You are on page 1of 63

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1

Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Pengajaran Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan. Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1

Kemahiran Induksi

Konsep Cara guru memulakan pelajaran Guru perlu menimbulkan minat berfikir serta menggerakkan murid supaya bersedia dan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip-prinsip Induksi Bermakna kepada murid Berkaitan isi dan objektif pelajaran Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid Dengan suara, gerak geri dan kontak mata Dengan ABM Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik. 3. Menstruktur Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan 4. Membuat perkaitan Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.2

Kemahiran Penerangan

Definisi Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan. Objektif; 1. Untuk menjelaskan sesuatu perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain 2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll. 3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

Huraian: Menerangkan sesuatu proses. Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan 1. penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik 2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid 3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran 4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikan

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Penerangan

1.

Komponen Struktur Penggunaan tanda saran Penggunaan contoh-contoh Penyimpulan atau rumusan

2.

Komponen Penyampaian kejelasan pelbagai penekanan memberi petunjuk membuat perkaitan dan keutamaan mengelakkan kekaburan turutan maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid. Penekanan intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya. Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur. Ilustrasi penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahanbahan visual yang lain. Maklum balas bersedia menerima pandangan dan pendapat murid. Penutup kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara yang diterangkan.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.3

Kemahiran Penyoalan

Pengenalan Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid. Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip: Ditujukan kepada semua murid Murid diberi masa berfikir Sesuai dengan kebolehan murid Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi Penyampaian soalan jelas Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan; Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P Menimbulkan minat dan ingin tahu murid Membantu murid dalam perkembangan daya fikir Menggalakkan murid menyoal Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan.

Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir

Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan

Melayan murid dengan adil Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu. Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENILAIAN Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran. APLIKASI Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.

PENGETAHUAN Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan 1. Soalan Bertumpu (Tertutup) Bentuk convergent atau tertutup Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman Lebih bersifat objektif Jawapan atau respon terhad Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka) Bentuk divergen atau terbuka Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian Lebih bersifat subjektif Jawapan atau respon luas atau terbuka

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau

pengetahuan yang diperoleh.

1.4

Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep: Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Komponen Kemahiran Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian Saluran Deria KOMPONEN KEMAHIRAN Kepelbagaian Interaksi

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan 1. Perubahan tingkah laku guru Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

10

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.

Perubahan Pertuturan (Suara) Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi. Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.

3.

Kepelbagaian Saluran Deria Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4.

Kepelbagaian Interaksi Interaksi guru-murid, murid - murid, individu kumpulan, kumpulan kumpulan dan sebagainya. Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya. Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5.

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid. Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid. Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.

11

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.

12

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 2

Komponen Pengajaran : Penggunaan Papan Tulis Pengelolaan Bilik Darjah Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran penggunaan papan tulis, pengelolaan bilik darjah, dan penutupan dan membuat kesimpulan.

Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

2.1

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut : Papan Hitam Papan Putih Papan Gulung Papan Planner Papan Magnetik

13

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah kebersihan keteraturan kejelasan ketepatan keberkesanan

Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

Memastikan kebersihan papan tulis pembelajaran

pada awal dan selepas pengajaran dan

Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis mata pelajaran, tajuk pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu luas Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau penerangan yang berkaitan Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan tulis Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2

Pengelolaan Bilik Darjah Konsep Bilik Darjah Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, muridmurid, dan keseronokan berkerjasama.
14

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jenis-Jenis Bilik Darjah Biasa (Tradisi) Bercantum KBSR/KBSM Mata Pelajaran Khas Multimedia Bestari Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens) Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan. Pelbagai aktiviti dijalankan serentak Jadual anjal mudah diubah Banyak ABM/BBM digunakan Murid berpeluang membuat keputusan Murid bebas bergerak/ bekerjasama Murid bebas mengkaji mengikut minat Penyerapan dan penggabungjalinan Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik., keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap positif Pemberian markah / gred minimum Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.

Peranan Guru dalam Bilik Darjah Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran Pengajar / pakar mata pelajaran Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat Menentukan peraturan
15

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Melaksanakan aturan biasa Penghubung antara sekolah dengan masyarakat Contoh dan teladan kepada murid Pengadil tingkah laku Pendisiplin / penyelia Pengganti ibu bapa Kerani Kaunselor

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah Guru memainkan peranan sebagai pengurus Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid bertugas menjalankan tugas ikut jadual

Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif

Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Kemahiran Merancang Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut : Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan, dan menarik. Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Utamakan pendekatan berpusatkan murid Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan pembelajaran yang lengkap
16

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru sebagai Pengelola Elemen Kemahiran Mengelola Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Dua Fungsi Utama Pengajaran Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang / menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar. Pengajaran Motivasi Pembelajaran Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti pembelajaran secara kelas. Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah Tugas guru meliputi 3 bidang utama 1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod Rekod Pendaftaran Murid Buku Jadual Kedatangan Buku Kemajuan Murid Kad Himpunan 001 dan 002 Rekod Kutipan Yuran

2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan
17

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menanda jadual kedatangan Menyemak keadaan fizikal bilik darjah Menyusun kerusi meja Mengutip yuran

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek Susu Sekolah

3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.

Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah : menyapu lantai dan beranda membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja mengemas ruang dan sudut pembelajaran susun bahan bacaan di sudut bacaan menghias dan menjaga alat yang dipamerkan menjaga penggunaan kipas dan lampu mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.

Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap kekemasan dan kebersihan bilik darjah Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik darjah Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid

18

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan dengan susunan kerusi meja yang teratur

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut: mengawal peraturan-peraturan bilik darjah mengawal aktiviti kumpulan mengawal murid bermasalah

Guru sebagai Pengarah Elemen Kemahiran Mengarah Mengarah murid-murid menjawab soalan guru Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira Mengarah membentuk kumpulan Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya

Guru sebagai Pengawal Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan

Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan bahan-bahan pengajaran

19

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut : 1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik mengajar 2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran. 3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Dapatan penilaian akan membolehkan guru : Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.

Ciri-Ciri Kemahiran Menilai Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti yang berikut: Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru

Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai Perlakuan mengajar dari segi perancangan Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian

Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.
20

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara individu atau kumpulan Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan, membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian daripada keluarga mereka Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah. Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar / Pengetua. Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang aktiviti pemulihan.

Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan

Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan mutu pengajaran

Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

Kesimpulan Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.
21

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif

2.3

Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas atau pembelajaran tertentu Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.

Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran Meninjau pemahaman pembelajaran Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran Memenuhi fungsi penutupan

Jenis Penutupan Kesimpulan Kognitif Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan

kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting dalam pelajaran.

22

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kesimpulan Sosial Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas satu siri pembelajaran yang agak teratur.

Objektif Kemahiran Penutupan Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif pengajaran dan pembelajaran murid Dapat merancang aktiviti susulan Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu, unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan

Prinsip / Panduan Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi umur, kebolehan, minat, dan kecenderungan mereka Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada, pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Penutupan haruslah dapat mencadangkan aktiviti susulan

23

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Kemahiran Penutup Kesimpulan Kognitif Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah disampaikan Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan

Kesimpulan Sosial Mewujudkan memberi sebagainya rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan

pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan

Gerak kerja lanjutan aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan, biasanya sebagai kerja rumah.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.

Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.

24

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 3

Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini: Teori Tatabahasa Tradisional Teori Struktural Teori Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsionalis.

Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

25

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka Konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis Interaksionalis

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Fikirkan: Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan 26 pembelajaran bahasa di sekolah.

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu : Teori Tatabahasa Tradisional. Teori Struktural Teori Tranformasi Generatif Teori Fungsionalis

3.1

Teori Tatabahasa Tradisional (Panini) Teori yang paling tua Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Zaba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu) Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

3.2

Teori Struktural (Bloomfield) Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhatikan Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat

3.3

Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky) Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta. Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif

27

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.4

Teori Fungsionalis (Halliday) Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

berkomunikasi dan mementingkan semantik. Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi. Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal, dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa. Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.

28

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 4

Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris Kognitif Mentalis Interaksionalis

Sinopsis Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Tajuk ini penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang selaras dengan teori pemerolehan bahasa. Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah: Teori Behavioris Teori Kognitif Teori Mentalis Teori Interaksionalis

Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan pada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana teori ini cuba menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk pada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

29

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis Fungsionalis

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Teori Pemerolehan Bahasa

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, Nota ringkas: teknik yang sesuai dengan tatacara dan kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa.

30

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.1

Teori Behavioris Dipelopori oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, dan Brooks Proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta Latih tubi amat digalakkan Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.

4.2

Teori Kognitif Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

4.3

Teori Mentalis Dipelopori oleh Chomsky Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis Pengajaran tatabahasa diajar secara formal

4.4

Teori Interaksionalis Mementingkan aktiviti komunikasi Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

31

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Arahan: Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan bahasa. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

Tugasan Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda adalah supaya murid menguasai pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Behavioris. Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran memberi teguran secara bertatasusila. Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan oleh murid-murid. Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan perkembangan mental.

32

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 5

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Definisi Membanding beza Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Membuat Rumusan

Sinopsis Tajuk ini merangkumi empat konsep penting. Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Strategi merujuk cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini, iaitu Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus dan sebagainya memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk mencapai sesuatu objektif.

Hasil Pembelajaran 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat

33

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis Fungsionalis

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa sudah difahami sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah saya memilih strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai untuk membantu murid-murid saya mempelajari bahasa dengan berkesan!

34

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik sebagaimana yang berikut: STRATEGI Pendekatan Kaedah Teknik

5.1

Strategi Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

5.2

Pendekatan Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

5.3

Kaedah Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkahlangkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti

35

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti yang berikut: 5.4 Teknik Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Perbincangan Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral Aural

36

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 6

Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa Induktif Deduktif Eklektik Komunikatif Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan

tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman. Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi kandungan. Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik. Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1.1 3.4 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro

37

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Pendekatan

Pendekatan induktif tentu lebih baik kerana murid tidak diajar secara langsung! Murid diajar menaakul /berfikir tinggi.

Mana boleh! pendekatan deduktif tentu lebih baik kerana murid digalakkan berfikir untuk membuktikan teori/fakta tertentu!

38

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana menggabungkan segala yang baik-baik daripada pendekatan induktif dan deduktif! Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu murid bertutur sesama sendiri, mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan pengetahuan sedia ada mengenainya.

4.1

Pendekatan induktif Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri. Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh mereka. Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki: a. b. c. d. memberi definisi kepada sesuatu konsep menerangkan peraturan-peraturan menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran

Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati, mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan tertentu mengenainya. Prosedur pengajaran induktif Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:
39

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peringkat pendedahan Pada peringkat ini, guru: a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada murid-murid secara tidak langsung; b. c. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa; membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi pada bahagian permulaan pengajaran; d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya; dan e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.

Peringkat pembentukan konsep Pada peringkat ini, guru a. b. c. d. e. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan; mendengar ayat yang dibina oleh murid; mendengar ayat yang dibina oleh guru; melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran; memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

Peringkat membuat generalisasi a. b. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis; Murid diberikan latihan dalam kumpulan.

Peringkat penutup a. b. c. Guru menutup pengajarannya; Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya; Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.

40

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

4.2

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut: Peringkat awal generalisasi Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan, menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar seluruh idea. Peringkat mengemukakan generalisasi Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran. Peringkat menganalisis konsep Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang

41

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

Peringkat membuat generalisasi Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari. Peringkat penutup Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan sebagai aktiviti pengukuhan.

4.3

Pendekatan Eklektik

Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu menggabungkan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai boleh diajar dengan mudah menggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnya membolehkan seseorang guru mengubahsuai aktivitinya dengan mudah.

Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain: merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja; guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;

42

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya. Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;

murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;

pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.

4.4

Pendekatan komunikatif Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi untuk keperluan dan kehendaknya. emosi, Antara lain manusia imaginasi,

berkomunikasi

menyatakan

perasaan dan

mencipta

memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar. Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif: makna sangat dipentingkan; dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan hafalan; konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan; pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi; latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan; pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja; bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran muridmurid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar;

43

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur); terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya;

kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka, kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.

Tajuk 5

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid Berdasarkan Bahan Pemebelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah

Sinopsis Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi: Pendekatan Berpusatkan Murid Pendekatan Berpusatkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah murid yang

Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah.
44

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran 1.2 3.4 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas: 5.1 Pendekatan berpusatkan murid Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid

memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

45

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

5.2

Pendekatan berpusatkan bahan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

5.3

Pendekatan berasaskan projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Arahan: Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid anda. Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).

46

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.

Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam folio anda.

5.3

Pendekatan berasaskan masalah Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.

a.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Kamal?

b. c.

Apakah puncanya? Apakah kesan masalah itu kepada: Encik Kamal? Tugasnya? Keluarga?

d.

Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah: i. Kenal pasti masalah

47

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan. ii. Penentuan masalah Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru

membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. iii. Cadangan penyelesaian Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah. iv. Penelitian penyelesaian Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah. v. Pemeriksaan kesimpulan Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu hendaklah diusahakn.

Tugasan: 1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai

penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.

48

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.

Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk projek tersebut. keberkesanannya. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai

Tajuk 6 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Sinopsis Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah: Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan secara sistematik. Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambargambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendekatan berasaskan permainan pula akan menghidupkan proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Hasil Pembelajaran 2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.

49

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.4

Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mikro.

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota ringkas: 6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti

Kita hendak buat apa ini?

Itulah, semasa cikgu beri penerangan tidak mahu dengar. Sekarang bukankah susah!

50

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik.

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

6.2

Pembelajaran berasaskan situasional Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contohcontoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

6.3

Pembelajaran berasaskan permainan Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan. Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan dan berkesan. melahirkan Murid-murid perasaan dapat dengan

berkomunikasi

dengan

berkesan

menggunakan bahasa dan aksi.

Tugasan: Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu, pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.
51

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 7 Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu secara konstruktivisme kontekstual

Sinopsis Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

52

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar secara berterusan. Terima kasih, cikgu!

Nota Ringkas: 7.1 Prinsip Konstruktivisme

Ya! Saya tahu kamu mesti seronok belajar.

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut. 7.2 Pembelajaran dilihat sebagai: 7.3 Pengubahan idea, Pembinaan & penerimaan idea baru, Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivisme Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.

53

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

7.4

Amalan pengajaran konstruktivisme Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka. Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada. Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran

seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka. Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling. Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekeliling. Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada. Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada. Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

54

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

7.5

Kontekstual

Cikgu hendak bawa kamu melawat Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai jenis binatang dan jangan lupa kamu mesti membuat catatan dan buat folio

Ini haiwankah? Bukankah ini monyet?

Semua haiwan ini asalnya tinggal dalam hutan di Malaysia. Haiwan ini dilindungi jika tidak spesis haiwan ini mungkin akan pupus!

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

55

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut; R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

56

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(experiencing/mengalami),

iaitu

murid

belajar

dalam

konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta. A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks

bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks

bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks

pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui. Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik; meningkatkan minat; pembelajaran realistik, praktikal; pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

tahap kefahaman dan kesediaan guru kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran; kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks; hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

57

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tugasan Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan langkah-langkah pengajaran karangan tajuk Sukan di sekolah anda.

Tajuk 8 Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri

Sinopsis Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini

mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1. 2. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.

58

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Hasil Pembelajaran i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Kerangka konsep

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa: Behaviorisme Kognitif Mentalis Fungsional

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan Permainan

Nota Ringkas Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan

semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

59

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8.1

Model Pembelajaran Masteri

Penentuan Hasil Pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan

Sudahkah murid menguasai

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2

8.2

Kriteria penentuan hasil pembelajaran: Berdasarkan Sukatan Pelajaran Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur Secara eksplisit, jelas dan terperinci Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

8.3

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran: Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Kemudahan yang sedia ada Masa yang diperuntukkan

8.4

Penilaian terhadap murid:

60

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

8.5

Mengesan pencapaian murid Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran. Menentukan pengayaan dan pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan: Pengayaan Pemulihan Pengukuhan

8.6

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri (a) (b) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. (c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: (d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
61

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(e)

Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.

(f) (g)

Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

8.7

Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri (a) (b) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: (d) tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

(c)

Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Arahan: Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam kelas anda. Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.

62

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tugasan:

Kepentingan pembelajaran Masteri dalam pengajaran Bahasa Melayu

Pembelajaran murid

Pengajaran guru

63

You might also like