P. 1
pelajaran taranum

pelajaran taranum

|Views: 1,788|Likes:
Published by Fadil

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: Fadil on Jun 30, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2013

pdf

text

original

X PENGENALAN

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah, 2:121
⎦⎪%!# `Νγ≈Ψ?#´™ =≈G39# …μΡθ=G ƒ ,m ⎯μ?´ρŸξ? 7×≈9`ρ& βθ`ΖΒσ`ƒ ⎯μ/
⎯Β´ ρ ¯3ƒ ⎯μ/ 7×≈9`ρ' ù `Νδ βρ£≈ƒ:# ∩⊇⊄⊇∪
Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka,
sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka
itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang
mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t memuji hambaNya yang
membaca al-Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap
sifat huruf al-Quran dan menepati setiap bacaan atau qiraat sebagaimana ia
diturunkan. Apabila kita membaca al-Quran dengan sebenar-benar bacaannya, ia
akan menjadi lebih sempurna dan dekat di hati pembaca dan pendengarnya,
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan kurikulum bacaan al-Quran berpandukan hujah dan
dalilnya;
2. Menghuraikan konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan
peranan yang berkaitan dalam bidang ini; dan
3. Menerangkan hukum tarannum al-Quran berdasarkan dalilnya.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
X
Bacaan al-Quran
dan Tarannum
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

2
terutama jika dibaca dengan kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai
tarannum.

Justeru, topik ini akan membahaskan tentang ilmu atau kaedah tarannum al-
Quran. Ianya lebih memfokuskan kepada konsep bacaan al-Quran, istilah-istilah
yang berkaitan dengan ilmu, peranan serta penghuraian mengenai hukum
tarannum al-Quran bersandarkan dalil-dalilnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
KURIKULUM BACAAN AL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan kaedah tarannum adalah
merupakan amalan bacaan al-Quran secara berlagu dan mengalunkan bacaan
tersebut dengan suara yang sedap didengar mengikut qiraat tertentu dan tidak
melanggar hukum-hukum tajwid.

Di Malaysia, kaedah tarannum al-Quran ini semakin mendapat tempat di hati
masyarakat Muslim, khususnya para Qari dan Qariah. Jika dahulu, ilmu ini
dipelajari secara bertalaqqi dengan guru-guru tarannum al-Quran di rumah-
rumah, surau-surau atau di masjid-masjid; kini ia sudah mula diajar di peringkat
sekolah-sekolah dan peringkat universiti. Perkembangan positif bidang ini selari
dengan permintaan dan banyak pertandingan tilawah al-Quran yang dijalankan
dikebanyakkan institusi dan peringkat sehingga ke tahap antarabangsa.

Dalam memurnikan kaedah tarannum al-Quran ini, satu pendekatan telah
diambil iaitu dengan menubuhkan kurikulum bacaan al-Quran yang
bersandarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Di antara pendekatan kurikulum ini adalah seperti berikut:

(a) Kurikulum Tahsin al-Quran;
(b) Kurikulum al-Tarannum;
(c) Kurikulum al-Tajwid; dan
(d) Kurikulum al-Tartil.
 
1.1
AKTIVITI 1.1
Dengan merujuk kepada kitab-kitab ilmu tajwid, huraikan secara
berkumpulan mengenai bab tahap-tahap pembacaan (maratib) al-Quran
berserta contoh bacaannya.
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 3
1.1.1 Tahsin al-Saut: Hujah dan Dalilnya
Tahsin al-Saut ) ﺕﻮﺼﻟﺍ ﲔﺴﲢ (  merupakan dua kalimah Arab yang disatukan dan
memberi maksud memperelokkan suara. Ia juga merupakan satu kaedah dalam
tarannum yang bertujuan untuk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang
tertentu dalam membaca al-Quran.

Pengkaedahan tahsin al-saut ini adalah berdasarkan beberapa dalil al-Sunnah
yang menggalakkan membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran
dengan lunak suara yang baik di samping menjaga hukum-hukum tajwid.

Di antara dalil-dalil yang termaktub dalam Hadis Rasulullah s.a.w adalah seperti
berikut:

(a) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam bab
ÂGalakan tahsin al-saut dalam membaca al-QuranÊ:
 
 
 
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah
bin Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap)
dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al-
Ash`ari r.a yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al-
Quran.

(ii) Imam Nawawi dalam mentafsirkan hadis ini menyatakan bahawa
ÊmizmarÊ berasal dari perkataan Êal-zamrÊ yang bermaksud lagu atau
kelunakan suara.


ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹸ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَ ﺻ ﱠ ﻥﹺ ﺇ َ ﺪْ ﺒَ ﻋ
ﹴ ﺲْ ﻴﹶ ﻗ َ ﻦْ ﺑ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ْ ﻭﹶ ﺃ ﺍً ﺭﺎَ ﻣْ ﺰِ ﻣ َ ﻲِ ﻄْ ﻋﹸﺃ ﱠ ﻱﹺ ﺮَ ﻌْ ﺷﹶ ﺄﹾ ﻟﺍ ْ ﻦِ ﻣ
ﹺ ﻲِ ﻣﺍَ ﺰَ ﻣ ﹺ ﻝﺁ َ ﺩُﻭﺍَ ﺩ
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

4
(iii) Perumpamaan suara Imam al-Ash`ari r.a diibaratkan seperti
kelunakan suara Nabi Daud a.s yang diriwayatkan bahawa Baginda
a.s melagukan bacaan Kitab Taurat lebih daripada 70 jenis lagu. 
 
(b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi dalam Sunannya, bab
ÂFadhaÊil al-QurÊanÊ:
 
 
 
Maksudnya: Daripada al-BarraÊ bin `Azib berkata: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu
dengan suaramu, sesungguhnya kelunakan suara itu boleh
menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan
umatnya memperelokkan bacaan al-Quran dengan kelunakan suara
iaitu merupakan bonus dalam membaca al-Quran secara tartil.

(ii) Kaedah tahsin al-saut adalah sejajar dengan galakan membaca al-
Quran dengan memperelokkan suara dengan mengikuti tahap-tahap
(tabaqah) yang tertentu.

(iii) Hadis ini juga menggesa agar para Qari menjaga kualiti dan mutu
suara dalam membaca al-Quran serta mempertingkatkannya ke arah
yang lebih baik.








ْ ﻦَ ﻋ ﹴ ﺏﹺ ﺯﺎَ ﻋ ﹺ ﻦْ ﺑ ِ ﺀﺍَ ﺮَ ﺒﹾ ﻟﺍ ُﺖْ ﻌِ ﻤَ ﺳ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹶ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ
َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَ ﺻ ﹸ ﻝﻮﹸ ﻘَ ﻳ : ﹶ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺍ ﺍﻮُ ﻨﱢ ﺴَ ﺣ
ْ ﻢﹸ ﻜِ ﺗﺍَ ﻮْ ﺻﹶ ﺄﹺ ﺑ ﱠ ﻥﹺ ﺈﹶ ﻓ َ ﻦَ ﺴَ ﺤﹾ ﻟﺍ َ ﺕْ ﻮﱠ ﺼﻟﺍ ُ ﺪﻳﹺ ﺰَ ﻳ ﺎً ﻨْ ﺴُ ﺣ ﹶ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺍ
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 5
(c) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi dalam Sunannya, bab
ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:
 
 
 
Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini merupakan galakan Rasulullah s.a.w kepada umatnya
supaya menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara.

(ii) Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz ÊZayyinuÊ itu bermaksud tahsin
al-saut ketika membaca al-Quran.
 
1.1.2 Tajwid: Hujah dan Dalilnya
Para Ulama bersepakat dalam menyatakan bahawa al-Quran itu diturunkan
dengan pengkaedahan hukum tajwid yang sedia ada. Namun, pengistilahan
ilmu tajwid dan hukum-hukumnya itu merupakan ijtihad para ahli Quran dan
Qiraat. Jelasnya, orang pertama yang mengamal ilmu ini dari sudut
pengenalannya ialah penerima wahyu al-Quran itu sendiri iaitu Nabi
Muhammad s.a.w. Ada pun dari sudut teori dan penamaan hukumnya pula
terdapat beberapa pandangan, ada yang menyatakan yang pertama menciptanya
ialah Abu as-Aswad al-Duali, ada yang menyatakan Abu ÂUbaid al-Qasim ibn
Sallam. Ada pula yang menyatakan al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi dan ada
juga pendapat yang menyatakan selain mereka.

Pengkaedahan ilmu tajwid ini adalah bertujuan bagi memelihara lidah daripada
kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika membacanya. Ia juga
merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan
al-Quran iaitu ilmu Rasm, ilmu Dabt dan Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu tersebut
ditulis dan diamalkan mengikut tajwid atau teknik bacaan al-Quran.

Dalam membicarakan definisi ÂtajwidÊ, jika kita merujuk dari sudut bahasa ia
bererti memperelokkan sesuatu. Ada pun dari sudut istilahnya pula ia membawa

ْ ﻦَ ﻋ ِ ﺀﺍَ ﺮَ ﺒﹾ ﻟﺍ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ : ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹸ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَ ﺻ
َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ْﻢﹸﻜِﺗﺍَﻮْﺻﹶﺄﹺﺑ ﹶ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺍ ﺍﻮُ ﻨﱢ ﻳَ ﺯ

X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

6
maksud ilmu atau kaedah mengenai cara-cara membaca al-Quran dengan baik
dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan.

Imam Ibn al-Jazari, ketika memberi takrif kepada ilmu tajwid, beliau
berpendapat bahawa definisinya adalah seperti berikut:
 
 
 
Maksudnya: Tajwid ialah memberi kepada huruf haqnya iaitu sifatnya
dan mustahaqnya (penyebutnya yang sama dengan sifatnya).

Ada pun hukum mempelajari ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah dan hukum
membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap
individu Muslim.

Di antara dalil-dalil yang mewajibkan membaca al-Quran secara bertajwid
adalah seperti berikut:

(a) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Muzammil: 73:4:
 
 
 
Maksudnya: Dan bacalah al-Quran itu secara tartil.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa kepentingan membaca al-Quran secara
tartil iaitu menyempurnakan hak-hak huruf dan sifat-sifatnya atau
dikenali sebagai kaedah tajwid.

(ii) Saidina Ali bin Abi Talib r.a mentafsirkan lafaz tartil ini sebagai
memperelokkan sebutan huruf (bertajwid) dan mengetahui tempat-
tempat wakaf.

≅?´‘´ρ β#´™¯)9# ξ‹?¯?

ﺎﳍ ﺔﻔﺻ ﻦﻣ ﺎﻬﻘﺣ ﻑﻭﺮﳊﺍ ﺀﺎﻄﻋﺇ ﻮﻫ
ﺎﻬﻘﺤﺘﺴﻣﻭ
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 7
(b) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah: 2:121:-
 
 
 
Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka,
sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka
itulah orang-orang yang beriman kepadanya.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa kepentingan menyempurnakan bacaan
al-Quran dengan tepat supaya dapat mengelak daripada berubah
makna ayat dan merosakkan hukum tajwid.

(ii) Sesungguhnya orang yang beriman akan sentiasa memelihara bacaan
al-Quran dan menyempurnakan hak-hak bacaannya iaitu dengan
bertajwid.
 
(c) Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, bab ÂKelebihan
Abdullah ibn Mas`ud r.aÊ:
 
 
 
 
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa
yang suka membaca al-Quran yang menepati bacaannya sebagaimana
ia diturunkan, maka bacalah sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abdin
(Abdullah ibn Mas`ud).


ﹶ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ ﱠ ﻥﹶ ﺃ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ
ْ ﻦَ ﻣ ﱠ ﺐَ ﺣﹶ ﺃ ﹾ ﻥﹶ ﺃ ﺎ ﻀﹶﻏ ﹶ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺍ ﹶ ﺃَ ﺮﹾ ﻘَ ﻳ ﺎَ ﻤﹶ ﻛ ﹶ ﻝﹺ ﺰْ ﻧﹸﺃ
ُ ﻩﹾ ﺃَ ﺮﹾ ﻘَ ﻴﹾ ﻠﹶ ﻓ ﻰﹶﻠَﻋ ِ ﺓَ ﺀﺍَ ﺮِ ﻗ ﱢ ﻡﹸ ﺃ ﹺ ﻦْ ﺑﺍ ٍ ﺪْ ﺒَ ﻋ

⎦⎪%!# `Νγ≈Ψ?#´™ =≈G39# …μΡθ=Gƒ ,m ⎯μ?´ρŸξ?
7×≈9`ρ& βθ`ΖΒσ`ƒ ⎯μ/
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

8
Keterangan hadis:

(i) Hadis ini merupakan galakkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya
supaya menyempurnakan bacaan al-Quran secara tepat sebagaimana
ia diturunkan sambil memuji kelebihan Ibn Mas`ud yang sempurna
bacaannya sehingga diangkat kedudukannya sebagai salah seorang
Qari yang bacaannya wajar dijadikan panduan.

(ii) Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz ÊGhaddanÊ itu bermaksud bacaan
al-Quran yang tidak terkeluar daripada kaedah bacaan yang tepat dan
tidak berubah daripada penyempurnaan hak dan sifat huruf al-Quran.
 
1.1.3 Tarannum: Hujah dan Dalilnya
Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam
membacakan ayat al-Quran. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses
oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau
hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut
kehendak yang tertentu.

Jelasnya, tarannum ini boleh kita definisikan dari sudut bahasa sebagai lagu. Jika
dibahaskan dari sudut istilahnya pula ia membawa maksud ilmu atau kaedah
suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang tertentu untuk
menambahkan kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.

Di antara dalil-dalil yang mengharuskan membaca al-Quran secara bertarannum
adalah seperti berikut:

(a) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab ÂGalakan tahsin al-
saut dalam membaca al-QuranÊ:
 
 
 
Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara
dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-
Quran.

ْ ﻦَ ﻋ ﹶ ﺓَ ﺮْﻳَ ﺮُﻫ ﻲﹺ ﺑﹶ ﺃ ﱠ ﻲﹺ ﺒﱠ ﻨﻟﺍ ِ ﻪﹺ ﺑ ﹸﻎﹸﻠْ ﺒَ ﻳ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ
َ ﻭ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ : ﺎَﻣ ٍ ﺀْ ﻲَ ﺸِ ﻟ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹶ ﻥِ ﺫﹶ ﺃ ﺎَ ﻣ ﱟ ﻲﹺ ﺒَ ﻨِ ﻟ ﹶ ﻥِ ﺫﹶ ﺃ
ﻰﱠ ﻨَﻐَﺘَﻳ ِ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺎﹺ ﺑ
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 9
Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w
dalam melagukan bacaan al-Quran.


(ii) Ijma` ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat
membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana
tidak terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar
dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan huruf,
maka hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-
Mawardi yang menaqal kalam dari pendapat Imam al-Shafi`i dengan
menyatakan bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci
al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.

(b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya:

 
 
Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: Bukanlah daripada golongan kami iaitu mereka yang
tidak melagukan bacaan al-Quran. Dan ditambah oleh perawi yang
lain iaitu menjaharkannya (jelas) bacaan al-Quran.

Keterangan hadis:
(i) Hadis ini menunjukkan galakan daripada Rasulullah s.a.w terhadap
umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran.
(ii) Adapun tambahan kalimah ‰menjaharkannya bacaan al-Quran‰ dari
perawi yang lain itu pula membawa maksud yang sama iaitu
melagukan bacaan al-Quran secara terang, jelas dan tepat
sebagaimana ia diturunkan.



ْ ﻦَ ﻋ ﹶ ﺓَ ﺮْﻳَ ﺮُﻫ ﻲﹺ ﺑﹶ ﺃ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ : ﹸ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ
َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ : ْ ﻢﹶ ﻟ ْ ﻦَ ﻣ ﺎﱠ ﻨِ ﻣ َ ﺲْ ﻴﹶ ﻟ ﱠ ﻦَ ﻐَ ﺘَ ﻳ
ِ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺎﹺ ﺑ . ُﻩُﺮْ ﻴﹶ ﻏ َ ﺩﺍَ ﺯَ ﻭ : ُﺮَ ﻬْ ﺠَ ﻳ ِ ﻪﹺ ﺑ
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

10
1.1.4 Tartil: Hujah dan Dalilnya
Kaedah tartil boleh kita definisikan sebagai ilmu atau kaedah yang dihasilkan
oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum. Ia juga merupakan
bacaan cantik yang lengkap dan sempurna.

Di antara dalil-dalil yang termaktub sama ada bersandarkan hujah al-Quran dan
al-Sunnah adalah seperti berikut:
 
(a) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:

 
 
Maksudnya: Dan kami membacanya (al-Quran) itu secara tartil.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini
dengan bacaan yang tartil.

(ii) Bacaan secara tartil ini merupakan tahap bacaan yang paling tinggi
kedudukkannya kerana bacaan ini merupakan amalan baginda
Rasulullah s.a.w.

(b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya, bab
„Galakan membaca al-Quran secara tartil‰:

 
 

ْ ﻦَ ﻋ ﹴ ﺮْ ﻤَ ﻋ ﹺ ﻦْ ﺑ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ِ ﺪْ ﺒَ ﻋ ﻭ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ : ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹸ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ
َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَ ﺻ : ﹺ ﺐِ ﺣﺎَ ﺼِ ﻟ ﹸ ﻝﺎﹶ ﻘُ ﻳ
ِ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺍ : ﹾ ﺃَ ﺮﹾ ﻗﺍ ﹾ ﻞﱢ ﺗَ ﺭَ ﻭ ﹺ ﻖَ ﺗْ ﺭﺍَ ﻭ َ ﺖْ ﻨﹸﻛ ﺎَ ﻤﹶ ﻛ ﹸﻞﱢ ﺗَ ﺮُﺗ
ﻲِﻓ ﺎَ ﻴْ ﻧﱡ ﺪﻟﺍ ﱠ ﻥﹺ ﺈﹶ ﻓ ﺎَ ﻫُ ﺅَ ﺮﹾ ﻘَ ﺗ ٍ ﺔَ ﻳﺁ ﹺ ﺮِ ﺧﺁ َ ﺪْ ﻨِ ﻋ َ ﻚﹶ ﻟﹺ ﺰْ ﻨَ ﻣ

ﺎﹰ ﻠْ ﻴِ ﺗْ ﺮَ ﺗ ُ ﻩﺎَ ﻨﹾ ﻠﱠ ﺗَ ﺭَ ﻭ
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 11
Maksudnya: Daripada Abdullah bin `Amru r.a berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda: Dipersilakan ahli al-Quran ketika memasuki
Syurga: Bacalah! Dan naiklah ketingkat atas (Syurga), dan
perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan
bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal
kamu di Syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat al-Quran yang
kamu baca.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan bahawa tahap bacaan al-Quran secara tartil
ini menjadi ukuran dan nilai yang tinggi di sisi Allah s.w.t serta
dijanjikan syurga yang dihiasi dengan cantik.

(ii) Adapun nilai bacaan al-Quran secara tartil iaitu bukan secara
bersegera membacanya adalah merupakan nilai ganjaran yang selari
dengan mutu dan kaedah bacaan yang diamalkan.

(iii) Imam al-Khattabi menjelaskan bahawa terdapat riwayat yang
menyatakan bahawa bilangan ayat al-Quran yang dibaca secara tartil
akan menentukan kedudukan Syurga dan tahapnya di akhirat kelak.


 
 
 
 
 
 
 






 
AKTIVITI 1.2

Bincangkan falsafah tarannum dan sumbangan ilmu ini dalam
memartabatkan mutu bacaan al-Quran di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 1.1
1. Tahukah anda apakah ilmu tarannum?
2. Apakah kaitan antara bacaan al-Quran dan tarannum?
3. Ceritakan tentang pengalaman anda dengan bacaan al-Quran dan
tarannum.
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

12
PENGHANTAR TARANNUM

1.2.1 Istilah-istilah dalam Tarannum
Di antara istilah-istilah dalam ilmu tarannum adalah seperti yang diterangkan
dalam Jadual 1.1 berikut.

Jadual 1.1: Istilah-istilah dalam Ilmu Tarannum
 
Bil. Istilah Catatan
1. Ikhtilal al-Lahn Ia bermaksud membunyikan suara dengan nada
kesumbangan pada mana-mana irama yang tertentu. Ia
bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika
mempersembahkan bacaan al-Quran. Ia terbahagi kepada
dua bahagian iaitu:
(a) Ikhtilal al-Lahn secara menurun.
(b) Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.

2. Burdah Ia bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara. Ia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
(a) Burdah Asli: Suara yang hidup dan mempunyai
getaran yang semula jadi.
(b) Burdah Sina`i: Bunga-bunga suara yang digubah dan
disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang
dipersembahkan.

3. Nagham Ia bermaksud lagu-lagu seperti bayyati, nahawand dan
sebagainya.
4. Mahattah Ia bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada
sesuatu harakah yang tertentu.
5. Qit`ah Ia bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa
mahattah yang tertentu.
6. Harakah Ia bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada
beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.
7. Taushih Ia bermaksud rangkap atau bait syair.
 
 
 
1.2
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 13
1.2.2 Bentuk dan Gaya Tarannum dalam al-Quran
Umumnya, ayat-ayat al-Quran yang dibaca mempunyai bentuk dan gayanya
yang tersendiri seperti perintah, larangan, penceritaan, permohonan dan rayuan,
perbualan, perumpamaan dan sebagainya.

Adapun bentuk atau seni lagu tarannum juga mengambil kira bentuk dan gaya
sesuatu ayat yang dibaca. Hal ini memerlukan penyesuaian dengan gaya dan
bentuk tarannum yang dipilih.

Di antara perkara yang perlu disesuaikan pada bentuk dan gaya tarannum dalam
al-Quran dinyatakan dalam Jadual 1. 2 berikut.

Jadual 1.2: Perkara yang Perlu Disesuaikan pada Bentuk dan
Gaya Tarannum al-Quran
 
Bil. Perkara
1. Antara gaya tarannum dengan bentuk ayat al-Quran yang akan dibaca.
2. Antara peranan suara dengan kehendak ayat yang akan dibaca.
3. Antara tarannum dengan hukum tajwid.
4. Antara peranan suara dengan kaedah fasohah al-Quran.
5. Antara peranan tarannum dengan lahjah Arab.
6. Antara qit`ah dan mahattah tarannum dengan waqaf ibtidaÊ yang bersesuaian.
 
Dalam menentukan bentuk dan gaya sesuatu lagu dalam tarannum, ianya pasti
tidak terpisah daripada beberapa ciri tarannum yang muktabar. Ciri-ciri tersebut
adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.3 berikut.

Jadual 1.3: Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

Bil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar
1. NADA Ia merupakan tingkatan atau tekanan bunyi suara.
2. RENTAK Ia merupakan pergerakan menghidupkan bunyi suara.
3. IRAMA Ia merupakan alunan atau bentuk bunyi.
 
 
 
 
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

14
1.2.3 Peranan Harakah
Istilah harakah dalam ilmu tarannum bermaksud gaya susunan lagu yang
tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu. Harakah
mempunyai peranannya, sama ada secara umum mahupun khusus.

Di antara peranan harakah adalah seperti Jadual 1.4 berikut.

Jadual 1.4: Peranan Harakah
 
Bil. Peranan Catatan
1. SECARA UMUM
(a) Bertujuan untuk mempelbagaikan seni bunyi.
(b) Untuk menghidupkan bunyi sesuatu bacaan.
(c) Untuk memberi peningkatan kepada sesuatu bacaan.
(d) Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan
dibaca sesudahnya.
(e) Untuk membawa perubahan dari satu tabaqah ke satu
tabaqah yang lain.
Harakah Pertama
Hendaklah disesuaikan dengan
harakah yang terakhir pada lagu
sebelumnya sama ada gaya, tabaqah
dan susunannya.
Harakah
Kedua
Ia merupakan harakah penggerak atau
rangsangan kepada harakah yang
berikutnya.
Harakah
Ketiga
Ia merupakan harakah jawab (harakah
tinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah
Keempat
Ia merupakan harakah jawab al-jawab
(harakah tertinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah Kelima
Ia merupakan harakah persedian untuk
menurun.
2.
SECARA
KHUSUS
Harakah Keenam
Ia merupakan harakah penutup kepada
sesuatu lagu.
 
Di samping peranan harakah dalam ilmu tarannum, pemahaman terhadap ciri-
ciri mutu dan kualiti harakah amat dititik beratkan. Di antara ciri-cirinya adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.5 berikut.


TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 15
Jadual 1.5: Ciri-ciri Mutu dan Kualiti Harakah
 
Bil. Perkara Ciri-Ciri Harakah yang Berkualiti
1. SULALAM NUZUL
Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau
peringkat untuk menurun.
2. SULALAM SU`UD
Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau
peringkat untuk menaik.
3.
WASILAH
AL-MUMASILAH
Harakah yang mempunyai gabungan dua angin lagu
atau lebih.
4.
IKHTILAL
AL-LAHN
Harakah yang mempunyai kesumbangan untuk
menurun dan menaik.
5. BURDAH
Harakah yang mempunyai bunga-bungaan yang
menarik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
HUKUM TARANNUM
 
1.3.1 Ikhtilaf Ulama Berkenaan Hukum Tarannum al-
Quran
Terdapat perbezaan atau ikhtilaf pendapat ulama berhubung dengan hukum
tarannum al-Quran. Jelasnya, ia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Ini
dapat kita lihat dalam Rajah 1.1.



Rajah 1.1: Ikhtilaf ulama mengenai tarannum al-Quran
AKTIVITI 1.3

Cari dan senaraikan susunan lagu-lagu tarannum yang popular di
Malaysia.

1.3
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

16
(a) Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Pertama yang Dipelopori Mazhab
Imam Maliki dan Hanbali

(i) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani:
 

 
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka menjadikan
al-Quran itu sebagai seruling nyanyian, di mana mereka
mengutamakan seseorang yang mampu melagukan al-Quran
sekalipun ianya seorang yang kurang dalam pengetahuan
agama.

(ii) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan al-Bayhaqi:
 

 
 
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran itu
dengan luhun (lahjah/lagu/makhraj) Arab dan suaranya. Dan
janganlah sekali-kali membacanya dengan lagu dan suara
yang berlahjah keyahudian atau kenasranian dan ahli fasik. Ini
kerana, sepeninggalanku nanti akan muncul satu golongan
yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang

ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ ﻰﱠ ﻠَ ﺻ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ : ﻥﻮﺤﻠﺑ ﻥﺁﺮﻘﻟﺍ ﺍﻭﺅﺮﻗﺍ
ﺎﺗﺍﻮﺻﺃﻭ ﺏﺮﻌﻟﺍ ﻢﻛﺎﻳﺇﻭ ﲔﺑﺎﺘﻜﻟﺍ ﻞﻫﺃ ﻥﻮﳊﻭ
ﻥﻮﻌﺟﺮﻳ ﻡﻮﻗ ﻱﺪﻌﺑ ﺀﻲﺠﻴﺳ ﻪﻧﺈﻓ ،ﻖﺴﻔﻟﺍ ﻞﻫﺃﻭ
ﺯﻭﺎﳚ ﻻ ﺡﻮﻨﻟﺍﻭ ﺔﻴﻧﺎﺒﻫﺮﻟﺍﻭ ﺀﺎﻨﻐﻟﺍ ﻊﻴﺟﺮﺗ ﻥﺁﺮﻘﻟﺎﺑ
ﻢﻧﺄﺷ ﻢﻬﺒﺠﻌﻳ ﻦﻣ ﺏﻮﻠﻗﻭ ﻢﺑﻮﻠﻗ ﺔﻧﻮﺘﻔﻣ ﻢﻫﺮﺟﺎﻨﺣ

ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ : ﻥﺁﺮﻘﻟﺍ ﻥﻭﺬﺨﺘﻳ
ﻥﺎﻛ ﻥﺇﻭ ،ﻢﻬﻴﻨﻐﻴﻟ ﻢﻫﺪﺣﺃ ﻥﻮﻣﺪﻘﻳ ،ﲑﻣﺍﺰﻣ
ﺎً ﻬﹾ ﻘِ ﻓ ﻢﻬﹼ ﻠﻗﺃ
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 17
dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan
perintih. Tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah
terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.

(b) Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Kedua yang Dipelopori Mazhab Imam
ShafiÊie dan Hanafi

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi:
 


Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara
dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melunakkan suara
dengan melagukan bacaan al-Quran dan menjaharkannya (jelas).

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: 
 
 
 
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Aku
melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah,
sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana
bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan dengan suara yang
lunak dan tartil).


ْ ﻦَ ﻋ ِ ﺪْ ﺒَ ﻋ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹴ ﻞﱠ ﻔَ ﻐُﻣ ﹺ ﻦْ ﺑ ﹶ ﻝﺎﹶ ﻗ : ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹶ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ ُﺖْ ﻳﹶ ﺃَ ﺭ
ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ َ ﻡْ ﻮَ ﻳ ﹺ ﺢْ ﺘﹶ ﻓ ﹶ ﺔﱠ ﻜَ ﻣ ﻰﹶﻠَﻋ َ ﻮُﻫَ ﻭ ٍ ﺔﹶ ﻗﺎَ ﻧ
ِ ﺓَ ﺭﻮُ ﺴﹺ ﺑ ﹸﺃَ ﺮﹾ ﻘَ ﻳ ﹺ ﺢْ ﺘﹶ ﻔﹾ ﻟﺍ َ ﻮُﻫَ ﻭ ُﻊﱢ ﺟَ ﺮُﻳ

ْ ﻦَ ﻋ ﹶ ﺓَ ﺮْﻳَ ﺮُﻫ ﻲﹺ ﺑﹶ ﺃ ﹶ ﻝﻮُ ﺳَ ﺭ َ ﻊِ ﻤَ ﺳ ُﻪﱠ ﻧﹶ ﺃ ِ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﻰﱠ ﻠَﺻ
َ ﻢﱠ ﻠَ ﺳَ ﻭ ِ ﻪْ ﻴﹶ ﻠَ ﻋ ﹸ ﻝﻮﹸ ﻘَ ﻳ : ﺎَ ﻣ ﹶ ﻥِ ﺫﹶ ﺃ ﺎَ ﻣ ٍ ﺀْ ﻲَ ﺸِ ﻟ ُ ﻪﱠ ﻠﻟﺍ ﹶ ﻥِ ﺫﹶ ﺃ ﱟ ﻲﹺ ﺒَ ﻨِ ﻟ
ِ ﺕْ ﻮﱠ ﺼﻟﺍ ﹺ ﻦَ ﺴَ ﺣ ﻰﱠ ﻨَﻐَﺘَﻳ ِ ﻪﹺ ﺑ ُﺮَ ﻬْ ﺠَ ﻳ ِ ﻥﺁْ ﺮﹸ ﻘﹾ ﻟﺎﹺ ﺑ
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

18
Hujah kedua-dua kumpulan mazhab tersebut dikuatkan dan disokong melalui
pendapat para Sahabat dan Tabi`in serta dalil-dalil aqli. Ini dijelaskan dalam
Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in

Bil. Kumpulan Catatan
1.
MAZHAB MALIKI
DAN HANBALI
• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat
sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti
Anas bin Malik, Sa`id bin al-Musayyib, Sa`id bin
Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin dan lain-lain lagi.
• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini
ialah:
(i) Tarannum boleh mencacatkan keaslian lafaz al-
Quran seperti menambah huruf, memanjang dan
sebagainya.
(ii) Tarannum boleh melekakan daripada memahami
dan menghayati isi kandungan al-Quran.

2.
MAZHAB SHAFI`I
DAN HANAFI
• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat
sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti
Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Abu
Ja`far al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi dan lain-lain lagi.
• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini
ialah:
(i) Tarannum boleh menarik minat masyarakat
untuk mendekati al-Quran.
(ii) Tarannum boleh menjadi medium pengajaran
dan pembelajaran.
(iii) Tarannum mempunyai budaya seni yang
mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi
mukjizat al-Quran.

 
 
 
 
 
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 19
1.3.2 Analisa Hukum Tarannum al-Quran
Setelah diteliti pegangan dan pandangan kedua-dua kumpulan mazhab tersebut,
dapatlah kita ketahui dan membuat beberapa analisa seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.7.

Jadual 1.7: Analisa Hukum Tarannum al-Quran
Bil. Kumpulan Analisa
1.
MAZHAB MALIKI
DAN HANBALI
• Hadis pertama yang dinyatakan dalam hujah
pendapat kumpulan mazhab pertama tersebut, jika
dikaji melalui sanadnya terdapat unsur-unsur hadis
dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu
`Uthman bin `Umayr adalah tidak diketahui
(majhul).
• Hadis kedua yang dinyatakan pula, jika dikaji
melalui sanadnya, juga terdapat unsur-unsur hadis
dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu Abu
Muhammad dan Baqiyah adalah tidak diketahui
(majhul).
2.
MAZHAB SHAFI`I
DAN HANAFI
• Hadis-hadis yang menjadi sandaran kumpulan
mazhab ini adalah lebih kuat jika dibandingkan
dengan kumpulan mazhab pertama.
• Isi kandungan hadis-hadisnya pula mempunyai
maksud yang tepat sasarannya mengenai lagu bacaan
al-Quran dan tidak perlu ditaÊwilkan dan diqiyaskan
lagi.
 
Jelasnya, kedua-dua pendapat dan hujah yang dijadikan sandaran oleh kedua-
dua kumpulan mazhab di atas pada dasarnya tidaklah bercanggah berhubung
dengan harus atau sunat melagukan bacaan al-Quran. Namun, apa yang menjadi
titik khilaf dan pertikaian adalah dari sudut teknik dan sifat-sifat lagunya sahaja.

Adapun kedua-dua kumpulan mazhab tersebut tidak pernah menafikan atau
menolak mana-mana hadis yang menjadi hujah dan sandaran pegangan kedua-
dua pihak. Namun, apa yang menjadi pertikaiannya adalah dari sudut
pentafsiran dan pendapat masing-masing. Walau bagaimanapun, tujuan dan
matlamat kedua-dua pendapat ini mempunyai hala tuju yang sama iaitu
memelihara kesucian al-Quran dari sebarang penyelewengan.
 
Kesimpulannya, jika digabungkan kedua-dua pendapat berhubung dengan
tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran didapati bahawa ia
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

20
merupakan suatu usaha dan amalan amat digalakkan bersandarkan dalil-dalil al-
Quran dan al-Sunnah serta disokong oleh pendapat para ulama al-Quran dan al-
Qiraat. Ia bertujuan untuk memperelokkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran
hingga mencapai satu tahap yang menghubungkan ayat-ayat yang dialunkan
dengan hati sama ada orang yang mempersembahkan bacaannya atau orang
yang mendengar bacaan al-Quran.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-A`raf 7:204
 
 
 
Maksudnya: Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah
akannya serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Keterangan ayat:

(a) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menuntut kepada hambaNya
supaya menjaga adab ketika membaca atau mendengar ayat al-Quran
dibaca.

(b) Lafaz al-Istima` digunakan dalam ayat di atas menunjukkan bahawa
mendengar dengan menghadirkan jiwa dan raga iaitu dengar dan
menghayati. Ia berbeza dengan lafaz al-Sima` iaitu hanya menjurus kepada
penerimaan sesuatu bunyi atau suara ke atas telinga.

Jelasnya, hukum tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran boleh
dibahagikan kepada lima perkara, seperti yang dilampirkan dalam Jadual 1.8
berikut.







#Œ)´ρ ˜% `β#´™¯)9# #θ`èϑG`™$ù …μ9
#θFÁΡ&´ρ ¯Ν3=è9 βθΗq¯? ∩⊄⊃⊆∪
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 21
Jadual 1.8: Hukum Tarannum al-Quran

Bil.
Hukum Catatan
1. SUNNAH
• Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.
• Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-Quran.
• Dapat menarik minat terhadap proses pengajian dan pengajaran
al-Quran.
• Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-Quran.
2. HARUS
• Sekiranya tidak mencacatkan al-Quran.
• Tidak mengganggu ketenteraman awam.
• Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.
• Tidak menimbulkan fitnah.
3. MAKRUH
• Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
• Mengganggu ketenangan dalam beribadah.
• Menimbulkan fitnah.
• Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.
4. HARAM
• Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.
• Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.
• Menghalang kemajuan dan perkembangan proses meninggikan
kedudukan al-Quran.
• Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarang Islam.
5.
FARDU
KIFAYAH
• Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.
• Boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran.
• Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat al-Quran.
• Boleh memantapkan pemahaman kefahaman terhadap al-Quran.

1.3.3 Hukum Wanita Membaca Al-Quran
Umumnya, penurunan al-Quran adalah merupakan satu rahmat yang tidak
dapat dihitung nilainya. Selain mengajak umat manusia memelihara
kesuciannya, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, membacanya
dengan sebaik-baik bacaan adalah asas dan syiar kepada rahmat agung ini.
Perkara ini tidak terbatas kepada sesuatu bangsa, golongan mahupun jantina.
Malah Allah s.w.t menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada mereka
yang membaca al-Quran sama ada lelaki mahupun wanita.
Jika dilihat melalui dalil-dalil melalui sandaran al-Quran dan al-Sunnah, tiada
larangan secara jelas dan qat`i bagi wanita untuk membaca al-Quran. Namun,
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

22
terdapat ikhtilaf pendapat di kalangan para ulama berhubung perbahasan
hukum wanita membaca al-Quran apabila dilihat dari sudut suara wanita.
Adakah suara wanita itu aurat atau sebaliknya?
Secara umumnya, suara wanita boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti
yang dinyatakan dalam Jadual 1.9.
Jadual 1.9: Kategori Suara Wanita
 
Bil. Suara Wanita Hukum
1. Suara wanita yang jelas
didengari oleh lelaki
ajnabi (bukan mahram)
• Terdapat ikhtilaf di kalangan ulama:
(i) Haram secara total
(ii) Harus secara total.
(iii) Harus jika sekiranya tidak membawa fitnah
kepada khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).
2. Suara wanita yang sengaja
dilembutkan, dimanjakan
dan dimerdukan
• Itfaq di kalangan ulama secara Ijma' bahawa
diharamkan untuk diperdengarkan kepada
khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).

Namun, dalam perbahasan berhubung dengan bacaan al-Quran oleh kaum
Hawa ini, para ulama telah mengklasifikasikan perkara ini kepada dua kategori.
Ini dinyatakan dalam Jadual 1.10.
Jadual 1.10: Kategori Perbahasan Bacaan al-Quran oleh Wanita
Bil. Hukum Catatan
Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang
perlahan untuk didengarinya sendiri.
Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang agak
nyaring dan tiada lelaki ajnabi (bukan mahram)
mendengarinya.

1.

Tiada pertikaian di
kalangan para
ulama

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang
nyaring dan tidak mengetahui adanya lelaki ajnabi
mendengarinya.
2. Terdapat pertikaian,
sama ada harus
atau haram
Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang jelas
untuk diperdengarkan di khalayak umum termasuk
lelaki ajnabi.
Adapun perbahasan berhubung dengan adakah suara wanita ini adalah aurat
atau sebaliknya, ulama berselisih pendapat mengenainya. Perkara ini bolehlah
kita teliti melalui perbahasan di antara dua pendapat iaitu sama ada pandangan
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 23
yang menyatakan suara wanita itu aurat atau pandangan yang bertentang
dengannya. Rajah 1.2 menunjukkan ikhtilaf pendapat tersebut.
 
Rajah 1.2: Ikhtilaf ulama mengenai suara wanita dan tarannum al-quran

Hujah kedua-dua pihak tentang perkara tersebut diterangkan selanjutnya dalam
Jadual 1.11 berikut.

Jadual 1.11: Hujah Mazhab Hanafi dan Mazhab Shafi`i Mengenai
Suara Wanita dan Tarannum al-Quran
 
Bil. Pendapat Hujah
1.
SUARA WANITA
ADALAH AURAT
Pegangan Mazhab Hanafi
• Firman Allah dalam surah al-Nur: 24:31, bermaksud:
‰Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka.‰ Ayat ini diqiyaskan larangan
membunyikan perhiasan wanita kerana boleh
membawa fitnah dengan larangan membunyikan
suara wanita.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‰Membaca tasbih
itu untuk lelaki, menepuk tangan pula untuk
wanita.‰(Riwayat Ibnu Majah). Hadis ini diqiyaskan
larangan wanita bersuara ketika menegur kesalahan
imam dalam solat dengan suara wanita.
2.
SUARA WANITA
ADALAH BUKAN
AURAT
Pegangan Mazhab Shafi`i
• Terdapat banyak riwayat-riwayat yang menyatakan
perihal komunikasi dan muamalat para Ummu al-
Mukminat r.a. (isteri-isteri Rasulullah s.a.w.) dengan
khalayak umum.
• Islam menerima penyaksian kaum Hawa dalam
perbicaraan pendakwaan dan sebagainya.

X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

24
Kesimpulannya, setelah diteliti hujah kedua-dua pihak, maka didapati bahawa
pegangan mazhab Hanafi yang berdalilkan ayat dan hadis di atas adalah kurang
jelas dan tidak tepat. Ini kerana ayat di atas sebenarnya hanyalah ditujukan
khusus perhiasan pakaian wanita sahaja. Begitu juga dengan sumber hadis yang
disandarkan adalah khusus dalam perbahasan bagaimana seorang makmum
wanita hendak menegur kesalahan imam dalam solat.

Manakala hujah yang dipegang oleh mazhab Shafi`i pula adalah lebih praktikal
dan meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah dikira sebagai
aurat.

Namun jika kita teliti dengan lebih mendalam berhubung dengan kedua-dua
pendapat di atas, didapati bahawa kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama
iaitu menjaga kehormatan kaum Hawa yang mana Islam telah mengangkat
kedudukan mereka dan diberikan hak-hak, kasih sayang dan kedudukan yang
gambarkan melalui dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Cuma teknik dan pendekatannya sahaja yang menjadi pertikaian dan perbahasan
di kalangan para ulama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

• Tarannum merupakan amalan seni bacaan al-Quran yang diperdengarkan
bacaannya mengikut kaedah lagu dan alunan suara yang lunak
bersandarkan qiraat tertentu dan tidak melanggar hukum-hukum tajwid.

• Tarannum al-Quran adalah merupakan suatu usaha dan amalan amat
digalakkan bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah serta disokong
oleh pendapat para ulama al-Quran dan al-Qiraat.

• Untuk memurnikan ilmu tarannum ini, satu pendekatan telah diambil iaitu
dengan menubuhkan kurikulum bacaan al-Quran yang bersandarkan dalil-
dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia terdiri daripada Kurikulum
SEMAK KENDIRI 1.2
1. Terangkan konsep kurikulum bacaan al-Quran secara ringkas
bersertakan hujahnya;
2. Huraikan TIGA istilah tarannum yang anda pelajari dan bezakan
peranan harakah secara umum dan khusus;
3. Jelaskan hukum tarannum al-Quran berserta hujahnya.
TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM W 25
Tahsin al-Quran, Kurikulum al-Tarannum, Kurikulum al-Tajwid dan
Kurikulum al-Tartil.

• Bentuk dan gaya sesuatu lagu dalam tarannum tidak terpisah daripada
beberapa ciri tarannum yang muktabar; iaitu nada, rentak dan irama.

• Harakah dalam ilmu tarannum bermaksud gaya susunan lagu yang
tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.

• Menurut mazhab Shafi`i suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat
berdasarkan banyaknya riwayat yang menyatakan perihal komunikasi dan
muamalat isteri-isteri Rasulullah s.a.w dengan khalayak umum.

 
 

Alunan Bacaan
Aurat
Bacaan Cantik
Bentuk Gaya Tarannum
Fawasil
Gaya Susunan Lagu
Harakah
Hukum Tarannum
Ikhtilaf
Ilmu Dab
Irama
Khilaf
Kurikulum Bacaan Al-Quran


Mahattah
Memperelokkan Suara
Nada
Qit`ah
Rasm
Rentak
Seni Suara
Suara Wanita
Tahsin al-Sout
Tajwid
Tarannum
Tartil


 
 
 
Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.
Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

KATA KUNCI
X TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

26
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-IÊtisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.
Dimashq: Dar al-Qalam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->