You are on page 1of 3

Etika Berpakaian Menurut Islam

Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup awrat yang menepati kehendak hukum syarak. Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat kerana dalam Islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syara pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain. Menutup aurat adalah wajib keatas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Diantaranya firman Allah Subhanahu wa Taala: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orangorang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya" [ Surah An-Nur, 24:31]. Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah awrat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam Ayat 31 Surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup awrat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup. Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujah akal, walau sehebat mana logiknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.

Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional, kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan. Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.

HIKMAH KEWAJIPAN MENUTUP AURAT Diantara hikmah kewajipan menutup awrat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol, sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan awrat. Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan. GARIS PANDUAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN Islam telah pun menggariskan beberapa etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Etika ini memenuhi batas-batas penutupan aurat sebagai seorang muslim , Namun demikian Islam ini cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kelonggaran dari segi pemakaian, Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan yang kita adalah seorang muslim. Di antara etikanya ialah; Lelaki Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut. Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang. Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki. Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki.

Perempuan Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib) Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata. Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian. Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram) Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram. Nabi saw bersabda: Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian. Nabi saw bersabda: Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina Sabda Nabi saw bermaksud: Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh

You might also like