You are on page 1of 20

137

TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU


OUM
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

PENGENALAN

Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai isu-isu yang timbul
berkaitan al-Quran. Sebenarnya, terdapat banyak perbincangan dalam pelbagai aspek
ilmu dan kajian yang menjurus kepada kupasan terhadap keunikan isi kandungan al-
Quran dan kesyumulannya. Namun, dalam topik ini kita hanya memfokuskan kepada dua
isu yang sering menjadi persoalan kepada masyarakat awam yang mengkaji Ulum Al-
Quran iaitu:

(i) Fawatih al-Suwar
(ii) al-Qasm dalam al-Quran

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-

1. mempraktikkan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek
kajian;

2. mengetahui rahsia ketulenan al-Quran melalui bidang ilmu Fawatih al-Suwar;

3. mengenali bentuk-bentuk Fawatih al-Suwar di dalam al-Quran;

4. menghayati keindahan bahasa al-Quran yang tiada tandingannya; dan

5. menolak tanggapan bahawa al-Quran itu adalah hasil karangan manusia.



















138
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
PETA MINDA



10.1 FAWATIH AL-SUWAR


Kita sering berjumpa orang yang tersalah membacakan ayat-ayat permulaan (fawatih
suwar) bagi surah-surah tertentu Al-Quran. Apakah maksud Fawatih suwar?


Fawatih al-Suwar atau dalam bahasa Melayu bermaksud Pembukaan Surah-surah
adalah salah satu bidang ilmu al-Quran yang membincangkan mengenai keindahan dan
rahsia pembukaan surah al-Quran. Ahli bahasa ada menyebut: Di sebalik keindahan
bahasa itu adalah permulaan atau pembukaan yang baik.

Ini kerana setiap ucapan atau tutur kata yang bijak, indah dan tersusun pada permulaan
bicara adalah merupakan salah satu aset penting untuk menarik minat para pendengar
dalam memberikan perhatian terhadap sesuatu ucapan.

Sebagai contoh, para pemidato, khatib dan pemimpin perlu bijak menyusun kata ketika
berucap terutama sekali pada permulaan ucapan. Ia bertujuan bagi mengajak para
pendengar sama-sama menghayati dan memberikan tumpuan. Begitu jugalah
keadaannya dengan al-Quran yang penuh dengan keindahan bahasa. Bermula dengan


139
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
pembukaannya yang menarik hinggalah ke akhir surah, padat dengan mesej yang begitu
sempurna penyampaiannya. Jesteru, selain mengkaji keindahan bahasa al-Quran,
pembukaan surah juga memainkan peranan penting bagi membuktikan bahawa al-Quran
ini bukannya hasil tulisan dan karangan Nabi Muhammad (s.a.w.), bahkan ia adalah
sebuah kitab suci yang sama sekali tidak dapat dicabar ketulenannya oleh kemampuan
akal manusia.

Pengertian

Dari segi bahasa Arab, kalimah Fawatih adalah jama` bagi Fatihah yang membawa
maksud permulaan sesuatu atau pembukaan. Manakala kalimah Suwar adalah jama`
bagi surah yang membawa maksud kumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai
pembukaan dan potongan. Di dalam al-Quran terdapat 114 surah, di mana ianya bermula
dari surah al-Fatihah dan di akhiri dengan surah al-Nas. Amnya, Surah-surah di dalam al-
Quran ada yang panjang dan pendek.

Fawatih al-Suwar adalah satu ilmu yang membincangkan tentang signifikan setiap
pembukaan surah di dalam al-Quran. Skop ilmu ini telah banyak dibahaskan oleh para
ilmuan silam seperti al-`Allamah Ibn Abi al-Isba` al-Misri dalam kitabnya al-Khawatir al-
Sawanih Fi Asrari al-Fawatih, al-Imam Zayd al-Balkhi dalam kitabnya al-Huruf al-
Muqatti`ah Fi Awail al-Suwar, al-Imam al-Zarkashi dalam kitabnya al-Burhan Fi `Ulum al-
Quran dan al-Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan Fi `Ulum al-Quran.

Pembahagian

Fawatih al-Suwar terbahagi kepada beberapa kategori:-

Pertama: Pembukaan Surah Dengan Puji-Pujian (al-Thana);

Kategori ini terbina daripada pembukaan surah-surah yang bermula dengan puji-pujian
terhadap kebesaran Allah (s.w.t.) dan keagonganNya sama ada pembukaan surah
tersebut datangnya secara positif mahupun negatif. Ia terbahagi kepada dua bahagian:

(a) Mengakui ketetapan sifat terpuji bagi Allah (s.w.t.);
Terdapat 7 surah dalam bahagian ini. Lima surah yang bermula dengan pembukaan
Tahmid iaitu surah al-Fatihah, al-An`am, al-Kahfi, Saba dan Fatir. Manakala 2 surah
yang bermula dengan pembukaan Tabarak iaitu surah al-Furqan dan al-Mulk.















140
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
.|,| -,,| =v ,.| rv
1 ``- `. - 1
2 ``- . ,- .` `. .. . 6
3 ``- . .' ` . .. . 81
4 ``- . ` .` `' .. ' 34
5 ``- ~ .` `' - `` .. ~ 35
6 . .` .` ` .. . 25
7 . , `:` .` .` ` .. :' 67

(b) Menafikan dan menyucikan Allah (s.w.t.) dari sebarang sifat kekurangan;
Terdapat 7 surah juga dalam bahagian ini iaitu surah al-Isra, al-Hadid, al-Hashr, al-
Saf, al-Jumu`ah, al-Taghabun dan al-A`la.

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 .-`` . .`' ` `, ` -` - .. .. 17
2 -` .` `' .` ` `.,- .. - 57
3 -` .` `' .. .. 61
4 -` .` `' .. - 59
5 `-` ` .` `' .. 64
6 `-` ` .` `' .. - 62
7 -` .` :` `' .. . 87








141
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
Catatan:

(a) Dalam kategori pertama ini terdapat 14 surah yang kesemuanya dimulai dengan
kata pujian terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah (s.w.t.). Jika di teliti, kata
pujian tersebut berkonsepkan pujian dan penyucian, di mana 7 surah daripadanya
dimulakan dengan lafaz al-Tahmid bermaksud memuji ketetapan sifat Allah yang
maha sempurna dan 7 surah yang selebihnya dimulakan dengan lafaz al-Tasbih
bermaksud penafian secara mutlak terhadap sebarang sifat kekurangan bagi Allah
(s.w.t.).

(b) Dalam kitab al-Gharaib Wa al-`Ajaib Fi Tafsir al-Quran al-Karim karangan al-
`Allamah Mahmud bin Hamzah al-Karmani ada menjelaskan tentang penggunaan
kalimah Sabbaha Lillah di awal surah-surah, di mana hanya Allah sahaja yang
mengetahui rahsianya:

(i) Dimulakan dengan lafaz Subhana (Kata Terbitan atau al-Masdar) dalam
surah al-Isra.

(ii) Lafaz Sabbaha Lillah (Kata Lampau atau al-Madi) dalam surah al-Hadid, al-
Saf dan al-Hashr.

(iii) Lafaz Yusabbihu Lillah (Kata Depan atau al-Mustaqbal) dalam surah al-
Jumu`ah dan al-Taghabun.

(iv) Manakala lafaz Sabbih (Kata Perintah atau al-Amr al-Mukhatab) dalam surah
al-A`la.

Kedua: Pembukaan Surah Dengan Huruf Hijaiyyah atau al-Hurf al-Tahajji;

Terdapat 29 surah yang dimulai dengan Huruf-huruf Hujaiyyah. Surah-surah tersebut
adalah:-





















142
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
'

'-`
--'-'
-' '--`
1

2 . . 3 ..
29

30
.
31
-
32
2
.- 40 .. 41 -
43
.-
44
,-
45
-.
46
3
. 10 . 11 ..
12
.,
14
--
15

4
.~ . 26 . 28
5
50
6
38
7
36
8
' 13
9
.- , 1 . , .. 42
10
,, < 19
11
~ 27
12
~ ~ 20
13
. . 68
14
' . 7

Catatan:

(a) Kategori ini diklasifikasikan oleh para sarjana al-Quran sebagai sebahagian
daripada ayat-ayat al-Mutashabihat, yang membawa maksud ayat-ayat al-Quran
yang tidak jelas dalilnya seperti lafaz umum (al-Mujmal), lafaz dalam pelbagai
bentuk (al-Mushakkal) dan lafaz yang samar maknanya di sebalik makna zahir (al-
Muawwal). Ini adalah mengikut pendapat Imam al-Fakhr al-Din al-Razi dan Jumhur
(sebilangan besar ulama). Di antara hikmah Ayat-ayat al-Mutashabihat adalah:-



143
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
(i) Menguji tahap kepercayaan dan pegangan manusia dalam mengabdikan diri
mereka terhadap perkara-perkara yang tidak terjangka akal mereka untuk
mengetahui rahsia daripada ayat-ayat al-Quran.

(ii) Merupakan hujjah yang paling kuat bagi menafikan penentangan kaum Arab
yang menganggap al-Quran itu ciptaan manusia. Ini merupakan tamparan
hebat bagi mereka kerana al-Quran itu diturunkan di dalam bahasa mereka
sendiri dan mereka tidak mampu mengupas rahsia Ayat-ayat al-Mutashabihat
tersebut.

(iii) Merupakan rahmat Allah yang paling tinggi dalam menyedarkan kemampuan
akal manusia yang mempunyai had tertentu dalam memahami hakikat sebenar
sifat, asma dan af`al Allah (s.w.t.).

(iv) Menjadi hujjah atau dalil bagi setiap mazhab dalam menguatkan pendapat
mereka.

(v) Menjadi aset dalam bidang dakwah di mana al-Quran diturunkan adalah
bertujuan memenuhi tuntutan menyeru seluruh peringkat mentaliti manusia
sama ada mereka yang berasal dari golongan bangsawan mahupun awam.

(b) Terdapat dua pendekatan para sarjana al-Quran dalam menerangkan makna huruf-
huruf Hijaiyyah di permulaan surah;

(i) Pendekatan Pertama menjelaskan bahawa huruf-huruf Hijaiyyah dipermulaan
surah-surah al-Quran adalah merupakan rahsia yang tersirat dan hanya
mampu dicungkil oleh ilmu Allah semata-mata. Pendapat ini didukung oleh
sebahagian besar golongan al-Salaf al-Salih yang bersandarkan kepada
riwayat-riwayat al-Athar dan pendapat-pendapat yang mathur seperti yang
diriwayatkan daripada Saydina Abu Bakr al-Siddiq yang menyatakan bahawa
bagi setiap kitab Allah itu ada rahsianya dan rahsia kitab al-Quran itu terletak
pada permulaan surah-surah. Adapun hikmahnya sepertimana tersebut di atas.

(ii) Pendekatan Kedua pula menjelaskan sebaliknya, di mana huruf-huruf Hijaiyyah
dipermulaan surah-surah al-Quran itu adalah salah satu ilmu yang boleh
dibahaskan bahkan wajib para `ulama mengkaji di samping berpegang kepada
pengajaran dan intipati yang didapati daripadanya. Pendapat ini didukung oleh
kebanyakkan golongan Salaf al-Salih, al-Khalaf dan Ahli Bahasa. Mereka
berpendapat bahawa ada beberapa pentafsiran mengenai huruf-huruf
Hijaiyyah dipermulaan surah-surah al-Quran, di antaranya:

Adapun huruf-huruf Hijaiyyah dipermulaan surah-surah al-Quran
tersebut adalah nama-nama lain bagi Allah (s.w.t.). Pendapat ini
didukung oleh Ibn `Abbas, Saydina `Ali, Ibn Mas`ud dan al-Sha`bi.

Adapun huruf-huruf Hijaiyyah dipermulaan surah-surah al-Quran
tersebut adalah nama-nama lain bagi Allah (s.w.t.) dan nama-nama
selain daripadaNya seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan al-
Dahak dalam mentafsirkan iaitu huruf al-alif diambil dari Allah, al-lam
diambil dari Jibril dan al-Mim diambil dari Muhammad yang membawa
maksud Allah menurunkan KitabNya melalui perantaraan Malaikat Jibril
kepada Nabi Muhammad.


144
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
Adapun huruf-huruf Hijaiyyah dipermulaan surah-surah al-Quran
tersebut adalah nama-nama lain bagi al-Quran selain daripada al-
Furqan, al-Zikr, al-Tanzil dan lain-lain lagi. Ini sebagaimana yang
riwayatkan oleh `Abd al-Razaq dan Ibn Abi Hatim dari Qatadah.

Di antara hikmah pendekatan kedua ini yang menjadi kelebihan bagi mereka yang
mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu (al-Rasikhuna Fi al-`Ilm) adalah:

(i) Menggalakkan para ilmuan Islam mengkaji di samping ianya memberi
sumbangan besar dalam memartabkan ilmu Islam.

(ii) Menggalakkan penulisan, kajian dan penerbitan ilmu dalam pelbagai bidang.

(iii) Menunjukkan perbezaan tahap keilmuan di antara ilmuan Islam dan kepakaran
masing-masing.

(iv) Menghapuskan fahaman ikut-ikutan tanpa nas yang sahih, iaitu dengan kaedah
menta`wil dan mentarjih pendapat-pendapat yang berdasarkan paduan di
antara dalil `akli dan naqli.

(v) Mempraktikkan keistimewaan al-Quran (al-I`jaz al-Qurani) sebagai kitab yang
penuh dengan keindahan dari sudut bahasa dalam berhujjah, berucap,
penulisan dan sebagainya.

3





Latihan 1.1

Nyatakan pendapat-pendapat ulama berkaitan penggunaan huruf hijaiah di
permulaan surah-surah tertentu Al-Quran .





Ketiga: Pembukaan Surah dengan Kata Seru (al-Nida);

Skop ketiga ini menjelaskan permulaan surah-surah yang dibuka dengan kata seru yang
ditujukan (al-Mukhatab) kepada 2 pengkhususan. Pertamanya, kata seru khusus ditujukan
kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) iaitu terdiri daripada 5 surah:-

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 ,'' '` ,` =` ` .. .-. 33
2 ,'' '` `.` ~ .` ``.= `,` .. = 65
3 ,'' ` ' . `` -` - ' ` : ` ..` :-` ' .. <- 66
4 ,'' ``` ' 73
5 ,'' ` `` ' 74


145
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
Keduanya, kata seru khusus ditujukan kepada golongan manusia sama ada secara umum
iaitu seluruh manusia (al-nas) ataupun secara khusus iaitu kepada orang-orang yang
beriman (amanu). Ia terdiri daripada 5 surah juga, iaitu:-

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 ,'' `` .` `.` . .- ` ` - .. . 4
2 ,'' `` .` `.` . ` .` `., = -- 22
3 ,'' .` .`' .` .. ' 5
4 ,'' .` .`` ` `, . .` .` .. .-- 49
5 ,'' .` -` .`` `.`` .,`' .. -' 60

Catatan:

(a) Di antara rahsia yang dapat dikupas oleh para sarjana al-Quran dalam bahagian
ketiga ini adalah:-

(i) Disebabkan Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah penghulu dan penutup para
Nabi dan Rasul, Allah (s.w.t.) telah menunjukkan kelebihan dan kemulian
Baginda (s.a.w.) dengan memulakan 5 surah (sebagaimana tersebut di atas)
khusus ditujukan kepada Baginda (s.a.w.) tanpa menyatakan namanya.
Bahkan tidak termaktub satu ayatpun yang menyeru dengan nama
Muhammad. Akan tetapi, Allah menyeru para utusanNya yang lain dengan
nama mereka seperti Nabi Adam dalam surah al-Baqarah:35, Nabi Nuh dalam
surah Hud:48, Nabi Musa dalam surah al-Qasas: 31 dan Nabi Isa dalam
surah Ali `Imran:55.

(ii) Kedua-dua surah al-Nisa dan al-Haj yang menyeru kepada sekelian manusia
diikuti selepasnya dengan perintah supaya bertaqwa kepada Allah. Jika diteliti
pada sebab arahan tersebut, di mana pembukaan surah al-Nisa adalah Amru
al-Mabda iaitu arahan bertaqwa kepada manusia yang diciptakan. Manakala
pembukaan surah al-Haj pula adalah Amru al-Ma`ad iaitu arahan bertaqwa
sehinggalah pada saat akhir manusia berada di muka bumi ini (saat
berlakunya Hari Pembalasan).

(iii) Manakala lima surah yang dimulakan dengan seruan khusus kepada sekelian
manusia merupakan ayat-ayat Madaniyyah iaitu pada zaman kegemilangan
umat Islam di Madinah. Seruan tersebut merupakan seruan Ilahi supaya
kekuatan mereka diikat dengan kesempurnaan didikan syariah dan akhlak
selepas terbinanya ikatan perjanjian mereka semasa di Mekah iaitu


146
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
menyatakan kerelaan sepenuh hati untuk memeluk Islam dan mempraktikkan
ajarannya.


Namakan surah-surah Al-Quran yang memulakan ayat-ayatnya dengan kata seruan atau
nidak dan apakah hikmah di sebalik penggunaan kata-kata tersebut.


Keempat: Pembukaan Surah dengan Jumlah al-Khabariyyah;

Ada 23 surah yang dimulakan dengan Jumlah al-Khabariyyah. Ia terdiri daripada:-

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 ` :.' .. . . ..`` .. 8
2 . ` .` .' ` `` . 9
3 ' `` ' `.-`` ` -`` ` ..`` - 16
4 . ` `.`,`- `.` ..`.`` .,. 21
5 ` -' ..``.` ...' 23
6 .` ' `. ' ,, . .`, `. .` . 24
7 . .,- 39
8 ` ' . , . ' `.`,`' - 47
9 ` `- : -` ,' - 48
10 . ` `, ` 54
11 `-` ` , 1 . . .` , 2 . ~ 55
12 ` ` .`. : -` ,-` ` - 58


147
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
13 - , 1 . - , 2 . `' - , 3 . - 69
14 .' . -' 70
15 ` `' -.` `. .' `' :`. ` .. -. 71
16 `. ' `., , , 75
17 . , 1 . .' `. - ` ' , 2 . 80
18 `. ' , , 1 . .' - , , 2 . 90
19 . ` `' `, ` 97
20 `. ` ` `' . `` ` .. , 98
21 , 1 . , 2 . `' , 3 . 101
22 `.,' `` , 1 . `- `.``` , 2 . 102
23 ` `,=`' `. . 108

Kelima: Pembukaan Surah Dengan Lafaz Sumpah (al-Qasm);

Kesemua surah dalam kategori ini adalah merupakan ayat Makkiyyah. Terdapat 15 surah
kesemuanya. Ia terdiri daripada:-









148
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
.|,| -,,| =v ,.| rv
1 .`. . .. 37
2 .= , 1 . . .=`` , 2 . .= 52
3 . ` . 51
4 .`-` .. .- 53
5 .`` `` .' 77
6 .` ` . 79
7 .` . -`` - 85
8 .` = = 86
9 `- , 1 . ., ` , 2 . - 89
10 `` -`. 91
11 `, ` , 92
12 -'. , 1 . `, - , 2 . -. 93
13 ` ..``` 95
14 . -`. . 100
15 `. , 1 . . ., ``- , 2 . . 103







149
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
Keenam: Pembukaan Surah dengan Lafaz Syarat (al-Shart);

Dalam kategori ini ada terdapat 7 surah yang bermula dengan lafaz tersebut. Ada di
antaranya terdiri daripada ayat Madaniyyah dan ada juga daripada ayat Makkiyyah. Ia
terdiri daripada:-

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 . . . 56
2 .- .. ` . ` ,` :` ..` ..' 63
3 ` `` `.`. . 81
4 .` `.= =. 82
5 .` `. . 84
6 . ` ``' , 99
7 .- ``. `-` . 110

Ketujuh: Pembukaan Surah dengan Lafaz Perintah (al-Amr);

Terdapat sebanyak 6 surah dalam kategori ini dan kesemuanya merupakan ayat
Makkiyyah. Ia terdiri daripada:-

.|,| -,,| =v ,.| rv
1 -' ` `` ' ` ` ` `- .. - 71
2 ' .` :` . ,- , 96
3 ,'' .` . 109
4 .` ` `-' . - 112
5 .`' `. , , 113
6 .`' `. ` 114






150
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
Kelapan: Pembukaan Surah dengan Lafaz Pertanyaan (al-Istifham);

Terdapat 6 surah juga yang dimulakan dengan lafaz ini. Ia terdiri daripada:-

,.| rv -,,| =v .|,|
.. 76 ' ., `- ` `` `. `, .` 1
' 78 `. ... 2
, 88 ' .- , 3
- 94 `.' `-` : ` . 4
, 105 `.' .`, :' .-`.' , 5
..' 107 .`'' . `. ` ` 6

Kesembilan: Pembukaan Surah dengan Lafaz Doa (al-Du`a);

Ada 3 surah dalam kategori ini dan kesemuanya terdiri daripada ayat Makkiyyah, iaitu:-

,.| rv -,,| =v .|,|
=' 83 ` =` 1
104 ` ` 2
' 111 `.` ' ., `. 3

Catatan:

(a) Jika diteliti, kesemua doa pada pembukaan surah-surah di atas merupakan
permintaan yang bersifat celaan ke atas mereka yang bermuamalah dengan
amalan-amalan keji dan mungkar.

(b) Celaan tersebut menunjukkan Islam melarang keras terhadap amalan yang
menyeleweng dari lunas-lunas syariat terutamanya amalan-amalan yang tersebut di
atas.


151
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
Kesepuluh: Pembukaan Surah dengan Lafaz Sebab (al-Ta`lil);

Hanya satu surah sahaja yang dimulakan dengan lafaz ini dan ianya adalah ayat
Makkiyyah, iaitu surah Quraysh.

,.| rv -,,| =v .|,|
106 , ` , 1 . `., `- .` .`,`. , 2 . 1

Kesimpulan;

(a) Kesemua pembukaan surah-surah tersebut menepati dua perkara, iaitu:-

(i) Husnu al-Ibtida; Permulaan yang baik dan mencakupi pelbagai aspek.

(ii) Bara`ah al-Istihlal; Permulaan yang memenuhi aspek kesesuaian tujuan dan
mesejnya.

10.2 AL-QASM DALAM AL-QURAN

10.2.1 Pengenalan

Manusia secara amnya masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri ketika
mengakui dan membenarkan sesuatu perkara, terutamnya perkara yang berkaitan dengan
pegangan dan kepercayaan. Sejarah awal kedatangan Islam banyak membuktikan betapa
tegarnya kaum Mushrikin Mekah untuk mempercayai seruan Ilahi yang di bawa oleh
junjungan besar kita Nabi Muhammad (s.a.w.). Bagi membenarkan dakwah Baginda
(s.a.w.) Allah menganugerahkan mukjizat teragungNya iaitu kitab al-Quran supaya
menjadi hujjah ke atas kedegilan kaum Mushrikin Mekah pada masa itu. Di antara
keajaiban kitab suci al-Quran ini adalah ia diturunkan dengan perbendaharaan bahasa
Arab dan penyesuaiannya adalah mengikut perkembangan bangsa Arab itu sendiri. Oleh
kerana bangsa Arab dari segi adatnya memang suka bersumpah dalam amalan harian
mereka, maka khitab Allah juga menggunakan lafaz al-Qasm atau uslub sumpah sebagai
salah satu kaedah yang digunakan untuk meyakinkan sesuatu pengkhabaran dan
mempercayainya dengan tulus di samping memperbetulkan mentaliti manusia terhadap
sesuatu penyaksian.








152
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
10.2.2 Objektif

Di antara matlamat utama dalam mempelajari topik ini adalah:-

1. menjelaskan pengertian dan pembahagian-pembahagian sumpahan atau Qasam
yang terdapat di dalam Al-Quran;

2. menyenaraikan hikmah-hikmah atau rahsia-rahsia Penggunaan uslub sumpah di
dalam al-Quran;

3. membuktikan bahawa hanya Allah sahaja yang layak bersumpah dengan apa jua
yang dikehendakinya kerana Dia adalah Maha Esa lagi Maha Pencipta; dan

4. mengetahui rahsia disebalik penggunaan uslub sumpah di dalam al-Quran.

10.2.3 Peta Minda



Pengertian

Al-Qasm adalah kalimah bahasa Arab yang membawa maksud sumpah. Asasnya, bentuk
sumpah atau qasam tersebut adalah dimulai dengan lafaz aku bersumpah diikuti dengan
huruf al-Ba yang bermaksud dengan dan diikuti pula dengan perkara atau benda yang
hendak disumpah. Sebagai contoh;

. .`' `,- `.,`' . . ` ` `..` , .. - 38 .

Ibn Qayyim di dalam penulisannya al-Tibyan menjelaskan bahawa tujuan sebenarnya
dalam penggunaan uslub sumpah adalah untuk memperakui sesuatu khabar walaupun di
dalamnya ada kalimah penyaksian al-shahadah. Ini kerana apabila adanya sesuatu
penyaksian terhadap sesuatu khabar, maka ia juga dinamakan sebagai sumpah. Sebagai
contoh;




153
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
. ` ,` = .`.` `, ` . ..

Abu al-Qasim al-Qushayri pula ada menyatakan bahawa sesungguhnya Allah
menggunakan uslub sumpah di dalam KalamNya adalah bertujuan untuk penyempurnaan
hujjah dan meyakinkannya tanpa ada sebarang kesangsian. Oleh sebab itu, hukum itu
diputus melalui 2 cara, sama ada kaedah penyaksian al-shahadah ataupun sumpah al-
qasm. Jesteru, dua cara ini berperanan untuk melenyapkan segala keraguan yang timbul
sehingga tiada lagi hujjah untuk menidakkannya. Sebagai contoh:

. `` ' = , . . . . ' .` ..
. , - `` ` `. , .. . 53 .

Tidak dinamakan uslub sumpah itu melainkan dengan menyebut nama Allah. Di dalam
al-Quran ada tujuh tempat Allah bersumpah dengan menggunakan namaNya. Firman
Allah (s.w.t.);

1 . , - `` ` `. , .. . 53 .
2 . ` `` ` , .. 7 .
3 . ` `.` , ' , .. ' 3 .
4 . :`. `.`,` ``- ~,` , .. < 68 .
5 . :`. `.`,` '` `,`-' , .. -- 92 .
6 . `. ' `. . ` .` , .. -' 40 .
7 . :` . ..``.` `- .`-` , - `.`, `, .. , . 65 .







154
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
Dan selebihnya Allah (s.w.t.) bersumpah dengan makhluk ciptaanNya. Sebagai
contohnya;

1 . . ` .= ` ` =` , .. . 1 2 .
2 . .` . `., -`` .``. , .. - 1 2 .
3 . `- ., ` .. , - 1 2 .
4 . `` -`. , .. 1 2 .
5 . `, ,` ` - , .. , 1 2 .
Namun persoalannya, mengapa Allah perlu bersumpah dengan makhluk ciptaaNya,
sedangkan hukum bersumpah selain daripada Allah adalah haram? Imam al-Suyuti dalam
kitab beliau al-Itqan Fi `Ulum al-Quran menjelaskan bahawa ada tiga alasan bagi
menjawab persoalan tersebut:

(a) Dibuang Mudaf; contohnya:
1 . ` ..``` .. `. .' ` ..
2 . -'. `, - .. `. .' -'. ..
3 . . ..` -` . -` .. .' `. . ..
(b) Oleh kerana kaum Arab selalu bersumpah dengan perkara-perkara seperti
matahari, malam, langit dan sebagainya. Maka al-Quran diturunkan mengikut apa
yang mereka amalkan.

(c) Sumpah itu berlaku dengan perkara yang disumpah itu adalah lebih besar
martabatnya atau lebih tinggi darjatnya dari si penyumpah. Allah (s.w.t.) adalah
Maha tinggi darjat dan martabatnya, tiada yang lebih Agung melainkan Dia. Maka
Hanya Dia sahaja yang layak bersumpah dengan apa yang dikehendakiNya. Jika
Allah bersumpah dengan DiriNya atau makhlukNya, ini menunjukkan bahawa Allah
(s.w.t.) Maha Suci lagi Maha Pencipta.















155
TOPIK 10 AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU
OUM
Pembahagian Qasam Di Dalam al-Quran

Penggunaan uslub sumpah di dalam al-Quran terbahagi kepada dua:-

(a) Secara zahir
Bermaksud: Jelas penggunaan fi`il al-qasm dan perkara yang disumpah. Ada
kalanya dibuang fi`il al-qasm tersebut dan cukup dengan sekadar dimulakan dengan
huruf al-Jar seperti al-Ba, al-Waudan al-Ta. Contohnya:

1 . . `. ' `., , . `. ' ` `. , .. , 1 2 .
2 . .~ , ' , .. 2 3 .
3 . . `. . . ``- , .. . 1 2 .
(b) Secara tersembunyi
Bermaksud: Tidak jelas di dalamnya penggunaan fi`il al-qasm dan juga perkara
yang disumpah sama ada ia menggunakan al-Lam al-Muakkadah yang terkandung
di dalam jawab sumpah tersebut seperti:

1 . .`. `` `..`' `. ' , .. . . 186 . = .' .`. `` ..

Ataupun hanya sekadar menunjukkan makna sumpahnya sahaja seperti:

1 . . `.` . .. =

Faedah Mempelajarinya

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa di antara keistimewaan kitab suci al-Quran ialah
penggunaan bahasa Arab yang cukup sempurna penyusunan dan penyampaiannya. Di
antara faedah mengetahui peranan uslub sumpah di dalam al-Quran adalah:-

(a) Pemilihan lafaz dan kalimah di dalam al-Quran dan perbezaan penggunaan
uslubnya menunjukkan kepelbagaian motif dan mesej penyampaian kitab suci
tersebut. Begitu juga dengan perihal kepelbagaian bentuk pengkhususan penerima
titah (al-Mukhatab) yang berbeza yang dikenali sebagai bentuk-bentuk khabar iaitu;

(i) Tahap Ibtadai; iaitu mereka yang kosong fikirannya dari sebarang hukuman
dan kesangsian. Maka pemberitahuan sudah cukup untuk membuatkan
mereka yakin tanpa menggunakan sebarang bentuk sumpah.



156
TOPIK 10
AL-QURAN DALAM PELBAGAI ISU

OUM
(ii) Tahap Talabi; iaitu mereka yang ada kesangsian dalam menetapkan atau
menidakan sesuatu hukum. Maka sebaiknya meyakinkan mereka bagi
menghilangkan kesangsian tersebut.

(iii) Tahap Inkari; iaitu mereka yang engkar menetapkan sesuatu hukum. Maka
kadar sumpah tersebut mengikut tahap sejauh mana ketegaran atau
kedegilannya.

(b) Uslub sumpah di dalam al-Quran adalah merupakan satu metod yang praktikal
dalam menyakinkan sesuatu pengkhabaran dengan tepat dan padat sehingga
menjaga akal manusia untuk berfikir secara positif.

(c) Al-Quran diturunkan untuk sekelian manusia, setiap manusia mempunyai pendirian
masing-masing yang sukar diramal. Ada di antara mereka yang hanya pada tahap
yang syak wasangka, sebahagiannya pada tahap engkar dan selebihnya pada
tahap syak, enggan dan engkar secara mutlak. Maka al-Quran diturunkan untuk
melenyapkan segala penyakit tersebut dengan mendatangkan bukti yang kukuh dan
pengakuan yang sempurna.

You might also like