You are on page 1of 2

PERPADUAN

Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Di samping itu juga, pendidikan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju yang mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai alat perpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.

Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai

penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Perpaduan atau solidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.

Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Secara faktanya, sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidikan menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.

Penyataan di atas jika diteliti mampu membawa makna munasabah terhadap persoalan yang kita hadapi, yang kita tafsir dan yang membuat kita bertanya apa signifikannnya pernyataan tersebut. Sudah tentulah kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat dan negara dapat diikat dengan adanya permuafakatan, persefahaman dan juga kerjasama.

Kesimpulannya,

perpaduan

merupakan

satu

proses

menyatupadukan

masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Oleh itu untuk mencapai perpaduan yang seimbang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menerapkan nilai-nilai yang boleh menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.

You might also like