Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu

Kajian Kes

Oleh

Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar Man

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010

1

ABSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “ Pendidikan Untuk Semua” tanpa mengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong dan penghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “ Entry”dan “ Adoptation” Kajian mendapati faktor sokongan dari . pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli.

2

ABSTRACT

Education in the 21st century, requires educators

to utilize Information and

Communication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of "Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous people should be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in the classroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use of ICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the driving and hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitative exploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers in indigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about the effectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the study shows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on the usage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. The production of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skills of teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation” stage. The study found that support from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT in teaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICT cannot be fully implemented in the indigenous schools.

3

BAB 1 Pengenalan

Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakat bermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolah bukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 dan

diteruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta projek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama di sekolah pedalaman dan sekolah orang asli.

Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untuk anak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Konsep “ Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan ini termasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuai digunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutama mereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan.

4

Latar Belakang Kajian Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalah sebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialah proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK seperti penggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan program

pembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajaran telah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guruguru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dan dibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003). Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntut perubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumat dan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusan terhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlaku perubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007). Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi p & p.

5

1996) termasuklah di Malaysia (Tan Soon Yin. Skop kajian ini juga cuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakan kelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dan kelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli. 1997). Namun persoalannya sekarang. Pelaksanaan TMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolah orang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengan komputer dan talian internet (Wahid Hashim. 2009). 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolah Malaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan. Perak. apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalan komputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namun menghasilkan impak yang sedikit (Loveless. 2006). Adakah amalan TMK berada pada tahap yang sama di sekolah orang asli? 6 . Pernyataan Masalah Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. di Grik. Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belum mencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB. Willis. Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sederhana (2.76). 1995.

Satu faktor guru yang terlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu. Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yang menyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorong pelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan. peralatan yang lengkap. 1991). keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannya dalam p & p (IAB. kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru di sekolah rendah orang asli. 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagi sebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin. Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif. tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah juga merupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. 2000). Seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan. kursus dan pendekatan TMK kepada guru dan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi 7 . Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p & p di sekolah. Untuk memastikan hal ini berlaku. kerjasama antara warga sekolah. Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana (IAB. 2008).

1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p? 1. 2006).3.4.3.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah orang asli. Objektif Kajian Objektif kajian adalah : 1.4. kajian ini meninjau amalan TMK dalam p & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1. Soalan Kajian Berikut adalah soalan kajian: 1.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 8 .1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p 1. Berdasarkan pernyataan masalah tersebut.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas? 1.TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (Zamri Abu Bakar & Rusmini Ku Ahmad.4. 1.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Justeru dapatannya menambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuk sekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat menggalakkan pendidikan.Signifikan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Di samping itu. Kajian ini merupakan kajian kes tentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Responden kajian adalah 9 . Hal ini membolehkan guru-guru mengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinya melalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelan tindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakan sepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ” Pendidikan Untuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. yang kurang Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuat penambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada. dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasi masalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah.

kajian ini dijalankan untuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10 . Sekolah Orang Asli Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun. Definisi Operasi Amalan TMK Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Justeru itu. Persoalannya sejauhmana guru-guru di Sekolah Orang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Rumusan Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMK oleh guru di semua sekolah di Malaysia.

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaan meliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka. Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. orang asli dan Penan. 11 . Dasar Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usaha kerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan orang asli dan hubungan dengan amalan TMK. Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA) Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanakkanak khususnya murid-murid luar bandar. berkaitan usaha merapatkan jurang pendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar. pengajaran dan pendidikan peranan dan faedah TMK dalam pembelajaran. Justeru.

12 . pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orang asli termasuklah kefahaman. ibu bapa ini dapat membantu anak-anak mereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Sarjit Kaur. Asnarulkhadi Abu Samah. Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007). Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialami oleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMK dalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guru yang mengajar di sekolah orang asli. halangan dan persepsi terhadap penggunaan TMK.Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008 merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Dengan menguasai kemahiran 2M. penggunaan. Masalah jurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan dengan penempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikan yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalah kewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatan mereka. 2008). dorongan. Maarof Redzuan.

mengukuh dan menambah kemahiran. Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg. 1994). Peranan TMK boleh dilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard. Abdul Rahim Saad. pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi. apa yang akan berlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaian tanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ? Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal. 1996). Murid dapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah dan juga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya.Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihat pengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa proses pembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen. 13 . 2000). mengguna. 1992.. Penggunaan teknologi mesti Kebolehan-kebolehan digabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. 2001).

2001). Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang bersesuaian (Mauer. 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi pengguna melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-mana aplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik (Fisher. Maurer (1993). Cox (1997). Fisher (1994). Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan (Zalina Yahya.Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajar manakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek 14 . Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaran idea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi di sekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50% pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjek itu penting (Cox. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. 1997). Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 1994).

2001). TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok. Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Model “ Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al. menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (Lili Nurliyana Abdullah. 1991. memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip.berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar 15 .yang dipelajari. murah. 1991) telah menggariskan lima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry. Pada tahap Entry dan Adoptation. pantas. guru berada pada peringkat membiasakan diri dan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannya untuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. Tuldoziecki & Herzig. mudah mengingat. Appropriation dan Invention. 1998. Tahap Adaptation. Toh. Adaptation. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah. 2002. Adoption. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik. 1996). Schaumburg & Issing. Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi media yang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang pendidikan. 2002). selesa.

berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahap Appropriation. guru dan pelajar membuat penemuan terbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama. dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian. Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMK itu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Terdapat faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TMK digunakan sebagai alat penerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change. Tahap kedua Surrogacy. Bagi Heppel (1993). Sementara pada tahap Invertion. Hamparan Elektronik dan grafik. TMK sebagai agen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari. Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabaran kepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. 16 . Guru dan pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut.dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata. dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagai media penyampaian maklumat dan tahap Progression.

Kazlauskas(1995). 18% (29 orang) didorong oleh faktor persekitaran. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka 17 .Hasrina Mustafa (2006).Kamaliah Hj. Zulkifli dan Raja Maznah(1994).4% (49 orang) didorong oleh faktor minat. mengatakan sikap terhadap komputer adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya diikuti 30. dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoriti responden iaitu 41. untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnya semasa Program PPSMI.Menurut Abdul Wahab Ismail Gani. pula mendapati faktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah. Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalah bermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan mereka tentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Siarap. Ini menjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktif kepada pihak sekolah. Hasil kajian keatas guru pelatih yang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. 6. al.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. (2000) juga mendapati faktor personaliti mempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer.

al.Arif. Malangnya. 2001).6% (17 orang) 18 . Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusan sekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media Teknologi Pendidikan Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et. terhadap guruguru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang. lebih praktikal dan terkini. didapati faktor utama yang menghalang responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialah disebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.Shahidah & Rosnani. Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama “ menakut-nakutkan” guru-guru.9% (24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya.6% (46 orang).mengintergrasikan komputer dalam p&p. menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kajian oleh Rosnah Mansor (2002). Ini diikuti 14. ramai guru mendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah (Jasmy. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik . 10. Lucas (1986).(2006). terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5 buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dan kurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media Teknologi Pendidikan.

xi. menggunakan media instruksi Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat Sumber Negeri xiii. memilih.3% (15 orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya. 9. viii. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar. xv. v. x. Masa tidak mencukupi Tidak ada elaun untuk penggunaan Media Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan Jadual waktu terlampau padat Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi Kemahiran merancang. ii. Tidak ada program khas mengenai media Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri 19 . vii. Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah xiv. menggariskan beberapa faktor penghalang kepada integrasi TMK iaitu: i. Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999).7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan dan 5.disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya. iii. 8.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya. xii. vi. ix. iv.

Faktor penghalang integrasi TMK. menggariskan pendidikan mesti diberi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Justeru itu. 20 . perlu diberi perhatian dalam menjayakan wawasan Negara. kaum dan tempat tinggal. Atas sebab ini. bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. wajar diberi perhatian yang yang serius oleh semua guru. tanpa mengira di mana mereka mengajar. pentadbiran dan juga kementerian. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-murid telah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p. Rumusan Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP.Rumusannya. ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru. kajian ini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah kajian. pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja. ianya harus setanding dengan pendidikan kaum lain.

Persampelan Kajian Bagi tujuan ini. Instrumen Soal selidik Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Bahagian A mengenai latarbelakang responden. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. persampelan. pentadbiran data dan analisis data Rekabentuk Kajian Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli.BAB 3 METODOLOGI Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian. 2003). Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran dari sekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. 21 . Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran. Najib. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SK RPS Banun. instrumen. Walau bagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakili bilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi. kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd.

Temu bual Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Guru-guru 22 . Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Sebaliknya. boleh diteroka dan lebih menjurus kepada bentuk perbualan. pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. fleksibel. Pentadbiran Data Soal selidik Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik. Merriam (1998) menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaikbaiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan juga perlu berbentuk soalan terbuka. Soal selidik ini telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar dijalankan. pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik.Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Ini memandangkan temu bual secara lisan yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg. 1987).

Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temu bual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 23 . Rumusan Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampelan kajian adalah persampelan bertujuan. Analisis Data Soal selidik Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus.Temubual Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang amalan TMK di sekolah mereka. Temu bual Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. tahap amalan TMK dan faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kajian. Temubual dijalankan secara informal dan tidak berstruktur. Temubual ini direkod dan transkrip dijalankan.

Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagai Temubual1. Dari 20 soal-selidik yang diedarkan. Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan.pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Data kajian telah diperolehi melalui: Soal-Selidik Guru Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli.BAB 4 ANALISIS DATA Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah. Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaran masing-masing.guru-guru juga ditanya mengenai faktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka. 24 . dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkan memberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapi semasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. latar belakang responden. namun ia telah dapat di dilengkapi dengan jawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu. Walaupun bilangan responden adalah rendah. Temu-bual Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih dari senarai responden soal-selidik di atas. Selain soalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer .

Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalan utama. Buat masa sekarang. Sekolah ini terletak lebih kurang 62 km dari pekan Gerik. terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun. pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).Latar belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina di bawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Mereka tinggal di Perak. Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melalui latihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) 25 . Dari aspek kemudahan infrastruktur TMK. Latar belakang responden Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar di tiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH). Kebanyakan murid SK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Perak. sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputer dan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display) Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

1 Kelayakan responden Kelayakan Tertinggi Diploma Ijazah Peratus 36% 64% 26 .Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakan guru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakan program KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris. Muzik.ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Bahasa Arab. Responden mengajar pelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu. Ketiga-tiga orang guru ini dipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Matematik . Jadual 4. Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 orang responden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Bahasa Inggeris. Matematik. Bahasa Melayu. Guru-guru lain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa. Sains. Kemahiran Hidup.

pengkaji hanya berjaya mendapat kembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Jadual 4. Mereka juga mempunyai kemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti MsWords dan Ms-Power Point. audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untuk melakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office.Dapatan Data Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian MsExcel. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untuk mengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digital dalam format imej.2: Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office Perisian Ms-Words Ms-Power Point Ms-Excel Peratus 73% 73% 64% 27 . Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap “ Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluran berkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalam penyelenggaraan sebuah unit komputer. Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan.

dia orang akan minta. guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagai menjimatkan masa. 9% 36% Negatif Positif 55% T.Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p? Dari analisis data yang diperolehi. cikgu. 03) ” Bila dah tahu ada jadual tahun 3.”(Temubual 2. Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan ini dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik.3). memang excited nak pi”(Temubual 1. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran 28 . menyeronokkan dan tidak membosankan.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkan pembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaran yang seterusnya.Menjawap Rajah 4.benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak.05) Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibat keberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Jadual 4. komputer cikgu. ” Sebenarnya banyak mendatangkan faedah..

budak ikut. “ ada CD dia. Budak lebih cepat dia pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri.dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Peratus 18% 18% 64% Tidak menjawap 2 Tidak Berkesan Berkesan 2 7 Jadual 4. terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebih bermakna (63%).” (Temu-bual 2 . 01) 29 .Budak dengar.4: Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P Pesepsi Pelajaran Menarik pelajaran jelas pelajaran senang difahami pelajaran lebih bermakna Pelajaran menyeronokkan lebih Tidak Setuju 9% Agak Setuju 9% 27% 18% 9% 9% Setuju 18% 36% 27% 36% 9% Sangat Setuju 55% 18% 27% 27% 64% Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihat sebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia. Jadual 4.. Macam nyanyian..3: Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P Pernyataan Bil.

.. ” Kalau guna CD. dilaksanakan secara 30 . kerana bahan tersebut boleh diulang pakai.. 01) Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagai alat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangan kelas yang banyak. Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian.” ( Temu-bual1.dia tak boring.. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini.Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi. animasi budak-budak lebih tertarik. imej dan audio menjadikan pelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran. ada bunyi.kalau ada banyak kelas. 01) Apakah tahap amalan pembelajaran? penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian adalah rendah. 05) “ Lagi pun. Peratus pelaksanaan pada tahap “ Kerap” berada dalam lingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ” Kadang-kala” adalah 18% untuk satu tempoh masa seminggu.sebab ada gambar. boleh ulang-ulang. Tahap “ Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhan responden. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri.. kita relek sikit la.dia boring” ..” (Temubual 2. “ Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara. (Temu-bual 2 . 05) ” Budak lebih suka tengok benda tu.” (Temubual 1..

kalau kita tengok. tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmal komputer di sekolah kajian.04) “ Waktu BM. “ Hari biasa pun guna. tapi dalam masa P&P saya juga la. “ Kadang-kala saya buat sebelah petang. masuk dalam ini la. bergantung kepada budak. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajaran dan pembelajaran. join juga” (Temubual 2.” (Temubual 2.” (Temubual 2. 01) Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. darjah tiga. Kalau dirasakan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran. tak beri perhatian. minggu ini saya dah buat.01) ” Tengok la budak. maka mereka dibawa masuk ke makmal komputer . tengok kalau ada free… ” (Temubual 1 .rawak dan atas inisiatif guru masing-masing.budak itu kalau kita panggil pun. Elemen multimedia yang digunakan dalam CDROM Interaktif. dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman 31 .. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktu lapang guru dan juga minat belajar pelajar.04) Dengan kata lain. ramai bukan takat darjah satu. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dan dihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajarpelajar tahun lain.

.” (Temubual02. animasi budak-budak lebih tertarik..” (Temubual01.. Lagu last sekali dia letak. Kalau subjek lain ada juga.bila tak ada… ” (Temubual02.01) 32 ..03) Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaan amalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan ini tidak dibekalkan. JQAF. saya tengok dia orang guna la. 01) Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif . perisian persembahan juga digunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas....pelajar.... ada bunyi. Macam BI. setengah tu tak pernah pi.. terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka.. “ Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu. cara berkomunikasi. “ Macam saya.06) Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teks dilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusun dalam aspek penyampaiannya. subjek dia bagi CD tapi problem dia.” (Temubual02. Vokal. boleh nampak. semua telah diajar dalam itu. Tersusun.” (Temubual01.. Namun tahap penggunaannya adalah terhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja. “ Kalau guna CD.dia ada lima slot.05) “ Ada CD.. Semua kandungan CD Bahasa Arab itu. ” Pembentangan.

Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputer yang betul.. “ (Temubual01.05) 33 . maka guru hanya akan menggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja..05) “ Senang saja.Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantung kepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. dengan slide..05) Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar. Masing-masing mengajar. guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khusus dalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai.05) point.. tapi kurang ada masa nak buat” ” Kalau buat bahan sendiri.” (Temubual01. “ Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. “ Ya la power (Temubual 01. tidak wujud satu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. sekarang dah boleh la. Tak reti” (Temubual01. dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaan aplikasi komputer. tak erti nak bawah turun. Oleh kerana. Guna mana yang diberi” (Temubual01. tapi tak pernah buat sendiri.05) ” Mula-mula taiplah panjang-panjang....

dan animasi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan.Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran ? Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siap terpasang dengan kemudahan LCD. Semua kemudahan ini sememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.. terutama sekali untuk pelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Pelajar-pelajar lebih terangsang dan akan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya.05) 34 . imej. cikgu memang excited nak pi” (Temubual 01. Pada masa yang sama. dia orang akan minta. Elemen multimedia seperti audio. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang ingin dipersembahkan. Bahan multimedia yang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar. “ Bila dah tahu ada jadual tahun 3. Namun. pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokong pelaksanaan amalan ini secara khusus. di bawah pelaksanaan program PPSMI. pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yang boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemen multimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalan CD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks. cikgu komputer.

dan cara susunan bahan pengajaran tersebut.. “ Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02.. memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut. penggunaan CDROM “ Mutiara” dalam sesi mengenali abjad.” (Temubual01.01) “ Budak dengar. pengenalan.” (Temubual02..dia tak boring… (Temubual02..“ Ada CD. cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsur Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej serta animasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isi kandungan yang disampaikan. Begitu juga untuk matapelajaran Bahasa Arab.02) Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran.sebab ada gambar.budak ikut. menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannya dalam kelas. CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyian sebagai latihan pengukuhan pembelajaran. 35 . penggunaan dan pengukuhan. setengah tu tak pernah pi. Macam nyanyian. 01) Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan dan bersesuaian.06) Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajar Orang Asli yang hiburan.. Budak lebih cepat pick-up. (Temubual 02.boleh nampak. 01) “ Budak lebih suka tengok benda tu.

01) Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran? Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan bekalan LCD. Dia ABM. Masalah timbul apabila tiada 36 . Salah satu faktor utama yang menghalang pelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secara berterusan ke premis sekolah.. ” Bukan software. budak akan klik “ A”dia akan keluar… . Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan pada sebelah malam sahaja. mula-mula cara memperkenalkan benda.. CD.” (Temubual02.cara sebut.” (Temubual01. Lagu last sekali dia letak.. CD. lengkaplah.. CD Interaktif.03) “ Dia ada. Penglibatan langsung ini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna. Pelajar tidak hanya menjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah mereka menjadi “ penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan..cara komunikasi. dia ada lima slot. Tersusun. 03) Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari.“ Semua kandungan CD Bahasa Arab itu.” (Temubual02. Datang tu. lepas tu. namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah rendah.

06) Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik. Tak ada minyak. “ Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada.” (Temubual 01. 01) Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yang panjang. kemungkinan besar amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku.05) Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan. Keadaan ini tidak merangsangkan guruguru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK.” (Temubual01. dah berapa bulan tak buka. Kalau ada memang kami guna. Masalah generator. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yang dibekalkan itu berkaitan dan sesuai. Guru-guru banyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-sama dengan buku teks sahaja. dari sebulan hingga ke beberapa bulan. JQAF..bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. subjek dia bagi CD tapi problem dia.. “ Nak harap makmal. 01) 37 ..” (Temubual02. related tak banyak.bila tak ada… Kita guna macam tu saja la. 01) “ Tulah nak senang macam ini la. guru-guru juga menghadapi masalah ketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Selepas cuti tak buka langsung. “ Bahan CD yang sesuai..” (Temubual02... “ Macam saya.” (Temubual02.

dimana 44% responden memohon kursus yang berkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan kursus yang 11% 11% 44% Pedagogi Kandungan Perisian Persembahan Pengaturcaraan 33% Penyelenggaran Komputer Rajah 4. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian. masalah atau isu boleh disusun. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge Shulman (1999)). Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam hal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dan kemampuan pelajar serta dilaksanakan. 05) Dapatan ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti. merupakan satu proses dimana kandungan dan pedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik. guru-guru memerlukan pengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspek pengetahuan pedagogi kandungan.Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai.(Temubual01.2 : Permohonan Kursus 38 . guru menjawap: “ reti” tak .

yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi.06) 39 . adalah tidak mencukupi.. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unit komputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan.Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahan pengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. “ Untuk access jurnal dan bahan eletronik. susah nak dapat internet. yang memerlukan lebih masa untuk disediagunakan...05) Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa.tak boleh cari bahan pun. budak tak tahu kah?” (Temubual 01. harap ka buku panduan sahaja la. Walaupun pelaporan telah dibuat namun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Tempoh masa 1 waktu pengajaran (30 minit). “ Kalau setengah jam tu tak sempatla.mana cikgu. (Temubual 01. budak tanya mana cikgu. (Temubual 02 03) Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakan amalan penggunaan TMK dalam kelas. Ini menyebabkan banyak masa terbuang... susah nak cari maklumat kat sini” .. (Temubual02 02) Kat sini. guru-guru terpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaran penggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM.. Untuk itu.Nak buka pun dah berjam-jam.

lagi senang ka..guru lebih rela menggunakan bahan-bahan media berunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai “ kalau ada kaset. “ Ada CD yang tak nak run.” (Temubual 01. masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran penggunaan komputer Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer..01) Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas.” (Temubual02. guru Matematik . Kami tak ada peruntukan.05) Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. setiap guru.05) Berdepan dengan keadaan ini.” (Temubual2. yang kerajaan bagi.kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri itu. ” ada. Sains dan Bahasa Inggeris. guru juga menghadapi masalah bahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal. Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop” Tak (Temubual1 01) “ Sekarang ini. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.. 03) 40 . (Temubual 01. Masing-masing mengajar.Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputer disediakan.

khususnya Sekolah Orang Asli. Guru-guru memberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa proses p&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talian Internet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan.Rumusan Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utama perlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah. 41 .

dapat disokong oleh Maurer(1993). Cox (1997). dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996). kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p di dalam kelas. Perbincangan Dapatan Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok. dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna.BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p. 42 . Hasil dapatan ini. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.2006) dan membuat transkrip bagi pengumpulan data temubual. Data yang dikumpul. Fisher (1994). Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa. terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p juga dikaji. Selain itu . menyeronokkan dan tidak membosankan.

kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakan teknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan dan perisian tertentu. yang mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran. 1991. Schaumburg & Issing. memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip. 2002. pantas. selesa. Unsur interaktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah.Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik.1998. menunjukkan amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.1991). 2002. Toh. Tahap amalan pembelajaran. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang masih pada peringkat “ Entry” dan “ Adoptation” seperti mana yang digariskan dalam Model “ Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et. Pada masa yang sama. 2001). penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan Hasil dapatan kajian. Tuldoziecki & Herzig. murah. mudah mengingat.al. 43 . Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang di sarankan oleh Heppel (1993).

Tahap penggunaan ini adalah tidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROM multimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994). seperti kemudahan makmal komputer. sikap terhadap komputer menjadi faktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebih terangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan 44 . LCD. Abdul Wahab Ismail Gani et.Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran. al (2006). Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Hasil kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak lengkap. Bagi Kazlauskas (1995). faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalangan guru semasa proses p&p berjalan. Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utama mereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik. adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktor kemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p Dapatan kajian mendapati. Bekalan elektrik hanya dibekalkan mengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama.pembelajaran. adalah selaras dengan pandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannya pendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkan oleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan oleh pihak organisasi. bekalan elektrik menjadi faktor utama amalan penggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari.1986) 45 . Masalah timbul apabila tiada bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan di makmal komputer. amat penting dalam menjayakan penggunaan TMK dalam p&p (Lucas . Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkan pembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolah menyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi seperti pembelian bekalan elektrik .

kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.Hasil kajian juga mendapati. Menurut Williams et al (2000).” Tak reti” Dapatan . guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyai kecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. guru menjawap. tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah. 46 . Dapatan kajian ini. dimana 33% memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan.. Ini kerana guruguru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan dan pembinaan media pengajaran yang sesuai. Ketiadaan capaian yang berterusan tidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut. faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalam perisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalah tidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan. Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Ini selaras dengan jawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yang bersesuaian. selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip Abd Manap (1999). ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti.

47 . Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). seperti komputer dan capaian Internet. Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK. Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 2000). terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke21. namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al. tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan Penambahbaikan Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK.

Perana ini penting.Penglibatan Pihak Pentadbiran Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guruguru. Semua ini berserta dengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-guru merancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supaya satu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat 48 . Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalam penulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak guru penyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yang boleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka. Pihak pentadbir juga perlu boleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yang kondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidak langsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidak keseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasian elemen TMK.

Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan. Guru-guru perlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkan masalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah-masalah teknikal seperti kerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD (Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Dalam keadaan ini. jika dibenarkan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikat lantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberi perkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan.diwujudkan.seorang juruteknik Makmal Komputer boleh disediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains di sekolah-sekolah. Contohnya guru menggunakan sebutan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan dan latihan pengkukuhan dalam kelas. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaian maklumat pengajaran. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahan TMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelas yang lain. 49 . terutama sekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalam kedaaan yang terbaik untuk digunakan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemen TMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedah dalam mempelbagai teknik penyampaian.

Perkara ini serba sedikit akan dapat mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimana kemahiran.Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) . kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolah dan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesrapengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Perancangan dan aplikasi amalan TMK yang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Walaupun faktor sokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkan amalan TMK dalam bilik darjah. Kesimpulan Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam proses p&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspek Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perlu dititikberatkan. 50 . Selain dari itu. Pada masa yang sama. capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan.

Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalam proses p&p. 51 .Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yang bersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untuk menggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalam mengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.

Mc Graw Hill. Tesis Sarjana Pendidikan. Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Colby. Siarap.. 1 &2 Alessi. Kohlberg. Malaysia.S. Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. J. Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram. ISBN 0-521-24447-1.. C. Malaysia. NCET. No. Massachusetts: Allyn & Bacon. Anne. & Trollip. Cambridge University Press. Kajian Malaysia. Chua Yan Piaw (2006). S. Cox M. Abdul Wahab Ismail Gani.Rujukan Abdul Rahim Mohd Saad (2001). 2000.R. Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam PengajaranPembelajaran di Maktab Perguruan Teknik.Inc 52 . Che Rogayah Seman (2005). Multimedia for learning: Methods and Development. & Sandholtz. L. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms. Academic Press. Hasrina Mustafa (2006). Kuala Lumpur. Kaedah Penyelidikan.M. Kamaliah Hj. pp. 2: Standard Issue Scoring Manual. Authoring Multimedia. Kuala Lumpur.(2001). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang. (1987). Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001. The Effects of Information Technology on Students’ Motivation: Final report. Educational Leadership. Ringstaff. Mc Graw Hill. Asas Statistik Penyelidikan. D. Rahman Darus. Vol. 45-52. H. Ab. C. The Measurement of Moral Judgment Vol. Boston. XXIV. USM (tidak diterbitkan) Chin Yoon Poh.J (1997). S. (1994). 48(8). Chua Yan Piaw (2006). Fisher.ISBN 1871984289 Dasar Penyata Razak (1965) Dwyer.

. Maurer. & Kulik. (1993).A. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency.Multimedia in Education Arming Our Students for Future. 2001 Jonassen. Lucas. 1986. Fisher. Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Selangor. Seminar What is?.s.J. Bailey. Shahidah & Rosnani. m. Universiti Putra Malaysia.edu/insite/elec_oub/html. M. (1992). J.Harrison. D. Information Systems Concept for Management. Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Computer in Human Behavior.J. Heppell. Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). Technology and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. S. Association for the Advancement of Computing in Education. Orlando. D. Arif.uh. . NJ: Prentice Hall. http://www.. 7. pp. C. Florida. 164-171. 24 –27 November 2008. E. Lili Nurliyana Abdullah (1996). 53 . & Restorick. Developing a whole-school IT policy . 229238.. IAB.. H. (1991). London: Pitman.. 1995. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. June. Serdang. Information and Teacher Education. Phillips.coe. M. Jasmy. Innovation. 75-94 Laurillard. Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change. Tagg (ed). 2. 23.71. Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. (1996). Inglewood Cliffs. Youngman.. Journal of Information Technology for Teacher Education. Kulik. Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. 51 . Kazlauskas.C. New York: McGraw Hill. T. (1993) Teacher Education. R. Learning through collaborative computer simulations. H. Proceeding of EDMedia 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia. 23-26. British Journal of Educational Technology.

moe..my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Mohd. Sarjit Kaur. Ringstaff.A: McGraw-Hill.heredot.pdf. & Corbin.(2002. D. Leach & B. W. H. Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. International Journal of Instructional Media. C. Dwyer. (2002).Mc Lellan (1991). (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform.my:8080/c/journal-articles/view_articles-content Sandholtz J.net/conferences/brno2005/book3-ICT. in J. In Williams. L. C. B. 19-27.S. (2000).edu. 54 . Lernen mit Laptop. D. Rosnah Mansor .. Di muat turun daripada http://www.moe.. (1994). A. Jutta. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Dimuat turun daripada http://www..J. 18(1). The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. H. S. E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. Abstrak.L. Pisapa. (2001). Najib Abdul Ghafar (2003). Strauss. J. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. U. (1997). London: Paul Chapman. Dalam Alexandra. Thousand Oaks: Sage. Singapore: Prentice Hall. Columbia University.B. Maarof Redzuan. S. J. J. Asnarulkhadi Abu Samah. & Issing.edu. Rosenberg.Siegmund. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.M. Case study research in education: A qualitative approach. Teachers and classroom management in a computer learning environment. Integrating technology into teaching and learning. New York: Teachers College. Merriam. Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007) Schaumburg.. San Francisco: Jossey-Bass. Di muat turun daripada http://www. Mohd Sarif Abd Manap (1999). (1988). Teaching with technology: creating student-centered classrooms. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures for developing grounded theory. Abstrak.M. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. K. A. Shulman.

(2000) Teachers and ICT: current use and future needs. K. & Tuson.B.. K.heredot. with Cotton. Wilson. pp.. W. 2 2000. London: DfEE. Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN Sains dan Matematik. & Herzig. (2002. 55 .Computer and Internet im Unterricht. Toh.. No.. J. J. Dalam Alexandra.. Williams. L. D. K. Richardson.. (1998). A. Wilson. S. H.C. Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Journal of Information Technology for Teacher Education. pp 167-183 Zalina Yahaya. 15 Julai). S. A. & Wong. Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998. IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. 307-320. D. Richardson..C. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999 Toh. British Journal of Educational Technology.Thomas. G.(2002).. & Tuson. P. Research Report RR92. Coles. 31. & Tovey. D.B. Dimuat turun daripada http://www. (1999) The Use of Multimedia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation. & Pettigrew. N. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg.C.Siegmund. Williams. A. L. (1999). Utusan Malaysia. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi. A.pdf. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education. Tuldoziecki.Vol 9. (2000) Integrating Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools. Coles.net/conferences/brno2005/book3-ICT. Jutta.