You are on page 1of 20

1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan Soalan Tugasan Soalan Tugasan 1

2 4 5

Soalan Tugasan 2 Kesimpulan

12 18

Bibliografi Lampiran

20

PENGENALAN Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan sosial seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari kepentingan sastera dalam pembinaan negara bangsa, kementerian menawarkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif atau pilihan kepada pelajar mulai 1957. Dari semasa ke semasa, kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Kesusasteraan Melayu melalui proses penyemakan semula sukatan pelajaran yang dilakukan pada 1984, 1991 dan 2002. Bagi memantapkan lagi peranan sastera di sekolah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun 2000 dan wajib dipelajari pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Lima dan dikenali sebagai Komsas. Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan Komponen dan Kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pasca tahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa. Kementerian Pelajaran menyedari peranan subjek Sastera yang dapat menyemai nilai positif dan jati diri kepada semua pelajar. Melalui sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu, peranan dan fungsi sastera yang didedahkan kepada pelajar, bukan saja mampu

3 memperkayakan perbendaharaan kata menggunakan bahasa sastera yang indah, malah pelajar dapat melahirkan idea, pemikiran kepercayaan dan perasaan secara kreatif dan imaginatif melalui pembacaan dan menganalisis teks disediakan. Selain itu, fokus pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu bukan saja terhad kepada menyebar ilmu pengetahuan dan ilmu sastera kepada pelajar, malah mereka akan disemai dengan nilai terpuji misalnya kasih sayang, hormat-menghormati dan patriotisme melangkaui sempadan ilmu sastera itu sendiri. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas. Antara matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas termasuklah: i. ii. iii. iv. v. Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, Meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, Memupuk kesedaran terhadap nilai estetik karya dan keindahan bahasa, Mengenali dan mengurus perasaan pelajar, dan Meningkatkan kemahiran interapersonal dan interpersonal

Pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran. Belajar tanpa matlamat seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul tanggapan yang negatif terhadap Komsas. Ada yang mengatakan bahawa Komsas sukar dipelajari dan Komsas membebankan. Maka wujudlah rasa kurang berminat untuk membaca teks Komsas. Tanggapan yang negatif ini dapat dihapuskan jika pelajar memahami matlamat yang digariskan tadi.

SOALAN TUGASAN Soalan 1 ...KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. (Nadzeri Isa:2008) Kenal pasti SATU teks KOMSAS yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bincangkan pelaksanaan KOMSAS dalam memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping dapat membantu penguasaan berbahasa pelajar. Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh dan data yang berkaitan dengan mengambil kira aspek sistem bahasa dan seni bahasa. Lampirkan teks tersebut bersama tugasan anda. (20 markah) Soalan 2 KOMSAS telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun 2001. Dalam hal ini, beberapa kajian telah dijalankan berhubung tentang KOMSAS sama ada berkaitan dengan teks, pelaksanaan, penilaian mahupun isu-isu berkaitan dengan pelaksanaannya. (Nik Rafidah Nik Mohamad Affendi:2009) Kenal pasti kajian yang berkaitan dengan KOMSAS dan hasilkan ulasan tentang kajian tersebut. Ulasan yang diberikan perlu memasukkan maklumat-maklumat yang berkaitan, iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Tajuk kajian/ Nama pengkaji/ institusi yang menjalankan kajian Kaedah Kajian (Sampel/ responden kajian/ bahan kajian) Dapatan kajian Rumusan/ kesimpulan/ cadangan Lampirkan kajian yang dijadikan sebagai bahan ulasan.

5 (10 markah) [Jumlah: 30 Markah] 1. Soalan Tugasan 1 1.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN TEKS KOMSAS YANG DIPILIH Mata Pelajaran Tingkatan Topik Tajuk Masa Hasil Pembelajaran (Objektif) : Bahasa Malaysia : 1 Melur : Sajak : Lebah dan Madu : 80 Minit : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat: i. ii. Membincangkan tema sajak Lebah dan Madu. Membincangkan persoalan-persoalan yang terdapat di dalam sajak Lebah dan Madu. iii. Membincangkan pengajaran yang terdapat di dalam sajak Lebah dan Madu. Penerapan Nilai : i. ii. iii. iv. Penyerapan Ilmu Strategi Pengajaran Kemahiran Sastera : i. ii. : i. ii. Kerjasama Kerajinan Berjasa Hormat Sains Alam Sekitar Koperatif Direktif nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan.

: 1.26.1: Berbincang dan mengenal pasti nilai-

6 1.2.8 : Berbincang tentang perwatakan secara kritis dan analitis. Kemahiran Generik KBKK Kecerdasan Pelbagai : i. ii. iii. : i. ii. iv. v. Media Pengajaran : i. ii. iii. iv. v. Pengetahuan Sedia Ada Menjana idea Mengulas Menganalisis Kecerdasan berbahasa Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan muzik Sajak Lebah dan Madu Komputer riba Projektor LCD dan layar Lembaran kerja Kertas edaran

: Pelajar telah membaca teks sajak seminggu sebelum pengajaran.

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P & P CATATAN

1. Teks sajak Lebah dan Madu dalam kertas edaran. Soalan-soalan: SET INDUKSI (10 Minit) 1. Siapakah watak utama yang diceritakan di dalam sajak Lebah dan Madu?

1. Pelajar menerima kertas edaran. 2. Guru menayangkan rakaman video menggunakan komputer riba, projektor LCD dan layar. 3. Di dalam rakaman video tersebut menunjukkan seorang mendeklamasikan sajak Lebah dan Madu dan

1. Strategi Pengajaran: Direktif 2.Teknik: Mestamu 3. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan

7 2. Apakah yang sedang dilakukan oleh lebah-lebah tersebut? 3. Apakah yang akan dihasilkan oleh lebahlebah tersebut? seorang lagi menyanyikan sajak tersebut mengikut melodi sebuah lagu popular. 4. Rakaman video dimainkan semula dan guru meminta semua pelajar untuk menyanyi bersama. 5. Guru bersoaljawab dengan pelajar dan mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk dan isi pelajaran yang akan diajar pada hari ini. 1. Tema: Persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, secara langsung atau tidak langsung. Tema sajak ini ialah LANGKAH 1 (20 Minit) lebah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan berjasa kepada hidupan yang berada di sekelilingnya. 2. Persoalan: Perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang 1. Guru menerangkan dan membincangkan maksud tema dan persoalan kepada pelajar-pelajar. Guru menggunakan perisian Ms PowerPoint untuk menerangkan isi pelajaran kepada pelajar. 2. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan diminta untuk membincangkan tema dan persoalan sajak Lebah dan Madu. 3. Apabila sesi perbincangan selesai, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasilan 4. KBKK: Menjana idea 3. Nilai: Kerjasama 2. Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Berbahasa 4. Media pengajaran Komputer riba Projektor LCD Layar Kertas edaran 1. Strategi pengajaran: Direktif Koperatif Berbahasa Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Muzik

8 ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Contoh persoalan dalam sajak ini ialah bekerjasama dalam menjalankan tugas iaitu lebahlebah ini bekerjasama mengumpulkan madu. 1. Pengajaran: Peringatan / pedoman / mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam karyanya kepada pembaca. LANGKAH 2 (20 Minit) 2. Contoh pengajaran dalam teks sajak ini ialah kita perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan seperti lebah bantu membantu untuk menghasilkan madu. 1. Guru menerangkan secara ringkas maksud pengajaran dan memberikan contoh yang sesuai berdasarkan teks Lebah dan Madu. 2. Guru meminta pelajar-pelajar melakukan aktiviti bertulis dalam buku latihan KOMSAS. Mereka diminta untuk menyenaraikan pengajaran yang boleh diperoleh daripada teks sajak beserta dengan contoh-contohnya. 3. Apabila masa telah tamat, beberapa orang murid akan dipilih untuk membacakan jawapan mereka dan jawapan tersebut akan dibincangkan bersama guru dan pelajar-pelajar lain. 3. KBKK: Menjana idea Menganalisis 2. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal 1. Strategi pengajaran: Direktif mereka. Setiap kumpulan digalakkan untuk membuat peta minda yang dilakar dan ditulis pada kad manila. 5. Media pengajaran: Komputer riba Kad manila

1. Contoh soalan kefahaman: a. Apakah perkara yang menyedarkan penyajak apabila melihat lebah? b. Apakah sifat lebah yang boleh dicontohi? LANGKAH 3 (20 Minit) c. Frasa ada ratu ada pekerja merupakan gaya bahasa __________. 2. Soalan Tatabahasa a. Senaraikan kata nama yang terdapat di dalam teks sajak. b. Bina 2 ayat daripada setiap kata nama yang telah disenaraikan. Teknik: Deklamasi PENUTUP (10 Minit) Mestamu Nyanyian Melodi

1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 2. Pelajar diminta untuk menjawab soalan kefahaman dan soalan tatabahasa berdasarkan teks sajak Madu dan Lebah.

1. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal 2. KBKK: Menjana idea Menganalisis 3. Media pengajaran: Lembaran kerja

1. Guru meminta semua pelajar berbincang dalam kumpulan dan mencari satu teknik yang dirasakan sesuai untuk mendeklamsikan sajak Lebah dan Madu mengikut cita rasa setiap kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan

1. Strategi pengajaran: Koperatif 3. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan

10 peluang untuk mendeklamasikan sajak tersebut mengikut teknik yang telah mereka pilih. Berbahasa Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Muzik

1.2 Teks KOMSAS Teks KOMSAS yang dipilih ialah sebuah puisi moden iaitu sajak yang bertajuk Lebah dan Madu. Pemilihan teks ini adalah berasaskan kepada kesesuaian teks ini yang mudah difahami oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1. Penulis menggunakan bahasa yang mudah, jelas dan nyata untuk menyampaikan mesej yang terkandung di dalam karyanya agar ia mudah diterima oleh para pembaca. Di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirangka di atas, guru telah memilih untuk menyanyikan sajak tersebut mengikut irama lagu popular masa kini di dalam set induksi pengajarannya. Ini akan membantu pelajar-pelajar untuk mengingati dan menghayati sajak tersebut selain untuk menarik minat mereka untuk mengikuti sesi pengajaran seterusnya. Tema sajak Lebah dan Madu ialah lebah mengamalkan nilainilai murni dalam kehidupan dan berjasa kepada hidupan lain di sekitarnya terutama sekali kepada manusia melalui penghasilan lebahnya. Tema sajak ini dapat diterjemahkan oleh pelajar melalui sesi pengajaran terancang yang dikelolakan oleh guru yang mengajar menggunakan ringkasan pengajaran di atas menerusi langkah pertama. Di dalam langkah pertama pelajar diminta untuk mencari tema dan persoalan-persoalan di dalam sajak melalui perbincangan di dalam kumpulan. Antara persoalan sajak ini pula ialah bekerjasama dalam menjalankan tugas, contohnya lebah-lebah di dalam sajak ini digambarkan oleh penulis sebagai satu makhluk yang bersifat berkerjasama di dalam usaha untuk mengumpulkan madu. Persoalan kedua ialah sifat lebah yang boleh dijadikan tauladan iaitu bersifat rajin, hidup sepakat, dan bekerjasama. Persoalan seterunya ialah, di dalam masyarakat lebah terdapat dua golongan iaitu lebah ratu dan juga lebah pekerja. Persoalan kekempat ialah mengenai

11 khasiat madu lebah. Madu lebah dipercayai boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Akhir sekali ialah kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat, contohnya di akhir rangkap sajak tersebut penulis berasa insaf setelah melihat masyarakat lebah meninggalkan jasa kepada manusia dengan menghasilkan madu yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk manusia. Tema dan persoalan-persoalan yang disampaikan oleh penulis melalui karyanya ini boleh membentuk jiwa remaja agar menjadi insan yang bermoral dan berbudi pekerti selaras dengan tuntutan dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Nilai murni dan juga pengajaran boleh dihayati di dalam sajak ini. Para pelajar boleh mengenal pasti dan menghayati nilai dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam sajak melalui aktiviti yang mereka jalankan di dalam langkah kedua berdasarkan rancangan pengajaran di atas. Nilai murni yang terkandung di dalam sajak ini ialah bekerjasama, contohnya lebah bekerjasama mengumpul madu. Selain itu kerajinan, contohnya lebah rajin bekerja seperti yang telah ditetapkan oleh ratu lebah. Akhir sekali ialah berbakti, contohnya penulis mahu berbakti kepada manusia dengan berbuat jasa kepada semua orang. Antara pengajaran daripada sajak ini ialah kita perlu bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugasan, contohnya lebah bekerjasama untuk menghasilkan madu. Seterunya kita hendaklah berbakti kepada makhluk yang hidup, contohnya lebah menghasilkan madu untuk menjadi penawar penyakit kepada manusia. Akhir sekali kita seharusnya mengambil iktibar daripada sifat murni makhluk lain, contohnya penulis berasa insaf melihat sifat mulia lebah sehinggakan menimbulkan keinginan untuk berbakti kepada manusia lain. Antara gaya bahasa sajak ini ialah pengulangan perkataan seperti lebah-lebah, contohnya Lihatlah lebah-lebah (rangkap pertama) dan Lebah-lebah (rangkap ketiga). Pengulangan baris juga berlaku iaitu Pada dahan pohon tualang (rangkap pertama dan ketiga). Penggunaan singkatan perkataan seperti kau, mu juga terdapat di dalam sajak ini contohnya, kau membuat aku sedar dan seperti madumu yang istimewa pada rangkap ketiga. Seterunya imej alam juga dipaparkan dalam karya ini iaitu pohon tualang, lebahlebah.

12 Pengulangan vokal atau asonansi juga turut menambahkan keindahan bahasa di dalam sajak ini. Contohnya ialah, harus selalu berusaha (pengulangan vocal u) dan pengulangan konsonan atau aliterasi, contohnya seperti madumu yang istimewa (pengulangan konsonan m). Secara keseluruhannya sajak Lebah dan Madu ini berbentuk bebas. Di dalam langkah ketiga di dalam Rancangan Pengajaran Harian di atas, guru telah menyediakan lembaran kerja untuk setiap pelajar untuk memantapkan lagi kefahaman mereka tentang sajak tersebut. Lembaran kerja tersebut mengandung dua latihan iaitu soalan kefahaman dan juga latihan tatabahasa. Latihan tatabahasa diberikan kepada murid untuk mengukuh dan meningkatkan lagi tahap kemahiran berbahasa para pelajar. Secara kesimpulannya teks KOMSAS yang telah dipilih iaitu sajak Lebah dan Madu dapat memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia memenuhi peranan KOMSAS iaitu sebagai pembentuk emosi yang berkesan di samping mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. 2. Soalan Tugasan 2 2.1 Kajian Komsas Tajuk kajian yang dipilih untuk memenuhi kehendak soalan 2 ialah Pelaksanaan Komsas Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan. Kajian ini telah dijalankan oleh Mohd Rasdi bin Saamah. Beliau bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Beliau menggunakan kaedah kajian kes di dalam kajian ini dan dilaksanakan dalam bentuk kajian teks. Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini memberikan gambaran tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, minat pelajar terhadap Komsas dan strategi digunakan dalam pengajaran Komsas. Responden kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 1. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.

13 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan. 3. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik kerana bahan ini mampu memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat pungutan data yang lain. Selain itu alat soal selidik juga digunakan kerana ia dapat menjimatkan masa dan belanja. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan analisis frekuensi dan peratus berdasarkan item-item yang diberikan dalam borang soal selidik berkenaan iaitu latar belakang guru, persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, persediaan guru, minat pelajar dan strategi pengajaran guru dalam pengajaran Komsas. Segala dapatan yang dianalisis dihuraikan bagi memperjelaskan lagi objektif serta persoalan kajian ini. Daripada jumlah 30 orang tersebut 9 (30.0%) orang daripadanya lelaki dan 21 (70.0%) orang adalah terdiri daripada perempuan. Mereka terdiri daripada 21 (70.0%) orang berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan, seramai 8 (26.7%) orang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya 1 (3.3%) orang mempunyai kelulusan Diploma/Sijil Guru. Dari segi pengalaman mengajar BM pula seramai 12 (40.0%) orang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun, 8 (26.7%) orang mempunyai pengalaman 6 hingga 10 tahun, 2 (6.7%) orang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 8 (26.7%) orang berpengalaman kurang dari 3 tahun. Jadual di bawah menunjukkan maklumat latar diri responden: Jantina Taraf Pendidikan Akademik Pengalaman Mengajar BM PROFIL Lelaki Perempuan Diploma / Sijil Guru Sarjana Muda Pendidikan Sarjana Muda dgn Dip. Pend. Kurang daripada 3 tahun 3 5 tahun 6 10 tahun Lebih daripada 10tahun FREKUENSI 9 21 1 8 21 8 2 8 12 PERATUS 30 70 3.3 26.7 70 26.7 6.7 26.7 40

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan mendapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. Daripada jumlah tersebut 2

14 orang (6.7%) dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing 1 orang (3.3%) bagi bidang Sains Kemasyarakatan, Komunikasi, Psikologi, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan Pendidikan Jasmani. Mereka mengajar Bahasa Melayu kerana berlaku kekurangan guru dalam mata pelajaran tersebut di sekolah masing-masing. Peratus keseluruhan guru BM yang tidak mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera ialah 23.2% iaitu 7 orang. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 23 orang guru atau 76.8% mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera kerana masing-masing daripada jurusan yang berasaskan bahasa dan kesusasteraan. Kajian ini mendapati semua responden kajian (30 orang) menyatakan mereka mengkaji dan membaca terlebih dahulu semua teks Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut. Semua responden juga menyatakan mereka merujuk bukubuku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas. Seramai 20 orang guru (66.6%) menyatakan mereka menggunakan buku ulasan kajian dan 10 orang lagi (33.3%) tidak menggunakannya. Seramai 24 orang guru atau 80.0% menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan selebihnya, 6 orang (20.0%) tidak menggunakan bahanbahan di dalam pengajaran mereka. Kajian juga mendapati, kebanyakan mereka iaitu 86.6% atau 26 orang menganggap Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa Melayu. Peratus tersebut juga sama dengan peratus yang menyatakan mereka terpaksa mengejar sukatan pelajaran. Keadaan ini ada hubungannya dengan anggapan yang mana 83.3% daripada responden kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi. Jadual di bawah menunjukkan persediaan guru dalam pengajaran Komsas: Sangat Tidak a. Mengkaji & membaca semua teks Komsas b. Merujuk buku lain selain teks Komsas c. Banyak menggunakan buku ulasan-kajian Setuju 3 (10.0) Tidak Setuju 7 (23.3) Agak Setuju 2 (6.7) 2 (6.7) 6 (20.0) Setuj u 17 (56.7) 17 (56.7) 12 (40.0) 11 (36.6) 2 (6.7) Sanga t Setuju 11 (36.6)

15 d. Guna pelbagai alat bantu mengajar e. Komsas menjadi beban baru guru BM f. Terpaksa mengejar sukatan pelajaran 1 (3.3) 6 (20.0) 3 (10.0) 11 (36.6) 8 (26.6) 11 (36.6) 7 (23.3) 2 (6.7) 11 (36.6)

2 (6.7)

2 (6.7)

6 (20.0)

12 (40.0)

8 (26.6)

Kajian ini menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas manakala 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka berminat kerana Komsas termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka ajar tidak berminat kepada Komsas. Seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka menganggap Komsas membosankan berdasarkan pengalaman mereka di kelas masing-masing. Jadual di bawah menunjukkan pandangan guru terhadap minat murid kepada Komsas. Sangat Tidak Setuju a. Minat genre tertentu b. Minat kerana peperiksaan c. Tidak minat Komsas d. Komsas membosankan 1 (3.3) 1 (3.3) 1 (3.3) Tidak Setuju 3 (10.0) 2 (6.6) 7 (23.3) 12 (40.0) Agak Setuju 7 (23.3) 4 (13.8) 15 (50.0) 8 (26.6) Setuju 14 (46.6) 10 (33.3) 2 (6.6) 2 (6.6) Sangat Setuju 6 (20.7) 13 (43.3) 5 (16.6) 7 (23.3)

Dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Komsas, kajian ini mendapati 16 orang responden kajian atau 53.3% bersetuju (masing-masing 23.3% agak bersetuju dan bersetuju dan 6.6 sangat setuju) bahawa mereka meminta pelajar membaca buku teks wajib Komsas, manakala 46.7% lagi tidak bersetuju. Bagi item guru meminta pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas, kajian ini

16 mendapati 27 orang responden kajian (90.0%) bersetuju dan hanya 3 orang atau 10% sahaja yang tidak besetuju. Bagi item yang menyatakan guru hanya menggunakan kaedah chalk and talk, didapati 14 orang responden kajian (46.6%) bersetuju manakala selebihnya 16 orang atau 53.4% tidak bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan kaedah tersebut. Dalam item guru mengadakan aktiviti kumpulan pula didapati 50% subjek kajian ada melaksanakan dan 50% lagi tidak bersetuju mereka gunakan strategi itu. Keadaan ini menunjukkan item tersebut hampir sama dengan item penggunaan kaedah bestari yang melibatkan penggunaan alat bantuan elektronik seperti OHP, LCD dan lain-lain, yang mana 16 orang (53.3%) bersetuju mereka gunakan, manakala 14 orang lagi (46.6%) tidak bersetuju. Akhir sekali bagi item yang menyatakan sama ada guru menyediakan modul pengajaran, kajian ini mendapati 26 atau 86.6% bersetuju di samping hanya 4 orang sahaja tidak bersetuju item tersebut. Jadual di bawah menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran komsas yang digunakan oleh guru. STS 2 (6.6) TS 12 (40.0) AS 7 (23.3) S 7 (23.3) SS 2 (6.6)

a. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib Komsas. b. Saya hanya mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas. c. Saya hanya menggunakan kaedah Chalk & Talk. d. Saya mengadakan aktiviti berkumpulan berdasarkan genre Komsas. e. Saya menggunakan kaedah bestari (LCD, OHP, komputer) f. Saya menyediakan modul Komsas.

1 (3.3)

2 (6.6)

1 (3.3)

17 (56.6)

9 (30.0)

4 (13.3) 5 (16.6)

12 (40.0) 10 (33.3)

7 (23.3) 9 (30.0)

5 (16.6) 5 (16.6)

2 (6.6) 1 (3.3)

5 (16.6) 2 (6.6)

9 (30.0) 2 (6.6)

10 (33.3) 12 (40.0)

5 (16.6) 11 (36.6)

1 (3.3) 3 (10.0)

17 Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh responden dalam kajian ini nampaknya masih bersifat pedagogi yang tradisional. Guru masih lagi meminta pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan. Lebih malang lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi tersebut. Penggunaan kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan dan pengajaran kaedah bestari masih berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu masing-masing 50% dan 53.3% sahaja responden kajian yang menggunakannya. Guru sepatutnya menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Dari aspek peruntukan waktu mengajar Komsas, kajian ini mendapati hanya 5 orang atau 16.7% sahaja responden kajian yang menyatakan masa yang diperuntukan mencukupi dan sesuai dari semua aspek. Manakala seramai 25 orang (83.3%) menyatakan peruntukan masa tidak mencukupi iaitu 16 orang (53.3%) daripadanya mencadangkan isi pelajaran perlu diubahsuai dan 9 orang (30.0%) lagi mencadangkan peruntukan waktu seminggu perlu ditambah (rujuk jadual di bawah). Mencukupi & sesuai dari semua aspek Tidak mencukupi & isi perlu diubahsuai Tidak mencukupi & masa perlu ditambah Jumlah 2.2 Kesimpulan Pada kesimpulannya, matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen untuk memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar. Kajian ini sebenarnya telah memperlihatkan sebilangan kecil daripada pola permasalahan yang wujud setelah perlaksanaan Komsas dibuat mulai tahun 2000 yang lalu. Dalam keadaan sebenarnya, untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran Komsas, tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-mana pihak, ianya bergantung kepada kreativiti guru dengan mempelbagaikan teknik mengajar sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar. Frekuensi / Peratus 5 (16.7 ) 16 (53.3) 9 (30.0) 30 (100.0)

18

2.2 Cadangan Kajian ini telah mencadangkan beberapa langkah untuk menambah baik pengajaran Komsas di dalam bilik darjah. Antaranya ialah: 1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah sentiasa dikaji terutama sekali dalam soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pemilihan novel dan cerpen yang tidak bermutu boleh menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri. 2. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu. Misalnya pelajar dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen, puisi moden (sajak) dan puisi tradisional bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4 bagi prosa tradisional. Adalah dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka. 3. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah memastikan semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya mengenai Komsas melalui kursus, bengkel dan seminar secara serius dan memantau hasilnya selepas program tersebut dilaksanakan. 4. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang Komsas sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam mentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu. 5. Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat persediaan yang rapi dan kreatif. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul pengajaran Komsas yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap komponen ini.

19

BIBLIOGRAFI Abd. Rahman Shaari. (1994). Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Strategi Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

20

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

You might also like