You are on page 1of 19

6.

0 Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Kulit

Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit, mereka boleh juga dikenali sebagai penyakit -penyakit kulit. Dalam perbincangan kami tentang jenis-jenis penyakit kulit, kami juga membincangkan faktor -faktor yang menyebabkan, simpton-simpton yang boleh dijumpai dan juga

rawatan-rawatan yang boleh diberikan.

JERAWAT

Jerawat adalah peradangan biasa pada kulit muka, dan sering kali juga pada leher, bahu, dada dan punggung bahagian atas. Jerawat timbul pada masa remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Ianya disebut sebagai penyiksa remaja. Satu dari lima remaja menghidap jerawat sehingga meninggalkan bekas luka. Apabila seorang anak mencapai masa remaja, kelenjar -kelenjar tubuhnya mengeluarkan hormon seks yang beredar di seluruh tisu tubuh. Salah satu pengaruh hormon ini ialah merangsang kelenjar minyak (sebaceous glands) yang berhubungan dengan pundi -pundi rambut. Dalam kelenjar ini sel-sel berkembang biak dengan cepat, begitu cepat sehingga salurannya tersumbat dengan sel-sel tersebut. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Kelenjar-kelenjar itu bekerja dengan giat walaupun b enda yang dikeluarkannya tidak mencapai permukaan kulit. Sewaktu kelenjar itu mengembung, tisu-tisu di sekelilingnya meregang dan menimbulkan titik putih bintil putih. Benda yang dikeluarkannya itu kemudian berubah secara kimiawi sehingga menjadi hitam. Demikian terbentuklah bintil hitam di atas
18

pundi rambut. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Apabila kelenjar minyak dan pundi rambut meregang maka ianya pecah dan meradang. Ini menimbulkan bintil yang kemudian berubah menjadi jerawat. Dalam keadaan yang lebih parah, tisu -tisu halus dalam kulit rosak dan kuman-kuman menerobos sehingga terjadi infeksi. Lebih besar kawasan radang lebih mudah ter bentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai diberikan. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar sekiranya perawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri. Punca Jerawat: Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
y

Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

y y

Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12. Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

Sesetengah dari jerawat timbul dar i ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.

Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
19

Rawatan Jerawat: Terdapatnya dua peringkat untuk merawat jerawat. Pertamanya ialah pesakit itu sendiri harus membina kesihatan tubuhnya. B erikut ialah apa yang harus dilakukan:  Bersihkan kulit muka, dan dada dan punggung dua kali sehari dengan air hangat dan sabun mandi. Jangan memakai sabun yang mengandung ubat dan jangan menggosoknya terlalu keras.  Jangan menggunakan bahan kosmetik selama perawatan kecuali salap sederhana.  Jagalah agar kulit tidak tertekan seperti bertopang dagu atau sesuatu yang menekan bahu.  Berehat secukupnya, tidurlah paling sedikit lapan jam sehari.  Makanlah makanan sihat yang seimbang. Jangan makan makanan di antara jam makan seperti kuih atau minuman manis. Jangan makan terlampau banyak. Jangan makan coklat. Peringkat keduanya ialah rawatan yang diberikan oleh doktor. Dokto r akan menilaikan setiap kes, samada jerawat bentuk biasa atau yang parah. Berikut ialah apa yang harus dilakukan:  Jangan menggunakan ubat yang dibeli di kedai ubat kecuali yang disyorkan oleh doktor.  Hindarkan perasaan bimbang atau persaingan yang tidak perlu.  Selalu hubungi doktor, khasnya kalau dia memberikan ubat -ubat yang lebih kuat.  Sentiasa mengikuti petunjuk doktor. Seringkali ubat -ubat kuat itu nampaknya merosakkan kulit setelah tiga atau empat minggu. Tetapi perawatan harus diteruskan supaya semb uh. Apabila perubatan dihentikan tanpa diketahui doktor, walaupun jerawat nampaknya sudah hilang, mungkin keadaan akan lebih buruk daripada yang semula. Dan perubatan harus diteruskan beberapa bulan lamanya.
20

Kudis Buta

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies : Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang. Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu. Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur -telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku di tempat -tempat tinggal yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan. Apakah tanda -tanda dan gejala kudis buta? Kudis buta biasanya berkait dengan: K egatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk di waktu malam dan selepas mandi air panas.

Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru. Bintik merah seperti ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu). Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu. Kawasan yang biasa dijangkiti tempat-tempat yang biasa ialah : Di celah-celah jari. Kudis buta yang menjangkiti kawasan di celah-celah jari tapak tangan bahagian dalam pergelangan tangan, kawasan -kawasan lain termasuk : Kawasan kemaluan, punggung sekitar pusat, celah -celah ketiak, siku kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak? Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui: Sen tuhan kulit ke kulit. Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

21

KURAP (Jangkitan Fungus)

Penyakit kurap atau juga dikenali sebagai Dermatophytoses adalah sejenis penyakit yang mudah dijankiti sekiranya kurang menjaga kebersihan. Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat Microsporum sp., Trichophyton sp. atau Epidermophyton sp.. Penyakit ini disebabkan oleh infeksi cendawan pada kulit muka, leher, tubuh, lengan, dan kaki. Penyakit ini boleh berada di kepala, badan, muka, celah paha, kaki, kuku dan tangan. Jenis-jenis Kurap :
i. KURAP DI KEPALA

Kurap kepala mula-mula tampak seperti luka bersisik, bulat, berwarna kelabu dan jelas ternampak garis sempadannya. Biasanya rambut di tempat itu rontok. Infeksi seperti ini jarang menyerang orang-orang yang sudah dewasa; kalau penyakit itu timbul sebelumnya, maka penyakit itu akan hilang sendiri apabila dewasa kelak. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak -kanak yang berusia terutama 2-10 tahun, di mana kanak-kanak lelaki didapati melebihi lima kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyakit ini jarang berlaku kepada bayi disebabkan tingginya aras asid lemak yang terdapat dalam tubuh bayi. Asid lemak ini bertindak sebagai anti penyuburan kulat. Banyak bahagian yang infeksi, luka itu kelihatan me njadi satu dalam bentuk yang tidak menentu. Rambut-rambut yang ada di tempat itu menjadi kering dan rapuh, meninggalkan tunggul -tunggul rambut yang pendek yang dapat dicabut dengan mudah. Mungkin dia akan menjadi botak tetapi bukan untuk selamanya. Kulit kepala terasa sedikit gatal. Penyakit ini biasanya boleh disembuhkan selama beberapa bulan.

22

Punca Kurap Kepala: Penyakit ini dijangkiti oleh genus kulat Microsporum sp. dan Trichophyton sp. sahaja. Kurap kepala dapat ditimbulkan oleh beberapa jenis cendawan. Binatang kesayangan, khasnya kucing dan anjing, kedai gunting rambut, kopiah, sisir atau orang yang sudah ketularan dapat menimbulkan penyakit ini. Rawatan Kurap Kepala:
Ubat griseofulvin yang digunakan selama beberapa minggu, dapat

menyembuhkan penyakit ini, asal digunakan di bawah arahan seorang doktor.

ii.

KURAP DI BADAN

Kurap

badan

bermula

dengan

bercak -bercak

seperti

sisik.

Bercak-bercak itu mula-mula bertumbuh sebesar biji kacang ijo, tetapi membesar dengan cepat. Penyakit itu mula sembuh pada bahagian tengah, sehingga membentuk bulatan yang terdiri dari lepuh -lepuh. Bahagian luar bulatan nampak menonjol sehingga bahagian tengah kelihatan susut. Bulatan itu boleh melebar sampai garis menengahnya mencapai 5 sm. Ada kalanya bahagian tengah tidak sembuh -sembuh, tetapi meradang terus dan membuat bercak-bercak sisik. Penyakit ini tidak menimbulkan rasa sakit, tetapi sedikit gatal dan tentu sahaja tidak elok dipandang. Punca Kurap Badan: Kulat yang terlibat dengan kurap di badan ialah Trichophyton rubrum atau Microsporum canisTrichophyton verrucosum dapat diperolehi daripada
23

binatang ternakan, khasnya kucing. Pada kebiasaan kurap di badan tertumpu pada sebelah badan sahaja, iaitu taburan dikatakan asimetri. daripada haiwan peliharaan. Rawatan Kurap Badan:  Oleskanlah losion calamine setiap tiga jam kepada bahagian yang terjejas untuk menghilangkan rasa gatal.  Gunakanlah salah satu krim cendawan di bawah ini untuk kulit yang terjejas, dua kali sehari selama dua atau tiga minggu: Krim Halotex, Lotrimin atau Tinactin.  Ubat griseofulvin sangat berkesan apabila digunakan di bawah ara han seorang doktor.

iii.

KURAP DI CELAH PAHA

Kurap paha berbentuk bercak-bercak sisik yang berwarna merah atau coklat, dengan lepuh -lepuh kecil pada pinggirnya yang melebar. Biasanya kurap ini menyerang permukaan paha sebelah dalam bahagian atas, sekeliling dubur, buah zakar dan daerah sekitarnya. Ada orang yang menggolongkannya sebagai kurap badan yang berjenis -jenis. Dalam banyak hal, yang mula ketularan ialah bahagian paha . Panas, kelembapan udara, keringat yang berlebihan, lecetan, semuanya membuka jalan bagi infeksi. Penyakit ini lebih banyak terdapat di kawasan tropik daripada di kawasan yang lebih sejuk. Rasa gatal itu menyebabkan perasaan tidak selesa. Punca Kurap Paha: Penyakit kurap ini disebabkan oleh sepsis daripada Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes danEpidermophyton floccosum. Kurap
24

ini mudah subur dan membiak dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Penyakit ini kebiasaannya berjangkit pada mereka yang g emuk, yang suka memakai pakaian yang ketat dan pakaian lembap. Penyakit kurap ini terdapat di pelipatan kulit di celah paha, pangkal paha, punggung dan kalau dibiarkan akan merebak ke bahagian abdomen. Biasanya berlaku dikalangan remaja dan orang dewasa. Rawatan Kurap Paha:  Bahagian yang terkena harus dijaga supaya selalu kering dan bersih. Pakailah pakaian yang longgar, halus dan dingin.  Gunakanlah salah satu krim ini dua kali sehari selama dua sampai tiga minggu: Krim Halotex, Lotrimin atau Tinactin.  Pada pagi hari, taburi bahagian itu dengan bedak talcum yang mengandungi kalsium propionate. Gunakanlah bedak ini sapanjang hari untuk mengurangi gesekan sewaktu berjalan.  Ubat mujarab ialah griseofulvin yang diberikan di bawah arahan doktor sangat berkesan.

iv.

KURAP DI MUKA

Kurap ini didapati di kalangan kanak -kanak. Lesinya merah, berkeruping dan kadang-kadang mempunyai bentuk taburan rama -rama. Sepsis kulat yang menyebabkan kulat ini ialah Microsporum canis (daripada binatang peliharaan) danTrichophyton ternakan verrucosum (daripada binatang

25

v.

KURAP DI KAKI

Penyakit ini dikenali sebagai 'athletes foot'. Kurap ini disebabkan oleh sepsis yang sama dengan dengan kurap di celah paha. Kurap di kaki jarang berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kanak-kanak kurang berpeluh dan tahap hormon yang berbeza dengan orang dewasa. Ada tiga jenis klinikal kurap di kaki, iaitu :  Jenis di celah kaki, terutamanya di bahagian celah kaki di antara jari kaki keempat dan kelima. Keadaan kulit di bahagian ini lembap, merekah, merah dan mengeluarkan bau yang busuk.  Jenis bervesikel (biji-biji halus berisi air). Ia bermula di bahagian sebelah jari atau tapak kaki, mempunyai sifat bernanah dan berair. Kemudian biji-bii pecah menyebabkan kulit kering dan berkeruping.  Jenis hiperkeratotik, iaitu kulit yang terlibat menjadi keras, tebal dan berkeruping. Lazimnya terdapat di bahagian tapak kaki. Namun begitu, kerupingnya halus dan jalur -jalur kulit kelihatan jelas dan nyata apabial berlaku di bahagian atas kaki (dorsum). Jenis ini berlarutan dan berpanjangan.

vi.

KURAP DI TANGAN

Kurap Tangan berbentuk tompok leper dan bulat bervesikel dan berkeruping halus. Kebiasaannya kurap di tangan akan bersifat papul (bintik) merah dan bertompok berkeruping di belakang tangan atas pergelangan tangan. Sesetengah pesakit akan menunjukkan kulit berkeruping tebal dan kemerah-merahan yang tertumpu pada tapak tangan dan biasanya sebelah tangan sahaja terlibat.

26

Punca Kurap Tangan: Pada biasanya, kurap ini disebabkan oleh sepsis kulat yang sama terlibat dengan kulat di kaki iaitu Trichophyton rubrum, Trichophyton mentagrophytes dan Epidermophyton floccoum. Kurap di bahagian ini jarang berlaku dikalangan kanak-kanak.

Panau

Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang

mengidapnya berpeluh.

Athelete's Foot (kaki makan air)

Kaki makan air adalah sejenis penyakit yang juga dikenali sebagai Athletes Foot. Penyakit kaki makan air disebabkan kulat. Penyakit kaki makan air biasanya disebabkan kaki yang selalu berendam air atau lembab . Kaki makan air (bahasa Inggeris Athlete's foot) menyebabkan kulit di celah jari kaki yang dijangkiti menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Lepuh dan kulit pecah juga mungkin berlaku, menyebabkan tisu dalam terdedah, kesakitan, bengkak dan radang. Jangkitan bakteria kedua juga boleh berlaku bersama jangkitan kulat yang kadang-kala memerlukan rawatan antibiotik. Jangkitan ini mampu merebak kepada bahagian lain badan, seperti paha, dan biasanya dikenali dengan nama lain apabila ia merebak, seperti tinea corporis pada tubuh atau
27

anggota badan dan tinea cruris (jock itch atau gatal dhobi itch) bagi jangkitan pada celah paha. Tinea pedis kebiasaannya hadir pada celah jari kaki, biasanya pada jari kaki kempat dan kelima paling k erap.

EKZEMA (Alergi)

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Penyakit ini boleh dihid api pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa). Punca Ekzema : Disebabkan kulit terlalu sesitif terhadap hama habuk, bulu haiwan dan sesetengah makanan. Ruam panas Ruam Kulit yang sihat bertindak sebagai penghalang. Ruam adalah petanda tindak balas kulit yang tidak normal.

28

Penyebab Ruam
y

Biasanya menyebabkan kerengsaan kulit. Bagi remaja ruam selalu disebabkan oleh sentuhan dan alahan terhadap sebarang bahan yang menyebabkan kerengsaan seperti :


Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, bahan kosmetik dan losyen

   

Barang kemas, butang besi pada seluar jeans, tali baju dalam Racun serangga, dan baja Racun pokok Terdedah kepada serannga atau parasit seperti hama kudis buta (scabies mite)

  

Fabrik Alatan baru, alat permainan, perkakasan atau sebarang objek Susu getah

Sebab-sebab lain termasuklah :


       

Jangkitan kulit seperti herpes zoster (sejenis kayap) Jangkitan kulat dan impetigo (sejenis penyakit kulit berjangkit) Insecticides, pesticides and fertilizer Penyakit kelamin berjangkit seperti siplis Keadaan kulit yang kronik seperti jerawat, eczema, psoriasis Kekeringan, cuaca sejuk, cuaca yang terlalu panas (ruam panas) Gangguan emosi Penyakit hati, buah pinggang dan barah.

Rawatan Ekzema:
  

Jika ruam tidak teruk , ia boleh dirawat di rumah. Basuh kawasan sentuhan dengan air yang banyak Guna sabun yang lembut dan cuci rata dengan air
29

 

Lindungi kawasan ruam dari terdedah kepada udara sebaik mungkin Jangan menggaru ruam kerana ini akan menyebabkan kecederaan yang teruk

Pastikan kawasan yang gatal sentiasa sejuk dan lembap (ingat, jika kulit berulang-ulang basah dan kering ia akan menyebabkan kulit and a kering)

 

Losyen kalamin dapat membantu dalam kes dermatitis Cuba ubatan untuk gatal-gatal seperti antihistamin

Pencegahan Ekzema:
  

Elakkan menyentuh bahan-bahan yang menyebabkan alahan Gunakan sarung tangan pelindung Pastikan kuku pendek untuk mengelakkan kulit tercedera akibat dari menggaru

 

Elakkan dari berhubung dengan orang yang mempunyai jangkitan kulit Elakkan mandi yang berlebihan kerana akan mengurangkan

kelembapan kulit
   

Selalu gunakan pelembap kulit untuk mengembalikan tekstur kulit Elakkan dari menggaru atau menggosok dengan kuat Amalkan kebersihan Belajar untuk menangani stres

Psorisis

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
30

Gejala Psorisis : Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :


 

Keguguran sisik pada kulit Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.

Gatal tetapi pada tahap yang berbeza -beza

Jenis-jenis psoriasis :
  

Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis. Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil

erythrodermic psoriasis
 

Lampin psoriasis Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan

Guttate psoriasis

Plaque timbul)

psoriasis

(bertompok

dan

Komplikasi : Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:


Sendi hujung pada jari tangan atau kaki


31

Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau per gelangan kaki

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

SOPAK

Sopak atau Vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel -sel yang menghasilkan pigmen yang dipanggil melanosit di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal dan retina ataua lapisan dalam mata dimusnahkan. Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa bahagian badan. Rerambut atau bulu-bulu yang tumbuh di kawasan terbabit juga akan turut bertukar menjadi putih. Punca Sopak : Punca sebenar Sopak atau Vitiligo sampai sekarang tidak diketahui secara sahih. Para doktor dan penyelidik masih terus mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Mereka ini telah menyimpulkan hasil kajian dan penyelidikan mereka kepada beberapa teori tersendiri. Antaranya: Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit itu sendiri.
y y

Kemusnahan melanosit dengan sendi ri atau mati beragam. Ada juga kajian menunjukkan sesetengah kejadian seperti terkena pancaran cahaya matahari berlebihan(sunburn).

Ada juga mengatakan kerana tekanan emosi boleh menyebabkan Sopak atau Vitiligo ini
32

Yang pasti kebanyakan pengidap Sopak atau Vitiligo ada kaitan dengan kelenjar tiroid. Sejauh mana kepastian hanya yang arif dan p akar sahaja dapat menjawabnya.

Epidemiologinya, dianggarkan satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 atau 50 juta orang) menghidapi Sopak atau Vitiligo. Dan 95 perat us penghidap vitiligo bermula di umur mencecah 40 -an. Apapun Sopak atau Vitiligo menyerang tanpa mengira kaum atau jantina. Kajian menunjukkan penyakit ini lebih kepada mereka yang menghidapi penyakit autoimun atau penyakit di mana daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri. Antara contoh penyakit Autoimun adalah seperti hipertiroidism di mana kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan anemia pernicious iaitu penyakit kekurangan sel darah disebabkan kegagalan sel menyerap vitamin B12.

Sesetengah suatu kaum pula, Sopak atau Vitiligo ini adalah bawaan dari faktor keturunan. Tetapi sampai sekarang teori ini tidak dapat dibuktikan secara sahih.

Ketandaan Sopak atau Vitiligo pada peringkat awalnya kehadiran tompok-tompok putih pada kulit di bahagia tertentu. Tompok ini selalunya berlaku di kawasan terdedah pada cahaya matahari. Kebiasaannya bermula di bahagian tangan, kaki, lengan, muka, bibir, ketiak, di sekeliling mata, dan ada yang merebak ke bahagian organ seks. Namun begitu be lum ada sesiapa yang dapat meramalkan Sopak atau Vitiligo ini boleh merebak secara mendadak atau perlahan.

33

KAYAP (jangkitan virus)

Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut

pembahagian saraf yang terasa pijar dan s akit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut. Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi pe nyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.

CAMPAK

Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang

kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setela h ruam timbul. Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30
34

juta hingga 40 juta kes campa k berlaku seluruh dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan membentuk imuniti semulajadi. Tanda dan Gejala : Gejala bermula 10 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul. Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku. Komplikasi : Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
       

Jangkitan telinga Pembesaran Nodus Limfa Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak Jangkitan paru paru Jangkitan bronkus Jangkitan peti suara Cirit birit atau muntah Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.

Kematian amat jarang berlaku (satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak. )
35

7.0 Rumusan

Sistem Integumentari merupakan bagian tubuh yang paling utama yang perlu diperhatikan dalam tata kecantikan kulit. Pemahaman tentang anatomi dan fisiologi kulit akan membantu mempermudah perawatan kulit untuk mendapatkan kulit wajah yang segar, lembab, halus, lentur dan bersi h. Kulit merupakan organ tubuh paling besar yang melapisi seluruh bagian tubuh, membungkus daging dan organ -organ yang ada di dalamnya. Kulit memiliki fungsi melindungi bagian tubuh dari berbagai macam gangguan dan rangsangan luar. Fungsi perlindungan ini terjadi melalui sejumlah mekanisme biologis, seperti pembentukan lapisan tanduk secara terus menerus (keratinisasi dan pelepasan sel-sel kulit ari yang sudah mati), respirasi dan pengaturan suhu tubuh, produksi sebum dan keringat serta pembentukan pigmen melanin untuk melindungi kulit dari bahaya sinar ultra violet matahari.

Diduga dengan bertambahnya usia, kadar asam amino pembentuk kalogen pun berkurang sehingga kalogen yang terbentuk bermutu rendah, selain itu kalogen kehilangan kelembaban dan menjadi kering serta kaku. Akibatnya jaringan penunjang itu tak mampu menopang kulit dengan baik, seperti yang tampak pada kulit orang tua yang makin lama makin kendur dan kurang lentur. Perubahan susunan molekul kalogen ini merupakan salah satu faktor utama yang membuat kulit manusia lebih cepat keriput, timbul pigmentasi, kehilangan kelembaban dan elastisitas. Kapan tanda - tanda penuaan itu muncul, tergantung pada usaha kita untuk melindungi dan merawatnya secara baik.

36

You might also like