You are on page 1of 4

Pendekatan Eklektif

Definisi Satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif atau induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang, berfaedah dan berkesan. Pelaksanaan Gabungan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif. Model 1 Generalisasi contoh generalisasi

a) Penekanan kepada pendekatan deduktif Model 2 Contoh Generalisasi Contoh b) Penekanan kepada pendekatan induktif Ciri-ciri o o o o Menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik Boleh gunakan strategi Pemusatan guru, murid dan bahan Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah,tidak terikat kepada satu kaedah sahaja Guru boleh menggunakan usaha dan daya kretiviti sendiri Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan keupayaan kanak-kanak Membolehkan kanak-kanak dapat berfikir terus dalam bahasa yang dipelajari dan dapat menggunakan secara aktif Pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya. Contoh aktiviti a)- Mulakan pengajran dengan menyatakan atau menerangkan generalisasi. 1. Menerangkan objektif dan faedah pengajran 2. Menerangkan peraturan-peraturan atau hukum-hukum tentang aspek bahasa yang hendak diajarkan 3. Memberi definisi atau maksud-maksud tertentu 4. Memperlihatkan ciri-ciri, prinsip-prinsip, kandungan isi pembelajran, skop dan sebagainya

b). GuruGuru memberi contoh-contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut a. Contoh-contoh hendaklah mencukupi b. Contoh harus bergerak daripada yang konkrit kepada yag abstrak. c. Contoh boleh diperlihatkan melalui gambar-gambar, rakaman, petikan, ayat-ayat, perkataan-perkataan berlawanan atau seerti. d. Membuat aktiviti seperti membuat demonstrasi, menunjuk cara, melakukan aksi, memadan, memenuhi tempat kosong, menyambung dan melengkapkan, menjawab soalan-soalan, bercerita. Pendekatan Komunikatif Definisi Ciri-ciri (a) Ia menekankan makna di dalam proses pengajaran. (b) Dialog yang digunakan adalah tertumpu kepada fungsi komunikasi. (c) Di dalam pendekatan komunikatif, konteks dan situasi sangat dipentingkan. (d) Proses pembelajaran bahasa adalah bertujuan belajar untuk berhubung. (e) Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan. (f) Pencapaian bahasa pada peringkat awal hanya setakat yang difahami sahaja. (g) Apa sahaja alat yang boleh membantu pelajar-pelajar diterima, tetapi harus sesuai dengan umur dan minat. (h) Percubaan untuk berkomunikasi digalakkan lebih awal. (i) Penggunaan bahasa ibunda diterima di mana yang mungkin. (j) Terjemahan boleh digunakan dengan syarat pelajar-pelajar mendapat faedah. (k) Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. (l) Bahasa diperolehi melalui proses cuba dan ralat. Aktiviti pendekatan komunikatif terbahagi kepada 2 1. Aktiviti komunikatif yang berfungsi a) berkongsi maklumat dengan kerjasama yang terhad b) berkongsi maklumat dengan kerjasama yang tidak kenal terhad c) berkongsi dan memproses maklumat d) memproses maklumat 2. Aktiviti interaksi sosial Kebaikan dan kelemahan pendekatan komunikatif 1. pelajar dapat memahami apa yang penting dalam bahasa ialah penggunaan bahasa itu dan bukan kegunaannya

2. murid-murid dapat menyedari bahawa keadaan sosial dapat menwujudkan variasi dan kelainan-kelainan dalam Bahasa Melayu 3. murid-murid juga boleh bertutur dan mendengar pertuturan yang terlibat dengan makna sosial yang mengambil kira ciri-ciri paralinguistik yang digunakan 4. murid-murid akan mengetahui dan sedar bahawa bahasa sebagai alat perhubungan 5. tidak menekankan kepada pengajaran guru tetapi lebih tertumpu kepada pembelajaran murid yang berasaskan keperluan mereka 6. pengajaran bahasa lebih tertupukan kepada keadaan penggunaan bahasa sasaran dan kebudayaan bahasa itu. 7. murid-murid dapat memilih unsur-unusur bahasa yang sesuai 8. murid-murid dapat menguasai dan menggunakan sistem bahasa dengan spontan dan fleksible 9. murid-murid dapat membaiki dan membetulkan kesilapan sendiri 10. murid akan lebih berkeyakinan untuk bertutur Kelemahan 1. sukar menyediakan pelbagai aktiviti lisan untuk murid-murid yang berbeza peringkat kebolehan dan kecerdasan 2. kemungkinan tidak semua murid ingin mengambil bahagian 3. sukar dilaksanakan untuk murid yang lemah 4. akan melahirkan murid-murid yang boleh bertutur tetapi tidak berdasarkan bahasa standard pelaksanaan 1. langkah : menimbulkan ransangan 2. langkah : persepsi 3. langkah : perancangan dan kemahiran 4. langkah : penghayatan kendiri 5. langkah : penilaian dan kejituan

Contoh aktiviti 1). Aktiviti Komunikatif yang berfungsi (dijalankan di antara 2 orang atau lebih) Kerja kumpulan- 2 orang berpasangan Murid A dan murid B diberi gambar sebuah bilik kosong yang serupa Murid A akan menandakan barang di dalam bilik itu Murid A akan memberitahu murid B nama barang-barang itu seperti meja radio, kerusi dan sebagainya. Murid B mesti mencari tempat barang-barang itu diletakkan oleh murid A dengan cara menyoal murid A. Kemudian murid B akan menandakan tempat barang-barang itu di gambarnya. Bila sesuai murid A dan murid B akan membandingkan gambar-gambar mereka.

2).

Berkongsi dan Memproses Maklumat Kerja kumpulan -5 - orang Membina cerita Tiap-tiap seorang diberi potongan ayat-ayat Tugas murid ialah membaca ayat-ayat mereka dan berbincang untuk menyusun ayat-ayat itu seupaya menjadi sebuah cerita yang lengkap tetapi setiap murid tidak boleh melihat dan membaca ayat-ayat orang lain.

You might also like