P. 1
LAPORAN AJK'S

LAPORAN AJK'S

|Views: 3,407|Likes:
Published by UmmuFasihahHusna

More info:

Published by: UmmuFasihahHusna on Jul 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2013

pdf

text

original

LAPORAN AJK MAKANAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 3/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Pada 19 Februari yang lalu, seramai 22 orang guru pelatih 3 PISMP Kajian Sosial 2 IPG Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan program BIG Khidmat Masyarakat di Asrama Aman (asrama anak-anak yatim) Teluk Teduri,Baling, Kedah . Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti an taranya seperti aktivit permainan berbentuk motivasi kepada anak-anak yatim, gotong-royong dan menjalankan aktiviti melukis dan mewarna mural dinding asrama.

Bagi AJK Makanan, kami telah menjalankan tugas sebelum hari program lagi dalam penyediaan menu dan juga makanan seharian kepada kesemua guru pelatih yang mengikuti program BIG pada kali ini. Setelah perbincangan bersama pensyarah BIG yang terlibat, kami kemudiannya memutuskan memilih kantin Asrama Aman sebagai premis yang

bertanggungjawab menyediakan makanan seharian kami sepanjang program terbabit. Beberapa sesi perbincangan antara pihak guru pelatih dan juga penyelia kantin asrama telah dijalankan yang melibatkan penyediaan menu dan juga pembayaran makanan.

Pada pagi hari kejadian, kami telah dijamu makanan berupa nasi lemak dan air mineral. Makanan pada pagi tersebut diberikan secara

percuma kepada kami guru pelatih. Hal ini kerana peruntu kan makanan yang disediakan oleh pihak kantin IPG Tuanku Bainum . Kami makan ketika rehat sekitar pukul 10.30 pagi di kantin Asrama Aman iaitu menu bihun goreng dan air teh.

Pada waktu tengah hari, selepas tamatnya sesi gotong-royong dan melukis mural, kami telah disediakan dengan makanan tengah hari. Menu pada tengah hari itu ialah nasi tomato, ayam masak rendang, sayur kobis beserta dengan buah tembikai. Kami disediakan dengan dua jenis air iaitu air anggur dan air sirap limau. Kesemua guru pelatih maka n dengan penuh

berselera memandangkan tugasan sesi pertama telah dilakukan dengan sempurna.

Selepas solat zohor, kami menyambung kembali tugasan mewarnakan mural yang telah siap dilukis dan melaksanakan aktiviti permainan berbentuk motivasi. Kami kemudiannya minum petang pada pukul 4 petang. Menu pada petang itu ialah roti dan juga air sirap. Acara penutup dan penyampaian

hadiah serta cenderahati diadakan sebelum bertolak pulang pada pukul 5.00 petang.

Kesimpulannya,

kami

AJK

Makanan

telah

menimba

banyak

pengalaman dalam mengendalikan makanan pada program BIG bagi semester ini. Semuanya menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas,

24 Februari 2011

««««««««««« (SYAFIQAH BT RAZIZI) AJK Makanan, BIG Sem 3- Khidmat Masyarakat

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 3/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Untuk

program

BiG

semester

tiga

ini,

Ahli

Jawatankuasa

Pengangkutan untuk

Bina Insan Guru (BIG) 2011 ini terdiri daripada

saya,Nurul Ellina Bt Ramli sebagai ketua ajk .Sebelum program bermula lagi,kami telah membuat permohonan untuk memohon kenderaan

maktab.Saya telah mengisi borang permohonan di pejabat.

Untuk

mengisi

borang tersebut,saya banyak bertanya

kepada

pengerusi dan setiausaha supaya borang tersebut diisi lengkap.Selain itu juga,saya juga telah berjumpa dengan pensyarah Hep dan tutor kami iaitu Miss Quah Seok Hoon untuk mengambil tandatangan kebenaran.Saya dibantu oleh rakan kelas saya berusaha keras untuk memohon kenderaan maktab.Alhamdulillah,kami Berjaya mendapatkan kenderaan maktab iaitu sebuah bas untuk memuatkan seramai 22 orang peserta BIG.

Pada hari kami bertolak ke Asrama Aman iaitu pada 19 Februari 2011,saya telah memberi taklimat kepada peserta tentang pembahagian kenderaan.Seramai 22 orang peserta telah menaiki bas.Pada pagi itu juga,semua peserta termasuk saya telah bertungkus lumus memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke dalam bas.Selepas itu,semua pelajar

dibenarkan memasuki kenderaan yang telah ditetapkan.Kami bertolak ke Asrama Aman kira-kira jam 7.30 pagi.

Yang menjalankan tugas, ««««««««««« (NURUL ELLINA BT RAMLI) AJK Pengangkutan, BIG Sem 3- Khidmat Masyarakat

23 Februari 2011

LAPORAN AJK PERALATAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 3/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Semasa menguruskan peralatan yang perlu dibawa ke Program Bina Insan Guru, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi. Sebelum segala urusan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu dibawa dilakukan, setiap ajk menyenaraikan senarai peralatan yang akan digunakan dan mengisi borang yang disediakan khas untuk mengambil peralatan di stor institut bagi alatan yang diperlukan.

Barang-barang yang dicatatkan adalah hasil perbincangan dengan pengerusi program dan tutor. Selesai membuat perbincangan tersebut, saya telah berjumpa dengan Encik Nazri untuk mendapatkan cop dan tanda tangan sebagai tanda persetujuan beliau untuk memenuhi permintaan kami mendapatkan barang-barang di stor institut.

Selepas menyerahkan

mendapatkan tanda tangan Encik borang tersebut kepada

Nazri,

saya telah untuk

Wan Ahmad

Muhaimi

diserahkan kepada pihak stor. Kami telah mendapat kebanyakan barang yang dikehendaki dalam tempoh yang singkat. Barang -barang yang tidak diperoleh seperti berus cat dan thinner telah kami beli menggunakan duit yang dikumpul daripada semua ahli kelas. Segala peralatan yang diperlukan untuk menjayakan program telah lengkap dan disimpan oleh saudara Wan Ahmad Muhaimi sebelum dibawa ke Program Bina Insan Guru yang bertempat di Asrama Aman, Teluk Teduri, Baling,Kedah. Yang menjalankan tugas, 24 Februari 2011

««««««««««« (NURUL ATHIRAH BT FAUZI) AJK Peralatan, BIG Sem 3- Khidmat Masyarakat

LAPORAN AJK AKTIVITI BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 2/ 2010 KHIDMAT MASYARAKAT

Biro

aktiviti

telah

dipertanggungjawabkan

untuk

merencanakan

tugasan yang berkaitan dengan menetapkan aktiviti yang bakal dilaksanakan dan menetapkan pembahagian tugasan aktiviti untuk setiap pelajar. Antara tugasan yang dilaksanakan sepanjang Program Bina Insan Guru oleh AJK Aktiviti ialah berbincang dengan pihak HEP untuk menetapkan aktiviti yang ingin dijalankan sama ada bertepatan dengan objektif program untuk semester ini. Selain itu, kami juga turut membuat pembah agian tugas dan memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan yang dibuat.

Untuk memudahkan tugasan agar berjalan seperti yang dikehendaki, setiap ahli diberi tugasan. Untuk AJK Aktiviti, hanya dua orang pelajar yang dilantik iaitu saya, Muhammad Rauf Fathi dan Muhammad Fariz . Selepas berbincang, kami telah membahagikan tugas di mana saya akan merancang aktiviti yang akan dijalankan manakala Fariz akan membuat pembahagian tugas untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Semasa Program BIG berlangsung, kami berdua membuat pengawasan untuk memastikan setiap aktiviti tercapai objektifnya dan mengelakkan permasalahan dari timbul.

Untuk merancang aktiviti yang ingin dilakukan, perbincangan telah diadakan dalam kalangan peserta program yang seramai 22 orang. Selepas perbincangan, kami memutuskan untuk mengadakan aktiviti permainan berbentuk motivasi, membuat aktiviti gotong royong seperti lukisan mural, membuat lanskap, mengecat serta mengemas bilik bacaan.

Semua guru pelatih yang menjadi peserta program menunjukkan komitmen masing-masing kerana berjaya melaksanakan tugasan yang diberi serta saling membantu antara satu sama lain. Setiap aktiviti yang dilaksanakan juga turut dipantau dan dibantu oleh tutor yan g bertindak

sebagai pensyarah pembimbing kami iaitu Miss Quah. Pihak asrama anak yatim juga turut membantu kami dalam melaksanakan aktiviti yang ingin dilakukan dengan memberi kerjasama yang sewajarnya. Hasilnya, semua aktiviti berjalan dengan lancar dan d apat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bahkan setiap yang terlibat berasa gembira kerana hasil yang diperolehi begitu memuaskan. Pihak asrama Aman telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana khidmat masyrakat yang kami berikan amat bernilai kepada mereka.

Kesimpulannya, dengan adanya semangat kerjasama antara ajk dan juga para peserta yang terdiri daripada 3 PISMP KS , segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun wujud sedikit kekurangan, namun kami tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Setiap kelemahan akan kami jadikan sebagai pengajaran pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

24 Februari 2011

(MUHAMMAD RAUF FATHI BIN HAMID LATIF) AJK Aktiviti, Program BIG 2011.

LAPORAN AJK DOKUMENTASI BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 2/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Biro Dokumentasi telah dipertanggunggjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan fotografi dan multimedia sepanjang Program Bina Insan Guru ini berlangsung. Antara tugas -tugas yang perlu dilaksanakan ialah menangkap gambar untuk tujuan hasil laporan selepas program , membuat kain rentang ( banner ) , menghasilkan buku program dan juga menyediakan multimedia untuk majlis perasmian. Untuk memudahkan tugasan agar dapat berjalan dengan lancar , setiap ahli AJK Dokumentasi iaitu seramai 4 telah dibahagikan tugas masing masing. Nurul Ain Zubaidah telah mengambil alih tugas fotografi untuk slot motivasi dan juga penyediaan bahan multimedia , saya pula diberi tugas untuk menghasilkan buku program , manakala Salsabila mengetuai penghasilan kain rentang dan membantu dalam foto grafi untuk aktiviti mural. Tugas awal yang kami laksanakan sebelum hari program berlangsung ialah menghasilkan buku program dan juga kain rentang serta bahan multimedia. Penghasilan kain rentang bukan sahaja disertai oleh AJK terlibat malah semua guru pelatih perempuan telah bekerja sama dalam menyiapkan kain rentang hasil kreativiti kami untuk mengurangkan perbelanjaan. Penggunaan kain hitam dan kertas warna menjimatkan lagi perbelanjaan kami yang sangat terhad .Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada Salsabila yang telah mengetuai projek penghasilan kain rentang tersebut. Buku program telah disediakan oleh saya dan berkat komitmen yang diberikan oleh ajk-ajk lain , buku program dapat dihasilkan dengan jayanya dan menepati intipati program. Buku program telah diedarkan kepada VIP yang hadir pada majlis perasmian tersebut. Semua sesi fotografi juga telah berjalan lancar dengan daya usaha oleh ajk dan peserta-peserta yang lain di mana semua aktiviti dapat dirakamkan dalam bentuk foto dan menjadi kenangan untuk semua guru pelatih selain daripada dijadikan bahan rujukan untuk penghasilan portfolio nanti.

Semua gambar yang diambil akan dikumpul dan akan diedarkan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai program , gambar -gambar akan dikumpul ditapis untuk setiap aktiviti yang dijalankan. Gambar - gambar ini adalah hasil daripada sepanjang program Bina Insan Guru ini berjalan daripada pra perancangan hinggalah selesai program. Kesimpulannya , dengan adanya semangat kerjasama antara ah li dan juga semua guru pelatih 3 PISMP KS/PJ 2 , kami AJK Dokumentasi dapat menjalankan tugas dengan lancar dan juga bertepatan dengan misi program BIG ini . Walaupun ada sedikit kekurangan dan halangan yang terpaksa kami hadapi , namun kami tetap bersama dalam menjalankan tugas yang tel ah diamanahkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Sekian , terima kasih,

Disediakan oleh, _______________________ (MANISAH BT MUHAMMAD SYUKUR) AJK Dokumentasi, BIG 2011.

23 Februari 2011

LAPORAN AJK CENDERAMATA BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 3/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Pada 19 Februari lalu, sempena Program Bina Insan Guru Khidmat Sosial kelas KS/PJ 2, saya diamanahkan untuk menguruskan cenderahati kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan. Saya, Shahrul Faiz Bin Mohamed Shari selaku ketua AJK cenderahati dan dibantu oleh ahli-ahli yang lain untuk mengendalikan bahagian cenderahati ini. Cenderahati yang kami berikan ialah cenderahati khas dari pihak maktab sebanyak 3 beg dan juga cenderahati berlogokan mak tab. Cenderahati ini disampaikan semasa upacara perasmian penutup majlis. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

25 Februari 2011

-------------------------------------(SHAHRUL FAIZ BIN MOHAMED SHARI) AJK Cenderahati BIG Khidmat Sosial 2011

LAPORAN AJK TUGAS-TUGAS KHAS BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 3/ 2011 KHIDMAT MASYARAKAT

Biro

tugas-tugas

khas

telah

dipertanggungjawabkan

untuk

melaksanakan tugasan yang di luar lingkungan tugasan biro lain. Tugasan yang paling penting yang perlu diberikan perhatian ialah pengurusan Majlis Perasmian bagi Program Bina Insan Guru.

Tugasan pertama ialah persediaan Majlis Perasmian BIG. Ajk tugas ± tugas khas telah bertungkus ± lumus untuk merancang dan melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Perkara±perkara yang telah dilaksanakan oleh biro tugas-tugas khas sebelum majlis bermula termasuklah penyediaan tentatif majlis supaya majlis dapat berjalan mengikut protokol yang ditetapkan, penyediaan cenderamata kepada penyelia Asrama Aman dan penyediaan teks ucapan Majlis Perasmian BIG.

Sebelum acara bermula, penerangan telah diberikan kepada semua guru pelatih. Pengerusi majlis yang telah dipertanggungjawabkan dalam majlis ini adalah saudari Nurul Syafikah Bt Razizi. Saudari Syafikah memainkan peranan penting dalam majlis tersebut kerana saudari Syafikah perlu memastikan majlis dapat dijalankan secara lancar dan segala agenda yang dijalankan adalah mengikut protokol yang ditetapkan. Guru pelatih yang dipilih untuk menyandang amanah seba gai ketua program adalah saudari Ummu Fasihah Bt Zamri yang perlu memainkan peranan untuk memastikan para guru pelatih mengikut arahan seperti yang telah dirancang apabila majis sedang berlangsung.

Selain itu, Ajk Tugas-Tugas khas turut menolong ajk lain bagi memastikan setiap apa jua yang dirancang dapat dilaksanakan tidak kira semasa pra perancangan dan semasa program dijalankan. Kerjasama yang dilakukan ini telah membantu program BIG semester tiga ini berjalan de ngan lancarnya.

Disediakan oleh,

(NURUL HIDAYAH BT AHMAD SHAHBUDIN) Ketua Biro Tugas-Tugas Khas BIG Khidmat Masyarakat 2011.

23 Februari 2011

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->