You are on page 1of 2

A] Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki 1.

Bertanya khabar, yang tua dimuliakan & dihormati, yang muda-muda diberi galakan bersama dalam majlis (bukan duduk di luar sahaja). [B] Memulakan majlis pertunangan secara rasmi 1. Mulakan majlis rasmi dengan bismillah dan ucapan syukur ... Disertakan koleksi pantun-pantun yang boleh membantu menyerikan majlis. Berpantun merupakan seni Melayu dalam memperkatakan hajat hati secara halus. Berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil pihak perempuan, sek iranya wakil pihak perempuan memulakan pantun dan tidak dibalas dengan pantun oleh wakil pihak lelaki, adalah baik dan lebih bijak kiranya wakil pihak perempuan tidak meneruskan seni permainan pantun atas dasar menghormati tetamu pihak lelaki. Cukuplah dengan kata-kata biasa sahaja. Kapal dagang dari seberang, Bawa muatan kayu meranti. Dari jauh tuan puan datang, Kami disini sedia menanti. Batu kecubung berwarna biru, Ditatah berlian batu bermutu. Adab kami menyambut tetamu, Hamparkan tikar lebarkan pintu. Perahu kolek ke hilir tanjung, Sarat bermuat tali temali. Salam tersusun sirih junjung, Apa hajat sampai ke mari?

2. Bila wakil pihak lelaki memberi tepak sirih, Tepak sirih dibawa bersama, Sirih datang dari kota. Orang memberi kami menerima, Syariah Islam pegangan kita. Selepas itu bolehlah bincang apa-apa ketetapan diantara kedua-dua pihak seperti hantaran, tarikh kahwin dan sebagainya. Kebiasaannya perkara teknikal sebegini sudah di persetujui sebelum ini, oleh itu wakil kedua-dua pihak boleh memberi penyataan umum sebagaimana yang telah ditentukan oleh kedua-dua pihak.

3. Bila wakil pihak lelaki menunjukkan dan memberikan cincin pertunangan, wakil pihak perempuan digalakkan membelek seketika dan bergurau memuji kecantikan tanda pertunangan itu dan memberikan kepada bapa pihak perempuan. Kemudian lafazkan akad pertunangan, Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili keluarga pihak perempuan, bersaksikan semua yang hadir disini menerima pinangan ini, mudah-mudahan Allah swt memberi keberkatan kepada kita semua.

Kemudian biarlah ibu atau wakil perempuan pihak lelaki pergi ke bilik menyarung cincin pertunangan. Selepas itu, jemputlah pihak perempuan untuk keluar dan turut serta dalam majlis rasmi. Bawalah bersama balasan hantaran dari pihak perempuan keluar untuk diletak bersebelahan hantaran dari pihak lelaki. Beri masa kepada semua untuk mengambil gambar dan sebagainya. Tanam pinang rapat rapat, Biar senang puyuh berlari. Budi tuan kami ingat, Akan dikenang sehingga mati. [C] Menjamu selera Setelah tamat majlis rasmi bertunang, maka jemputlah rombongan pihak lelaki untuk mejamu selera. Hah... Nujum Pak Belalang diberi nama, P Ramlee pelakon utama. Hantaran di bawa kami dah terima, Jom lah teruskan ke agenda seterusnya.

You might also like