You are on page 1of 12

1.

1 LATAR BELAKANG Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pemerkasaan pelajar dalam menguasai matapelajaran geografi dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Geografi adalah satu mata pelajaran yang sangat kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk. Selain itu, geografi ini juga merupakan subjek di mana kandungannya adalah berdasarkan fakta semata- mata. Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami subjek ini dengan baik, serta tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Ini menyebabkan pelajar menganggap bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsi sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran. Akibatnya, mereka hilang minat untuk mempelajari subjek geografi. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi guru yang mengajar matapelajaran geografi untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih fokus kepada teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar Melalui teknik tersebut, pelajar dapat menjalankan proses pembelajaran sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti bermain, maka menjadi senang, sehingga tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam belajar matapelajaran geografi.

1.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN Dalam pembelajaran geografi, para pelajar sering kali menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai subtopik pembelajaran geografi terutamanya pembelajaran yang berkaitan dengan namanama tempat. Oleh itu, tujuan utama permainan Geodam adalah sebagai salah satu cara untuk membantu para pelajar mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pembelajaran geografi melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Di samping itu, permainan ini juga dapat mewujudkan keseronokan kepada para pelajar dalam mempelajari geografi dan sekaligus dapat memupuk minat dan cinta pelajar kepada mata pelajaran geografi. 1.3 RASIONAL KAJIAN Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek geografi dan juga melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kelas dengan menggunakan teknik permainan (Geodam). Ini adalah kerana didapati pelajar hilang minat terhadap subjek geografi disebabkan oleh guru yang masih lagi mempraktikkan kaedah tradisional untuk mengajar. Teknik permainan ini boleh menimbulkan minat pelajar dalam subjek geografi kerana kebanyakan pelajar mempunyai sifat suka akan permainan. 1.4 TUJUAN Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meningkatkan minat pelajar serta membantu pelajar mencapai prestasi yang cemerlang dalam subjek geografi di mana dilihat pencapaian pelajar semakin merosot. Pelajar didapati kurang meminati subjek Geografi disebabkan isi kandungan subjek ini kebanyakan berdasarkan fakta semata-mata dan memerlukan pelajar mengingati atau menghafal fakta untuk peperiksaan

1.5 OBJEKTIF KAJIAN 1.5.1 Mengubah amalan guru dalam pengajaran geografi dari pembelajaran secara tradisional ke aktiviti pengajaran yang berpusatkan pelajar. 1.5.2 Meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran geografi. 1.5.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya dapat disimpan dalam memori yang lebih lama. 1.5.4 Meningkatkan interaksi dan kolaborasi pelajar dengan rakan-rakan di dalam kelas. 1.5.5 Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran geografi.

1.6 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan yang berikut: (a) Adakah teknik permainan berkesan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek

Geografi? (b) Adakah pelajar berasa seronok semasa menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan semasa waktu Geografi? (c) Adakah teknik permainan yang digunakan untuk mengajar subjek Geografi dapat mengatasi masalah mengantuk dalam kelas?

BAB 2
2.1 LITERATUR Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Rollo (2002), membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kehilangan minat dan mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek geografi kerana mereka gagal untuk mengingat kembali maklumat yang penting. Selain itu, beliau juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Namun, kajian Jones et al. (1998) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Hal ini adalah kerana kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah (Dunn R and Dunn K 2001). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berkonsepkan permainan kerana teknik permainan membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir yang lebih baik dan berkesan. Dalam proses pengajaran, pelbagai strategi pengajaran telah dipraktikkan oleh guru-guru untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran ini merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan serta meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Hartman 1995). Tetapi, ramai guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajaran mereka (Hartman 1995). Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geografi. Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan pelajar dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek geografi.

BAB 3
3.1

METODOLOGI KAJIAN 3.1.1 Sampel kajian Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga Marikh yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berlainan. 3.1.2 Setting kajian Kajian ini dilakukan di dalam satu kelas Tingkatan Tiga Marikh di Sekolah Menengah Sri Siantan. 3.1.3 Rancangan Harian Mengajar RANCANGAN HARIAN MENGAJAR GEOGRAFI TINGKATAN TIGA Tarikh : 13 Julai 2009 Hari : Isnin Masa : 8.45 pagi 10.05 pagi (80 minit) Tingkatan : 3 Marikh Subjek : Geografi Topik : Bentuk Muka Bumi dan Saliran Konsep Utama : Permainan Geodam Kata Kunci : Kedudukan benua Asia, tanah tinggi, banjaran, gunung berapi, tanah rendah, lembah dan lembangan, tanah pamah, saliran Tujuan : Pelajar dapat memerhati, mengukur, mengira, merekod, mengelas, menilai, mentafsir dan membuat rumusan tentang ciri-ciri geografi melalui Kajian Geografi Tempatan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya dapat : 1.menyenaraikan nama negara-negara Asia, banjaran gunung di Asia, kawasan gunung berapi di Asia, dataran tinggi di Asia, lembahlembah sungai utama dan saliran saliran utama di Asia. Nilai Murni : 1. Mewujudkan sifat kerjasama dalam kumpulan 2. Menghargai semua rakan-rakan kelas Kemahiran berfikir : 1. Menganalisis 2. Mengaitkan 3.Membandingkan Kaedah Pengajaran : 1. Teknik Permainan Geodam 2. Perbincangan 3. Soal-Jawab Bahan Bantu Mengajar : 1. Kertas Mahjong yang dilukis seperti dam ular 2. Magnet berwarna 3. Kad-kad soalan 4. Dadu Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari topik ini di dalam kelas.

Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari topik ini di dalam kelas. Rujukan :Chong, M.S. 2000. Target PMR Ceria Geografi. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Prosedur Pengajaran dan Kandunga

3.1.4 Contoh Alat Bantu Mengajar (ABM) Bahan yang digunakan:Dadu Papan dam ular ( kertas mahjong) Magnet berwarna wakil setiap kumpulan 3.1.5 Langkah-langkah kajian Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tindakan berdasarkan pelan tindakan empat peringkat langkah: Peringkat pertama: Merancang Guru akan mengkaji tahap minat pelajar dalam subjek geografi dengan memberi soalan soal selidik. Hasil daripada soal selidik, guru akan mereka model permainan yang mengandungi soalan topik yang kurang diminati oleh pelajar. Soalan ini lebih banyak daripada soalan yang mereka minati. Peringkat kedua: Tindakan 1)Guru mencipta permainan yang berbentuk permainan dam ular yang dikenali sebagai Geodam. Setiap petak dalam dam akan mengandungi soalan-soalan yang merangkumi topik dalam subjek geografi. 2) Guru membina permainan dengan menggunakan kertas mahjung dan guru menampalkan kertas mahjung tersebut pada papan putih (whiteboard).

3)Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli yang berlainan tahap pencapaian dalam subjek geografi. 4) Selepas itu, guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar semasa mengikuti permainan ini. 5)Setiap kumpulan akan diberi satu magnet berwarna untuk mewakili kumpulan mereka pada kertas mahjong. Guru memberikan sebuah dadu bagi setiap kumpulan. Kumpulan pertama akan memulakan permainan dengan membaling buah dadu. Pergerakan petak berdasarkan bilangan nombor yang terdapat pada dadu yang dibaling. Petak soalan akan dibuka dan ahli kumpulan akan berbincang sebelum menjawab soalan dalam masa 30 saat. Sekiranya kumpulan tersebut tidak berjaya menjawab soalan itu, maka soalan tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain. Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut akan diberi satu markah tambahan manakala kumpulan pertama tadi akan ditolak satu markah. Selepas soalan tersebut berjaya dijawab, giliran kumpulan kedua pula membaling dadu dan menjawab soalan. Permainan ini diteruskan dengan kumpulan yang seterusnya. Peraturan permainan adalah sama seperti kumpulan yang pertama tadi. 6) Selepas permainan tamat, guru akan mengira markah keseluruhan 7)Setelah itu, guru akan memberi ujian bulanan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan mereka terhadap soalan yang merangkumi setiap topik dalam subjek geografi dan melihat peningkatan pencapaian pelajar. Jika pencapaian pelajar dalam ujian tersebut masih tidak meningkat, guru akan menambahbaikan teknik permainan tersebut dengan memulakan kitaran kedua. Peringkat ketiga: Pemerhatian Pada peringkat ini, guru akan mengumpul data dan menganalisis maklumat hasil daripada tindakan yang dilaksanakan. Peringkat empat: Refleksi dan penilaian Maklumat daripada temubual, ujian soalan selidik dan pemerhatian daripada permainan Geodam dikumpul dan dianalisis . Setelah itu, guru membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam menjawab soalan yang disediakan. Guru seterusnya mengenalpasti akan masalah dalam permainan ini dan menyampaikan perkara tersebut kepada semua guru dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat ini, semua guru akan memberi pandangan tentang masalah tersebut dan juga cara untuk menyelesaikannya. Hasil daripada mesyuarat guru akan meneruskan tindakan seterusnya dengan melakukan kitaran yang kedua.

BAB 4
4.1PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA Data kajian akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah seperti berikut: 4.1.1Soal selidik Guru memberikan soal selidik untuk melihat sejauh mana tahap minat pelajar terhadap subjek geografi sebelum aktiviti dijalankan. Selepas tindakan tersebut telah dilaksanakan dalam kelas, guru akan memberi kertas soal selidik untuk pelajar untuk mengetahui sejauh mana penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan (Geodam) yang dilaksanakan. Kertas soal selidik dianalisis dengan kaedah kuantitatif di mana peratusan pelajar yang berminat dan kurang minat terhadap subjek geografi dapat diketahui. Selain itu, guru dapat mengetahui sebab-sebab pelajar tidak berminat dengan subjek geografi. Kertas soal selidik yang dibagi selepas teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan diperkenalkan dalam kelas juga dapat dianalisis dengan mencari peratusan pelajar yang suka terhadap teknik pengajaran tersebut atau tidak. 4.1.2 Pemerhatian Guru akan menggunakan rakaman video untuk merakam segala tingkah laku dan tahap penglibatan pelajar ketika berada dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Guru akan memerhati reaksi pelajar melalui rakaman video tersebut. Rakaman video digunakan untuk mengumpul data kerana kemampuan guru untuk memerhati gerak geri dan reaksi pelajar adalah terhad semasa berada di dalam kelas. Selain itu, guru boleh juga memainkan semula tayangan video berulang kali untuk membuat pemerhatian yang lebih terperinci. Tanpa bantuan rakaman video, guru mempunyai limitasi dalam mengimbas semula situasi pelajaran dalam kelas selepas tamat waktu pengajaran. Guru memerhati rakaman video dan mentranskrip keadaan kelas dan gerak geri pelajar dalam rakaman tersebut dalam tulisan. 4.1.3 Temubual Guru akan memilih beberapa orang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza untuk ditemubual dengan menggunakan rakaman audio. Tujuan temubual ini adalah untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap permainan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Melalui kaedah temu bual, guru dapat menilai sejauh mana tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti permainan yang dijalankan melalui mimik muka dan intonasi suara pelajar semasa menjawab soalan. Melalui kaedah ini guru dapat menilai sama ada response pelajar itu diberi secara ikhlas atau tidak. Selepas tamat sesi temubual, guru akan transkrip rakaman

audio dalam tulisan bagi mencatat perkara-perkara penting dan berkenaan dengan tema kajian yang dijalankan. 4.1.4 Catatan lapangan Semasa pelajar dalam kelas menjalankan aktiviti permainan tersebut, guru akan mencatat suasana, gerak geri dan reaksi pelajar dalam setiap kumpulan dengan mengguna buku nota. Dengan ini, guru dapat mencatat perkara yang berlaku dalam kelas agar dapat membuat perbandingan dengan rakaman video yang diambil semasa waktu pengajaran. Melalui catatan lapangan, perkara penting yang berlaku sempat dicatat oleh guru dalam nota semasa pengajaran. Hal ini dapat mengelakkan perkara penting dilupa selepas tamat waktu pengajaran. 4.1.5 Ujian Markah ujian pelajar akan diambil untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam subjek geografi selepas guru mengguna teknik permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dari markah ujian tersebut, perbandingan markah sebelum dan selepas teknik permainan diperkenalkan dalam kelas dapat dibuat. Melalui perbandingan tersebut, pencapaian markah yang baik menunjukkan minat pelajar terhadap subjek geografi telah meningkat. Kepentingan kajian Dalam pengajaran dan pembelajaran tema-tema dalam sukatan pelajaran Geografi, ramai guru menghadapi masalah menyampaikan maklumat dengan kaedah yang menarik dan strategik yang berpusatkan murid untuk mengelak masalah mengantuk dan bosan. Ada pula guru dan ramai pelajar yang mengenepikan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran dan berpandukan buku ulang kaji kerana lebih ringkas. Sebenarnya buku teks Geografi adalah sangat lengkap dan baik. Bagi mengatasi masalah-masalah serius tersebut, teknik permainan yang digunakan (Geodam) untuk mengajar matapelajaran Geografi bukan sahaja menangani ancaman bosan di kalangan pelajar, bahkan boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran Geografi. Apabila minat mereka ditingkatkan, pencapaian juga dapat ditingkatkan. Ini dapat meningkatkan minat dan keseronokan pelajar untuk mempelajari matapelajaran Geografi. Penggunaan teknik permainan (Geodam) adalah berdasarkan tahap kreativiti guru. Dalam penggunaan Geodam, guru boleh menerapkan kaedah pembelajaran supaya memudahkan para pelajar faham dan seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan lebih lama. Kelebihan menggunakan Geodam adalah interaksi di antara rakan-rakan dan kolaborasi akan meningkat.

Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan, pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti permainan dalam Geodam yang diterapkan dalam pengajaran Geografi juga boleh menukarkan tabiat berfikir murid daripada have to think kepada want to think dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir murid. Akhirnya, minda kita wujud sistem pengurusan kendiri yang berbentuk corak rutin semula jadi. Dengan penggunaan alat dan struktur yang strategik dan efektif untuk mengarah perhatian, corak rutin ini akan semakin efektif lalu membangunkan lagi kemahiran berfikir. Alat dan struktur mengarah perhatian dan diharapkan Geodam berkemampuan mencapai tujuan ini. Melalui penggunaan teknik permainan(Geodam), diharapkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar dapat diterapkan ke dalam kaedah pengajaran guru supaya mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna. Apabila pencapaian dalam mata pelajaran Geografi meningkat, mungkin pihak pentadbir akan lebih terdorong untuk membuka kelas Geografi pada peringkat menengah atas. Diharapkan juga pendekatan intervensi kognitif ini boleh menuju ke arah mencapai teras-teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terutamanya dalam usaha membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan.

Rujukan

Alias Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah. Ampang: Pure Honey Enterprise. Dunn, R. & Dunn, K. 2001. Teaching students through their individual learning styles: a practical approach. The 14th annual leadership institute, Jamaica: New York. Eee Ah Ming. 1997. Strategi pengajaran Geografi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hartman, V.F. 1995. Teaching and learning styles preference: transition through game.BCCA Journal. 9(2):18-20. Edisi Elektronik. Jones et. al. 1998. Developing Critical Thinking and Interest among Students. San Francisco: Jossey Bass Inc. Rollo, M.C. 2002. Teaching Students To Think. Oxford: Basil Blackwell

Selepas p n p

http://www.scribd.com/doc/16664799/Proposal-Kajian-Tindakan-

You might also like