You are on page 1of 23

21 Jenis Selawat Nabi

1
Muallij Islamiah
Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda


HIMPUNAN
21 SELAWAT
NABI







Klinik Muallij Islamiah
http://klinik-muallij.blogspot.com/
oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani
25 Jun 2010 (12 Rejab 1431)
21 Jenis Selawat Nabi
2
Muallij Islamiah
Asas Selawat Nabi


Firman Allah


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad
s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan
penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa, rahmat dari allah,
memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya
selawat kepada Nab . Hai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam
penghormatan kepadanya. ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya, istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah
memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W
kepadanya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti malaikat
mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada
Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang
dibawanya .

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W
diantaranya :

1. Imam Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud
(tahiyyat) dan salam .

2. Imam Asy-Syabi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan
akhir.
21 Jenis Selawat Nabi
3
Muallij Islamiah
3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal
atau akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun
hanya sekali.

6. At-Thahawi berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi
Muhammad S.A.W

7. Az-Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap sesuatu majlis.

8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai
sahaja.

9. Ibnu Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib.

Kesimpulannya , membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji
yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan
memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1.Sabda Nabi S.A.W Dari Ibnu Masud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat
denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. ( Hadis Riwayat At-
Trimidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w: Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat
kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus. (Hadis Riwayat Ahmad & Al-
Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w: Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan
kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu
itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada. (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w : Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah
menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian
iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan
keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan
keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Waktu-Waktu berselawat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat dan waktu yang dituntut supaya kaum
Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya:
21 Jenis Selawat Nabi
4
Muallij Islamiah

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya . Nabi s.aw bersabda :
Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat
dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan
apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan
rahmat-Mu . (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat
yang bermaksud Dengan Nama Allah , selawatlah keatas Muhammad

2. Sesudah Azan . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : Apabila kamu mendengar muazzin yang
menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka
berselawatlah kamu kepadaku . (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafie dalam Al-Musnad : Sunnah Rasulullah s.a.w
dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya , setelah itu ia
membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali
ketiga.

5. Diantara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika
membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud Maha suci Allah segala puji dan
sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah ,
muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat
kepadaku.

6. Di permulaan dan akhir doa . Nabi bersabda : Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi
. tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu. ( Hadis Riwayat
At-Tirmidzi)

7. Di akhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri
qunut dengan membaca selawat yg bermaksud Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat
(rahmat) atas Muhammad.

8. Di malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud Banyakkanlah olehmu membaca
selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku . (Hadis Riwayat
Thabarani)

9. Di dalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafie para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah
Jumaat .

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : Tidak seorang
pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan
kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

21 Jenis Selawat Nabi
5
Muallij Islamiah
11. Sesudah bertalbiah . Sabda Nabi s.a.w : Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi
ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. (Hadis Riwayat Syafii &Daraquthni)

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w : Tiadalah duduk suatu kaum di
dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke
atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki
nescaya akan mengampuni mereka. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesame Islam . Sabda Nabi s.a.w : Tiadalah dua
hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat
tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum
mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang . (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : Setiap
pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan
atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya . (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

15. ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w: orang yang bakhil itu
adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya. ( Hadis Riwayat
At-Tirmidzi)

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung ,
maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku . (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

17.Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku
jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w Kalau demikian Allah akan memelihara
engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu. (Hadis Riwayat Ahmad)

18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi
sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . ( Hadis
Riwayat Thabarani )

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
21 Jenis Selawat Nabi
6
Muallij Islamiah
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

JENIS-JENIS SELAWAT

Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh
kali, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat. Hadith Riwayat Thabarani

Barangsiapa berziarah kekuburku maka baginya wajib menerima syafaatku. Hadith Riwayat Ibnu Adi
dan Al-Baihaqi

Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari umatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan
dihapuskan darinya sepuluh dosa. Hadith Riwayat Ibnu Hibban

Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata:
Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadamu dari umatmu, ALLAH s.w.t mencatat baginya
sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan ALLAH mengangkat baginya sepuluh
darjat dan ALLAH menolak atasnya yang seumpamanya. Hadith Riwayat Ahmad

Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa).
Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih

Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH menurunkan rahmat kepadanya sepuluh
kali.Hadith Riwayat Muslim

Dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada Nabi Muhammad
s.a.w mengandungi 10 macam faedah dan mendatangkan kemuliaan iaitu:

Memperoleh selawat dari Tuhan Penguasa Alam.
Memperoleh syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w.
Memdapat pimpinan dari malaikat yang baik baik.
Menghapuskan dosa.
Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
21 Jenis Selawat Nabi
7
Muallij Islamiah
Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.
Memperoleh nur zahir dan batin.
Mendapat keselamatan dari azab neraka.
Membolehkan memasuki syurga.
Memperoleh ucapan selamat dari ALLAH s.w.t.

Menurut para ulama yang berdasarkan keterangan-keterangan hadith, bahawa membaca selawat
kepada Nabi s.a.w akan memperoleh berbagai-bagai faedah yang amat besar diantaranya:

Memperoleh limpah rahmat dari ALLAH.
Ditulis sepuluh kebajikan.
Dihapuskan sepuluh kejahatan.
Diangkat sepuluh darjat.
Memperoleh kesempurnaan iman.
Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
Mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t.
Memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
Memperoleh hubungan rapat dengan Rasulullah s.a.w.
Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
Terhindar dari kefakiran.
Dipandang sebagai orang yang mencintai Rasulullah s.a.w.
Meperoleh keberkatan dalam hidup.
Terhindar dari orang-orang yang bakhil.
Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH s.w.t.
Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
Menjadi zakat dan pembersih diri.
Memperoleh selawat dari ALLAH dan para malaikat.
Memperoleh pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

1. SELAWAT SYIFA


Terjemahan:
21 Jenis Selawat Nabi
8
Muallij Islamiah
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati,
penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat
keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya


Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat
tradisional

Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.

2. SELAWAT TAFRIJIAH.


Maksudnya: Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami,
Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala
apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati
yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada
keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.

Selawat Nariyah disebut juga selawat Tafrijiyyah yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang
menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan
sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang
ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik
dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini
bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu
21 Jenis Selawat Nabi
9
Muallij Islamiah
sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat
yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya
Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan
dan dikasihi oleh orang ramai.

-Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas
sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

-Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan
menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

-Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4.
Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

3. SELAWAT MUNJIYAT/SELAWAT MUNJIYYAH



Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dengan suatu selawat yang
menyebabkan kami semua selamat dari ketakutan dan malapetaka dan yang menyebabkan Engkau
tunaikan hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan hati kami dari segala kejahatan, yang
menyebabkan engkau angkatkan kami ke darjat yang tinggi di sisiMu dan yang menyebabkan engkau
menyampaikan semua cita-cita kami dalam bentuk kebaikan semasa hidup atau mati, di dunia dan di
akhirat.
Dibaca 40 kali, ,maka Allah SWT. menghilangkan segala kesusahan, memudahkan semua pekerjaan,
mudah memperoleh rezeki, menerangkan hati, menaikkan pangkat, memperbaiki tingkah laku,
membuka semua pintu kebaikan, mengindahkan ucapan, menjauhkan dari semua malapetaka, setiap
orang (baik laki-laki maupun perempuan) yang melihatnya menjadi senang dan cinta. Tetapi harus
dibaca setiap hari.

Keterangan:
Syeikh Al-Buni dan imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat, samada hajat dunia
mahupun hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali dan waktu tengah malam, maka
insyaALLAH tuhan akan menunaikan hajatnya dengan segera.
21 Jenis Selawat Nabi
10
Muallij Islamiah
Imam Dainuri menerangkan, jika pada suatu waktu umat islam ditimpa kesusahan atau penyakit
menular atau adanya suatu pengharapan agar tercapai cita-cita, hendaklah membaca selawat atas nabi
Muhammad s.a.w.
Selawat Munjiyah baik juga diamalkan dibaca sekali setiap selesai solat fardhu.

4. SELAWAT FATIH


"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang
tertutup/terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran
dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai
dan kedudukan yang tinggi lagi agung".

Penjelasan: Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi
Hassan Al-Bakri r.a. Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati,
dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh

5. SELAWAT SYAFI



21 Jenis Selawat Nabi
11
Muallij Islamiah
6. SELAWAT JIBRIL


7. SELAWAT AR-RAUF AR-RAHIM





21 Jenis Selawat Nabi
12
Muallij Islamiah
8. SELAWAT TASYAHUD/SELAWAT IBRAHIMIAH (PALING AFDAL)


9. SELAWAT AL-INAM



21 Jenis Selawat Nabi
13
Muallij Islamiah
10. SELAWAT JUWAIRIAH/SELAWAT JAWAHIR


11. SELAWAT IMAM SYAFIE 1



" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas nabi kami Muhammad setiap kali orang-orang yang mengingatinya
berselawat keatasnya dan orang-orang yang lalai terlupa untuk berselawat keatasnya"

Fadhilatnya:
Menurut Imam Syafi'e, selawat ini mempunyai kedudukan yang tinggi,mendatangkan keutamaan dan
mendapat keampunan ALLAH.




21 Jenis Selawat Nabi
14
Muallij Islamiah
12. SELAWAT IMAM SYAFI'E 2



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
" Wahai ALLAH ! Rahmatilah Muhammad dengan bilangan barangsiapa yang berselawat ke atasnya dan
rahmatilah Muhammad dengan bilangan sesiapa yang belum berselawat ke atasnya dan rahmatilah
Muhammad sebagaimana yang Engkau telah perintahkan untuk mengerjakan untuk mengerjakan solat
dan rahmatilah Muhammad sebagaimana Engkau sukakan orang yang berselawat ke atasnya dan
rahmatilah Muhammad sebagaimana layak selawat itu untuknya."

Fadhilatnya:
Menurut Imam Syafi'e selawat ini mendatangkan keampunan dan kerahmatan dari ALLAH .

13. SELAWAT MUKAFA'AH

" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Rahmatilah penghulu kami Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dengan rahmat
yang berkekalan, yang diterima dan dengan rahmat itu akan menunaikan haknya bagi pihak kami."

Fadhilatnya: Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan tergolong sebagai orang-orang yang
cintakan Nabi Muhammad s.a.w.


21 Jenis Selawat Nabi
15
Muallij Islamiah
14. SELAWAT SA'ADAH

" Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH ! Rahmatilah ke atas
penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu ALLAH, rahmat yang
berkekalan dengan kekalnya kerajaan ALLAH."

Fadhilatnya:

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, barangsiapa membaca selawat ini 1000 kali pada malam Jumaat akan
memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Menurut As-Syahwi, barangsiapa membaca selawat ini sekali dapat menyamai pahala membaca 600,000
selawat.



15. SELAWAT IBNU ABBAS



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! Wahai yang memiliki kelebihan yang berterusan keatas sekelian makhluk,wahai pemilik
kedua tangan yang sentiasa terbuka dengan kurniaan, wahai Tuhan yang mempunyaipemberian-
pemberian yang mulia, limpahkanlah rahmat atas Muhammad, sebaik-baik manusia dengan
penghormatan dan ampunilah kami, wahai Tuhan Yang Maha Tinggi di petang ini.

Fadhilatnya:

21 Jenis Selawat Nabi
16
Muallij Islamiah
1) Menurut Ibnu Abbas r.a., barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam Jumaat atau siangnya,
ALLAH akan mencatat baginya 1,000,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000,000 kejahatan dan
mengangkat 1,000,000 darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Khalilullah pada hari
kiamat.
2) Barangsiapa sentiasa membaca selawat ini akan dapat menyinarkan hati dan mudah memahami
sesuatu yang dipelajari serta mencerdaskan fikiran.

16. SELAWAT SAIDINA ALI


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya berselawat keatas nabi. Wahai orang-orang beriman
berselawatlah keatasnya dengan sesempurna selawat. Wahai ALLAH ! Tuhanku dan keberkatan-Mu.
Rahmat ALLAH yang baik dan pengasih dan malaikat-malaikat muqarrobin, para anbiya, para sidiqqin,
syuhada dan para solihin dan barang apa bertasbih kepada-Mu dari sesuatu, wahai Tuhan pemilik
sekelian alam keatas penghulu segala rasul, imam orang-orang yang bertakwa dan rasul Tuhan sekelian
alam, yang menyaksikan,pembawa berita gembira,penyeru kepada-Mu dengan keizinan-Mu, lampu
yang menyinari dan kesejahteraan keatasnya.

Fadhilatnya :

Menurut Syeikh Zainudin Bin Hussain Al-Maraghi, selawat ini diajarkan oleh Saidina Ali kepada para
sahabatnya setelah jenazah Rasulullah s.w.a selesai disembahyangkan sebagai suatu penghormatan
21 Jenis Selawat Nabi
17
Muallij Islamiah
yang amat besar dan mulia. Barangsiapa membaca selawat ini, maka telah melahirkan penghormatan
dan memohon rahmat dari ALLAH bagi Rasulullah s.a.w.

17. SELAWAT JIBRIL 1

" Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai ALLAH ! rahmatilah ke atas Muhammad, seorang nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau merahmati Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim dan berkatilah
Muhammad nabi yang ummi dan berkatilah ahli keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Limpahkanlah kasih sayang dan
rahmat-Mu ke atas Muhammad sebagaimana Engkau mengasihi dan merahmati Ibrahim dan ke atas ahli
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! kasihkanlah
Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kasihkan Ibrahim dan ahli
keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Wahai ALLAH ! Sejahterakanlah
Muhammad dan ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau kurniakan kesejahteraan ke atas
Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

Fadhilatnya:
Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan
mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.



21 Jenis Selawat Nabi
18
Muallij Islamiah
18. SELAWAT JIBRIL 2

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai ALLAH !
Rahmatilah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad di kalangan orang-orang yang
terdahulu dan terkemudian dan di kalangan penduduk langit hinggalah ke hari kiamat.

Fadhilatnya:
Menurut imam Sya'rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau
mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan
syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat.

19. SELAWAT BADAWI (WALI QUTHUB SIDI AHMAD AL-BADAWI)

Ertinya: Ya Allah, berkati penghulu kami Muhammad sinar penerang, dan dari misteri ke misteri, dan
ubat penawar bagi orang yang bukan Yahudi, dan kunci ke pintu kiri, Penghulu Muhammad yang terpilih
dan keluarga yang dimuliakan dan teman-temannya, semua orang yang baik akan menikmati keberkatan
Allah.

Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam
kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi
menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan
menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.
21 Jenis Selawat Nabi
19
Muallij Islamiah

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana
di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini
mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

20. SELAWAT BADRIYAH/ BADARIAH


Limpahan Selawat Allah, Limpahan Salam Sejahtera dari Allah Kepada Thaha (Muhammad SAW)
Rasulillah utusan ALLAH SWT, Limpahan Selawat Allah,dan Limpahan Salam sejahtera dari Allah Kepada
Yasin (Muhammad SAW) Rasulillah kekasih ALLAH SWT.


Kami bertawasul dengan Bismillah dan dengan sang Penyampai Hidayah, Rasulillah (SAW), dan
demi semua para mujahid di jalan Allah, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Wahai tuhanku selamatkanlah umat, dari kejahatan dan kemurkaanMu, Dan dari kegundahan
serta kesusahan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Wahai Tuhan Ku selamatkanlah kami, dan tolonglah kami dari segala gangguan, dan
singkirkanlah siasat-siasat musuh, dan berlemah lembutlah kepada kami, Demi Ahlul Badr
Wahai Allah,
21 Jenis Selawat Nabi
20
Muallij Islamiah


Wahai Allah singkirkanlah bencana-bencana dari para pendosa, dan kebinasaaan, Dan segala
musibah dan wabah penyakit, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Betapa banyaknya rahmat yang telah tercurah, dan betapa banyaknya kesulitan yang telah
tersingkir, Dan betapa banyaknya kenikmatan yang sampai, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Betapa banyaknya engkau cukupkan usia-usia (dengan hidayah), dan betapa banyaknya engkau
santuni orang-orang faqir (dengan kemuliaan dan pengampunan), Dan betapa banyaknya
engkau sembuhkan orang yang sakit (dengan tawassul dan keberkahan), Demi Ahlul Badr
Wahai Allah,



Sungguh telah tersempitkan hati sanubari para penduduk bumi, maka selamatkanlah musibah
dan kesulitan, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Kami datang mengemis kasih sayang, dan munculkanlah kebaikan dan kebahagiaan, Maka
Luaskanlah Anugerah dikedua tangan kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah
21 Jenis Selawat Nabi
21
Muallij Islamiah


Maka janganlah engkau tolak (wahai Allah SWT) hingga membawa kekecewaan, dan jadikanlah
kami selalu dalam kebaikan, Dan dilimpahi kehormatan dan kewibawaan, Demi Ahlul Badr
Wahai Allah,


Jika engkau menolak kami (wahai ALLAH SWT) maka pada siapa kami meminta, untuk
mendapatkan semua hajat-hajat kami, dan tersingkir segala kesedihan, Demi Ahlul Badr Wahai
Allah,


Wahai Tuhan Ku ampunilah dan muliakanlah kami, dengan mendapatkan apa-apa yang kami
minta, dan terhindarnya keburukan dari kami, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Wahai Tuhan Ku engkau Pemilik Kasih sayang, Pemilik segala Anugerah dan Pemilik segala
Kelembutan, Dan betapa banyaknya kesusahan yang sirna, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,


Dan limpahan selawat semoga tercurah pada Nabi Yang Mulia tiada terhitung dan tiada
terbatas beserta keluarga Beliau para pembesar yang bercahaya, Demi Ahlul Badr Wahai Allah,
21 Jenis Selawat Nabi
22
Muallij Islamiah
21. SELAWAT AZIMIAH

21 Jenis Selawat Nabi
23
Muallij Islamiah

You might also like