You are on page 1of 3

Teks Ucapan Hari Raya Dan Program RIMUP Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih kepada pengacara majlis. Yang berusaha.

Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau. En Jaitendra Jainal (Pegawai Fasilinus Tawau ). Yang berusaha . En. Gempe Made ( Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Sk. Tmn Tawau ) Yang dihormati rakan-rakan penolong kanan , guru-guru, AJK PIBG dan para pelajar , tak dilupakan tetamu jemputan kita guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah jenis Kebangsaan ( C ) Hing Hwa. Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SK TMN. TWU Bersama Program RIMUP. Sempena sambutan ini, saya bagi pihak warga SK. TMN. TWU mengalu-alukan kehadiran semua hadirin sekalian. Juga setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian. En. Jaitendra Jainal selaku wakil PPDT yang turut meraikan dan seterusnya merasmikan Majlis pada pagi ini. Kehadiran wakil PPDT sangat bermakna bagi semua warga SK. TMN. TWU kerana mencerminkan keprihatinan terhadap setiap program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Saya juga ingin merakamkan Selamat datang memeriahkan lagi majlis ini. Hadirin yang saya hormati sekalian. Sambutan Hari Raya yang diadakan pada hari ini merupakan salah satu program tahunan warga sk. Tmn twu yang mana objektif yang paling penting ialah 1. Mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim dikalangan kepada guru-guru dan para pelajar dari SJK ( C) Hing Hwa yang turut bersama-sama kita pada pagi ini bagi

warga sekolah, ibubapa dan para pelajar.

2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang. 3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. 4. melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai. 5. memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktifnya dan positifnya. Dengan adanya program-program seperti ini, diharap perpaduan nasional di kalangan warga Malaysia khasnya masyarakat Tawau yang berbilang bangsa dan agama akan menjadi kukuh, jauh daripada perasaan curiga dan prasangka buruk antara kaum. Runtuhkanlah tembok prasangka dan rongkaikan prejudis dengan membuka seluas-luasnya pintu rumah kita serta pintu hati kita untuk rakan-rakan kita dari pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia. Jelas sekali, ini adalah tradisi Malaysia yang bitara atau amat unik dan tidak berlaku di mana-mana negara di dunia dimana rakan-rakan dari pelbagai kaum serta agama boleh mengunjungi kita tanpa sebarang halangan mahupun kebimbangan.Program hari Ini merupakan medium terbaik untuk menjadi asas menyatukan perpaduan rakyat berbilang kaum bermula di bangku sekolah. Marilah kita bersama-sama pertahankan keharmonian dan keunikan yang ada di Negara kita Malaysia. Ingatlah ! rasa aman, rasa selamat, rasa tenang yang kita kecapi hari ini bukannya sesuatu yang mudah diperolehi. Untuk menghancurkan pepaduan ini sangat mudah akan tetapi untuk membinanya semula belum tentu kita akan Berjaya. Justeru ! saya menyeru warga Sk Tmn Twu dan hadirin yang hadir pada pagi ini tidak kira bangsa dan agama, marilah kita jadikan gagasan 1 Malaysia pemangkin perpaduan kaum di Negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya meyakini gagasan ini. Semua kaum tidak seharusnya merasakan diri mereka tersisih kerana negara Malaysia adalah untuk semua Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini terimalah 2 rangkap pantun

Buah pauh di tengah bendang Jadi dagangan di tengah kota Saudara jauh datang bertandang Bermaaf-maafan sesama kita Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Kami meyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan Akhir sekali, saya sekali lagi mengalu-alu dan berterima kasih di atas kehadiran wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, guru-guru dan para pelajar dari SJK ( C ) Hing Hwa pada pagi yang mulia ini. Terima kasih saya juga dipanjangkan kepada Jawatankuasa Sambutan yang telah menguruskan segala persiapan Majlis Hari Raya Aidilfitri dengan baiknya.

Sekian, wassalamualaikum wbkt. Terima kasih.

You might also like