You are on page 1of 11

NO.

DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Tujuan Takrif Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4.1 Kelayakan pendaftaran 4.2 Dokumen permohonan 4.3 Permohonan pendaftaran 4.4 Perakuan pendaftaran 4.5 Tempoh pendaftaran 4.6 Pembatalan pendaftaran 4.7 Pembaharuan pendaftaran

2 3 3 4 4 4 5 6 6 6 7

Borang A Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina Borang B Pemeriksaan perubatan

8 9

Muka surat 1 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 1.0

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

PENGENALAN

Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC], kontraktor utama hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan tapak bina separuh masa yang menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah -

a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak

bina;

b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;

c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta

dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan

d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan

dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurangkurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Muka surat 2 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.

2.0

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan syarat pendaftaran dengan JKKP sebagai penyelia keselamatan tapak bina.

3.0

TAKRIF

Penyelia keselamatan tapak bina

Penyelia keselamatan tapak bina adalah penyelia keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP.

Pusat pengajar

Syarikat atau organisasi yang mengendalikan kursus kompetensi untuk penyelia keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP.

Tapak bina

Tapak bina adalah kendalian bangunan dan/atau kerja-kerja binaan kejuruteraan.

Muka surat 3 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 4.0

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

4.1

Kelayakan pendaftaran Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina hendaklah -

a)

warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

b)

warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

c)

warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;atau

d)

warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh Jabatan.

Muka surat 4 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 4.2

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

Dokumen permohonan

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -

a)

borang pendaftaran yang lengkap (Borang A);

b)

salinan sijil hadir kursus penyelia keselamatan tapak bina daripada pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP;

c)

salinan sijil lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina daripada NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

d)

salinan diploma beserta transkrip;

e)

dua keping gambar terkini berwarna berukuran passport;

f)

salinan kad pengenalan;

g)

surat pengesahan pemeriksaan kesihatan(Borang B); dan

h)

surat pengesahan pengalaman kerja dan senarai tugas sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina daripada majikan.

Nota: Surat pengesahan jawatan daripada semua majikan sama ada bekas majikan atau majikan sekarang juga perlu disertakan sebagai bukti pengalaman tersebut. Salinan sijil berkaitan hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, atau kemukakan sijil asal beserta dengan salinan kepada JKKP untuk pengesahan.

Muka surat 5 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 4.3

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

Permohonan pendaftaran

Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina diproses oleh JKKP Negeri. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pengarah JKKP Negeri.

4.4

Perakuan pendaftaran

Perakuan pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina akan dikeluarkan oleh Pengarah JKKP Negeri kepada setiap pemohon yang telah memenuhi syaratsyarat yang telah ditetapkan.

4.5

Tempoh pendaftaran

Pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina adalah sah bagi tempoh selama tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih dahulu di bawah perkara 4.6.

4.6

Pembatalan pendaftaran

Ketua Pengarah JKKP dan Pengarah JKKP Negeri boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran seseorang penyelia keselamatan tapak bina jika dia mendapati bahawa penyelia keselamatan tapak bina itu -

a)

telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

Muka surat 6 / 11

NO. DOKUMEN : JKKP DP 127/379/2/4-40 b)

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA 2011

PINDAAN :

telah dilantik oleh majikan sebagai penyelia keselamatan tapak bina tetapi didapati telah gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai penyelia keselamatan tapak bina; atau

c)

telah memperoleh pendaftaran melalui salah nyataan atau fraud.

4.7

Pembaharuan pendaftaran

Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada JKKP Negeri sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat tempoh dengan mengemukakan butiran seperti berikut -

a)

perakuan pendaftaran;

b)

bukti-bukti menjalankan tanggungjawab / kewajipan yang disahkan oleh pihak majikan;

c)

surat pengesahan pemeriksaan kesihatan (Borang B); dan

d)

surat pengesahan masih bekerja sebagai penyelia keselamatan tapak bina daripada pihak majikan terkini.

Muka surat 7 / 11

BORANG A

PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

1.0 1.1

BUTIR-BUTIR PERIBADI: Nama (huruf besar): . Jantina: . 1.2 Tarikh lahir: ..... Nombor kad pengenalan:

Gambar

1.3

1.4

.. (Sertakan salinan depan dan belakang)

1.5

Tempat lahir: Nama dan alamat majikan: ...... .. .. Alamat rumah: . .. .. PENDIDIKAN: Nama Sekolah / kolej / Universiti: ... ... .. Tahun: hingga hingga Tahap kelayakan: . . .

1.6

1.7

Tel.No.(pejabat):..

1.8

1.9

Tel. No. (rumah/): Tel. No. Bimbit: E-mail :..

2.0 2.1

2.2

Pengalaman bekerja sebagai site foreman atau penyelia tapak bina: Pengalaman kerja : Tempoh Khidmat Dari: Hingga: .. .... Nama dan alamat majikan:

... ...

...

3.0

KURSUS DAN KELAYAKAN

4.0

PENGAKUAN Saya dengan ini mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar sepanjang pengetahuan saya.

Tandatangan

Tandatangan :.. (Majikan terkini) Nama wakil :.. majikan No. K.P :..

Nama pemohon :.

Muka surat 8 / 11

BORANG B PEMERIKSAAN PERUBATAN


(UNTUK DIPENUH OLEH PENGAMAL PERUBATAN) BAHAGIAN I No. Pendaftaran pemohonan di klinik: ................................................... Keadaan Umum: .................................................................................... Berat: ... ....................................................... ... kg. Ketinggian: cm. Tarikh pendaftaran:

Pemeriksaan air kencing untuk albumin dan gula (Jika positif siasat selanjutnya). Tekanan darah: Sistolik: .................................... Kajituan penglihatan mengikut Carta Snellen (dalam meter) Tanpa kacamata min. 6/60 Kanan: .................... Kiri: Kiri: Diastolik: ...........................................

Dengan kacamata min. 6/12 Kanan: ....................

*Untuk mereka yang memakai kacamata perlu dinyatakan pada lesen. JAWAPAN Sila tandakan X dalam ruang yang bersesuaian Ya dan Tidak Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Perihal Ada kecacatan dalam penglihatan warna (carta istihara) Ada kecacatan dalam penglihatan lapangan ( eld vision) Ada bukti kecacatan sistem sarat Ada bukti-bukti penyakit psikiatrik (psvcniatric) Adakah pemohon menunjukkan tanda-tanda peminum arak danpenyalahgunaandadah Ada ketidaksempurnaan dari/atau kecacatan fizikal Ada bukti kelainan sistem kardiovaskular Adakah pemohon mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal Adakah pemohon mengidap penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan sempurna Ada kecacatan pendengaran Ada bukti kelainan sistem respiration Siasatan lanjut yang dijalankan dan keputusannya: a: . b: . c: . 13 Pandangan-pandangan lain oleh pengamal perubatan: Ya Tidak Catatan

Catatan : Kelewatan boleh berlaku kerana diperlukan siasatan lanjut.

Muka surat 9 / 11

BAHAGIAN II Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang sesuai Ya atau Tidak. Jika Ya jelasan dalam ruangan catatan. Adakah anda mempunyai sejarah atau sedang mengalami penyakit berikut: Bil Perihal Ya 1 Masalah 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Katarak Pandangan monocular Lain-lain yang menyebabkan halangan pandangan

Tidak

Catatan

Tidak dapat mengenalpasti warna-warna asas (primer) [merah, hijau, kuning (amber)] Sukar melihat dalam gelap Apa-apa jenis sawan atau kekejangan Kecederaan berat di kepala Serangan pening atau pening Sakit kepala yang berat atau migrane Pembedahan otak yang major Stroke (dengan kecacatan residual) Kencing manis dalam rawatan insulin Penyakit mental Penyalahgunaan arak dalam masa 5 tahun yang lalu Penyalahgunaan dadah dalam masa 5 tahun yang lalu Kecacatan tulang belakang Ketidaksempurnaan atau kecacatan anggota Pergerakan sendi yang terhad Kecacatan anggota yang berat amputation yang berat

16 17 18 19 20 21

Penyakit jantung, tekanan darah tinggi Sesak nafas/muntah darah/batuk kronik Pekak Pekak tuli Penyakit buah pinggang yang kronik Apa-apa rawatan yang berulang Apa-apa penyakit atau kesedaran yang tidak dinyatakan di atas

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah dengan teliti mengambilkira kenyataan yang dibuat di atas dan saya percaya ianya lengkap dan tepat. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya tidak menyembunyikan apa-apa

maklumat atau membuat apa-apa kenyataan palsu. Saya memberi izin kepada pengamal perubatan yang memeriksa untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengamal perubatan yang memeriksa saya dan JKKP, dalam hal-hal yang boleh memberikan kesan ke atas kesesuaian untuk memandu kren dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan permohonan saya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina.
Tandatangan pemohon: Nama (dalam huruf besar): Disaksikan oleh (Dr): Cop nama dan jawatan:..
* Keadaan berikut adalah diambilkira sebagai sepenuhnya tidak layak sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

Tarikh diperiksa: No. Kad Pengenalan: Tempat diperiksa:. Tarikh:.Masa :.

Muka surat 10 / 11

BAHAGIAN 3 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PERUBATAN Saya sahkan bahawa saya pada hari ini telah memeriksa pemohon no. kad pengenalan.. . Jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah benar setakat yang saya ketahui dan percaya. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan perubatan, saya dapati pemohon dari segi fizikal dan mental. LAYAK / TIDAK LAYAK

Tandatangan pengamal perubatan: Nama dan kelayakan pengamal perubatan: Pendaftaran MMC : No. Pendaftaran klinik :

Alamat: .. Tarikh: Bayaran yang dikenakan: RM...

No. resit :

UNTUK KEGUNAAN JKKP

Muka surat 11 / 11

You might also like