You are on page 1of 16

RANCANGAN PEMBANGUNAN TANAH DAN WILAYAH FELDA

SENARAI KANDUNGAN

Bil i. ii. iii. iv. v. vi. Tajuk kajian

Perkara

Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Keadah kajian Hasil kajian y y y y InstitusiPentadbiranTempatan LatarBelakang Peranan Perkembangan

vii. Rumusan viii. Lampiran ix. Rujukan

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, Kajian Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada cikgu saya iaitu Puan Ton Junaidah Bt. Abdul Rahim, kerana bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja kursus ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan projek folio ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan bantuan kewangan bagi membantu saya sepanjang saya melakukan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus saya dijalankan dan dibentangkan.

Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajiam saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

Objektif Am Memenuhi keperluan sukatana Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 Memenuhi keperluan Perperiksaan Penilaian Rendah (PMR)

y y

Objektif Khusus Saya dapat menambah lagi pengatuhuan mengenai sejarah penubuhan FELDA. Memupuk semangat untuk memajukan industri pertanian. Dapat mengetahui tentang sistem pentadbiran FELDA.

y y y

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:-

KAEDAH LISAN : Saya telah menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat.

PEMBACAAN: Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang FELDA secara lebih mendalam lagi.

HASIL KAJIAN
Institusi Pentadbiran Tempatan Nama rasmi/Nama ringkas/Nama lain Nama rasminya iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau nama ringkas FELDA serta nama lainnya Federal Land Development Authority. Lokasi

y y y y y y y y y y y

FELDA Wilayah Raja Alias FELDA Wilayah Segamat FELDA Wilayah Gua Musang FELDA Wilayah Kuantan FELDA Wilayah Trolak FELDA Wilayah Johor Bharu FELDA Wilayah Mempaga FELDA Wilayah Terengganu FELDA Wilayah Alor Setar FELDA Wilayah Jengka FELDA Wilyah Sahabat, Lahad Datu

MATLAMAT
1. Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

2. Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA diberi kuasa dan syarikatnya.

3. Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

4. Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

OBJEKTIF
1. Untuk membangunkan tanah kepada kawasan pertanian yang berkembang dan produktif melalui amalan pengurusan pertanian yang efektif, dengan memfokuskan kepada pertanian yang baik untuk memaksimumkan pengeluaran dan mengurangkan kos.

2. Bagi membantu dalam evolusi masyarakat moden, produktif dan berdisplin untuk meningkatkan taraf hidup dan menjamin kualiti hidup yang lebih baik.

VISI
FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

MISI

Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui:

1. Penghasilan kebun yang tinggi. 2. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden. 3. Meningkatkan potensi dan kualiti hidup insan. 4. Mewujudkan budaya inovatif dan kreativiti. 5. Mempelbagai sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi. 6. Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia. 7. Memupuk budaya kecermelangan.

LATAR BELAKANG
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembanggunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulungdibuka, dengan 3.75 km tanah. Sehingg atahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.

PERANAN
KEMASYARAKATAN Menginterasikan sebuah pusat hypermedia di perpustakaan negara pada 2003 bagi menyemai pengetahuan IT. Pusat tersebut boleh memuatkan sehingga 25 pengguna pada satu-satu masa. Selain itu, beberapa buah van telah disumbangkan bagi membantu aktiviti-aktiviti latihan beberapa golongan masyarakat.

Membina sebuah rumah berkembar di pusat Bandar Jenka, Pahang sebagai rumah kediaman untuk 20 anak-anak yatim yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Sosial pada 2003.

Menyokong program-program anjuran Badan-badan Bukan Kerajaan seperti Mercy, Majlis Belia Malaysia, Persatuan Ibu-ibu Tunggal dan Bekas Tentera Malaysia.

Dari 1999 hingga 2001, menyediakan bantuan kewangan untuk 2,455 buah keluarga dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, khasnya bagi membantu ketua keluarga yang hilang keupayaan membiayai perbelanjaan isi rumah.

KEBAJIKAN

Yayasan FELDA juga menyumbangkan kepada keperluan kebajikan ala rakyat malaysia berpendapatan rendah, serta menyediakan bantuan perumahan dan kewangan untuk mereka yang ditimpa bencana alam. Antara sumbangan-sumbangan ialah:

Menyediakan diagnosis dan rawatan percuma serta sumbangan cermin mata bernilai RM 150,000 untuk kanak-kanak dari keluarga perpendapatan rendah.

Membina sebuah rumah berkembar di pusat Bandar Jenka, Pahang sebagai rumah kediaman untuk 20 anak-anak yatim yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Sosial pada 2003.

Menyumbangkan RM 100,00 kepada tabung bencana alam bagi membantu mangsa kejadian tsunami 2004. Sejumlah RM 144,050 lagi disumbangkan kepada 1,640 kanak-kanak sekolah di kawasan terbabit.

PENDIDIKAN Projek sekolah angkat yang memberi bantuan kewangan sebanyak RM 20,000 dan RM 40,000 untuk tempoh 3 tahun bagi memperbaiki prestasi akademik para pelajar lemah dari keluarga berpendapatan rendah di sekolah-sekolah luar bandar terpilih.

Menjalankan kursus-kursus vokasional dan teknik jangka pendek bagi menyediakan golongan belia lemah akademik dengan kemahiran berguna untuk kerjaya yang menguntungkan kursuskursus ini termasuk pembaikan komputer, pembaikan automotif, pemwayaran elektrik, Bahasa Inggeris Intersif, multimedia dan kesihatan. Kursus-kursus ini dijalankan di enam buah pusat di Perak, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang yang mana setiap pusat boleh memuatkan sehingga 1,200 pelajar pada satu-satu masa. Sejumlah 1,550 pelajar memperoleh manfaat daripada insiatif ini pada 2007.

Penyediaan biasiswa peringkat ijazah, geran pendidikan peringkat lepasan ijazah dan dermasiswa menerusi institusi-institusi pengajian tinggi bagi membantu para pelajar tempatan melanjutkan pelajaran di dalam negara. Seramai 107 pelajar telah menerima bantuan ini pada 2007.

PERKEMBANGAN
SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan bagi membiayi projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperoleh dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiyai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan yang disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi penerokayang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiadaberpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunkan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

RUMUSAN
Saya sangat bersyukur terhadap ilahi kerana dapat menyiapkan folio sejarah ini dengan sempurna dan lengkap dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Setelah saya siap melakukan folio ini, saya berasa lebih memahami dan mengetahui tentang FELDA secara lebih mendalam lagi.

Selain itu, saya juga berasa lebih dekat dan rapat mengenali FELDA. Saya juga dapat mengetahui nama rasmi, lokasi dan banyak lagi tentang FELDA dengan jelas melalui folio ini.

Sekian, terimakasih.

RUJUKAN
Sebelum saya memulakan folio sejarah ini, saya mencari bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang penting terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai rujukan.

Antaranya adalah seperti:

y y y y

Internet Buku Ilmiah Akhbar Temuramah

You might also like