You are on page 1of 11

Pengenalan.

Melihat kepada perkembangan ajaran sesat yang semakin banyak bercambah bagaikan cendawan tumbuh, timbul satu persoalan setakat manakah ajaran sesat boleh memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang pengikut dan pengasas ajaran tersebut selain ia memberi ancaman yang cukup besar kepada masyarakat dan negara yang tercinta dari aspek keharmonian masyarakat dan keamanan negara. Perkara ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia melibatkan persoalan akidah. Ia adalah satu persoalan yang menyen urat tuh nadi kehidupan dan masa depan seseorang dan umat Islam keseluruhannya di dalam kehidupan dunia ini. Ia tidak sahaja berhubung kait dengan persoalan kehidupan di dunia, tetapi juga melewati alam akhirat. Kemuncak dari itu, persoalan akidah juga boleh menentukan status sesebuah negara sama ada ia merupakan sebuah negara Islam ataupun sebaliknya.

Sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir. Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kem bali kepada kekufuran.Menurut Ibn Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam. Ajaran sesat (bahasa Inggeris: Heresy) atau bidah (kadangkala ditulis sebagai bid'aah, bid'aah, dari perkataan bahasa Arab yang secara harfiah bererti "memulai"), menurut Oxford English Dictionary, adalah "pandangan atau doktrin teologi atau keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik atau Ortodoks, atau, dalam pengertian yang lebih luas, dengan doktrin gereja, keyakinan, atau sistem keagamaan manapun, yang dianggap ortodoks atau ajaran yang benar. Dalam pengertian ini, ajaran sesat
adalah pandangan atau doktrin dalam filsafat, politik, ilmu, seni, dll., yang berbeda dengan apa yang umumnya diakui sebagai yang berwibawa." Dalam sosiologi, Organisasi ajaran sesat,(bahasa Inggeris: cult) merujuk kepada kumpulan manusia yang menganut sesuatu kepercayaan dan amalan yang bertentangan degan norma masyarakat umum.

Dalam bahasa sehari-harian, "organisasi ajaran sesatajaran sesat sentiasanya membawa kepada maksud konotasi yang buruk.Daripada itu, biasanya tiada satu oraganisasi yang sanggup menerima label ini. Penamaan sesuatu oraganisi sebagai "organisasi ajaran sesat" kadang kala diasiosiasikan oleh pihak yang berkenaan sebagai satu bentuk "diskriminasi" ataupun satu bentuk "hemogoni golongan majoriti", yakni penindasan golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Golongan yang sentiasa diberi penamaan ini ialah golongan yang menganjurkan pergerakan "agama baru". murtad Murtad dari sudut istilah pula ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada kedua duanya. Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai memutuskan pega ngan terhadap Islam dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan atau kepercayaan.

Al-Quran dan al-Hadith telah menegaskan dengan jelas berkenaan dengan hukum murtad ke atas seseorang Muslim. Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). Surah al-Baqarah 2:217. Ayat di atas menjelaskan bahawa seseorang Muslim yang telah murtad dan meninggal dunia di dalam keadaan tersebut, segala amalannya yang baik yang dilakukan sepanjang ha yatnya akan menjadi siasia. Akibat daripada perbuatannya itu, dia akan dikekalkan di dalam api neraka di akhirat kelak.

Dalil daripada Hadith yang menyabitkan hukum murtad ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas seperti berikut:

Maksudnya: Ibn Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya. Hadith ini pula menerangkan bahawa orang yang telah menukarkan agamanya dengan kembali kepada kekufuran akan dikenakan hukuman bunuh kerana perbuatannya itu.

Nas-nas di atas mengisyaratkan bahawa jenayah murtad merupakan satu jenayah yang amat terkutuk di sisi Islam.Oleh kerana itu, Islam menetapkan hukuman bunuh kepada sesiapa sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumbankan ke dalam api neraka buat selama -lamanya.

Diambil dari KAJIAN AJARAN SESAT DALAM PENGAJIAN ISLAM: SATU SOROTAN oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (PhD), adalah pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus Kusza Gong

Islam Ajaran sesat atau bidaah dalam agama Islam bererti sebuah perbuatan yang tidak pernah diperintahkan mahupun dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi banyak dilakukan oleh masyarakat sekarang ini.Hukum dari bidaah ini adalah haram.Perbuatan dimaksud ialah perbuatan baru atau penambahan dalam hubungannya dengan peribadatan dalam erti sem (ibadah mahdhah), yaitu ibadah yang pit tertentu syarat dan rukunnya.

Sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir. emakaian P kata tersebut di antaranya ada pada : Firman Allah taala : (Dialah Allah) Pencipta langit dan bumi. (Q.s.2:117) Firman Allah taala : Katakanlah (hai Muhammad), Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul. (Q.s:46:9) Perkataan Maknanya: Dia telah merintis suatu cara yang belum pernah ada yang mendahuluinya. Perkataan Maknanya: sesuatu yang dianggap baik yang kebaikannya belum pernah ada yang menyerupai sebelumnya.

Sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir. Sesiapa yang terbabit dalam kancah ajaran sesat, akidahnya akan terjejas iaitu ia boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan, kadang-kadang ia boleh menyebabkan seseorang itu murtad iaitu terkeluar daripada Islam dan dia termasuk dalam kalangan orang yang kafir.Ibnu Rajab, Bidaah adalah mengada-adakan suatu perkara yang tidak ada asalny dalam syariat. Jika perkaraa perkara baru tersebut bukan pada syariat maka bukanlah bidah, walaupun bisa dikatakan bidah secara bahasa

Imam as-Suyuthi, beliau berkata, Bidah adalah sebuah ungkapan tentang perbuatan yang menentang syariat dengan suatu perselisihan atau suatu perbuatan yang menyebabkan menambah dan mengurangi ajaran syariat. Dengan memperhatikan definisi-definisi ini akan nampak tanda-tanda yang mendasar bagi batasan bidah secara syariat yang dapat dimunculkan ke dalam beberapa point di bawah ini : Bahwa bidah adalah mengadakan suatu perkara yang baru dalam agama.Adapun mengadakan suatu perkara yang tidak diniatkan untuk agama tetapi semata diniatkan untuk terealisasinya maslahat duniawi seperti mengadakan perindustrian dan alat-alat sekedar untuk mendapatkan kemaslahatan manusia yang bersifat duniawi tidak dinamakan bidaah.Bahwa bidah tidak mempunyai dasar yang ditunjukkan syariat. Adapun apa yang ditunjukkan oleh kaidah-kaidah syariat bukanlah bidah, walupun tidak ditentukan oleh nash secara khusus. Misalnya adalah apa yang bisa kita lihat sekarang: orang yang membuat alat-alat perang seperti kapal terbang,roket, tank atau selain itu dari saranasarana perang modern yang diniatkan untuk mempersiapkan perang melawan orang -orang kafir dan membela kaum muslimin maka perbuatannya bukanlah bidah. Bersamaan dengan itu syariat tidak memberikan nash tertentu dan rasulullah tidak mempergunakan senjata itu ketika bertempur melawan orang-orang kafir. Namun demikian pembuatan alat-alat seperti itu masuk ke dalam keumuman firman Allah Taala,Dan persiapkanlah oleh kalian untuk mereka (musuh-musuh) kekuatan yang kamu sanggupi.Demikian pula perbuatan-perbuatan lainnya. Maka setiap apa-apa yang mempunyai asal dalam sariat termasuk bagian dari syariat bukan perkara bidaah. Bahawa bidaah semuanya tercela (hadis Al 'Irbadh bin Sariyah dishahihkan oleh syaikh Al-Albani di dalam Ash Shahiihah no.937 dan al Irwa no.2455) Bahwa bidaah dalam agama terkadang menambah dan terkadang mengurangi syariat sebagaimana yang dika takan oleh Suyuthi di samping dibutuhkan pembatasan yaitu apakah motivasi adanya penambahan itu agama.Adapun bila motivasi penambahan selain agama, bukanlah bidah.Contohnya meninggalkan perkara wajib tanpa udzur, maka perbuatan ini adalah tindakan maksiat bukan bidah. Demikian juga meninggalkan satu amalan sunnah tidak dinamakan bidah. Masalah ini akan diterangkan nanti dengan beberapa contohnya ketika membahas pembagian bidah. InsyaAllah. Bidah merupakan pelanggaran yang sangat besar dari sisi melampaui batasan-batasan hukum Allah dalam membuat syariat, karena sangatlah jelas bahwa hal ini menyalahi dalam meyakini kesempurnaan syariat.Menuduh Rasulullah Muhammad SAW menghianati risalah, menuduh bahwa syariat Islam masih kurang dan membutuhkan tambahan serta belum sempurna. Jadi secara umum dapat diketahui bahwa semua bid'ah dalam perkara ibadah/agama adalah haram atau dilarang sesuai kaedah ushul fiqih bahwa hukum asal ibadah adalah haram kecuali bila ada perintah dan tidaklah tepat pula penggunaan istilah bid'ah hasanah jika dikaitkan dengan ibadah atau agama sebagaimana pandangan orang banyak, namun masih relevan jika dikaitkan dengan hal -hal baru selama itu berupa urusan keduniawian murni misal dulu orang berpergian dengan unta sekarang dengan mobil, maka mobil ini adalah bid'ah namun bid'ah secara bahasa bukan definisi bid'ah secara istilah syariat dan contoh penggunaan sendok makan, mobil, mikrofon, pesawat terbang pada masa kini yang dulunya tidak ada inilah yang hakekatnya bid'ah hasanah. Dan contoh -contoh perkara ini tiada lain merupakan bagian dari perkara Ijtihadiyah. Ciri-ciri Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama.Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.

Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat Satu sifat yang ketara untuk ajaran sesat ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. Ajaran sesat sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum. Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa Ajran sesat biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa.Ketua ajaran sesat biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu. Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya Penyertaan seseorang ke dalam sesautu ajaran sesatakan mengubah tingkah lakunya. Ajaran sesat bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala ajaran sesat juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat di Malaysia oleh Majlis Agama Islam Malaysia. 1) Nasrul Haq 2) Budi Suci 3) Al Watan 4) Budi Suci Sejati 5) Jawa Faradin 6) Silat Sunda Pukulan Ghaib 7) Tusuk Hikmat 8) Ilmu Kebatinan 9) Potong Maya 10) Naluri 11) Kaula 12) Haqqullah Syahadah 13) Rampai 14) Wali Suci 15) Kalimat Sakti

16) Silat Pukulan jarak Jauh 17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 18) Zikir Sha'ban Islam Haq 19) Asal Wujud Garis Laksamana 20) Al Ma'zat 21) "Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi 22) Abdul Manan bin Harun - Tolak Hadis Ilmu 23) Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar 24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas 25) Kuasa Ghain (Tahan Diri) 26) Mohd. Nordin Putih 27) Nasrun S.T. Qahar 28) Roslan Katimun - Ajaran Wali Sembilan 29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya 30) Wali Sembilan 31) Khatijah binti ali @ Puan Tijah 32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin 33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari 34) Al Arqam 35) Golongan Anti Hadis 36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su)) 37) Syiah 38) Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang 39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad 40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana 41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat 42) Tarikat Mufaridiah 43) Ajaran Hassan Anak Rimau

44) Tarikat Aurad Ismailiah 45) Ajaran Martabat Tujuh 46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh) 48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani 50) Ajaran Mohd. Nor Seman 51) Ajaran Ayah Pin 52) Ajaran Bahai http://pandangan2u.blogspot.com/2009/06/senarai-ajaran-sesat-di-malaysia.html AJARAN SESAT DAN BAHAYANYA TERHADAP AGAMA DAN NEGARA 1 Oleh: Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari 2 Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) 1. PENDAHULUAN Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku. Kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan. Sama ada di zaman awal peradaban Islam 3 di alaf millenium mahupun akan datang. Paparan isu kebanyakannya didedahkan oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan agama, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan. Isu ajaran sesat bersifat subjektif.Ia memerlukan penjelasan terperinci. Al-Quran alKarim telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai sudut. Antaranya, kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitaran sama ada dari

teman, perubahan masa dan keadaan. Tentunya indikasi ajaran sesat @ ajaran salah berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sesuatu fahaman atau ajaran tidak dikatakan salah atau sesat kecuali jelas kandungannya bertentangan dengan sumber perundangan Islam. Sehubungan itu, kita memerlukan definisi yang tepat dalam memahami hakikat ajaran sesat.

1 Dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Me laka 2008 anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabiul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. 2 Beliau ialah Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari.Berumur 31 tahun.Berasal dari Gua Musang, Kelantan. Mempunyai B.A. Hons. dalam Syariah & Pengajian Islam di Universiti Mutah, Jordan. M.A. (Hons) UKM dalam bidang Tasawuf dan Tarekat. Sedang mengikuti Ph.d di UKM di bidang Usuluddin & Falsafah. Bekas Guru Agama, Mudir Maahad Tahfiz. Dan kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM, Bangi, Selangor. Keterangan lanjut mengenai beliau boleh dicapai melalui: www.alghari@blogspot.com 3 Kemunculan Nabi palsu seperti Musaylamah al-Kazzab, Sajah, al-Aswad bin Yazid al-Ansi. Golongan Ahli Sunnah sepakat secara ijma bahawa sesiapa sahaja yang mengaku menjadi Nabi selepas kewafatan Nabi s.a.w. adalah kafir lagi murtad (Abd al-Qahir al-Baghdadiyy, al-Farq Bayn al-Firaq, 1997, hlm. 302)

1. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang

dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Halaman 4, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

SEJARAH 2. Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru, mulai bergerak secara senyap-senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke 15 iaitu melalui konsep animisma(1) dinamisma(2) dan ajaran Hindu-Budha. Tetapi yang ketaranya adalah datang dari pengaruh Syiah melampau seperti Sabaiyyah(3) Kaysaniyyah(4) dan oleh Syiah Ismailiyyah Batiniyyah(5) juga aliran teosofi(6).

Menurut sejarah bahawa ajaran sesat yang paling lama usianya di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawah oleh

Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870an di Kg. Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain. Sementara di Kelantan wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud yang disebarkan dalam tahun 1950an dan ajaran Martabat Tujuh. Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain. Hari demi hari ajaran sesat telah bertambah dan hingga akhir tahun 1999 jumlahnya menjangkau lebih dari 100 ajaran yang diadukan ke Jabatan Agama seluruh Malaysia.

Sehingga kini setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan. Jumlah ajaran sesat telah bertambah dari masa ke semasa.

Beberapa peristiwa yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam belaku berikutan dari ajaran sesat umpamanya pada 19 Oktober 1974 seorang dari kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kg. Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan. Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak (Tn. Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab, 68 tahun). Pada 19 Ogos 1979 peristiwa di Kerling,

Selangor telah mati terbunuh apabila mereka sedang melakukan pemecahan Kuil Hindu di Kerling, Selangor. Satu peristiwa besar di Batu Pahat telah berlaku pada 16 Oktober 1980 di mana 8 orang dari kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir b. Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam. Pada 1 Februari 1996, dua orang lelaki warga Indonesia cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah. Lelaki berkenaan menyebarkan ajaran sesat yang berpusat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran Tabarani bertindak keterlaluan memukul Ketua Kampung, Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang, Sidek Mohamad kerana didakwa menghalang kegiatan mereka

You might also like