You are on page 1of 31

REKA CORAK WAU TRADISI PERLIS (WAU HELANG) KONSEP KEBUDAYAAN Di dalam buku Masyarakat dan Budaya Melayu

tulisan Ismail Hamid (1991) kebudayaan dimaksudkan sebagai;Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat lainApa yang dimaksudkan sebagai kebudayaan di sini ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Juga cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi) yang merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Di dalam buku Simbolisme Seni Bina Rumah Melayu Kelantan yang ditulis oleh Muhammad Afendi Yahya ada mengatakan tentang budaya, antaranya;kebudayaan itu sendiri adalah Muhamad Salleh dalam buku bertajuk Masyarakat Malaysia terdiri daripada gagasan, simbol dan nilai serta norma sebagai hasil karya dan perilaku manusia. Hubungan kebudayaan manusia yang erat dengan simbol menyebabkan manusia disebut sebagai makhluk bersimbol atau animal symbol (Budiono Herusatoto 1985 : 10) Maksud kebudayaan yang dinyatakan oleh Budiono merujuk kepada simbol yang mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Perhubungan ini menyebabkan manusia itu sendiri telah digelar sebagai makhluk bersimbol. Dunia kebudayaan adalah sebuah dunia yang penuh dengan simbol. Manusia berfikir, berperasaan dan bersikap dengan ungkapan yang simbolis. Tulisan, tentang konsep kebudayaan;Kebudayaan merupakan perilaku manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis, merupakan suatu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Secara umumnya mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya. Manakala unsur instrumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan budaya untuk mengawal alam sekeliling.Perkara yang diperkatakan di sini meliputi keperluan manusia dan cara hidup manusia dalam sesuatu masyarakat dan cara hidup manusia dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Di dalam buku Antropologi Budaya yang diedit oleh T.O Ihromi ada menyatakan konsep kebudayaan;Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan harusnya mengenai sebahagian tatacara hidup sahaja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan. (Raplh Linton 1945) Di sini kebudayaan merujuk pada pelbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, berlaku, kepercayaan dan sikap serta kegiatan manusia yang khas atau kelompok penduduk tertentu. Konsep kebudayaan yang dibuat membantu dalam membuat penelitian contohnya perbezaan dan persamaan makhluk manusia dan bukan manusia. Di mana manusia tingkah laku serta kemampuannya sangat luar biasa dan hal ini sangat penting untuk beradaptasi dengan apa yang telah dipelajari dari pengalamannya. Kebudayaan yang dimiliki oleh manusia juga diwarisi dengan cara belajar. Dia diturunkan secara bilogis atau pewaris melalui unsur genatif. Hal ini perlu ditegaskan untuk membezakan perilaku manusia yang digerakan oleh kebudayaan dengan perilaku makhluk lain yang tingkah lakunya digerakkan oleh insting.(Richardson 1975) Ketika baru dilahirkan, semua tingkah laku manusia yang baru lahir digerak oleh naluri. Naluri ini tidak termasuk dalam kebudayaan, tetapi mempengaruhi kebudayaan. Contohnya keperluan untuk makan, makan adalah keperluan dasar yang tidak termasuk dalam kebudayaan. Tetapi bagaimana keperluan itu dipenuhi; apa yang dimakan, bagaimana cara memakan adalah bahagian

dari kebudayaan. Semua manusia perlu makan, tetapi kebudayaan yang berbeza dari kelompokkelompotnya menyebabkan manusia melakukan kegiatan dasar itu dengan cara berbeza. PENGENALAN Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang kaya dengan dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang Permai Lagi Indah ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisional dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. Dalam pemerintahan Tuanku Raja SyedSaffi Ibni Almarhum Syed Alwi Jamalullail (1897-1905) baginda berusaha mencungkil berbagai kesenian yang kemudiannya dipopularkan pula oleh putera baginda Syed Alwi Ibni Almarhum Syed Saffi Jamalullail (1905-3 Febuari 1943). Kesenian-kesenian itu bukan sahaja dipersembahkan di istana malah juga kepada rakyat jelata. Berbagai-bagai aspek kebudayaan tradisional yang terdapat di negeri Perlis ini begitu popular dan menarik perhatian antaranya kesenian, permainan tradisional, kraf tangan dan pakaian tradisional. Kebudayaan tradisional ini terus dipelihara dan dipopularkan oleh badan-badan kebudayaan, industri-industri yang berkenaan dan pemerintah sendiri. Penduduk negeri Perlis juga kreatif dalam mencipta dan menghasilkan permainan tradisional untuk hiburan mengiringi pekerjaan sehari-hari seperti bertani dan menjadi nelayan yang begitu berat dan melelahkan. Terdapat sekian banyak permainan untuk orang dewasa, anak-anak muda dan kanak-kanak seperti layang-layang, guli, gasing, congkak, tui, tauk para, lompat katak dan kedoi. Diantara permaianan yang begitu digemari ialah layang-layang (wau). PETA KEDUDUKAN NEGERI PERLIS

SEJARAH WAU TRADISI PERLIS Permainan layang-layang yang dikenali dengan wau telah dipisahkan oleh penduduk Perlis semenjak turun-temurun. Masyarakat Melayu tradisional Perlis khasnya mempunyai banyak masa lapang. Di negeri utara ini rata-rata masyarakat dahulu bekerja sebagai nelayan dan petani (pesawah padi). Misalnya petani mempunyai masa lapang ketika menunggu tanaman mengeluar hasil atau selepas musim menuai. Ketika inilah masyarakat dahulu berhibur dengan permaian wau. Keadaan ekonomi secukup hidup memberi peluang kepada mereka membuat

usaha lain. Pada masa dahulu hasil-hasil ciptaan tradisional bukanlah bertujuan menambahkan pendapatan tetapi menjadi penciptaan budaya tanpa menimbangkan soal material. Permainan wau ini merupakan sebahagian daripada hiburan masyarakat Melayu Perlis pada masa dahulu, yang menjadi satu budaya tradisi mereka. Wau dibentuk berbagai-bagai rupa adalah daripada jenis layang-layang yang indah, dari segi reka bentuk, pertukangan, hiasan dan penggunaan warna. Ketika itu masyarakat Perlis cuma bermain Wau Bulan, Wau Helang (jika berekor dikenali Wau Merak) dan Wau Kemetek yang dimainkan oleh kanak-kanak. Kemudiannya barulah dihasilkan Wau Jala Budi, Wau Kucing, Wau Daun, Wau Sewah dan lainlain. Di antara pelbagai jenis wau yang terdapat di negeri Perlis, Wau Helang adalah menjadi wau yang paling digemari oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan wau ini dimainkan di tengah-tengah sawah setelah selesai musim menuai padi. Pada musim itu juga banyak didapati burung helang terbang melayang-layang di ruang udara ditengah sawah, masa orang main wau banyak helang berterbangan kat bendang (sawah) kata Shahrom (penggemar/pembuat wau yang ditemu bual). Tambah beliau lagi; waktu itu semua orang tak kira yang tua atau muda turun ke bendang macam ada pesta. Menurut beliau lagi masyarakat dahulu menyamakan wau yang dimainkan, terbang macam helang di udara.Wau ini dimainkan pada musim timur(panggilan masyarakat tempatan) iaitu musim angin Monsun Timur Laut bertiup (bulan Disember hingga Mac). Musim ini juga sesuai kerana ia merupakan musim kemarau. Pada masa itu semua anak muda akan menunjukkan kebolehan dalam pertukangan membuat wau dan nama Wau Helang akan menjadi sebutan di kalangan mereka. Wau Helang memang diminati oleh masyarakat di sini dan telah dijadikan wau tradisi Perlis. Mereka hanya mula membuat bentuk wau tanpa reka corak tapi lama-kelamaan barulah ada coraknya kata Shahrom. Pada mulanya masyarakat hanya mementingkan bentuk serta imbangan wau supaya mudah diterbangkan di udara. Satu keistimewaan bentuk Wau Helang ini adalah mudah diterbangkan dalam permainan dan tidak memerlukan angin yang kuat untuk diterbangka. Ini merupakan keistimewaan wau ini dan menjadikannya ia begitu digemari oleh anak-anak muda di sini. MOTIF REKA CORAK WAU Motif dalam reka corak wau dimaksudkan sebagai suatu perhiasan yang diukir dengan menggunakan kertas warna dalam bentuk dua dimensi, kemudian disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias. Reka corak ini tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi juga mengandungi makna yang tertentu. Jestru itu setiap motif adalah menurut aturan tertentu yang disesuaikan dan bersangkutan dengan adat resam, agama, kepercayaan, norma hidup dan nilainilai tradisi. Motif tumbuh-tumbuhan ialah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat tersendiri dalam seni rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Semua jenis wau menggunakan motif tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan reka corak hiasan. Keseimbangan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah wau. Jestru itu reka coraknya juga perlu mengimbangi pada wau tersebut. Dalam sebuah struktur wau, sayap merupakan bahagian terbesar pada wau yang menyerupai bentuk daun serta dipercayai menjadi asas wau. Konsep ini juga sama dengan Wau Helang yang mempunyai bahagian sayap, ekor dan tanduk (kepala). Motif yang digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini diangggap bentuk yang indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah wau. Menurut Shahrom, motif tumbuh-tumbuhan tempatan selalu digunakan sebagai reka corak Wau Helang. Antaranya pokok peria, bunga ketumbit, pokok timun tikus dan pokok letup. Tambahnya lagi, corak-corak ini semuanya dihasilkan berpusat daripada dada (bahagian tengah)

wau dan menjalar keluar. Semua tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar atau melata. Motif ini bersesuaian pada wau kerana ia ditumpukan kepada susun semukur tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar (Siti Zainon Ismail: 1989) .Tiap bentuk motif disusun seimbang, umpamanya sekuntum bunga diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun yang meliut ke atas dan ke bawah.Susunan ini akan diulang dengan cara yang sama hingga ke bahagian tepi wau (rujuk lampiran-1) Penggunaan sulur bayung menyerupai gerak garis yang berpunca dari pangkal melalui dua bentuk yang berbalas gerak, berbalik ke dalam bakuk dan melentik ke luar ceding menunjukkan kemungkinan alunan gerak yang hidup (Syed Ahmad Jamal:1992). Sulur buyung digunakan pada bahagian tepi corak wau, dengan daun kelopak kecil yang berjaya menimbulkan ruang di antara rupa motif. Ianya seolah-olah menjangkit kepada gerak rupa yang lain, yang menerima dan membalas. Menurut Syed Ahmad Jamal (1992); bahagian tengah, di kiri kanan sayap wau dipanggil kijang emas, kijang kencana, dibiarkan kosong yang menunjukkkan kepekaan dalam menyusun corak dan memberi imbangan di antara kawasan yang kaya dengan hiasan dan kawasan yang sengaja dikosongkan untuk memeberi nafas. Ini ialah suatu sifat yang terdapat pada karya-karya seni rupa Melayu, tidak penuh sesak dengan corak dan warna. Corak sobek Wau Helang menggunakan kertas warna tiga hingga empat lapis; kata Shahrom. Sobek di sini bermaksud corak yang ditebuk pada kertas warna, lapisan demi lapisan menggunakan kertas warna yang berbeza. Corak-corak yang dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi, seperti ukiran kaedah timbul silat. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan sederhana serta tiada unsur yang berlebih-lebihan. Bahagian hujung sesuatu corak jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan merendah diri. Di sini jelas menampakkan reka corak Wau Helang juga mempunyai unsur-unsur simbol sifat masyarakat Melayu yang kaya dengan adat susila. Sikap pentingkan diri adalah dihindari dalam budaya Melayu. Ini dapat dilihat dengan gambaran motif daun yang menjalar tidak sama sekali menerjah kawan. Semuanya digambarkan dengan penuh kelembutan serta seiring dengan ciri-ciri kesederhanaan. PENGGUNAAN WARNA Menurut Syed Ahmad Jamal (1992); warna memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan, sama ada dari segi estetika atau simbol. Sejak zaman-berzaman orang Melayu gemar menggandingkan warna terutamanya apabila mengenakan pakaian. Ada empat warna yang penting dalam kebudayaan Melayu iaitu putih, kuning, merah dan hitam. Putih dan kuning diutamakan kerana warna diraja. Warna putih mendapat keutamaan dan kemuliaan diikuti oleh warna kuning. Warna hitam memainkan peranan dalam kepercayaan Melayu, manakala warna merah ialah warna paling sering digunakan dalam kebudayaan Melayu. Dalam reka corak Wau Helang khasnya, memang tidak dapat lari daripada penggunan warna. Kertas kilat berwarna digunakan bagi menambahkan lagi nilai estetika pada wau tersebut. Melaui penggunaan kertas warna ini akan menimbulkan lagi motif corak yang dihasilkan. Warna yang selalu digunakan pada reka corak wau ialah warna merah, hijau, kuning (keemasan), hitam dan putih (perak) dengan cara yang terkawal. Penggunaan warna pada wau, menjadikan reka coraknya seakan-akan kaca bersepuh. Tambahan pula bila wau ini diterbangkan di udara, kilauan cahaya matahari menambah lagi kecantikan wau yang dihias berwarna-warni ini. Dalam budaya Melayu tradisi penggunaan warna selalunya menggunakan warna yang garang, terutama warna merah. Orang Melayu gemar menggunakan warna merah dan warna-warna yang mempunyai nilai kroma yang berhampiran, walaupun suhu warnanya lebih dingin daripada warna merah. Keadaan ini turut berlaku pada reka corak Wau Helang. Warna merah kebiasaannya menjadi simbol pada masyarakat Melayu dengan warna kepahlawanan. Warna

merah ini kebiasaanya dipadankan pada tapak kijang iaitu menjadi latar/ruang kosong pada bahagian kedua-dua sayap wau tersebut. Jenis-jenis warna merah yang selalu digunakan pada corak wau ialah merah tua, merah muda, merah darah dan merah kesumba. Warna kuning ialah warna yang mendapat keutamaan dalam budaya Melayu sebagai warna untuk kegunaan raja yang memerintah hingga ke hari ini. Pada masa dahulu warna kuning hanya dikhaskan untuk keguanaan golongan raja sahaja. Hinggakandalam masyarakat Melayu sudah menjadi amalan nasi atau pulut bewarna kuning telah diberi keutamaan dalam istiadat persandingan (raja sehari). Begitu jugalah dalam reka corak wau, warna kuning tidak ketinggalan dan turut menjadi komposisi warna yang utama pada reka corak yang hendak dihasilkan. Menurut Shahrom; warna kuning (keemasan) berperanan untuk menyerlahkan lagi reka corak wau itu dan ia dipadankan pada corak sulur yang menjalar di seluruh bahagian corak wau tersebut. Tambah beliau lagi; tanpa warna kuning(keemasan) ini, wau itu tidak nampak serinya. Warna-warna lain yang biasa menghiasi reka corak wau juga ialah warna hijau yang mempunyai hubungan dengan agama Islam. Di sini penggunaan warna sebagai simbol kepada pegangan masyarakat Melayu sendiri. Menurut Siti Zainon Ismail (1985); faktor kepercayaan dan agama memainkan peranan penting dalam melahirkan simbol. Corak wau yang bermotifkan tumbuhtumbuhan itu sendiri memang tidak dapat lari dengan penggunaan warna hijau. Jenis-jenis warna hijau yang selalu digunakan ialah warna hijau tua, hijau pucuk pisang dan hijau cekur manis. Penggunaan warna putih (perak) juga diberi keutamaan bagi menghiasi corak wau. Peranan warna ini adalah juga sama dengan penggunaan warna kuning (keemasan) iaitu untuk menambakkan/menimbulkan reka corak lain. Manakala warna hitam, ungu dan biru tua selalu digunakan pada bahagian latar corak bunga. Penggunaan warna ini dipadankan pada bahagian tepi wau tersebut. Tujuannya kerana warna yang agak gelap ini dapat menampakan atau membangkitkan lagi reka corak bunga di atasnya. CARA PEMBUATAN WAU Persekitaran Negeri Perlis sendiri turut mempengaruhi pembuatan wau. Perlis merupakan negeri yang mengalami peralihan Monsun Tropika kerana negerinya berhampiran dengan Thailand. Jestru itu tumbuhan pokok buluh amat sesuai dengan iklim di sini. Pokok buluh boleh di dapati dengan mudah di Negeri Perlis. Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa termasuklah dari kerja-kerja menebang buluh. Menurut Shahrom; buluh yang diambil mestilah tidak terlalu muda dan betul-betul cukup tua (matang). Hal ini penting untuk mengekalkan keseimbang rangka wau tersebut dan supaya ianya tidak mudah patah. Kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka perlu diberi perhatian supaya dapat mengimbang dan menstabilkan kedua-dua kepak/sayap wau. Rangka buluh tulang belakang wau dibuat lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya (rujuk lampiran- 2) Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan kertas latar yang dikenali dengan kertas jagung (kertas wau) yang bewarna putih atau warna kunig pinang masak. Kertas ini akan direnyuk terlebih dahulu bagi mengelakkan ia mudah terkoyak. Ini disebabkan kertas latar ini bertindak sebagai kertas dasar, yang mana beberapa kertas warna lain akan ditampal di atasnya. Menurut Shahrom; bila ia direnyuk terlebih dahulu, supaya kertas ini akan menjadi lebih kenyal dan lebih tahan lama. Seterusnya kertas warna untuk hiasan corak akan ditampal di atasnya. Untuk menghasilkan reka corak, kertas warna akan di lipat dua kemudian dilakar disebelahnya. Ini bagi mendapatkan reka corak yang simetri (seimbang) bila proses menebuk dilakukan. Motif reka corak akan dilakar pada kertas warna yang telah ditentukan warnanya terlebih dahulu. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat dan lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza.

Kertas warna ini akan ditebuk mengikut corak yang telah dilakar. Kemudiannya ianya akan ditampal mengikut susunan warna secara berlapis-lapis seperti yang dikehendaki. Kerja melakar dan menebuk reka corak ini adalah sebahagian daripada hasil kraf tangan yang wujud seiring dengan seni rupa Melayu. Proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi di samping dapat melahirkan pengucapan lahiriah dan batiniah. Menurut Shahrom; pada masyarakat dahulu kepakaran batiniah turut mempengaruhi dalam menghasilkan reka bentuk dan ragam hias wau tersebut. Kerana seni ukir ini tidak hanya sekadar hiasan pada seni rupa sesuatu ciptaan, tetapi memperlihatkan juga taraf pencapaian nilai falsafah Melayu. Proses menebuk dan menampal ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai sobek. Pada sesuatu motif reka corak akan diulang tebuk dan tampalan beberapa kali bergantung kepada lapisan warna corak tersebut. Kebiasaannya tiga hingga empat lapis kertas warna digunakan. Proses ini akan diulang pada motif corak yang lain mengikut warna yang dirancang. Menurut Shahrom; kerja menebuk dan menampal ini adalah rumit dan perlu dibuat dengan penuh teliti. Tambahnya lagi, kekerapan lapisan tampalan ini boleh mempengaruhi ketinggian wau bila diterbangkan. Wau yang untuk diterbang lebih tinggi hanya menggunakan dua hingga tiga lapis kertas warna sahaja (rujuk lampiran-3). Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni bagi menambah kecantikan rupanya. Busul (dengung) akan direnggangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi apabila diterbangkan di udara. Busul diregang dengan helaian daun ibus atau daun tai yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Busul ini kemudiannya akan dipasangkan pada buluh yang membentuk seperti alat memanah. Fungsi busul ini selain daripada untuk mencantikkan wau ia menghasilkan bunyi apabila ditiup angin di udara. Bunyi dengungan dan ketinggian sesebuah wau adalah merupakan sebahagian daripada kepuasan dalam permainan wau. Menurut Shahrom: pada ketika dahulu busul ini diperbuat daripada lintah (sejenis binatang). Menurutnya lintah ini akan ditarik satu hari sekali kemudian dijemur dan esoknya ditarik lagi. Proses ini akan diulang sehingga lintah tadi menjadi panjang dan sesuai untuk dijadikan busul. Lintah ini akan lebih tahan dan tidak mudah putus berbanding menggunakan daun ibus. Busul yang diperbuat daripada lintah ini juga akan menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Tetapi masyarakat kini tidak lagi menggunakan lintah dan ianya diganti daun ibus atau daun tai. BAHAN DAN PERALATAN 1. Buluh 2. Kertas jagung (kertas wau) 3. Kertas warna 4. Kertas kilat 5. Tali 6. Daun Ibus / daun tai 7. Gam 8. Pisau ( NT Cutter ) 9. Pisau tebuk ( mata halus) 10. Alas pemotong ASPEK KEBUDAYAAN Negara kita kaya dengan pelbagai bidang kesenian. Antaranya ialah seni rupa yang merangkumi seni ukir, seni bina, dan seni kraf. Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Masyarakat Melayu tradisional memang tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri

mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun ke-15, wau telah mula dimainkan oleh orang Melayu sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan juga golongan istana. Permainan wau ini telah menjadi suatu budaya dan amalan tradisi masyarakat Melayu dahulu. Masyarakat Melayu khasnya masyarakat Melayu Perlis, mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang diadakan. Permainan tradisional seperti wau telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan wau diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan wau juga dikenali sebagai permainan tradisional rakyat. Ada permainan tradisional, yang sekarang tidak dimainkan lagi di sesetengah tempat tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka sahaja. Tetapi ada juga tempat yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini termasuk di Perlis ini. Seni kraf wau merupakan sebahagian daripada aspek seni rupa yang menarik kerana konsep reka coraknya yang unik dan berunsur simbolisme. Hasil ciptaannya memperlihatkan daya kreatif masyarakat yang tinggi dan memaparkan budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Bentuk ciptaan seni kraf wau ini menggambarkan ketekunan dan kehalusan seni reka corak dalam wau tradisi yang merupakan warisan dari generasi Melayu terdahulu. Dalam seni reka corak wau tersebut pengaruh nilai gunaan, selain nilai kerohanian, estetik dan etika kerana masyarakat Melayu ketika itu lebih terpengaruh oleh sikap menghargai kehidupan berdasarkan unsur bentuk, sifat, corak, warna, ruang, jalinan dan sebagainya. Oleh itu jelaslah bahawa reka corak kraf wau itu merupakan simbolisme atau melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Di sini menunjukkan aspek simbolisme adalah penting dalam bidang kesenian selain aspek kegunaan atau fungsinya, sebagaimana kata M. Habib Mustopo dalam Kumpulan Esei Manusia dan Budaya (1983), Salah satu kegunaan seni dalam masyarakat ialah membantu menyediakan dan membentuk latar belakang hakikat kehidupan. Seni ialah jawapan terhadap tuntutan dasar kemanusiaan. Tujuan utamanya ialah menambahi interpretasi dan melengkapi kehidupan. TUJUAN PENYELIDIKAN Perbezaan Fungsi: Sejak dahulu lagi, fungsi wau yang dihasilkan adalah berkait rapat dengan amalan dan budaya sesuatu masyarakat setempat. Asalnya wau yang dibuat adalah mengikut fungsi yang akan digunakan. Dari sini hasil kesenian sudah mula berkait rapat dengan budaya yang telah menjadi

amalan manusia, kerana kesenian merupakan salah satu unsur dalam kebudayaan sesuatu masyarakat. Kini perubahan budaya dalam amalan masyarakat pada kesenian turut berlaku. Dengan memandang kesenian sebagai unsur dalam kebudayaan, maka kita dapat melihat fungsi dalam kesenianya turut berubah. Ini kerana keperluan yang dihadapi oleh manusia yang didesak oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya keperluan hidup, persekitaran dan perilaku manusia itu sendiri. Perubahan fungsi pada hasilan wau juga dirasai yang dipengaruhi faktor-faktor tadi. Fungsi wau telah berubah bagi memenuhi tuntutan keperluan manusia. Keperluan ini muncul kerana adanya dorongan dalam diri manusia yang sentiasa bercitarasa. Hasil kesenian merupakan suatu keperluan hidup semua manusia, jestru itu ia akan berlaku perubahan seiring dengan keperluan hidup kita semua. Pemenuhan keperluan estetik dilakukan oleh manusia melalui kebudayaan khususnya melalui kesenian. Begitu jugalah dengan hasilan wau yang telah dipelbagaikan fungsinya untuk memenuhi keperluan manusia. Ini adalah kerana adanya dorongan yang sentiasa inginkan perubahan. Maka lahirlah wau yang dulunya digunakan untuk permainan di padang atau di sawah kini di letakkan di ruang tamu sebagai penyeri lagi ruang tersebut. Juga kini dijadikan hadiah atau cenderamata untuk diberikan kepada tetamu istimewa. Semuanya ini berlaku secara tidak disedari. Ia berubah seiring dengan perubahan di sekeliling kita. Fungsi wau yang kita dapat lihat sekarang tidak lagi hanya pada kegunaan untuk permaianan bagi memenuhi masa lapang semata-mata. Kiniwau telah digunakan untuk hiasan rumah rumah mewah, ruang legar hotel, pusat-pusat membeli belah dan sebagai barangan cenderamata ataupun hadiah. Bersesuaian dengan keperluan masyarakat kini, berbagai-bagai teknik penghasilan wau turut mengalami perubahan. Ini berlaku kerana bagi memenuhi tuntutan ataupun kehendak yang akan digunakan. Perubahan pada saiz wau juga turut berlaku kerana mengikut kehendak kesesuian fungsinya. Kini saiz wau boleh didapati dalam berbagai saiz daripada saiz sebesar tapak tangan hingga ke saiz lebih besar(replika). Ia telah dihasilkan mengikut permintaan, tidak seperti dahulu saiznya tidak berubah-ubah. Pembuat wau tidak perlu memikirkan wau yang dihasikan boleh diterbangkan atau tidak. Tumpuan hanya diberikan pada reka coraknya sahaja. Struktur rangka jenis buluh yang digunakan tidak menjadi persoalan lagi. Kualiti buluh juga sudah tidak diambil kira.Yang penting hanyalah nilai estetikanya. Apa yang paling ketara ialah perubahan pada reka corak Wau Helang sendiri telah berlaku. Tiada lagi hiasan bermotifkan bunga-bungaan dan awan larat yang menjalar seperti dahulu. Reka corak Wau Helang telah diukir atau dihiasi dengan bermotifkan Burung Helang sendiri. Seekor Burung Helang diukir dan ditampal di tengah-tengah dengan kedua-dua kepaknya memenuhi kedua-dua belah sayap wau tersebut. Corak Burung Helang diukir dengan penuh teliti dan berlapis-lapis dengan menggunakan kertas warna serta berjaya menampakkan pelepah-pelepah bulu helang tersebut. (rujuk lampiran-4). Perubahan ini telah menunjukkan masyarakat generasi baru, lebih beralih kepada reka corak yang berbentuk realisme. Masyarakat kini lebih suka pada yang nyata dan jelas. Tanpa unsur perlambangan dan perkara-perkara yang berselindung atau maksud yang tersirat. Peniruan berlaku secara terus tanpa memikirkan konsep atau makna disebaliknya. Perubahan ini menjadikan Wau Helang lebih jelas identitinya. Kesannya membuatkan tidak ada lagi persamaan motif reka coraknya dengan wau yang lain. Wau Helang telah bertukar menjadi seolah-olah seekor Burung Helang tambah lagi tampak lebih gagah bila diterbangkan di udara. MAKNA DISEBALIK PEMBUATAN WAU Pembuatan wau juga turut menyimpan makna yang tersirat. Peninggalan warisan orangorang tua dahulu menjadikan masyarakat Melayu Perlis menjadi manusia yang saling bertolak

ansur, bekerjasama dan saling hormat-menghorrmati antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat setelah mereka selesai menuai padi, mereka masih lagi bekerjasama atau bergotong royong semasa menebang buluh, membuat wau dan menaikkan wau (semasa bermain). Di mana masyarakat Melayu dahulu tidak hanya begotong royong semasa menuai padi sahaja berhiburpun masih wujud interaksi sosial di kalangan mereka. Menurut Shahrom; amalan yang baik ini tidak terhenti begitu sahaja, kadang-kadang kerjakerja meraut buluh dilakukan hingga lewat malam. Kebiasaannya pada musim itu, musim bulan penuh (bulan mengambang). Pada masa ini anak-anak muda akan bekumpul hingga lewat malam untuk menyiapkan wau. Tambah Shahrom lagi, pada masa dahulu tidak ada kedengaran masalah sosial yang berlaku ditempat mereka. Anak-anak muda semuanya penuh dengan aktiviti seharian. Hubungan mereka mejadi rapat seperti satu keluarga, tidak ada masalah kecurian dan masalah-masalah sosial seperti hari ini. Di antara mereka telah wujud kepercayaan, tidak ada perasaan tamak, atau dendam sesama mereka. Perhubungan yang erat antara simbol dengan budaya ini menurut pendapat Budiono Herusatoto (1985) menyatakan bahawa kebudayaan itu sendiri adalah terdiri daripada gagasan, simbol dan nilai serta norma sebagai hasil karya dan perilaku manusia. Hubungan kebudayaan manusia juga disebut sebagai makhluk bersimbol atau animal symbolicum. Konsep ini dapat dilihat pada aspek hiasan pada reka corak wau tersebut. Motif yang dihasilkan bukan sahaja bertujuan untuk fungsi keindahan tetapi juga mempunyai lambang dan makna. Fanomena ini telah diungkap oleh pencinta seni dalam masyarakat Melayu supaya dapat menyelami nilai seni yang tersembunyi di sebalik reka corak tradisi tersebut. Melaluinya kita akan dapat menikmati keindahan dan memahami hati nurani, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa, sopan santun dan adat susila. Hakikat ini dapat memberi pengertian kepada kita bahawa aspek pembuatan wau merangkumi keseluruhan bentuk, struktur dan hiasan yang merupakan cebisan daripada keseluruhan gagasan kebudayaan Melayu. Konsep seni ukir Melayu lebih banyak tertumpu kepada unsur tumbuh-tumbuhan sebagai asas utama dalam melahirkan ilham dan gaya dalam reka corak wau. Motif awan larat merupakan reka corak wau yang menarik sebagai suatu ciptaan yang menggambarkan riak rasa dan fikiran orang Melayu. Awan larat sama ada dari segi istilah ataupun unsur penciptaannya adalah berimejkan unsur alam yang merujukkan hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan alam persekitaran mereka. Semua unsur dan isi alam saling membantu dalam menyuburkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan satu perlambangan kepada suatu kehidupan yang telah dihidupkan daripada umbi yang sama dengan kewujudan manusia. KESIMPULAN Kesenian merupakan salah satu unsur yang sentiasa ada pada kebudayaan. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan keperluan manusia. Perubahan budaya yang berlaku dalam bidang seni adalah berkait dengan perubahan hidup manusia itu sendiri. Bidang seni khasnya akan turut mengalami penyesuaian berdasarkan perubahan yang berlaku mengikut masa. Apabila diperhatikan secara mendalam, sememangnya budaya amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Begitu jugalah halnya pembuatan wau bagi masyarakat Melayu. Jika pada masa dahulu, ia sememangnya merupakan satu permainan yang dimainkan secara bermusim. Jika pada masa dahulu, ia sememangnya merupakan satu permainan yang dimainkan secara bermusim. Kini mereka masih lagi meneruskan aktiviti tersebut sebagai menjaga warisan, malah ianya telah menjadi acara rasmi dalam pertandingan dan juga telah menjadi sebagai sumber kewangan. Semua aspek budaya saling berhubung antara satu sama lain dalam satu kesatuan. Demikian juga bidang seni ia merupakan aspek yang berubah yang juga saling berkaitan ekonomi, pengetahuan dan teknologi. Jestru itu perubahan pada fungsi dalam bidang seni kraf wau seperti

yang dibincangkan adalah menjadi satu adaptasi dalam kehidupan kini. Tanpa disedari masyarakat telah mempedulikan nilai dan makna kesenian yang tersembunyi di dalam hasil ciptaan tradisi ini.
Pemilihan seorang penggiat/tokoh wau untuk ditemu bual: Shahrom bin Hj.Ibrahim merupakan seorang daripada anggota ahli Persatuan Wau Perlis. Beliau kini berusia 52 tahun, telah mula bermain wau sejak usia yang muda lagi. Shahrom juga seorang tukang pembuat wau. Di antara yang diminatinya ialah wau bulan, wau helang dan wau kucing. . Sejak berumur 21 tahun, Shahrom telah mula bergiat aktif dan turut serta dalam pertandingan wau yang dianjurkan di peringkat negeri. Pada tahun 1996 beliau telah mewakili persatuannya untuk ke pertandingan wau di peringkat kebangsaan untuk julung kalinya yang diadakan di Pasir Gudang Johor. Sejak daripada itu minatnya dalam bidang ini semakin mendalam sehingga pada saat yang paling manis dalam hidupnya beliau telah menjadi johan di peringkat kebangsaan dalam dua kategori daripada tiga kategori yang dipertandingkan. D

Sekarang adalah musim bermain wau di sini, di Terengganu atau lebih tepat di daerah kecil saya ini. Musim padi sedang berisi ini memang angin bertiup agak kencang mulai tengahari hingga ke petang. Keadaan ini biasanya akan berpanjangan sehingga habis musim menuai padi. Seperti biasa, budak2 dan bapak2 budak juga mulai sibuk membuat wau atau layanglayang. Of course di Terengganu, layang-layang itu lebih selesa disebut wau. Panggilan layanglayang lebih digunakan di sebelah barat dan selatan semenanjung. Info berguna dan benar ni yer, manalah tahu kot2 ada para pelajar sedang membuat kajian tentang perbezaan wau dan layang-layang. Hehe.. :D

Laman utama Kandungan

Pengurusan Panitia KRSV Info Blog / Catatan Pelawat Download Chat


28 FEBRUARI 2010

Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara

Pengenalan Sejarah Wau


1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus. 2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi. 3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. 4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada

mereka yang terperangkap di bukit. 5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

wau bulan besar

Kategori Wau

1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian 2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan 3. Wau untuk hiasan dan replika Pertandingan Ketinggian

1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi. 2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan. 3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau. 4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi. Pertandingan Kecantikan 1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau. 2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara Wau Hiasan dan Replika

1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya. 2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati. 3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau
Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

Wau Jala Budi Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.

Wau Merak Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.

Wau Barat Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

Wau puyuh

Wau daun

Alatan dan Bahan

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan 2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut. 3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau. 4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau. 5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau


1. Memilih buluh 2. Meraut buluh 3. Membuat rangka 4. Menampal rangka 5. Membuat corak 6. Menampal corak 7. Memasang teraju

Memilih Buluh

Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

Membuat Rangka

Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.

Memasang tali teraju Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Bahagian-bahagian Wau

Tokoh-tokoh Wau

Hashim B. Awang Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi. Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan Othman Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.

download bahan pengajaran wau di bawah:


Seni Kraf Seni Kraf Khazanah Tradisional Wau Anda mungkin juga meminati:
WAU SENI ANYAMAN Seni Anyaman Batik Canting
LinkWithin

Dikongsi Bersama Oleh: cia sei at 11:01 AM Labels: kraf tradisional, wau

7 Komen::
ahnaf berkata... boleh sy tau dimana rumah Hashim B. Awang dan bagaimana sy boleh hubungi dia? 1 September 2010 12:13 PM

Tanpa Nama berkata... Thanks bro...blh jugak bantu saya buat assemen... 24 Januari 2011 5:57 PM

Tanpa Nama berkata... Terima kasih ...maklumat yang diberi membantu saya dalam menghasilkan tugasan. 31 Januari 2011 9:43 AM

Tanpa Nama berkata... Salam.., Boleh saya dapatkan alamat kedua-dua orang pembuat wau yang ada di sini? Minta emailkan kepada saya - himro01@yahoo.com.my 23 Februari 2011 5:59 AM

Tanpa Nama berkata... TERIMA KADIH SANGAT2 .. KERANA MEMBERI MAKLUMAT .. SENANG NAK WAT FOLIO TANPA PENING KEPALA ;) 28 Februari 2011 5:51 PM

Wau Kite berkata... Tahniah atas catatan dan kerja yang menarik. Boleh hubungi saya untuk penambahbaikan. 8 April 2011 11:53 AM

Tanpa Nama berkata... boleh cerita pasal wau kenyalang? 6 Jun 2011 1:44 AM

Catat Ulasan Pautan:


Buat Pautan Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom)

0
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKHATUH

Top of Form

Search

powered by
Bottom of Form

CATATAN

2011 (10) 2010 (18) Disember (1) Julai (4) Jun (1) Mei (1) Mac (2) Februari (9) Seni Kraf Wau - Khazanah Tradisional Negara Batik Lukis Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas) Warna Panas dan Warna Sejuk Warna - Unsur-unsur Seni Reka Jalinan LUKISAN PERSPEKTIF Soalan KRSV 2010 Soalan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual STPM 20... 2009 (25) 2008 (10)

TOPIK

alat dan bahan (5) anyaman (5) arca(2) arca mobail (1) batik (4) bentuk (1)cat air (3) catan (11) catan cat air(4) catan cat minyak (1) cetakan (4)Guru seni cemerlang (1) ilustrasi (1) jadual SPM (1) jalinan (1) kajian rekaan seni visual (1) kerja kursus (2) kertas
2 (1)komunikasi sayong (1) logo (2)

visual (7) kraf


lukisan (5)pembungkusan (2) perspektif (1) poster (1)prinsip
bentuk

tradisional (20) KRSV (4)labu


rekaan (1) proses

dan

teknik(11) rancangan (1) reka


pua (1) ukiran (1) unsur-unsur

korporat(1) ruang (1) rupa (1) seni

grafik (5)

seni

halus (19) soalan (5)songket (2) spm (1) STPM (1) sukatan (1)tekat (1) tembikar (3) tenunan (3) tenunan
seni(7) warna (2) wau (2)
PAUTAN BERKAITAN

Seni Visual STPM Bandar Kuala Kangsar Water Colour Painting Penang Artist National Art Gallery USA Galeri Shah Alam

CATATAN POPULAR MINGGU INI

Jalinan Apa Itu Jalinan 1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit ...

Ukiran Kayu PENGENALAN Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun t...

Warna - Unsur-unsur Seni Reka Pengenalan Warna 1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia; 2. Manusia boleh membina...

Arca Reclining Mother and Child, 1975, Henry Moore, (British, 1898-1986) bronze, 94.5 x 53.5 x 47.5 Definisi: Arca adalah suatu bentuk dala...

Bentuk BENTUK penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan 1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan i...
PENGUNJUNG TERKINI KOMEN TERKINI ANDA MERUPAKAN SEORANG... PADA PENDAPAT ANDA HALAMAN INI.. cia sei

Create Your Badge AMAZON CONTEXTUAL PRODUCT ADS JOIN GROUP PSV@FACEBOOK

PENGUNJUNG

JUMLAH KUNJUNGAN

Kemusykilan/cadangan hubungi cia sei : senivisual1@gmail.com atau cint4seni@gmail.com. Templat Simple. Dikuasakan oleh Blogger.

You might also like