You are on page 1of 19

49

TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL


OUM
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL

PENGENALAN

Mesej utama perbincangan kita ialah semata-mata memberikan gambaran asas tentang
asbab al-nuzul kepada anda dalam lima aspek penting. Ia termasuklah makna sebab
nuzul, fungsi mengetahui asbab nuzul, cara mengetahuinya, uslub-uslub yang
menunjukkan sebab nuzul dan Pembahagian sebab al-Nuzul.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda dapat:

1. mendefinisikan dan menghuraikan pengertian sebab nuzul pada bahasa dan
istilah;

2. mengenal pasti petanda-petanda dan riwayat-riwayat sebab nuzul;

3. menghuraikan pembahagian sebab nuzul; dan

4. menyenaraikan faedah-faedah sebab nuzul.

PETA MINDA




50
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
4.1 DEFINISI ASBAB AL-NUZUL

Pengertian Sebab Nuzul

Pada bahasa ia bermaksud sebab-sebab turunnya ayat atau ayat-ayat Al-Quran kepada
Nabi Mohammad s.a.w.

Yang dimaksudkan dengan sabab nuzul pada istilah adalah:

Sesuatu yang (kerananya) satu atau beberapa ayat diturunkan bagi
menjelaskannya atau menjelaskan hukumnya pada hari-hari terjadinya.

Maksudnya: Ia merupakan peristiwa yang terjadi pada masa Nabi SAW atau pertanyaan
yang diajukan kepada beliau, lalu turun satu atau beberapa ayat dari Allah SWT untuk
menjelaskan sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut atau untuk menjawab
sesuatu peristiwa, merangkumi peristiwa itu merupakan pertikaian yang sedang berlaku.

Seperti perbezaan pendapat antara suku Aus dan suku Khazraj lantaran hasutan kaum
Yahudi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan. Susulan daripada peristiwa tersebut,
turun beberapa ayat berkaitan peristiwa tersebut yang ada pada surah Al- Imran iaitu:

$' %!# #`# ) #`? $) %!# #?& =G39# .`
/ 3) .

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang
orang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang
kafir sesudah kamu beriman.
(Surah. Ali Imran, 100)

Hingga beberapa ayat selepasnya, yang secara terang melarang umatnya bercerai-berai,
dan memerintahkan mereka saling menyayangi dan bersatu padu

Atau peristiwa itu merupakan kesalahan ketara yang dilakukan oleh seseorang. misalnya
seseorang yang sedang mabuk yang menjadi imam solat, yang belum pulih daripada
mabuknya, dan membaca surah al-Kafirun yang jelas salah setelah membaca al-Fatihah
lalu turun ayat;

$' %!# #`# #/)? =9# `F& 3 Lm #= ? $ 9)?

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.
(Surah. An-Nisa:43)




51
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Atau peristiwa itu merupakan harapan ataupun keinginan yang kuat, seperti peristiwa-
peristiwa yang bertepatan dengan Umar r.a, yang telah disusun secara khusus oleh
sebahagian ulama. Sebagai contoh riwayat yang ditakhrij oleh Iamam Bukhari dan yang
lain dari Anas r.a katanya, Umar berkata: saya sama atau bertepatan dengan tuhanku
dalam tiga ayat. Saya berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau kita jadikan
sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. Lalu turun ayat:

#B# $) /) ?`

Maksudnya: Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.
(Surah Al-Baqarah,125)

Saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteri-isterimu yang menghadap kepada
mereka adalah orang yang baik mahupun yang jahat. Bagaimanapun, bila anda
memerintah mereka memakai hijab, lalu turun ayat. Suatu ketika, isteri Rasulullah SAW
berkumpul dan mereka saling cemburu. Lalu aku berkata kepada mereka:

/ ) 3)= & `&!7` %`& #z 3

Maksudnya: Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti
kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu.
(Surah at-Tahrim,5)

Jelas turunlah ayat seperti itu (surah at-Tahrim, 5)

Ayat Hijab yang dimaksud dalam riwayat itu adalah:

Surah al-Ahzab: 53

$' %!# #` # #=z ? N`/ <9# ) & ` 39 <) $
9) 39 #) #=z$

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah
Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu.
Maksudnya: masak (makanannya), tetapi bila kamu diundang maka masuklah sehingga
akhir ayat.

Atau pertanyaan yang diajukan kepada Nabi SAW itu berkaitan dengan peristiwa yang
sudah lepas, sebagaimana firman Allah SWT pada surah al-Kahfi:

Maksudnya: Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain.
Katakanlah: aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.
(Surah al-Kahfi:53)


52
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM

Atau peristiwa yang telah terjadi. Misalnya firman Allah SWT di dalam surah al-Isra:

=` y9# % y9# & 1 $ F?& =9# ) =%

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepada kamu tentang roh. Katakanlah: roh itu
termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.
(Surah al-Isra,85)

Ataupun tentang peristiwa yang akan terjadi. Misalnya firman Allah SWT:

7=` $9# $& $9 `

Maksudnya: (Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari


berbangkit, bilakah terjadinya.
(Surah An-Naziat, 42)

Yang dimaksudkan pada frasa pada hari terjadinya adalah waktu-waktu ayat Al-Quran
turun membincangkan sebab itu, samada turunnya itu terjadi beberapa ketika kemudian
atau agak terlambat kerana beberapa hikmah, seperti yang terjadi ketika kaum Quraisy
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang roh, Ashhab al-Kahfi dan Dzulkarnain. Beliau
menjawab: Besok aku akan memberitahu kepada kalian. Beliau tidak menggunakan
pengecualian (yakni dengan mengatakan kecuali bila Allah SWT menghendaki lain).
Kemudian wahyu terlambat turun kepada beliau, iaitu selama lima belas hari menurut
riwayat Ibn Ishaq, atau ada yang mengatakan tiga hari atau ada juga yang mengatakan
empat puluh hari. Sehingga hal itu membuat beliau risau. Kemudian turun jawapan-
jawapan untuk pernyataan tersebut dan diselang-seli jawapan-jawapan itu Allah SWT
membimbing Rasul-Nya untuk menggunakan pengecualian dengan kehendak Allah SWT
melalui firman-Nya:

9) ? $9 ) $ 9 # ) & $ !# .# / #) M
% & 1 >%{ # #

Maksudnya: Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: Sesungguhnya
aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali dengan menyebut Insyaallah dan ingatlah
kepada tuhanMu jika kamu lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku akan
memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari ini.
(Surah al-Kahfi:23-24)




53
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Kata-kata pada hari terjadinya dalam definisi di atas merupakan batasan yang sangat
perlu untuk mengecualikan ayat atau beberapa ayat yang turun pada mulanya tanpa
didahului oleh sebab, ang membincangkan sebahagian peristiwa atau keadaan yang telah
berlalu atau yang akan terjadi. Misalnya beberapa kisah nabi-nabi terdahulu beserta umat
mereka dan berita tentang hari kiamat dan yang berkaitan dengannya. Hal ini hanya
terdapat di dalam Al-Quran.

4.2 FUNGSI ASBAB AL-NUZUL

Ada yang menganggap bahawa tidak ada fungsi sama sekali mengetahui Asbab al-Nuzul
dan ia tidak lebih daripada sejarah bagi turunnya Al-Quran atau sejajar dengan sejarah.
Akan tetapi anggapan itu tidak tepat, kerana asbab al-Nuzul memiliki beberapa fungsi,
antaranya ialah:

1. Mengetahui kebijaksanaan Allah SWT secara terperinci mengenai syariat yang
diturunkan-Nya. Ini memberikan manfaat samada untuk orang mukmin atau orang
kafir. Bagi orang mukmin, imannya akan bertambah dan akan lebih bersemangat
dalam melaksanakan hukum-hukum Allah SWT, mempraktikkan Kitab-Nya kerana ia
melihat dengan jelas kemashalatan-kemashalatan dan peristiwa-peristiwa kuhusus
yang berkaitan dengan hukum-hukum itu, kerana itulah Al-Qur;an diturunkan. Bagi
yang kafir, dengan hukum yang tegas itu akan mendorongnya beriman apabila ia
menyedarinya, yakni apabila ia mengetahui bahawa syariat Islam bertumpu pada
pemeliharaan kemashalatan manusia, bukan berdasarkan pemaksaan dan
kezaliman. Lebih-lebih lagi ia mahu melihat proses dan pentahapan turunnya ayat
yang berkaitan dengan khamr (arak) yang telah kami jelaskan.

2. Membantu memahami ayat yang berkaitan dan menghilangkan kesamaran
berkaitan dengannya. Bahkan al-Wahidiy mengatakan: Tidak mungkin mengetahui
tafsir sesuatu ayat tanpa menilik kisah dan penjelasan mengenai peristiwa
turunnya. Sementara Ibn Taimiyyah mengatakan: Mengetahui sebab nuzul
membantu memahami ayat yang bersangkutan, kerana mengetahui sebab akhirnya
mengetahui akibat.

Fungsi ini akan dijelaskan melalui 3 contoh:

(i) Firman Allah SWT; surah al-Baqarah ayat 115

! RQ# >RQ# $' #9? V _ !# ) !# '=

Maksudnya: Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu
menghadap di situlah wajah (kiblat) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-
Nya) lagi Maha Mengetahui.

Uslub ini secara zahir menunjukkan bahawa seseorang boleh melakukan solat
dengan menghadap ke mana sahaja dan tidak wajib baginya menghadap ke arah
Baitul Haram, baik dalam keadaan musafir mahupun di rumah. Walau
bagaimanapun, apabila ia mengetahui bahawa ayat ini diturunkan berkaitan dengan
solat sunat sadar secara khusus atau orang yang solat berdasarkan ijtihadnya


54
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
(dalam menentukan arah kublat) yang kemudian penentuannya itu ternyata salah,
maka ia akan mengetahui bahawa makna zahir itu tidaklah dimaksudkan dalam ayat
ini. Apa yang dimaksudkan ialah memberikan keringanan kepada musafir dalam
melakukan ibadat solat sunat atau orang yang berijtihad (dalam menentukan arah
kiblat), apabila telah melakukan solat ternyata penentuannya itu salah. Diriwayatkan
dari Ibn Umar r.a. bahawa ayat ini turun berkenaan dengan solat seorang musafir
dalam kenderaan, ke mana pun kenderaannya itu menghadap. Turut dikatakan
bahawa beberapa orang tidak mengetahui arah kiblat. Lalu mereka solat ke arah
yang berbeza-beza. Keesokan harinya, ternyata arah yang mereka tuju tidak benar.
Kemudian mereka dimaklumi. Ada juga yang mengatakan sebaliknya. Akan tetapi
yang saya sebutkan itu sudah cukup bagi anda.

(ii) Firman Allah SWT; surah al-Imran ayat 188

tB %!# `m $/ #? & 6t & #t $3 9 #=
];t B $/ >#9# 9 ># '9&

Maksudnya: Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang
gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji
terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka
bahawa mereka terlepas daripada seksa dan bagi mereka seksa yang pedih.

Ia mengatakan jika tepat setiap orang yang gembira dengan apa yang telah
dikerjakannya dan suka dipuji terhadap yang belum dikerjakannya akan diseksa,
maka kita semua juga akan terkena seksa. Ia tetap keliru dengan pemahaman
seperti itu sehinggalah Ibn Abbas menjelaskan kepadanya bahawa ayat itu turun
berkaitan dengan kaum Yahudi, yakni mereka ditanya oleh Nabi Muhammad SAW
tentang sesuatu, mereka menyembunyikannya dan memberitahukan yang lain
kepada beliau. Mereka memperlihatkan telah memberitahu perkara itu kepada Nabi
Muhammad SAW dan mereka mahu beliau memuji mereka. Saat itulah ia
memahami apa yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT di atas.

(iii) Urwah ibn al-Zubair berasa sukar memahami kefardhuan saie antara Safa dan
Marwah yang ada pada firman Allah SWT; surah al-Baqarah ayat 158.

) $9# 9# $ !# km M79# & F#
y$`_ = & $/

Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar
Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka
tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya.
(Surah al-Baqarah ayat 158).



55
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Kesulitan itu muncul kerana ayat itu menafikan dosa dan penafian dosa itu
menurutnya tidak selari dengan kefardhuan. Ia tetap berasa sukar memahaminya
sehingga ia bertanya kepada pembantunya, Aisyah r.a. Aisyah memberikan
pengertian kepadanya, bahawa penafian dosa di situ, tidak menafikan kefardhuan.
Penafian dosa itu hanya menafikan perasaan yang menyelinap di hati kaum
muslimin ketika itu bahawa saie antara Safa dan Marwah merupakan amalan
Jahiliyyah, akibat terdapatnya di Safa berhala bernama ISAF, manakala di Marwah
terdapat berhala bernama NAILAH. Kaum musyrikin ketika bersaie antara
keduanya selalu mengusap-usap kedua berhala itu. Kemudian ketika munculnya
Islam berhala-berhala itu telah dihancurkan, kaum muslimin berasa berdosa untuk
melakukan saie antara keduanya. Lalu turunlah ayat di atas. Demikianlah
sebahagian riwayat menyebutkan.

Akan tetapi, di dalam Sahih Bukhari terdapat riwayat: Lalu Urwah berkata kepada
Aisyah: Bagaimana menurut anda pengertian firman Allah SWT:

) $9# 9# $ !# km M79# & F#
y$`_ = & $/

Maksudnya: Sesungguhnya Safa dan Marwa adalah sebahagian syiar Islam. Maka
barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa
baginya mengerjakan saie antara keduanya. (Surah al-Baqarah ayat 158)

Demi Allah, seseorang tidak berdosa sekiranya tidak mengerjakan saie antara
keduamya. Aisyah berkata: Sungguh buruk perkataanmu itu,. Ayat itu, seandainya
seperti itu, tentu akan berbunyi:

Maka tidak ada dosa baginya tidak bersaie antara keduanya.

Ayat itu turun berkaitan dengan kaum Ansar. Sebelum masuk Islam mereka berhaji
kerana berhala Manah al-Thagiyah yang mereka sembah di Musyallal. Mereka
yang pernah melakukannya berasa berdosa melakukan saie antara keduanya.
Setelah mereka masuk Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai
perkara itu. Mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW kami berasa berdosa
melakukan saie antara keduanya. Kemudian Allah SWT menurunkan ayat di atas.
Aisyah berkata:

Rasulullah SAW mensyariatkan saie antara keduanya. Kerana itu, tidak seorang
pun boleh meninggalkan saie antara keduanya.

Begitulah yang hendak kami jelaskan untuk anda. Manah al-Thaqhiyah adalah
nama berhala, merupakan batu hitam yang diletakkan oleh Amr Ibn Lahy ke arah
laut dan mereka sembah. Mushalal merupakan nama tempat dekat Qudaid dari
atas laut. Qudaid merupakan sebuah desa yang terletak antara Mekah dan
Madinah. Sedang kata SANNA dalam riwayat di atas maknanya mensyariatkan
atau mewajibkan berdasarkan sunnah, bukan berdasarkan al-Kitab.



56
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
Riwayat ini, -seperti yang anda lihat- menunjukkan bahawa Urwah memahami
kalimat Maka tidak ada dosa baginya melakukan saie antara keduanya, bahawa
dosa juga dinafikan lantaran tidak melakukan saie antara keduanya. Dengan
demikian, kefardhuannya juga dinafikan. Nampaknya, ia mendasari pemahamannya
itu pada kenyataan bahawa umumnya penafian dosa digunakan untuk perkara yang
mubah. Manakala Aisyah r.a. memahami kefardhuan saie antara keduanya
berdasarkan sunnah, dan bahawa kalimah Maka tidak ada dosa baginya
melakukan saie antara keduanya tidak menafikan kefardhuannya, seperti yang
difahami oleh Urwah. Yang menafikannya sepatutnya adalah kalimat: Maka tidak
ada dosa baginya tidak melakukan saie antara keduanya. Penafian dosa dalam
ayat itu ditujukan kepada saie antara Safa dan Marwah. Kerana (perasaan) dosa
itulah yang menghantui hati kaum Ansar. Ini ditunjukkan oleh sebab nuzul ayat
yang disebutkan oleh Aisyah. Renungkanlah hal ini.

Menolak andaian berlakunya hashr (pembatasan) daripada ungkapan yang
secara zahir menampakkan adanya pembatasan hashr.

Misalnya firman Allah SWT dalam surah al-Anam 145:

% ` & $ r& <) $t ? $ ) & 3 G
& $ %n` & `s9 z * [_ & $)` & 9 !# /

Maksudnya: Katakanlah: tiada aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan
kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya,
kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi,
kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang yang disembelih atas
nama selain nama Allah.
(Surah Al-Anam,145)

Al-Syafii berpendapat bahawa hashr dalam ayat itu tidak menjadi tujuan. Untuk
menolak anggapan berlakunya hashr itu, beliau bertumpu pada kenyataan
bahawa ayat itu turun berkaitan dengan kaum kafir yang degil kecuali
mengharamkan yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan yang
diharamkan-Nya kerana kebongkakan dan sikap permusuhan mereka kepada
Allah SWT dan Rasul-Nya, lalu turunlah ayat yang mengandungi bentuk hashr
sebagai sanggahan dari Allah SWT dan Rasul-Nya, bukan hashr itu sendiri
yang dimaksudkan.

As-Subki mengutip dari Al-Syafii bahawa beliau berkata yang lebih kurang
berbunyi: Sesungguhnya kaum kafir, ketika mereka mengharamkan yang
dihalalkan oleh Allah dan menghalal yang diharamkan oleh-Nya serta mereka
bersikap menentang dan memusuhi, maka turunlah ayat ini untuk menyanggah
mereka. Sehingga Allah seakanakan mengatakan: Tidak ada yang halal
kecuali yang tuan haramkan dan tidak ada yang haram kecuali yang kalian
halalkan. Semakna ungkapan seseorang kepada anda: Hari ini kamu jangan
makan yang manis-manis. Lalu anda mengatakan: Hari ini aku tidak akan
makan kecuali yang manis-manis. Tujuannya adalah menyanggah, bukan
penafian atau penegasan. Seakan-akan Allah SWT berfirman:


57
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Tidak ada yang haram kecuali yang kalian halalkan, iaitu bangkai, darah
daging babi, dan yang disembelih selain nama Allah

Dia tidak bermaksud menghalalkan selainnya kerana yang menjadi tujuan
adalah yang menegaskan keharamannya, bukan menegaskan kehalalan (yang
selainnya).

Imam al-Haramain berkata: Ini sangat bagus. Sekiranya Imam Al-Syafii sejak
awal tidak mengungkapkan hal ini, tentu kita tidak akan memperbolehkan
berada dengan Imam Malik dalam membatasi hal-hal yang diharamkan pada
apa yang disebutkan oleh ayat itu saja.

Mentakhsiah hukum dengan sebab nuzul, menurut mereka yang
berpendapat bahawa ketentuan (al-ibrah) berlaku untuk kekhususan sebab,
bukan keumuman lafaznya. Ayat-ayat zihar pada awal surah al-Mujadilah-
yang telah kami sebutkan-sebabnya adalah bahawa Aus Ibnu al-Samit
menzihar isterinya, Khaulah binti Hukaim ibn Salabah. Hukum yang ada
pada ayat itu hanya berlaku untuk keduanya saja (menurut pendapat ini).
Sedang yang lain boleh diketahui melalui dalil lain, baik dengan qiyas atau
yang lain. Jelas sekali, bahawa tidak mungkin mengetahui yang dimaksud
oleh hukum itu dan qiyasnya kecuali diketahui sebabnya. Tanpa mengetahui
sebab nuzulnya, ayat itu tak berfungsi sama sekali.

Mengetahui bahawa sebab nuzul tidak keluar dari hukum yang terkandung
dalam ayat yang bersangkutan bila ada yang mentakhsisnya. Hal ini kerana
adanya ijmak, bahawa hukum sebab tetap berlaku. Sehingga takhsiah
berlaku secara terbatas selain daripadanya. Jadi seandainya sebab nuzul
tidak diketahui, tentu boleh difahami bahawa ia akan keluar berdasarkan
takhsis padahal sebenarnya tidak boleh dikeluarkan secara pasti
berdasarkan ijmak tersebut. Oleh kerana itu, Imam al-Ghazali di dalam
Mustasfa mengatakan: Oleh kerana itu, beliau mengisyaratkan larangan
mengeluarkan sebab melalui hukum yang terkandung dalam takhshis
berdasarkan ijtihad. Abu Hanifah melakukan kesalahan dalam mengeluarkan
amat yang hamil, dari sabda Nabi SAW: Anak bagi ibu yang mengandung
Khabar ini berlaku berkenaan dengan puteri Zaniah, ketika Abd ibn Zaniah
berkata: Dia adalah saudaraku dan putera dari anak yang dilahirkan (dari)
ayahku, yakni dari amat (hamba) yang dimilikinya. Lalu Nabi SAW bersabda:
anak itu milik yang melahirkan. Sedang lelaki-lelaki yang menghamili hanya
berhak mengasuh. Sehingga beliau menetapkan pemilikan bagi amat itu.
Sedang Abu Hanifah tampaknya tidak mendengar adanya sabab
(wurudnya). Sehingga beliau mengeluarkan amat dari keumuman berkenaan
dengannya. Demikian pernyataan Imam al-Ghazali.

Mengetahui orang yang secara khusus ayat itu turun berkenaan dengannya,
sehingga tidak akan terjadi kesimpang-siuran yang mengakibatkan
kesalahfahaman (umpamanya). Oleh kerana itu, Aisyah menganggap
Marwan ketika ia menuduh saudaranya, Abdurrahman ibn Abu Bakar,
bahawa Abdurrahman adalah orang yang berkaitan dengan turunnya ayat:




58
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
%!# $% $!9 & $39

Maksudnya: Dan orang yang berkata kepada kedua orang ibu bapanya: Cis
bagi kamu berdua.
(Surah Al-Ahqaf, 17)

Aisyah berkata: Demi Allah, bukan dia yang berkaitan dengan ayat itu.
Seandainya aku ingin, aku bisa menyebutkan siapa dia. Sampai akhir
kisah itu.

Memudahkan hafalan, pemahaman dan peneguhan wahyu dalam hati
setiap yang mendengarnya. Ini kerana perkaitan antara sebab dan akibat,
antara hukum dengan peristiwanya, suatu peristiwa dengan persoalan-
persoalannya, masa ataupun tempatnya merupakan sebahagian faktor
kukuhnya hal-hal itu dalam jiwa, sehingga mudah mengingatnya. Ini jelas
diakui dalam ilmu psikologi.

4.3 CARA MENGETAHUI ASBAB AL-NUZUL

Tidak ada cara lain untuk mengetahui sebab nuzul selain riwayat yang sahih. Al-Wahidi,
dengan sanadnya sendiri, meriwayatkan dari ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW
bersabda:

Berhati-hatilah (dalam meriwayatkan) hadis, kecuali yang benar-benar kalian
ketahui sebab barangsiapa mendustakan atas diriku secara sengaja, maka
hendaklah bersiap-siap menempah neraka. Dan barangsiapa berdusta atas
Al-Quran tanpa ilmu, maka (juga) hendaklah bersiap-siap menempah neraka.

Dari dasar inilah, tidak boleh mengatakan sesuatu tentang sabab nuzul kecuali dengan
meriwayatkan dan mendengar dari mereka yang menyaksikan turunnya Al-Quran,
mengetahui sebab-sebabnya dan menelitinya.

Dengan demikian, bila sebab nuzul diriwayatkan dari seorang sahabat maka boleh
diterima, meskipun tidak dikuatkan dengan riwayat lain. Hal itu kerana pernyataan
seorang sahabat mengenai persoalan yang tidak menjadi lapangan ijtihad, hukumnya
marfu, kerana sangat tidak mungkin, seorang sahabat menjelaskan hal itu dari dirinya
sendiri, sementara hal itu sumbernya hanya mendengar dan meriwayatkan atau
menyaksikan dan mengalihkan.

Adapun bila sebab nuzul diriwayatkan melalui hadis mursal, yakni dari jaluran sanadnya
gugur seorang sahabat dan hanya sampai tabii, hukumnya tidak dapat diterima kecuali
bila berstatus sahih dan dikukuhkan dengan hadis mursal lain, dan yang meriwayatkannya
termasuk imam tafsir yang mengambil riwayat dari sahabat, seperti Mujahid, Ikrimah dan
Saied ibn Jubair.




59
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
4.4 USLUB-USLUB ASBAB AL-NUZUL

Ulama menggunakan uslub berbeza-beza untuk menunjukkan sabab nuzul. Kadang-
kadang digunakan;

1. Uslub yang secara terang menggunakan kata sabab, misalnya dikatakan: sabab
nuzul ayat ini adalah begini begini. Uslub seperti ini adalah teks yang jelas dalam
menyatakan sabab, dan tidak mengandungi gambaran pengertian-pengertian lain.

2. Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas, akan tetapi digunakan
kata fa yang termasuk ayat yang turun setelah menjelaskan suatu peristiwa. Uslub
ini sama dengan yang sebelumnya dalam hal yang menunjukkan sabab nuzul.
Misalnya riwayat yang sebentar lagi akan kami paparkan.

3. Pada masa lain, Rasulullah SAW ditanya, lalu wahyu turun dan beliau menjawab
pertanyaan itu dengan wahyu tersebut, tanpa ada uslub yang mengandungi kata
sabab juga tanpa ada kata fa, tetapi makna sabab dapat difahami daripada konteks
ayat itu. Misalnya riwayat ibn Masud yang akan kami sebutkan, ketika Nabi SAW
ditanya tentang roh. Ini juga diberi ketentuan seperti yang mengandungi kata sabab
secara tegas.

4. Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas mengandungi kata sabab,
tidak disertai dengan fad an juga tidak berkaitan dengan jawapan dari persoalan
yang ditujukan kepada Nabi SAW, tetapi dikatakan: Ayat ini turun mengenai
masalah ini (misalnya). Uslub seperti ini tidak merupakan uslub yang secara jelas
menunjukkan sabab nuzul, tetapi hanya mungkin menunjukkannya dan mungkin
juga menunjukkan yang lain, iaitu penjelasan kandungan hukumnya dan
pengertiannya. Hanya petanda-petanda yang ada yang menegaskan mana diantara
dua kemungkinan itu yang paling tepat atau paling kuat.

Dari sini kita dapat ketahui, bahawa bila ada dua uslub mengenai ayat yang sama, yang
satu secara jelas menunjukkan sabab nuzul ayat atau beberapa ayat dan yang kedua
tidak secara jelas, yang jelas itulah yang kita ambil sebagai sabab nuzul, dan yang tidak
menunjukkannya secara jelas kita fahaminya sebagai penjelasan terhadap kandungan
ayat yang berkaitan, kerana yang menunjukkan sabab secara jelas lebih kuat daripada
yang tidak jelas.

Misalnya: Riwayat yang ditakhrij oleh Imam Muslim dari Jabir, katanya: Kaum Yahudi
mengatakan: Siapa yang menyetubuhi isterinya dari arah belakang ke dalam (qubul),
maka anaknya akan juling (matanya). Lalu Allah SWT menurunkan firman-Nya:

.$ ^m 39 #?' 3Om & #` % /3{ #)?# !# #=# 6&
)= 0 9#






60
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
Maksudnya: Isteri-isteri kamu adalah (seperti) tanah kamu bercucuk tanam, maka
datangilah tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah
amal yang baik untuk dirimu, dan taqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu
kelak akan menemui-Nya dan berilah khabar genbira kepada orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah, 223)

Juga riwayat yang ditakhrij oleh Imam bukhari dari ibn Umar, katanya: Ayatdi atas
diturunkan berkenaan masalah menyetubuhui isteri melalui duburnya.

Yang digunakan ketika menjelaskan sabab nuzul ayat itu adalah riwayat Jabir, kerana
secara terang menunjukkan sabab nuzul. Manakala riwayat Ibn Umar diertikan sebagai
penjelasan tentang hukum menyetubuhi isteri melalui dubur, iaitu haram kerana
mengambil daripada pengertian itu.

Adapun apabila perbezaan terjadi atau beberapa riwayat yang tidak memiliki uslub jelas
walaupun sedikit, misalnya sebahagian mufassir mengatakan: Ayat ini turun mengenai hal
ini, sedang yang lain mengatakan: Ayat ini turun mengenai hal ini, juga tidak ada indikator
yang menunjukkan salah satunya kepada makna sabab nuzul, maka kedua riwayat itu
difahami sebagai penjelasan kandungan hukum ayat yang bersangkutan dan tidak ada
alasan sedikit pun untuk memahami salah satunya sebagai yang menunjukkan makna
sabab.

4.5 PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QURAN BERSEBAB

Secara lebih terperinci, berkaitan dengan sebab Nuzul al-Quran dapat dibahagikan
kepada beberapa bahagian berikut:

A. Satu ayat satu sebab Nuzul
B. Satu ayat beberapa sebab Nuzul
C. Satu sebab nuzul untuk ayat banyak

A. Satu Ayat Satu Sebab Nuzul

Ia bermaksud penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul atau ia memiliki sebab sahaja.
Hal ini didapati berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan
dan riwayat sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkan
dengan asbab nuzul lain. Antara contoh lain ialah ketika turunnya ayat 214 surah As-
Syuara yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu
yang dekat. Nabi telah menaiki Bukit Safa lalu baginda berseru: Wahai kaumku
sekalian!. Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan Nabi. Baginda berseru
lagi: Bagaimana pendapat kamu bila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik
bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu
terhadap kata-kataku ini? Mereka menjawab: Kami belum pernah mendapati kamu
berdusta. Lantaran itu Nabi menyambung kata-katanya: Aku memperingatkan kamu
kepada azab yang pedih Maka ketika itu Abu Lahab bangun lantas berkata: Celakalah
engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini? Maka turunlah
surah al-Masad sebagaimana firman Allah:



61
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
M7? # 1& = 9 =? $ _& `&!$ $ =2 ?` #$ N# = ;
?&# '!$m =s9# $_ 7m

Terjemahan: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama hartanya
dan segala yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api
neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya seorang pemugah kayu api. Di lehernya
sejenis tali dari tali yang dipintal.
(Surah al-Masad, 1-5)

Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang
mencaci dan mencela Nabi. Riwayat yang berkaitan dengan sebab nuzul ayat itu adalah
jelas.

B. Satu Ayat dan Beberapa Sebab Nuzul

Ia bermaksud terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat. Dalam
hubungan inilah yang ada sebab turunnya, maka didapati sebahagian daripadanya
dikatakan turunnya disebabkan oleh lebih daripada satu sebab walaupun dalam setengah
keadaan sebab yang diterima hanya satu sahaja. Dalam hubungan ini, perbahasan ialah
berkaitan dengan topik dan skop: Sebab penurunan lebih daripada satu, tetapi ayat yang
turun hanya satu sahaja.

Perbincangan masalah ini berlaku ialah apabila terdapat dua atau lebih riwayat mengenai
satu ayat al-Quran yang diturunka. Justeru untuk menghuraikan permasalahan dan untuk
mencari penyelesaiannya, maka huraiannya hendaklah dengan berkisar salah satu
daripada enam keadaan berikut:

Pertama: Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab nuzul,
namun begitu daripada semua itu satu daripadanya adalah riwayat yang sahih atau juga
bermaksud apabila salah satu daripada dua riwayat adalah nyata dan jelas sahih
sedangkan riwayat yang satu lagi adalah tidak jelas dan tidak munasabah. Untuk itu,
maka hendaklah diterima riwayat yang sahih itu sebagai sebab sebenar kepada turunnya
ayat. Antara contoh berlakunya masalah ini sebagaimana dua riwayat berikut:

1. Riwayat pertama: Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim
daripada Jundub al-Bajali:

Terjemahan: Nabi mengalami sakit menyebabkab dua atau tiga malam Baginda tidak
bangun sembahyang malam. Maka datanglah seorang wanita menemui baginda dan
berkata: Wahai Muhammad! Aku rasa syaitanmu telah meninggalkanmu sepanjang
dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu lagi.

Maka Allah menurunkan ayat:

9# 9# #) $ 7 7/ $ ?%



62
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
Maksudnya: Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi-(bahawa) Tuhanmu
(Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Ia tidak benci (kepadamu
sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Surah al-Dhuha:1-3)

2. Riwayat kedua: Hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn Abi Syaibah daripada
Hafs Ibn Maisarah daripada ibunya daripada budak perempuan pembantu rumah
Nabi yang meriwayatkan:

Terjemahan: Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah Nabi lalu masuk di
bawah katil tempat tidur, lalu mati di situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak
turun kepada baginda. Maka baginda bersabda: Wahai Khaulah apa yang telah
terjadi di rumah Rasulullah ini? sehingga Jibril tidak datang kepadaku? Maka aku
berkata dalam diriku: Alangkah baiknya sekiranya aku mengemas rumah ini dan
menyapunya. Lalu aku menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku keluarkan
bangkai anak anjing. Selepas itu Nabi datang dengan janggutnya terketar-ketar.
Adalah Nabi apabila turunnya wahyu, baginda terketar-ketar.

Maka Allah menurunkan ayat:

9# 9# #) $ 7 7/ $ ?%

Maksudnya: Demi waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi-bahawa Tuhanmu
tidak meninggalkanmu dan tidak membenci (kepadamu sebagaimana yang dituduh
oleh kaum musyrik).
(Surah al-Dhuha: 1-3)

Berkaitan dengan riwayat kedua ini, Ibn Hajar di dalam sahih Bukhari ada berkata:
Tentang lewatnya datang wahyu atau lambat jibril datang kepada Nabi disebabkan
ada bangkai anak anjing di rumah Baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah
tersebut untuk dijadikan sebagai sebab nuzul merupakan suatu yang aneh atau
Gharib ia juga tidak sesuai dengan martabat Nabi.

Untuk itu, daripada kedua-dua riwayat tersebut, kita perlulah menggunakan dan
mengambil riwayat pertama sebagai sebab turunnya ayat tersebut. Hal yang
demikian kerana riwayat pertama jelas kesahihannya sedangkan riwayat kedua pula
tidak sahih disebabkan di dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dinyatakan
namanya (Rawi majhul). Justeru, riwayat pertama seharusnya diterima sebagai sahih
kerana memandangkan autoriti riwayatnya daripada Imam Bukhari dan Muslim.

Kedua: Sekiranya kedua-dua riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara keduanya
masih boleh ditarjihkan di antara salah satu daripada keduanya disebabkan salah satunya
lebih sahih diantara yang lain. Ataupun juga disebabkan perawi di dalam riwayat pertama
telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut, justeru dalam keadaan tersebut maka riwayat
itu adalah tidak syak lagi dan ia seharusnya diterima sebagai sebab nuzul ayat. Sebagai
contohnya, sebagaimana riwayat berikut:





63
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
1. Riwayat pertama: Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada ibn Masud berkata:

Terjemahan: Satu ketika aku berjalan bersama Nabi di Madinah, Baginda
bertongkatkan daripada pelepah tamar. Ketika melintasi sekumpulan sekumpulan
orang Yahudi, salah seorang daripada mereka berkata: cubalah kamu tanya sesuatu
kepadanya (Nabi). Lalu mereka bertanya: Ceritakan kepada kami tentang Roh. Nabi
berdiri dalam diam sejenak dan mengangkat kepala. Aku tahu waktu itu wahyu
sedang turun kepada Baginda, hinggalah selesai penurunan wahyu.

Selepas itu Baginda bersabda sebagaimana firman Allah:

=` y9# % y9# & 1

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepada kepadamu (wahai Muhammad) tentang
roh. Katakanlah: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku
(Surah al-Isra:85)

2. Hadis daripada ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi katanya:

Terjemahan: Orang-orang Quraish berkata kepada orang Yahudi: Berilah kepada
kami sesuatu persoalan untuk kami tanya kepada lelaki ini (Nabi Muhammad).
Mereka menjawab: Tanyalah kepadanya tentang roh. Maka mereka pun bertanya
kepada Nabi.

Maka Allah menurunkan ayat:

=` y9# % y9# & 1

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang roh.
Katakanlah Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
(Surah al-Isra:85)

Daripada kedua-dua riwayat tersebut, riwayat pertama adalah lebih rajih berbanding
riwayat kedua. Hal tersebut kerana pendapat pertama diriwayatkan oleh al-Bukhari yang
dinilai oleh ulama sebagai riwayat yang lebih sahih berbanding riwayat orang lain seperti
riwayat al-Tirmizi dalam riwayat kedua. Antara lain juga dalam riwayat pertama
menjelaskan bahawa ibn Masud ada bersama Nabi ketika peristiwa penurunan ayat
tersebut berlaku dan beliau menyaksikan sendiri keadaan itu. Oleh sebab itu, riwayat
pertama diterima sebagai sebab nuzul ayat tersebut.

Ketiga: Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih, dan di antara kedua-dua riwayat
tersebut pula tidak dapat ditarjihkan di antara satu sama lain, maka dalam keadaan
tersebut hendaklah diterima kedua-dua riwayat tersebut sebagai sebab nuzul.
Walaubagaimanapun dalam konteks ini, kita hendaklah beralasan bahawa ayat tersebut
diturunkan selepas terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab berkenaan dan dalam
tempoh waktu yang berhampiran. Sebagai contohnya ialah:



64
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
1. Riwayat pertama: Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada Ibn
Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku sumbang dengan
Syuraik Ibn Shama di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda kepada
Hilal:

Terjemahan: Bawakan bukti atau belakang kamu akan disebat. Hilal berkata, wahai
Rasulullah s.a.w: Bagaimana keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya
berlaku sumbang dengan seseorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan
atau saksi juga?

Maka turunlah Jibril menurunkan ayat kepada Baginda.

Sebagaimana firman Allah:

%!# ` _ & `9 3 ; '# ) &

Maksudnya: Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang mereka tidak
ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri
(Surah al-Nur: 6)

2. Riwayat kedua: Riwayat yang dikeluarkan oleh imam al-Bukhari dan Muslim. Lafaz
hadis ini diambil dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl Ibn Saad:

Kedua-dua riwayat tersebut sama-saam sahih, oleh itu, kita hendaklah mengambil
kedua-dua riwayat itu sebagai sebab nuzul ayat berkenaan. Hal itu kerana kedua-dua
peristiwa itu adalah berlaku dalam jarak waktu berdekatan di mana dalam riwayat
tersebut kita boleh mengatakan bahawa orang pertama yang bertanya ialah Hilal Ibn
Umaiyyah, kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh Uwaymir sebelum jawapan
diberikan. Dalam jarak tempoh tersebutlah Allah menurunkan ayat.

Keempat: Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih dan tidak
dapat ditarjihkan di antara satu sama lain serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak
disebabkan oleh jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa antara keduanya adalah jarak
masa yang jauh. Maka dalam konteks ini, kita hendaklah membuat tanggapan bahawa
ayat tersebut diturunkan berulang kali dengan berasaskan sebab penurunannya juga lebih
daripada satu. Contohnya ialah:

1. Riwayat pertama: Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-Bazzar
daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berdiri di
samping mayat Hamzah yang gugur syahid di Uhud dalam keadaan tubuhnya yang
dikelar-kelar lalu Baginda bersabda:

Terjemahan: Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang dari kalangan
orang kafir sebagai menuntut bela hak engkau.







65
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Maka disaat itu Jibril menurunkan ayat terakhir daripada Surah an-Nahl sedang Nabi
masih berdiri dekat jenazah Hamzah iaitu sebagaimana firman Allah:

) `G6%% #7%$ V/ $ F6%` /

Maksudnya: Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka) maka hendaklah kamu
membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada
kamu
(Surah al-Nahl, 126)

2. Riwayat kedua: Hadis riwayat al-Tirmizi dari al-Hakim daripada Ubai Ibn Kaab yang
berkata:

Terjemahan: Ketika berlangsungnya perang Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6
orang Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-kelar tubuhnya, maka
berkatalah golongan Ansar: Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan
kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang kafir) nescaya pasti kami akan
mengajar mereka secukup-cukupnya.

Ketika hari pembukaan kota Makkah maka Allah menurunkan ayat:

Terjemahan: Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu
membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada
kamu
(Surah al-Nahl, 126)

Daripada kedua-dua riwayat ini, kita tidak boleh mengumpulkan dan tidak boleh
menyelaraskan di antara kedua-dua riwayat tersebut. Hal itu kerana diantara kedua
peristiwa dan sebab nuzul berlaku dalam jarak waktu yang terlampau jauh. Di mana dalam
riwayat pertama peristiwa dan sebab nuzulnya mengenai perang Uhud, manakala dalam
riwayat kedua pula mengenai pembukaan kota Makkah. Peperangan Uhud berlaku pada
tahun ke- 3 Hijrah manakala pembukaan kota Makkah berlaku pada tahun ke-8 Hijrah.
Jadi di dalam konteks ini kita hendaklah membuat rumusan dan kesimpulan bahawa ayat
tersebut diturunkan dua kali iaitu kali pertama sewaktu berlaku peperangan Uhud dan kali
keduanya pula sewaktu pembukaan kota Makkah.

Kelima: Apabila kedua-dua riwayat atau ungkapan atau lafaz itu tidak tegas. Contohnya
perawi berkata: Aku mengira ayat ini diturunkan mengenai hal ini. Atau perawi berkata:
Aku mengira ayat ini diturunkan mengenai hal ini. Maka dalam hal seperti itu, tidak ada
sebarang percanggahan di antara riwayat-riwayat itu kerana sebab atau maksud riwayat-
riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan atau pentafsiran di mana perkara itu
terkandung di dalam makna ayat. Untuk itu ia bukannys menyatakan tentang sebab
nuzul, kecuali terdapat qarinah daripada salah satu riwayat yang membawa maksud
penjelasan tentang sebab nuzul.

Keenam: Apabila salah satu daripada ungkapan riwayat itu tidak tegas. Contohnya perawi
berkata: Ayat ini diturunkan mengenai perkara ini. Sedangkan riwayat yang satu lagi atau
dalam riwayat yang lain menyatakan atau menyebutkan tentang sebab nuzul dengan
tegas yang berbeza daripada riwayat pertama yang tidak jelas itu. Maka yang menjadi
pegangan ialah riwayat yang menyebutkan sebab nuzul dengan tegas manakala riwayat


66
TOPIK 4
ASBAB AL-NUZUL

OUM
yang lain-lain itu dikira sebagai termasuk dalam hukum ayat. Sebagai contohnya ialah
riwayat yang berkaitan dengan sebab nuzul sebagaimana firman Allah:

Terjemahan: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai
(Surah al-Baqarah ayat, 233)

1. Riwayat pertama: Sebagaimana hadis daripada Nafi yang diriwayatkan oleh Bukhari
katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca ayat surah al-Baqarah ayat
233: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukaiMaka Ibn Umar
berkata kepadaku: Tahukah engkau tentang apakah ayat ini diturunkan? Aku
menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata: Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan
menyetubuhi isteri dari arah belakang.

Apabila diteliti dan dinilai bentuk ungkapan dan ucapan riwayat daripada ibn Umar itu
adalah tidak tegas untuk menunjukkan sebab nuzul. Dalam hal ini, berkaitan dengan
sebab nuzul ayat 223 Surah al-Baqarah itu terdapat riwayat lain yang secara tegas
menyebutkan sebab Nuzul.

2. Riwayat kedua iaitu hadis yang diterima melalui Jabir yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah, abir berkata yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi berkata: Apabila seseorang suami menyetubuhi isterinya dari
arah belakang, maka anak yang dilahirkan bermata juling. Dengan sebab itulah
turunnya ayat iatu firman Allah:

Terjemahan: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh sebab itu
datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.
(Surah al-Baqarah: 223)

Dalam konteks ini riwayat daripada Jabir inilah yang dijadikan pegangan kerana
ungkapannya adalah dalam bentuk yang tegas berkenaan dengan sebab nuzul
sedangkan ungkapan daripada Ibn umar tidak dalam bentuk tegas. Justeru, riwayat
ungkapan Ibn Umar itu diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.

C. Satu Sebab Nuzul untuk Beberapa Ayat

Penurunan ayat dalam bentuk ini juga berlaku. Ia menggambarkan masalah tersebut
adalah sangat penting sehinggakan banyak ayat yang diturunkan dalam pelbagai surah.
Contohnya:

1. Hadith daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi dan Al-Hakim
yang bermaksud:

Wahai Rasulullah saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang
orang perempuan sedikit pun mengenai Hijrah.








67
TOPIK 4 ASBAB AL-NUZUL
OUM
Maka Allah menurunkan ayat 195 surah Ali-Imran.

>$fF`$ 9 / & & 3 . & \&

Maksudnya: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya).
Sesunguhnya aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari
antara kamu samada lelaki atau perempuan.
(Surah Ali-Imran, 195)

2. Daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan Al-Hakim katanya aku bertanya kepada
Rasulullah:

Wahai Rasulullah engkau menyebut orang lelaki dan tidak pernah menyebut
perempuan.

Maka Allah menurunkan surah Nisa ayat 32.

#G? $ !# / 3/ ? /

Maksudnya: Dan janganlah kamu terharap-harap mendapat limpah kurnia yang Allah
telah berikan kepada sebahagian daripada kamu melebihi sebahagian yang lain.
(Surah Nisa ayat 32)

Allah juga menurunkan ayat 35 surah al-Ahzab

) =`9# M=`9# 9# M9#
G)9# MF)9# %9# M%9#

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta perempuan yang
Islam dan orang-orang yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman
dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-
orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar.
(Surah al-Ahzab 35)

Ketiga-tiga ayat yang diturunkan tadi berdasarkan kepada satu sebab sahaja.

You might also like