You are on page 1of 48

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU

BMM 3101

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk

i ii iv v vii viii

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan. 1.1 1.2 1.3 1.4 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka tajuk Kandungan

Tajuk 2. Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan ( 5 P ) 2.1 2.2 2.3 2.4 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka tajuk Kandungan

Tajuk 3. Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (5P) 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka tajuk 3.4 Kandungan Tajuk 4. Kemahiran Bernilai Tambah : Konstruktivisme dan Konstekstual 4.1 4.2 4.3 4.4 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka tajuk Kandungan

Tajuk 5. Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan 5.1 Sinopsis


4

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka tajuk 5.4 Kandungan

Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Modul Ikon Modul

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Pengenalan

Kursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3101) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan,

Matlamat,

Objektif

dan

Organisasi

Kandungan. Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan ( 5P) Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (5P) Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Bernilai Tambah: Kajian Masa Depan

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi setiap tajuk dan diakhirnya pula para pelajar akan melaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul. Bil. 1 Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Objektif: mendengar-bertutur, membaca, menulis Organisasi kandungan: kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, pengisian kurikulum. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran 1.0 2.0 Penghuraian hasil pembelajaran Contoh aktiviti Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran 3.0 4.0 Penghuraian hasil pembelajaran Contoh aktiviti Kemahiran Membaca Kemahiran 5.0 7.0 Penghuraian hasil pembelajaran Contoh aktiviti Kemahiran Menulis Kemahiran 8.0 11.0 Penghuraian hasil pembelajaran Contoh aktiviti Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Tahap 1 Hasil Pembelajaran Aras pembelajaran Contoh aktiviti Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Tahap 2 Hasil Pembelajaran Aras pembelajaran Contoh aktiviti Konsep Penggabungjalinan dan Penyerapan (5P) Takrifan Penggabungjalinan dan Penyerapan Contoh aktiviti Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (5P) Takrifan Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian Contoh aktiviti Pengisian Kurikulum: Ilmu, Nilai, Kewarganegaraan, Jam Tarikh Interaksi Bersemuka

3 3

10

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Peraturan Sosiobudaya Takrifan Contoh pengisian kurikulum 11 Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar Cara Belajar Takrifan Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kecerdasan Pelbagai Takrifan Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah: Konstruktivisme dan Kontekstual Takrifan Contoh aktiviti dalam p & p Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah: Kajian Masa Depan Takrifan Aplikasi dalam langkah pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah Sistem Bahasa Tatabahasa Sistem ejaan, sebutan, dan intonasi Kosa kata dan peribahasa JUMLAH

12

13

14

15

45

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan

1.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan nya. Dalam unit ini , pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana Falsafah Pendidikan Negara mempunyai perkaitan dan dimanifestasikan dalam objektif dan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Objektif Sukatan Pelajaran Bhasa Melayu juga akan dibincangkan melibatkan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam aspek organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, aspek kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan juga pengisian kurikulum juga akan dibincangkan.

1.2 Hasil Pembelajaran

i.

Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

ii.

Menganalisis dan menghuraikan objektif sukatan pelajaran yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

iii.

Menganalisis dan menghuraikan organisasi kandungan iaitu kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

10

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1.3 Kerangka Konsep Tajuk 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat dan Objektif Sukatan Pembelajaran

Objektif:Mendengar Bertutur Membaca Menulis

Organisasi Kandungan: Kemahiran bahasa Hasil pembelajaran Sistem bahasa Pengisian kurikulum

1.3.1 Falsafah Pendidikan Negara Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

11

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Aktiviti 1 Perbincangan Apakah yang dimaksudkan dengan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani? Bagaimanakah aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diaplikasikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah?

1.3.2 Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

1.3.3 Matlamat

Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan kepada murid-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, berinteraksi dan mengendalikan urusan harian. Aktiviti 2

Bentuk kumpulan dan bentangkan kepada kelas bagaimana matlamat keterampilan berbahasa dan berkomunikasi boleh dibentuk dalam kalangan pelajar. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan serta pensyarah anda dan dibentangkan di hadapan kelas.

Selamat berbincang !

12

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1.3.4 Objektif

Apakah unsur-unsur FPK yang mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ?

Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah? Telitilah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berikut:-

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda sepatutnya dapat:i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal ii. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai situasi. iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis v. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis. vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang

sesuai dan betul; viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur,

membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan x. karya berunsur ilmu; dan

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

13

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.3.5 Organisasi Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil

pembelajaran ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
Kemahiran Bahasa

Pengisian Kurikulum

Organisasi Kandungan

Hasil

Sistem Bahasa

1.3.1 Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku. 1.3.2 Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

14

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid 1.3.3 Sistem Bahasa Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Tatabahasa Morfologi Sintaksis

Kosa Kata Umum Istilah

Sebutan Bahasa Melayu Baku

Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

SISTEM BAHASA Sistem Ejaan Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan kata pinjaman

Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

1.4.2

Konsep Hasil Pembelajaran

Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid

15

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Aktiviti 3 1. Huraikan perkaitan FPN dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah 2. rendah.

Sediakan satu RPH P&P Bahasa Melayu Tahun 4 yang mengaplikasikan konsep FPN.

Arahan Soalan 1 dibincangkan bersama rakan anda dalam kumpulan dan dibentangkan. Soalan 2 dijawab dalam bentuk esei dan diserahkan kepada pensyarah anda untuk dinilai.

Tajuk 2

Konsep Penggabungjalinan , Penyerapan dan Konsep 5P

2.1.

Sinopsis Tajuk ini membincangkan konsep dan jenis penggabungjalinan dan menjelaskan konsep serta bentuk penyerapan yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas KBSR.

2.2.

Hasil pembelajaran. i. ii. Melaksanakan aktiviti gabung jalin dalam pengajaran Bahasa Melayu. Melaksanakan aktiviti penyerapan pelbagai unsur dalam pengajaran Bahasa Melayu.

16

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN

TUJUAN PENGGABUNGJALINAN PRINSIP G/JALIN BENTUK AKTIVITI

KONSEP PENYERAPAN TUJUAN CONTOH AKTIVITI

LATIHAN PEMANTAPAN

2.3

KONSEP 5P

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

17

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Penggabungjalinan

Penilaian

Penyerapan

5P
Pemulihan Rajah : Konsep 5P 2.4. Penggabungjalinan Pengayaan

Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan? Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam berkesan. 2.4.1. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut: a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar. hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

2.4.2. Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik. Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

18

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2.4.3. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran 2. Penggabungjalinan bahan 3. Penggabungjalinan aktiviti i. Penggabungjalinan Kemahiran

K1

K4

K2

K1-Kemahiran Mendengar K2-Kemahiraan Bertutur K3-Kemahiran Membaca K4-Kemahiran Menulis BM-Bahasa Melayu

BM K3

Rajah 1: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran

K1

K1-Kemahiran Bahasa K2-Kemahiran Muzik K3-Kemahiran Seni BM-Bahasa Melayu


K3 K2

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

ii.

Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh mengabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman, dan tulisan.

19

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Aktiviti Bacaan dan Kefahaman Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuat ayat Memberi makna Menghurai ungkapan

Lisan

Tulisan

Berbual Berbincang Bertemu ramah Berbahas Berceramah Bercerita Berlakon

Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi

Rajah 3: Penggabungjalinan Aktiviti Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik. Contoh: a. Berceramah mencatat isi b. Bercerita berbincang menulis karangan c. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan iii. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut: murid. Antara bahan yang boleh

20

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bahan Bahan utama (Petikan) Rencana Laporan Berita Ucapan Komentar Pengumuman Ulasan Iklan Bahan sokongan (Bahan rangsangan) Gambar Data Rajah Graf Carta Bahan lisan (Rakaman) Ucapan Ulasan Komentar Laporan Temu bual Pengumuman Wawancara

Rajah 4: Penggabungjalinan Bahan Anda boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik.

Lihat contoh yang berikut: 1. Berita ulasan 2. Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.

2.4.4. Contoh penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tajuk pelajaran : Jasa Ibu Langkah 1 : Murid membaca sajak bertajuk jasa ibu.(kemahiran membaca) Langkah II : Murid bercerita tentang jasa ibu mereka.(kemahiran lisan) Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas Jasa ibu dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan) Langkah IV : Murid menulis ayat-ayat tentang keistimewaan ibu mereka ( kemahiran menulis) Langkah V : Murid mencipta kad Hari Lahir ibu dan mewarnakannya.. (kemahiran Seni Visual) Penutup : Murid menyanyi lagu ibu dan melakukan pergerakan. (kemahian muzik)

21

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2.5. Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.

Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

2.5.1

Tujuan Penyerapan. Aspek ini boleh membantu murid untuk : a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan; b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati; d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu; e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

g. Membantu

perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks; h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :

i.

Ilmu Pengetahuan. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang 22

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.

Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.

Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

iv.

Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu

mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

v.

Peraturan sosio-budaya.

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

23

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

vi.

Kemahiran Bernilaian Tambah.

Penyerapan

kemahiran

bernilai

tambah

dalam

pengajaran

bahasa

bagi

membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai. 2.6. Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Subjek : Bahasa Melayu Tahun : 4 Tema: Keluargaku Sayang Tajuk: Keluarga Bahagia Kemahiran: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Contoh aktiviti : Menulis ayat tunggal Menulis ayat majmuk Melukis gambar aktiviti keluarga ( Pendidikan Seni) Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Agama Islam / Moral)

2.6.1

Aktiviti Bincangkan bersama rakan-rakan anda bagaimanakah proses pengaplikasian aktiviti penggabungjalinan dan penyerapan boleh membantu proses pembelajaran pelajar secara menyeluruh.

Bentangkan dan bincangkan hasil dapatan anda.

24

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 3

Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian (5P)

3.1 Sinopsis Tajuk ini akan menghuraikan konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu . Tiga konsep ini yang merupakan sebahagian daripada komponen Konsep 5P akan diterangkan secara khusus dan dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana konsep ini diaplikasikan dalam P&P. Perbincangan, aktiviti dan latihan disediakan untuk memantapkan pemahaman anda mengenai tajuk ini. 3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:i. Menghuraikan konsep pengayaan, pemulihan dan penilaian dan hubungannya dengan P&P Bahasa Melayu. ii. Menghasilkan RPH yang menunjukkan konsep berkenaan dalam P&P.

3.4 Kerangka Konsep

Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian

Takrifan dan huraian konsep

Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

25

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 3.3 Takrifan Pengayaan . Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan

daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pengayaan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?

3.4 Objektif Pengayaan Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba bincangkan dengan rakan anda:

a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu; b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka; c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri; d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan; e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

3.5 Aktiviti Pengayaan

Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

26

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah a. Menggunakan daya usaha sendiri; b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri; c. Memberikan eksperimental; d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah e. Melibatkan pembacaan luas; dan f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial. penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: Pembelajaran akses kendiri; Kerja projek; Bacaan tambahan; Permainan dan rekreasi; dan Pembelajaran berbantukan komputer.

3.6 Takrifan Pemulihan

Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu

dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Muridmurid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

3.7 Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid: a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka; b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru; d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju; 27

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari; g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pemulihan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?

3.8 Takrifan Penilaian Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

PENILAIAN

PEMULIHAN

PENGAYAAN

.
PENILAIAN

Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian 28

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.9 Jenis-jenis Penilaian

Tahukah anda?

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji

Nota Ringkas:i. ii. i. Ujian Formatif Ujian Sumatif

Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif 1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan. 2. Sepanjang pengajaran 3. Kognitif, psikomotor dan afektif 4. Terhad kepada tugasan 5. Berubah-ubah 6. Dibentuk khas 7. Rujukan kriteria

Perbezaan

Ujian sumatif 1. Pensijilan atau penggredan 2. Pada akhir unit/kursus 3.Kognitif 4. Beraneka jenis 5. Senang sukar

Fungsi

Masa Penekanan Sifat Kesukaran Alat Jenis ujian

6. Peperiksaan akhir tahun 7.Rujukan norma

3.10 Aktiviti Penilaian Bahasa

Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam P&P anda? Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan; 29

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.11 Porfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.

i.

Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina. Portfolio Kerja Harian Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen

ii. Bagaimana menilai portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E J A A N

5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru 3 Membentuk suku kata 2 Menyebut bunyi huruf 1 Permulaan mengenal huruf

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (onbalance) tentang tahap pencapaian pelajar.

30

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

3.12 Penilaian Melalui Pemerhatian.

i.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian

3.13 Aktiviti 1

1. Bincangkan bersama kumpulan anda bagaimana aktiviti pengayaan, pemulihan dan penilaian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.

31

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kemahiran Bernilai Tambah: Tajuk 4 Konstruktivisme dan Kontekstual

4.1 Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan aspek konstruktivisme dan kontekstual dalam Kemahiran Bernilai Tambah .KBT mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan sebenar murid serta senario dunia global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang akan dibincangkan dalam tajuk akan memberikan tumpuan khusus kepada sspek Kemahiran Konstruktivisme dan Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu sekolah rendah.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-

i.

Menghuraikan

aspek-aspek dalam P&P yang boleh dikaitkan dengan

Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual. ii. Mengaplikasikan Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual dalam P&P.

32

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KONSEP KONSTRUKTIVISME

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH KONSEP KONSTEKSTUAL CONTOH AKTIVITI P&P

Rajah 1: Kerangka tajuk KBT : Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual

4.3 Takrifan Konstruktivisme

Konstruktivisme

merupakan

satu

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran

berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain (Mc Brien & Brandt, 1997).

Selain itu Briner,M, 1999 juga menyatakan murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dengan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Rumusannya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid-murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

33

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 4.4 Contoh aktiviti dalam P&P Bahasa Melayu

i.

Objektif : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf T dengan imbuhan me

ii. Tajuk : Tatabahasa- Imbuhan Kata Kerja ( Awalan me- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf t. iii. Tahun 6 iv. BBM : Kad gambar v. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui yang kata terbitan terdiri daripada imbuhan dan kata dasar. vi. Aktiviti: Murid ditunjukkan gambar orang sedang menulis, menendang bola, menumbuk sambal, menarik lembu dan menonton televisyen. Pelajar menulis ayat berkaitan dengan gambar dan menggarisi kata kerja berimbuhan seperti menulis, menendang dan sebagainya. Murid menentukan kata dasar bagi perkataan ini dan

menyenaraikannya dalam jadual.

Kata Terbitan

Kata dasar

menulis

tulis

Murid diberikan kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian murid membentuk kata terbitan jika imbuhan me- diletakkan pada awal kata dasar ini.

Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi. Murid membaca ayat-ayat berikut:-

Salleh menangis apabila dimarahi gurunya. Rosma menambah gula ke dalam minumannya. Sambil menyelam Roslan telah mentelan air.

Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataanperkataan yang bergaris dan memberikan sebab. Murid merumus peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata dasar yang bermula dengan huruf t dengan imbuhan me 34

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf t tetapi tidak mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.

4.5 Kemahiran Kontekstual Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Kaedah kontekstual merupakan kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat hubungkait antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Hal Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan motivasi pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Bagaimana Kemahiran Kontekstual berlaku? Berdasarkan kemahiran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga sesuatu ilmu itu membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Hal Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

35

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Cuba anda bincangkan faedahnya kepada pendidik? Kemahiran kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam nyata. 4.6 Contoh Aktiviti Kemahiran Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu Subjek : Bahasa Melayu Tahun 4 Tema: Unit 12 Keajaiban Alam Tajuk : Sirih dan Pegaga Kemahiran: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aktiviti: Lawatan ke taman herba Mengenal pasti pokok herba terutama sirih dan pegaga Berbincang mengenai kegunaan herba berkenaan Membina frasa , ayat dan esei ringkas mengenai herba berkenaan. Aktiviti memproses herba/ daun pegaga untuk minuman kesihatan

4.7 Latihan 5.7.1 Huraikan bagaimanakah kemahiran kontekstual digunakan untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 4 yang bertajuk Pertanian kepada pelajar-pelajar sekolah orang asli di sebuah kawasan pedalaman. 5.5.2 Sediakan satu set aktiviti untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 6 yang mengaplikasikan kemahiran kontekstual bagi tajuk-tajuk di bawah: Semangat patriotisme

36

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Inginkan rujukan lanjut? Berikut ialah contoh laman web yang anda boleh gunakan. http://www.scribd.com/doc/3951685/PENDEKATAN-KONTEKSTUAL-

DALAM-PEMBELAJARAN

Tajuk 5

Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan

5.1.

Sinopsis.

Tajuk ini membantu guru memahami dan menggunakan Kajian Masa Depan di dalam bilik darjah. 5.2. Hasil Pembelajaran. i. ii. Memahami konsep utama kajian masa depan. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa depan iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

37

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TAKRIFAN KAJIAN MASA DEPAN

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


KONSEPKONSEP KAJIAN MASA DEPAN & HURAIAN

AKTIVITI P&P LATIHAN

Rajah : KBT : Kajian Masa Depan 5.3 Konsep

Kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatau perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal Ini bermakna, murid akan membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengandaikan perubahan yang akan berlaku supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Kajian masa depan juga akan menyediakan generasi baru dengan bekalan ilmu untuk menghadapi cabaran, dugaan dan perubahan. Pelajar boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang

berwawasan, rasional, kreatif serta bersifat dinamik yang boleh menerima serta menangani perubahan. Situasi masa depan sukar diramal kerana perubahan sentiasa berlaku. Justeru, kita perlu tahu bagaimana meramal dan menangani masa depan.

38

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5.4. Proses Pengajaran Kajian Masa Depan. i. ii. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal pasti isu-isu. Mengetahui dan mengamalkan kemahiran Meneroka pilihan dan strategi alternatif Memahami apa yang dibuat atau difikir boleh memberi pengaruh. Meningkat keupayaan diri. Mengenal pasti dan menghasilkan inovasi dan citaan sosial. Memahami bahawa kita hidup di dunia untuk melakukan amalan yang baik. vii. Menghubungkaitkan sistem nilai masyarakat Malaysia dalam usaha menangani isu

5.5.

Objektif Pengajaran Kajian Masa Depan. i. ii. iii. iv. v. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan Membina sikap dan nilai masa depan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian nasa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal nasa depan Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan vi. vii. viii. ix. Menyemai semangat optimistik tentang masa depan. Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan. Melatih untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Menentukan hala tuju

5.6.

Kemahiran dan Aplikasi P&P Kajian Masa Depan.

Kemahiran khusus kajian masa depan Pemahaman konsep kajian masa depan Masa lalu,masa kini dan masa depan saling berkaitan antara satu sama lain. Segala tindakan dan peristiwa semasa ada kaitan dengan masa lalu. Masa depan dibina oleh tindakan, keputusan dan peristiwa yang berlaku sekarang. Proses mengenal pasti pilihan dengan i. Membuat metafora masa depan ii. Membandingkan aspek peredaran masa iii. Membandingkan budaya yang kekal dan budaya yang berubah Penjelasan Aplikasi P&P

39

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah alternatif memerlukan pemahaman tentang trend ekonomi, teknologi baru dan perubahan sosial, persekitaran setempat negara dan peringkat antarabangsa. Pengumpulan maklumat Pengumpulan dan analisis maklumat membolehkan kita memahami data masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan serta membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Maklumat akan dipilih,ditapis dan dinilai untuk menghasilkan sesuatu yang releven dan sesuai i.Menyediakan dan menyimpan fail berdasarkan tema yang dipilih. ii. Folio kajian masa depan. Maklumat terkini bagi isuisu yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi. Bahan diperoleh daripada surat khabar, majalah, CD, internet dan pengkalan data. iv. Meninjau perhubungan dan perkaitan antara masa lalu,masa kini dan masa depan,

Ramalan dan analisis

Teknik ramalan dan analisis melibatkan proses mengenal pasti kesan atau akibat sesuatu perubahan berdasarkan pengetahuan dan maklumat sedia ada. Teknik ramalan dan analisis cuba membuat bayangan dan andaian tentang sesuatu perubahan atau perkembangan teknologi Mengambil kira implikasi perubahan luaran sesuatu masalah, idea baru,konflik yang mungkin timbul untuk membuat pilihan dan mencari penyelesaian.

i.Peta minda ii. Roda masa depan. iii. Garis masa iv. Kitaran perubahan v. Memberi pandangan tentang sesuatu pembaharuan dan membuat pilihan berhubung dengan penemuan baru. vi. Menggunakan imaginasi untuk menggambarkan sesuatu keadaan masa depan dan mengemukakan pendekatan dan analisis untuk membina agenda alaf baru.

Imaginasi dan kreativiti

Pencetusan dan pencambahan idea baru ini membantu kita ke arah

i. Berita masa depan menggabungjalinkan

40

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengasilkan idea inovatif untuk meneroka dan membina masa depan Kemahiran imaginasi dan kreativiti yang tidak ada had, bebas dan melangkaui batasan pemikiran. proses penaakulan dan kreativiti dengan lebih mementingkan kemahiran asas Main peranan dalam pelbagai situasi.Guru menyediakan murid dengan konsep,pemahaman dan senario masa depan. ii.Lembaran tugasanmenentukan isu dan mengumpul item bahan daripada internet,majalah,surat khabar. iii. Jenaka,kartun dan simbol melalui lukisan,simbol dan tanda tanpa perkataan bagi menyampaikan idea dan isu penting masa depan. iv.Fantasi dan fiksyen sains. Melalui penulisan fantasi dapat merangsang pemikiran kreatif dan kritis Strategi mengatasi cabaran Remaja selalu menunjukkan sifat prihatin dan kebimbangan tentang masa depan Strategi mengatasi cabaran membantu membina rasa optimis dan keyakinan diri serta menangani masalah untuk mengurangkan kebimbangan Membantu seseorang memfokuskan pandangan dan respon terhadap masa depan. i. Aktiviti persediaan membolehkan murd berani menyatakan pandangan. ii. Memberi pandangan dan respon terhadap peristiwa, perubahan dan pembaharuan. iii. Pandangan terhadap masa depan iv. Strategi mengatasi

41

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Murid membina kemahiran berikut : Proses inovasi sosial Mengemukakan idea den perasaan. Berkomunikasi Isu,masalah dan peluang Menyatakan kebimbangan Menangani masalah Menjalankan peringkat dalam proses berdasarkan peringkat berikut : Teknik ini untuk mengajar kemahiran penyelesaian masalah. Ketidakseimbangan kesan pekembangan teknologi. Menyoal untuk menentukan masalah Sumbang saran untuk penyelesaian masalah Dengan penggunaan teknik ini manusia dapat meningkatkan kualiti hidup pada masa hadapan.Teknik ini juga memberi respon terhadap masalah utama dan dilema dalam hidup.Teknik ini membolehkan manusia menangani masalah sosial sebelum masalah itu menjadi satu krisis. Menilai kebolehlaksanaan idea. Merancang pelan tindakan Menjalankan proses inovasi Mengenal pasti contoh inovasi sosial dalam Penghijrahan ke bandar mewujudkan proses inovasi sosial.Hal ini menyebabkan manusia menggunakan pelbagai inovasi dalam kehidupan bagi menyelesaikan masalah tersebut, contohnya inovasi sistem pengangkutan, bangunan pencakar langit dan proses pelupusan sampah. Membina senario Senario ialah satu gambaran dalaman yang jelas tentang masa depan. Membantu pelajar membina gambaran i. Cara membina senario ii. Perbahasan kelebihan dan kelemahan senario negara. Aktiviti: Mengenal pasti proses inovasi Melibatkan proses inovasi cabaran. Membina keyakinan diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

Merupakan cara baru untuk menyelesaikan masalah sosial atau meningkatkan kualiti hidup.

42

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah jelas tentang situasi masa depan. dalam pelbagai situasi

Senario ini boleh dibina dalam benuk tulisan, cerita, lukisan atau pun puisi.

Senario juga boleh disampaikan dalam bentuk bukan tulisan seperti lukisan,rajah,graf,carta,carta pai,jadual dan statistik Penjelasan nilai dan masa depan. Penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggung jawab masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang. Aktiviti persediaan. -Murid memahami kedudukan diri dalam keluarga dan menjalankan nilai-nilai yang dihargai dalam keluarga. Proses ini mengajar murid berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni yang boleh memandu tindakan atau pilihan masa sekarang supaya meninggalkan kesan positif pada generasi akan datang. Ingatkan konsep perkara yang kekal dan yang berubah dalam kehidupan. Membuat pilihan nilai sebagai respon kepada perubahan persekitaran Murid akan memllih nilai yang memberi keyakinan kepada mereka untuk memilih masa depan yang diingini sosial dan fizikal. Menyedari dunia bukan sahaja milik kita tetapi juga milik generasi akan datang. Bagi membolehkan murid berfikr tentang nilai murni yang diamalkan sekarang akan memberi kesan positif kepada masyarakat akan datang. Dimensi Kemapanan Bermaksud memberi kesedaran,menghargai dan menilai semula serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meneroka jalan kearah mewujudkan negara maju dan masyarakat yang mapan.Setiap pihak Nikmat alam Memelihara dan memahami persekitaran. ii. Menjana sumber kehidupan iii. Pemilihan had

43

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah perlu mengekalkan kesejahteraan hidup perkembangan Menentukan penggunaan Keupayaan kita mencorak dan membentuk masa depan dunia dan kesejahteraan hidp.Memberi kesedaran supaya menghargai dan menilai semula dan mengambil tindak sewajarnya dalam meneroka hala tuju supaya dihargai oleh genarasi sekarang dan akan datang. sumber alam untuk mengurangkan pembaziran supaya tidak pupus. iv. Mengekalkan keamanan dunia. Mencari langkah dan tanggungjawab mengekalkan keamanan

5.7.

Pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan. Pengajaran dan pembelajaran penyerapan unsur kajian masa depan dijalan melalui 3 cara :

i. ii. iii.

Menggunakan matrik sepenuhnya. Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran. Mengunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.7.1. Perancangan pengajaran berasaskan kajian masa depan i. ii. iv. v. vi. Pilih isu atau tema yang releven. Menyediakan satu perancangan yang strategik Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Boleh diaplikasikan sebagai projek kerja ko-kurikulum Peranan guru sebagai fasilitator.

Aktiviti 1. 1. Senaraikan satu set aktiviti berasaskan KBT: Kajian Masa Depan mengenai tajuk Keburukan Merokok untuk Bahasa Melayu Tahun 6.

44

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahniah ! Anda telah berjaya menamatkan Modul Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Untuk memastikan anda benar-benar menguasai modul ini, berikut disediakan 2 soalan untuk anda jawab. 1. Apakah yang anda faham mengenai maksud sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran? 2. Pilih salah satu tajuk daripada modul ini dan buat satu esei mengenai tajuk berkenaan. Huraian anda dalam esei berkenaan hendaklah dikaitkan dengan proses P&P Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Arahan: Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda. Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada

pensyarah/tutor anda. ________________________________MODUL TAMAT_________________________

45

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood. (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayudalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Pearson Malaysia Sdn. Bhd Petaling Jaya:

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 Tahun 6) Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Nik Safiah Karim et. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Semakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Sabran ( 1985 ). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

46

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN

PN. AMINAH BT. OTHMAN Pensyarah, IPGM Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Kelulusan: B.Litt.Hons.(Linguistik/Sastera) UKM Diploma Pendidikan -UKM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (18 tahun) Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

EN. NORDIN BIN SHAARI Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu.

Kelulusan: M.Ed. ( Psikologi Pendidikan ) USM Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa Melayu / Sosio-Budaya Melayu ) UM Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu) MPKB Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu ( 3 tahun) Guru Bahasa Melayu ( 26 tahun)

CIK NORLIZA BINTI YUSOF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (dengan kepujian) UPSI Sijil Perguruan Pengajian Melayu PSR-PM IPSI Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (14 Tahun)

47

BMM3101 Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

48

You might also like