak SIRIM kepada RPS kerana telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang menepati MS ISO 9001:2000 di bawah skop Perkhidmatan & Pembelajaran Kelas rancangan Khas pada tahun 2007. Pengurusan kualiti ISO ini merupakan satu sistem pengurusan kualiti menyeluruh bertujuan untuk memuaskan hati pelanggan(ibu bapa dan pelajar). Bagi memastikan jaminan standard ISO, terdapat buku manual kualiti yang mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas yang

7. 8.

Penilaian Rumusan

: :

memandu pelaksanaan program Pengajaran & Pembelajaran. Manual ini diperlengkapkan dengan prosedur kualiti, dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya seperti borang, pekeliling, akta, ordinan dan lain-lain. Di RPS, pengurusan kualiti ISO mempunyai ajk senarai organisasi ISO.Organisasi ini diketuai oleh pengetua dan Auditee, Juru Audit kualiti yang perlu dibawahnya ialah Pengurus Kualiti, AJK dan Setiusaha. Antara senarai prosedur

diikuti ialah pengurusan kawalan dokumen kualiti, pengurusan kawalan rekod, pengurusan aduan pelanggan, pengurusan maklum balas pelanggan, pengurusan penyelenggaraan, pengurusan panitia, pengurusan pusat sumber sekolah,

pengurusan mesyuarat, pengurusan program peningkatan akademik. Guru permulaan perlu meniliti setiap prosedur kualiti yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan melaksanakannya berdasarkan piagam pelanggan RPS. Antara objektif sistem kualiti yang ingin dicapai ialah melaksanakan 100% Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan. Guru juga perlu memastikan pencapaian akademik dari segi kualiti bagi Peperiksaan Dalaman (Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Percubaan) dan Peperiksaan Awam seperti berikut: i. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): 5 % murid mendapat minimum 6 A atau peningkatan 2 % daripada tahun sebelumnya ii. Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 5 % murid mendapat minimum 6 A atau peningkatan 2 % daripada tahun sebelumnya iii. Tingkatan 6 Rendah hingga 6 Atas dan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) 5 % murid mendapat minimum 3 A atau peningkatan 2 % daripada tahun sebelumnya Guru juga perlu memastikan pencapaian akademik dari segi kuantiti bagi Peperiksaan Dalaman (Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Percubaan) dan Peperiksaan Awam seperti berikut:
i. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan Penilaian Menengah

Rendah (PMR): 65 % lulus atau peningkatan 3 % daripada tahun sebelumnya ii. Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 90 % lulus atau peningkatan 3 % daripada tahun sebelumnya i. Tingkatan 6 Rendah hingga Tingkatan 6 Atas dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): 95 % lulus atau peningkatan 3 % daripada tahun sebelumnya Ini juga tidak terkecuali bagi pencapaian akademik kelas KRK bagi Peperiksaan Dalaman (Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan Percubaan) dan Peperiksaan Awam yang perlu mencapai peningkatan seperti berikut: i. Tingkatan 1 hingga Tingkatan Tiga dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): 30 % murid KRK mendapat semua A atau peningkatan 3 % daripada tahun sebelumnya ii. Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 30 % murid KRK mendapat minimum 6 A atau peningkatan 3 % daripada tahun sebelumnya iii.Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 100 % murid KRK lulus dalam peperiksaan. Bagi guru baru, adalah significant untuknnya mempelajari prosedur pengurusan P& P yang mana meliputi buku persediaan mengajar, pengurusan P& P sebelum,semasa dan selepas. Setiap guru pula akan dicerap sebanyak dua kali dalam setahun. Semakan hasil kerja murid adalah sebanyak dua kali setahun. Guru juga tidak lari dari dinilai oleh 10 orang murid sebanyak dua kali dalam setahun. Setiap guru perlu menghadiri latihan dalam perkhidmatan sebanyak 7 kali dalam setahun. Lanjutan pengurusan kualiti ini perlu dirujuk di dalam buku manual kualiti dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, guru permulaan perlu meneliti buku manual kualiti bagi memantapkan pengurusan kualiti sekolah dan seterusnnya dapat memberi impak kepada pelajar. Pengurusan kualiti ISO ini dijadikan sebagai blueprint bagi usaha-usaha penambahbaikan dan peningkatan sistem kualiti dalam organisasi bagi meningkatkan kecekpanaa dan keberkesanan organisasi tersebut. Tandatangan Guru Fasilitator Tandatangan

................................. .................................... LAPORAN PROGRAM ORIENTASI GURU PERMULAAN BI L 1. 2. 3. 4. PERKAR A Tarikh Masa Bidang Aspek : : : : KETERANGAN 25 29 APRIL 2011 12.00 tengah hari Perkhidmatan Kemudahan perkhidmatan ( selain perlantikan)

5.

Objektif

1. Memberi pendedahan kepada guru baru akan kemudahan yang boleh diperolehi sebagai penjawat awam

6.

Aktiviti

1. Pn. Zurina memberikan taklimat ringkas berkaitan kemudahan perkhidmatan 2. Pn Zurina memberikan buku panduan penjawat awam yang berkaitan kemudahan perkhidmatan( perintah AM) 3. Guru baru membaca buku bagi penerangan lanjut berkaitan kemudahan perkhidmatan yang layak di ambil oleh penjawat awam. Hasil temu bual dan pembacaan dari wesite dan buku perintah AM. Pengetahuan semasa kursus induksi membantu guru baru memahami kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh penjawat awam. Bagi setiap pegawai awam yang dilantik, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Pegawai dan kakitangannya berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antara kemudahan yang diberikan adalah elaun, cuti dan perubatan. Perkara-perkara berikut merupakan asas kepada pemberian elaun dalam perkhidmatan awam termasuk guruguru di sekolah. Antara asas-asas tersebut ialah pemberian elaun merupakan satu keistimewaan yang diberi untuk mendorong anggota berkhidmat dengan lebih cemerlang. Kemudian, ia berasaskan 4 prinsip yang meliputi tidak sejagat (bergantung kepada status anggota), tidak kekal (menentukan elaun dibayar secara sementara), tidak biasa (diberi dalam keadaan tertentu) dan kesaksamaan (diberi kepada anggota yang layak secara adil). Kriteria Pemberian

7.

Penilaian

8.

Rumusan

Elaun pula bersandarkan kepada kepakaran, kemahiran, kepentingan sesuatu perkhidmatan, bayaran balik perpelanjaan, tanggungjawab tambahan, kos sara hidup, resiko kerja, kesusuhan, galakan dan keanehan tugas atau perkhidmatan. Terdapat beberapa jenis elaun yang terdapat dalam perkhidmatan seperti Imbuhan Tetap, Bayaran Insentif dan Elaun-elaun Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab Tambahan. Kebiasaannya elaun Imbuhan Tetap dan Bayaran Insentif telah dimasukkan terus ke dalam penyata gaji. Elaun yang biasa dituntut oleh guru dan kakitangan di peringkat sekolah seperti berikut: a. Elaun Tugas Bertugas Rasmi seperti Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing. Elaun Makan, Elaun Lojing Dreber, Elaun Perjalanan Kenderaan, Elaun Harian, Elaun Basikal, Elaun Perjalanan Motobot / Motosangkut. b. Elaun Bertukar atau Berpindah Rumah meliputi elaun perbelanjaan pengangkutan barang-barang, tambang pegawai/keluarga, tambang orang gaji, elaun makan hari bertukar, bayaran sewa hotel / lojing semasa bertukar, pemberian perpindahan, tuntutan perbatuan semasa bertukar dan elaun pindah rumah berdasarkan pekeliling c. Elaun-elaun kerana berkursus meliputi elaun-elaun yang layak seperti Elaun kursus latihan yang diakui, elaun tanggungan keluarga, tamang pengangkutan barang-barang, tambang perjalanan (elaun perjalanan kenderaan atau pengangkutan awam) seperti Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1995.

d. Bantuan Menguruskan jenazah dibrikan kepada waris terdekat di mati dengan kadar RM1000.00 dan bayaran pengangkutan jenazah sekiranya kenderaan jabatan tidak digunakan. Kemudahan ini diperolehi semasa pengenalan Sistem Saraan Baru (SSB). e. Elaun Lebih Masa biasanya tidak terdapat di sekolah kecuali arahan khusus dikeluarkan oleh PTJ untuk membayar elaun ini kepada pegawai-pegawai yang layak atas sebab tugas-tugas yang mendesak dan segera. Setakat ini guru-guru belum dapat menikmati kemudahan ini kecuali para kerani dan pegawaipegawai di jabatan. f. Kemudahan Perjalanan seperti kemudahan perjalanan dengan kapalterbang, tambang pengangkutan awam, elaun tambang gantian, tambang perjalanan bagi penempatan selepas lantikan pertama, tambang berkursus di Malaysia , tambang berkursus sebarang laut, tambang calon perkhidmatan kerajaan dan elaun tambang keluarga pegawai berkursus. g. Elaun Bertugas Di Seberang Laut meliputi elaun-elaun yang layak seperti elaun pakaian panas, elaun makan dan sewa hotel dan elaun runcit. Lain-lain elaun yang boleh dituntut seperti elaun menghadiri kursus dan elaun tugas rasmi yang dipanggil atau melalui oleh JPD, JPN atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Elaun yang diuruskan oleh pihak sekolah pula adalah Elaun Tanggungjawab (ETJ) , Elaun Imbuhan Tetap Kakitangan Awam (ITKA), Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Wilayah (BIW), Elaun Mengunjungi Wilayah Asal

(2 Tahun Sekali), Elaun Keraian. Dengan kata lain, semua kemudahan elaun yang hendak dituntut oleh guru-guru di sekolah ini perlulah dimajukan ke PPD untuk dibuat pembayaran jika ada peruntukan tersebut. Seterusnnya,kemudahan cuti pula boleh dikategorikan kepada cuti kerana perkhidmatan, cuti atas sebab-sebab perubatan, dan cuti atas sebab lain. Cuti kerana perkhidmatan pula merangkumi cuti rehat khas,cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji. Cuti atas sebab-sebab perubatan pula merangkumi cuti sakit, cuti sakit lanjutan, cuti kerantina, cuti bersalin, cuti kecederaan, dan cuti tibi , kusta, barah & penyakit lain yang setaraf.Cuti atas sebab lain pula merangkumi cuti menunaikan haji, cuti berkursus, cuti tidak berekod dan cuti tanpa gaji mengikut pasangan.Apa yang perlu diingatkan adalah, cuti bukan hak, akan tetapi merupakan keistimewaan. Cuti - cuti ini hanya sah dengan kebenaran daripada pengetua. Rawatan perubatan pula merangkumi pegawai dan sebahagian keluarga pegawai. Secara umumnya, pegawai/keluarga boleh mendapatkan rawatan, ubatan, bekalan alat-alat ortopedik dan anggota palsu secara percuma di hospital/klinik kerajaan. Syarat-syarat kelayakan bagi setiap kemudahan boleh

didapati dalam pekeliling serta buku perintah AM. Guru baru merasa amat bersyukur dilantik menjadi pegawai kerajaan kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan yang tidak terdapat di dalam syarikat swasta. Adalah penting bagi guru baru sentiasa merujuk kepada pekeliling perkhidmatan bagi mendapatkan penjelasan dan kaedah pelaksanaan kemudahan perkhidmatan yang

digariskan

BIL PERKARA 1 Tarikh 2 Perkara

: : :

KETERANGAN 2 6 MEI 2011 Melengkapkan Portfolio Orientasi

Tandatangan Guru Fasilitator

Tandatangan

.................................

................................

You might also like