You are on page 1of 13

Soalan 2A

A. Huraikan bentuk-bentuk penswastaan yang dilaksanakan beserta dengan contoh-contoh relevan.

Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasar Penswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara, mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada Bumiputera. Penyertaan warga asing di dalam entiti yang diswastakan terhad kepada maksimum 25% daripada saham modalnya. Antara bentuk-bentuk penswastaan boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Penjualan asset atau ekuiti yang melibatkan penjualan syarikat-syarikat kerajaan seperti; - Malaysia Airlines -Sports Toto Malaysia Berhad -Edaran Otomobil Nasional (EON) -Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC)

2. Pajakan yang melibatkan pemindahan hak menggunakan asset kerajaan untuk tempoh tertentu seperti; -Pusat penyembelihan khinzir, Shah Alam -Depoh Baikpulih TUDM

3. Kontrak pengurusan yang melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus sesuatu entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan seperti; -Pemasaran masa siaran Radio Malaysia -Akitivii pemasaran RISDA -Pengurusan Loji Penapisan Air di Empangan Semenyih

4. Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali yang melibatkan penswastaan projekprojek baru yang secara tradisinya dimajukan oleh sektor awam termasuk projek infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan dan bekalan air seperti; - Projek Lebuhraya Utara-Selatan - Laluan Kedua Ke Singapura - Bekalan Air Ipoh - Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3)

- Sistem Pengangkutan Laju Ringan (LRT)

Bentuk penswastaan ini dirangka berdasarkan garis panduan yang ditentukan dalam strategi perlaksanaan dasar penswastaan. Bentuk penswastaan ini dipilih mengikut ciri-ciri aktiviti organisasi yang akan diswastakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan penswastaan.

B. Pada pendapat anda, sejauh mana dasar ini telah memperoleh kejayaannya. Pada pendapat saya,

Perlaksanaan Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa untuk menerangkan kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar dan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk memastikan usaha penswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk mengoptimumkan impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektifobjektif dasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP) pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan mengemukakan arah masa depan program itu. Garis Panduan Penswastaan menerangkan secara terperinci, di antara butir-butir lain, objektif dasar, kaedah yang digunakan dan jentera perlaksanaannya. Beberapa kemajuan telah dihasilkan semenjak dasar itu pertama kali diumumkan. Beberapa perubahan penting telah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk pindaan pelbagai

undang-undang bagi membolehkan penswastaan berlaku dan memulakan kajian untuk membantu melakarkan Pelan Induk penswastaan. Penswastaan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut: Jualan Pajakan Kontrak Pengurusan Bina Bina-Kendali-Serah (BOT) Bina-Kendali-Milik Bina-Kendali Bina-Pajak-Serah Pembangunan Tanah/ Pertukaran Tanah Pembelian Hak Milik Pengurusan Samada kaedah tunggal atau kombinasi kaedah-kaedah boleh dipilih

bergantung kepada merit setiap kes. Pemilihan kaedah akan dipertimbangkan bagi setiap kes. Walau bagaimanapun, sebagai peraturan am, kaedah yang menghasilkan darjah yang boleh dipraktikkan secara maksimum akan disasarkan. Secara perbandingan, kaedah jualan itu dijangka dapat memenuhi kehendak kriteria ini. Tambahan lagi, kaedah yang akan digunakan, akan memperlihatkan keperluan objektif negara dan kekangan di dalam setiap kes. Demi memudahkan perlaksanaan program penswastaan, Kerajaan telah meminda beberapa undang-undang seperti Akta Pencen 1980, Akta Telekomunikasi 1950, Akta Pelabuhan 1963 dan Akta Tenaga Elektrik 1949.

Pencapaian Terdapat 474 buah projek yang diswastakan sehingga 31 Disember 2003 dipaparkan dalam carta berikut yang menunjukkan peratusan mengikut pembahagian sektor.

Pembahagian Projek Penswastaan Mengikut Sektor 1983 - 2003 (% dari Jumlah)

Tarikh Kemaskini : Isnin, Januari 14, 2008

JUMAAT, 2009 JUN 19 Dasar penswastaan (assignment Pengajian Malaysia) Pengenalan Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia ke-4 pada tahun 1983 selepas pelancaran Dasar Pensyarikatan yang melibatkan pihak swasta dalam pembangunan negara. Norsiah bt Yusof (1993-2003), telah memberi penerangan tentang dasar penswastaan bahawa Penswastaan (privatization) bermakna pemindahan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru untuk di kendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini adalah berlainan dengan konsep pemiliknegaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi berdasarkan idea Abdul Rahim Hj. Din dalam seminar Pembangunan Negeri Pahang, 1984.

Margaret Thatcher, perdana menteri UK dan Ronald Reagon, presiden US merupakan penganjur yang memulakan dasar penswastaan ini pada tahun 1980-an. Margaret Thatcher berasa kerajaan tidak seharusnya terlalu terlibat dalam ekonomi negara lalu mengambil tindakan menghadkan perbelanjaan tunai awam bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan. Kerajaan UK juga telah menjual kebanyakan utiliti kepada pihak swasta. Konsep dasar penswastaan ini lebih berkesan barbanding dengan konsep dasar pensyarikatan. Hal ini kerana kerjasama dan persefahaman antara pihak kerajaan dan pihak swasta tidak dapat dicapai. Pihak kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat telah menghalang tujuan utama pihak swasta, iaitu keuntungan. Konsep dasar penswastaan telah memberikan nafas baru kepada negara Malaysia. Objektif-objektif Dasar Penswastaan Kerajaan Malaysia telah melancarkan Dasar Penswastaan ini berdasarkan beberapa objektif atau tujuan yang dirangka bagi menjaga kepentingan dan membantu kerajaan dalam hal pembangunan negara. 1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan Kerajaan telah banyak berbelanja dalam pelbagai sektor awam seperti kesihatan, pelabuhan dan sebagainya yang tujuannya memberi perkhidmatan kepada rakyat. Organisasi-organisasi yang bersaiz besar ini memiliki jumlah kakitangan yang ramai tetapi tidak dapat mengaut keuntungan sedangkan perbelanjaan mereka kian meningkat. Oleh itu, dasar ini bertujuan mengecilkan saiz organisasi dan bilangan kakitangan dengan harapnya boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam sektor awam ini. 2.Meninggikan tahap kecekapan dan meningkatkan daya pengeluaran. Daya pengeluaran dan kecekapan perkhidmatan yang tidak memuaskan telah menimbulkan ketidakpuasan orang ramai sehingga rungutan kian kedengaran. Pihak swasta yang mementingkan keuntungan dapat mewujudkan persaingan sengit dan ini bukan saja dapat meningkatkan produktiviti, malah juga dapat meninggikan tahap kecekapan.

Semua ini akan mewujudkan mutu dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang baik pada harga yang rendah. 3.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara Rintangan yang menghalang di depan pengembangan sektor awam telah menyebabkan kekayaan ataupun harta kerajaan tidak dapat diusahakan dengan cekap dan sepenuhnya. Dengan adanya penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat ditubuhkan dan pertumbuhan ekonomi juga dapat dikembang dari semasa ke semasa. Pihak kerajaan dapat meringankan beban kewangannya dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan negara. Penswastaan ini juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Ini akan dapat meningkatkan ekonomi negara kita dan juga menyelesaikan masalah pengangguran rakyat. 4.Pengagihan sumber secara cekap Penglibatan kerajaan dalam sektor ekonomi telah menyebabkan kebanyakan sumber negara berada di bawah pemerintahan mereka. Sumber-sumber ini tidak dapat diagihkan dengan cekap sekali kerana harga barangan atau perkhidmatan yang ditentukan tidak berdasarkan nilai pasaran. Oleh itu, rakyat Malaysia menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan. Tabiat dan amalan yang tidak sihat ini akan menjadi satu ancaman kepada negara yang sedang memaju. Penswastaan ini akan membantu kerajaan dengan mengagihkan sumber-sumber ini kepada pihak swasta sedangkan mereka lebih pakar dan kreatif. Ini akan menjadikan sumber-sumber negara digunakan dengan sepenuhnya. 5.Mempercepatkan pencapaian hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dengan penyertaan pihak swasta, jangka masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat utama DEB dapat disingkatkan. Dengan penswastaan ini, penyertaan bumiputra dalam perniagaan ataupun perdagangan akan meningkat. Maka, matlamat DEB yang ingin mewujudkan golongan perniagaan bumiputra dan mengurangkan perbezaan ekonomi akan tercapai. Strategi Pelaksanaan Dasar Penswataan

Bagi memastikan dasar penswastaan ini berjalan dengan lancar, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu jawatankuasa di Unit Perancang Ekonomi. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, dipengerusi oleh Unit Perancang Ekonomi. Jawatankuasa ini telah mengeluarkan dua garis panduan bagi memudahkan kerja penswastaan beberapa perkhidmatan oleh kementerian atau jabatan. 1.Garis Panduan Mengenai Penswastaan untuk kegunaan pihak swasta, bertarikh 21 Jan 1985. 2.Garis Panduan Mengenai Penswastaan untuk agensi-agensi kerajaan, bertarikh 21 Jan 1985. Terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan oleh agensi-agensi kerajaan semasa menyediakan rancangan penswastaan mereka . Isu-isu tersebut ialah: 1. Penswastaan dan Dasar Ekonomi Baru. 2. Penswastaan dan Dasar Hakmilik. 3. Aspek Perundangan. 4. Penilaian dan Penentuan Harga. 5. Kakitangan dan Perkhidmatan. 6. Perundingan dengan Sektor Swasta. 7. Perancangan Penswastaan. Pada tahun 1991, Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah diperkenalkan sebagai panduan perlaksanaan penswastaan ini. PIP merangkumi rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan, prosedur pelaksanaan dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan. Bentuk-bentuk penswastaan juga telah dirangka berdasarkan garis panduan ini. Bentuk-bentuk Dasar Penswastaan 1. Penjualan asset atau ekuiti yang melibatkan penjualan syarikat-syarikat kerajaan Malaysia Airlines Sports Toto Malaysia Berhad Edaran Otomobil Nasional (EON)

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) 2. Pajakan yang melibatkan pemindahan hak menggunakan asset kerajaan untuk tempoh tertentu Pusat penyembelihan khinzir, Shah Alam Depoh Baikpulih TUDM 3. Kontrak pengurusan yang melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus sesuatu entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan Pemasaran masa siaran Radio Malaysia Akitivii pemasaran RISDA Pengurusan Loji Penapisan Air di Empangan Semenyih 4. Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali yang melibatkan penswastaan projekprojek baru yang secara tradisinya dimajukan oleh sektor awam termasuk projek infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan dan bekalan air Projek Lebuhraya Utara-Selatan Laluan Kedua Ke Singapura Bekalan Air Ipoh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Sistem Pengangkutan Laju Ringan (LRT) Bentuk penswastaan ini dirangka berdasarkan garis panduan yang ditentukan dalam strategi perlaksanaan dasar penswastaan. Bentuk penswastaan ini dipilih mengikut ciri-ciri aktiviti organisasi yang akan diswastakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan penswastaan. Pencapaian dan Kesan Dasar Penswastaan Sejak tahun 1983 sehingga kini, perlaksanaan dasar penswastaan dianggap berjaya dan telah memberikan banyak kebaikan kepada negara Malaysia. Kebanyakan objektif yang diperkenalkan telah berjaya dicapai iaitu mengurangkan beban kewangan kerajaan di samping meningkatkan pendapatan negara, meninggikan mutu perkhidmatan dan kecekapan organisasi, meluaskan serta mempercepatkan pembangunan ekonomi.

Seorang penulis, Ali Sarok telah berkata bahawa Malaysia kini terkenal sebagai sebuah negara yang giat mengamalkan penswastaan. Sebagai buktinya, banyak kepentingan sektor awam telah diswastakan. Antaranya adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Berhad (TM), Perbadanan bekalan air (PBA), Syarikat penerbangan Malaysia (MAS), Tol Lebuhraya (PLUS), khidmat pos, hospital, universiti dan sebagainya. Selain itu, penswastaan ini juga mencapai kecemerlangannya selepas beberapa tahun dasar ini dilancarkan di Malaysia. Antara kecemerlangan yang dicapai ialah kawalan saiz sektor awam. Selain itu, perbelanjaan kerajaan kepada emolumen dan pencen telah berkurang. Hasil negara meningkat kerana pengutipan cukai daripada syarikat-syarikat swasta semakin bertambah. (lihat lampiran di mukasurat 9-11) Peningkatan kecekapan perkhidmatan yang cemerlang dalam TV3, STM dan Terminal Kontena LPK juga merupakan pencapaian yang penting dalam perlaksanaan dasar penswastaan. Sebaliknya, dasar penswastaan juga membawa kesan negatif dan kesan ini telah menjadi isu-isu buruk di kalangan rakyat. Salah satu kesan penting ialah dasar penswastaan telah menambahkan kebebanan rakyat. Pembayaran kos yang tinggi merupakan satu tanggungan yang besar kepada rakyat yang perlu menggunakan perkhidmatan atau barangan yang telah dimonopoli oleh pihak swasta. Kenyataan ini telah disetujui oleh Alias Mohd Yusof (1999) dengan pemaparan blognya yang bertajuk Dasar Penswastaan tidak sepatutnya sampai membebankan rakyat pada tahun 1999. Selain itu, Hishamuddin Rais (2009) menyatakan Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung menipu untuk membuat duit. Beliau juga berkata bahawa rakyat perlu membayar dulu untuk mendapatkan ubat dari hospital swasta. Semua ini telah memaparkan betapa beratnya tanggungan rakyat selepas penswastaan ini. Di samping itu, harga pembayaran Tol lebuhraya yang sentiasa meningkat telah menyebabkan rakyat mengalami kerugian. Kenyataan ini telah dibukti oleh Samy Vellu. Lebuhraya Utara-Selatan yang telah diswastakan kepada PLUS adalah diprojekkan bagi menampung 160,000 kereta setiap hari. Akan tetapi pada masa sekarang, bilangan ini telah meningkat sehingga 1,200,000 kereta setiap hari. Keuntungan yang menakjubkan ini sebenarnya dimiliki oleh pemilik PLUS yang

terdiri daripada kakitangan kerajaan tanpa disedari oleh pengguna. Secara tidak langsung, ini juga merupakan suatu rompakan bagi pengguna. Secara kesuluruhannya, walaupun dasar penswastaan membawa banyak kebaikan kepada negara, namun kebebanan rakyat telah mengakibatkan kerajaan tidak dapat sokongan yang hangat daripada rakyat. Selain itu, terdapat sekumpulan rakyat yang menganggap dasar penswastaan sebagai suatu penderitaan dan telah memberi cadangan untuk memberhentikan dasar ini. Oleh itu, kerajaan perlu mennyelesaikan masalah ini untuk mendapatkan kejayaan maksima. Kesimpulan Secara keseluruhan, dasar penswastaan ini telah menyelamatkan negara Malaysia daripada kemerosotan ekonomi. Perjalanan dasar penswastaan yang melebihi 20 tahun telah membuktikan kejayaannya dengan mencapai objektif-objektif yang ditetapkan dalam dasar ini. Isu atau kesan buruk yang timbul kebanyakannya berkaitan dengan peningkatan beban rakyat. Berdasarkan isu ini, kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa kerajaan telah melancarkan dasar ini tanpa memasukkan kepentingan rakyat dalam tinjauan mereka. Barang atau perkhidmatan yang telah dimonopili oleh pihak swasta merupakan punca utama kebebanan rakyat. Kerajaan seharusnya memiliki hak untuk mengawal harga yang ditetapkan oleh pihak swasta, terutamanya pada barangan dan perkhidmatan harian. Misalan tol lebuhraya. Dengan ini, harga barang dan perkhidmatan di pasaran akan berada di tahap yang boleh ditanggung oleh rakyat jelata. Perdana Menteri UK, Margaret Thatcher pernah berkata bahawa kerajaan tidak harus terlalu mencampur tangan dalam bidang ekonomi. Pemimpin-pemimpin politik di negara Malaysia kebanyakan merupakan pemegang saham ataupun bos dalam syarikat swasta. Selepas dasar penswastaan ini dilaksanakan, mereka telah banyak mengaut keuntungan sehingga melupakan peranan utama mereka. Mereka juga telah berkali-kali memihak kepada pihak swasta dalam hal peningkatan harga kerana terfikir dengan keuntungan yang mereka akan dapat. Kerajaan harus membuat penyelidikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.

Dasar penswastaan ini telah banyak membantu negara Malaysia dalam perjalanan ke Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir. Taraf hidup rakyat meningkat dan bumiputra Malaysia semakin giat melibatkan diri dalam perniagaan. Kini, Malaysia telah menjadi sasaran pelaburan negara asing dan akan menjadi sebuah negara yang maju kelak. Oleh itu, kita berharapkan kerjasama antara kerajaan dan rakyat bagi menunaikan hasrat Wawasan 2020.

You might also like