P. 1
Perjanjian Hudaibiyyah

Perjanjian Hudaibiyyah

|Views: 112|Likes:
Published by Fadil
PERJANJIAN HUDAIBIYAH Setelah enam tahun berlalu sejak hijrahnya Rasul dari Makkah, dan setelah beliau berhasil mengukuhkan pasukannya dan masyarakat Muslim serta setelah berdirinya Negara Islam, yang ditakuti oleh semua bangsa Arab. Rasulullah Saw, mulai memikirkan langkah lain. Iaitu, langkah-langkah yang berpijak pada jalan dakwah, merambah jalan yang dapat memperkuat Negara Islam, dan menyusuri jalan-jalan yang dapat melemahkan musuh-musuh Islam. Suatu berita telah sampai kepada beliau, baha
PERJANJIAN HUDAIBIYAH Setelah enam tahun berlalu sejak hijrahnya Rasul dari Makkah, dan setelah beliau berhasil mengukuhkan pasukannya dan masyarakat Muslim serta setelah berdirinya Negara Islam, yang ditakuti oleh semua bangsa Arab. Rasulullah Saw, mulai memikirkan langkah lain. Iaitu, langkah-langkah yang berpijak pada jalan dakwah, merambah jalan yang dapat memperkuat Negara Islam, dan menyusuri jalan-jalan yang dapat melemahkan musuh-musuh Islam. Suatu berita telah sampai kepada beliau, baha

More info:

Published by: Fadil on Jun 29, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/30/2011

pdf

text

original

PERJANJIAN HUDAIBIYAH Setelah enam tahun berlalu sejak hijrahnya Rasul dari Makkah, dan setelah beliau berhasil

mengukuhkan pasukannya dan masyarakat Muslim serta setelah berdirinya Negara Islam, yang ditakuti oleh semua bangsa Arab. Rasulullah Saw, mulai memikirkan langkah lain. Iaitu, langkah-langkah yang berpijak pada jalan dakwah, merambah jalan yang dapat memperkuat Negara Islam, dan menyusuri jalan-jalan yang dapat melemahkan musuh-musuh Islam. Suatu berita telah sampai kepada beliau, bahawa penduduk Khaibar dan Makkah telah membentuk kesepakatan untuk memerangi kaum Muslimin. Untuk menghadapinya, beliau merumuskan strategi kebijakan yang dapat mengantarkan pada terbentuknya perjanjian damai dengan penduduk Makkah, sehingga diharapkan dapat menghasilkan suatu keadaan yang menjamin tidak adanya peperangan antara Nabi Saw. dan Bangsa Arab. Keadaan semacam ini akan mempermudah penyebaran dakwah di jazirah Arab, sekaligus dapat mengisolir penduduk Khaibar dari kafir Quraisy. Beliau melihat bahawa strategi ini hanya dapat dilakukan dengan mengunjungi Baitullah, yang dilakukan dengan damai, sehingga akan mengantarkan pada tujuan politisnya. Beliau juga melihat bahawa dengan tidak adanya peperangan antara bangsa Arab di bulan-bukan Haram, akan memudahkan beliau untuk menetapkan strategi ini. Beliau mengetahui bahawa persatuan Quraisy telah terpecah, dan ketakutan terhadap kaum Muslimin menyergap jiwa mereka. Strategi ini telah diperhitungkan Rasul dengan seribu pertimbangan. Untuk itu, beliau berencana pergi ke Bait al-Haram selaku orang yang menunaikan ibadah haji. Jika kaum Quraisy menghalang-halangi ibadah hajinya, maka larangan ini menjadi alasan bagi beliau untuk mendakwahkan Islam di seluruh tanah Arab (di luar tanah Makkah). di samping menjadi alasan untuk melancarkan propaganda memusuhi Quraisy. Kerana itu, Rasulullah Saw. mengizinkan haji di bulan Dzu al-Qa'dah dan mengirimkan beberapa delegasi ke kabilah-kabilah Arab non-Muslim, mengajak serta mereka ikut bersama beliau keluar menuju Baitullah dalam keadaan aman dan damai tanpa perang. Hal ini dimaksudkan untuk memberitahu kepada bangsa Arab, bahawa beliau keluar untuk berhaji, bukan untuk berperang. Bersama beliau turut pula orangorang Arab non-Muslim. Mereka tidak seagama dengan Rasul, kerana memang keluarnya Rasul bukan dimaksudkan untuk berperang, tetapi untuk membentuk opini umum yang akan berpihak kepada beliau, seandainya kafir Quraisy menghalang-halangi rombongannya dari ibadah haji. Dalam hal ini, beliau telah menetapkan strategi kebijakan diplomatis. Oleh kerana itu, beliau tidak mengizinkan kaum Muslimin membawa senjata, kecuali pedang-pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Beliau mengumumkan bahawa rombongannya keluar untuk berhaji, bukan untuk berperang. Rasulullah Saw. meninggalkan kota Madinah bersama dengan 1,400 orang laki-laki. Beliau berada di barisan terdepan di atas unta gashwa'-nya. Bersamanya ikut pula 70 orang kerabatnya. Beliau memakai baju ihram umrah agar diketahui oleh umat manusia bahawa keberangkatannya tidak bermaksud perang. Beliau keluar hanya untuk mengunjungi Baitullah. Setelah melampaui Madinah dan melintasi gurun sejauh enam atau tujuh mil, rombongan haji ini sampai di Dzu al-Halifah dan di daerah (miqat) ini mereka mengucapkan labbaik untuk umrah. Kaum Muslimin terus bergerak ke arah kota Makkah. Berita mereka sampai juga kepada kaum Quraisy, yang memberitahukan bahawa kaum Muslimin datang untuk haji, bukan untuk perang. Kafir Quraisy khawatir
Perjanjian Hudaibiyah 1

hal itu hanya muslihat Muhammad untuk memasuki kota Makkah, kemudian menyerang penduduknya. Mereka berfikir dan mempertimbangkan persoalan ini dengan seribu pertimbangan. Akhirnya mereka memutuskan untuk menghalang-halangi Muhammad masuk kota Makkah, meskipun keputusan itu akan membebani mereka dengan mengeluarkan banyak korban. Kafir Quraisy pun menyiapkan pasukan untuk menghadapi kaum Muslimin, mencegah mereka memasuki Makkah. Mereka mengangkat Khalid bin Walid dan 'Ikrimah bin Abu Jahal menjadi komandan tempur dengan membawa pasukan besar berkekuatan 200 orang berkuda. Pasukan musyrik keluar dari Makkah dan bergerak menuju arah rombongan yang datang untuk haji. Tujuannya mencegah rombongan ini memasuki kota Makkah. Mereka tiba di Dzi Thuwa lalu memasang khemah di tempat itu. Khabar tentang apa yang dilakukan kafir Quraisy telah sampai kepada Rasul. Rasul mengetahui bahawa mereka mempersenjatai pasukan dengan tujuan mencegah Rasul dari ibadah haji. Ketika sampai di Desa Asfan, dua marhalah dari kota Makkah, Rasul bertemu dengan seorang laki-laki dari Bani Ka'ab, lalu bertanya kepadanya tentang khabar orang-orang Quraisy. "Itu adalah orang-orang Quraisy, " cerita laki-laki Bani Ka'ab, 'Aku juga telah mendengar perjalananmu. Mereka keluar dengan perlindungan dan memakai baju kulit macan tutu/. Mereka memasang khemah di Dzi Thuwa. Di sana mereka bersumpah pada Allah akan mencegah engkau selamanya untuk masuk Makkah. Dalam pasukan mereka terdapat Khalid bin Walid. Mereka bergerak maju ke Kira' al-Ghamim, suatu tempat yang jauh dari perkemahan kaum Muslimin di Asfan sejauh delapan mil. Mendengar khabar ini Rasulullah Saw. berkata, "Celakalah orang-orang Quraisy! Sunggguh aku akan memberi mereka santapan perang seandainya mereka memperdayaku dan seluruh orang Arab. Jika mereka memerangiku, berarti itulah yang mereka kehendaki. Jika Allah memenangkanku atas mereka, pasti mereka masuk Islam berbondong-bondong. Sekalipun mereka tidak melakukan (perang), mereka (hakekatnya) telah melakukan perang, dan mereka memiliki kekuatan. Lantas apa yang diinginkan kafir Quraisy. Demi Allah, aku akan terus berjihad atas dasar kebenaran yang aku diutus Allah dengannya hingga Allah memenangkan kebenaran itu atau aku binasa kerananyai. " Artinya, Rasul akan terus berjuang hingga menang atau mati. Di sini Rasulullah berfikir tentang perkara yang sedang dihadapinya. Beliau mengevaluasi kembali kebijakan-kebijakan yang telah digariskannya. Beliau memang telah menetapkan keputusan menggunakan jalan damai (diplomasi), dan tidak menyiapkan pasukan untuk berperang. Namun, kenyataannya beliau melihat bahawa kafir Quraisy telah mengirim pasukan untuk memerangi dirinya, sementara beliau tidak ingin berperang. Jika demikian kenyataannya. apakah Rasulullah Saw. harus kembali ke kota Madinah. ataukah mengubah kebijakan damai dan beralih mengambil strategi perang. Beliau mengetahui bahawa kaum Muslimin dengan keimanannya mampu menghadapi perlawanan pasukan musuh, dan terjun ke kancah peperangan meski mereka belum menyiapkan perang sama sekali. Akan tetapi, beliau datang bukan untuk berperang, dan memang tidak menetapkan untuk pergi berperang. Beliau datang bersama rombongan hanya untuk berhaji dan dalam keadaan damai. Seandainya beliau dipaksa dan dihalang-halangi pergi berhaji, beliau sebenarnya mampu mengatasi hambatan ini. Beliau memecahkan persoalan ini hanya menggunakan cara damai. tidak dengan cara perang, dan tidak juga terjun ke kancah peperangan. Kebijakan damai yang
Perjanjian Hudaibiyah 2

telah digariskannya. dimaksudkan untuk membentuk opini umum di kalangan bangsa Arab tentang kecanggihan dan keluhuran dakwah Islam; juga untuk membentuk opini umum di kalangan suku Quraisy sendiri di kota Makkah mengenai ketinggian dakwah ini; serta membentuk opini umum di kalangan bangsa Arab, Quraisy, dan penduduk Makkah tentang kesalahan Quraisy, kesesatan, kebiadaban, dan kesengitan permusuhan mereka. Beliau menginginkan opini umum ini dapat membentuk iklim atau suasana dakwah yang kondusif, kerana atmosfer semacam ini merupakan salah satu faktor pendukung dakwah yang paling besar dalam penyebaran dan pencapaian kemenangan Islam. Berdasarkan hal ini, beliau menetapkan strategi kebijakan damai dan tidak menetapkan strategi perang. Jika tetap melakukan perang, berarti beliau telah menentang strategi kebijakan ini, keluar dari tujuan strategisnya. Beliau berfikir banyak tentang apa yang harus dilakukan. Dalam fikirannya, pandangan beliau mampu membaca jauh ke depan, berdasarkan pengalamannya yang banyak, dan siasatnya yang jeli dan teliti daripada pemikiran siapapun. Oleh itu, beliau tetap meneruskan strategi damainya, sehingga tujuan yang hendak diraihnya tidak terlepas dan tidak kontradiktif. Sementara itu, di tengah-tengah bangsa Arab, kaum Quraisy mempunyai pandangan untuk menyerang Rasul. Jadi, opini umum terhadap kafir Quraisy berpihak kepada Rasul. Kerana itu, Rasul menyeru rombongannya, "Siapa yang bersedia berjalan keluar bersama kami, di atas jalan selain yang mereka miliki. " Lalu seorang laki-laki keluar bersama mereka dan menunjukkan jalan. Mereka menyusuri jalan-jalan yang sulit dan berpadas di antara celah-celah gunung yang sempit. Rombongan Rasul ini melewati jalan itu di tengah himpitan kesulitan, menjalani perjuangan yang melelahkan, sampai akhirnya berhasil melewatinya. Langkah-langkah mereka menuju Sahl dan berhenti di kaki bukit Makkah di suatu tempat yang dinamakan Hudaibiyah. Di padang itu, mereka memasang perkemahan. Ketika pasukan Khalid dan 'Ikrimah berpatroli, dan melihat rombongan yang berpakaian putih-putih ini, mereka terkejut dan segera kembali ke induk pasukan untuk mempertahankan Makkah. Jiwa mereka panik dan ketakutan, kerana kaum Muslimin berhasil melampaui pasukan mereka dan menempati daerah perbatasan Makkah. Penghubung pasukan musyrik siap siaga di dalam Kota Makkah, sementara penghubung rombongan Nabi Saw. dan orangorang yang bersama beliau berada di Hudaibiyah. Dua golongan ini menempati posnya masing-masing dengan posisi saling berhadaphadapan. Pasukan Quraisy di dalam kota Makkah, sedangkan kaum Muslimin di Hudaibiyah. Masing-masing berfikir tentang strategi yang telah dijalankannya dalam menghadapi musuh. Sebagian kaum Muslimin berfikir bahawa Quraisy tidak memungkinkan mereka melakukan haji. Mereka telah mempersiapkan perlengkapan perang untuk menghadapi kaum Muslimin. Kerana itu, tidak ada jalan lain kecuali memerangi mereka, mengalahkan mereka, dan segera melakukan ibadah haji. Dengan demikian, mereka harus mampu mengakhiri riwayat kafir Quraisy dengan hukuman tuntas. Sementara pihak musuh juga berfikir tentang persiapan memerangi kaum Muslimin dengan persiapan yang memungkinkannya mampu menyerang dan menghancurkan umat Muhammad, sehingga mereka terusir dari kota Makkah, meski hal itu harus ditebus dengan kehancuran Quraisy. Akan tetapi, kafir Quraisy juga mempertimbangkan kemampuan kaum Muslimin dengan seribu pertimbangan. Pada akhirnya mereka memutuskan untuk tetap tinggal di kota Makkah, sambil menunggu apa yang akan dilakukan kaum Muslimin. Adapun Rasul sendiri tetap berpegang pada
Perjanjian Hudaibiyah 3

strategi yang telah digariskannya sejak beliau berniat ihram untuk umrah di Madinah, iaitu strategi damai. Beliau tetap berpegang pada prinsip ini hingga berhasil mencapai tujuannya. Laki-laki agung ini masih tetap berkhemah di Hudaibiyah, sambil menunggu apa yang akan dilakukan kaum Quraisy. Kepekaan hati dan fikirannya dapat menangkap bahawa Quraisy gemetar kerana takut terhadap dirinya. Mereka sepertinya akan mengirim utusan kepada Nabi Saw.. mengajak berunding mengenai kedatangan beliau ke kota Makkah. Quraisy kemudian mengirimkan Badil bin Warqa' dalam rombongan Bani Khuza'ah. Rombongan ini datang sebagai utusan perdamaian. Tugas yang harus dijalankannya adalah bertanya kepada Rasul mengenai tujuannya datang ke kota Makkah, sehingga diperoleh jawapan yang dapat melegakan hati mereka, kerana ternyata kaum Muslimin tidak datang untuk maksud perang. Kaum Muslimin menjelaskan bahawa kedatangan mereka hanya untuk mengunjungi Baitullah dan mengagungkan kehormatannya. Setelah itu, utusan tadi kembali ke induk pasukannya untuk mengabarkan jawapan yang memuaskan kafir Quraisy. Akan tetapi, mereka meragukan kebenaran laporan ini kerana curiga bahawa para utusan mereka telah dipengaruhi Muhammad. Mereka tidak mempercayai ucapan para utusan ini. Mereka mengirimkan utusan lain di bawah kepemimpinan Mukriz bin Hafash. Nasibnya juga seperti utusan pertama. Sampai mereka mengirimkan Halis bin 'Algamah, kepala suku al-Ahaabiis. Misi yang diembannya juga sama, yaitu mengajak berunding Muhammad. Mereka (Quraisy) percaya pada komitmen Halis dan kaumnnya dalam memusuhi Muhammad. Quraisy memang bermaksud membangkitkan gelora permusuhannya terhadap kaum Muslimin. Jika kembali dan perundingannya tidak berhasil. tentu dendam Halis bertambah besar, dan semangat untuk mempertahankan kota Makkah semakin menyala-nyala. Nabi Saw. mengetahui keberangkatannya, lalu beliau memerintahkan agar hewanhewan sembelihan untuk umrah dilepaskan di hadapan beliau, agar hewan-hewan itu di bawah pandangan Halis menjadi bukti yang dapat dilihat langsung bahawa niat kaum Muslimin memang untuk haji. Halis pun berangkat. Ketika sampai di perkhemahan kaum Muslimin, dia melihat untaunta di sisi lembah, melihat keadaan kaum Muslimin, dan hewan-hewan sembelihan untuk haji. Mereka benar-benar orang yang hendak umrah, bukan untuk perang. Tampak di khemah-khemah mereka suasana ibadah. Pemandangan ini membawa pengaruh yang amat meyakinkan Halis, bahawa mereka adalah orang-orang yang sungguhsungguh menginginkan ibadah, bukan perang. Belum lama tinggal di daerah pengintaiannya dan puas melihat kenyataan keadaan kaum Muslimin, Halis kembali ke Makkah, padahal dia belum bertemu Rasul. Dia mengabarkan kepada Quraisy dan meminta mereka supaya membiarkan kaum Muslimin melaksanakan haji. Halis sangat marah pada sikap Quraisy yang keras kepala dan mengancam mereka jika tidak memberi kemudahan pada Muhammad yang hendak mengunjungi Ka'bah, maka Halis dan orang-orang Ahaabiis akan meninggalkan Quraisy dari kota Makkah. Akan tetapi, Quraisy buru-buru memohon Halis bersabar sejenak. Mereka meminta Halis supaya memberi tangguh supaya mereka dapat memikirkan persoalan tersebut dengan matang. Halis pun terdiam. Quraisy mengirimkan lagi utusan yang diwakili 'Urwah bin Mas'ud al-Tsaqafiy. Tentu setelah mereka berhasil meyakinkannya bahawa mereka merasa mantap dan percaya dengan fikirannya. 'Urwah berangkat menemui Rasul dan mengajak berunding agar Rasul kembali saja dari Makkah. Dalam perundingannya, 'Urwah menggunakan berbagai teknik dan strategi (uslub). Akan tetapi, dia tidak berhasil, dan justru kembali
Perjanjian Hudaibiyah 4

dengan perasaan puas atas kesan yang ditangkapnya tentang keadaan rombongan Rasul. "Hai orang-orang Quraisy, " kata 'Urwah kepada Quraisy setibanya di Makkah, "Sesungguhnya aku pernah mendatangi Kisra (Persia) di kerajaannya, Kaisar (Romawi) di kerajaannya, dan Najasy di kerajaannya. Demi Allah, aku sama sekali belum pernah melihat seorang raja dalam suatu kaum seperti Muhammad di tengah-tengah para sahabatnya. Sungguh aku telah melihat suatu kaum (kaum Muslim ini) yang selamanya tidak akan menyerahkannya (Muhammad) untuk suatu apapun. Kerana itu, fikirkan kembali pendapat kalian!" Kebencian dan dendam kafir Quraisy makin menjadi-jadi. Lobi terus berlangsung dan memakan waktu lama tanpa mencapai kata sepakat. Melihat hal ini, Rasul berfikir hendak mengirimkan utusan untuk berunding. Barangkali utusan-utusan Quraisy takut terhadap umatnya. Barangkali pula utusan Rasul akan memuaskan mereka. Lalu Rasul mengutus Kharrasy bin Umayyah al-Khuza'iy menemui mereka. Akan tetapi, mereka melukai utusan ini dan hendak membunuhnya, seandainya tidak ada pembelaan dari suku Ahaabiis. Kemarahan Quraisy semakin membara. Di tengah malam, mereka mengirim beberapa orang pandir untuk melempari khemah-khemah kaum Muslimin dengan batu. Kaum Muslimin marah, bahkan mereka sempat berfikir untuk memerangi kafir Quraisy. Akan tetapi, Rasul berhasil mendinginkan kemarahan mereka dan menenangkan mereka. Reaksi spontan para sahabat Rasul ini rupanya punya pengaruh besar di Makkah, dan pada sisi lain menjadi bukti kuat yang menunjukkan kebenaran Muhammad sebagaimana yang telah dilaporkan beberapa utusan mereka, bahawa Muhammad datang memang hanya untuk haji, bukan perang. Dengan demikian, muncullah opini umum di Makkah, mengenai sisi kebenaran Rasul, sehingga seandainya Rasul pada waktu itu masuk Makkah dan Quraisy berusaha mencegahnya, tentu daerah-daerah di sekitar Makkah akan memerangi mereka. Penduduk Makkah (selain tokoh-tokoh kafir Quraisy) dan bangsa Arab juga akan memusuhi mereka. Kerana itu, kafir Quraisy berusaha meredam kemarahan mereka sendiri dan mencuba memikirkan lagi persoalan ini. Sedikit demi sedikit keadaan di Makkah mulai menampakkan tanda-tanda kedamaian. Rasul pun ingin mengirimkan utusan yang akan berunding dengan kafir Quraisy. Beliau meminta 'Umar bin alKhaththab berangkat ke Makkah, namun dia memberi alasan kepada Rasul. "Wahai Rasul, aku khawatir kafir Quraisy akan membunuhku, sementara di Makkah tidak satupun bani Adi bin Ka'ab yang akan melindungiku. Permusuhan dan kekerasanku terhadap mereka sangat sengit. Akan tetapi, aku mengusulkan kepadamu seseorang yang lebih mumpuni daripada aku. Dia adalah 'Utsman bin Affan. " Rasul memanggil 'Utsman dan mengutusnya menemui Abu Sufyan. Lalu lakilaki yang menjadi menantu Rasul itu berangkat, langsung menemui kaum Quraisy dan menyampaikan surat Rasul kepada mereka. "Jika engkau hendak thawaf di Baitullah, maka thawaflah," kata Quraisy menanggapi surat 'Utsman. "Aku tidak akan melakukannya hingga Rasulullah juga thawaf," jawab 'Utsman. Kemudian 'Utsman berunding dengan mereka tentang pentingnya thawaf Rasul, namun Quraisy menolak usulan itu. Perundingan di antara mereka menjadi berkepanjangan. Perundingan demi perundingan pun terus berlangsung. Perundingan beralih dari persoalan penolakan Quraisy, mengarah pada kesepakatan baru yang akan
Perjanjian Hudaibiyah 5

mengakomodir kepentingan Quraisy dan kepentingan kaum Muslimin. Mereka membahasnya dengan 'Utsman tentang kemungkinan membentuk hubungan antara mereka dengan Muhammad. Mereka juga bersikap baik terhadap 'Utsman untuk menemukan jalan yang dapat membebaskan mereka dari situasi sulit, dan dari permusuhan mereka dengan Muhammad yang berkepanjangan. Kepergian `Utsman terlalu lama di kota Makkah, sementara tanda-tanda keberadaannya di kota Makkah juga tidak tampak. Sampai akhirnya tersebar isu di kalangan kaum Muslimin, bahawa Quraisy telah memperdaya 'Utsman dan membunuhnya. Kegelisahan kaum Muslimin memuncak dan sempat mencemaskan Nabi Saw. Mereka gelisah kerana menduga Quraisy telah membunuh 'Utsman. Akibatnya kaum Muslimin bergolak dan goncang. Masing-masing di antara mereka meletakkan tangannya di atas genggaman pedang. Mereka semua siap perang hingga mati. Seketika itu pula Rasul mengevaluasi kembali pandangannya tentang strategi yang telah digariskannya. yaitu strategi damai. Beliau melihat bahawa perkembangan baru itu (sebelum kembalinya 'Utsman) membutuhkan peninjauan ulang terhadap kebijakannya tersebut, khususnya setelah melihat (menduga) adanya tanda-tanda bahawa kafir Quraisy memperdaya 'Utsman dalam bulan haram, padahal dia adalah seorang utusan juru runding. Oleh itu, Rasul berpesan kepada mereka. Janganlah kita meninggalkan (tempat ini) hingga berperang sampai mati dengan kaum (kafir Quraisy)!" Rasul memanggil sahabat-sahabatnya, lalu diajaknya berdiri di bawah sebuah pohon seraya meminta mereka memberikan bai'atnya kepada beliau. Mereka semua berbai'at untuk tidak lari (dari peperangan) hingga mati. Semangat tempur, kekuatan tekad, dan keyakinan atas kebenaran iman mereka berada dalam keadaan yang paling kuat dan bergelora. Ketika selesai mengadakan bai'at, Rasulullah memukulkan salah satu tangannya kepada lainnya sebagai tanda bai'at untuk 'Utsman. Seakan-akan 'Utsman hadir bersama mereka. Bai'at ini dinamakan bai'at ridhwan. Mengenai peristiwa ini Allah menurunkan ayat-Nya: "Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ado dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). (QS. Al-Fath [48]: 18). Sebelum bai'at dilaksanakan dan sebelum kaum Muslimin siap terjun ke medan laga dan memasuki Makkah, kabar tentang 'Utsman bahawa is tidak dibunuh telah sampai lebih dulu kepada kaum Muslimin. Tidak berapa lama, 'Utsman kembali dan mengabarkan kepada Rasul tentang apa yang dikatakan Quraisy kepadanya. Rasul menyimak dengan sungguh-sungguh, lalu perundingan damai antara Rasul dan Quraisy diperbarui. Quraisy mengirimkan Suhail bin Amru untuk berunding dengan Rasul. Perundingan yang diagendakan lebih luas dari sekedar masalah haji dan umrah. Suhail dipesankan agar perjanjian damai dengan Rasul, yang akan mengikat Rasul dan kafir Quraisy harus didasarkan pada asas bahawa Rasul pada tahun ini harus kembali dari Makkah. Rasul menerima perundingan damai atas dasar pandangan ini, kerana bagi beliau perjanjian itu sendiri telah berhasil mewujudkan tujuan yang telah disusun. Penundaan kunjungannya ke Baitullah pada tahun ini dan ganti tahun depannya tidak membahayakan kedudukan
Perjanjian Hudaibiyah 6

Nabi Saw., kerana taktik ini hanya ditujukan untuk mengisolir Khaibar dari Quraisy. Sebaliknya, hal ini justru memberi peluang kepada Nabi Saw. untuk menyebarkan dakwah Islam di tengah-tengah bangsa Arab. Beliau setuju menandatangani perjanjian yang mengikat beliau dan Quraisy. Perjanjian ini akan menghentikan perang terbuka antara Quraisy dan Nabi Saw., maupun perang-perang lain yang mungkin terjadi secara bersusulan. Adapun masalah haji dan umrah, tidak akan berpengaruh apakah akan dilaksanakan sekarang ataukah tahun depan. Rasul memasuki proses perundingan dengan Suhail bin 'Amru. Di antara keduanya terjadi dialog yang alot, mengenai persoalan gencatan senjata dan syarat-syaratnya. Dalam beberapa kesempatan, dialog tersebut ditingkahi beberapa interupsi dan nyaris batal, seandainya tidak ada kebesaran hati dan kebijaksanaan Rasul; kedalaman pengalamannya, dan kejelian siasatnya. Saat perjanjian berlangsung, kaum Muslimin berada di sekitar Rasul. Mereka menyimak dialog itu dan (mereka) menangkapnya sebagai perundingan masalah umrah, padahal Rasul mendiskusikannya dengan maksud sebagai perundingan gencatan senjata. Dari sini, dapat dilihat bahawa jangkauan pandangan politik kaum Muslimin masih sempit, jika dibandingkan dengan sikap Rasul, yang menganggapnya sebagai kabar gembira. Beliau mengarahkan perjanjian itu ke target yang dikehendakinya, tanpa melihat terminal-terminal waktu maupun manfaat sesaat. Kesepakatan antara kedua pihak selesai berlandaskan syarat-syarat tertentu. Sayangnya, syaratsyarat ini membakar dan membangkitkan amarah kaum Muslimin. Mereka berusaha meyakinkan Rasul agar menolak syarat-syarat perjanjian itu, dan menggantinya dengan perang. Sampai-sampai 'Umar bin Khaththab pergi menuju Abu Bakar dan berkata, `Atas dasar apa kita memberikan dunia untuk agama kita?" `Umar berusaha mengajak Abu Bakar pergi menemui Rasul untuk meyakinkan beliau agar menolak syarat-syarat perjanjian tersebut. Akan tetapi, Abu Bakar justru meyakinkan `Umar agar ridha terhadap apa yang diridhai Rasul. 'Umar tidak puas. Akhirnya. is pergi sendiri menghadap Nabi Saw. dan berbicara langsung kepada beliau dengan nada marah. Tetapi pembicaraan 'Umar tidak mampu mengubah kesabaran dan kekokohan Nabi Saw. 'Umar tidak berhasil mempengaruhi tekad Nabi Saw.. `Aku adalah hamba Allah sekaligus Rasul-Nya yang tidak akan menentang perkara-Nya dan Dia tidak akan menyianyiakanku, " tegas Nabi pada 'Umar. Kemudian Rasul memanggil `Ali bin Abi Thalib dan berkata kepadanya, "Tulislah: bismillaahirrahmaanirrahiim!" `Aku tidak mengenal kalimat ini, " protes Suhail, utusan Quraisy, "Namun tulislah: bismikal-laahumma." "(Kalau begitu) tulislah: bismikal-laahumma," perintah Rasul pada 'Ali. Kemudian beliau melanjutkan, "Tulislah: Ini adalah sesuatu yang dijadikan dasar perjanjian damai (antara) Muhammad Rasulullah dan Suhail bin Amru." Namun, belum selesai Rasul merampungkan kalimatnya, Suhail memotong, "Seandainya aku bersaksi bahawa engkau Rasulullah, tentu aku tidak memerangimu. Akan tetapi, tulislah namamu dan nama bapakmu!"
Perjanjian Hudaibiyah 7

"(Kalau begitu) tulislah: Ini adalah sesuatu yang dijadikan dasar perjanjian damai (antara) Muhammad bin Abdullah dan Suhail bin Amru." Kemudian 'Ali melanjutkan penulisan perjanjian yang mengikat kedua pihak. Teksnya yang lebih lengkap adalah sebagai berikut: 1. Perjanjian ini adalah perjanjian gencatan senjata yang mengikat kedua belah pihak. Di antara kedua belah pihak tidak ada peperangan atau saling membunuh. 2. Orang Quraisy yang masuk Islam dan datang kepada Muhammad dengan tanpa izin walinya, dia harus dikembalikan kepada mereka. Dan sebaliknya, orang Islam yang murtad dan datang kepada Quraisy, maka dia tidak dikembalikan kepadanya. 3. Orang Arab yang mencintai sekutu Muhammad dianggap berdosa. Sebaliknya, siapa saja yang cinta sekutu Quraisy, maka tidak ada dosa baginya. 4. Tahun ini Muhammad dan para sahabatnya harus kembali dari Makkah. Mereka boleh kembali ke Makkah pada tahun berikutnya. Mereka hanya boleh masuk dan tinggal di dalamnya selama tiga hari. Mereka hanya boleh membawa pedang-pedang yang tersimpan di dalam sarungnya dan tidak boleh membawa senjata lainnya. 5. Perjanjian diadakan dalam batas waktu tertentu. Masanya selama 10 tahun semenjak tanggal penandatanganannya. Rasul dan Suhail menandatangani perjanjian di tengah gelora dan kemarahan pasukan kaum Muslimin. Suhail berdiri dan langsung kembali ke Makkah dengan dada penuh kemenangan. Sementara Rasul tetap berdiri di tempatnya ditengah-tengah gelora yang dilihatnya, dan di tengah amarah dan ketidaksukaan kaum Muslimin, disebabkan semangat, kedahsyatan. dan kecenderungan mereka untuk mengambil langkah perang. Beliau kemudian masuk ke perkemahan istrinya, Ummu Salamah, wanita shalihah yang mendapat giliran menemani Rasul. dan mengabarkan kepadanya tentang apa yang dilihatnya: yaitu kemarahan para sahabatnya. "Yo Rasulullah, " sapa Ummu Salamah menghibur, "Kaum Muslim in tidak akan menentangmu. Sesungguhnya mereka sangat bersemangat untuk berperang kerana agarna dan iman mereka pada Allah dan risalahmu. Kerana itu, bercukur dan bertahallullah, niscaya engkau akan menemukan kaum Muslimin mengikutimu. Kemudian kita kembali ke Madinah bersama mereka. Rasulullah Saw. keluar menemui kaum Muslimin. Beliau kemudian mencukur rambut sebagai penutup umrah. Jiwanya penuh dengan ketenangan dan ridha. Ketika kaum Muslimin melihat Rasul tetap tenang, mereka segera melalui hari nahar dan ikut mencukur dan memendekkan rambut. Nabi Saw. dan kaum Muslimin kemudian kembali ke Madinah. Di tengah perjalanan pulang, turun surat al-Fath kepada Rasul. Beliau membacakannya kepada para sahabatnya dari awal hingga akhir. Mereka semua akhirnya yakin bahawa perjanjian ini adalah kemenangan yang amat nyata bagi kaum Muslimin. Kaum Muslimin tiba di kota Madinah. Rasulullah Saw. melaksanakan strateginya dalam menyelesaikan masalah Khaibar, penyebaran dakwah di luar Jazirah, menstabilkan keadaan dalam negeri Jazirah, dan mengisi kekosongan waktu, semasa genjatan senjata, untuk menyelesaikan urusan dengan sebagian suku, serta menjalin hubungan luar negeri. Dengan demikian sempurnalah tujuan-tujuan itu, berkat dilakukannya perjanjian ini. Rasul berhasil melaksanakan strategi yang telah beliau susun, pada saat beliau bertekad keras untuk haji dengan cara damai, meskipun dihadang berbagai kesulitan dan
Perjanjian Hudaibiyah 8

menghadapi banyak tanjakan. Rasul memperoleh keberhasilan atas tujuan-tujuan politik yang telah digariskannya. Jadi, peristiwa Hudaibiyah adalah kemenangan yang nyata dan tidak ada keraguan di dalamnya. Di antara hasil-hasilnya antara lain sebagai berikut: 1. Mengantarkan Rasul dengan keberhasilannya membentuk opini yang mendukung dakwah Islam di kalangan bangsa Arab pada umumnya dan suku Quraisy khususnya di Makkah. Di samping juga berhasil memperkuat kewibawaan kaum Muslimin dan melemahkan wibawa Quraisy. 2. Menyingkap kepercayaan kaum Muslimin terhadap Rasul. Menunjukkan kekuatan iman mereka, dan keberaniannya dalam menghadapi bahaya dengan tidak takut mati. 3. Mengajarkan kepada kaum Muslimin bahawa manuver politik merupakan salah satu media dakwah Islam. 4. Menjadikan kaum Muslimin yang tinggal di kota Makkah, di antara kaum musyrik sebagai kantong-kantong pertahanan di dalam laskar musuh. 5. Menjelaskan bahawa thariqah (metode) politik adalah aspek pemikiran, kebenaran, dan pemenuhan janji. Sedangkan sarana politik harus mencerminkan kecerdikan, yaitu menyembunyikan sarana-sarana dan tujuan-tujuan politis yang sebenarnya dari pandangan musuh.

Perjanjian Hudaibiyah 9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->