P. 1
Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 Migrasi Dalaman Penduduk

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 2 Migrasi Dalaman Penduduk

4.25

|Views: 71,118|Likes:
Published by Ahmad Nadzmi

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Ahmad Nadzmi on Jun 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/20/2015

pdf

text

original

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011 23/2
NAMA TINGKATAN NO. KAD PENGENALAN TAJUK KERJA KURSUS : AHMAD NADZMI BIN IBRAHIM : 2 JUARA : 970228-10-5309 : MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU MERGONG NAMA GURU : CIK NOR SHAHIDA BINTI TAJUDDIN

_____________________ (TANDATANGAN GURU)

Isi Kandungan
2

1.0 2.0 3.0 4.0

Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian
4.1

4 5 6 7

4.2 4.3
5.0

Peta Negeri Kedah Darul Aman Peta Daerah Kota Setar Peta Lakar Kawasan Kajian Bandar Baru Mergong 10

Kaedah kajian 6.0 Hasil kajian 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6

Konsep migrasi dalaman penduduk Pola migrasi dalaman penduduk Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Kesan migrasi dalaman penduduk Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk Penerapan nilai atau unsur patriotisme 17 17 18 Pengenalan diri murid Surat kebenaran melawat dan mendapatkan maklumat Surat maklumat kepada ibu bapa / penjaga Borang soal selidik Senarai nama responden

7.0 8.0 9.0

Rumusan Rujukan Lampiran
9.1

9.2 9.3 9.4 9.5

1.0

Penghargaan
3

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di atas segala kemudahan yang disediakan seperti komputer, mesin pencetak dan sebagainya bagi memudahkan para pelajar menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga kepada guru Geografi saya, Cik Nor Shahida binti Tajuddin di atas segala penerangan, tunjuk ajar dan panduan tentang cara melaksanakan kajian ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan moral, bantuan kewangan, pengangkutan serta banyak mengorbankan masa dalam membantu saya. Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang menyumbangkan idea yang bernas dan sudi bekerjasama serta membantu saya mencari, mengumpul dan bertukar-tukar maklumat. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada 20 orang responden yang sudi ditemu-ramah dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

2.0 Pendahuluan

4

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja kursus di kawasan pilihan. Kami semua diberikan tajuk Migrasi Dalaman Penduduk. Murid-murid telah diberikan masa sepanjang cuti pertengahan tahun untuk menyiapkan tugasan ini. Saya telah memilih kawasan Bandar Baru Mergong kerana kawasan ini terletak berdekatan dengan rumah saya dan kawasan ini juga telah mengalami perkembangan urbanisasi yang cukup memberasangkan. Kawasan Bandar Baru Mergong ini bermula dari hujung Lebuhraya Sultanah Bahiyah hinggalah ke persimpangan Ampang Jajar. Kawasan Shahab Perdana yang terletak di sekitar Mergong juga merupakan stesen bas utama di Bandaraya Alor Setar. Kajian yang saya jalankan meliputi aspek berikut: • • • • • Konsep migrasi dalaman penduduk Pola migrasi dalaman penduduk Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Kesan migrasi dalaman penduduk Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk

3.0 Objektif Kajian
5

• • • • •

Memahami konsep migrasi dalaman penduduk Mengenalpasti pola migrasi dalaman penduduk Menyenaraikan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk Menghuraikan kesan migrasi dalaman penduduk Menyenaraikan cadangan bagi mengatasi kesan migrasi penduduk

4.0 Kawasan Kajian
6

Dalam kajian saya ini, saya telah memilih Bandar Baru Mergong yang merupakan bandar yang pesat membangun akibat ekonomi yang rancak dan stabil. Kawasan ini bermula dari hujung Lebuhraya Sultanah Bahiyah dengan Jalan Alor Merah hinggalah ke Pasaraya Besar Tesco dan berakhir di persimpangan Ampang Jajar. Ia terletak 3km dari bandar Alor Setar. Dahulu, Bandar Baru Mergong hanyalah sebuah pekan kecil yang sebahagian besar kawasannya adalah kawasan penanaman padi. Di sini juga terdapat sebuah taman perumahan iaitu Taman Wira Mergong yang merupakan perumahan kos rendah yang dibina oleh kerajaan untuk penduduk berpendapatan rendah seperti petani. Kini, Bandar Baru Mergong merupakan sebuah pusat membangun dengan adanya pusatpusat pengajian seperti Kolej Universiti Insaniah (KUIN), SMK Mergong, SMK Agama Kedah, taman perumahan ringan Kristal serta Pasaraya Besar Tesco.

4.1 Peta Negeri Kedah Darul Aman

7

4.2 Peta Daerah Kota Setar

4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian Bandar Baru Mergong

8

5.0 Kaedah Kajian

9

Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk memudahkan saya memperoleh dan mencatat semua maklumat secara terperinci dan sistematik. Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:1. Kaedah pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian bersama beberapa orang rakan saya. Kami perhatikan tentang perletakan kawasan kajian dari segi penolong darat dan pola migrasi maklumat yang kami terima. 2. Kaedah temu bual Kami memulakan temu bual beberapa orang sumber tempatan yang kami pilih secara rawak. Kami mengumpulkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dalam migarsi dan pekerjaan mereka. 3. Kaedah rujukan Saya telah merujuk kepada buku teks geografi Tingkatan 1 dan sedikit rujukan dari internet untuk mengetahui maklumat kajian ini .Saya juga merujuk kerja kursus para pelajar tahun yang lalu bagi memantapkan lagi hasil kerja ini. 4. Kaedah soal selidik Soal selidik melalui borang soal selidik yang diberikan kepada 20 orang responden untuk mendapatkan maklumat tentang migrasi dalaman penduduk di kawasan ini seperti pola migrasi dalaman, faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman dan cara untuk mengatasi migrasi dalaman.

6.0 Hasil Kajian

10

6.1 Konsep migrasi dalaman penduduk
Migrasi ialah perpindahan penduduk yang melangkahi sempadan. Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang berlaku dalam negara, sama ada migrasi bandar ke bandar atau dari luar bandar ke bandar. Contohnya dari Pekan Baling ke Alor Setar. Migrasi dalaman berlaku kerana kerana beberapa faktor yang menyebabkan mereka berpindah.

6.2 Pola migrasi dalaman penduduk
Berikut merupakan jenis migrasi yang wujud di kawasan Bandar Baharu Mergong:MIGRASI BANDAR KE BANDAR

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kajian saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh para belia yang ingin melanjutkan pelajaran ke bandar lain, faktor pekerjaan dan ingin mencari pengalaman baru di tempat lain. Ini merupakan salah satu jenis migrasi yang terdapat di kawasan saya. Contohnya belia yang berasal dari Bandar Baru Mergong yang ingin berpindah ke bandar yang lain untuk melanjutkan pelajaran.

MIGRASI LUAR BANDAR KE BANDAR

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian saya. Keadaan ini berlaku kerana adalah disebabkan faktor tarikan di kawasan saya di mana jaringan pengangkutannya yang banyak dan sempurna, peluang pekerjaan yang banyak, terdapatnya pusat pendidikan dan boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa daripada keadaan di luar bandar di mana terdapatnya kekurangan dan tidak keselesaan. Contohnya penduduk yang tinggal di luar bandar datang ke Bandar Baru Mergong untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

Bahan Grafik
11

JADUAL POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU MERGONG JENIS MIGRASI BANDAR KE BANDAR LUAR BANDAR KE BANDAR JUMLAH PENDUDUK 10 ORANG 20 ORANG

CARTA PAI PERATUS POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU MERGONG

33%

Bandar ke Luar Bandar Bandar ke Bandar

67%

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk
• Melanjutkan pelajaran
12

Di sekitar Mergong terdapat 2 buah pusat pengajian lepasan SPM dan STPM iaitu Universiti Insaniah (KUIN) dan Kolej Poly-Tech Mara. Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran, para pelajar terpaksa berpindah ke tempat yang baru ini. Ini menyebabkan kawasan sekitar tempat pengajian mereka menjadi lebih ramai. • Peluang pekerjaan Dengan adanya Pasaraya Besar Tesco maka 2000 peluang pekerjaan telah disediakan. Justeru itu, ramai orang akan datang ke Bandar Mergong kerana banyak peluang pekerjaan disediakan. • Perkahwinan Perkahwinan yang berlaku antara penduduk setempat dan penduduk kawasan lain boleh juga menyebabkan migrasi. Contohnya perkahwinan penduduk sekitar Mergong dengan penduduk negeri lain, perkahwinan dengan penduduk daerah lain. • Darjah Darjah ketersampaian juga merupakan satu faktor Bandar Baharu Mergong terus berkembang maju. Perjalanan dari Bandar Baharu Mergong ke Bandar Alor Star cuma mengambil masa 10 minit sahaja. Banyak jalan raya dapat digunakan untuk ke Bandar Alor Star, antaranya ialah Jalan Putra, Jalan Stadium melalui Jalan Pegawai.

6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk
KESAN POSITIF

13

 Penduduk bertambah Dengan migrasi dalaman yang berlaku di kawasan Mergong ini maka penduduk sekitar akan bertambah. Dengan penambahan penduduk di kawasan ini, aktiviti ekonomi juga akan bertambah. Di sekitar Mergong ini terdapat Medan Selera yang menjual pelbagai hidangan yang enak. Selain dari itu terdapat juga warungwarung kecil yang beroperasi lewat malam. Contohnya sekitar Taman Perumahan Mergong yang terdapat pelajar dari Universiti Insaniah, gerai-gerai yang berharga murah dan menjadi pilihan mereka.  Taraf hidup meningkat Migrasi dalaman penduduk yang berlaku di kawasan ini menyebabkan taraf hidup penduduk setempat meningkat. Ini kerana mereka telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti membuka warung-warung makanan. Terdapat juga para penduduk yang membuka kedai runcit sedia menyediakan rumah-rumah untuk sewaan samada untuk pelajar pengajian tinggi atau para pekerja di sekitar sini.  Buruh bertambah Migrasi dalaman yang berlaku ini akan menyebabkan buruh-buruh mahir dan buruh separuh mahir akan bertambah. Ini akan memudahkan operasi sesebuah kilang dapat dijalankan dengan sempurna. Ini juga akan meningkatkan kuantiti barangan sesebuah kilang, contohnya kilang makanan minuman dan lain-lain lagi.  Masyarakat majmuk Migrasi dalaman yang berlaku menyebabkan kawasan Mergong ini mempunyai penduduk yang pelbagai kaum. Ini akan menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysia

14

yang telah menjadi agenda dan aset bagi menyemarakkan perhubungan antara kaum.
 Unsur patriotisme

Sesungguhnya migrasi dalaman ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara kaum di sekitar ini. Ini kerana mereka hidup dalam suasana yang harmoni dan tenteram dan saling tolong-menolong. KESAN NEGATIF  Masalah sosial Masalah sosial yang berlaku di sekitar sini ialah pecah rumah, masalah mat rempit, vandalisme dan lain–lain lagi. Masalah pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan. Kehilangan motosikal sering juga berlaku. Sistem jalan raya yang baik juga menyebabkan anak-anak muda menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba. Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Taman Jubli menjadi sasaran anak-anak muda tersebut. Selain itu, masalah sosial pekerja kilang yang sering ditangkap khalwat dengan pasangan mereka masing-masing.  Persaingan pekerjaan Migrasi dalaman juga menyebabkan persaingan pekerjaan menjadi sengit antara penduduk tempatan dengan penduduk migrasi.

 Pengangguran Pengangguran akan bertambah bagi penduduk tetap di kawasan Mergong. Ini adalah kerana peluang pekerjaan yang ada telah dimonopolikan oleh pihak yang menjalankan migrasi dalaman.
15

6.5 Cadangan untuk mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
 Menguatkuasakan undang-undang Pihak berwajib mestilah memantau kawasan yang dianggap ‘hitam’ contohnya kawasan sekitar pasar dan kawasan awam. Pihak polis hendaklah sentiasa membuat rondaan di kawasan tersebut.  Mewujudkan Rukun Tetangga Kawasan perumahan di Bandar Baru Mergong juga merupakan taman perumahan yang sangat luas. Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan itu boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Pihak rukun tetangga harus bekerjasama dengan polis.  Mewujudkan peluang pekerjaan Peluang pekerjaan lebih banyak akan diwujudkan sekiranya banyak kilang dan pusat perniagaan dibuka. Contohnya, kawasan sekitar Tesco yang baru dibangunkan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan.

6.6 Penerapan nilai atau unsur patriotisme
Sesungguhnya saya bersyukur kerana kawasan Mergong ini lengkap dengan segala kemudahan prasarana dan segala kemudahan ini hendaklah kita menghargai dan menjaganya.

7.0 Rumusan
Migrasi dalaman ini sememangnya suatu perkara yang terjadi di kalangan masyarakat. Migrasi ini juga perlulah dikawal agar tidak menimbulkan masalah
16

pada penduduk. Contohnya, kemasukan warga asing yang tidak terkawal dan menimbulkan ketidaksetabilan kepada penduduk setempat. Selain itu, bagi golongan belia pula digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang berharga bagi membangunkan kawasan setempat. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ini, saya mendapati bahawa kawasan Bandar Baru Mergong ini mempunyai pola migrasi yang unik serta kompisisi masyarakat yang berbilang kaum. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana penduduk di kawasan ini dapat hidup dengan aman tanpa konflik. Mereka juga berinteraksi dengan baik dan mengelakkan kesalahfaman antara satu sama lain. Akhir sekali, masyarakat di kawasan ini merupakan masyarakat yang prihatin dan ringan tulang.

8.0 Rujukan
 Internet

Http :// www.malaysia.maps.com Http :// www.yahoo.com  Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Buku Rujukan

-Esensi Geografi PMR (Huzaini Hussin) Penerbit Mega Setia Emas SDN BHD

9.0 Lampiran
9.1 Pengenalan diri murid

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->