You are on page 1of 30

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

y Kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(BMM3117) bagi Program Perguruan Sekolah Rendah memfokuskan kepada Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, konsep-konsep: strategi, pendekatan, kaedah, teknik, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa, pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa, pelaksanaan aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa secara kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran masteri, kaedah pengajaran bahasa Melayu, pengaplikasian teknik pengajaran bahasa, pengaplikasian kemahiran bernilai tambah, penyediaan pakej aktiviti pengajaran-pembelajaran tahunan dan penyediaan rancangan pengajaran harian.
1 BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

Kursus ini dinilai melalui tiga komponen iaitu: iaitu: 1. Amali 20% 2. Kerja Kursus 40% dan 3. Peperiksaan Bertulis - 40%
y

Komponen Peperiksaan Bertulis mengandungi satu kertas peperiksaan yang terbahagi kepada 3 bahagian jadual di bawah:
Bentuk Soalan Bilangan Soalan Markah (100%) Masa Catatan

Bahagian

A B C

Objektif Subjektif Esei

20 4 3

20 40 40

Bhg C: 2 jam 30 Esei minit Jawab 2 daripada 3 soalan

02/07/2011

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

Kursus BMM3117: Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan agar pelajar guru:
1.

2.

3.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. iMempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep; strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. iMengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

02/07/2011

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

4.

5.

6.

Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaranpembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

TAJUK 1:

KOMPONEN PENGAJARAN
Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan

KOMPONEN PENGAJARAN
Hasil Pembelajaran: i. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

02/07/2011

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

Pendahuluan
Matlamat utama Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ia juga digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum. BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 7
MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Kemahiran Induksi
Satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan murid untuk mengikuti pembelajaran pada hari itu. Antara kesilapan utama dalam melaksanakan set induksi adalah kesilapan guru menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi. Masa tidak melebihi 5 minit.
02/07/2011 BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 8

4 ciri utama di dalam kemahiran set induksi

1. Menarik Perhatian j mewujudkan nada suara yang sesuai j menggunakan ABM/BBM yang menarik j menggunakan gerakan, contact mata, isyarat j menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.
02/07/2011 BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

Mewujudkan motivasi
10

 membangkitkan

rasa ingin tahu.  menggunakan teknik bercerita.  menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.  menggunakan soalan yang mencabar

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Membuat Perkaitan
11

 mengaitkan

pengetahuan lepas murid.  mengaitkan isi pelajaran baru.  mengaitkan peristiwa semasa.  mengaitkan minat dan pengalaman murid

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Menstruktur
12

 menyatakan

had tugas yang akan

dijalankan.  menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.  menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.  menyatakan aktiviti, tugasan atau projek

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Penerangan
y Kemahiran memberi penerangan merupakan satu kemahiran untuk

menceritakan/menjelaskan/menggambarkan/memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. Dalam P&P, kemahiran member penerangan perlu digunakan bersama-sama kaedah mengajar yang dipilih guru.
y Matlamat penerangan atau kemahiran memberi penerangan adalah

untuk: i. Menjelaskan maklumat Memudahkan murid untuk memahami dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran, faktor, dan langkahlangkah dalam satu jangkamasa yang singkat dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

13

ii. Menghuraikan proses y Murid dapat menghuraikan proses, peraturan, undangundang dan prosedur iii. Menaakul (reasoning) y Penerangan tentang sebab musabab berlakunya sesuatu serta dapat membuat ramalan atau kemungkinan secara lisan atau dengan menggunakan visual yang sesuai dengan tahap umur dan pencapaian murid

14

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

PENERANGAN MELALUI CONTOH


y Melahirkan idea yang lebih jelas tentang idea dan konsep y Menudahkan kefahaman idea yang abstraks dan kompleks y Menghilangkan keraguan y Boleh disampaikan secara lisan (analogi,metafora,cerita) y Contoh secara visual (model, gambar) y Contoh yang tidak keliru, sesuai, menarik menerangkan

idea y Sesuai dengan tahap umur dan pencapaian murid

15

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

1.3 KEMAHIRAN PENYOALAN


y Soalan bolehlah dianggap sebagai bentuk pengucapan yang

menggalakkan pemikiran jika digunakan secara berkesan oleh guru. y Wilen (1995) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi bermula dengan soalan-soalan yang baik. y Selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalansoalan yang sesuai bagi menggalakkan pemikiran, guru juga harus memiliki pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknik penyoalan yang berkesan.
16 BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

y Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam

aktiviti pengajaran guru. Hampir seluruh proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik menyoal. i. Peringkat set induksi - Digunakan untuk menolong murid mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. ii. Peringkat Perkembangan - Digunakan untuk mencungkil pemikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pengajaran secara berkesan. iii. Peringkat Penutup - Digunakan untuk menilai pencapaian objektif atau sesuatu hasil pembelajaran.

17

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Prinsip-prinsip Panduan Penyoalan


y Soalan-soalan yang dikemukakan perlulah dirancang terlebih y y y y y y

dahulu Soalan hendaklah sesuai dengan tahap umur dan pencapaian murid Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak juga terlalu sukar Perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami murid Beri peluang kepada murid untuk memikirkan jawapan Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
02/07/2011

18

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

y Bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah untuk y y y y y

menarik perhatian murid Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengar oleh murid seluruh kelas Elakkan daripada mengemukakan soalan mengikut urutan atau susunan tempat duduk murid-murid Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya Soalan hendaklah ringkas dan tepat

19

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

Kesan Kemahiran Penyoalan Ke atas Pengajaran-Pembelajaran


y Menambahkan minat murid terhadap pembelajaran dan y y y y y

mengelakkan rasa jemu Menguji pengetahuan sedia ada murid Mengenal pasti permasalahan murid Mengeratkan lagi hubungan guru-murid Murid lebih bersedia dan lebih berkeyakinan menghadapi peperiksaan Membantu murid-murid membuat ulangkaji dan membat jangkaan-jangkaan atau ramalan terhadap tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan
02/07/2011

20

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

Contoh Soalan (2010) Bahagian A


Teknik penyoalan merupakan satu kemahiran menyoal yang perlu dimiliki oleh guru kerana hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik ini. Bagaimanakah teknik penyoalan guru dapat menarik perhatian muridmurid terhadap aktiviti pembelajaran? (A) Menyebut soalan selepas menetapkan murid yang akan menjawab soalan tersebut (B) Mengemukakan soalan sekali sahaja dan memilih mana-mana murid untuk menjawabnya (C) Mengajukan soalan secara khusus kepada murid yang diam atau tidak bersedia menjawab soalan (D) Membaca soalan beberapa kali sebelum murid menjawabnya mengikut susunan tempat duduk di dalam kelas

02/07/2011

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

21

Variasi rangsangan ialah kepelbagaian gaya atau tingkah laku bagi menggerakkan murid ke arah pencapaian sesuatu hasil pembelajaran. Contohnya, i. Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar Bahan Bantu Mengajar(BBM) merupakan peralatan atau bahan yang menjadi sumber kepada guru untuk mengajar. BBM terbahagi kepada 3 kategori: (a) media elektronik seperti komputer, filem, filem jalur,slaid, projektor, pita rakaman, radio dan video. (b) bahan cetak: buku, gambar, brosur, carta, model, surat khabar dan papan tulis (c) bahan bercorak pengalaman: lakonan,pentomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

22

Jenis-jenis

~ ~

BBM Alat-alat Pendengaran (Audio): Bahan-bahan rakaman, radio Alat-alat Visual: Buku teks, akhbar, majalah, benda-benda konkrit(maujud), model, patung dan diorama, gambar, papan tulis, rajah dan graf, alat multimedia

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

23

ii. Kemahiran Bercerita

Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan suatu pengajaran kepada anak-anak. Teknik ini dapat menarik minat anak-anak. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid khususnya di sekolah rendah amat menggemari cerita. Walaupun mereka masih kecil tetapi sesuatu yang diceritakan kepada mereka akan segera difahami dan kadangkala mereka dapat pula memahami maksud cerita itu. Oleh hal yang demikian, jika muridmurid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara teknik bercerita dengan pengajaran cerita.

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

24

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru dalam persediaan teknik cerita: Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut. Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

25

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspekaspek bahasa yang hendak diajarkan. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain alat bantu. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan selanjutnya.

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

26

iii. Kemahiran tunjuk cara Dikenali juga sebagai teknik demontrasi. Melibatkan satu cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teknik ini boleh digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Walaupun demontrasi boleh dilakukan tanpa bahasa tetapi untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid boleh diminta menerangkan cara-cara hendak melakukannya melalui bahasa. Maksudnya, disamping menunjukkan cara, murid-murid diminta menerangkannya melalui bahasa. Banyak aktiviti bahasa yang boleh dilakukan melalui teknik ini dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih, menunggang basikal, bermain bola dan sebagainya.

BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

27

Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, ciri-ciri penting teknik ini perlu diberi perhatian: Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang hendak digunakan. Pastikan aktiviti bahasa tidak akan terganggu. Sebaik-baiknhya guru perlu mempunyai maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid-murid yang sedia ada. Sediakan soalan-soalan untuk menggalakkan mereka bercakap. Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini penting kerana guru boleh membuat persediaan, memperuntukkan masa dan kemungkinan juga dapat meramalkan masalahmasalah yang akan timbul
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH

02/07/2011

28

Guru perlulah memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid. Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru dan murid-murid lain sendiri. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu. Selepas tunjuk cara itu selesai, murid lain boleh diminta melakukannya sekali lagi. Kemudian perbincangan boleh dilakukan sebagai aktiviti susulan.
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

29

i.

ii.

Dalam kumpulan (4 orang bagi setiap kumpulan), sediakan bahan pengajaran mikro yang sesuai . Anda diminta untuk menunjuk cara komponen pengajaran berikut dalam pengajaran mikro (30 Julai 2011): 1. Kemahiran Induksi 2. Penerangan 3. Penyoalan 4. Variasi Rangsangan
BMM3117: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEK.RENDAH 02/07/2011

30

You might also like