You are on page 1of 1

3. Langkah-langkah meningkatkan sektor Pertanian.

Mascapada ini, negara telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam plan pembangunan negara kita. Persoalan, bagimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian kita. Petani moden kita perlu menggunakan sains dan teknologi yang canggih untuk meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genatik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu. Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di universiti tempat dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Untuk menjalankan pertanian secara besar-bersaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank pertanian untuk kaum pekebun kecil . Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Pertubuhan koperasi petani digalakkan untuk memainkan peranan pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Petani kita digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Penginapan yang lengkap perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang lazat dan berkhasiat serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini bagai menyilam sambil minum air. Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya berprestij kepada generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kamung berhijrah ke bandar. Dengan kata lain, sektor pertanian patut dikembangkan seiring dengan pembangunan perindustrian negara kita.

You might also like