P. 1
muna BIODIVER

muna BIODIVER

|Views: 338|Likes:
Published by munawords

More info:

Published by: munawords on Jul 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/17/2013

pdf

text

original

TEMA: MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN: 3.

0 BIODIVERSITI
PADA AKHIR BAB INI, PELAJAR AKAN DAPAT: 1 Mendefinisikan maksud biodiversiti, spesis, benda hidup, persekitaran dan kepelbagaian. 2 Menerangkan asal usul pengelasan tumbuhan dan haiwan termasuk hierarki Linnaeus bermula daripada spesis sehingga ke alam. 3 Mengenali tatacara pemberian nama saintifik haiwan dan tumbuhan mengikut Sistem Binomial yang terdiri daripada 2 bahagian perkataan Latin iaitu Genus dan Spesis serta cara ia ditulis. 4 Mendefinisikan maksud haiwan vertebrata dan invertebrata serta membandingkan ciri-ciri sepunyanya. 5 Mengenalpasti cara-cara pengawetan tulang belakang ikan paus biru serta membandingkannya dengan cara-cara pengawetan haiwan lain yang dipilih. 6 Membincang dan membandingkan 5 kelas haiwan vertebrata, iaitu mamalia, ikan, reptilia, burung dan amfibia berdasarkan ciri-ciri sepunya masing-masing. 7 Mengenalpasti perkaitan haiwan (ikan oar) dengan bencana alam seperti tsunami dan membincangkan petanda yang sama ditunjukkan oleh haiwan lain. 8 Mengenalpasti bahawa ketam nipah merupakan salah satu contoh haiwan invertebrata dan membincang serta melakonkan watak sebagai ketam nipah 1

berdasarkan maklumat yang diperlukan seperti nama saintifik, habitat asal, struktur sokongan badan dan kaedah terbaru dalam pembenihan ketam nipah di Malaysia. 9 Mendefiniskan maksud tumbuhan berbunga d an tidak berbunga serta

mengenalpasti 2 kumpulan tumbuhan berbunga iaitu mono- dan dikotiledon. Manakala tumbuhan tidak berbunga dapat dikelaskan kepada 5 kumpulan iaitu alga, kulat, lumut, paku pakis, dan konifer. 10 Mengenalpasti ciri-ciri sepunya bagi mono- dan dikotiledon, serta alga, kulat, lumut, paku pakis, dan konifer. 11 12 Mengenalpasti dan menjalankan langkah-langkah penghasilan herbarium. Mengenalpasti dan menghargai kepentingan penjagaan, pemeliharaan, dan pemuliharaan sekitar. biodiversiti kepada manusia, benda hidup yang lain dan alam

2

3.1 1

Memahami Kepelbagaian Benda Hidup Biodiversiti merupakan kewujudan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan (benda hidup) dalam persekitaran semulajadi mereka [1].

2

Contoh biodiversiti dalam kawasan hutan paya bakau yang terdapat di Malaysia seperti dalam Rajah 3.1. Dapatkah kamu bayangkan apakah haiwan dan tumbuhan yang terdapat dalam kawasan hutan paya bakau? Adakah semua haiwan dan tumbuhan tersebut saling bergantungan antara satu sama lain?

Rajah 3.1. Hutan Paya Bakau.

3

LATIHAN 3.1 Lengkapkan perkataan dalam Jadual 3.1 dengan menggunakan abjad yang sesuai. Jadual 3.1. Beberapa kata kunci penting dalam Biodiversiti. KATA KUNCI 1 B _ _ D I _ _ R S _ _ _ MAKNA Kewujudan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan dalam persekitaran semula jadi mereka Suatu kumpulan haiwan atau tumbuhan di bawah Genus dalam Hierarki Linnaeus P Organisma yang menjalankan fungsifungsi kehidupan

2

_

P

_

S

I

_

3 4 5

B _

_

_

D A

H

_

_

_

E R S _ K _ _ _

_ R A N Kawasan di sekeliling suatu tempat I A N Berbagai-bagai jenis

K E P E L _

G _

3.2 1

Asal Usul Pengelasan Haiwan dan Tumbuhan Carl Linnaeus, seorang ahli Botani Sweden telah menerbitkan edisi pertama “Systema Naturae”, yang mempunyai 10 halaman, 3 daripadanya menghuraikan alam tumbuhan. Tumbuhan disusun dalam kategori spesis dan beberapa spesis yang serupa digolongkan dalam kelas. Namun kini, pengelasan buatan ini diketepikan dan pengelasan semulajadi digunakan berdasarkan Prinsip Binomial, seperti yang terdapat dalam buku Species Plantarum (1753). Kemudian, pada pertengahan abad ke-18, beberapa peraturan Linnaeus dalam Systema Naturae diubahsuai dan dikumpulkan. Al-Phonse de Candolle merekodkan pengubahsuaian tersebut dalam “The Law of Potanical Nomenclature” di Paris pada tahun 1867. Sistem tatanama yang menggunakan bahasa Latin ini dikenali 4

sebagai Sistem Binomial Linnaeus, boleh digunapakai untuk menamakan tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma.” [2] 2 Hierarki Linnaeus dapat digambarkan melalui Rajah 3.2 gambarajah Venn berikut:

ALAM FILUM KELAS ORDER FAMILI GENUS SPESIS

Rajah 3.2 . Gambarajah Venn bagi Hierarki Linnaeus, dengan saiz takson dalam setiap peringkat menjadi semakin besar bermula daripada spesis ke alam [3]. 3 Sistem Binomial ialah satu sistem yang memberi nama saintifik kepada suatu spesis tertentu berdasarkan 2 bahagian nama Latin. Bahagian pertama menunjukkan Genus, manakala bahagian kedua ialah Spesis. Semasa menulis nama saintifik, syarat-syaratnya ialah seperti berikut: (a) huruf pertama ialah huruf besar, (b) dalam bentuk italik atau kedua-dua perkataan itu digaris berasingan. Contohnya seperti pokok daun semalu, iaitu nama biasa manakala nama saintifiknya ialah Mimosa pudica. Dalam bahasa Latin,

5

Mimosa bermaksud “malu”, sesuai dengan sifat daunnya yang akan menguncup apabila disentuh.

Rajah 3.3. Mimosa pudica (pokok daun semalu).

6

LATIHAN 3.2 1 Dengan menggunakan internet, cari nama saintifik bagi haiwan atau tumbuhan dalam Jadual 3.2 dan tuliskan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Sistem Binomial Linnaeus. Jadual 3.2. Beberapa nama organisma hidup dan laman web yang berkaitan untuk merujuk nama saintifiknya. NAMA BIASA LAMAN WEB ORGANISMA a) Burung Cenok Kera http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdAviClist/g reenBilled_malkoha.pdf b) Kera http://ms.wikipedia.org/wiki/Kera c) Pokok Api-api http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Api-api d) Pokok Ati-ati http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SeniTaman_Fl orapelangi/Article/index e) Pokok Periuk Kera http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kendihutan/Ar ticle/index

3.3 1

Pengelasan Haiwan ke dalam Kumpulannya Berdasarkan Ciri-ciri Sepunya Haiwan terbahagi kepada 2 kumpulan berdasarkan kehadiran tulang belakang, iaitu (a) vertebrata dan (b) invertebrata.

2

Perbandingan ciri-ciri sepunya haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti dalam Jadual 3.3:

7

Jadual 3.3. Perbandingan ciri sepunya haiwan vertebrata dan invertebrata. Ciri Sepunya Kehadiran tulang belakang Sistem sokongan badan Kehadiran sistem saraf dan otak Contoh Vertebrata Ada (lihat Rajah 3.4) Tulang rangka dalam (endoskeleton) Kebanyakkannya ada Kambing, cicak dan burung Invertebrata

Tiada

Cangkerang luar yang keras (eksoskeleton) atau bendalir badan Sesetengahnya tiada Rama-rama, ketam dan semut

3

Rajah 3.4 menunjukkan anak ikan paus biru dan tulang belakangnya yang dijumpai di Pantai Batu Burok, Terengganu pada tahun 2009.

Rajah 3.4. Anak ikan paus biru yang ditemu terdampar di Pantai Batu Burok, Terengganu pada tahun 2009 (kiri) dan tulang belakangnya yang telah diproses (kanan) [4].

8

AKTIVITI SAINS 3.1

MIRIP MUMIA MESIR [4]

Pada 20 Januari 2009, seekor ikan paus biru dijumpai terdampar di Pantai Batu Burok, Terengganu. Ia terdampar di situ lalu mati selepas 2 jam tersangkut pada jaring nelayan yang menyebabkannya tercedera. Ketua Unit Mamalia Marin Tumec, Mohd. Lazim Mohd. Saif berkata, spesis itu adalah yang pertama ditemui di negara ini. Lantaran itu, kajian sanitifik perlu dilakukan. Bagi tujuan pameran, bangkai ikan tersebut akan menjalani proses berikut: a) selepas bedah siasat dilakukan, bangkai paus akan dimasukkan ke dalam periuk yang besar dan direbus selama 12 jam untuk mengasingkan lemak dan daging b) kemudian, air ditukar dan dicampur dengan sabun berenzim lalu direbus lagi selama 12 jam (jika masih terdapat lemak atau daging, proses rebusan akan dilakukan lagi) c) selepas dibersihkan, gambar tulang rangka diambil untuk dijadikan rujukan dalam proses penyambungan dan pembentukan tulang rangka d) proses mengenalpasti jenis tulang, melabel dan memisahkan tulang-tulang dilakukan dengan penuh cermat e) proses pemutihan tulang rangka dilakukan dengan menggunakan hidrogen peroksida f) tulang yang rosak dan patah diperbaiki manakala replika tulang yang hilang dibuat untuk menggantikannya

9

g)

liang-liang halus pada tulang ditutup untuk mengelakkan serangga membuat sarang

h) i)

membuat lapisan resin pada tulang penyambungan sementara dilakukan dengan tulang-tulang disusun dan dibentuk semula berdasarkan gambar rangka asal

j)

akhir sekali, penyambungan kekal dilakukan dan tulang rangka siap diletakkan di ruang pameran.

Tugasan: Berdasarkan petikan di atas, pilih satu jenis haiwan daripada kalangan haiwan kecil (seperti serangga) atau haiwan besar (seperti moluska, amfibia, reptilia atau mamalia) untuk diawetkan. Kemudian, bincang dalam kumpulan anda tentang langkah-langkah untuk penyediaan haiwan awetan yang telah dipilih. Anda boleh merujuk guru, buku atau mencari dalam laman web. Kemudian, jalankan hasil perbincangan anda itu. Akhir sekali, pamerkan hasil awetan anda di Makmal Sains sekolah. Selamat mencuba.

10

3.3.1 Perbandingan 5 Kelas Haiwan Vertebrata Berdasarkan Ciri-ciri Sepunya 1 Rajah 3.5 menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan kehadiran tulang belakang.

HAIWAN

VERTEBRATA

INVERTEBRATA

1) MAMALIA

2) IKAN

3) REPTILIA

4) BURUNG

5) AMFIBIA

Rajah 3.5. Pengelasan haiwan berdasarkan kehadiran tulang belakang.

2

Jadual 3.4 menunjukkan perbandingan ciri-ciri sepunya bagi 5 kelas haiwan vertebrata: Jadual 3.4. Perbandingan ciri sepunya bagi 5 kelas haiwan vertebrata. Kelas Ciri sepunya Keterangan a) Ciri fizikal Kebanyakannya: Mamalia badan diliputi rambut/ bulu bercuping telinga yang ketara kulit mempunyai kelenjar peluh mempunyai gigi pelbagai bentuk b) Habitat c) Organ pernafasan 11 Kebanyakan hidup di darat kecuali ikan paus dan dolfin Peparu

d) Cara pembiakan

e) Suhu badan f) Ciri penyesuaian khas yang lain

Kebanyakannya: Melahirkan anak, kecuali platipus yang bertelur Haiwan betina mempunyai kelenjar susu untuk menyusukan anaknya Tetap, iaitu tidak berubah mengikut suhu persekitaran (homoioterma) Kelawar – berkepak Landak – kulit berduri Platipus – berparuh seperti itik Mempunyai kelenjar susu untuk menyusukan anaknya (termasuk platipus) Kebanyakan badannya: bersisik dan berlendir berbentuk larus mempunyai garisan deria untuk mengesan rangsangan luar bersirip dan berekor untuk berenang Dalam air tawar atau masin (laut) Insang Bertelur Berubah mengikut suhu persekitaran, iaitu poikiloterma Sesetengahnya mempunyai: tulang rawan, seperti ikan yu pundi udara untuk

Ikan

a) Ciri fizikal

b) Habitat c) Organ pernafasan d) Cara pembiakan e) Suhu badan f) Ciri penyesuaian khas yang lain

12

Reptilia

a) Ciri fizikal

memudahkannya terapung Kebanyakannya: badan kering dan bersisik mempunyai dua pasang kaki kecuali ular mempunyai sejenis gigi sahaja, iaitu berbentuk kon dan tajam tidak mempunyai cuping telinga Di darat atau air Peparu Bertelur Poikiloterma Kebanyakannya: berbulu pelepah (bersifat kalis air) mempunyai sepasang kepak tidak bergigi berparuh kaki bersisik dan berkuku tajam badan berbentuk larus Darat Peparu Bertelur Homoioterma Kaki berbentuk selaput bagi yang boleh berenang iaitu itik dan penguin Telur bercangkerang keras Kebanyakannya: Berkulit lembap yang terdedah

Burung

b) Habitat c) Organ pernafasan d) Cara pembiakan e) Suhu badan f) Ciri penyesuaian khas yang lain a) Ciri fizikal

b) Habitat c) Organ pernafasan d) Cara pembiakan e) Suhu badan f) Ciri penyesuaian khas yang lain

Amfibia

a) Ciri fizikal

13

b) Habitat c) Organ pernafasan d) Cara pembiakan e) Suhu badan f) Ciri penyesuaian khas yang lain

Mempunyai kaki yang berselaput renang Tidak mempunyai cuping telinga Di darat dan di air Peparu Bertelur Poikiloterma Insang untuk bernafas – berudu Kulit lembap untuk membantu pernafasan katak

14

AKTIVITI SAINS 3.2

MISTERI IKAN OAR

Rajah 3.6. Ikan oar yang ditemui terdampar di pesisiran pantai Jepun seminggu sebelum tsunami melanda negara itu.

15

Bencana tsunami yang melanda Jepun pada 11.Mac.2011 lalu terjadi setelah gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter berlaku. Seminggu sebelum kejadian, dilaporkan sekelompok ikan oar telah terdampar di pantai Jepun dan sebahagiannya tersangkut di pukat nelayan. Kejadian yang sama juga telah dilaporkan berlaku di Chilie, Haiti dan Jepun pada tahun 2010, iaitu ikan oar telah muncul di permukaan laut sebelum gempa bumi melanda kawasan tersebut [5]. Ikan oar tergolong dalam famili Regalecidae. Ia biasanya tinggal di laut dengan kedalaman 1000 m dari permukaan laut.Menurut pendapat kuno Jepun, ikan oar akan timbul di permukaan atau berenang ke pantai sekiranya terjadi gempa bumi (lihat Rajah 3.6).

1)

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan dalam kumpulan tentang faktor penyebab ikan oar timbul di permukaan atau terdampar di pantai. Apakah penyesuaian ciri fizikal pada ikan oar yang menyebabkannya dapat mengesan kejadian gempa bumi yang akan berlaku?

2)

Ahli Saintis selalunya menggunakan suatu alat yang sensitif untuk mengesan sebarang keganjilan atau gelinciran tanah dan batu batan sebelum terjadinya gempa bumi. Mereka juga mengkaji sebarang petanda lain sebelum berlakunya gempa bumi seperti kemunculan beberapa haiwan sebagai petanda menunjukkan berlakunya gempa bumi. Manakala amplitud getaran gelombang gempa bumi disukat dengan menggunakan

“seismograph” dan disukat dalam skala Richter [6]. Dengan menggunakan internet, cari 1 contoh kejadian yang menunjukkan haiwan lain selain ikan oar juga menunjukkan

16

petanda bahawa gempa bumi atau fenomena alam yang lain akan berlaku. Kemudian, persembahkan jawapan anda di hadapan kelas. 3.3.2 1 2 3 Haiwan Invertebrata Haiwan invertebrata mempunyai sifat fizikal yang lebih ringkas berbanding vertebrata. Kebanyakan mikroorganisma adalah invertebrata. Contohnya Paramesium dan Ameba. Ketam juga merupakan haiwan invertebrata (lihat Rajah 3.7). Dapatkah anda senaraikan haiwan invertebrata yang lain?

Rajah 3.7. Ketam nipah [7]. LATIHAN 3.3 1 a) Berdasarkan Rajah 3.7, apakah nama saintifik bagi ketam nipah?. Apakah habitat asal bagi ketam nipah tersebut? Apakah struktur sokongannya? Apakah

warnanya? Apakah khasiat yang boleh didapati apabila memakannya? Dengan menggunakan fakta-fakta yang dicari, bincangkan suatu dialog berkaitan langkahlangkah yang dijalankan dalam pembenihan ketam nipah dan pemeliharaan 17

kesihatannya seperti yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan dan lakonkan di hadapan kelas. Anda juga boleh menambah fakta-fakta yang lain. Petunjuk: http://www.umk.edu.my/my/index.php?option=com_content&view=articl e&id=338:umk-terokai-kajian-pembenihan-ketam-nipah&catid=35:berita-umk

b)

Betulkah struktur fizikal ketam nipah yang dilukis dalam Rajah 3.8? Dengan bantuan Rajah 3.7, lukis semula gambar ketam nipah dengan sempurna dan tepat.

Rajah 3.8. Gambar kartun ketam. 18

LATIHAN 3.4 1 Namakan satu haiwan yang bertelur, tetapi digolongkan ke dalam kelas mamalia. ________________________________________________________________ 2 Kebanyakan mamalia hidup di darat, tetapi ada juga yang hidup di air. Nyatakan 2 jenis mamalia yang hidup di air. ________________________________________________________________________ 3 Apakah ciri penyesuaian yang terdapat pada kaki haiwan seperti katak dan itik untuk memudahkannya berenang? ________________________________________________________________________ 4 Adakah amfibia bercuping telinga? Haiwan dalam kelas manakah yang mempunyai cuping telinga yang ketara? ________________________________________________________________________ 5 Ikan emas Ular Gajah Burung pipit Katak

Berdasarkan pilihan yang diberi di atas, golongkan haiwan-haiwan tersebut berdasarkan sifat darah kepada 2 kumpulan, iaitu sama ada homoioterma atau poikiloterma ke dalam Rajah 3.9:

Sifat darah

Berdarah panas (Homoioterma)

Berdarah sejuk (Poikiloterma)

Rajah 3.9. Pengelasan haiwan vertebrata berdasarkan sifat darah. 19

3.4

Pengelasan Tumbuhan Berdasarkan Ciri-ciri Sepunya

3.4.1 Pengelasan Tumbuhan Berdasarkan Kehadiran Bunga 1 Rajah 3.10 menunjukkan hierarki pengelasan tumbuhan berdasarkan kehadiran bunga.

TUMBUHAN BERBUNGA TIDAK BERBUNGA

MONOKOTILEDON

DIKOTILEDON

ALGA

KULAT

PAKU PAKIS

LUMUT

KONIFER

Rajah 3.10. Hierarki pengelasan tumbuhan berdasarkan kehadiran bunga.

2

Tumbuhan berbunga ialah tumbuhan yang menghasilkan bunga dan biji benih untuk membiak. Bunga merupakan organ pembiakan tumbuhan. Biji benih terkandung di dalam buah dan dipanggil sebagai “angiosperma”.

3

Tumbuhan tidak berbunga ialah tumbuhan yang tidak mempunyai bunga dan selalunya menghasilkan spora untuk membiak. Akan tetapi, terdapat juga tumbuhan tidak berbunga yang menghasilkan biji benih seperti konifer namun ia tidak mempunyai buah untuk menyimpan biji benihnya dan dipanggil sebagai “gimnosperma” [8]. 20

3.4.2 1

Tumbuhan Berbunga Tumbuhan berbunga dapat dikelaskan kepada 2 kumpulan iaitu: a) monokotiledon b) dikotiledon. Perbandingan ciri sepunya bagi tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon adalah seperti dalam Jadual 3.5: Jadual 3.5. Perbandingan ciri sepunya tumbuhan monokotiledon dan dikotiledon. CIRI SEPUNYA a) Bilangan kotiledon b) Sistem akar c) Jenis urat daun d) Jenis batang e) Contoh MONOKOTILEDON 1 Serabut Selari Tidak berkayu (lembut) Jagung, tebu dan padi DIKOTILEDON 2 Tunjang Jejala Berkayu (keras) Pokok mangga, keembung dan mawar

3.4.3 1

Tumbuhan Tidak Berbunga Jadual 3.6 menunjukkan ciri sepunya bagi 5 kumpulan tumbuhan tidak berbunga yang berlainan. Jadual 3.6. Perbandingan ciri sepunya 5 kumpulan tumbuhan tidak berbunga. KUMPULAN CIRI SEPUNYA PENERANGAN Habitat Di dalam air atau kawasan yang lembap a) Alga Kehadiran klorofil Mempunyai klorofil untuk fotosintesis Kehadiran daun, akar Tidak mempunyai daun, akar atau batang atau batang sebenar sebenar Cara pembiakan Menghasilkan spora b) Kulat Habitat Kehadiran klorofil Kawasan lembap Tidak berklorofil, maka tidak dapat menjalankan fotosintesis Kehadiran daun, akar Tidak mempunyai akar, batang dan daun atau batang sebenar sebenar Cara pembiakan Menghasilkan spora untuk pembiakan

21

c) Paku Pakis

Habitat

Tumbuh pada tumbuhan lain tanpa mengancamnya (epifit) Kehadiran klorofil Mempunyai klorofil untuk fotosintesis Kehadiran daun, akar Mempunyai daun, akar dan batang sebenar atau batang sebenar Cara pembiakan Menghasilkan spora Kawasan lembap Mempunyai klorofil Mempunyai rhizoid yang seakan-akan akar, tetapi tidak berfungsi menyerap air. Wap air daripada udara yang lembap diserap melalui daun. Tidak mempunyai daun, akar atau batang yang sebenar Menghasilkan spora

d) Lumut

Habitat Kehadiran klorofil Kehadiran daun, akar atau batang sebenar

Cara pembiakan e) Konifer [8] Habitat

Terdapat di hutan kawasan beriklim sejuk di utara bumi [9] Kehadiran klorofil Mempunyai klorofil untuk fotosintesis Kehadiran daun, akar Batang berkayu lembut, mempunyai akar atau batang sebenar dan daun berbentuk jarum atau sisik dan sentiasa hijau serta selalu mengeluarkan daun baru Cara pembiakan Menghasilkan biji benih yang terdedah (gimnosperma) yang disimpan dalam kon [9]

LATIHAN 3.5 1 Tumbuhan ini mempunyai bunga dan melakukan persenyawaan dalam. Setelah zigot dihasilkan, embrio dibiarkan berkembang di dalam buah. Keadaan ini dipanggil sebagai “angiosperma’. Tumbuhan ini dapat dikelaskan sebagai tumbuhan _________________ dan ia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu monokotiledon dan ______________________. 2 Berdasarkan rajah di bawah, pilih tumbuhan yang dapat digolongkan ke dalam kumpulan monokotiledon. Nyatakan sifat-sifat tumbuhan monokotiledon dalam jadual yang disediakan. 22

Paku pakis

Pokok bunga raya

Kulat

Alga [10]

Pokok jagung

Konifer (Pinophyta Species – Araucaria heterophylla) [11]

Rajah 3.11. Beberapa jenis tumbuhan di bumi. Tumbuhan monokotiledon dikenalpasti - ____________________________________ Jadual 3.7. Ciri sepunya bagi monokotiledon. CIRI SEPUNYA MONOKOTILEDON a) Bilangan kotiledon b) Sistem akar c) Jenis urat daun d) Jenis batang e) Contoh

23

AKTIVITI SAINS 3.3 Tujuan:

PERTANDINGAN BUKU SKRAP HERBARIUM TERBAIK

Mengkaji kelas tumbuhan berbunga (Mono- & Dikoteledon)

Bahan/ Peralatan: Gunting, sampel tumbuhan, kertas A4 berwarna, pita selofan, pen marker Kaedah: 1) 2) Cari 1 sampel tumbuhan mono- dan dikoteledon di kawasan persekitaran. Potong pangkal batangnya secara menyerong. Jika tumbuhan mempunyai bunga, jaga supaya ia tidak terlerai daripada tangkalnya. 3) 4) Kemudian, biarkan sampel tumbuhan tadi di udara supaya kering selama 1 jam. Ambil tumbuhan yang dibiar kering tadi dan masukkan di antara 3 helai kertas suratkhabar. Biarkan selama 2 hari. 5) Sementara itu, siapkan buku skrap anda. Isi kandungan yang mesti dicari ialah: a) pada muka surat (m/s) 1, tulis Isi Kandungan buku skrap. Senaraikan apa yang ada dalam buku anda bermula daripada m/s 1 hingga akhir dalam satu jadual. b) m/s 2 – Tumbuhan monokotiledon – Gambar sampel (labelkan dengan nama biasa dan saintifik serta habitat ia dijumpai) c) m/s 3 – Tumbuhan monokotiledon Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon – bilangan kotiledon, sistem akarnya, jenis urat daun, dan jenis batang. 24

d)

m/s 4 – Tumbuhan dikotiledon – Gambar sampel (labelkan dengan nama biasa dan saintifik, serta habitat ia dijumpai)

e)

m/s 5 – Tumbuhan dikotiledon Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon – bilangan kotiledon, sistem akarnya, jenis urat daun, dan jenis batang.

6)

Spesimen yang telah kering dilekatkan dengan menggunakan pita selofan. Anda juga boleh menjahit batangnya. Pastikan semua bahagian tumbuhan didedahkan. Jika spesimen terlalu panjang, ia boleh dilipat tetapi pastikan ia tidak patah.

7)

Kemudian, para pelajar boleh memulakan proses penulisan buku skrap apabila sampel tumbuhan telah kering. Hiaslah dengan mengikut kreativiti sendiri.

8)

Apabila telah siap, guru akan memilih pemenang pertandingan ini. Buku skrap terbaik dinilai dan diberi pengiktirafan. Perhatian: Bagi mengelakkan spesimen diserang serangga, celupkan spesimen itu ke dalam larutan alkohol 70 % atau spirit bermetil beberapa saat dan keringkan di udara sebelum proses pengeringan di bawah kertas surat khabar.

- SELAMAT MENCUBA –

25

3.5 1

Kepentingan Biodiversiti kepada Persekitaran Biodiversiti amat penting kepada kehidupan kita kerana ia terdiri daripada pelbagai jenis hidupan seperti tumbuhan dan haiwan.

2

Hutan amat penting dalam kehidupan manusia kerana: a) b) ia membekalkan sumber oksigen untuk pernafasan dan proses respirasi ia dapat menyerap karbon dioksida yang dibebaskan daripada aktiviti benda hidup. Maka, keseimbangan kitar karbon dapat dikekalkan. b) c) ia merupakan habitat semulajadi bagi haiwan ia membekalkan makanan, ubatan herba dan bahan mentah kepada manusia dan haiwan c) d) ia membekalkan pelbagai spesis flora dan fauna ia bertindak sebagai “span” yang dapat menyerap air hujan. Dengan itu, struktur tanah menjadi semakin kukuh dan kejadian tanah runtuh dapat dielakkan. Selain itu, tanah “diikat” dengan kemas supaya tidak dihanyutkan air hujan ke sungai. Apabila sungai menjadi cetek, banjir kilat mudah berlaku.

3

Haiwan sangat penting kepada manusia kerana: a) sebagai sumber makanan. Contohnya lebah dapat membekalkan madu asli yang dapat mengubati pelbagai penyakit b) sebagai daya tarikan kepada pelancong asing

26

c) 4

membekalkan baja semulajadi kepada tanaman

Aktiviti manusia yang dapat mengurangkan kepadatan biodiversiti termasuklah: a) melakukan pembalakan dan pemburuan haram untuk mendapatkan anggota tubuh haiwan seperti gading gajah dan kulit harimau b) c) d) menggondolkan bukit untuk tujuan pembangunan membuang sisa toksik dan minyak ke dalam laut menuba ikan, akibatnya anak ikan yang belum sesuai dimakan pun akan mati

5

Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengekalkan dan melindungi alam sekitar seperti: a) menguatkuasakan undang-undang seperti Akta 76 - Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [12] dan Akta Perhutanan Negara 1984 [13] b) c) d) menubuhkan hutan simpanan mendirikan zoo untuk habitat haiwan bagi spesis terancam mewujudkan pengajian dalam bidang zoologi dan botani di universiti awam dan swasta bagi melahirkan individu yang berpengetahuan tinggi dalam bidang ini dan dapat menyumbang bakti kepada negara

27

KESIMPULAN 1 Biodiversiti ialah kewujudan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan (benda hidup) dalam persekitaran semulajadi mereka. 2 Haiwan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan tulang belakang, iaitu vertebrata dan invertebrata. Haiwan vertebrata (bertulang belakang) dapat dibahagikan kepada 5 kelas, iaitu mamalia, reptilia, ikan, burung dan amfibia. Manakala haiwan invertebrata pula tidak bertulang belakang tetapi disokong oleh rangka luar seperti cangkerang yang keras atau rangka hidrostatik seperti bendalir badan. 3 Bagi tumbuhan, terbahagi 2 kumpulan berdasarkan kehadiran bunga sebagai organ pembiakan, iaitu tumbuhan berbunga dan tidak berbunga. Tumbuhan berbunga (angiosperma) dapat dikelaskan kepada 2 kumpulan, iaitu mono- dan dikotiledon. Manakala tumbuhan tidak berbunga pula terbahagi kepada 5 kelas, iaitu alga, kulat, konifer, paku pakis dan lumut. 4 Manusia sebagai “khalifah” di muka bumi ini yang mempunyai akal fikiran wajib menjaga, memelihara dan memulihara alam sekitar. Jika keseimbangan ekosistem terjejas, akan mendatangkan mudharat yang amat buruk kerana terdapat saling pergantungan antara semua benda hidup yang ada di bumi ini. Saling pergantungan antara benda hidup ini akan anda pelajari dalam Bab 4 – Saling Pergantungan dan Interaksi Antara Benda Hidup.

28

LATIHAN PENILAIAN FORMATIF

1.

Y merupakan suatu kumpulan haiwan atau tumbuhan di bawah Genus dalam Hierarki Linnaeus. Y ialah A B C D haiwan benda hidup persekitaran spesis

2.

Dalam tatacara penamaan saintifik bagi pokok daun semalu, terdapat 2 bahagian perkataan, iaitu Mimosa pudica. Bahagian 1, iaitu Mimosa bermaksud “malu” dalam bahasa Latin. Dengan merujuk kepada Mimosa pudica, kelaskan kedua-dua perkataan tersebut dengan takson yang sesuai ke dalam gambarajah Venn (Hierarki Linnaeus) di bawah. Pilih jawapan yang betul ialah

29

A

GENUS - Mimosa

SPESIS - pudica

B

ALAM - Mimosa

FILUM - pudica

30

C

ALAM - Pudica

FILUM - Mimosa

D

GENUS - Mimosa

SPESIS - pudica

31

3.

Menurut Hierarki Linnaeus, setiap benda hidup boleh digolongkan kepada:

Spesis

Order

Kelas

Genus

Famili

Filum

Alam

Rajah 3.12. Hierarki Linnaeus bermula daripada Spesis dan berakhir di Alam. Susun peringkat takson dalam Rajah 3.12 berdasarkan saiz takson (bilangan organisma) dalam gambarajah piramid berikut:

32

A

Spesis Genus Famili Order Kelas Alam Filum

B

Spesis Genus Order Famili Kelas Filum Alam

33

C

Spesis Genus Famili Order Kelas Filum Alam

D

Spesis Genus Famili Order Kelas Filum Alam

34

4.

W

X

Y

Z

Rajah 3.13. Haiwan W, X, Y dan Z. Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri sepunya iaitu daripada segi kehadiran sistem sokongan badan bagi haiwan W, X, Y dan Z dalam Rajah 3.13? W Cangkerang luar yang keras dan bendalir badan Cangkerang luar yang keras dan bendalir badan Cangkerang luar yang keras Bendalir badan X Bendalir badan Cangkerang luar Bendalir badan Sesungut Y Tulang belakang Bendalir badan Tulang belakang Tulang belakang Z Bendalir badan Bendalir badan Bendalir badan Bendalir badan

A B C D

35

5.

Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu vertebrata, P iaitu: paruh seperti itik kaki berselaput renang bertelur mempunyai kelenjar susu untuk menyusukan anak dapat berenang dapat hidup di air dan di darat P ialah A B C D platipus cicak itik penguin

6.

Haiwan seperti ikan Oar dan katak Bufo-bufo jantan dapat memberikan amaran awal terhadap gempa bumi yang akan berlaku dengan melarikan diri ke tempat lain lalu menyebabkan populasinya di habitat asal berkurangan. Dengan merujuk secara spesifik kepada ikan Oar, apakah struktur khas yang terdapat padanya yang membolehkannya mengesan gempa bumi beberapa hari sebelum ia berlaku? A B C D Garis deria Sirip Ekor Insang

36

7.

Kebanyakan amfibia dapat hidup di darat dan air manakala sesetengah reptilia juga dapat berbuat demikian. Pilih pernyataan yang tepat untuk membezakan antara reptilia dengan amfibia daripada segi permukaan kulit.

A B C D

Reptilia Berkulit lembap Badan kering dan bersisik Berbulu tebal Bersisik tebal

Amfibia Badan bersisik Berkulit lembap yang terdedah Berbulu nipis Bersisik nipis

8.

Mengapakah haiwan seperti burung dan ikan mempunyai bentuk badan yang larus iaitu bersifat aerodinamik? A B C D untuk mengurangkan rintangan udara atau air apabila mereka bergerak supaya dapat mengelakkan rintangan udara atau air apabila mereka bergerak untuk meningkatkan rintangan udara atau air apabila mereka bergerak untuk menghapuskan rintangan udara atau air apabila mereka bergerak

9.

Suatu ciri yang membezakan telur burung dengan telur reptilia, amfibia atau ikan ialah A B C D telur burung diselaputi oleh lendir yang tidak berwarna telur burung diselaputi bulu telur burung bercangkerang keras di permukaan luarnya telur burung bersaiz kecil

37

10.

Rajah 3.14. Pokok bunga X Pilih ciri sepunya yang betul bagi pokok bunga X dalam Rajah 3.14. Pokok bunga X ialah _________________________. Ciri sepunya Bilangan kotiledon Sistem akar Jenis urat daun Jenis batang 38 Keterangan

A B C D

1 serabut jejala lembut

11.

Rajah menunjukkan jenis daun dan akar masing-masing bagi tumbuhan X dan Y. Pilih contoh tumbuhan yang betul bagi X dan Y dalam Rajah 3.15. X Y

Jenis daun

Jenis akar

Rajah 3.15. Jenis daun dan akar masing-masing bagi tumbuhan X dan Y. A X Pokok padi Y Pokok bunga raya

B X Pokok bunga raya 39 Y Pokok jagung

C X Pokok bunga raya Y Pokok manggis

D X Pokok padi Y Pokok pisang

12.

Sejenis tumbuhan, R mempunyai ciri-ciri berikut: 2 kotiledon berakar tunjang daun berurat jejala batang berkayu keras

R ialah

A B C D

pokok pisang pokok mangga pokok pegaga paku pakis

40

13.

Bunga merupakan organ pembiakan bagi tumbuhan. Namun begitu, bagi tumbuhan tidak berbunga ia membiak melalui A B C D spora batang ovul anter

14.

Pilih pernyataan yang betul tentang kehadiran klorofil bagi 5 kumpulan tidak berbunga berikut: A Kumpulan Alga Kulat Paku pakis Lumut Konifer B Kumpulan Alga Kulat Paku pakis Lumut Konifer Kehadiran klorofil Ada Tiada Ada Ada Tiada Kehadiran klorofil Ada Ada Ada Ada Tiada

41

C Kumpulan Alga Kulat Paku pakis Lumut Konifer D Kumpulan Alga Kulat Paku pakis Lumut Konifer Kehadiran klorofil Ada Tiada Ada Ada Ada Kehadiran klorofil Ada Ada Ada Ada Ada

15.

Rajah 3.16. Hutan. Pilih pernyataan yang menunjukkan kepentingan hutan dan akibat buruk yang akan berlaku sekiranya hutan seperti dalam Rajah 3.16 ditebang secara berleluasa. A B haiwan masih dapat hidup ubatan herba dapat ditanam di sekitar rumah 42

C

kandungan oksigen meningkat manakala paras karbon dioksida dalam udara pula menjadi rendah

D

banjir kilat yang diakibatkan oleh sungai yang menjadi cetek akibat hakisan tanah mungkin akan berlaku

43

44

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->