You are on page 1of 9

ADAP DENGAN PEMIMPIN..

Konsep Pemimpin -ialah orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah negara..

Konsep Kepimpinan Menurut Islam..


-Kepimpinan adalah amanah allah. -Kepimpinan adalah perkara yang paling penting dalam syariat islam. -Pemimpin wajib melaksanakan tugas-tugasnya kerana tanggungjawab tersebut akan dipersoalkan oleh allah di akhirat. -Peranan pemimpin bagi sesebuah organisasi amat penting kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi. -Ibnu Taimiyah berpendapat menegakkan pemerintahan adalah satu tuntutan agama yang besar.. -kejayaan dan kecmerlangan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kebolehan dan kewibawaan pemimpin da samping menerapkan nilai-nilai di dalam organisasi.

Maksud Ulul Amri:


-Ulamak Tafsik berpendapat ianya ialah pemimpin tetapi sebahagian ulamak lain berpendapat ianya ialah ulamak. -Ulul amri wajib ditaati oleh rakyat ialah pemimpin yang baik dan menepati kehendak syarak.

Ciri Pemimpin yang Baik/Ulul Amri Wajib Ditaati.


-Beriman dan bertakwa kepada allah. -Tegas melaksanakan hukum dan syariat allah s.w.t. -Berilmu pengetahuan yang tinggi. -Bersikap adil.

Kepentingan Pemimpin Dalam Sesebuah Negara


-Memastikan kestabilan negara. -Memastikan syariat islam dapat ditegakkan. -Memastikan keadilan terlaksana dalam negara. -Memastikan perlaksanaan undang-undang dalam masyarat dan negara.

Adap Pemimpin Terhadap Rakyat.


-Menjaga agama. -Berlaku adil. -Menyediakan keperluan asas.

Tanggungjawab Pemimpin Menjaga Agama..


-Memastikan syariat islam dapat ditegakkan. -Pentadbiran negara mesti dijalankan berdasarkan syariat islam.

Hukum Pemimpin Berlaku Adil Dalam Pemerintahan


-Pemimpin wajib menegakkan keadilan dalam melaksanakan pemerintahan. -Pemimpin yang adil adalah tunggak utama dalam sesebuah organisasi. -Ciri kepimpinan yang adil adalah mewarisi sifat utama pemimpin islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul.

Kelebihan Kepada Pemimpin Yang Berlaku Adil Dalam Pemerintahan..


-Dijamin keselamatan di bawah naungan arasy allah swt. -Satu hari dari pemerintahan yang adil adalah lebih utama daripada beribadat 60 tahun. -Doanya akan diterima allah swt.

Keperluan Asas Yang Wajib Disediakan Oleh Pemimpin Kepada Rakyat..


-Keperluan makanan dan minuman. -Tempat tinggal,peluang pekerjaan dan peluang pendidikan.

Kesan Buruk Apabila Pemimpin Tidak Menunaikan Tanggungjawab Terhadap Negara Dan Rakyatnya..
-Pemimpin akan dibenci dan dipulaukan oleh rakyat. -Nama pemimpin akan tercemar dan dipandang rendah oleh rakyat. -Arahan dan perintah pemimpin tidak akan dipatuhi dan ditaati oleh rakyat. -Kemakmuran dan pembangunan negara akan tergugat.

Adap Rakyat Terhadap Pemimpin..


Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemimpin.
-Mentaati pemimpin. -Menasihati pemimpin dengan cara yang baik. -Menghormati pemimpin dengan memberi kerjasama yang sewajarnya. *Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara. Hukum mentaati pemimpin adalah wajib selagi pemimpin tidak menyuruh melakukan perkara maksiat atau perkara yang bertentangan dengan syarak..

Konsep Mentaati Pemimpin dalam Islam.


-Ketaatan mesti diberikan oleh rakyat sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak disukai.

Cara Rakyat Mentaati Pemimpin


-Mematuhi semua arahan pemimpin untuk kebaikan negara dan rakyat. -Menghormati pemimpin. -Tidak mencela dan mencaci pemimpin. -Tidak memberi dan memusuhi pemimpin.

Cara Rakyat Untuk Menasihati Dan Menegur Pemimpin.


-Menegur pemimpin dengan cara dan saluran yang terbaik dan sesuai. -Mengemukakan teguran dan pandangan melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk diambil tindakan lanjut.

Cara Mendidik Rakyat Beradab Dengan Pemimpin..


-Mengadakan kempen kesedaran berkaitan kewajipan beradab dengan pemimpin. -Mengadakan program pemimpin bersama rakyat bagi merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

Kesan Tidak Taat Kepada Pemimpin. Hikmah Rakyat Mentaati Pemimpin..


-Melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni. -Melahirkan masyarakat yang cintakan Negara. -Melahirkan masyarakat yang prihatin kepada kesatuan ummah dan pembangunan Negara. -Hubungan pemimpin dengan rakyat bertambah erat.

Cara Untuk Melahirkan Rakyat Supaya Taat Kepada Rakyat..


-Memperbanyakkan sesi penerangan tentang kewajipan mentaati pemimpin melalui pelbagai media. -Mengadakan program Pemimpin Bersama Rakyatbagi memudahkan perkongsian pendapat antara pemimpin dengan rakyat. -Pemimpin menjadikan dirinya idola kepada rakyat dalam pelbagai aspek seperti keluarga, peribadi, dan akhlak.

Akibat Rakyat Tidak Mentaati Pemimpin


-Pemimpin tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan lancer. -Memberi peluang kepada musuh Negara untuk melemahkan dan menghancurkan Negara. -Pendidikan dan ekonomi Negara terjejas kerana rakyat tidak sehaluan dengan pemimpin. -Keamanan Negara akan tergugat kerana pemimpin dan rakyat asyik bertelagah.

Rumusan
-Islam menuntut supaya pemimpin wajib menegakkan syriat islam di kalangan umat manusia. -Taat kepada pemimpin untuk mencapai cita-cita Negara dalam islam..

You might also like