P. 1
KONSEP PSV

KONSEP PSV

5.0

|Views: 1,432|Likes:
Published by Suhaila Othman

More info:

Published by: Suhaila Othman on Jul 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/14/2013

pdf

text

original

SEKAPUR SIRIH

Pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta Limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Tanpa keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi memberikan sokongan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada saya serta sanggup mengorbankan masa mereka dalam usaha menjayakan Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sudah semestinya kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan dan kecacatan pada tugasan saya dan sudah pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Oleh itu, saya cukup berterima kasih atas kerjasama dan bantuan serta komitmen yang mereka berikan kepada saya dan saya berasa cukup terharu atas kerjasama yang diberikan itu. Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pemangkin utama dalam menjalankan tugasan ini iaitu dua orang pensyarah saya daripada Jabatan Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Azlina binti Rani dan Cik Zaharah binti Mohamed yang telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Panduan dan tunjuk ajar yang diberikan mereka telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada mereka kemungkinan proses dalam menyiapkan tugasan ini akan menemui jalan buntu untuk saya teruskan untuk langkah yang seterusnya. Panduan dan tunjuk ajar mereka serta komitmen yang mereka berikan kepada saya amatlah saya hargai . Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya. Saya amatlah menghargai segala bantuan, sokongan, kerjasama, dan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekalian serta para pensyarah pembimbing yang terlibat dalam usaha menjayakan tugasan KKBI saya ini. Sekian terima kasih«.

1

3(1'$+8/8$1
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin menerangkan beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Seni Visual. Tugasan ini diberi kepada saya pada 1 Februari 2010 dan perlu disiapkan pada 8 Mac 2010. Tugasan ini adalah mengenai konsep Pendidikan Seni Visual (PSV) serta matlamat dan objektif PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Selain itu penekanan juga diberikan terhadap beberapa pandangan serta sumbangan tokohtokoh seni dan pendidik seni samaada tokoh tempatan, tokoh Islam atau tokoh barat. Bukan itu sahaja, bagi melengkapkan tugasan KKBI ini, saya dan rakan sekelas dikehendaki mengadakan majlis forum bagi membincangkan kepentingan PSV dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Majlis forum ini merupakan tugasan amali bagi KKBI pada semester ini. Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya perlu mengumpul dan menghuraikan maklumat tentang konsep PSV serta matlamat dan objektif PSV daripada sumber internet, keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber. Seterusnya, saya perlu menyediakan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik. Sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni haruslah dibuat dalam ulasan bertulis mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memantapkan diri saya sebagai seorang guru pelatih dengan pengetahuan mengenai konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual dalam KBSR sebagai satu langkah ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. InsyaAllah...

2

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK PERBINCANGAN Konsep Pendidikan Seni Visual Konsep Seni Konsep Pendidikan Seni Visual Konsep Seni Visual Pengertian Pandangan & sumbangan Tokohtokoh Peranan pendidikan seni visual dalam perkembangan kanakkanak Matlamat Barat Islam Objektif 3 .

 Tidak merujuk kepada seni lain seperti:  ³ seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman. menghasilkan dan membuat penilaian terhadap hasil seni yang direka. penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni. mentalnya dan juga spiritualnya. SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI VISUAL 4 . persepsi. keintelektualan. SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SENI  Merupakan komunikasi tampak dan menjurus kepada senilukis dan senireka. dan konsepsi murid  Merangkumi: Seni Kraf Seni Lukis Seni Ukir Seni Bina Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional  Merangkumi 4 bidang iaitu:  Juga dikenali sebagai seni tampak  Melibatkan aspek pemahaman. Seni Muzik Seni Sastera Seni Tari Seni Mempertahankan diri  Proses di atas menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi.´ Suhaimi Haji Muhammad (2003)  Membantu individu meluahkan ekspresi diri melalui gambaran visual seperti lukisan. imiginasi.  Seni merangkumi aktiviti-aktiviti membuat. Dari hasil seni ini maka timbul kesan dari segi materialnya. catan arca dan sebagainya. kebijaksaan dan kerohanian manusia.PERBEZAAN ANTARA SENI.

KKBI semester ini juga menekankan tentang ulasan bertulis mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni. Penulisan tugasan KKBI saya ini meliputi 2 jenis penulisan iaitu penulisan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik dan penulisan esei panjang antara 300-500 patah perkataan. matlamat. penulisan nota adalah dalam bentuk peta minda.Dalam Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) saya pada semester ini. saya akan membuat penulisan tentang: 1) pengertian PSV. 2) matlamat PSV. serta 5) peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak. Penekanan utama diberikan terhadap kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Selain itu. dan matlamat serta objektif PSV dalam KBSR. manakala penulisan sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni adalah dalam bentuk penulisan esei. penekanan tajuk yang diberikan adalah mengenai Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) yang meliputi aspek konsep PSV. objektif dan peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak. 3) objektif PSV. 4) penulisan mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni. Mengikut kronologi penulisan tugasan saya bagi KKBI ini. 5 . Bagi pengertian.

apabila keseronokan dan kesakitan yang betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional. iaitu ilmu menuntun(mendidik) anak. Mohd Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan (2003). Manakala pendidikan bererti proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang ataupun kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upacara pengajaran dan latihan. Yunani Manakala bangsa Jerman melihat pendidikan sebagai Erziehung membangkitkan kekuatan terpendam ataupun mengaktifkan kekuatan dan potensi anak. Tindakan merealisasikan potensi anak yang dibawa waktu dilahirkan di dunia.PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI Pendidikan seni adalah 2 perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni yang mempunyai dua konsep makna. Kamus Dewan ³Latihan yang diberi oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia yang terkawal yang ada dalam diri kanakkanak. digelar µPendidikan¶´ Schofirl (1972) 6 . Latihan khas ini mengenai keseronokan dan kesakitan yang membawa kepada anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan. Pendidikan adalah pedagogi.Hlm 3 Pendidikan berasal daripada kata dasar didik. iaitu memelihara dan member latihan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. proses pembuatan dan cara mendidik. konsep Pendidikan atau dalam bahasa Inggeris µEducation¶ dan konsep Seni µArt¶. Orang Rumawi melihat pendidikan sebagai educare iaitu mengeluarkan dan menuntun.

Menjurus seni tampak atau visual PENGERTIAN Tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik. imiginasi. menjadi penkarya yang rasional dan mampu mengandalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan 7 estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi. meningkatkan lagi kepekaan. seni sastera. penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni. Proses di atas menyentuh mengenai perasaan Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional Dengan ini. dan konsepsi murid. . murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual. persepsi. seni tari dan seni mempertahankan diri PENDIDIKAN SENI VISUAL Merangkumi 4 bidang iaitu: Melibatkan aspek pemahaman.

disiplin diri dan tanggungjawab 6 7 8 Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9 Menggunakan kamudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan berfaedah 8 . yakin diri. kreatif dan menyeronokkan 3 Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pacaindera 4 Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5 Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur. kritis.OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 Menghargai alam ciptaan Tuhan 2 Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif. cermat dan selamat Memupuk nilai-nilai kerjasama .

keluarga. masyarakat dan Negara. kritis. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (2) Menghargai keindahan alam persekitaran. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL Kandungan kurikulum berupaya membantu murid: (1) Meningkatkan rasa (3) Meyumbang kea rah pembangunan diri . keindahan seni dan warisan bangsa kesyukuran kepada Tuhan 9 .Melahirkan insan yang harmonis.

PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PANDANGAN TOKOH BARAT BERSOON (1982) Galakan yang diberi kepada kanakkanak menggunakan deria dan EISNER (1980) Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah menggunakan kemampuan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman menerusi yang kegiatan disediakan seni akan kanak- dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. kanakkanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. BROWN (1980) Mendapati bahawa pengalaman kanakkanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan10 perbezaan setiap objek atau seni tampak . Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat membuat dan pengamatan.  Pemikiran yang kritis dan kreatif akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  Berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu kanak-kanak secara ekplorasi menerusi deria. tanggapan meningkatkan keupayaan kanak dalam membuat pengamatan tafsiran FELDMAN (1976) Mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual.

Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lalu.SUMBANGAN DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI DAN PENDIDIK SENI Seni dan kesenian sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan. pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. aliran. kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep 11 . Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat. Islam Pandangan Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lantaran itu. ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar 1. kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. ketauhidan kepada Maha Pencipta. Jelasnya. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan. yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. peradaban dan kebudayaan manusia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Ia merupakan penyatuan. dengan Islam aliran tentang seni dan dan fahaman kesenian di dalam mereka. teknik serta variasinya seni itu sendiri. politik. Intipati kesenian islam adalah tauhid. maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. sosial.

1 Al-Ghazali Al-Ghazali meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam khususnya. agama bukanlah kebudayaan. Bagi al-Ghazali. Menurut al-Ghazali. Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya terhadap karya seni dalam bentuk fizikal. dan tidak kurang juga yang berkaitan dengan seni Islam. Bagi agama Islam. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri. Dalam bidang kesenian. Pandangan Tokoh Timur dan Islam 2. al-Ghazali mengemukakan teori estetika. yang dihayati kerananya dan bukan tujuan yang lain. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Ini adalah kerana. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah semata-mata memenuhi tuntutan jasmani. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak syariat agama. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam. segala 12 . 2. seseorang guru itu tidak harus menilai aspek keindahan pada hasil karya murid-murid daripada aspek luaran sahaja. keindahan daripada aspek luaran sahaja sebenarnya tidak akan memberi apa-apa makna kepada murid-murid mahupun penghayat seni seandainya mereka tidak cuba memahami apa yang mereka hasilkan daripada aspek keindahan dalaman. manusia yang taksub dengan kehendak kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran.µtauhid¶ itu sendiri. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya peka pada kedua-dua aspek ini. Mengikut teori ini. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni.

semakin tinggi kemahuan seseorang itu untuk mencapai minat tersebut. Kajian beliau adalah berkaitan: y y y y y Kajian tentang kebiasaan dan pembentukan. Kajian tentang kemahuan manusia yang pelbagai Kajian tentang pengamatan dan kekuatan Kajian tentang ingatan dan cara mengekalkannya serta Kajian tentang khayal dan fungsi-fungsinya. al-ghazali juga mengkaji berkenaan dengan jiwa manusia. Bukan itu sahaja. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. dapat dirumuskan segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada panghayatnya. y kemahuan tidak akan berlaku tanpa minat atau penggerak. Menurut beliau: y sifat manusia tidak akan terlepas (motivation ) dan minat. y Walau bagaimanapun sifat tingkahlaku tidak harus ada penggerak (motivasinya) nya. y fikiran tidak akan berlaku tanpa dorongan daripada penggerak ataupun minat.yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Melalui pandangan al-ghazali ini. daripada sejumlah penggerak 13 . Al-ghazali juga mengkaji tentang pengerak-pengerak (motivation) manusia. Semakin kuat naluri seseorang terhadap minat itu.

roh. keadaan-keadaan yang berlaku selepas mati dan sebagainya.Matlamat pendidikan Al-Ghazali: Menurut beliau. untuk berasa sombong kepada rakan anda. bermegah di dunia. Beliau menegaskan pendidikan dapat menanamkan perangai baik kepada kanak-kanak supaya dapat menilai di antara perkara yang benar dan yang salah. di rumah dan sebagainya. Kecantikan. Secara keseluruhannya. untuk mendapat tempat. Kesempurnaan objek ciptaan-Nya sering kali menjadi sumber ilham pelukis bagi memindahkannya ke atas kanvas. Kelebihan yang dimiliki oleh pelukis contohnya adalah perantara seni dan merakamkannya di atas kanvas untuk dihayati dan dijadikan bahan tontonan harian di galeri. adalah untuk umat manusia yang menghuni di seluruh pelosok alam ini. keindahan dan sesuatu yang menarik dalam alam ini adalah untuk dimanipulasikannya supaya menjadi sesuatu yang istimewa dan mudah untuk dihayati. rugilah anda.Ilmu demikian meliputi ilmu pencipta dan ciptaan-Nya termasuk alam semesta. Sistem pemikiran al-Ghazali boleh disimpulkan kepada keberanian untuk mengetahui dan keberanian untuk meragui. Melalui tulisannya µAyyuh al-Walad¶ : µSekiranya tujuan anda mencari ilmu adalah untuk mendapatkan kemuliaan di dunia.w. pendidikan yang unggul ialah keselarasan dengan objektif kejadian manusia iaitu penguasaan ilmu tentang Allah. Keindahan alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah s. dengan penghampiran diri kepada Allah itu mustahil kecuali melalui ilmu.t. Rasional daripada matlamat ini adalah penghampiran diri manusia dengan Allah. Tetapi sekiranya tujuan anda mencari ilmu itu adalah untuk mendalami syariat yang diturunkan melalui nabi dan untuk pembersihan diri (nafs amarah). Beliau berpendapat segala ilmu harus disiasat dan tiada apa pun harus dianggap merbahaya dan bermusuhan. Pelukis biasanya berjaya 14 . konsep seni yang menjadi pegangan al-Ghazali khususnya dan agama Islam secara amnya menyanjung tinggi dan meletakkan seni pada suatu kedudukan yang amat istimewa. anda dirahmati¶.

Tauhid adalah perinsip utama bagi estetika. Guru juga boleh mengadakan pengajaran di luar bilik darjah yang mana pendekatannya adalah kearah memahami alam semulajadi dan membina hubungannya dengan alam sebagai proses membina perkembagan artistik murid-murid. politik. Dalam berkarya. peyuntingan dan penterjemahan. Al-Faruqi mengatakan. Al-Faruqi menyatakan: µKesenian Islam itu tidak terhad kepada hasil ciptaan ataupun bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Menurut beliau lagi. etika. pengetahuan. Seni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara kebaikan dan berakhlak. Al-Faruqi mengetengahkan bidang Tauhid sebagai intipati pengalaman keagamaan. ia adalah sebahagian daripada manipulasi kesan interaksi dan pengalaman manusia pada makhluk lain. seni adalah proses penemuan alam dalam usaha menghasilkan inti pati dalam bentuk tampak. Menurut Al-Faruqi. perinsip sejarah. 2. social dan ekonomi. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang meliputi penulisan.2 Al-Faruqi Al-Faruqi merupakan cendikiawan dan aktivis Islam yang banyak mengetahui pelbagai budaya intelektual. estetika. seni bukanlah peniruan. konsep seni Islam dan pembawaanya adalah benar-benar menjurus kearah konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. kekeluargaan. Kesenian juga meliputi segala hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan keagamaan ataupun tidak.mengilhamkan sesuatu yang indah itu supaya dapat dinikmati olah khalayak yang biasanya tidak berkesempatan mendekati unsur-unsur keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang menakjubkan ini.¶ 15 .

2. 2002) Menurut Ibnu Khaldun seni itu suatu kebenaran. Tulisannya yang dikenali sebagai µMuqaddimah¶ atau µprolegomene¶. motif-motif dan lambang-lambang dengan perantaraan media-media seperti tembikar. (Estidotmy Utusan Malaysia. tekstil dan sebagainya bergantung kepada persekitaran yang mana terdapatnya bahan-bahan itu.Kenyataan ini bermaksud semua hasil karya bukan sahaja berunsur keagamaan tetapi meliputi semua hasil ciptaan yang digarap melalui kemahiran kreativiti dan hasil karya ini secara umumnya memiliki nilai-nilai estetika yang menimbulkan kesan keindahan. Segala karya seni dijadikan elemen bagi menyampaikan perutusan Allah yang ditampilkan melalui pelbagai bentuk rupa dan gaya hasil karya. Menakala logika pula merujuk kepada suatu kebenaran yang hakiki. Keindahan yang dipaparkan melalui penggunaan elemen-elemen senireka yang semuanya menjurus kepada tema tauhid yang dijelmakan melalui kaligrafi. terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan. menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Menurut beliau. 16 . bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi penciptaannya diharap dapat melahirkan rasa penghargaan dan menggembirakan ataupun menyenangkan hati. etika dan logika. keindahan dan kebaikan. Secara kesimpulannya. pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. bukannya bersifat individualistik atau egoisme tetapi segala hasil karya seni menjadi lambang cita rasa masyarakat Islam keseluruhannya. baik susunannya. Etika pula merujuk kepada elemen-elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika. Al-Faruqi berpendapat seni dalam Islam mestilah merangkumi keseluruhan kehidupan muslim. arca. pertukangan kayu dan logam.3 Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir Islam yang unggul.

Dalam Islam. Beliau menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Dalam buku tersebut adalah dialog antara Socretes dan Glancon. kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak. Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam bukunya bertajuk Republik X.w. Dialog yang dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya catan. iman. kesenian dicetuskan dengan niat mendapat keredhaan Allah. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu µmimesis¶. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. merupakan seorang penyair yang sangat produktif.t. Seni mestilah adalah proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam. dan falsafah kehidupan manusia. Seni seharusnya menjadi alat untuk ketaqwaan. Ertinya.1 Plato. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. memimpin batin dan membangunkan akhlak masyarakat bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Kesimpulannya. Seni dalam Islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah.Bagi Ibnu Khaldun. lukisan dan arca. Pandangan tokoh barat 3. 3. menggerakkan semangat. 17 .Seni sebagai mimesis (347 SM) (Teori seni Plato) Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348 SM. Beliau telah menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. syarak dan akhlak. dalam pembangunan seni. matlamat keagamaan. seni mestilah bersifat menyuruh membuat kebaikan dan menegah kemungkaran. kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.

nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada umat manusia. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran. mewakili aksi-aksi manusia. 2. Selepas itu tukang atau pembuat itu pula akan meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu ketika penghasilan pembuatannya. 3. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek. Keadaan ini menyebabkan masyarakat ketika itu memandang rendah kepada seni lukis. Mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain. kesejahteraan dan keindahan. kebaikan. Namun walaupun dinyatakan pemisahan dengan kebenaran tetapi seni mempunyai kekuatan dari segi pernyataan dan perluahan idea dan perasaan. Seni juga dinyatakan sebagai elemen yang dapat mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Perbandingan dibuat antara lukisan dengan kebenaran. 18 . menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh Plato boleh mempunyai maksud berikut: 1.Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato dan Aristotle. Tuhan sebagai pencipta pertama. akhlak. Plato membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan. Sehingga digambarkan oleh Plato seperti sebuah puisi yang tidak benar tetapi boleh mengakibatkan audien menangis kerana pernyataan perasaan yang terkandung dalam puisi itu sendiri. Dalam konteks seni visual. Plato telah membicarakan lukisan dan kaitannya dengan imitasi. kesempurnaan. Tukang atau pembuat mendapat idea atau sesuatu konsep benda atau objek yang akan dibuat daripada konsep asal objek ciptaan Tuhan. Akhir sekali pelukis yang melukis sesuatu objek akan meniru sesuatu yang telah dihasilkan oleh tukang. berlagak seperti orang yang lain. dan 4.

Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau.2 Herbert Read Herbert read banyak menulis mengenai Pendidikan seni. Kanak-kanak perlu 19 . seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa melalui konsep Global Art. dan Apresiasi dan tidakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain. Beliau selalunya mengemukakan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut: y Ekspresi diri dan komunikasi y y Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua Negara. keseronokkan dan kedamaian estetik. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. 3. Buku terkenalnya adalah seperti µEducation Through Art¶ dan µHistory of Modern Art¶. Berbeza daripada orang dewasa kanak-kanak mempunyai impuls kreativiti tersendiri dan haruslah digalakkanuntuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya.3 Frank cizek (1865-1946) Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Menurut beliau. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai µmodern Art is as old as man¶. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Seperti pendapat yunani awal.3.

cabang kraf untuk kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain. Minat belajar dan minat memajukan diri meningkat. Apabila mencapai tahap tertentu. Apabila kanakkanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri. Keperluan asasi kanak-kanak dikatakan adalah suci dan tulen seperti kertas putih. wujudlah suasana gembira dan suka riang. kanak-kanak boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan perinsip-perinsip seni sebagai suatu pengukuhan. 20 . Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin untuk belajar. Kenyataan ini juga telah membawa kepada perkembangan cabang terapeutik seni. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari kaca mata orang dewasa.dibebaskan daripada kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadiandiri.

php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 http://abm-teratakkaryaseni. Perak Darul Ridhuan.scribd. PTS Publication & Distributors Snd.com/doc/25035150/Huraian-Sukatan-Pelajaran-Pendidikan-SeniVisual-Kbsr http://www. Nasir Ibrahim.blogspot. 2006. Perak Darul Ridhuan.(2006). Tanjung Malim.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak 21 . SUMBER INTERNET http://smktphpsv. Hamid. Hamid et al.wordpress. (2004). ¶HBAE 1103¶ Pengenalan Pendidikan Seni Visual¶ Kuala Lumpur. Md. Tanjung Malim. ¶Pendidikan Seni untuk Maktab dan Universiti¶.com/blogs/index. Open University Malaysia (OUM).com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertian-strategi-bidangaktiviti-pp-apresiasi/ http://www. Pahang Darul Makmur.RUJUKAN Mohd.sksenai. ¶Falsafah dan Kritikan Seni¶. Mohd Johari Ab.com/2008/10/pandangan-tokoh-barat. Johari AB.html http://www. Prof Madya Iberahim Hassan (2003). Terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.scribd. ¶Metodologi Pendidikan Seni Visual¶ terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bhd.

22 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->