You are on page 1of 13

1

TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN


OUM
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN

PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan makna Ulum dan makna al-Quran serta makna Ulum dan
al-Quran secara gabungan (Ulum al-Quran). Makna ulum akan dibincangkan secara
perbandingan ringkas mengikut pandangan ahli falsafah, ahli materialis dan pandangan
syarak. Begitu juga dalam memaknakan al-Quran, akan dibincangkan dari segi terminologi
dan mengikut pendekatan ulama` mutakallimin, ulama` usul, fiqh dan cendikiawan bahasa
Arab. Seterusnya barulah dibincangkan secara khusus tentang Ulum al-Quran: makna dan
ilmu-ilmu yang terangkum di dalamnya serta fungsi-fungsinya.

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-

1. mendefinisikan ulum secara perbandingan mengikut pandangan ahli falsafah
dan ahli materialis serta pandangan syarak;

2. mendefinisikan al-Quran dari segi terminologi serta mengikut pendekatan ulama
mutakallimin, uluma usul fiqh dan cendikiawan bahasa Arab;

3. mendefinisikan ulum al-Quran dari segi bahasa dan istilah syarak;

4. menjelaskan bidang-bidang ilmu yang terangkum/berkaitan dalam perbahasan
Ulum al-Quran; dan

5. menghuraikan fungsi-fungsi Ulum al-Quran.

PETA MINDA




2
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
PENDAHULUAN

Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang Ulum al-Quran dan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya, adalah lebih baik kita lihat dahulu apakah yang
dimaksudkan dengan kalimah Ulum al-Quran.

Ulum al-Quran terdiri daripada dua perkataan yang tersusun dalam bentuk idhafiy ) ( .
Pada umumnya ia bermaksud beberapa ilmu yang ada hubungannya dengan al-Quran
yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w..

1.1 MAKNA ULUM

Kalimah Ulum ) ( adalah jamak (plural) kepada kalimah ilmu ) ( . Pengertian ilmu
dari segi bahasa adalah satu kalimah masdar ) ( yang membawa erti memahami dan
mengetahui ) ( . Oleh itu kalimah ilmu faham dan makrifat ) (
mempunyai gambaran yang sama. Kalimah ilmu juga boleh dimaksudkan sebagai
ketetapan dalam berfikir mengenai sesuatu perkara ) ( . Kalimah ilmu ini
kemudiannya ditafsirkan dengan berbagai definisi mengikut pendapat ahli-ahli yang
tertentu dalam bidang masing-masing sebagaimana huraian ringkas berikut:

(a) Pandangan Ahli Falsafah (Hukama`)
Ada tiga pendapat dalam mendefinisikan ilmu/ulum di kalangan ahli falsafah.
Petama; mereka berpendapat bahawa ilmu itu adalah gambaran terhadap sesuatu
yang wujud dalam akal atau pemikiran. Kedua; ia juga didefinisikan sebagai
kewujudan gambaran terhadap sesuatu di dalam akal pemikiran. Ketiga;
mengatakan bahawa ilmu itu ialah suatu keadaan akal yang tertarik kepada sesuatu
apabila sesuatu itu dapat diketahui.

Dari ketiga-tiga definisi tersebut, para ahli falsafah lebih cenderung berpegang dan
menggunakan pendapat yang pertama iaitu; Gambaran terhadap sesuatu yang
wujud dalam akal atau pemikiran ) ( .

(b) Pandangan Golongan Materialis (Maddiyyun)
Golongan materialis (maddiyyun) berpendapat bahawa ilmu itu ialah keyakinan-
keyakinan berdasarkan kepada panca-indera semata-mata. Dengan erti kata lain,
mereka mendefinisikan ilmu ialah maklumat-maklumat atau fakta-fakta yang konkrit
yang mengaitkan segala persoalan yang berkaitan kehidupan dan perundangan
kehidupan.

(c) Pandangan Syarak (Agamawan)
Golongan ulama Islam khususnya ulama` Fiqh berpendapat bahawa ilmu itu ialah
mengenal Allah Taala dan tanda-tanda kewujudan dan kekuasaan-Nya iaitu segala
laku perbuatan-Nya terhadap makhluk-Nya. Dalam hubungan ini al-Imam al-Ghazali
menyatakan: Kalimah ilmu pernah dimaksudkan dengan mengenal Allah, tanda-
tanda kewujudan-Nya dan laku perbuatan-Nya terhadap makhlukNya.

Kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu masalah yang diyakini
penyelesaiannya berdasarkan ajaran yang sebenar.




3
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
(d) Takrif Ilmu pada Pandangan Pengkaji-pengkaji Ulum al-Quran
Ada tiga takrif yang diberikan oleh para pengkaji Ulu al-Quran, iaitu:

(i) Persoalan-persoalan nazori ) ( am yang wujud dalam akal; di samping itu
ada juga mereka yang mentakrifkan sebagai persoalan-persoalan nazori yang
mudah dan persoalan-persoalan nazori yang juzi. As-Saad dan Abdul Hakim
berkata: Ilmu yang dimaksudkan dalam Ulum al-Quran ialah sekumpulan
maklumat yang berkaitan dengan al-Quran.

(ii) Kegiatan akal untuk mendapatkan maklumat tertentu.

(iii) Keupayaan akal dalam menghasilkan maklumat dan keupayaan akal dalam
mengeluarkan maklumat.

Kesimpulannya bahawa ilmu pada pandangan ahli Ulum al-Quran ialah sekumpulan
maklumat yang didapati dengan cara yang wajar dan maklumat-maklumat ini berupa
topik-topik kajian, tujuan kajian samada berupa tasawwur atau tasdiq.

1.2 MAKNA AL-QURAN

1.2.1 Al-Quran Munurut Bahasa

Lafaz al-Quran itu dari bahasa Arab. Menurut makna bahasa ialah sama ertinya dengan
lafaz al-Qiraat ertinya bacaan. Walaupun lafaz al-Quran itu berbentuk masdar ertinya
bacaan, tetapi maksudnya ialah maful yang membawa erti yang dibaca. Dalam kaedah
balaghah biasa disebut :

, = - -|,-- - ==' 3:| .

Para ulama` Ulum al-Quran telah mengutarakan berbagai pendapat dan pentafsiran
tentang asal kalimah ini. Adakah kalimah tersebut diambil dari kalimah lain atau kalimah
tersebut merupakan kalimah khas bagi al-Quran itu sendiri. Pendapat-pendapat tersebut
dapat kita ringkaskan seperti berikut:

(i) Al-Asy`ari; ahli Ilmu Kalam, pemuka aliran Sunnah wa al-Jama`ah (w324H)
berpendapat bahawa kalimah al-Quran (tidak memakai ) dan diambil dari kalimah
yang bererti menggabungkan. Ini disebabkan kerana surah-surah dan ayat-ayat
al-Quran itu dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.

(ii) Al-Zajjaj; pengarang kitab Ma`ani al-Quran (w311H) berpendapat bahawa lafaz al-
Quran itu (mempunyai ) dan berwazan fu`lan ) ( dan diambil dari kalimah al-
Qur`u ) ( ertinya himpunan. Ini kerana al-Quran merupakan kitab suci yang
menghimpunkan intisari ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci sebelumnya.

(iii) Al-Lihyani; seorang ahli bahasa (w215H) berpendapat bahawa kalimah al-Quran itu
berhamzah ( ) dan merupakan masdar ( ) yang diambil dari kalimah Qara`a
( ) yang bererti membaca . Lafaz al-Quran itu menurutnya adalah masdar bi
makna ism maful ( ) jadi al-Quran itu maknanya al-Maqru` ()
yang bermaksud (yang dibaca).


4
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
(iv) Sebahagian ulama` termasuk Imam As-Syafi`e; berpendapat bahawa kalimah al-
Quran itu tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas
bagi kitab Allah. Ia sama sahaja (dari segi nama) dengan kitab-kitab lain seperti
Taurat, Zabur dan Injil. Semuanya itu adalah nama bagi kitab-kitab Allah yang
diturunkan kepada Nabi-Nabi Musa, Daud dan Isa sebagai pegangan dan pedoman
umat-umat nabi berkenaan.

Dari beberapa pandangan di atas, kita lebih mirip kepada pendapat yang keempat yang
dikemukakan oleh sebahagian ulama` termasuklah Imam as-Ayafie.

Al-Quran juga kadang-kadang di sebut al-Furqan ( ), kerana ia adalah wahyu Allah
yang mengajar manusia dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil. Al-Furqan
juga dimaksudkan bahawa; al-Quran itu tidak diturunkan sekali gus, ia diturunkan secara
bercera-cerai, sedikit demi sedikit kepada Rasulullah s.a.w. hingga sempurna.
Dimaksudkan juga dengan al-Furqan ialah membezakan antara satu ayat dengan ayat
yang lain di waktu ianya diturunkan, atau boleh juga dimaksudkan dengan perbezaan
antara kedudukan satu surah atau ayat dengan surah atau ayat yang lain di dalam mashaf
Al-Quran. Firman Allah:

8$6 ? %!# $%9# ? 6 39 = =9 #

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya, agar
menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.
Surah al-Furqan: ayat 1)

Kedua-dua nama ini (al-Quran dan al-Furqan) adalah nama yang masyhur dan biasa
digunakan oleh ramai ulama`. Ada lagi nama-nama lain yang digunakan seperti; al-Kitab,
az-Zikr, at-Tanzil dan lain-lain lagi.

1.2.2 Al-Quran Menurut Istilah

Pembahagian Kalam

Sebelum kita membincangkan makna al-Quran menurut istilah, adalah lebih utama kita
membincangkan terlebih dahulu tentang KALAM. Sebagaimana yang diketahui bahawa
al-Quran itu adalah KALAM ALLAH, bukan kalam manusia. Hakikat ini tidak diragukan
lagi. Adalah juga dimaklumi bahawa manusia juga mempunyai kalam.

Kalimah kalam boleh dimaksudkan dengan dua pengertian:

(i) Boleh dimaksudkan sebagai proses percakapan.
(ii) Boleh dimaksudkan hasil dari proses percakapan.

Di samping itu kalam ada dua jenis:

(i) Kalam lafzi I @ H
(ii) Kalam nafsi ( @ )



5
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Demikian itu, percakapan manusia yang lafzi dengan maksud proses percakapan ialah
proses menggerakkan lidah dan organ-organ lain yang boleh membantu percakapan
sehingga dapat mengeluarkan bunyi huruf-huruf berkenaan atau tertentu. Sementara itu
percakapan manusia yang lafzi dengan maksud hasil dari proses percakapan ialah
kalimah yang dituturkan dengan lidah melalui proses percakapan itu.

Percakapan manusia yang nafsi dengan maksud proses percakapan ialah proses
percakapan yang berlaku dalam akalnya dan tidak dikeluarkan melalui lidah dan organ-
organ percakapan yang lain. Percakapan manusia yang nafsi dengna maksud hasil dari
proses percakapan ialah kalimah-kalimah yang dituturkan dalam akal (bukan dengan
lidah) melalui proses percakapan yang nafsi itu. Dalil adanya percakapan manusia yang
nafsi ini jelas melalui Firman Allah:

$' #` 9 $6` `9 $% `F& $%6

Maksudnya: Yusuf menyembunyikan dalam hatinya dan tidak dilahirkannya kepada
mereka, lalu ia berkata kamu semua lebih jahat.

Hadis Nabi s.a.w. juga ada menjelaskan wujudnya jenis percakapan nafsi ini. At-Tabrani
meriwayatkan dari Ummi Salamah r.a. bahawa dia mendengar seorang lelaki bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. dengan katanya:

.,-| .=,-v - . ,| =| . ==-v _

Maksudnya: Di dalam hati saya berkata sesuatu, seandainya saya keluarkan (bercakap
dengan lidah), nescaya saya telah menggugurkan pahala saya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

-,- v -:| c|. v

Maksudnya: Hanya orang mukmin sahaja yang mengeluarkan kata-kata demikian.

Dari hadis ini kita dapati Nabi s.a.w. mengistilahkan proses percakapan yang berlaku
dalam akal itu sebagai kalam (percakapan). Jadi dapatlah disimpulkan bahawa
percakapan itu ada dua jenis, sebagaimana yang telah diterangkan di atas.

Begitulah juga halnya dengan Kalam Allah. Kadang-kadang ia bermaksud kalam nafsi dan
kadang-kadang bermaksud kalam lafzi. Golongan Mutakallimin menggunakan kalam Allah
dengan maksud kalam nafsi kerana mereka biasanya mengkaji dan memikirkan tentang
sifat-sifat nafsi Allah di sampng mereka menganggap bahawa kalam Allah itu adalah
bukan makhluk.

Sementara itu, golongan usuliyyin fuqaha`, ulama` bahasa menggunakan kalam Allah itu
dengan maksud kalam lafzi. Walaupun begitu ada juga dari kalangan mereka ini
menggunakan kalam Allah dengna maksud kalam nafsi seperti mana penggunaan


6
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Mutakallimin. Faktor yang mendorong golongan ini memakai maksud ini adalah bertujuan
supaya mudah bagi mereka melakukan istidlal untuk menentukan hukum bagi sesuatu
perkara. Sementara ulama` bahasa pula bertujuan untuk mengkaji unsur-unsur mukjizat
yang terdapat dalam al-Quran. Untuk tujuan ini semua maka mereka memakai maksud
kalam Allah itu dengan kalam lafzi.

1.2.3 Makna Al-Quran pada Pandangan Mutakallimin

Sebagaimana yang diketahui bahawa mutakallimin menggunakan kalam Allah dengan
maksud nafsi. Berdasarkan tasawwur ini mereka berpendapat bahawa al-Quran itu perlu
dikaji dari dua aspek:

(i) Bahawa ianya adlah kalam Allah yang paling istimewa jika dibandingkan dengan
kalam Allah yang lain;

(ii) Bahawa ianya kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk, kerana itu ia
sama sekali tidak bersifat baharu.

Adalah dimaklumi juga bahawa kalam Allah yang nafsi dimaksudkan dengan dua maksud,
sebagamana juga kalam nafsi basyari, iaitu:

(i) dengan maksud proses percakapan ) -~- _-- _- (

(ii) dengan maksud hasil dari proses percakapan ) -~-'- J~'= _-- _- (

Walau bagaimanapun perlu ditegaskan bahawa maksud-maksud ini hanya berupa
perbandingan dengan percakapan manusia supaya mudah difahami akan hakikat kalam
Allah. Sifat Allah adalah berbeza sama sekali dengan sifat makhluk.

Berdasarkan kalam Allah yang nafsi dengan maksud proses percakapan, ada segolongan
ulama` mentakrifkan kalam Allah itu sebagai satu sifat qadim yang wujud dalam bentuk
kalimat-kalimat bayangan ) ( yang terdiri dari awal surah al-Fatihah hinga akhir
surah an-Nas. Kalimat-kalimat bayangan ini pada hakikatnya adalah azali dan tidak
berbentuk huruf yang dituturkan atau yang terlintas di fikiran dan ruh. Jelasnya ia bukan
kalimah hakiki yang berbentuk huruf dan suara bagi menafikan sifat makhluknya. Ia juga
dikatakan ) ( - ghair muta`aqubah: kerana sifat ta`aluq akan membawa maksud
bahawa ia akan menempati masa, sedangkan masa adalah salah satu dari sifat baharu
(makhluk). Ia juga dikatakan ) ( kerana al-Quran itu satu hakikat yang tersusun-atur
dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Berdasarkan kalam Allah yang nafsi dengan maksud hasil proses percakapan, takrif al-
Quran diberikan sebagai kalimat-kalimat dalam bayangan sahaja yang bersifat azali dan
murattabah dang hair muta`aqibah, yang tidak berbentuk huruf yang dituturkan, yang
terlintas di fikiran dan yang wujud pada roh.








7
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
1.2.4 Makna Al-Quran Menurut Golongan Usuliyyin, Fuqaha` dan
Lughawiyyin

Ada beberapa takrif yang dikemukakan bersama oleh mutakallimin, usuliyyin, fuqaha` dan
lughawiyyin seperti berikut:

(i) Al-Quran adalah kumpulan kalimat yang diturunkan kepda Nabi Muhammad s.a.w.
yang terdiri dari awal surah al-Fatihah hingga akhir surah an-Nas yang mempunyai
ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.

(ii) Al-Quran adalah huruf-huruf yang tertulis dalam mushaf. Takrif ini adalah yang
termasyhur di kalangan fuqha`.

Kesimpulan Makna Al-Quran

Dari perbincangan di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa para ulama hanya
berbeza dalam memberi gambaran terhadap al-Quran itu sahaja, ada yang memberi takrif
yang panjang dengan memasukkan semua cirri-ciri keistimewaan al-Quran itu, ada pula
yang memberi takrif pendek sahaja dan ada yang memberi takrif yang tidak terlampau
panjang dan tidak terlampau pendek.

Takrif panjang yang pernah dikemukakan ialah:

Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. yang ditulis dalam mushaf, yang dipindahkan dari
satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat pahala
dengan membacanya.

Takrif pendek pula ialah:

Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat.

Alasan bagi mereka yang membuat takrif begini ialah kerana mukjizat itu adalah satu sifat
yang zati bagi al-Quran, di samping ianya merupakan bukti utama kepada kebenaran
Nabi Muhammad s.a.w. dan juga merupakan tanda yang tepat dan nyata bagi al-Quran
sebagai kalam Allah. Berdasarkan alas an ini mereka memberi takrif ringkas yang
sedemikian rupa.

Antara takrif-takrif pendek yang lain ialah:

(a) Kalam Allah yang dipindahkan ke dalam mushaf secara tawatur.
Alasan bagi takrif seperti ini ialah bahawa kedua-dua sifat ini dipindahkan ke dalam
mushaf dan secara tawatur sudah cukup untuk menerangkan al-Quran itu adalah
lain dari kitab-kitab lain.

(a) Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermukjizat.
Alasan bagi takrif ini pula ialah bahawa sifat-sifat selain dari kedua-dua sifat ini
diturunkan kepada Nabi dan bermukjizat adalah sifat yang tidak begitu penting bagi
al-Quran kerana kedua-dua sifat inilah telah menjadikan al-Quran wujud sejak dari
zaman Nabi lagi.




8
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Antara takrif yang sederhana pula ialah:

(a) Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., yang dipindahkan
secara tawatur dan mendapat pahala dengan membacanya.

Alasan pendapat ini ialah sifat-sifat tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak
usuliyyin. Kalam adalah jenis bagi al-Quran. Maksud diturunkan kepada nabi ialah
menafikan yang diturunkan kepada nabi-nabi yang lain seperti Taurat, Injil dan lain-
lain. Maksud dipindahkan secara tawatur pula ialah menafikan sebarang bacaan
yang telah dimansuhkan dan bacaan yang tidak mutawatir.

1.3. MAKNA GABUNGAN ULUM DAN AL-QURAN (ULUM AL-
QURAN)

Ulum Al-Quran adalah tarkib idhafi ) ( yang membawa maksud sekumpulan
ilmu yang berkaitan dengan al-Quran . Perkataan ilmu dijamakkan menjadi ulum,
kerana ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran bukan satu ilmu sahaja, malah banyak
yang akan dibincangkan selepas ini.Ia termasuklah ilmu Tafsir, ilmu Qiraat, ilmu Rasm
Uthmani, ilmu Ikjaz, ilmu Asbab Nuzul, ilmu Nasikh dan Mansukh, dan lain-lain lagi.


Sebelum masuk dalam perbincangan seterusnya, cuba anda fikirkan
secara kritis adakah ilmu-ilmu hasil dari kajian manusia seperti matematik,
kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya termasuk dalam perbincangan
Ulum al-Quran.






1.3.1 Bidang dan Skop Perbahasan Ulum Al-Quran

Bidang dan skop perbahasan Ulum al-Quran sangat banyak dan luas. Malah bagi As-
Sayuti berpendapat, ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan dan sebagainya adalah termasuk
dalam Ulum al-Quran.

Abu Bakar al-Arabi dalam kitabnya at-Ta`wil ) ( berkata: Ulum al-Quran berjumlah
77,450 ilmu iaitu satu jumlah empat kali ganda dari kalimat-kalimat al-Quran, kerana setiap
kalimat itu ada makna zahir dan makna tersirat. Ini hanya bila dikaji kalimatnya sahaja.
Apabila dikaji susunan ayat, maka ilmunya tidak dapat dikira dan diketahui melainkan
Allah sahaja.

Dari pendapat kedua-dua tokoh di atas, jelas bahawa maksud mereka ingin memasukkan
segala ilmu yang disentuh dalam al-Quran samada secara langsung atau tidak lngsung
adalah termasuk dalam kajian Ulum al-Quran.

Sebenarnya al-Quran adalah kitab hidayat dan ikjaz ( ) . Lantaran dua perkara inilah
ia diturunkan. Jadi sebarang ilmu yang berkaitan dengna hidayat dan ikjaz maka ia
dianggap sebagai Ulum al-Quran. Oleh itu, ilmu-ilmu lain seperti ilmu Alam (Geografi),
pertukangan dan semua ilmu yang baru ditemui seperti kejuruteraan dan matematik,
ekonomi dan sosiologi dan lain-lain lagi tidaklah dianggap sebagai Ulum al-Quran, kerana
al-Quran tidak diturunkan bertujuan membuktikan teori kejuruteraan misalnya, juga tidak


9
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
bertujuan mempastikan hukum-hukum kejuruteraan dan begitu sebaliknya kejuruteraan
tidak digunakan untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran. Walaupun al-Quran ada
membuat gesaan dan galakan supaya mempelajari kejuruteraan, tetapi seruan itu
bukanlah boleh dijadika dalil (bukti) untuk menjadikan kejuruteraan sebagai satu dari
kajian Ulum al-Quran kerana kejuruteraan bukanlah faktor utama al-Quran diturunkan.
Faktor utama al-Quran diturunkan ialah hidayah dan ikjaz.

Kesimpulannya, Ulum al-Quran ialah satu kajian atau perbahasan yang berkaitan dengan
al-Quran dari segi penurunan, penyusunan, pengumpulan, penulisan, bacaan, tafsir, ikjaz,
nasikh-mansukh, penjelasan terhadap kekeliruan atau salah faham terhadap al-Quran dan
sebagainya.

Maudhu` (bahan kajian) Ulum al-Quran pula ialah al-Quran itu sendiri. Iaitu dari segi apa
yang disebutkan dalam takrifnya. Perbahasannya setiap segi itu adalah secara bersepadu
yang diletakkan di bawah satu disiplin ilmu iaitu disiplin Ulum al-Quran.

Adapun perbahasan berkaitan Ulum Al-Quran secara umumnya meliputi bidang-bidang
berikut, iaitu:

1. Ilmu Tafsir Dan Tawil
2. Ilmu Irab Al-Quran
3. Ilmu Qiraat
4. Ilmu Nasikh Dan Mansukh
5. Ilmu Sebab Nuzul
6. Ilmu Makki Dan Madani
7. Ilmu Fadail Al-Quran
8. Ilmu Nuzul Al-Quran
9. Ilmu Gharib Al-Quran
10. Ilmu Amthal Al-Quran
11. Ilmu Majaz Al-Quran
12. Ilmu Abat Muhkamat Dan Mutasyabihat
13. Ilmu Jadal Al-Quran
14. Ilmu Aqsam Al-Quran

Ilmu Tafsir dan Tawil ) (

Ilmu ini merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan yang mana sejarah kemunculannya
dapat dikesan bermula pada abad ke-2 Hijrah. Ekoran kemunculan ilmu inilah, maka
selepas itu lahir ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-Quran.Ulama yang muncul yang
bertindak mengkaji serta menyusun ilmu Tafsir berasaskan koleksi dan riwayat daripada
sahabat ialah:






10
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
1. Syubah Ibn Al-Hajjaj yang meninggal pada tahun 160 Hijrah.

2. Sufyan bin Uyainah yang meninggal pada tahun 198 Hijrah.

3. Waqi Al-Jarrah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

4. Ibn Jarir Al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah. Kitab karangan Ibn
Jarir Al-Tabari ini merupakan salah sebuah kitab yang unggul dan terkenal dan
berkekalan sebagai rujukan penting hingga kini.

Pada peringkat awal perkembangan dan penulisan ilmu Tafsir berlangsung pada abad ke-
3 Hijrah, bentuk Tafsir yang muncul dapat dibahagikan kepada dua bentuk:

(a) Al-Tafsir Bi Al-Mathur atau Al-Tafsir Bi Al-Manqul.

(b) Al-Tafsir Bi Al-Rayi atau Al-Tafsir Bi Al Maqul.

Ilmu Irab Al-Quran ) (

Sejaran awal yang dapat dikesan serta orang yang memain peranan sebagai pelopor dan
meletakkan batu asas terhadap perkembangan ilmu yang berkaitan dengan Irab Al-Quran
ialah Saidina Ali bin Abu Talib. Di mana Saidina Ali telah menyarankan dan menyuruh Abu
Aswad Al-Duali yang meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah. Saidina Ali telah menyuruh
beliau supaya membuat kaedah-kaedah bahasa Arab demi menjaga kesucian dan
ketinggian bahasa itu. Namun begitu, pada masa itu hingga penghujung abad ke-4 Hijrah
masih belum wujud kitab lengkap dan tersusun yang dihasilkan berkaitan Irab Al-Quran.

Apa yang dapat dikesan, pada abad ke-5 Hijrah telah muncul kitab yang disusun berkaitan
dengan Irab Al-Quran. Antara tokoh terlibat dan kitab yang dihasilkan ialah:

1. Abu Amar Al-Dani. Beliau telah Berjaya menghasilkan kitab yang berkaitan dengan
Irab berjudul: Al-Taisir Bi Al-Qiraat Al-SabI dan kitab Al-Muhkam Fi Al-Nuqat.

2. Ali bin Ibrahim Ibn Said Al-Khaufi. Beliau menyusun kitab Irab Al-Quran.

Ilmu Qiraat ) (

Orang pertama yang menyusun kitab berkaitan Ilmu Qiraat ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn
Salam.

Ilmu Nasikh dan Mansukh ) (

Sejarah awal tentang kitab Nasikh dan Masukh yang dapat dikesan ialah bermula abad
ke-3 Hijrah. Tokoh ulama yang telah bertanggungjawab menyusun kitab berkaitan dengan
Ilmu Nasikh Dan Mansukh ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam.

Ilmu Sebab Nuzul ) (

Kemunculan ilmu ini bermula pada abad ke-3 Hijrah. Orang yang menjadi pelopor kepada
penyusunan dan pembukuan kitab berkaitan dengan ilmu Asbab Al-Nuzul ialah Ali Ibn Al-
Madini yang meninggal dunia pada tahun 34 Hijrah.




11
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Ilmu Makki Dan Madani ) (

Ilmu ini dibincangkan secara khusus bermula abad ke-3 Hijrah. Penyusunan ilmu ini
diplopori oleh Muhammad Ibn Ayyub Al-Darris yang meninggal dunia pada tahun 294
Hijrah.

Ilmu Fadail Al-Quran ) (

Ilmu ini membincangkan tentang kelebihan Al-Quran. Antara tokoh utama yang
membincangkan ilmu ini ialah:

1. Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam

2. Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari yang meninggal dunia pada tahun
328 Hijrah.Beliau telah menyusun kitab Ajaib Al-Quran.

Ilmu Nuzul Al-Quran ) (

Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat penurunan Al-
Quran kepada Nabi.Ilmu ini dipelopori dan dibahaskan oleh Abu Bakar Muhammad Ibn Al-
Qasim Al-Anbari di dalam kitabnya Ajaib Al-Quran. Antara lain beliau juga telah
membincangkan di dalam kitabnya itu tentang penurunan Al-Quran dengan Tujuh Huruf,
Penulisan Mashaf, Bilangan Surah, Ayat seta Kalimah

Ilmu Gharib Al-Quran ) (

Ilmu ini dibincangkan secara langsung dan ulama pertama yang menyusun kitab berkaitan
dengan Gharib Al-Quran ialah Abu Bakar Al-Sijistani dalam kitabnya Gharib Al-
Quran.Beliau meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah.

Ilmu Amthal Al-Quran ) (

Ilmu ini membicarakan tentang perumpamaan serta perbandingan yang terdapat di dalam
Al-Quran. Antara tokoh ulama terkemuka yang membicarakan tentang ilmu ini ialah Al-
Mawardi yang meninggal dunia pada tahun 450 Hijrah.

Ilmu Majaz Al-Quran ) (

Ulama yang menjadi pelopor dan menyusun kitab pertama berkaitan ilmu ini ialah Ibn Abd
Al-Salam yang menyusun kitab Majaz Al-Quran. Beliau meninggal dunia pada tahun 665
Hijrah.

Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat ) (

Ilmu ini muncul secara khusus pada akhir abad ke-7 Hijrah. Ilmu ini membahaskan tentang
ayat-ayat Muhkam dan ayat-ayat Mutasyabih yang terdapat dalam Al-Quran serta
perbezan antara keduanya menurut gaya bahasa Arab.






12
TOPIK 1
MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Ilmu Jidal Al-Quran ) (

Ilmu ini muncul pada akhir kurun ke-7 Hijrah.Ilmu ini membincangkan tentang hujah dan
dalil yang digunakan dalam Al-Quran dalam menetapkan sesuatu menurut gaya bahasa
Arab. Ulama yang menjadi pelopor dan penyusunnya ialah Najmuddin Al-Tufi yang
meninggal dunia pada tahun 716 Hijrah.

Ilmu Aqsam Al-Quran ) (

Ilmu ini muncul secara lansung pada penghujung kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membicarakan
tentang jenis-jenis sumpah Allah yang terdapat di dalam Al-Quran. Ulama pelopor yang
telah menyusun kitab berkaitan dengan Aqsam Al-Quran ialah Ibn Al-Qayyim yang
meninggal dunia pada tahun 752 Hijrah.

1.3.3 Faedah Mempelajari Ulum Al-Quran

Faedah mempelajari Ulum al-Quran pula ialah untuk mengetahui segala ilmu pengetahuan
yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan mempergunakan ilmu-ilmu ini dalam usaha
untuk mempertahankan al-Quran supaya tidak terhapus, untuk memahami dan mendalami
tafsir al-Quran yang banyak mengandungi rahsia lmu pengetahuan samada yang telah
terbongkar atau pun yang belum.

Mempelajari serta mendalami Ulum Al-Quran memberi faedah yang besar kepada individu
dan masyarakat, antaranya:

1. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pngetahuan yang terdapat dalam Al-
Quran.

2. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji Al-Quran bahawa ia merupakan
sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.

3. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan
sampai sekarang, di mana jalan penyampaiannya adalah secara mutawatir.

4. Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan Al-Quran serta
mengeluarkan hukum daripadanya.

5. Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab Al-Nuzul dan
perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.

6. Untuk memahami Kalam Allah atau Al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh
Rasulullah, para sahabat dan tabiin.

7. Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir Al-Quran.

8. Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran.

9. Dapat mentafsir Al-Quran dengan baik.




13
TOPIK 1 MAKNA ULUM AL-QURAN
OUM
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa faedah mempelajari Ulum al-Quran ialah
dapat mengetahui segala ilmu pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan
mempergunakan ilmu-ilmu itu dalam usaha untuk mempertahankan al-Quran supaya tidak
terhapus, untuk memahami dan mendalami tafsirannya yang banyak mengandungi rahsia-
rahsia ilmusamada yang telah terbongkar atau yang belum.

You might also like