P. 1
Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 2 Sejarah Sekolah

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 2 Sejarah Sekolah

1.0

|Views: 26,455|Likes:
Published by Ahmad Nadzmi
hope can help!
hope can help!

More info:

Published by: Ahmad Nadzmi on Jun 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2013

pdf

text

original

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

KERJA KURSUS SEJARAH 2011 21/2
NAMA TINGKATAN NO. KAD PENGENALAN TAJUK KERJA KURSUS : AHMAD NADZMI BIN IBRAHIM : 2 JUARA : 970228-10-5309 : SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU NAMA GURU PENILAI : PN MAIMUNAH BINTI KASAH

_____________________ (TANDATANGAN GURU)

Elemen I

Sumber Majalah ........................................................

2

Sumber Dokumen .......................................................

Nama: Pn Sarimah binti Mansor Umur: 43 tahun Alamat: SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra, Kedah Darul Aman.

3

__________________________________________________________________________ _ Kami telah berjaya menemu-ramah seorang guru, iaitu Pn Sarimah binti Mansor. Berikut adalah hasil temubual kami. Nadzmi : Assalamualaikum, ustazah. Kami pelajar tingkatan 2 telah diberi tugasan kerja kursus berkaitan dengan sejarah sekolah. Boleh kami dapatkan maklumat mengenai latar belakang ustazah? Pn Sarimah Nadzmi Pn Sarimah : Waalaikumussalam. Silakan. : Bolehkah ustazah menceritakan serba-sedikit biodata ustazah? : Nama penuh saya Sarimah binti Mansor. Saya telah dilahirkan pada 28 Januari 1968 bermaksud saya telah berumur 43 tahun. Saya memulakan alam persekolahan di SK Kampung Serendap, Kota Sarang Semut, A/S, Kedah. Saya meneruskan sesi persekolahan di SMK Raudhatul ’Ulum, Langgar sebelum mendapat tawaran ke Maktab Mahmud daripada tingkatan 1-5. Nadzmi : Selepas tamat di tingkatan 5, di manakah pula ustazah melanjutkan pelajaran? Pn Sarimah : Saya melanjutkan pelajaran ke SMAP Labu selama 2 tahun sebelum diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab & Tamadun Islam. Nadzmi : Adakah ustazah berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara?

4

Pn Sarimah

: Saya ada berpeluang untuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir tetapi dihalang oleh bapa ustazah. Tidak lama selepas itu, saya ditawarkan untuk mengajar di SM Seri Aman Petaling Jaya(P) selama 3 tahun (1993-1996). Kemudian, saya mengikut suami pulang ke Kedah dan mengajar di SM Wan Mohd Saman pada 1997-1998 sebelum berpindah ke SMKA Yan pada tahun 1999-2001. Seterusnya, saya berpeluang untuk mengajar di SM Sains Selangor selama 5 tahun (2002-2007) sebelum ke SM Sains Pokok Sena dari tahun 2007-2009. Pada 1 April 2009, saya diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu.

Nadzmi

: Apakah pandangan ustazah terhadap sekolah apabila mula bertugas di SM Sains Kubang Pasu?

Pn Sarimah

: Pada mulanya, saya berasa sayang apabila hendak meninggalkan SM Sains Pokok Sena. Tapi disebabkan tanggungjawab dan amanah untuk membuka sekolah baru dan mendidik anak- anak murid, saya pun datanglah ke sini. Pihak pengurusan SBP juga menawarkan jawatan Guru Kanan Bahasa kepada saya. Saya pun bersetuju setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan saya.

Nadzmi Pn Sarimah

: Jadi, apakah harapan yang telah ustazah letakkan terhadap sekolah ini? : Ustazah harap SM Sains Kubang Pasu menjadi SBP yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mendapat tempat dalam ’Top-10’ SBP seperti dalam misi dan visi sekolah ini. Kita juga mesti cemerlang dalam semua aspek termasuk kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya.

Nadzmi

: Terima kasih ustazah atas maklumat yang diberikan. Kami harap dengan maklumat ini dapat memenuhi aspek kajian bagi kerja kursus Sejarah ini.

5

Sumber Lawatan

6

......................................................................

Sumber Lain-lain (Buku Peraturan Sekolah & Asrama)

7

Elemen II

8

Isi Kandungan
Bil 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Tajuk kajian Isi kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Perkara Halaman 1 2 3 4 5

9

6.0

Hasil kajian 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 5.10 Latar belakang sekolah Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah Infrastruktur dan kemudahan asas Pengetua Guru Badan Pengurus/ PIBG Tokoh-tokoh bekas pelajar Peristiwa-peristiwa bersejarah Prestasi kejayaan akademik Prestasi kejayaan kokorikulum

6

7.0 8.0 9.0

Rumusan Rujukan Lampiran

17 18 19

2.0 Penghargaan
Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di atas segala kemudahan yang disediakan seperti komputer, mesin pencetak dan sebagainya bagi memudahkan para pelajar menyiapkan kerja kursus ini.

10

Jutaan terima kasih juga kepada guru Sejarah saya, Pn Maimunah binti Kasah di atas segala penerangan, tunjuk ajar dan panduan tentang cara melaksanakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan moral, bantuan kewangan, pengangkutan serta banyak mengorbankan masa dalam membantu saya. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang menyumbangkan idea yang bernas dan sudi bekerjasama serta membantu saya mencari, mengumpul dan bertukar-tukar maklumat.

3.0 Objektif Kajian
Sepanjang tempoh Kajian Sejarah Tempatan dijalankan, berbagai-bagai jenis kajian akan dilakukan. Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. Pertama sekali, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang sekolah saya. Saya dapat mengetahui tentang asal-usul nama sekolah, sebab-sebab nama tersebut dipilih dan perasmian sekolah kita.

11

Selain itu, saya juga dapat mengetahui lambang-lambang sekolah seperti moto, bendera, ikrar, visi, program pelanggan dan falsafah sekolah dan maksud yang terkandung dalam setiap lambang sekolah. Ini akan meningkatkan lagi perasaan bangga terhadap identiti sekolah. Seterusnya, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengetua sekolah saya iaitu Tuan Haji Ismail bin Ibrahim. Saya dapat mengetahui biodata, sifat-sifat istimewa, tugas-tugas dan sumbangan beliau terhadap sekolah. Saya juga dapat mengetahui sumbangan beliau terhadap masyarakat sekolah yang telah meningkatkan imej sekolah saya. Di samping itu, saya dapat mengenali guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah banyak menyumbangkan bantuan kewangan dan infrastruktur kepada sekolah saya. Saya juga dapat mengetahui tokoh-tokoh bekas pelajar yang telah meningkatkan imej sekolah dalam peringkat-peringkat tertentu. Akhir sekali, kajian sejarah ini juga dapat membantu saya menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah.

4.0 Kaedah Kajian
Selama saya menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat bagi menyempurnakan Kajian Sejarah Tempatan ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temuramah. Saya telah menemuramah dua orang cikgu yang saya amat hormati di sekolah saya bagi mendapatkan maklumat yang

12

lengkap, iaitu Tuan Haji Ismail bin Ibrahim (Pengetua) dan Puan Hajah Sarimah binti Mansor. Selain itu, saya telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian. Dalam kaedah ini, saya telah mengambil beberapa gambar semasa menjalankan lawatan di sekolah saya iaitu SM Sains Kubang Pasu. Saya telah mengambil gambar infrastruktur, bangunan, kemudahan asas dan sebagainya. Di samping itu, saya juga telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan bersamasama dengan rakan-rakan saya iaitu Ameer Izzuddin dan Amir Luqman. Kami telah berjaya menyalin beberapa isi penting yang dapat membantu kami dalam menghasilkan Kajian Sejarah Tempatan ini. Kami juga menemui banyak sijil yang merupakan hasil pencapaian sekolah kita dalam pelbagai bahagian. Saya juga telah membuat rujukan daripada majalah rasmi sekolah (LEGASI) dan bahan- bahan bercetak yang lain yang penah diterbitkan oleh pihak sekolah. Akhir sekali, saya juga melayari internet untuk mencari maklumat untuk membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang sejarah penubuhan sekolah saya.

5.0 Hasil Kajian
5.1 Latar belakang sekolah
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terletak di Batu 19, Jalan Kodiang dalam Mukim Putat, Jitra, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina di tanah sawah berkeluasan 25

13

hektar. Mula dibina pada 11 Mac 2007; merupakan sekolah berasrama penuh terbaru yang dibina dalam pakej Rancangan Malaysia Ke-9. SMSKP diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya bagi pihak kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 11 Mac 2009. Sehingga hari ini SMSKP mempunyai 767 orang pelajar (enrolmen 26/2/2011) dengan kekuatan guru seramai 65 orang. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-56 yang memulakan sesi persekolahan pada bulan Mei, 2009 selepas SM Sains Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalam keadaan serba baru itu, sekolah pada waktu itu masih belum mempunyai pasukan pengurusan yang sempurna, buat sementara ia ditadbir-urus oleh seorang ’caretaker’ yang dilantik oleh BPSBPSK iaitu Tuan Haji Jaafar bin Mohd Ramli dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra dan kembali bertugas ke sekolahnya pada 31 Julai 2009 dan pada 1 Ogos 2009, Encik Abdul Talib bin Haji Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum dari SM Sains Pokok Sena melaporkan diri secara rasmi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada 16 September 2009, Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail dari SM Sains Sultan Mohamad Jiwa pula melapor diri sebagai PK Kokurikulum. Pn Hajah Rafeah binti Hashim dari SM Sultan Abdul Halim mendaftar pada 1 Oktober 2009 sebagai PK Pentadbiran dan Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, pengetua pertama SM Sains Kubang Pasu melapor diri pada 16 November 2009.

5.2 Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah

14

Logo SM Sains Kubang Pasu Terdapat empat warna utama di dalam logo, iaitu oren-jingga, putih, kuning dan biru yang ditakrifkan sebagai warna-warna masa kini. Warna oren-jinga melambangkan keutuhan dan keceriaan warga sekolah. Putih melambangkan kemurnian dan ketulusan hati warga SM Sains Kubang Pasu. Kuning membawa maksud kemakmuran, kegemilangan dan ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan, undang-undang, raja dan negara manakala biru membawa kepada lambang perpaduan dan simbol kasih sayang serta keharmonian sejagat. Selain itu, bentuk perisai pada logo bermaksud sedia menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai visi dan misi sekolah. Bentuk bulatan pula melambangkan permuafakatan dalam komuniti SM Sains Kubang Pasu. Enam segitiga bercantum membawa kepada enam rumah dalam sistem rumah Sekolah Berasrama Penuh yang bersatu ke arah mencapai citacita yang sama manakala buku yang terbuka melambangkan warga sekolah yang celik ilmu. Moto sekolah ”SUKSES-KREATIF-PRODUKTIF” bermaksud garapan tiga elemen sukses, kreatif dan produktif bagi melahirkan tunas-tunas teknokrat negara yang unggul.

5.3 Infrastruktur dan kemudahan asas

15

Di SM Sains Kubang Pasu, terdapat satu blok pentadbiran/ akademik yang terdiri dari pusat sumber sekolah (Pusat Sumber Abdullah Munsyi), dataran perhimpunan, blok akademik, blok bengkel dan blok makmal sains. Sekolah ini dilengkapi juga dengan sebuah dewan serbaguna (Dewan Bitara), dewan makan asrama, asrama blok putera, asrama blok puteri, sebuah surau (Surau Al-Izdihar) dan kantin. Di bahagian belakang sekolah, dilengkapi dengan kuarters guru dan staf sokongan. Terdiri dari satu unit rumah rumah banglo jenis C (pengetua), empat unit rumah teres dua tingkat jenis D (penolong-penolong kanan), satu flat tiga tingkat jenis F (12 warden) dan enam unit rumah teres jenis G (staf sokongan). Turut dibina ialah sebuah garaj bas dan astaka. Bagi memeriahkan aktiviti sukan dan permainan, sekolah ini dilengkapi dengan padang bola berkeluasan 90m X 70m dan balapan olahraga bersaiz 400m. Selain itu, turut dibina ialah sebuah padang hoki, gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring, gelanggang sepak takraw dan taman permainan kanakkanak.

5.4 Pengetua

16

Tuan Haji Ismail bin Ibrahim adalah merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Beliau telah dilahirkan pada 3 Mei 1995 di Padang Maksirat, Pulau Langkawi, Kedah. Beliau berusia 56 tahun. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Tuan Haji Ismail telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Maksirat sebelum meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra bagi sesi tingkatan 1 hingga 5. Beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar sewaktu di tingkatan 6. Beliau mula bertugas sebagai guru di SMK Badin Tuaran, Sabah pada tahun 1979 sebelum bertukar ke SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah. Kemudian, beliau bertukar pula ke SMK Ayer Hitam, Kedah. Pada tahun 1991, beliau meneruskan tugasnya di SMK Permatang Bonglai, Jitra, Kedah sebelum bertukar ke SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah sebagai PK Pentadbiran. Beliau bertukar pula ke SMK Tunku Bendahara, Kedah sebagai Pengetua dan pada tahun 2006, beliau kekal dengan jawatan sebagai Pengetua di SMK Tunku Abdul Aziz. Beliau kemudiannya telah bertukar ke SMK Seberang Perak sebagai Pengetua sebelum melapor diri secara rasmi sebagai Pengetua pertama di SM Sains Kubang Pasu pada 16 November 2009.

17

Beliau pernah memberi sumbangan dengan menjadi AJK dan YDP Majlis Pengetua Cemerlang peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah menulis untuk Ulasan dan Kajian 1984-Antologi Bahasa Alam dan satu analisis bagi Novel Aku Anak Timur pada tahun 2000. Beliau pernah dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2008. Pada tahun 2002, beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pencapaian Khas Daerah Kubang Pasu 2005 dan Anugerah Kepimpinan Guru Daerah Kubang Pasu 2006.

5.5 Guru

Puan Sarimah binti Mansor adalah merupakan seorang guru yang menjawat jawatan Guru Kanan Bahasa SM Sains Kubang Pasu. Beliau telah dilahirkan pada 28 Januari 1968 dan berusia 43 tahun. Beliau telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Serendap, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Kemudian, beliau meneruskan persekolahan di SMK Raudhatul ’Ulum, Langgar, Kedah sebelum mendapat tawaran ke Maktab Mahmud, Kedah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke SMAP Labu selama 2 tahun sebelum diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

18

Beliau mula bertugas sebagai guru di SM Seri Aman(P), Petaling Jaya, Selangor selama 3 tahun (1993-1996). Kemudian, beliau bertukar ke SMK Wan Muhammad Saman, Tandop, Kedah pada tahun 1997 hingga 1998 sebelum meneruskan tugasnya di SMKA Yan (1999-2001). Seterusnya, pada tahun 2002, beliau ditugaskan untuk mengajar di SM Sains Selangor selama 5 tahun sebelum bertukar ke SM Sains Pokok Sena pada tahun 2007 dan pada 1 April 2009, beliau telah diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu sebagai Guru Kanan Bahasa. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2006 oleh Jabatan Wilayah Persekutuan.

19

5.6 Badan pengurus/PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM Sains Kubang Pasu telah ditubuhkan pada awal bulan Mei 2009. Pada mulanya, persatuan ini bergiat secara pasif kerana masih lagi kekurangan ahli. Mesyuarat Agong PIBG kali pertama telah diadakan dengan jayanya di Dewan Bitara SMSKP pada 11 Mac 2010. En. Yusof bin Ahmad telah dilantik secara rasmi sebagai Yang DiPertua PIBG manakala En. Md Zubir bin Doi pula sebagai Naib Yang DiPertua PIBG. Persatuan ini juga terdiri daripada lapan orang ahli jawatankuasa utama yang telah dilantik dari kalangan ibu bapa iaitu Pn Noraida, Pn Indon, Pn Zainurin, En Mohd Khair, En Zainal Abidin, En Amin, En Mohd Amin dan En Azman. Persatuan ini telah melibatkan diri dalam program Kelas Tahsin Al-Quran bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 yang diadakan pada setiap hari Jumaat. Persatuan ini juga telah membantu dalam Majlis Perjumpaan Waris Tingkatan 5 dan membantu menjemput penceramah bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan Bahasa Melayu SPM. Antara aktiviti yang telah dijayakan ialah Program Sambutan Kemerdekaan, Program Ihya’ Ramadhan, Kem Akademik Tingkatan 5 dan pelancaran program English Year 2010.

20

5.7 Tokoh-tokoh bekas pelajar
Muhammad Syu’aib bin Mohamed Yahaya telah dilahirkan pada 28 Jun 1993 di sebuah klinik desa di Sg Petani, Kedah. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau memulakan alam persekolahan di SK Ibrahim pada tahun 2000-2005. Kemudian, beliau meneruskan sesi persekolahan peringkat menengah di SMK Khir Johari, Sg Petani, Kedah(2006-2008). Pada tahun 2009, beliau telah diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu. Beliau telah menjawat jawatan sebagai bendahari Kelab Badminton dan bendahari Persatuan Sains dan Matematik ketika di tingkatan empat. Beliau juga merupakan bendahari bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) semasa di tingkatan empat dan lima. Beliau telah menjadi pengawas SMSKP dan memegang jawatan sebagai Ketua Exco Dewan Makan & Kafeteria. Beliau pernah mewakili sekolah dalam ’Australian English Competition’ dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri sewaktu darjah enam serta memperoleh keputusan 5A UPSR. Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Olimpiak Matematik peringkat daerah ketika di tingkatan dua. Ketika di tingkatan tiga, beliau mendapat tempat ketiga dalam ’International Mathematics Competition’ dan memperoleh keputusan 7A 1B PMR. Beliau telah menerima anugerah Pelajar Cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan, Matematik Moden, Biologi dan Kimia semasa Peperiksaan Percubaan SPM. Beliau juga dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Akademik Keseluruhan dan Pelajar Terbilang SPM Keseluruhan serta memperoleh 9A dalam SPM.

21

5.8 Peristiwa-peristiwa bersejarah
Grand Dinner 2010 Pada 1 Jun 2010, telah diadakan satu majlis makan malam perdana. Majlis yang dinamakan ’Grand Dinner 2010’ ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua pelajar SM Sains Kubang Pasu hadir dengan berpakaian korporat manakala guru juga hadir dengan berpakaian baju batik. Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua PIBG SMSKP, En Yusof bin Ahmad dan diiringi oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim serta beberapa guru yang lain. Bagi memberkati majlis, bacaan doa telah dibacakan oleh saudara Mohd Aminuddin bin Che Omar diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG. Kemudian, majlis diteruskan ucapan Tuan Haji Ismail, Pengetua Cemerlang SMSKP. Majlis Grand Dinner diserikan lagi dengan persembahan dari setiap tingkatan sambil guru dan pelajar menikmati hidangan ala-ala Barat. Suasana majlis ini digemparkan dengan kejutan hari lahir oleh pelajar tingkatan dua untuk Cikgu Talib, PK HEM SMSKP. Majlis kemudian diakhiri dengan ketibaan tetamu dari luar negara, Miss Hellen. Beliau juga merupakan rakan baik kepada Pn Hasila.

22

5.9 Prestasi kejayaan akademik
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu adalah antara tiga buah sekolah di negeri Kedah yang berjaya mencatatkan kelulusan 100% dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2010. Seramai 5 orang pelajar telah meraih keputusan yang cemerlang dengan memperoleh semua A dalam SPM. Pelajar tingkatan 5 SMSKP juga telah berjaya membuat penurunan gred purata bagi keputusan peperiksaan SPM. Selain itu, seramai 23 orang pelajar mendapat sekurang-kurangnya 7A dan berjaya memperoleh kecemerlangan 100% dalam subjek Pendidikan Moral. Pada tahun 2011, beberapa orang pelajar SMSKP telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Antaranya, saudara Muhamad Tahriri bin Rozaini berjaya melanjutkan pelajaran ke Perancis sebagai Juruteknik Kimia, Mohd Saifullah bin Syed Ahmad ke United Kingdom dalam bidang IT dan Amalina binti Ismail ke New Zealand dalam bidang perubatan.

23

5.10 Prestasi kejayaan kokurikulum
Beberapa orang pelajar SMSKP telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai acara-acara dan pertandingan-pertandingan yang diadakan di peringkat daerah/zon dan kebangsaan. Empat orang pelajar SMSKP telah mendapat johan dalam Pertandingan Kuiz Program Pelancongan Pelajar peringkat daerah Kubang Pasu. Tiga orang pelajar SMSKP mendapat tempat naib johan dalam pertandingan Hafazan dan Tilawah serta tempat ketiga dalam pertandingan nasyid. Pasukan pantun sekolah juga mendapat johan daerah Kubang Pasu dan tempat ketiga Negeri Kedah dalam Pesta Pantun 2011. Saudara Melchizedek Nehemiah pula memperolehi pingat perak dalam acara 1500m kelas 1 dalam kejohanan olahraga MSSK Daerah Kubang Pasu. Pasukan Bola Sepak B15 mendapat naib johan manakala Pasukan Bola Sepak B18 mendapat tempat ketiga daerah Kubang Pasu manakala Pasukan hoki sekolah B18 lelaki berjaya mendapat johan daerah Kubang Pasu. SMSKP juga berjaya dengan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat SBP Zon Utara. Akhir sekali, Siti Nur Asyikin telah menjuarai pertandingan memanah peringkat kebangsaan manakala Mohd Syazwan b Mohd Fuad pula mendapat johan dalam pertandingan memanah peringkat daerah, tempat keempat dalam peringkat negeri, tempat ketiga MSSM Olympic Round Berpasukan dan tempat kesepuluh dalam SBP.

24

6.0 Rumusan
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu kerana sekolah ini mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Kita juga hendaklah sentiasa mengenang jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Dengan mengetahui sejarah sekolah ini, kita dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua, warga sekolah sepatutnya berasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.

25

7.0 Rujukan
• Majalah sekolah LEGASI Edisi Pertama tahun 2010 • Buku Minit Mesyuarat Agung PIBG kali pertama dan kedua Kali pertama- 11 Mac 2010 (Khamis) & Kali kedua- 28 April 2011 (Khamis) • Orang Sumber -Tuan Haji Ismail bin Ibrahim Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra, Kedah Darul Aman -Pn Sarimah binti Mansor Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra, Kedah Darul Aman • • Analisis Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2010 Buku Peraturan Sekolah dan Asrama SMSKP, halaman 4 • Melawat ke tempat kajian Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang, 06000, Jitra, Kedah • Buku Edaran Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

26

8.0 Lampiran
Panorama SM Sains Kubang Pasu

27

Pelan Sekolah

28

Pn Sarimah binti Mansor menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

29

Sijil-sijil Akademik Dan Kokurikulum ........................................................................................ .......

30

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->