You are on page 1of 16

http://tuanmat.tripod.com/demokrasi.html TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia 1.

Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanakkanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Banyak kemudahankemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di Malaysia. 2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi

untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. 3.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia Pendidikan Rendah Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan pendidikan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh sekurangkurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi mereka untuk mendapatkan pendidikan. Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000. Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya. 4.Pendidikan Menengah Seterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan gender sekurang-kurang sekurangkurangnya hingga ke tingkatan tiga. Mulai 1999, peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik

mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4. 5.Sekolah Berasrama . Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk bantuan ialah dengan penubuhan sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak. Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk mendapatkan peluang pendidikan. 6.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. 7.Pendidikan Khas Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan. 8.Bantuan dan Peruntukan Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan murid-murid terutamanya

diluar bandar dengan menyediakan progran-program kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa. Kemudahankemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar. Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan 1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah membabitkan pembinaan 160 sekolah baru. 9.Tenaga Pengajar terlatih Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia. Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah. Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Seterusnya sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan statusnya dari status asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996, berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima latihan terus di maktabmaktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi disekolahsekolah. 10.Pendidikan Tinggi Dibidangbidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah

dibuka dengan luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversitiuniversiti . Institusi-institusi pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia (1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris . Universiti universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah terutamanya daripada aliran Melayu. Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar . Pelajarpelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah diberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa. Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan hingga ke peringkat tinggi. Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus belajar di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia ,New Zealand ,Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara, JPA atau ditaja oleh kerajaan negeri pelajar terbabit. 11.Dasar Liberalisasi Pendidikan Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara. Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-instutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun 1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman . Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu pengetahuan dan mendemokrasikan pendidikan tinggi Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan

penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi 200,000. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat . 12.Cadangan dan Penilaian Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang, setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajarpelajar yang terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkahlangkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi. Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya. 13.Penutup Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim. Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Berita Harian , 30 November 2001. Utusan Malaysia, 7 Disember 2001. Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://tuanmat.tripod.com/demokrasi2.html TAJUK: Pendemokrasian Pendidikan Dan Kesamaan Peluang 1.0 Sinopsis Isu Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dengan persediaan yang seperti ini mendatangkan keyakinan yang tinggi kepada para ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Di peringkat sekolah pula guru besar memainkan peranan sebagai pentadbir untuk menyediakan keselesaan kepada para pelajarnya agar objektif penbelajaran dan pencapaian pelajar dapat dicapai pada tahap yang memuaskan. Inilah harapan yang menjadi impian setiap ibu bapa dan pihak sekolah untuk merealisasikan aspirasi yang ditunjangi oleh kerajaan negara kita. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Sejauh mana keselesaan tersedia dan suasana yang dapat merangsang pembelajaran murid maka sejauh itulah tumpuan dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Pembentukkan bilik darjah juga amat

bergantung kepada kreativiti seseorang guru yang diberi tugas untuk memegang jawatan guru darjah. Bilik darjah merupakan sebuah tempat yang menempatkan para pelajar untuk mereka menerima dan menimba ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar secara terus. Pada zaman kecanggihan ledakan teknologi maklumat dan penggunaan multimedia terutama dalam bidang perkomputeran, penggunaan bilik darjah sebagai wadah penyampaian ilmu mulai ada penggantinya. Namun tahap yang dapat dicapai melalui pembelajaran sistem online ini hanya lebih praktikal kepada pelajar yang senior sahaja terutama di peringkat menengah dan ke atas. Atas perkara ini, kita masih lihat kepentingan bilik darjah dalam penyampaian ilmu masih lagi terus relevan kerana pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih mudah dan tidak banyak masalah yang remeh untuk diselesaikan. Dalam usaha pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan suatu sistem pembelajaran yang berkualiti, wujud suatu jurang pembelajaran yang kita lihat sebagai perkara yang boleh memberi kesan yang sangat ketara terhadap tahap pencapaian pelajar kita berbanding negara lain melibatkan ehwal situasi bilik darjah di Malaysia. Perbandingan ini meliputi penempatan bilangan pelajar dalam bilik darjah yang mempunyai jumlah pelajar yang terlalu padat dan sesak. Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner, dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya. Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. 2.0 Pengenalan Menurut Gelles dan Levine (1995), teori adalah suatu ringkasan ilmu pengetahuan yang menyediakan panduan untuk melaksanakan penyelidikan dan menginterpretasi informasi yang baru. Secara umumnya teori fungsionalisme ini telah diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim yang lebih tertumpu dalam bidang biologi. Teori fungsionalisme ini merupakan teori yang mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.

Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidak berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yang ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendak mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat sejauh mana keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua perbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku. 3.0 Menganalisis Isu 3.1 Analisis Isu Berdasarkan Satu Teori Sosiologi Isu yang dinyatakan dalam keratan akhbar seperti yang dipapar menunjukkan kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Ini adalah kerana bebarapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut :3.1.1 Guru Kurang Berfungsi Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahupun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai. Akibatnya, berlakulah pengabaian yang tidak formal terhadap pelajar yang sedia ada dalam kelas tersebut. 3.1.2 Wujud Kumpulan Tertentu Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan merasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka. Golongan ini akan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologi pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan. Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk mereka mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian mereka dalam pelajaran. 3.1.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan Mengajar adalah satu tanggungjaqwab yang besar. Ia memerlukan persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang

sedia ada pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja. 3.1.4 Wujudnya Halangan Komunikasi Pelajar pada kebiasaannya akan mengadu hal tentang tidak fahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajarinya. Untuk itu, bilangan kelas yang ramai akan mendatangkan kesan pada mereka kerana wujud rasa malu untuk bertanya pada guru sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain memahami akan pengajaran guru. Golongan ini juga akan berasa malu untuk bertanya rakan sebaya seperti kumpulan elite tidak mahu berdiskusi dengan pelajar yang lemah dan ini akan mendatangkan kewujudan halangan berkomunikasi antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar sendiri. 3.1.5 Kawalan Kelas Yang Longgar Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang pelbagai latar belakang dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan sebagainya. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan kelas. 4.0 Definisi Satu Daripada Konsep Sosiologi Yang Digunakan Untuk Menganalisis Isu 4.1 Pendemokrasian Pendidikan Dan Kesamaan Peluang Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluangpeluang yang sama kepada semua lapisan masyarakat. Ini bermakna tiada perbezaan peluang antara kaum untuk mendapatkan sumber ilmu sebagai perantaraan untuk memajukan kehidupan mereka. Kesamaan peluang pula bermaksud setiap individu yang berada di mana-mana pun mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan secara formal tanpa ada pengasingan etnik mahupun peluang. 5.0 Analisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi Yang Sesuai 5.1 Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Zaman kolonial dahulu, pendidikan tidak dapat dinikmati secara global oleh setiap individu. Pada hari ini semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan gender, telah diberi peluang untuk medapat pendidikan yang serupa. Kesamaan peluang disini memberi maksud pendidikan yang formal yang dipelajari dengan kurikulum yang sama. Peruntukan yang seimbang diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di Malaysia kerana setiap bangsa di negara kita mulai sedar

akan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi mereka. Oleh itu langkah yang terbaik untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah di negara kita ialah kerajaaan perlu untuk menambah lagi bilangan bilik darjah dan seimbangkan jumlah untuk setiap kelas di bandar-bandar ataupun di desa. Dengan ini pendidikan yang sebaik yang kita ingin lahirkan pada generasi ini akan tercapai objektifnya. 5.2 Pendidikan Dan Mobiliti Sosial Pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Perbezaan stratifikasi sosial di kalangan pelajar memberi kesan terhadap pembelajaran yang diterima kerana setiap individu mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Mobiliti sosial ini boleh berlaku terhadap setiap aliran generasi yang mengisi kehidupan di dunia ini. Mobiliti sosial berlaku dalam keadaan menegak dalam hirarki ataupun mendatar iaitu dalam kelas sosial yang sama. Kesan yang paling ketara dalam mobiliti sosial ini ialah kepelbagaian tingkah laku dan latar belakang pelajar memberi impak kepada penerimaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan sesaknya bilangan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah lebih banyak masalah sosial yang di dapati dari segi norma dan tingkah laku. 5.3 Pendidikan Dan Kawalan Sosial Kawalan sosial bermaksud setiap anggota dalam sesebuah masyarakat dikehendaki untuk menuruti norma-norma yang telah dipersetujui sebagai suatu tatacara yang perlu diikuti. Jika tidak isbat (tindakan yang akan dikenakan) secara positif seperti pujian dan galakan atau secara negatif seperti hukuman dan dendaan. Sekolah merupakan ejen kawalan sosial dan bilik darjah pula merupakan tempat pelaksanaan isbat bagi memastikan setiap pelajar dapat menentukan arah pembelajaran yang akan mereka terima sebaiknya. Kepadatan bilik darjah akan mendatangkan kesan di mana pelajar yang pelbagai tingkah laku sukar untuk di kawal secara logistik dan guru terpaksa menggunakan kaedah autokrasi untuk mengawal bilik darjah secara berkesan. 6.0 Rumusan Dan Cadangan Tentang Isu Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaan penggunaan komputer sebagai alat penyampaian ilmu terkini. Untuk menghasilkan suatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bilik darjah harus mempunyai suatu suasana yang tenteram selaras dengan jiwa manusia dan tatacara untuk menimba ilmu. Justeru, pihak yang bertanggungjawab haruslah peka dalam menyediakan infrasrtuktur dalam bilik darjah dan pembuat polisi pula haruslah menentukan kaedah penetapan yang perlu dalam meletakkan para pelajar agar kesesakan tidak berlaku dan pembelajaran yang lebih efisien dapat dicanang selaras dengan keinginan Perdana Menteri kita yang menginginkan sebuah masyarakat yang berilmu pengetahuan secara realistik. Punca kewujudan permasalahan ini sebenarnya boleh di atasi dengan pihak atasan membina banyak lagi kelas dan sekolah agar kesesakan bilik

darjah dapat di atasi sebaiknya. Selain itu agihan pelajar perlu untuk setiap sekolah dalam daerah-daerah atau negeri-negeri seluruhnya. Dengan ini masalah yang berbangkit akan dapat di atasi dan ini menyebabkan wujudnya sebuah bilik darjah yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang seperti yang kita lihat pada negara maju masa kini. Permasalahan seperti ini sepatutnya di atasi dengan kadar segera agar para pelajar khususnya dapat menumpukan aktiviti pembelajaran sepenuhnya dengan tumpuan maksima dan para pendidik juga dapat menyalurkan sumber ilmu dengan keadaan yang selesa serta mempu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain daripada itu, pendekatan bilik darjah perlu diubah tambah bagi memastikan keselesaan dalam bilik darjah di atasi selari dengan kehendak masyarakat yang berfungsi dalam sebuah kelas. Apa yang paling penting ialah hasil yang akan di dapati pada akhirnya membawa input yang besar kepada generasi penentu negara pada masa akan datang. Pendidikan formal di Malaysia dilaksanakan dengan berpandu kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kaedah ini memerlukan setiap sekolah mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Dalam sistem tersebut menyatakan perlunya sekolah berfungsi sepenuhnya secara langsung atau tidak langsung untuk membantu para pelajar menggunakan fungsi keinteletualan dan fungsi sosial dalam bilik darjah agar dapat menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran. Apa yang penting tujuan dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu harus dimulakan melalui sesi pembelajaran di bilik darjah yang lebih efisien dan fungsional.

RUJUKAN Amir Hassan Dawi, 2001. Penteorian Sosiologi Pendidikan. Tanjung Malim. Quantom Books. Dr Ibrahim Saad, 1986. Isu Pendidikan Di Malaysia. Ampang / Ulu Kelang, Selangor. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka Prof. Madya Dr . Al. Ramaiah, 1992. Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya. IBS Buku Sdn. Bhd. Haji Hamdan B Sheikh Tahir, 1975. Pendidikan : Hari ini Untuk Hari Esok. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hargreaves D ,1975. Social Relations In A Secondary. London. Routledge And Kegan Paul. Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise. Ivor Morrish, 1985. The Sociology of Education : An Introduction. London : Geoge Allen And Unwin. Olive Banks ( Terjemahan Oleh Robiah Sidin Dan Zaiton Sidin ), 1987. Sosiologi Pendidikan. Ampang / Ulu Kelang. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim, 1999. Pengisian Misi Pendidikan. Ampang / Ulu Kelang, Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Salleh Lebar, , 1998. Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan. Kuala Lumpur. Thinker Library.
http://www.scribd.com/doc/19508219/kesan-pendemokrasian-pendidikan

Sarankan kesan pendemokrasian pendidikan yang sesuai dalam pengurusan sesebuah sekolah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara. Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistempendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasipendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat pentingkepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasianpendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan sertamasyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa. Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yangsama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selarasdengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yanglain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengirakaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Ini membolehkangolongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalahkewangan. Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentukbiasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Dengan itu bukan sahaja darigolongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu,meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan sertabersaing dengan arusperkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini. Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positifkepada golongan kurang berupaya. Program initurut tidak melupakan ataumengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan,kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak down syndrome juga diberi

peluang untuk mendapat pendidikan seperti yangtermaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanakdaripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain danseterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknyaterdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itupelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-cirikomuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. Peranan utamasekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dammemeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapatdirealisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, dimana sekolah melayu, cinadan india digabungkan menjadi satu. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasianpendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yangbelajar di sana tanpa mengira kaum. Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahanprasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran,asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukandan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur . Kemudahan-kemudahan ini bukanhanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turutdisediakan. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun darikawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Kemudahan infrastruktur yanglengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Sebenarnya, Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positifmalahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelasbercantum.Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid makaanak-anak murid tersebut tidak dapat

memberi tumpuan yang sepenuhnya semasaproses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikansesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Ini akanmenyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapidalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadapsetiap individu di dalam kelas. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapatmenampung jumlah besar anak murid. Maka anak-anak murid tidak dapat belajardalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Ini turut menjejaskan prestasi paramurid. kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknyaterdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itupelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-cirikomuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. Peranan utamasekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dammemeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapatdirealisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, dimana sekolah melayu, cinadan india digabungkan menjadi satu. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasianpendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yangbelajar di sana tanpa mengira kaum. Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahanprasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah.Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran,asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukandan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur . Kemudahan-kemudahan ini bukanhanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turutdisediakan. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun darikawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Kemudahan infrastruktur yanglengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa.

Sebenarnya, Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positifmalahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelasbercantum.Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid makaanak-anak murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasaproses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikansesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Ini akanmenyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapidalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadapsetiap individu di dalam kelas. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapatmenampung jumlah besar anak murid. Maka anak-anak murid tidak dapat belajardalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Ini turut menjejaskan prestasi paramurid.

Konsep Demokrasi

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sisitem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa

You might also like