You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MINGGU MATEMATIK 2011 SMK KAPIT NO. 2


Science And Mathematics Towards Technological Generation
TEMPAT :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.2

TARIKH : 13 April 2011 9 Mei 2011 ANJURAN: PANITIA MATEMATIK


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.2, KAPIT, SARAWAK

MENGADAKAN KARNIVAL KOKURIKULUM 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT NO.2 1.0 PENDAHULUAN
Minggu Matematik yang dirancangkan ini adalah merupakan aktiviti tahunan sekolah sempena Bulan Sains & Matematik. Program ini dijalankan bagi meningkatkan kerjasama antara semua ahli panitia khususnya Panitia Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2. Program ini akan disertai oleh semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2. Ia akan diadakan pada 13 April 2011 hingga 9 Mei 2011. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Minggu Matematik ini disusun dengan tujuan mengembangkan minat pelajar dalam mengenal dan menguasai nombor dan seterusnya membudayakan kemahiran 3M dalam kehidupan harian dengan mantap. Penyertaan pelajar dalam aktiviti ini juga akan menyeimbangkan tahap sosial dalam kalangan mereka.

2.0 OBJEKTIF
2.1 2.2 2.3 Melahirkan minat terhadap nombor dan matematik Memperkasakan kemahiran berfikir dalam matematik. Membudayakan matematik dalam kehidupan seharian.

3.0 CADANGAN (TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN)


3.1 4.2 4.3 Tarikh yang dirancang adalah 13 April 2011 hingga 9 Mei 2011 iaitu pada hari Isnin sehingga hari Jumaat. Dilaksanakan lebih kurang sebulan. Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang.

4.0 IMPLIKASI

4.1 4.2 4.3 5.1 5.2

Program ini melibatkan semua pelajar SMK Kapit No 2 Melibatkan semua guru dalam Panitia Matematik. Kewangan adalah seperti yang tercatat dalam perbelanjaan. Segala urusan program diuruskan oleh guru-guru Panitia Matematik. Program disediakan oleh pihak AJK Minggu Sains & Matematik yang terdiri daripada guru Panitia Matematik iaitu Encik W. Mohd Fauzi W. Abd Majid dan Cik Rosahiza Bidin.

5.0 PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN

5.3

Peralatan disediakan oleh Panitia Matematik.

6.0 AKTIVITI
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Aktiviti Tunjuk Ajarku Sifu Piramid lidi G-Math Ceraikan Aku!!! Transformer III Kalkulator Kuasa Ghaib Hari Jadi Magic Squares Teka-Teki Matematik Yang Mencabar "Tiga" Permainan Tipu Muslihat Matematik Zim-Zam Sasaran Semua pelajar sesi pagi. Pelajar tingkatan 3. Pelajar tingkatan 3 dan 4. Pelajar tingkatan 4 dan 5. Pelajar tingkatan 5. Pelajar tingkatan 1. Pelajar tingkatan 2. Pelajar tingkatan 2. Pelajar tingkatan 1. Pelajar tingkatan 1 dan 2. Catatan Dijalankan pada waktu rehat. Dijalankan pada waktu rehat. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Dijalankan di luar waktu p&p. Guru Pembimbing Semua guru Matematik. Cik Ng Li Ping Pn. Nur Melissa & Cik Rosahiza. Pn. Noor Ashikin & Cik Rosahiza Cik Siti Hajar En. Shamsukaiheri dan Cik Khor Siew Jyue. Puan Wee Chio Tee dan Cik Khor Siew Jyue. En. Kamal dan En. Shamsukaiheri. Cik Yong Ropidah dan Cik Sia Tze Tze. En. Kamal, Cik Yong Ropidah, dan Cik Sia Tze Tze.

7.0 PERBELANJAAN
Bi l Anggaran Perbelanjaan Minggu Matematik Bahan Harga Seunit Bilangan ( RM ) Diperlukan Jumlah Harga ( RM )

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 1 0. 1 1. 1 2.

Lidi Pistol+dart Lada hitam Jintan manis + jintan putih Ketumbar Kertas A4 Binding tape(merah) Kad manila Soletape Hamper tempat pertama Hamper tempat kedua Hamper tempat ketiga Jumlah

6.00 7.00 4.00 2.00 2.00 8.50 2.00 0.80 1.00 30.00 20.00 10.00

4 paket 3 1 paket 5 paket 5 paket 1 rim 2 10 5 6 6 6

24.00 21.00 4.00 10.00 10.00 8.50 4.00 8.00 5.00 180.00 120.00 60.00 RM454.50

8.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan dalam Minggu Matematik ini dapat mencungkil bakat dan membentuk daya kepimpinan demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, . (CIK ROSAHIZA BT BIDIN) Pen.Penyelaras Karnival Sains & Matematik, Sek. Men. Keb. Kapit No.2. Disahkan oleh, ................................................. (ENCIK JAGELAH @ DOUGLAS AK JAGA) Pengetua, Disemak oleh, .................................................. (NUR MELISSA BINTI IBRAHIM) Ketua Panitia Matematik, Sek. Men. Keb. Kapit No.2.

Sek. Men. Keb. Kapit No.2.

You might also like