You are on page 1of 2

Alatan kimpalan gas Alatan kimpalan gas terdiri daripada silinder oksigen, silinder asetilin, alatur, hos getah

dan penyumpit gas (welding tourch). Dalam proses meloyang, penyambungan dilakukan dengan cara memanaskan logam dan rod penambah dengan alatan kimpalan gas. Perlu diingatkan, bahawa suhu daripada alatan kimpalan gas mestilah cukup untuk melebur rod penambah sahaja. Untuk tujuan ini, nyalaan yang paling sesuai ialah nyalaan pertengahan.

Jenis jenis api kimpalan Api kimpalan adalah hasil pembakaran dari gas pembakar (fuel gas) yang dibantu oleh oksigen. Dengan bantuan oksigen, karbon dalam gas pembakar akan terbakar sepenuhnya serta menghasilkan suhu yang maksima. Api kimpalan menyala dihujung nozzel.

Ada tiga jenis jenis api yang digunakan dalam kerja kimpalan gas iaitu : i. (Api pertengahan) ii. (Api pertengahan) iii. (Api pengoksidaan)

1.

Api pertengahan

Sifat : i. Kandungan gas asetilin melebihi gas oksigen. ii. Mempunyai dua cone iaitu innercone dan outercone. iii. Mengeluarkan bunyi yang lembut. Kegunaannya : i. Mengeraslan permukaan ii. Digunakan dalam proses brazing iii. Digunakan untuk mengimpal aluminium

2.

Api pertengahan

Sifat : i. Kandungana gas asetilin sama dengan gas oksigen. ii. Mempunyai satu cone yang bulat sedikit dihujungnya. iii. Mengeluarkan bunyi yang lembut. Kegunaannya : i. Untuk mengimpal lebur keluli lembut. ii. Untuk memotong keluli lembut. iii. Untuk kegunaan Am.

3. Api pengoksidaan Sifat : i. Kandungan gas asetilin kurang dari gas oksigen. ii. Mempunyai cone yang tajam. iii. Mengeluarkan desiran yang sedikit kuat. Kegunaannya : i. Digunakan untuk brazing weld ii. Boleh digunakan untuk memotong kepingan keluli yang nipis.

You might also like