You are on page 1of 5

Tugasan 1 Definisi Linguistik Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan Latin lingua yang bermaksud bahasa.

Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Linguistics ditakrifkan sebagai the science of languages atau comparative grammar (Cassell Concise English Dictionary, 1995:790). Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:814) pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik. Yang berikut ialah takrifan beberapa istilah linguistik:

linguistik (linguistics) Pengkajian saintifik terhadap bahasa, yang antara lain mencakupi linguistik antropologi, psikolinguistik, sosiolinguistik, dan neurolinguistik. (Kamus Linguistik, 1997:148)

linguistik am (general linguistics)

Istilah umum bagi cabang-cabang

pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata, serta pengkajian grafemik, sejarawi, perbandingan, dan dialek. (linguistik teori) (Kamus Linguistik, 1997:149)

linguistik

antropologi

(anthropological

linguistics)

Linguistik

yang

menerapkan teknik penyelidikan antropologi dan linguistik untuk mengkaji bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi persuratan. Contohnya, teknik yang digunakan oleh F. Boas dan E. Sapir. (Kamus Linguistik, 1997:149)

psikolinguistik (psycholinguistics) Bidang yang menggabung usaha para ahli psikologi, yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasan, atau motivasi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

psikologi linguistik (psychological linguistics) Istilah umum untuk beberapa pendekatan yang berbeza terhadap bahasa, dari kaca mata psikologi. (Kamus Linguistik, 1997:193)

linguistik psikologi (psychological linguistics) Istilah umum untuk pelbagai pendekatan dalam pengkajian bahasa dari segi psikologi. (Kamus Linguistik, 1997:153)

sosiolinguistik (sociolinguistics)

Cabang linguistik yang mengkaji semua

aspek hubungan antara bahasa dan masyarakat.

Dalam hal ini, linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya yang tersendiri, sama tarafnya dengan disiplin-disiplin bidang ilmu yang lain. Dengan itu, linguistik mempunyai prinsip-prinsipnya yang tertentu. Sebagai satu bidang sains, ilmu linguistik mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji sesuatu bahasa itu tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah yang tertentu. (Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim, 1997:25--26)

Pandangan tokoh berkaitan dengan linguistik. Ferdinand de Saussure (1916) yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa Swiss, dalam bukunya Cours de Linguistique Generale telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Selain itu, beliau turut membezakan istilah parole (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa langue merupakan satu sistem. Manakala istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ucapan Di mana manusia memilki bahasa, binatang juga memliki bahasa tetapi tiada tuturan yang di hasilkan. Parole yang merupakan tuturan adalah bermaksud bahasa sebagaimana yang telag digunakan sebagai loghat, ucapan dan perkataan. Dalam bidang kajian ilmu linguistik, istilah Perancis (langue, langage dan parole) sering digunakan oleh para sarjana bahasa sebagai satu istilah profesional. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguistik ini tururt disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadapa bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesustu ilmu yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini tururt dikemukan oleh John Lyns (1986:89). Menurut beliau, linguistik adalah The scientific study of language pandangan kedua-dua tokoh ini menampakkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti disiplin ilmu yang lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik. Verhaar(1993) juga telah mengemukan bahawa linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian linguistik merujuk kepada bagaimana sesuatu kajian bahasa itu dijalankan. Ciri-ciri saintifik lingusistik memeprlihatakan bahawa sesuatu ilmu sains ianya perlu dikaji seperti ilmu sains yang laian dan bahan untuk ilmu linguistik ialah bahasa. Ahli bahasa yang meyelidik bahasa di dunia haruslah mempunyai sikap yang sama iaitu menyifatkan bahawa bahasa yang dikaji haruslah bahasa pertuturan bukan bahasa

tulisan. Sebagai suatu diisiplin, ilmu linguistik juga menggunakan metode-metode yang bersifat emprikal iaiatu metode-metode yang dipergunakan dalam istilah linguistik ialah penggunaan istilah-istilah teknikal. Seperti ilmu sains yang lain, linguistik menggunakan istilah-istilah teknikal yang tertentu yang sesuai dengan bidang kajian yang berpusat kepada penghuraian bahasa. Secara umumnya, ciri-ciri linguistik bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu berdasarkan beberapa aspek yang terdiri daripada aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya. Aspek bunyi nada suara (drama,ucapan dll.) Aspek perkataan perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman. bekataan pinjaman. Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan yang teliti serta memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus seterusnya menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

Cabang- cabang linguistik.

Ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik adalah seperti di bawah.

Bibliografi. Buku Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Linguistik Am, Selangor, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Open University Malaysia (OUM), Linguistik dan Sosiolinguistik, Selangor, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Nota kuliah(2011), Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh.

Internet http://www.scribd.com/doc/11589816/Laras-Bahasa http://witra.blogspot.com/2005/09/linguistik-tulen-suatu-pengenalan.html http://www.reocities.com/jpmmpks/sumber/linguistik01_pengenalan.htm

You might also like