You are on page 1of 14

Seni bina rumah melayu tradisional & gambar rumah tradisional mengikut negeri

Senibina rumah tradisional Kelantan.

PENGENALAN SENI BINA RUMAH MELAYU


Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. . Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan juga mpunyai falsafah jiwa sezaman(Spirit of times)

BUMBUNG
Semua negeri di Malaysia, rumah Melayu tradisional terdiri dari rumah bumbung tetapi selepas kedatangan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas atau bumbung belanda . Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata atau leper) . Bahan yang digunakan utk menghasilkan bumbung juga sesuai dengan cuaca dan teknologi pada masa itu. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masyarakat melayu.

ANJUNG
Ruang ini biasa digunakn kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti mengayam pukat, jaring dan lain-lain. Anjung juga merupakan tempat untuk berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Falsafah yang hendak diketengahkan dalam masyarakat Melayu adalah untuk membataskn atau membezakan tempat antara. Kaum lelaki dan wanita. Wanita lebih dibahagian dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung. Hal ini menunjukkn masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat. Sehingga menjadikan orang Melayu dipandang

tinggi kerana kaya dgn kehalusan budi pekerti. Juga mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja. Masyarakat melayu mempunyai pandangan yang jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.

RUMAH IBU
Merupakan salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yg utama. Ruang utama ini dipanggil Rumah Ibu krn bersempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Tetapi selalunya dikenali sebgai ruang lelaki mnandakan lelaki dianggap sebagai ketua dan berada dihadapan untuk melindungi. Ibu juga dianggap mempunyai kedudukan yang mulia dan harus dihormati . Sesuai dengan nama,fungsinya sebagai tempat ahli- ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama. Ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkn ikatan silaturahim antara ahli kelurga agar bahagia dan harmoni.

BILIK TIDUR
Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Anak lelaki dan perempuan dipisahkan bilik melambangkan masyarakat melayu yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan Bilik didirikan berdekatan rumah ibu dan dapur bagi menyenangkan aktiviti harian.Lelaki akan berada di rumah ibu manakala perempuan di dapur. Bilik tidur tidak menerima tetamu asing menandakan masyarakat melayu yg peramah dan mesra tetapi ada batasnya.

DAPUR
Dibatasi dgn dinding untuk membezakan antara rumah ibu dengan rumah dapur. Sebagai tempat kaum perempuan memasak atau tempat khas untuk tetamu perempuan melambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kdudukan dapur selepas rumah ibu. Tempat khas untuk keluarga berkumpul. Org luar tidak dibenarkn masuk sesuka hati ke ruang dapur. Tempat ibubapa menyampai

pesanan, nasihat dan sebagainya. Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat melayu yang tetap memelihara hubungan kekeluargaan.

UKIRAN
Seni ukiran terdapat di tangga rumah, di dinding beranda dan sebagainya. Membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni yang tersendiri. Lebih menerapkan falsafah metafora. Kepingan ukiran berlubang bukan sahaja perhiasan tetapi juga menggalakkan udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah. Berunsur corak geometrik atau tumbuhan. Tiada corak fauna atau binatang selaras dengan larangan agama.

KESIMPULAN
Masyarakat Melayu terkenal dengan kehalusan pemikiran berasaskan logik dan akal. Bentuk dan bahan yang digunakan bergantung kepada falsafah Spirit of Times . Setiap ruang mempunyai simbolik atau falsafah tertentu yang ingin diketengahkan. Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan falsafah pembinaaan rumah melayu. Bergantung kepada adat atau kep ercayaan masyarakat,bentuk rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan falsafahnya.

BIBLIOGRAFI Mahyudin al-Mudra,Jun 2004,Rumah Melayu:Memangku adat,menjemput zaman,BKPBM,Yogjakarta. Yaakub Idris,2005,Rumah Tradisional:Satu Analisis Senibina Melayu,Fajar Bakti. Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan The,1997,Warisan Senibina Melayu,Penerbit UKM.

RUMAH MELAYU TRADISIONAL Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat. FAKTOR CUACA Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima. SUMBER ALAM Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap. BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.

Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

PENGARUH ASING Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni. JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.

Fokus artikel ini adalah kepada penggunaan rekabentuk Bumbung Panjang di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

You might also like