P. 1
Sce3101-Hidupan Dan Proses Kehidupan

Sce3101-Hidupan Dan Proses Kehidupan

|Views: 10,361|Likes:
Published by kfaidzal

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: kfaidzal on Jul 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/28/2013

pdf

text

original

SISTEM

FUNGSI

Sistem Integumen

Untuk melindungi dan menutupi organ dalaman.

Sistem rangka

Untuk menyokong dan memberi bentuk kepada
badan.

Sistem saraf.

Untuk menerima rangsangan dan mentafsir bagi
membolehkan badan memberikan tindakbalas.

Sistem otot.

Untuk mengkoordinasi pergerakan badan.

Sistem endokrin.

Untuk menghasilkan hormon bagi mengawalatur
tindakan dan proses dalam badan.

Sistem kardiak.

Sistem peredaran darah untuk mengangkut oksigen,
nutrient, bahan buangan metabolik, dan bahan yang
lain ke luar dari badan.

Sistem urinari.

Untuk menapis darah dan merembes urea, air dan
garam mineral ke luar dari badan.

Sistem penghadaman.

Untuk menghadamkan makanan bagi penghasilan
tenaga dan membuang semua bahan yang tidak
terhadam keluar dari badan.

Sistem pernafasan.

Untuk mengambil oksigen bagi kegunaan respirasi sel
untuk menghasilkan tenaga, gas karbon dioksida dan
wap air.

Sistem Limfa.

Untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu
pertahanan badan terhadap serangan penyakit.

Sistem pembiakan lelaki.

Untuk menghasilkan hormon seks lelaki. Untuk
pertumbuhan sekunder lelaki dan menghasilkan
generasi seterusnya.

Sistem Pembiakan Wanita.

Untuk menghasilkan hormon seks wanita. Untuk
pertumbuhan sekunder wanita dan menghasilkan
generasi seterusnya.

38

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan

Jadual di bawah menunjukkan sistem yang berkaitan dan fungsinya. Lengkapkan organ
yang terlibat untuk membolehkan sistem tersebut berfungsi dengan sempurna.

SISTEM

ORGAN YANG TERLIBAT

FUNGSI

Sistem Pengangkutan

Untuk mengangkut air,
garam mineral, glukosa
dan gas keluar dari
tumbuhan.

Sistem sokongan

Untuk menyediakan
sokongan fizikal bagi
tumbuhan.

Sistem perkumuhan

Untuk mengeluarkan
bahan buangan
metabolik dari tumbuhan.

Sistem Pembungaan

Untuk menghasilkan
bunga dan buah.

Fotosintesis

Untuk mensintesis
glukosa dari tenaga
cahaya dangan
kehadiran klorofil.

Respirasi

Untuk menghasilkan
tenaga, karbon dioksida
dan air.

Transpirasi

Untuk mengeluarkan
lebihan air dan
menyejukkan tumbuhan.

Percambahan

Untuk menghasilkan
anak benih muda dari biji
benih.

39

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

40

RUJUKAN

Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application.
Second Edition. Hodder Education, London.

http://www.medscape.com/viewarticle/468421_3

http://www.mhhe.com/biosci/pae/botany/histology/html/parenchyma.htm

http://www2.estrellamountain.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html

http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/filedet.htm?File_name=BOTA003B&File_type=GIF

http://images.yourdictionary.com/xylem

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 4

RESPIRASI HAIWAN

Sinopsis

Respirasi merujuk pada proses penghasilan tenaga melalui oksidasi makanan.

Respirasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu respirasi luar (pernafasan) dan

respirasi dalam ataupun respirasi sel. Respirasi luar melibatkan pengambilan

gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida. Respirasi dalam merujuk

pada proses penghasilan tenaga dalam sel melalui pengoksidaan glukosa.

Topik ini berfokuskan pada proses respirasi luar (pernafasan). Anda akan

mempelajari tentang pelbagai jenis organ pernafasan, mekanisme pernafasan

manusia dan pengangkutan oksigen.

Hasil Pembelajaran

• Terangkan struktur dan mekanisma pelbagai jenis organ pernafasan.
• Huraikan mekanisme pernafasan dalam manusia.
• Huraikan proses pengangkutan oksigen.
• Banding dan beza struktur organ pernafasan dan mekanisme pernafasan.
di antara serangga, ikan dan manusia.

Ringkasan Keseluruhan

Respirasi Luar Haiwan

Pengangkutan
oksigen

Organ pernafasan

Mekanisme
Pernafasan

Rajah 4.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

41

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan

Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi

melalui proses respirasi. Respirasi di bahagi kepada respirasi luar (pernafasan)

dan respirasi dalam (respirasi sel). Respirasi luar merujuk pada pengangkutan

oksigen daripada udara luar ke dalam sel badan dan pengangkutan karbon

dioksida dari sel badan ke udara luar. Respirasi dalam ialah proses metabolik

yang berlaku dalam sel badan. Glukosa ialah substrat utama untuk respirasi sel.

Semasa respirasi dalam, oksigen bertindakbalas dengan glukos untuk

menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Anda akan belajar tentang

respirasi dalam (respirasi sel) dalam topik 6. Dalam topik ini anda akan belajar

tentang organ-organ pernafasan, mekanisme pernafasan dan pengangkutan

oksigen dalam serangga, ikan dan manusia.

Pernafasan melibatkan pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida

daripada badan hidupan. Dalam organisma unisel seperti Amoeba, pertukaran

gas berlaku melalui resapan ringkas. Tetapi dalam organisma multisel, organ

pernafasan yang khas diperlukan untuk pertukaran gas. Organ pernafasan

terlibat dalam pertukaran gas di antara organisma dan persekitaran. Organ

pernafasan hidupan yang berlainan adalah berbeza disesuaikan untuk bernafas

dengan cekap. Organ pernafasan yang anda akan belajar dalam topik ini ialah

sistem trakea, insang dan paru-paru. Jadual 4.1 menunjukkan organ pernafasan

untuk organisma berlainan.

Organisma

Organ Pernafasan

Serangga

Sistem trakea

Ikan

Insang

Manusia

Paru-paru

Mamalia

Paru-paru

Katak

Kulit, paru-paru

Jadual 4.1: Organ Pernafasan Organisma

42

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

4.1 Sistem Pernafasan Serangga

Pemikiran

Perhatikan seekor belalang atau lipas. Bagaimanakah

pernafasan berlaku dalam haiwan-haiwan ini?

Adakah serangga mempunyai sistem peredaran darah untuk

mengangkut gas-gas pernafasan?

Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenal

sebagai sistem trakea. Rajah 4.2 menunjukkan sistem trakea dalam

serangga. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang

dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui

pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke

dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salur-

salur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan

lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan

sekurang-kurangnya satu trakeol. Pertukaran gas berlaku di antara

trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk

mengangkut oksigen.

Kutikel

Tiub trakea
utama

Cabang-cabang
trakea (trakeol)
membekalkan sel
dengan oksigen

spirakel

Rajah 4.2: Sistem Trakea Serangga.

43

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Jadual 4.2 menunjukkan ciri-ciri dan penyesuaian sistem respirasi
serangga.

Bahagian

Ciri-Ciri dan Penyesuaian

Spirakel

• Merupakan liang pernafasan yang membuka
ke sistem trakea.

• Terdapat satu pasang pada satu segmen di
kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen

lipas dan belalang.

• Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal
oleh injab semasa udara masuk atau

keluar.

Tiub
Trakea

• Disusun membujur dan melintang di seluruh
badan

untuk

memaksimumkan

pengudaraan.

• Terdapat gelang-gelang kitin untuk
menjadikan tiub trakea teguh.

• Membuka kepada trakeol, iaitu tiub yang
lebih kecil.

Trakeol

• Tiub antara sel yang menembusi sel-sel
badan.

• Di hujung trakeol, oksigen melarut dalam
cecair sebelum terserap ke dalam sel badan.

Jadual 4.2: Ciri-Ciri dan Penyesuaian Sistem Respirasi Serangga

44

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->