You are on page 1of 6

CONTOH AMALAN RIBA

Seperti yang sedia diketahui, pada zaman globalisasi ini, amalan riba amatlah berleluasa. Apakah pula yang dimaksudkan dengan riba?. Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam. Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan dengan maksud riba. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu(an-Nisaa: 29) Jadi, setelah mengetahui maksud riba ini, kita beralih pula kepada contoh-contoh riba. Daripada hasil dapatan saya, banyak institusi sekarang ini mengamalkan riba di dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, institusi perbankan dan lain-lain lagi. Contoh pertama yang ingin dikongsi adalah pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini termasuk juga dalam pembayaran bil-bil Astro dan juga bil-bil pra-bayar telefon bimbit. Tidak kita sedari bahawa sebenarnya kemudahan-kemudahan ini telah terlibat secara tidak langsung dalam riba. Sebagai contoh, urusan pembayaran bil-bil ASTRO yang begitu mudah membuat pemotongan sekiranya terlewat dibuat bayaran. Caj penyambungan semula RM 20 yang dikenakan adalah dianggap tidak setimpal dengan kos yang perlu dibayar lantaran konsep yang dipraktikkan hanyalah sekadar melalui sentuhan butang-butang papan panel komputer semata-mata dan kadar yang sama dicaj secara berterusan selagi kelewatan masih terus berlaku dan begitulah selanjutnya,suatu kadar caj yang sama sekali tidak adil terhadap pengguna jika difikirkan keseimbangan dari segi servis perkhidmatan yang sering terganggu setiap kali hujan.

Tidak ketinggalan juga bil-bil prabayar telefon bimbit sama ada Maxis, Celcom ataupun Digi. Ia seringkali tidak dapat digunakan setiap kali tamat tempoh walaupun jumlah isian masih mempunyai sejumlah baki. Setiap kali membuat isian, para pengguna seolah-olah dipaksa menghabiskan setiap jumlah baki yang ada mengikut tempoh tertentu meskipun hakikatnya ia masih boleh dijimatkan jika perlu. Contoh seterusnya adalah sistem perbankan. Sistem perbankan adalah sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba', seperti pinjaman rumah, kereta dan lain-lain. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam. Selain daripada contoh yang dinyatakan di atas, terdapat lebih banyak lagi kegiatan riba yang diamalkan pada masa kini. Jadi, adalah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk mengetahui dan menjauhinya. Aspek seterusnya pula adalah impak riba ini kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Seperti yang telah diketahui, riba ini adalah amat berbahaya. Arak diharamkan kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal. Mencuri diharamkan kerana ianya akan mengambil hak orang lain tanpa izin. Rasuah diharamkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengambil suatu yang bukan haknya melalui rasuah walaupun dia sebenarnya tidak patut memperolehinya atau melepaskan diri dari hukuman melalui rasuah. Zina diharamkan kerana ianya boleh melahirkan anak di luar nikah yang akhirnya akan memporakperandakan masyarakat dan institusi kekeluargaan. Riba juga tidak terkecuali yang akhirnya akan meruntuhkan institusi kewangan kita.

Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah (al-Maidah: 2) Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan dan memupuk semangat tolong menolong antara satu sama lain. Dan dalam konteks riba ini, dengan mengenakan caj tambahan yang kadangkala berganda-ganda, ia akan melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan. Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta. Selain itu, Islam juga mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan keuntungan di atas keringat orang lain. Selain itu,juga, menerusi kegiatan riba ini, harta tidak berkembang dan hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekalikali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39) Oleh itu, masalah riba ini perlulah diselesaikan dengan berkesan. Antara cara yang boleh digunakan ialah pertama, melaksanakan sistem perbankan islam. Bagi

membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:Mudharabah (perkongsian keuntungan) Wadiah (simpanan amanah) Musyarakah (usaha sama) Murabahan (kos tambahan) Ijarah (pajakan) Seterusnya, untuk sistem Insurans pula, para ulama telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini, maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir. Sesungguhnya Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba,maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Allah SWT tentang perkara tersebut adalah wajar baginya berhenti dari mendekatinya atau menggunakannya dengan apa cara atau sumber sekalipun,apa yang telah terjadi sebelumnya adalah terpulang kepada ketentuan-Nya sebaliknya jika diteruskan selepas mengetahui akibat atau implikasi,maka kemurkaan Allah SWT amatlah berat.

ISI KANDUNGAN

Bilangan

Perkara

Halaman

Penghargaan

Pengenalan

Perbezaan sistem kewangan islam dengan sistem kewangan konvensional

Amalan riba masa kini

Perbezaan hukuman antara undang-undang islam dengan undang-undang sivil

Hukuman Kisas dan Hudud

Refleksi

Bibliografi

Lampiran

Kolaborasi

You might also like