You are on page 1of 18

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

1. PENGENALAN Dalam kajian yang telah dijalankan mengenai skandal rasuah yang telah sekian lama menular di dalam kehidupan masyarakat di negara ini masih lagi berada di tahap yang membimbangkan. Masalah ini kebanyakkannya menular di kalangan nama-nama besar atau ahli koperat. Walau bagaimanapun pihak kerajaan telah banyak menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini bermula di peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi. Sehubungan dengan itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa pentingnya pendidikan rasuah ini didedahkan bermula di peringkat sekolah rendah hinggalah ke alam pekerjaan. Pendedahan juga perlu diberi dari masa ke semasa sebagai peringatan kepada setiap individu tentang pentingnya pembelajaran mengenai etika agar gejala yang tidak sihat dapat dijauhi, terutamanya mengenai rasuah yang boleh meruntuhkan akhlak dan juga merosakkan ketenteraman sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, pembelajaran mengenai etika merupakan pelajaran yang penting dan perlu diterapkan ke dalam diri pelajar agar menjadi masyarakat yang sifar rasuah pada masa akan datang. Oleh itu, kita perlu mengetahui maksud dan definisi etika dengan tepat agar kita dapat aplikasikan dalam kehidupan harian seterusnya dapat menghindarkan diri dari gejala yang tidak sihat ini. Dari segi istilah yang diperolehi, etika boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Ia juga mendefinisikan etika individu sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu. Etika seringkali berhubungan dan tidak mempunyai nilai mutlak.

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

2. STATISTIK RASUAH Berikut menunjukkan statistik dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai gejala rasuah dari tahun 2006 hingga 2008.
Bulan Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Total Tangkapan 54 46 48 36 41 43 58 32 46 38 49 66 557 Bulan Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Total Tangkapan 33 37 63 51 45 33 47 53 42 88 53 45 590

Statistik: Tahun 2006

Rajah 2.1 Statistik Rajah 2.2 Statistik : Tahun 2007 : Tahun 2007

Bulan Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Total

Tangkapan 80 27 40 72 65 38 60 101 49 23 25 580

Rajah 2-3 Statistik : Tahun 2008

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

Berdasarkan statistik yang diperolehi, peningkatan gejala rasuah ini berlakunya peningkatan. Walaupun perkiraan tahun 2008 sehingga bulan November sahaja, tetapi kita dapat lihat perubahan dari tahun sebelumnya jika kita membandingkannya. Ini menunjukkan, gejala rasuah ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. 3. KEBURUKAN DAN KESAN RASUAH Sebelum perbincangan lanjut tentang kedudukan rasuah di dalam Islam, ingin saya utarakan beberapa fakta nyata dari segi politik, ekonomi dan lainnya kesan dari gejala rasuah yang semakin subur ini: 3.1 Kesan Terhadap Individu Rasuah juga boleh merosakkan sistem dalam sesuatu masyarakat itu. Akhlak masyarakat akan rosak. Mereka akan melakukan kerja yang tidak beretika dan salah dari segi undang-undang. Akan berlakunya penindasan antara golongan cerdik pandai dan golongan miskin juga akan ditindas. Individu itu juga akan bersikap lalai dalam menjalankan tugas mereka. Tugasan yang dihasilkan tidak akan sempurna, tetapi hanya sekadar siapkan kerja tersebut tanpa menghiraukan kualitinya. Ini yang sering berlaku dan menyebabkan kesan yang teruk kepada orang-orang tertentu. Contohnya berlakunya runtuhan banglo-banglo akibat tanah runtuh seperti yang berlakulaku baru-baru ini. Individu juga akan bersikap meterialistik dalam kehidupan mereka tanpa menghiraukan betul atau salah tindakan yang mereka ambil. Mereka mementingkan kesenangan dunia sahaja. Apabila mereka mendapat duit dengan banyak dengan usaha yang sedikit, akan wujudnya sikap suka membazir wang dengan sesuatu yang tidak berfaedah.

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

Gejala ini juga akan melahirkan individu yang tidak amanah dalam menjalankan tugasnya. Mereka akan menyalah guna kuasa yang ada untuk menerima rasuah untuk kepentingan diri mereka sendiri. 3.2 Kesan Terhadap Ekonomi Negara Terhakisnya konsep kea Apabila sumber-sumber dilan dan undang-undang tidak lagi menjadi telus. ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh

sekelompok pihak yang mampu memberikan sogokan yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut. Contoh bagi kes-kes seumpama ini boleh dilihat sendiri dengan mata kasar dan terjadi secara berulang-ulang. Baru-baru ini Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya melaporkan bahawa 85.37% projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera mengalir kepada kaum lain. Isu ketirisan projek ini telah mendapat reaksi yang hangat, khususnya bagi mereka yang sering tertindas. Rasuah yang dilakukan melalui kabel politik dan orang dalam di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama orangorang besar dan berpengaruh dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikatsyarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu sub kepada syarikat lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan kabel atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit. Inilah di antara keluhan Saudara Samsudin Ismail dari Skudai Johor, yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 26/02/07.

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

Seterusnya berlaku peningkatan kos. Kos bertambah kerana biasanya harga yang ditawarkan telah dimark-up bagi mengimbangi atau mendapat balik keuntungan (hasil dari projek) setelah ditolak dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Justeru, kita dapati pada hari ini pengguna dibebankan dengan harga atau kos yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya. Dengan ini menggalakan kualiti kerja yang tidak sempurna disebabkan kos tersebut. Masalah ini berlaku contohnya dalam pembinaan makmal komputer yang dibina di sekolah beberapa tahun yang lepas. Sehingga sekarang makmal tersebut masih ragu-ragu untuk digunakan. Masalah ini berkaitan dengan masalah rasuah yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi projek tersebut. Masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan kepada individu atau institusiinstitusi yang terlibat dengan rasuah. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu atau institusi yang terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa. Wujudnya salah guna kuasa di kalangan pihak tersebut dalam menjalankan pengurusan dalam sesuatu hal itu. Sikap tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab semakin meningkat dalam sesuatu organisasi itu. Mereka tidak memikirkan kesan untuk jangka masa yang panjang. Sistem pentadbiran negara juga tidak akan berfungsi secara sepatutnya kerana wujud saluran-saluran lain selain sistem itu. Sistem pentadbiran dirangka bagi melicinkan perjalanan sesuatu urusan pentadbiran, tetapi sistem ini ternyata gagal berfungsi apabila wujud amalan rasuah. Ini kerana rasuahlah yang telah menjadi minyak pelincir untuk melicinkan perjalanan pengurusan. Jika tidak ada rasuah, maka kebanyakan kerja tidak akan berjalan lancar. Ini boleh dikaitkan dengan sikap meterialistik yang wujud dalam diri golongan tersebut. Mereka tidak melihat dalam jangka masa pangjang terhadap diri, masyarakat dan negara. Dari segi hukuman, orang yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki kekayaan, seolah-olah menjadi kebal kerana boleh

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

menggunakan kuasa wang untuk melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman. Tindakan sedemikian juga boleh berlakunya penindasan terhadap golongan miskin. Ini kerana golongan miskin tidak mampu membayar seperti gologan kaya dan terlepas daripada hukuman atau hukuman diringankan. Hal ini tidak adil sekiranya berlaku terhadap golongan miskin dan dianggap sebagai satu penindasan. Keselamatan negara boleh terdedah kepada campurtangan asing dan ancaman luar. Walaupun belum berlaku kepada negara ini, tetapi pada zaman perang dingin, blok Kapitalis pernah memberikan sogokan besar kepada pegawaipegawai atasan blok Sosialis untuk mengetahui rahsia ketenteraan blok Sosialis, dan juga sebaliknya. Hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan, kerana mereka bukan lagi bekerja sebagai satu amanah, tetapi kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Terutamanya berkaitan dengan pelaburan dengan negara luar, mereka tidak akan beminat sekiranya terlibat dengan rasuah. Namun begitu, ini bukan bermakna gejala rasuah boleh dikurangkan dengan menambahkan kekayaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat sesuatu negara. Kajian Transparency International membuktikan bahawa gejala rasuah berlaku di dalam negara Kapitalis miskin dan negara Kapitalis yang kaya. Tidak ada gunanya jika sesebuah negara itu berubah menjadi negara yang kaya, walhal sistem yang diamalkan adalah sistem yang berasal dari Ideologi Kapitalis. Persoalannya sekarang adalah kewajiban menukar sistem kufur Kapitalis ini dengan sistem Islam yang datang dari Allah Subhanahu wa Taala. 3.3 Kesan Ekonomi Dengan Hubungan Luar Kita dapati gejala rasuah ini juga menular di negara luar, mereka juga menanggung risiko seperti kita. Tetapi peratusan mereka rendah berbanding negara kita. Dengan itu kita dapati kos pelaburan di Negara kita semakin

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

meningkat. Kita terpaksa membelanjakan wang yang lebih untuk menjalankan sesuatu projek itu. Contohnya kita kenali ia sebagai wang kopi. Dengan ini bajet untuk sesuatu projek itu adalah tinggi. Selain itu gejala ini akan menjejaskan imej negara kita. Negara luar akan berpandangan buruk terhadap masyarakat dan pemimpin negara kita. Mereka tidak berkeyakinan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara kita disebabkan gejala ini. Dengan itu juga persaingan pelabur asing untuk melabur di negara kita juga berkurang. Mereka bimbang gejala ini akan merugikan pelaburan mereka. Sekiranya kurang pelabur asing dinegara kita, maka ekonomi kita tidak akan meningkat malah pihak kerajaan akan kerugian dalam bidang-bidang tertentu seperti sektor perkilangan. Tanpa pelabur asing, maka hubungan perdagangan tidak wujud. Hasil ekonomi kita tidak dapat dipasarkan ke luar negara. Dengan itu mata wang asing tidak masuk ke negara kita dan urus niaga pun berkurang. Negara luar tidak akan bersaing dengan kita untuk meningkatkan daya dalam bidang perniagaan dengan kita kerana mereka tahu gejala rasuah tinggi di negara kita dan mereka tidak mahu melibatkan diri. 4. KEPENTINGAN ETIKA Etika mempunyai banyak kepentingan terhadap masyarakat. Untuk menjadi sebuah negara yang aman dan maju, pembelajaran etika perlu dititik beratkan dan dijadikan pembelajaran yang wajib pada masa akan datang. Ia boleh dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, sekolah menegah, institusi pengajian tinggi atau universiti dan juga tempat kerja bagi mereka yang telah menjejak kaki ke alam pekerjaaan.

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

4.1 Peringkat Sekolah Rendah Pada peringkat ini pelajar diberi pendedahan tentang kesedaran terhadap sikap negatif dan positif untuk diri mereka. Sikap ini memberi kesan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang mencabar pada masa akan datang. Terutamanya yang berkaitan dengan rasuah kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan akhlak tetapi juga akan meruntuhkan institusi sesebuah negara itu. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam juga ada menyatakan mengenai rasuah dan kesannya terhadap diri kita. Sekiranya pelajar diberi pendedahan seperti ini, disiplin diri mereka dapat ditingkatkan dan gejala rasuah sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Pembelajran etika di sekolah juga dapat menjaga adab dan sopan santun pelajar kerana mereka sering diingatkan mengenai berkelakuan baik dalam hal yang dilakukan. 4.2 Peringkat Sekolah Menengah Pada peringkat sekolah menengah merupakan peringkat yang paling penting. Ini kerana pada peringkat umur remaja, mereka akan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat. Sekiranya pembelajaran etika diberi penekanan, gejala yang tidak sihat dapat dihindarkan di kalangan pelajar. Dengan ini pihak sekolah dapat melahirkan pelajar yang taat setia pada masyarakat dan negara. Ia juga dapat melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berada di dalam kehidupan yang sejahtera. Bagi pelajar yang betul-betul mengikut segala isi yang diajar ini akan menjadikan mereka teladan untuk dicontohi oleh murid yang lain. Dengan adanya ilmu yang mendalam, besar kemungkinan mereka tidak akan sesekali melibatkan diri dalam masalah rasuah ini. Mereka sendiri tahu bahawa masalah ini bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap diri tetapi ia juga melibatkan negara. Sehubungan dengan itu, kita dapati pembelajaran etika merupakan sesuatu yang berkesan sekiranya pelajar diberi pendedahan daripada peringkat awal lagi.

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

4.3 Institusi Pengajian Tinggi atau Universiti Pembelajaran etika sangat penting dilaksanakan pada peringkat ini. Mereka diwajibkan mempelajarinya. Ia dijadikan subjek wajib untuk pelajar tersebut. Setelah mereka mempelajari dan mengkaji dengan mendalam dalam subjek ini, mereka akan mendapat pendedahan mengenai kesan terhadap diri, masyarakat dan juga negara. Mereka juga mengetahui bahawa terdapat perbuatan yang salah dari segi moral dan undang-undang. Dengan pembelajaran tersebut pihak institusi pengajian tinggi atau universiti dapat menyediakan sumber tenaga manusia yang berkualiti untuk keperluan kerajaan dan negara. Besar kemungkinan sasaran kerajaan untuk peratusan sifar dalam masalah rasuah tercapai. Tanpa rasuah, negara kita akan menjadi maju seperti negara lain. Taraf hidup juga akan berubah. Tidak berlaku hanya segolongan sahaja yang mendapat maanfaat dari masalah rasuah ini. 4.4 Tempat Kerja Dalam alam pekerjaan juga penting diberi pendedahan mengenai etika. Mereka diberi pendedahan dalam kursus-kursus yang dianjurkan untuk meningkatkan profesion mereka. Pihak syarikat perlu mengadakan kursus dari masa ke semasa bertujuan memberi peringatan kepada mereka tentang etika terutamanya dalam pekerjaan yang mereka ceburi. Di samping itu juga, mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab kerana sentiasa diberi pendedahan tentang pentingnya etika kepada diri dan organisasi. Dewasa ini gejala rasuah bukan lagi merupakan satu kejutan, tetapi sudah mendarah daging di dalam tubuh masyarakat. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita penangkapan, dakwaan dan juga hukuman ke atas pesalah rasuah, dari sekecil-kecil kes hinggalah ke kes yang melibatkan personaliti yang berprofil tinggi. Kali ini, yang agak menggemparkan, walaupun tidak menghairankan, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) sendiri, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor dilaporkan telah terlibat dalam rasuah, gangguan seksual dan salah guna kuasa [UM 03/03/07]. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

Hassan berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah BPR itu yang dibuka 10 tahun lalu kini diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara. Musa memberitahu bahawa kertas siasatan itu adalah berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras. Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks. Semasa laporan itu dibuat, Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001, yang mana sebelum menjawat jawatan dalam BPR, beliau adalah Ketua Polis Sarawak [UM 01/03/07]. Sesungguhnya bagi mereka yang prihatin, dua kes yang terbaru ini cukup membimbangkan kita. Apa tidaknya, ia tak ubah seperti kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Umum mengetahui bahawa kes di atas hanyalah secebis dari ratusan kes rasuah yang dilaporkan dan ribuan lagi yang tidak dilaporkan. Apa yang berlaku itu hanyalah membenarkan suatu kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) [BH 06/03/07]. Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index 2006 (CPI 2006)]. Tiga per-empat (3/4) dari negaranegara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah). Haiti iaitu negara yang paling miskin di Carribean menduduki tangga terbawah dengan

10

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

index 1.8, sementara Guinea, Iraq dan Myanmar menduduki tangga kedua tercorot dengan index 1.9. Iraq mengalami kemiskinan selepas penjahahan oleh Amerika di mana satu pertiga dari rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, dan 5% dari rakyat Iraq mengalami kemiskinan serius, walaupun Iraq mempunyai simpanan minyak kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi [http://www.islamonline.com, 19 Febuari 2007]. Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah negara. [http://www.finfacts.com/corruption.htm]. Laporan ini membuktikan bahawa gejala rasuah adalah semakin buruk di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok sendiri tidak menyangkal indeks[UM13/02/07]. 5. RASUAH MENURUT PANDANGAN ISLAM Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah, tapi upah. Walhal keduaduanya jelas berbeza. Upah (ujrah) diperolehi sebagai imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang sewajibnya dilakukan. Ujrah (upah) memerlukan penyempurnaan aqad ijarah (pekerjaan) dan perlu ada ajir (pekerja) dan mustajir (majikan). Sedangkan rasuah adalah imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang wajib dilaksanakan (oleh orang yang bertanggungjawab) tanpa sepatutnya mendapat imbuhan apapun dari orang yang dipenuhi kepentingannya (sipemberi rasuah). Orang yang memberi rasuah disebut rasyi,

11

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

sedangkan yang menerimanya disebut murtasyi, sementara perantara (orang tengah) di antara mereka berdua disebut raisy. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa Taala berfirman Dan janganlah ada di antara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu) [TMQ Al Baqarah (2):188]. Ada juga rasuah yang diberikan oleh seseorang dengan maksud agar orang itu tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya. Perkara ini ditentang oleh sahabat Rasulullah dengan tegas. Di dalam sebuah riwayat dari Sulaiman bin Yassar, disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah: Walau apa yang dilaporkan sekalipun, bukanlah kerja kita untuk melihat dari segi kuantiti dan seterusnya berbangga jika indeks negara Malaysia semakin baik. Sebagai seorang Muslim, kita wajib melihat isu ini dari perspektif Islam, yang mana Islam memandang bahawa tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan meraih keredhaanNya semata-mata. Justeru, tolok ukur perbuatan kita di dunia di dalam meraih redha Allah adalah diukur dengan indeks halal dan haram dan bukannya diukur dengan indeks selain dari ini. Inilah di antara perbezaan mendasar di antara Ideologi Islam dengan Ideologi Kapitalis

12

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

yang memandang bahawa tujuan hidup di dunia ini adalah untuk meraih sebanyak-banyak manfaat (samada berupa wang ringgit, harta-benda atau lainlain) tanpa mengira halal atau haram. Inilah juga sebenarnya yang telah menjadi punca kehinaan umat Islam di mana mereka telah mencampakkan Ideologi Islam dan mengambil serta mengamalkan Ideologi Kapitalis di dalam kehidupan mereka. Halal dan haram tidak lagi menjadi pegangan, tetapi manfaatlah yang dijadikan ukuran di dalam setiap perbuatan! Oleh itu, jika dengan memberi atau menerima rasuah akan beroleh manfaat, maka mereka terus melakukannya, tanpa mengambil kira lagi aspek keharamannya dan tanpa rasa takut akan dosa dan azab yang bakal menanti. 6. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RASUAH Bagi golongan pelajar atau generasi muda secara umumnya, kefahaman mendalam mengenai agama perlu diperkukuhkan. Dalam fasa ini, sebagai seorang individu, kita perlu seiringkan kefahaman Islam kita dengan keyakinan yang mendalam. Keyakinan dalam agama Islam boleh diperolehi dengan cara kita berilmu. Malah, keyakinan boleh timbul jika kita rajin bertanya dan meminta nasihat daripada ulama dan ilmuwan Islam. Bahkan, pengalaman peribadi yang diiringi dengan reda atas setiap peristiwa yang menimpa, sama ada nikmat atas ujian, boleh membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap Islam, dan paling penting kepada Yang Maha Esa. Rasuah perlu dilihatkan sebagai Dwidosa, pertamanya kepada Allah, dan keduanya kepada diri sendiri; kerana makan sumber yang haram dan kepada orang lain yang terlibat rasuah. Semangat integriti perlu diterap di peringkat individu lagi.

Manakala di peringkat organisasi atau masyarakat, generasi tua perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada generasi muda supaya tidak mengamalkan rasuah. Kepimpinan seluruh peringkat, sama ada negara, masyarakat, organisasi terutamanya tidak boleh dilihatkan bergelumang dengan rasuah, menyebabkan terkesan kepada generasi muda. Pendekatan selamat

13

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

yang melihatkan sekadar generasi muda yang memerangi rasuah, akan tetapi generasi tua masih menikmati rasuah tidak akan kemana-mana. Bahkan mungkin akan terus berlaku. Mewujudkan budaya amanah dan jujur dalam peribadi individu, yang sudah pasti susulan daripada langkah pertama tadi. Budaya ini diwujudkan sebagai budaya asas setiap generasi muda dalam bermualamah. Sekolah- sekolah perlu menerap nilai budaya amanah dan jujur sebagai teras peribadi yang mulia. Membina persepsi jijik rasuah adalah seperti persepsi jijiknya benda yang amat kotor seolah-olah seperti melihat benda yang yang berulat-ulat. Pelbagai risalah perlu diperbanyakkan dengan kerjasama dari semua pihak. Keluarga sebagai asas perlu memainkan peranan penting mendidik tentang mewujudkan integriti dan membenci rasuah. Ibu bapa memainkan peranan di peringkat awal lagi bagi menerapkan nilai-nilai murni dan melatih anak-anak mengenai keburukan gejala rasuah ini. Kempen berterusan dengan poster, ceramah, aktiviti kesedaran perlu digiatkan sehingga akar umbi, dengan melibatkan kelompok generasi muda sebagai penggerak utama. Melalui ini, dapatlah menutup ruang dan peluang kepada generasi muda daripada terdedah dengan gejala rasuah. Kelompok profesional dan mahasiswa seharusnya diberi penekanan tentang dosa rasuah, kerana merekalah kelompok harapan yang akan memimpin masyarakat kelak . SPRM perlu mewujudkan Kelab SPRM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana langkah Pemadam menubuhkan Kelab Pemadam di Universiti Sains Malaysia (USM) dan di IPT lain. Melalui cara ini, mahasiswa dan generasi masa hadapan lebih mahir mengendalikan masalah dadah serta rasuah yang

14

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

berkembang secara berleluasa di dalam masyarakat kita. Sebuah akhbar mengesan isu pengaliran wang universiti dan cara-cara kenaikan pangkat pegawai dan pensyarah universiti telah melaporkan kira-kira 128 kes penyelewengan di sebuah IPT. Namun, ada kemungkinan lebih daripada sebuah universiti yang terlibat dalam gejala ini. Oleh itu, penyelewengan di semua IPT perlu juga disiasat. Mewujudkan rang undang-undang yang baru dapat membanteras gejala rasuah masa kini. Dua rang undang-undang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman. Pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini. Langkah ini diambil bertujuan memastikan SPRM Rasuah dan badan kehakiman menjadi lebih mantap, berkesan, berwibawa dan diyakini oleh masyarakat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka. 7. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG HARUS DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN ORGANISASI 7.1 Peranan Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) di Dewan Rakyat. Asas serta matlamat kedua-dua rang undang-undang itu amat jelas - menjadikan proses memerangi rasuah di negara ini cekap dan berkesan manakala prosedur pelantikan hakim pula dapat dilaksanakan dengan ketelusan serta akauntabiliti menjadi asas utamanya.

15

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

Ini mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman. Pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini. Langkah ini diambil bertujuan memastikan Badan Pencegah Rasuah dan badan kehakiman menjadi lebih mantap, berkesan, berwibawa dan diyakini oleh masyarakat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka. Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 pada sidang Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut yang dibacakan kali pertama antara lain akan menggantikan peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan memantapkan lagi usaha membanteras amalan rasuah, disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Perdana Menteri turut membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, juga untuk bacaan kali pertama. Pembentangan rang undang-undang itu merupakan antara janji Perdana Menteri dalam membawa pembaharuan terhadap bidang kehakiman dan pembanterasan rasuah di negara ini. Peranan ini haruslah dimainkan oleh agensi kerajaan tertentu seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Sains, Pembangunan Teknologi Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian dan Inovasi, Kementerian

Pengangkutan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan lain-lain.

16

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

7.2 Peranan Organisasi Peranan organisasi dalam membantu membanteras rasuah ini amatlah penting. Setiap organisasi perlulah memainkan peranan penting dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Jika peranan ini diambil dengan baik, dapatlah gejala ini dibanteras dengan baik. Pemantauan juga diperlukan dalam memantau pekerja dan memastikan setiap kerja yang dilakukan digunakan mengikut saluran yang betul. Jika mengikut saluran yang betul, segala kerja dan projek yang dijalankan tidaklah menghadapi masalah seperti sebelu ini. 8. KESIMPULAN Gejala rasuah yang berlaku di Malaysia sekarang ini semakin berleluasa. Rasuah sentiasa menghampiri rakyat di negara ini walaupun mengetahui ia adalah benda yang salah. Walaupun salah, tetapi manusia masih terlibat kerana inginkan kemawahan segera. Peranan kerajan dan organisasi memainkan peranan dalam menghadapi masalah ini. Oleh yang demikian, penerapan nilai murni dan pendidikan pencegahan rasuah perlu dilaksanakan dari peringkat awal terutamanya peringkat sekolah. Seperti kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

17

__________________________________________________ETIKA PROFESIONAL

RUJUKAN

http://search.yahoo.com/search? p=definisi+rasuah+mengikut+kamus+dewan&vc=&fr=yfp-t-501s&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&fp_ip=MY http://pkukmweb.ukm.my/~ebangi/makalah-j3-b3-jan-dis-08/shima%20-%20edited.pdf http://66.218.69.11/search/cache?ei=UTF-8&p=sebab+sebab+berlaku+rasuah&fr=yfp-t501&fp_ip=MY&rs=0&u=www.scribd.com/doc/2249735/Rasuah&w=sebab+sebab+berl aku+rasuah&d=PNjEAEfiR1eZ&icp=1&.intl=us http://www.bpr.gov.my/cda/m_profile/c_strategi.php http://www.scribd.com/doc/2249735/Rasuah http://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=706 http://article.wn.com/view/2008/12/09/Komitmen_perangi_rasuah/ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

18

You might also like