You are on page 1of 15

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 1

UNIT 8

KONKRIT RINGAN
OBJEKTIF AM

8
INPUT

Un it

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit ringan, ciri-ciri, jenis dan kaedah penyediaan serta kegunaan konkrit ringan di dalam kerja-kerja pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan konkrit ringan. Membandingkan konkrit ringan dan konkrit padu. Menghuraikan kaedah penyediaan konkrit berliang, konkrit tanpa halus dan konkrit batu baur ringan. Menamakan jenis batu baur ringan. Mengenalpasti kegunaan blok-blok ringan untuk jenis-jenis dinding tanpa beban. Menyatakan kelebihan menggunakan konkrit ringan dalam kerja binaan.

Unit 8-1

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 2

8.0 KONKRIT RINGAN


8.1 Takrifan Konkrit Ringan

Konkrit ringan adalah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan ini boleh terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan dalam konkrit biasa iaitu batu baur kasar dan pasir, tanah Liat (expand clay), sanga berbusa (foamed slag ),batu hangus (clinker), batu hancur (crushed stones) ,batu baur organik dan bukan organik. 8.2 Perbezaan Di antara Konkrit Ringan dan Konkrit Padu : : 15 hingga 17.5 kN/m3 21 hingga 23 kN/m3

Konkrit ringan Konkrit padu 8.3

Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan 8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang 8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar) 8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus). Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar berliang. Ciri-ciri Konkrit Berliang

Unit 8-2

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 3

a) b) c)

Penebatan haba yang tinggi Gerakan lembapan yang tinggi Pengecutan yang tinggi.

Jenis-jenis Konkrit Berliang a) b) Jenis tuang di situ Jenis tuang dahulu 8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar) Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu baur kasar. Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur tanggung beban dan bukan tanggung beban. Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak kurang dari 15 N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: a) mm. b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS 10 mm. c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm. Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan kandungan simen yang digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi sekiranya digunakan, lapisan simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm. Jadual 8.1 : Menunjukkan hubungan nisbah bancuhan dan kekuatan mampatan Nisbah batu baur/ Nisbah air simen Unit 8-3 Kekuatan mampatan Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 4

simen berdasarkan isipadu 1:6 1:7 1:8 1 : 10

berdasarkan berat

28 hari (N/mm2)

0.38 0.40 0.41 0.45


Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

14 12 10 7

8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan Konkrit ini selalunya digunakan pada : a) b) Blok konkrit tuang dulu Bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah: a) b) c) mempunyai kekuatan yang mencukupi mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang baik) mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan berlakunya keretakan. Faktor-faktor di atas bergantung kepada : a) b) c) d) Jenis batu baur yang digunakan. Kadar bancuhannya. Kadar kepadatannya. Cara dan teknik pengawetannya.

Jadual 8.2 : Jenis-jenis konkrit ringan dari pelbagai bahan Ketumpatan (kN/m3)

Bahan

Unit 8-4

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 5

1. Batu hangus 2. Sanga berbusa 3. Tanah liat 4. Abu bahanapi hancur tersinter 5. Pumice 6. Vermiculite 7. Pearlit 8. Konkrit ringan: Konkrit kasar (non fines) Konkrit berliang Konkrit padu

11.5 - 16 10 - 12 7 - 11.5 11.5 7 - 11.5 5.5 - 7.5 4.5 - 7.5 14 - 17 3-9 22 - 23

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Jadual 8.3 : Jenis-jenis Konkrit Ringan Konkrit Kasar Konkrit batu baur ringan 1. Batu hangus 2. Tahi besi 3. 4. Tanah Batuan liat Ioh kering 1. Busa berbusa 2. Busa kandung udara kembang kering 1. Dengan menggunakan kembang serbuk aluminium 5. Syal kering kembang 2. Dengan menggunakan 6. Bermiculite hidrogen 7. Pearlit peroksida dan serbuk peluntur. 8. Pumice Konkrit Berliang

1. Batu baur kasar 2. Batu baur hancur 3. Batu hangus kasar 4. Tanah liat 5. Syal kering kembang 6. Batuan Ioh (Slate) 7. Sanga berbusa 8. Abu bahanapi hancur tersinter

Pengudaraan kimia

Campuran berbusa

9. Batu baur organik Jadual 4 : Jenis-jenis dan Pemeringkatan Batu Baur yang Sesuai untuk Konkrit Ringan Jenis konkrit ringan Konkrit kasar Jenis batu baur Batu baur asli BS 882 Tahi besi BS 1047 Unit 8-5 Pemeringkatan batu baur Saiz nominal bahan antara 18 mm dan 10 mm ayakan

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 6

Batu hangus BS 1165 Lain-lain bahan ringan Batu hangus Tanah liat (kering Konkrit batu baur ringan (partially compacted) kembang) Tahi besi BS 877 Batu Ioh, syal Vermiculite dan pearlit. Tahi besi BS 877 Tanah liat (kering Konkrit batu baur ringan (fully compacted) kembang) Batuan Ioh Syal dan abu bahanapi hancur tersinter.

BS. 4 mm ke bawah

18n mm atau 12 mm ke bawah hingga abuk halus.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

8.4

Ciri-ciri Konkrit Ringan

8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation) 8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation) 8.4.3 Daya ketahanan (durability) 8.4.4 Penyerapan air (water absorption) 8.4.5 Penembusan air hujan (rain penetration) 8.4.6 Sifat akustik

8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation) Penebatan haba didefinasikan sebagai kecekapan rintangan terhadap pengaliran haba sama ada melalui pengaliran, perolahan atau pancaran.

Unit 8-6

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 7

Konkrit ringan mempunyai rintangan penebatan haba yang tinggi. Contohnya 150 mm dinding konkrit berliang dapat memberikan penebatan empat kali lebih baik daripada 225 mm tebal dinding bata. 8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation) Pencegahan kebakaran ada kaitan dengan penebatan haba.Terdapat dua jenis bahan pencegah kebakaran iaitu: a) b) bahan yang mudah terbakar - contohnya bahan organik kayu bahan yang tidak mudah terbakar - contohnya bahan bukan organik seperti batu, bata, batu-batan dan lain-lain. 8.4.3 Daya ketahanan (durability) Ia didefinasikan sebagai keupayaan bahan menanggung kesan-kesan sekeliling seperti kesan kimia, tegasan fizikal dan kesan mekanikal. Kesan kimia yang dimaksudkan termasuklah air tanah yang mengandungi sulfat, pencemaran udara dan tumpahan cecair reaktif. Tegasan fizikal ialah pengecutan, tegasan-tegasan suhu, sejukan dan lain-lain lagi. Jika ke semua tegasan fizikal akan menyebabkan keretakan pada struktur konkrit ringan. Kesan mekanikal ialah hentaman dan beban yang berlebihan.

Keadaan keluli dalam unit struktur perlu dilindungi daripada berkarat.

8.4.4 Penyerapan Air (Water absorption) Penyerapan air oleh konkrit ringan adalah tinggi dan lebih daripada yang terdapat pada konkrit padu. mempunyai liang-liang di dalamnya. 8.4.5 Penembusan Air Hujan Ia merupakan ciri penting untuk dinding. Unit 8-7 Ini adalah kerana konkrit ringan

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 8

8.4.6 Sifat Akustik Faktor utama dalam penebatan bunyi ialah ketumpatan bahannya. Oleh itu untuk penebatan bunyi, konkrit ringan tidak dapat menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki. 8.5 a) Kebaikan Konkrit Ringan Di dalam Pembinaan Pengurangan beban mati Dalam projek pembinaan ringan untuk adalah bangunan meluas yang kerana tinggi, beban penggunaan b) c) konkrit

matinya yang rendah. Kos pengawasan rendah Pembinaan dapat dijalankan dengan kadar yang cepat. Dalam pembinaan dinding / sekatan, penggunaan konkrit ringan lebih mudah dan cepat daripada dinding yang menggunakan bata. Ini adalah kerana bahan-bahan konkrit ringan terdiri daripada sisa-sisa industri seperti industri arang batu, besi, kimia dan lain-lain lagi.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut.... Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur......

AKTIVITI 8A

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 8-8

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 9

8.1 8.2 8.3 8.4

Nyatakan takrifan konkrit ringan. Nyatakan LAPAN jenis konkrit kasar. Senaraikan ciri-ciri konkrit ringan. Terangkan TIGA kaedah penyediaan konkrit ringan.

MAKLUMBALAS 8A

8.1

Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan tidak semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa (batu baur kasar dan pasir) tetapi mungkin juga daripada tanah liat, sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu baur organik dan bukan organik.

Unit 8-9

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 10

8.2

Lapan jenis konkrit kasar ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Batu baur kasar Batu baur hancur Batu hangus kasar Tanah liat Syal kering kembang Batuan Ioh Sanga berbusa Abu bahanapi hancur tersinter

8.3

Ciri-ciri konkrit ringan ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) Penebatan haba Pencegahan kebakaran Daya ketahanan Penyerapan air Penembusan air hujan Sifat akustik

8.4

Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan a) Penyediaan Konkrit Berliang

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung gas atau udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan pasir halus). Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira sebagai mortar berliang. b) Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu Unit 8-10

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 11

baur kasar. Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur tanggung beban dan bukan tanggung beban. Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak kurang dari 15 N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: a) mm. b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS 10 mm. c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm. Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan kandungan simen yang digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi sekiranya digunakan, lapisan simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm. Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18

c)

Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

Konkrit ini selalunya digunakan pada blok konkrit tuang dulu dan bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan. Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah mempunyai kekuatan yang mencukupi, mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang baik) dan mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan berlakunya keretakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan konkrit ini ialah: a) b) Jenis batu baur yang digunakan. Kadar bancuhannya. Unit 8-11

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 12

c) d)

Kadar kepadatannya. Cara dan teknik pengawetannya.

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit ringan. 2) Berikan perbezaan ketumpatan di antara konkrit dan konkrit padu.
Unit 8-12

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 13

3) Nyatakan jenis-jenis konkrit berliang. 4) Senaraikan jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan
konkrit batu baur ringan.

TAHNIAH! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1.

Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu baur ringan tidak semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa (batu baur kasar dan pasir) tetapi mungkin juga daripada tanah liat, sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu baur organik dan bukan organik.

2.

Perbezaan Di antara Konkrit dan Konkrit Padu Konkrit ringan Konkrit padu : : 15 hingga 17.5 kN/m3 21 hingga 23 kN/m3

Unit 8-13

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 14

3.

Jenis-jenis konkrit berliang ialah: a) b) Jenis tuang di situ Jenis tuang dahulu

4.

Jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan konkrit batu baur ringan ialah: Jenis konkrit i) Konkrit kasar Jenis batu baur Batu baur asli BS 882 Tahi besi BS 1047 Batu hangus BS 1165 Batu hangus Tanah liat ii) Konkrit batu baur ringan Tahi besi BS 877 Batu Ioh, syal Vermiculite dan pearlit

Syabas dan tahniah Kepada anda!! Teruskan usaha anda dengan bersungguhsungguh. Jumpa lagi!! Unit 8-14

KONKRIT RINGAN

C1004 / Unit 8 halaman 15

Unit 8-15

You might also like