You are on page 1of 22

PENGENALAN

C3008/2/1

Di akhir unit ini pelajar dapat memahami jenis-jenis ujian penyiasatan tapak dan kaedah pengambilan sampel tanah dijalankan.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. menerangkan dua daripada lima kaedah untuk menghasilkan lubang jara dengan jelas. 2. menerangkan dua kaedah Ujian Galas Plet yang dijalankan di atas tapak bina dengan jelas. 3. membezakan di antara sampel tanah terganggu dan sample tak terganggu denggan tepat. 4. menerangkan dua daripada empat kaedah mengambil sample tanah dengan jelas.

PENGENALAN

C3008/2/2

2.0 Pengenalan Penyiasatan tapak merupakan sebahagian daripada kerja pemeriksaan tanah yang amat penting dalam bidang kejuruteraan geoteknik. Kerja-kerja penyiasatan tapak ini merangkumi peninjauan, pemerhatian, pengujian in-situ, pengambilan sampel dan penentuan profil tanah. Kerja-kerja ini amat perlu bagi tujuan rekabentuk asas dan kerja pembinaan kerana tanah mempunyai sifat tidak homogen, elastik atau isotropik dan jenis tanah juga berubah dengan ketara pada lapisan kedalaman 50 m hingga 30 m dari permukaan tanah. Dalam BS 5930 telah menyenaraikan tujuan penyiasatan tapak; di antaranya adalah seperti berikut : (a) (b) (c) Untuk mengenal pasti sama ada tapak itu sesuai bagi kerja yang dicadangkan. Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi. Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin timbul semasa pembinaan yang disebabkan oleh keadaan tanah dan keadaan tempatan yang lain. (d) Untuk menyiasat kejadian atau sebab berlakunya perubahan keadaan sama ada secara semula jadi atau disebabkan oleh perkara lain. Dalam modul ini perbincangan hanya ditumpukan kepada bahagian ujian-ujian penyiasatan tapak, jenis sampel tanah dan kaedah pengambilan sampel tanah.

PENGENALAN

C3008/2/3

2.1

Ujian-Ujian Penyiasatan Tapak

Terdapat beberapa kaedah ujian bagi tujuan penyiasatan di tapak. Di antaranya adalah lubang jara, lubang ujian, ujian penusukan piawai, ujian penusukan kon dan ujian galas plet. 2.1.1 Lubang Jara

Lubang jara adalah lubang yang dikorek untuk penyiasatan tapak. Kedalaman lubang jara bergantung kepada keadaan jenis-jenis tanah, jenis-jenis ujian tanah dan kaedah-kaedah penjaraan. hasil-hakis, penggerudian putar. (a) Gerimit Tangan Terdapat beberapa kaedah untuk menghasilkan lubang jara iaitu gerimit tangan, penjaraan tukula, gerimit mekanik, penjaraan

Gerimit tangan boleh digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5 m dengan bantuan satu set rod tambahan. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah dengan menggunakan gagang T di bahagian atas rod. Terdapat dua jenis gerimit tangan iaitu gerimit Iwan (rajah 2.1) dan gerimit heliks (rajah 2.2). Gerimit Iwan mempunyai diameter 200 mm dan manakala gerimit heliks mempunyai diameter lebih kurang 50 mm. Gerimit tangan biasanya digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan sokongan dan juga tidak terdapat butiran tanah bersaiz lebih besar daripada kerikil. Gerimit mesti selalu ditarik keluar untuk mengeluarkan tanah. Sampel tak terganggu boleh diperolehi dengan memacu tiub berdiameter kecil di bawah dasar lubang jara.

PENGENALAN

C3008/2/4

Rajah 2.1 : Gerimit Iwan

Rajah 2.2 : Gerimit Heliks

(b)

Penjaraan Tukulan

Penjaraan tukulan boleh digunakan untuk menghasilkan lubang jara bagi kebanyakan tanah termasuklah tanah yang mengandungi batu bundar dan batu tongkol. Biasanya julat diameter lubang jara adalah di antara 150 mm hingga 300 mm. Kedalaman maksimumnya pula adalah di antara 50 mm hingga 60 mm. Satu rig penjaraan terdiri daripada satu derik, unit kuasa dan win yang membawa kabel keluli yang ringan melalui satu takal di atas derik seperti rajah 2.3. Untuk tanah keras, lubang jara dikorek dengan menggunakan pahat yang dipasang pada rod penjaraan dan mempunyai keratan segi empat sama. untuk memecahkan tanah. atau bandela. Peralatan dan rod diangkat dan dijatuhkan berselang seli oleh kabel yang dihubungkan kepada win Pahat dan rod dikeluarkan daripada lubang jara dan buburan (tanah bercampur dengan air bumi) disingkir menggunakan kelompang Kelompang digerakkan ke atas dan ke bawah untuk mengumpul buburan dan apabila penuh, ianya diangkat ke permukaan untuk dikosongkan.

PENGENALAN

C3008/2/5

Bagi pasir dan kerikil yang berada di bawah aras bumi, kelompang beserta bar ajuk digunakan sebagai alat penjaraan dan pahat tidak diperlukan. Peralatan lain yang boleh digunakan terus dengan rig penukulan ialah pemotong tanah liat dan gerimit. Pemotong ini terdiri daripada tiub keluli dengan kekasut pemotong dan gelang bendungan di hujungnya yang digunakan untuk penjaraan tanah liat. Pemotong diangkat dan dijatuhkan berselang seli dengan bantuan win dan bar ajuk yang dipasang di atas perkakas. Gerimit juga digunakan untuk tanah liat dan beroperasi secara memutar rod penjara di permukaan menggunakan bar celaga. Gerimit juga digunakan untuk membersihkan lubang jara sebelum pensampelan dilakukan.

Rajah 2.3 : (a) Rig Penjaraan, (b) Rod Penjaraan dan Pahat, (c) Kelompang, (d) Pemotong Tanah Liat

PENGENALAN

C3008/2/6

(c)

Gerimit Mekanik

Gerimit digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering seperti tanah liat. Kuasa yang diperlukan untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri dan jenis tanah yang akan ditusuk. Tekanan ke bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau menggunakan beban mati. Jenis alat yang biasa digunakan ialah gerimit larian dan gerimit timba. Gerimit larian-pendek terdiri daripada satu heliks dengan panjang terhad beserta alat pemotong di bawahnya. Gerimit disambung kepada batang keluli yang dikenali sebagai bar Kelly, yang melalui kepala rig yang berputar. Gerimit dipacu sehingga penuh dengan tanah, dinaikkan keatas permukaan dan tanah dikeluarkan dengan memutar gerimit kearah yang berlawanan. Gerimit larianterus pula terdiri daripada rod-rod dengan satu heliks yang merangkumi keseluruhan panjangnya. Tanah dinaikkan sepanjang-panjang heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan gerimit kepermukaan tanah. Gerimit timba terdiri daripada suatu selinder keluli, terbuka dibahagian atas tetapi dipasang plet asas yang mempunyai pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plet : bar dipasang pada bar Kelly. Apabila gerimit diputar dan ditekan ke bawah, tanah yang tersingkir oleh pemotong akan melepasi lubang alur dan memasuki timba. Timba yang penuh akan naik kepermukaan untuk dikosongkan dengan melepaskan plet asas yang terengsel itu. Lubang korekan gerimit bergaris pusat melebihi 1 m boleh digunakan untuk memeriksa strata tanah disitu. (d) Penjaraan HasilHakis

Di dalam kaedah ini, air dipam melalui satu rangkaian rod penjaraan dan dilepaskan di bawah tekanan melalui lubang-lubang sempit di dalam pemahat

PENGENALAN

C3008/2/7

yang terpasang di hujung rod seperti rajah 2.4. Tanah akan dilerai dan dipecahkan oleh jet air dan pergerakan pemahat yang turun naik. Zarah tanah dihakis ke permukaan melalui ruang di antara rod dan tebing lubang jara dan dibiarkan endap di dalam takungan. Penjaraan hasil-hakis boleh digunakan untuk kebanyakan jenis tanah tetapi kerja penjaraan boleh menjadi lambat sekiranya terdapat zarah yang bersaiz kelikir kasar. Kaedah ini tidak boleh digunakan untuk memperolehi sampel tanah. Ia hanya digunakan untuk mendalamkan lubang jara supaya sampel tiub dapat diambil atau ujian di situ dapat dilakukan di bawah dasar lubang. Satu kebaikan daripada kaedah ini ialah tanah di dasar lubang, kekal di dalam keadaan tak terganggu.

Rajah 2.4 : Penjaraan Hasil-Hakis

PENGENALAN

C3008/2/8

(e)

Penggerudian Putar.

Merupakan alat penggerudian yang dipasang di hujung rangkaian rod-rod penggerudi geronggang ( seperti rajah 2.5 ) yang berbentuk bit pemotong atau bit peneras ( bit penuras dipasang di hujung tong teras yang disambung ke rod penggerudi ). Air atau lumpur penggerudi dipam melalui rod geronggang dan mengalir dibawah tekanan melalui lubang-lubang sempit dalam bit atau tong.

Rajah 2.5 : Penggerudian Putar

Terdapat dua bentuk penggerudian putar, iaitu :

PENGENALAN

C3008/2/9

(i)

penggerudian lubang terbuka Biasanya digunakan untuk tanah dan batuan yang lemah, menggunakan bit pemotong untuk memecahkan semua bahan yang berada di dalam lingkungan garis pusat lubang.

(ii)

penggerudian teras Digunakan untuk batuan dan tanah liat keras, yang menggunakan bit memotong lubang anulus di dalam bahan dan teras yang tak terusik masuk ke dalam tong sebagai sampel.

Antara kebaikan penggerudian putar ialah prosesnya yang lebih cepat dibandingkan dengan kaedah penyiasatan yang lain dan gangguan terhadap tanah di bawah lubang jara hanyalah sedikit. 2.1.2 Lubang Ujian

Lubang ujian adalah lubang yang digali di dalam tanah sekadar untuk memasukkan tangga. Biasanya kedalaman maksimum dihadkan kepada 4m. Tepian lubang hendaklah diperiksa dengan teliti. Melalui kaedah ini keadaan air tanah dapat ditetapkan dengan tepat dan sampel tanah tak terganggu diperolehi dengan mudah. Di bawah kedalaman 4 m, penjermangan perlu dilakukan dan ini menyebabkan kos pengorekan adalah tinggi. 2.1.3 Ujian Penusukan Piawai (SPT)

Ujian penusukan piawai merupakan ujian dinamik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas bagi pasir dan kerikil. Satu tiub pemisah sampel (split barrel sampler) berdiameter 50 mm dimasuk ke dalam tanah pada paras tapak lubang jara dan kemudian ia diketuk masuk sedalam 450 mm ke dalam tanah dengan menggunakan tukul seberat 65 kg dan tinggi jatuhan 0.76 m. Bilangan hentaman dicatat untuk tusukan sedalam 300mm. ini dikenali sebagai nilai N. Bilangan hentaman Dengan menggunakan carta Terzaghi dan Peck nilai

N yang diperolehi boleh ditukarkan kepada nilai tekanan galas yang dibenarkan.

PENGENALAN

C3008/2/10

2.1.4

Ujian Penusukan Kun (CPT)

Ujian penusukan kon merupakan ujian statik yang digunakan untuk menentukan keupayaan galas dan juga enapan. Ia terdiri daripada satu proba kun 60o dan ditekan masuk ke dalam tanah oleh jek pada kadar 20 mm/s dan daya yang diperlukan untuk menekan kun (qc) tersebut diukur. Geseran sleeve memberi satu nilai ukuran lekatan tanah. Nilai rintangan total QT diukur bila tip kun dan geseran sleeve dimajukan bersama dan nilai rintangan kun QC kemudiannya diukur sebagai nilai tip kun sendiri dimajukan. Oleh itu, nilai rintangan geseran tepi QS diperolehi seperti berikut :QS 2.1.5 Ujian Galas Plet = QT - QC ( 2.1 )

Ujian galas plet adalah untuk menentukan kekuatan beban galas tanah dan juga enapan yang berlaku pada tanah . Ia adalah lebih sesuai untuk tanah tak jelekit berbanding tanah jelekit kerana tanah jelekit memerlukan masa yang lama untuk pengukuhan sepenuhnya. Biasanya 2 ujian dilakukan. Plet dengan saiz yang berbeza tetapi bentuk yang sama digunakan pada tanah berbutiran supaya enapan asas yang dicadangkan boleh diterbitkan daripada hubungan kedua-dua plet. Beban dikenakan mengikut tambahan (biasanya 1/5 daripada tekanan galas yang dicadangkan) dan dinaikan sehingga 2 atau 3 kali ganda beban yang dicadangkan. Tambahan selanjutnya hanya dibuat apabila enapan tidak dikesan dalam masa 24 jam yang berikutnya. Ukuran biasanya diambil kepada 0.01 mm dan apabila tidak terdapat titik kegagalan yang nyata, keupayaan galas muktamat diandaikan sebagai tekanan yang menyebabkan enapan bersamaan dengan 20% daripada lebar plet.

PENGENALAN

C3008/2/11

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input seterusnya...!!! Sila semak jawapan anda pada makluman dihalaman berikutnya. Soalan 1 Terangkan kaedah gerimit tangan dan gerimit mekanik untuk menghasilkan lubang jara.

Soalan 2 Terangkan dengan jelas dua ujian yang biasa dilakukan dalam ujian galas plet.

PENGENALAN

C3008/2/12

Jawapan 1 Rujuk kepada bahagian 2.1.1 (a) dan 2.1.1 (c)

Jawapan 2 Rujuk kepada bahagian 2.1.5

PENGENALAN

C3008/2/13

2.2

Jenis-Jenis Sampel Tanah dan Kaedah-Kaedah Pensampelan

Terdapat dua (2) sampel tanah yang boleh diperolehi dari tapak binaan iaitu sampel terganggu dan sampel tak terganggu. Sampel tanah boleh diperolehi dari beberapa kaedah pensampelan. Kaedah pensampelan tersebut adalah pensampel tiub terbuka, sudu pisah piawai, tiub dinding nipis, dan pensampel piston. 2.2.1 Sampel Terganggu

Tanah terganggu merupakan tanah yang diambil tanpa mengira keadaan sebenar tanah itu di tapak binaan. Biasanya tanah ini digunakan untuk tujuan pengkelasan dan ketumpatan tanah. Ianya disimpan di dalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan dari berlakunya pemeluwapan dan perubahan warna. 2.2.2 Sampel Tak Terganggu

Sampel tak terganggu merupakan sampel tanah yang diambil dengan keadaan gangguan yang paling minimum bagi mengekalkan keadaan sebenar tapak tersebut. Ia perlu simpan dalam bekas kedap udara dan penjagaan yang lebih rapi. Biasanya sampel tanah ini digunakan untuk ujian ricih, ujian ketelapan dan ujian pengukuhan.

2.3

Kaedah-Kaedah Pensampelan

PENGENALAN

C3008/2/14

2.3.1

Pensampel Tiub Terbuka

Ianya terdiri daripada sebatang tiub keluli yang mempunyai bebenang skru di kedua hujungnya seperti rajah 2.6. Di satu hujung tiub dipasangkan kekasut pemotong sementara di satu hujung lagi dipasangkan kepala pensampel yang bersambung kepada rod penjara. Injap sehala di kepala pensampel digunakan untuk membenarkan udara dan air keluar apabila tanah memenuhi tiub dan menolong menahan sampel apabila tiub ditarik keluar. Pensampel boleh dipacu secara dinamik (menggunakan beban jatuh), atau secara statik (menggunakan bicu hiraulik atau mekanik yang dipasangkan pada rig penjaraan).

Rajah 2.6 : Pensampel tiub terbuka

2.3.2

Sudu Pisah Piawai

PENGENALAN

C3008/2/15

Sudu pisah piawai terdiri daripada satu alat pasak kekasut keluli di bahagian bawah, tiub keluli di bahagian tengah dan alat pendua di bahagian atas. Tiub keluli mempunyai diameter dalam dan luaran masing-masing ialah 34.93 mm dan 50.8 mm seperti rajah 2.7. Apabila penjaraan dibuat pada kedalaman yang dikehendaki, alat pengorek atau gerudi dikeluarkan, pensampel Sudu Pisah disambungkan pada rod penggerudi dan kemudian diturunkan semula sehingga ke paras penjaraan. rod penggerudi. Pensampel dipasak masuk ke dalam tanah oleh hentaman tukul yang dibuat pada sebelah atas

Rajah 2.7 : Sudu Pisah Piawai

Berat tukul adalah 64.4 kg, dan ketinggian kejatuhan tukul tersebut adalah 0.762 m. Bilangan hentaman dicatat pada 3 sela dengan setiap sela pada kedalaman

PENGENALAN

C3008/2/16

152.4mm. Selepas pasakan dibuat dengan lengkap, pensampel dikeluarkan dari lubang penjaraan dan kemudian kekasut keluli dan alat pendua ditanggalkan. Sampel tanah di dalam tiub pisah dikeluarkan dan di bawa ke makmal untuk dianalisis. .3.3 Pensampel Berdinding Nipis

Digunakan untuk tanah yang peka kepada gangguan, misalnya tanah liat lembut dan kelodak plastik. Pensampel tidak mempunyai kekasut pemotong yang berasingan, sebaliknya hujung bawah tiub itu sendiri merupakan pinggir pemotong seperti rajah 2.8. Tiub biasanya boleh dipacu dengan tangan.

Rajah 2.8 : Pensampel Berdinding Nipis

2.3.4

Pensampel Tong Pisah

PENGENALAN

C3008/2/17

Terdiri daripada satu tiub yang dipisahkan

secara membujur kepada dua

bahagian, iaitu kekasut dan kepala pensampel yang mempunyai liang pelepas udara di bahagian hujungnya seperti rajah 2.9. Kedua-dua bahagian tiub boleh dipisahkan apabila kekasut dan kepala ditanggal untuk mengeluarkan sampel.

Rajah 2.9 : Pensampel Tong Pisah

2.3.5

Pensampel Piston

Pensampel ini terdiri daripada satu tiub berdinding nipis dengan piston yang dihubungkan ke rod. Rod ini berada di dalam rod penjara geronggang yang melintasi kepala pensampel seperti rajah 2.10. Semasa pensampel diturunkan ke dalam lubang jara, piston yang terletak di hujung bawah tiub akan terkunci dengan tiub oleh satu alat pengunci di hujung atas rod. Piston akan menghalang air atau tanah yang longgar daripada memasuki tiub. Sampel diperolehi dengan menolak masuk pensampel ke bawah dasar lubang jara, melepasi sebarang tanah terganggu. Piston akan menahan tanah dan tiub ditolak melepasi piston ( sehingga kepala

PENGENALAN

C3008/2/18

pensampel mencapai atas

piston ). Pensampel kemudiannya ditarik keluar

sementara alat pengunci di dalam kepala sampel akan menahan piston di sebelah atas tiub. Ruang vakum di antara piston dengan sampel menolong menyekat tanah didalam vakum. Kaedah ini sesuai juga digunakan untuk tanah liat lembut, kelodak dan pasir berkelodak .

Rajah 2.10 : Pensampel Piston

Ujikan kefahaman anda sebelum sebelum meneruskan unit baru.

PENGENALAN

C3008/2/19

Soalan 1 Bezakan antara sampel tanah terganggu dan sampel tanah tidak terganggu.

Soalan 2 Terangkan dengan ringkas kaedah pensampelan tiub terbuka dan sudu pisah piawai.

Jawapan 1

PENGENALAN

C3008/2/20

Sampel tanah terganggu ialah sampel tanah yang keadaan sebenar tanah di tapak bina.

diambil tanpa mengira

Sampel tanah tak terganggu ialah sampel tanah yanng diambil dengan keadaan gangguann yang palinng minimum bagi mengekalkan keadaan sebenar tapak tersebut. Jawapan 2 Rujuk 2.3.1 dan 2.3.2

PENGENALAN

C3008/2/21

Ujikan kefahaman anda berkenaan dengan pelajaran dalam unit ini dengan menjawab soalan-soalan berikut. Soalan 1 Senaraikan 4 (empat) kepentingan dalam kerja penyelidikan tapak. Soalan 2 Terangkan 5 (lima) kaedah yang digunakan untuk membuat penyelidikan tapak.

Jawapan 1

PENGENALAN

C3008/2/22

Rujuk bahagian 2.0

Jawapan 2 Rujuk bahagian 2.1

You might also like