You are on page 1of 3

KP.8543/(48) Kementerian Pelajaran Malaysia, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. 26 hb. Disember 1969.

Ketua Pegawai Pelajaran, Semua Negeri.

Pengetua-Pengetua Semua Maktab-Maktab Latihan Guru.

Tuan, Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran,Bil. 13/69

Pakaian Guru-Guru di Sekolah Banyak aduan-aduan telah diterima mengenai pakaian guru-guru dan guru-guru dalam latihan. Dari segi masyarakat pakaian-pakaian ini adalah dianggap tidak sesuai di sekolah-sekolah dan bilik-bilik darjah dengan memakai mini-skirt, dan pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka luas ke bawah dan mendedahkan sebahagian besar daripada tubuh dan memakai pakaian-pakaian yang jarang sudah tentu tidak sesuai sebagai pakaian di bilik darjah.

2. Adalah diterima pada amnya bahawa guru-guru mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas murid-murid dan penuntut-penuntut mereka dan bersama-sama dengan ibu-bapa dan pemimpin-pemimpin belia masyarakat yang lain mereka memikul tanggungjawab bagi mengajar sopan-santun,akhlak dan nilai-nilai kebudayaan yang sesuai dengan masyarakat Malaysia.Matlamat-matlamat pendidikan ini boleh dicapai dengan sebaik-baiknya jika perhatian yang ketat ditumpukan kepada keperluankeperluan jasmani dan rasa hati murid-murid oleh guru-guru sendiri dengan cara memberi dan mewujudkan suasana sekeliling yang baik dan mempertunjukan rupa serta sikap perangai yang sepatutnya apabila mereka sedang bertugas di dalam atau di luar sekolah dan dimana-mana tempat mereka berada di kalangan murid-murid atau penuntut-penuntut mereka.

3. Oleh yang demikian pakaian yang berpatutan bagi guru-guru adalah penting di samping kecermatan dan kebersihan. PAKAIAN YANG BERPATUTAN ADALAH MELAMBANGKAN BUDI BAHASA YANG BAIK. Untuk meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh guru-guru di sekolah-sekolah dan yayasan latihan guru: (i) Minit skirt, pakaian-pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian belakang, seluar-seluar pendek, seluar-seluar (jeans) yang ketat dan pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak akan diterima. Perhiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak baik. Baju-baju hawai yang beragam warna adalah tidak sesuai. Rambut panjang yang tidak kemas.

(ii) (iii) (iv)

4. Sila rujukan para 3 surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.11/68 bertarikh 25hb. September 1968 berkenaan dengan Pakaian untuk Pendidikan Jasmani.

Sila bawa kandungan Pekeliling ini kepada perhatian semua guru-guru.

Saya yang menurut perintah,

(Haji Hamdan bin Sheikh Tahir) b.p. Setiausaha Tetap, Kementerian Pelajaran.

s.k. P.A.Kpd.Y.B.M. S.U.T. K.P.P. T.S.U. Semua Ketua-ketua Bahagian Pengarah Pelajaran, Sarawak. Pengarah Pelajaran, Sabah.

Diilustrasi kembali oleh BTMK, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like