P. 1
Sce3101-Hidupan Dan Proses Kehidupan

Sce3101-Hidupan Dan Proses Kehidupan

|Views: 10,387|Likes:
Published by kfaidzal

More info:

Categories:Types, Research, Science
Published by: kfaidzal on Jul 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/28/2013

pdf

text

original

Mengumpul Maklumat

Dalam kumpulan yang sama dengan mengumpulkan maklumat
daripada pelbagai sumber berkenaan keperluan asas tumbuhan
dan haiwan,
bina peta minda yang menarik dan berwarna bagi
menjelaskan tajuk di atas.

Sekali lagi, terangkan peta minda yang dibina kepada kumpulan lain
pula. Lakukan banding beza bahan yang dibina di antara kumpulan
masing-masing.

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen

Eksperimen dijalankan secara individu dengan melakukan penyiasatan sendiri. Laporan
eksperimen hendaklah dihantar kepada pensyarah mengikut format di bawah.

Laporan Eksperimen:

1.

Tajuk

2.

Pengenalan

3.

Objektif
4. Bahan dan Alat Radas
5.

Prosedur

6.

Analisis Data

7.

Perbincangan

8.

Kesimpulan

9.

Rujukan

Eksperimen 1 : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan.

Bahan:

Tumbuhan sihat dengan daun yang besar.
Kertas hitam yang tebal
Kelip kertas

Prosedur:

1.

Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya
matahari dipilih.

2.

Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan
pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut dikelip dengan kelip
kertas untuk beberapa hari.

3.

Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan.

Bahan:

Kacang hijau
Air
Pot bunga kecil
Tanah humus

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Prosedur:

1.

Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi
dengan tanah humus.

2.

Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari.

3.

Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga
satu lagi tidak disiramkan dengan air.

4.

Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan.

Bahan:

Kacang hijau
Air
Cawan plastik
Kapas

Prosedur:

1.

Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah
dimasukkan kapas basah.

2.

Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air
dan beberapa biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang
ditenggelami dengan air akan tehalang daripada mendapat udara.

3.

Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Rujukan

Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson

Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill

Bahan Bacaan

http://www.fi.edu/tfi/units/life/

http://www.livingthings.com/

http:// lisacruz2.tripod.com/id30.html

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 2

MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA

Sinopsis

Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk

membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir

dan belajar. Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat,

protein, lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk memperoleh

kesihatan yang baik bagi mencapai kesejahteraan hidup. Tidak ada satu

makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan

mengikut jumlah yang diperlukan oleh badan. Dengan demikian, adalah penting

untuk mengambil pelbagai jenis makanan yang sihat dan seimbang untuk

mencapai kesejahteraan hidup. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang

pengelasan makanan, diet seimbang, makanan berkhasiat, perkembangan

dalam teknologi makanan dan amalan penyelidikan berkaitan makanan yang

terdapat dalam kurikulum sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

1. Senaraikan pengelasan makanan.

2. Jelaskan kepentingan diet seimbang dan makanan berkhasiat.

3. Tulis laporan berkenaan perkembangan teknologi makanan.

6

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Ringkasan topik

Makanan dan
Kesejahteraan
Hidup Anda

Pengelasan
Makanan

Diet
Seimbang

Latihan
Penyiasatan
dalam
Kurikulum
Sekolah
Rendah

Makanan
Berkhasiat

Perkembangan
dalam
Teknologi
Makanan

Rajah 2.1: Ringkasan Isi Kandungan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->