You are on page 1of 26

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN Pendekatan Bertema sering kali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalin pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan sering kali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran dan kehidupan. 1.1 DEFINISI PENDEKATAN BERTEMA Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di anta pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Terdapat tiga jenis tema iaitu: 1) Tema Persekitaran 2) Tema Masyarakat 3) Tema Komunikasi 1.1.1 Tema Persekitaran Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang menarik dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar untuk melibatkan diri
1

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


dalam bidang kesenian. Berikut adalah satu contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik Seni Visual dan Pendidikan Jasmani. Tajuk Tema persekitaran : Bahagian-bahagian pokok : Hutan

Dalam pengajaran murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi dengan pelbagai alat perkusi. 1.1.2 Tema Masyarakat Mengikut Lewis Henry Morgan (1877), seorang antropologi membahagikan masyarakat kepada 3 kumpulan besar iaitu masyarakat zaman purba, zaman batu dan masa kini. Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperoleh pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Kanak-kanak memulakan hidup dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarga lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat. Di antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah contohnya: Pohon keluarga pelajar dapat berbual tentang keluarga, melukis pohon keluarga, main perasaan dan mencipta lagu untuk keluarga. Ini adalah di antara contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep keluarga dalam mata pelajaran lain. 1.1.3 Tema- Komunikasi Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks, mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurangkurangnya empat dimensi: fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal. Mesej komunikasi terjadi dalam berbagai bentuk. Kita boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ deria. Walaupun kita biasanya
2

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


memikirkan tentang mesej verbal, kita juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang kita pakai, cara kita berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk, dan senyum atau menghantar mesej. Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang yang terlibat semasa komunikasi berlaku. Sebagai contoh kita mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif.

2.0

KELEBIHAN , KEKUATAN DAN CABARAN DALAM MENGAPLIKASI

PENDEKATAN BERTEMA Di dalam mengaplikasikan Pendekatan Bertema di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat berbagai-bagai kelebihan, kekuatan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Di antara kelebihannya ialah :2.1 KELEBIHAN i) Dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan iii) Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu iv) Dapat menghadapi cabaran v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan

vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


Dengan kelebihan menggunakan pendekatan bertema ini memudahkan guru untuk memasukkan elemen-elemen tertentu di dalam pengajarannya. Contohnya sekiranya guru menggunakan tema Kasih Sayang, guru dapat menggunakan tema ini di dalam subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Agama, Kajian Tempatan, Seni, Muzik dan sebagainya. Dalam subjek Bahasa Malaysia, pelajar dapat membina ayat berkaitan dengan kasih sayang khususnya kepada keluarga, guru, kawan-kawan juga pada agama, bangsa dan negara. Bagi subjek Muzik pula, pelajar dapat menyanyikan lagu yang bertemakan kasih sayang, subjek Seni pelajar dapat melukis ahli keluarga masing-masing, begitu juga dengan subjek-subjek yang lain.

2.2 KEKUATAN i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan

verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi ii) Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi

iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan iv) Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru v) Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran 2.3 ISU / CABARAN i) Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran

ii) Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan iii) Hasil pembelajaran berbagai-bagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas v) Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza
4

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun/Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Aktiviti Objektif P&P : Pendidikan Seni Visual : 3 Bestari : 20 Mac 2009 : 11.20 pagi 12.20 tengah hari : Mencorak dan Membuat rekaan : Resis : Membuat corak bunga menggunakan teknik resis : Pada akhir P&P, murid dapat : i) Mengenali dan menguasai salah satu daripada teknik mencorak iaitu teknik resis ii) Menguasai kemahiran menghasilkan corak dan rekaan iii) Menghargai alam ciptaan Tuhan Pengetahuan Sedia Ada murid : Murid pernah melihat pelbagai corak melalui gambar dan juga pada alam sekeliling. Penerapan Nilai : i) Kerjasama ii) Bersyukur iii) Menghormati antara satu sama lain. Persediaan murid : i) Kertas lukisan ii) warna air iii) Berus warna

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


iv) Lilin atau krayon v) Bekas air dan bekas pembancuh warna Persediaan Guru : i) Kertas lukisan ii) Warna air iii) Berus warna iv) Lilin atau krayon v) Surat khabar KBKK : i) Guru mengarah murid membuat analisis mengenai teknik resis dalam penghasilan corak. ii) Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid. BBM : i) Contoh hasil mencorak yang telah siap. ii) Carta proses atau langkah-langkah menghasilkan corak. Penggabungjalinan Kemahiran : Pendidikan Jasmani- Membuat latihan pergerakan tangan untuk melembutkan pergerakan tangan .

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


PERKARA Induksi ( 5 minit ) ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

Memperkenalkan tajuk pada Guru menanya khabar murid. KBKK hari ini. Soal jawab mengenai tajuk pada hari ini. Menjana idea.

Perkembangan Guru (45 minit)

membantu

murid Guru memberi penerangan

sebelum dan semasa membuat mengenai tajuk pada hari ini. aktiviti seni. Saling berkongsi idea. Guru memaparkan carta

demonstrasi membuat corak. Guru mengarah murid corak

menghasilkan

berdasarkan carta di papan Carta / slide hitam. Guru juga show membuat mengenai

demonstrasi kepada murid- proses murid. Guru mengarahkan corak penghasilan murid corak. dengan

melakar

menggunakan krayon atau lilin. Guru mengarahkan murid

mewarna corak tersebut. Guru mengarahkan murid

mengeringkan mereka. Kemuncak ( 5 minit ) Penutup ( 5 minit ) Mengemaskini hasil kerja Murid

hasil karya

mengemaskinikan

hasil kerja yang telah dibuat. Guru membuat apresiasi dan Guru penilaian hasil kerja murid. mempamerkan hasil

kerja murid di hadapan kelas. Guru memberi tahap

penilaian kepada murid.


7

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun / Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Aktiviti Objektif P&P : 4 Efisien : 10 Jun 2009 : 9.20 pagi 10.20 pagi : Menggambar : Stensil : Menggambar rupa binatang menggunakan teknik stensil pada kertas lukisan : Pada akhir P&P murid dapat : i. Menghasilkan gambar dengan teknik stensil pada kertas lukisan ii. Mengetahui cara menggambar dengan teknik stensil iii. Memerhatikan kesan stensilan hasil daripada blok yang dibuat iv. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti PSV Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat stensilan Penerapan Nilai : i. Kerjasama ii. Ketekunan Persediaan Murid : a) Kertas lukisan b) Pensel warna c) Pensel d) Pemadam Persediaan Guru : a) Pengasah pensel/pensel warna

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


b) Gunting c) Kertas lukisan KBKK BBM : ( lembaran kerja ) lisan : a) Contoh gambar rupa binatang menggunakan teknik stensil yang telah siap b) Power point/ tayangan video c) Carta demonstrasi Pengabungjalinan Kemahiran : Sains Murid-murid dapat menambah pengetahuan mengenai binatang PERKARA Induksi (5 minit) ISI KANDUNGAN Guru AKTIVITI P&P CATATAN

memperkenalkan Guru bertanyakan khabar KBKK semasa masuk ke kelas Guru mempamerkan contoh bahan yang telah siap Menjana idea

tajuk pada hari ini Soal jawab mengenai tajuk

Perkembangan ( 45 minit )

Guru

membantu

murid Guru memberi penerangan tajuk hari ini Guru memaparkan

Video/power point mengenai

sebelum, semasa membuat Aktiviti Berkongsi idea

video stensilan

atau power point mengenai stensilan Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti Murid membuat kemasan kepada karya akhir

Kemuncak ( 5 minit ) Penutup

Mengemaskini penghasilan Murid mengemaskini hasil karya kerja yang dibuat

Guru membuat apresiasi Guru mempamerkan hasil

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


( 5 minit ) dan membuat penilaian kerja murid di hadapan Hasil ulasan murid kira kerja

hasil kerja murid Guru memberi pujian

(papan kenyataan) Guru dengan aspek : a) kemasan b) kreativiti c) teliti dan kebersihan memberi mengambil

10

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun/Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Aktiviti Objektif P&P : Pendidikan Seni Visual : 5 Semangat : 12 April 2009 : 10.20 pagi 11.20 pagi : Membuat corak dan rekaan : Gosokan : Membuat gosokan untuk sampul surat : Pada akhir P&P murid dapat : i) Menghasilkan gosokan pada kertas warna ii) Mengetahui cara menghasilkan gosokan iii) Memerhatikan kesan jalinan hasil daripada gosokan iv) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti PSV Pengetahuan Sedia Ada : murid pernah merasai jalinan. Penerapan Nilai : i) kerjasama ii) berdikari Persediaan murid : a) kertas warna b) pensel warna c) pensel d) duit syiling Persediaan Guru : pengasah pensel / pensel warna

11

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


KBKK BBM : ( lembaran kerja ) lisan : a) gosokan yang telah siap b) Power Point/tayangan video c) carta demonstrasi Penggabungjalinan Kemahiran : Matematik _ Penggunaan duit syiling sebagai media mampu meningkatkan Salah satu dari aspek 3m iaitu mengira

PERKARA Induksi ( 5 minit )

ISI KANDUNGAN y Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini. y Soal jawab y y

AKTIVITI P&P Guru khabar bertanyakan semasa

CATATAN y y KBKK Menjana idea

masuk ke kelas. Guru mempamerkan contoh bahan yang telah siap

mengenai tajuk.

Perkembangan ( 45 minit )

Guru murid semasa aktiviti

membantu sebelum, membuat

Guru penerangan hari ini

memberi tajuk

Guru video

memaparkan atau y Video/Po werpoint mengenai gosokan

Berkongsi idea

powerpoint mengenai gosokan y Guru murid aktiviti y Murid kemasan


12

mengarahkan melakukan

membuat karya

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


terakhir Kemuncak ( 5 minit ) y Mengemaskini hasil penghasilan kerja y Murid mengemaskini hasil kerja yang dibuat Penutup ( 5 minit ) y Guru apresiasi membuat dan y Guru mempamerkan hasil kerja murid di hadapan ( papan y Hasil kerja murid

penilaian hasil kerja murid y Guru pujian memberikan y

kenyataan ) Guru ulasan mengambil aspek: a) kemasan b) kreativiti c) teliti dan bersih memberi dengan kira

13

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahun/Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Aktiviti Objektif P&P : 3 Tekun : 17 September 2009 : 12.20 tengah hari 1.20 tengah hari : Membuat corak dan rekaan : Hidupan Laut ( Ikan ) : Membuat corak dengan menggunakan teknik resis. : Pada akhir P&P, murid dapat : i) menghasilkan lukisan resis dengan menggunakan krayon dan warna air ii) mengetahui proses membuat resis iii) meningkatkan daya kreatif dalam menghasilkan aktiviti seni Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui apa hidupan yang hidup di laut. Penerapan Nilai : i) kesabaran ii) kreatif dan kritis Persediaan Murid : i) kertas lukisan ii) krayon atau lilin Persediaan Guru : i) warna air ii) berus iii) pembancuh warna iv) carta pemprosesan resis

14

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


v) contoh-contoh resis yang telah siap KBKK : Murid melukis hidupan laut mengikut kreativiti masing-masing dan Mengetahui krayon tidak menyerap warna air. BBM : i) gambar-gambar hidupan laut ii) klip video hidupan laut iii) buku-buku iv) carta pemprosesan resis v) contoh resis yang sudah siap Penggabungjalinan kemahiran : Sains hidupan laut dan pendidikan Seni Visual: melukis dan Mewarnai PERKARA Induksi ( 5 minit ) ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

Memperkenalkan tajuk hari Guru bersoal jawab dengan KBKK menjana ini. murid-murid bertanyakan idea

mengenai hidupan laut. Guru bercerita tentang

hidupan di dalam laut Soal jawab di antara murid dan guru Guru mempamerkan

contoh lukisan resis yang telah siap. Perkembangan ( 45 minit ) Membantu aktiviti seni. Berkongsi idea murid dalam Guru memberi penerangan tentang tajuk hari ini. Guru menunjukkan

gambar-gambar di dasar laut


15

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


Guru menunjukkan carta- Gambar-gambar carta pemprosesan aktiviti hidupan laut dan resis kepada murid. carta ditunjukkan

Guru mengarahkan murid- sebelum murid melukis hidupan laut melakukan yang mereka suka dam aktiviti resis. mengikut masing-masing kreativiti dengan

menggunakan krayon. Murid mula melukis

hidupan laut seperti ketam, ikan, udang dan

sebagainya. Guru mewarnai mengarahkan dengan

menggunakan warna air selepas sudah melukis. Kemuncak ( 5 minit ) Mengemaskini penghasilan Guru mengarahkan murid mengemaskini hasil resis yang telah siap supaya kelihatan kemas Penutup ( 5 minit ) Guru tentang memberi hasil kerja komen Murid mempamerkan hasil Penilaian yang kerja secara individu di hadapan kelas. menarik dan

dilakukan. Memperbaiki dan memuji hasil kerja murid. Menampal hasil kerja murid di dalam kelas.

16

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tahun/Kelas Tarikh Masa Bidang Tajuk Aktiviti Objektif : Pendidikan Seni Visual : Tahun 6 Aktif : 7 Julai 2009 : 10.20 pagi 11.20 pagi : Menggambar : Catan : Menghasilkan Gambar : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:i) Membuat gambar menggunakan pelbagai media ii) Mengetahui cara membuat gambar iii) Meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan karya seni iv) Dapat menghasilkan corak melalui teknik cat air Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat gambar-gambar. Penerapan Nilai : Sentiasa bertolak ansur dan bantu-membantu antara sesama pelajar Menerapkan nilai kerjasama bagi memudahkan aktiviti dijalankan dengan berkesan . Menerapkan nilai taat kepada arahan guru. Persediaan Murid : Menyediakan bahan dan alatan seperti kertas lukisan, warna poster, Pensel warna, pensel, pen, krayon, berus, palet, bekas air.

17

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


Persediaan Guru : Guru menyediakan kertas lukisan, warna poster, pensel warna, Krayon, berus, palet, bekas air. Mempunyai pengetahuan tentang menggambar Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan Menyediakan susunan aktiviti yang difahami KBKK : Memperkembangkan kreativiti murid dalam menghasilkan bidang menggambar iaitu catan. BBM : Menyediakan contoh gambar melalui teknik catan
Menyediakan carta proses yang lengkap dan senang difahami.

Menyediakan hasil kerja dalam bentuk grafik. Penggabungjalinan Kemahiran : Pendidikan Jasmani koordinasi pergerakan tangan Sains - menghasilkan gambar berdasarkan alam sekeliling.

PERKARA Induksi ( 5 minit )

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI P&P

CATATAN KBKK

Memperkenalkan tajuk pada Guru bertanya khabar hari ini Soal jawab tentang tajuk

Guru bertanya gambar yang Menjana idea terhasil sekeliling daripada alam

Perkembangan ( 45 minit )

Langkah-langkah proses

1. Guru memberi penerangan lebih lanjut  Membantu murid tentang catan. Guru sebelum dan selepas sediakan alatan 2. Guru memaparkan carta  Berkongsi idea aliran untuk langkah Menerangkan bidang langkah penghasilan catan melalui pelbagai media
18

Menyediakan contoh yang

sedia ada untuk BBM. Carta aliran

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN


menggambar 3. Murid mula menyediakan dan bersedia melakukan aktiviti bergambar. 4. Guru memerhati aktiviti yang sedang dilakukan. 5. Guru memberi tunjuk ajar sekiranya pelajar tidak mengetahui teknik cat air. Murid mengemas kini hasil Penilaian kerja masing-masing Murid membuat kemasan terakhir Penutup ( 5 minit ) Guru membuat apresiasi seni Guru memberi Guru mempamerkan hasil karya

Kemuncak ( 5 minit )

Kemas kini hasil kerja

hasil

motivasi kerja di hadapan Memberi ulasan

kepada pelajar

berdasarkan hasil kerja yang dihasilkan oleh murid Memilih hasil karya untuk dipamerkan kenyataan. di papan

19

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

20

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

21

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

22

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

23

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

24

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

25

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

26

You might also like