PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL SAINS PENDIDIKAN RENDAH SCE 3101

HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: SCE 3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN Kandungan modul ini dibahagi kepada lima belas (6) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Tajuk/Topik Kehidupan Alam Semulajadi Makanan dan kesejahteraan hidup Struktur sel dan fungsi Respirasi haiwan Respirasi tumbuhan Respirasi sel dalam tumbuhan dan haiwan Pertumbuhan Nutrisi Haiwan Nutrisi Tumbuhan Perkumuhan Haiwan Perkumuhan Tumbuhan Pembiakan Tumbuhan Pembiakan Haiwan Pergerakan dan Sokongan dalam Haiwan Gerakbalas Tumbuhan kepada Rangsangan

Modul (jam)

Jum. Jam

9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9 9

2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

JUMLAH ix

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 1

KEHIDUPAN ALAM SEMULAJADI

Sinopsis Alam semulajadi didiami oleh benda hidup dan benda bukan hidup. Semua benda hidup dikenali sebagai organisma. Pelbagai jenis organisma wujud dalam alam semulajadi bermula dari organisma unisel yang dikenali sebagai mikroorganisma sehingga kepada organisma multisel iaitu tumbuhan dan haiwan. Semua organisma mempunyai keperluan asas bagi mempastikannya terus hidup. Walaupun tumbuhan dan haiwan merupakan organisma multisel, kedua-duanya mempunyai keperluan asas yang berbeza kerana mempunyai fisiologi yang berbeza. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang keperluan asas benda hidup, serta keperluan asas haiwan dan tumbuhan.

Hasil Pembelajaran

1. 2.

Jelaskan keperluan asas benda hidup. Jelaskan keperluan asas haiwan dan tumbuhan

Ringkasan Topik

Kehidupan Alam Semulajadi

Keperluan Asas Benda Hidup

Keperluan Asas Tumbuhan

Keperluan Asas Haiwan

Rajah 1.1: Ringkasan Isi Kandungan

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

1.1

Keperluan Asas Benda Hidup

Cuba fikirkan

Apakah benda hidup? 1. Adakah bunga dalam pasu benda hidup? 3. Adakah asap benda hidup? 2. Adakah telur benda hidup?

4. Adakah gunung berapi benda hidup? 6. Adakah buah tomato benda hidup?

5. Adakah matahari benda hidup?

Latihan

Berbincang dalam kumpulan, senaraikan ciri-ciri benda hidup berdasarkan beberapa contoh benda hidup yang dinamakan. Bincangkan soalan dalam ruangan kotak di atas dengan memberikan alasan berfakta kepada jawapan anda?

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Mengumpul Maklumat

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan, kumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan keperluan asas sesuatu benda hidup. Bina peta konsep, kemudian terangkan peta konsep yang dibina kepada kumpulan lain. Lakukan banding beza bahan yang dibina di antara kumpulan masing-masing.

1.2

Keperluan Asas Tumbuhan dan Haiwan

Mengumpul Maklumat

Dalam kumpulan yang sama dengan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berkenaan keperluan asas tumbuhan dan haiwan, bina peta minda yang menarik dan berwarna bagi menjelaskan tajuk di atas. Sekali lagi, terangkan peta minda yang dibina kepada kumpulan lain pula. Lakukan banding beza bahan yang dibina di antara kumpulan masing-masing.

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen

Eksperimen dijalankan secara individu dengan melakukan penyiasatan sendiri. Laporan eksperimen hendaklah dihantar kepada pensyarah mengikut format di bawah. Laporan Eksperimen: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tajuk Pengenalan Objektif Bahan dan Alat Radas Prosedur Analisis Data Perbincangan Kesimpulan Rujukan

Eksperimen 1 : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Tumbuhan sihat dengan daun yang besar. Kertas hitam yang tebal Kelip kertas Prosedur: 1. 2. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut dikelip dengan kelip kertas untuk beberapa hari. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

3.

Eksperimen 2 : Air ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Kacang hijau Air Pot bunga kecil Tanah humus

SCE3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Prosedur: 1. 2. 3. 4. Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus. Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga satu lagi tidak disiramkan dengan air. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Eksperimen 3 : Udara ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Kacang hijau Air Cawan plastik Kapas Prosedur: 1. 2. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah. Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan tehalang daripada mendapat udara. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

3.

Rujukan

Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill

Bahan Bacaan

http://www.fi.edu/tfi/units/life/ http://www.livingthings.com/ http:// lisacruz2.tripod.com/id30.html

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 2

MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA

Sinopsis

Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk memperoleh kesihatan yang baik bagi mencapai kesejahteraan hidup. Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan mengikut jumlah yang diperlukan oleh badan. Dengan demikian, adalah penting untuk mengambil pelbagai jenis makanan yang sihat dan seimbang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang pengelasan makanan, diet seimbang, makanan berkhasiat, perkembangan dalam teknologi makanan dan amalan penyelidikan berkaitan makanan yang terdapat dalam kurikulum sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

1. Senaraikan pengelasan makanan. 2. Jelaskan kepentingan diet seimbang dan makanan berkhasiat. 3. Tulis laporan berkenaan perkembangan teknologi makanan.

6

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Ringkasan topik

Makanan dan Kesejahteraan Hidup Anda

Pengelasan Makanan

Diet Seimbang

Makanan Berkhasiat

Perkembangan dalam Teknologi Makanan

Latihan Penyiasatan dalam Kurikulum Sekolah Rendah

Rajah 2.1: Ringkasan Isi Kandungan

2.1

Pengelasan Makanan

Makanan boleh dikelaskan kepada lima kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Makanan dikelaskan mengikut nutrien utama yang terkandung dalam makanan tersebut. Nutrien yang terdapat dalam makanan boleh dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien ialah nutrien yang diperlukan dalam kauntiti yang banyak oleh tubuh seperti karbohidrat, protein dan lemak, mikronutrien pula ialah nutrien yang diperlukan dalam kauntiti yang sedikit oleh badan iaitu mineral dan dan vitamin. Karbohidrat Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, 7

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.

Rajah 2.1: Pengambilan pelbagai jenis makanan mesti diambil dalam jumlah yang betul. [Sumber: www.watatita.wordpress.com]

Protein

Protein ialah makromolekul organik yang boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah polimer yang terbentuk daripada proses

kondensasi asid amino dengan terbentuknya ikatan polipeptida. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Beberapa protein juga mengandungi sulfur dan fosforus. Makanan sumber protein ialah ikan, susu, 8

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

daging, putih telur dan kacang. Protein berperanan penting dalam membina sel baru untuk pertumbuhan, selain daripada menyumbangkan tenaga dengan setiap gram sebanyak empat kalori.

Rajah 2.2: Protein memainkan peranan penting dalam mempastikan kesihatan badan yang baik.. [Sumber: www. me.leokid.my]

Lemak

Lemak ialah sebatian organik yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti alkohol, eter dan kloroform. Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Lemak boleh wujud dalam keadaan cecair atau pepejal pada suhu bilik bergantung kepada struktur dan komposisi lemak. Lemak terbahagi kepada lemak haiwan (seperti ghee, minyak ikan, minyak haiwan) dan lemak tumbuhan (seperti minyak bijan, minyak kelapa, minyak kacang, minyak bunga matahari). Dalam pada itu, lemak juga boleh dikategorikan kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu, iaitu lemak tepu ialah lemak haiwan dan lemak tak tepu ialah lemak tumbuhan. Lemak merupakan sumber tenaga simpanan badan dan setiap gram 9

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

lemak menyumbang tenaga paling tinggi iaitu sembilan kalori. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak turut berfungsi sebagai penebat haba untuk mengelakkan kehilangan haba yang tinggi daripada badan, melindungi organ dalaman seperti jantung dan ginjal, serta pelarut kepada vitamin A,D,E dan K.

Rajah 2.3: Pengambilan lemak dalam kuantiti yang betul penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal. [Sumber: laely-widjajati.blogspot.com]

Mineral

Mineral ialah nutrien organik yang diperlukan oleh badan. Mineral boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kuantiti yang keperluan oleh tubuh. Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak secara relatifnya dikenali sebagai makromineral, manakala yang sebaliknya dikenali sebagi mikronutrien. Contoh makromineral ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, potasium, sodium, dan sulfur. Contoh mikromineral ialah besi, kuprum, flourin, 10

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

iodin, selenium, zink, kromium, kobalt dan molibdenum. Kekurangan mineral boleh menyebabkan penyakit, sebagai contoh kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit oesteoporosis.

Vitamin Vitamin terdiri daripada 13 jenis vitamin: vitamin A, vitamin B kompleks (tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid folik, vitamin B12, asid pantotenik dan biotin), serta vitamin A,D,E dan K. Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan, namun begitu vitamin memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi badan. Ini bermaksud kekurangan pengambilan sesuatu jenis vitamin boleh menyebabkan penyakit yang akan menganggu kesejahteraan hidup kita. Contohnya manusia yang kurang pengambilan vitamin A boleh mengalami penyakit kulit, rabun malam dan anemia, manakala kekurangan vitamin D pula menyebabkan penyakit riket.

Latihan

Rujuk kepada mana-mana sumber, senaraikan contoh makanan dan kefungsiannya dalam Jadual 2.1 mengikut kelas makanan.

11

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Jadual 2.1: Pengelasan Makanan dan fungsinya.

Kelas Makanan

Contoh Makanan

Fungsi

Karbohidrat

Lemak

Protein Mineral

Vitamin

Pengumpulan Maklumat

Pelajar diminta mencari maklumat tentang langkah-langkah eksperimen untuk mengkaji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan. Maklumat ini akan dibincangkan bersama pensyarah dalam aktiviti berikutnya.

12

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen

Eksperimen 1: Menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan. Pensyarah atau wakil pelajar akan diminta ke hadapan dan menjalankan demonstrasi di hadapan kelas. Pensyarah akan menjalankan sesi soal jawab bersama pelajar semasa demonstrasi dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemahaman pelajar setelah tugasan diatas dijalankan.

2.2

Diet Seimbang

Diet seimbang adalah diet yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, serat dan air dalam kauntiti yang betul mengikut keperluan badan yang diperlukan oleh badan. Tambahan lagi, dengan pengambilan makanan yang sihat akan dapat membekalkan badan dengan semua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada mengalami kekurangan atau berlebihan pemakanan dan membaiki tisu-tisu yang rosak. Ini kerana keperluan nutrien seseorang adalah berbeza mengikut umur, jantina, cara hidup dan aktiviti fizikal harian. Beberapa panduan untuk mencapai pengambilan makanan yang seimbang ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan mengabungkan pilihan makanan berdasarkan piramid makanan. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Pilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih diet yang rendah lemak dan kolesterol. Pilih diet yang rendah gula dan garam. Minum air kosong dengan banyak. Makan makanan bersih dan selamat. Amalan pemakanan perlukan berlandaskan fakta dan bukannya mitos.

13

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rajah 2.4: Panduan Piramid Makanan untuk pengambilan diet seimbang. [Sumber: www.nutriweb.org.my/]

Cuba fikirkan

1. “Kita adalah apa yang kita makan”. Bincangkan maksud dan signifikan kenyataan di atas. 2. Orang Eropah boleh makan sebanyak 80 g makanan berlemak, manakala Orang Eskimo boleh mengambil sebanyak 300 g sehari. Apakah alasan kepada fenomena di atas? 3. Pelajar sekolah rendah makan lebih banyak daripada guru. Terangkan kenapa. Bincangkan bersama pensyarah anda tentang persoalan di atas.

14

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Berehat sebentar!

2.3

Makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dalam kandungan yang tinggi pada bahagian yang boleh dimakan tetapi mengandungi kalori,gula, lemak dan garam yang rendah serta turut memberikan manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Salah satu makanan berkhasiat ialah pisang yang mengandungi dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat ringkas (glukos) dan kompleks (fruktos dan sukros) yang berupaya memberikan kita tenaga segera juga dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, pisang mengandungi kandungan potassium yang tinggi (lebih kurang 4673mg) tetapi sodium (1mg) yang rendah, iatu satu ratio yang sesuai bagi mengelak penyakit tekanan tinggi. Kandungan zat besi yang tinggi secara relatif juga membantu dalam pembentukan darah merah bagi mengelakkan anemia. Pisang juga membantu kesejahteraan hidup kerana mengandungi triptofan (sejenis asid amino) yang boleh ditukar ke bentuk serotonin yang mana penting dalam membaiki mood seseorang.

Selain daripada makanan segar, terdapat juga makanan terproses yang berkhasiat dengan menggunakan bahan mentah berkhasiat dan halal serta diproses dalam keadaan bersih dan selamat. Dalam pengambilan makanan terproses adalah penting untuk kita membaca maklumat pemakanan yang terdapat pada pembungkusan untuk mengetahui kandungan kalori, makronutrien dan mikronutrien serta tidak mengandungi bahan yang tidak halal atau merbahayakan kesihatan seperti lemak trans yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dua kali ganda daripada lemak tepu.

15

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rajah 2.5 : Maklumat pemakanan pada pembungkus makanan dapat membantu memilih makanan berkhasiat. [Sumber : www. oliveswellness.com]

Eksperimen

Eksperimen 2: Menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import. Bahan: 1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP) 0.1% larutan asid askorbik Jus buah betik, jambu dan mangga tempatan segar yang baru disediakan Jus buah kiwi, lemon dan orange Picagari berjarum (1ml dan 5ml) Tiub spesimen Kain kasa Pisau Bikar

16

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Prosedur: 1. 2. 3. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan menggunakan 1ml picagari. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam larutan 1.0% DCPIP. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buah-buahan segar yang baru disediakan. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP ditentukan. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.

4.

5.

Keputusan:

Larutan/Jus buah

Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP 1 2 3 Purata

Peratusan Vitamin C dalam jus buah

Kepekatan Vitamin C dalam jus buah

Larutan asid askorbik Jus betik Jus mangga Jus jambu Jus kiwi Jus lemon Jus orange

Pengiraan: Isipadu 0.1% asid askorbik untuk menyahwarnakan DCPIP = x cm3 Isipadu jus buah untuk menyahwarnakan DCPIP = y cm3 x cm3 0.1% asid askorbik (kepekatan 1mg/cm3) boleh menyahwarnakan 1cm3 1.0% DCPIP dan y cm3 jus buah-buahan kepada k mg/cm3 boleh menyahwarnakan 1cm3 1.0% DCPIP

17

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

jadi, kuantiti asid askorbik dalam x cm3 0.1% asid askorbik = kuantiti asid askorbik dalam y cm3 0.1% jus buah dengan itu, x cm3 x 1mg/cm3 = y cm3 x k mg/cm3 k mg/cm3 = x cm3 x mg/cm3 y cm3 = x mg/cm3 y Dengan demikian kepekatan asid askorbik dalam jus buah ialah x mg/cm3 y 2.4 Perkembangan Teknologi Makanan

Pengumpulan Maklumat

Bahagikan tugasan berikut mengikut kumpulan tertentu: Kumpulan 1: Kumpulkan maklumat teknologi makanan.

berkenaan

perkembangan

Kumpulan 2: Kumpulkan maklumat berkenaan pemprosesan makanan dalam industri makanan. Kumpulan 3: Kumpulkan maklumat berkenaan teknik pengetinan dan pembotolan makanan dan ringkaskan maklumat tersebut dengan menggunakan peta minda/peta konsep/carta alir. Semua maklumat tersebut dikumpulkan melalui pelbagai sumber samada melalui internet, buku, jurnal dan apa saja bentuk sumber yang lain. Semua maklumat yang diperolehi dibentangkan menggunakan power point di hadapan kelas.

18

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Adakah anda setuju! Kemajuan dalam teknologi maklumat telah menyumbang kepada lebih banyak penghasilan produk makanan berkhasiat.

2.5

Amalan penyelidikan dalam kurikulum sekolah rendah. Latihan

Kumpulkan maklumat melalui pelbagai sumber. Pilih satu kaedah pengawetan makanan, rancang dan sediakan bahan makanan dan peralatan yang perlu. Buatkan satu rakaman demonstrasi penyediaan pengawetan makanan, simpan maklumat dalam cakera padat. Hantarkan laporan aktiviti dan cakera padat kepada pensyarah

Rujukan

Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts & connections. (5th Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd. Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: GlencoeMcGraw Hill Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala Lumpur:Fajar Bakti, Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Panduan Diet Malaysia. Kuala Lumpur: UKM

19

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Bahan Bacaan

Untuk pembacaan lebih lanjut, sila rujuk laman web di bawah: http://en.wikipedia.org/wiki/Food_guide_pyramid http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate http://slimwithyoga.com/nutritious/index.html http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/food-pyramid.asp http://www.mbbe.com/raven7 http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas http://www.nutriweb.org.my/

20

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 3

STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

SINOPSIS: Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 µm; sel massa biasa adalah 1 nanogram.). Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan "cell" datang dari bahasa Latin "cellula" ,bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud.

Contoh-contoh sel
Amoeba Proteus Plant Stem

Bacteria

Red Blood Cell

Nerve Cell

21

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

HASIL PEMBELAJARAN: • Lukis dan label sel haiwan dan tumbuhan. • Banding dan bezakan fungsi struktur sel. • Mengenalpasti tisu haiwan dan tisu tumbuhan. • Mengenalpasti dua jenis organ haiwan serta fungsinya.

KERANGKA TAJUK

SEL

SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN

TISU

HAIWAN

TUMBUHAN

TISU EPITELIUM TISU OTOT TISU PENGHUBUNG TISU SARAF

TISU ASAS TISU MERISTEM TISU VASKULAR TISU EPIDERMIS

22

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.1 STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN.

3.1.1SEL HAIWAN

3.1.2 SEL TUMBUHAN

Rajah 3.1: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan 23

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

LATIHAN 1

Kaji Rajah 3.1 yang menunjukkan gambarajah sel haiwan dan sel tumbuhan. Dengan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan yang sesuai, senaraikan persamaan dan perbezaan sel haiwan dan sel tumbuhan.

EKSPERIMEN

Eksperimen :Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis tumbuhan). Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. Bahan dan radas : Mikroskop Slaid Microskop Slip kaca Penitis Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang Kaedah: (a) 1. 2. 3. Memerhati sel pipi. Berkumur dengan air bersih. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 24

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

4. 5. 6.

Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma. Memerhati sel epidermis daun. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

(b) 1. 2. 3. 4. 6.

Keputusan: Lukisan dan pelabelan. Pembesaran lukisan.

Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Mengapakah nukleus dikenali sebagai ‘pusat kawalan’ bagi sel?. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Syabas dan Tahniah

Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.

25

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2 ORGANISASI SEL DI DALAM ORGANISMA Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama. Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan tugas yang sama dikenali sebagai organ. Kumpulan organ yang sama yang seterusnya memberikan satu fungsi yang tertentu dikenali sebagai organ. Seterusnya kumpulan organ yang tertentu yang bergabung bersama serta memberikan satu fungsi yang khusus dikenali sebagai sistem. Penyelarasan fungsi yang saling bersandaran antara sel organisma akan tercapai melalui satu organisasi lima aras seperti ditunjukkan dalam rajah 3.2.

SEL

TISU

ORGAN

SISTEM

ORGANISMA MULTISEL

Rajah 3.2: Organisasi sel organisma

3.2.1: Tisu Haiwan. Tisu haiwan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berbeza iaitu:

i) ii) iii) iv)

Tisu epithelium Tisu otot Tisu penghubung Tisu saraf

26

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Tisu Haiwan

Tisu Epitelium 1. Skuama 2. Kuboid 3. Kolumnar

Tisu Otot 1. Otot licin 2. Otot rangka 3. Otot kardiak

Tisu penghubung 1. Darah 2. Rawan 3. Tendon 4. Tulang 5. Ligamen 6. Tisu lemak.

Tisu Saraf 1. Saraf deria 2. Motor 3. Interneuron

27

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 1:JENIS TISU EPITELIUM DAN FUNGSINYA

TISU • • •

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU EPITELIUM

Sel tersusun rapat Membentuk satu atau lebih lapisan. Selalunya dijumpai pada permukaan luar seperti kulit, rongga mulut dan hidung dan pada rongga badan seperti trakea, salur penghadaman, salur darah, ginjal dan paru-paru.

1. Khusus untuk melindungi dan melapisi organ. 2. Bertindak sebagai alat untuk mengelakkan tisu dari kekeringan, kecederaan mekanikal dan jangkitan bacteria. 3. Membenarkan pergerakan atau resapan beberapa sebatian. 4. Merembeskan bahan kumuh seperti peluh, minyak, mucus dan jus penghadaman.

1. Tisu epithelium skuama • • Sel yang licin,nipis dan kuat. Khusus untuk melapisi rongga badan seperti mulut, espfagus dan vagina.

Epithelium skuama ringkas

Epithelium skuama berlapis

28

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2. Tisu epithelium kuboid. • • Sel berbentuk kiub Khusus untuk melapisi tubul ginjal dan kelenjar.

3. Tisu epithelium kolumnar. • • Sel yang tinggi dan berbentuk turus Khusus untuk melapisi salur alimentary dala organ seperti perut dan usus.

29

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 2:JENIS TISU OTOT DAN FUNGSINYA.

TISU •

CIRI-CIRI •

FUNGSI

TISU OTOT

Semua tisu yang terdapat dalam badan. •

1. Tisu otot licin (Otot luar kawal)

Membentuk dinding organ dan salur dalam badan seperti uterus, salur darah dan salur penghadaman. Smooth muscle allows peristalsis in digestive canal

Pengecutan dan pengenduran otot membenarkan proses pergerakan berlaku seperti peristalsis, mengepam darah dan pergerakan sendi.

2. Tisu otot rangka (Otot terkawal) • Menghubungkan tulang dengan tulang. Otot rangka mengecut dan mengendur untuk membenarkan pergerakan (Lengan dan kaki).

30

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3. Tisu otot kardiak. (khusus untuk jantung)

• •

Membentuk jantung. Membenarkan jantung berdenyut dan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

JADUAL 3:JENIS TISU SARAF DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI •

FUNGSI

TISU SARAF

Terdiri dari sel yang dikenali sebagai neuron yang berfungsi untuk menghantar impuls. Sistem saraf ini mengkoordinasi semua aktiviti dalam badan

Untuk mengangkut impuls saraf dan koordinasi aktiviti dalam badan.

1.Neuron Deria. Membawa maklumat dari organ deria ke neuron yang lain dalam otak dan saraf tunjang.

Sumber : hamber.vsb.bc.ca

31

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2.Neuron Motor. Membawa impuls ke otot dan kelenjar.

Sumber: jirvine.co.uk

3.Interneurons. Memindahkan impuls dari neuron deria ke neuron motor.

Sumber: Clker.com

JADUAL 4: JENIS TISU PENGHUBUNG DAN FUNGSINYA

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU PENGHUBUNG

Terbina dari sel yang berbeza yang terampai di dalam matriks. Matriks boleh jadi: • Bahan yang keras (tulang) • Lembut, bahan bergelatin (Rawan) • Cecair (plasma darah)

32

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

1. Tulang

Tulang : Membentuk system rangka Melindungi organ dalaman, digunakan untuk pergerakan.

Tulang – untuk menyokong badan. Darah – fungsi untuk sel darah merah dan sel darah putih, platlet. Rawan- untuk melapisi tulang.

Sumber:

en.wikibooks.org

• Darah: -Sel darah merah( RBC) mengangkut oksigen dan karbon dioksida. -Sel darah putih (WBC) membantu dalam system pertahanan badan. -Platelet bahan untuk pembekuan darah. -Plasma Darah mengangkut nutrient dan bahan buangan.

2. Darah

Sumber: biosbcc.net

3. Cartilage

Rawan - Membentuk permukaan yang licin dan fleksibel. Bertindak sebagai kusyen di antara tulang vertebra, membentuk hidung dan telinga.

Sumber: washington.uwc.edu

33

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2.2:ORGANISASI SEL DI DALAM TUMBUHAN.

Terdapat empat jenis tisu tumbuhan. • • • • Tisu epidermis Tisu Vaskular Tisu Meristem Tisu Asas

Tisu Tumbuhan

Tisu asas • Parenkima • Sklerenkima • Kolenkima

Tisu meristem - terlibat dalam pembahagian sel.

Tisu vaskular • Xilem • floem

Epidermis

34

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 5: JENIS TISU EPIDERMIS DAN FUNGSINYA.

TISU • • • •

CIRI-CIRI

FUNGSI

Tisu Epidermis

Hanya setebal satu sel. Melindungi permukaan daun, batang dan akar. Membentuk kitikel. Melindungi tisu dalaman. Terubahsuai untuk membentu sel pengawal.

.Untuk melindungi tumbuhan dari kecederaan fizikal. • Membentuk kutikel yang membantu mengurangkan kehilangan air.

Sumber:colinsbeautypages.co.uk

Tisu meristem

• •

Terdapat di hujung pucuk dan hujung akar Juga terdapat di bahagian batang tumbuhan.

Terlibat dalam pembahagian sel (mitosis).

Sumber: rgbstock.com

35

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 6:JENIS TISU VASKULAR DAN FUNGSINYA.

TISU TISU VASKULAR • •

CIRI-CIRI Tisu pengangkut. Mengangkut bahan mineral dan air ke seluruh bahagian tumbuhan.

FUNGSI

1. Xilem

I Terbina dari sel yang memanjang dan dikenali sebagai trakeid dan vasel.

1.Untuk mengangkut air dan bahan mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan. 2. untuk membantu dalam transpirasi. 3. untuk menyokong tumbuhan.

2. Floem

Terbina dari tiub tapis dan sel rakan.

1. Untuk mengangkut glukosa dari daun ke bahagian lain tumbuhan.

36

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 7:JENIS TISU ASAS DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU ASAS

Tisu asas adalah tisu yang membentuk kebanyakan badan tumbuhan. Tisu ringkas yang mempunyai vakuol yang besar. Tersusun longgar dan mempunyai rongga udara diantara sel.

1. Parenkima

Untuk menyokong tumbuhan. MemberI bentuk kepada tumbuhan. Menyimpan kanji, gula dan air.

Untuk menyokong dan melindungi sel.
Sumber:

mhhe.com

2. Sklerenkima

Mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh lignin. Memberikan sokongan kepada tumbuhan melalui sel mati dan sel kukuh.

Untuk menyokong tumbuhan muda, tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut serta tumbuhan herba. Mengawal penyerapan air di akar.

3. Kolenkima

Tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa dan pectin di bahagian dinding sel. Mengellilingi berkas vascular di batang dan akar.

37

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.3 SISTEM DALAM HAIWAN DAN FUNGSINYA.

SISTEM Sistem Integumen

FUNGSI Untuk melindungi dan menutupi organ dalaman.

Sistem rangka

Untuk menyokong dan memberi bentuk kepada badan. Untuk menerima rangsangan dan mentafsir bagi membolehkan badan memberikan tindakbalas. Untuk mengkoordinasi pergerakan badan. Untuk menghasilkan hormon bagi mengawalatur tindakan dan proses dalam badan. Sistem peredaran darah untuk mengangkut oksigen, nutrient, bahan buangan metabolik, dan bahan yang lain ke luar dari badan. Untuk menapis darah dan merembes urea, air dan garam mineral ke luar dari badan. Untuk menghadamkan makanan bagi penghasilan tenaga dan membuang semua bahan yang tidak terhadam keluar dari badan. Untuk mengambil oksigen bagi kegunaan respirasi sel untuk menghasilkan tenaga, gas karbon dioksida dan wap air. Untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu pertahanan badan terhadap serangan penyakit. Untuk menghasilkan hormon seks lelaki. Untuk pertumbuhan sekunder lelaki dan menghasilkan generasi seterusnya. Untuk menghasilkan hormon seks wanita. Untuk pertumbuhan sekunder wanita dan menghasilkan generasi seterusnya.

Sistem saraf.

Sistem otot. Sistem endokrin.

Sistem kardiak.

Sistem urinari.

Sistem penghadaman.

Sistem pernafasan.

Sistem Limfa.

Sistem pembiakan lelaki.

Sistem Pembiakan Wanita.

38

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan

Jadual di bawah menunjukkan sistem yang berkaitan dan fungsinya. Lengkapkan organ yang terlibat untuk membolehkan sistem tersebut berfungsi dengan sempurna.

SISTEM

ORGAN YANG TERLIBAT

FUNGSI Untuk mengangkut air, garam mineral, glukosa dan gas keluar dari tumbuhan. Untuk menyediakan sokongan fizikal bagi tumbuhan. Untuk mengeluarkan bahan buangan metabolik dari tumbuhan. Untuk menghasilkan bunga dan buah. Untuk mensintesis glukosa dari tenaga cahaya dangan kehadiran klorofil. Untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Untuk mengeluarkan lebihan air dan menyejukkan tumbuhan. Untuk menghasilkan anak benih muda dari biji benih.

Sistem Pengangkutan

Sistem sokongan

Sistem perkumuhan

Sistem Pembungaan

Fotosintesis

Respirasi

Transpirasi

Percambahan

39

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

RUJUKAN Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application. Second Edition. Hodder Education, London. http://www.medscape.com/viewarticle/468421_3 http://www.mhhe.com/biosci/pae/botany/histology/html/parenchyma.htm http://www2.estrellamountain.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/filedet.htm?File_name=BOTA003B&File_type=GIF http://images.yourdictionary.com/xylem

40

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 4
Sinopsis

RESPIRASI HAIWAN

Respirasi merujuk pada proses penghasilan tenaga melalui oksidasi makanan. Respirasi terbahagi kepada dua peringkat iaitu respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam ataupun respirasi sel. Respirasi luar melibatkan pengambilan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida. Respirasi dalam merujuk pada proses penghasilan tenaga dalam sel melalui pengoksidaan glukosa. Topik ini berfokuskan pada proses respirasi luar (pernafasan). Anda akan mempelajari tentang pelbagai jenis organ pernafasan, mekanisme pernafasan manusia dan pengangkutan oksigen. Hasil Pembelajaran • • • • Terangkan struktur dan mekanisma pelbagai jenis organ pernafasan. Huraikan mekanisme pernafasan dalam manusia. Huraikan proses pengangkutan oksigen. Banding dan beza struktur organ pernafasan dan mekanisme pernafasan. di antara serangga, ikan dan manusia. Ringkasan Keseluruhan

Respirasi Luar Haiwan

Organ pernafasan

Mekanisme Pernafasan

Pengangkutan oksigen

Rajah 4.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan
41

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi melalui proses respirasi. Respirasi di bahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel). Respirasi luar merujuk pada pengangkutan oksigen daripada udara luar ke dalam sel badan dan pengangkutan karbon dioksida dari sel badan ke udara luar. Respirasi dalam ialah proses metabolik yang berlaku dalam sel badan. Glukosa ialah substrat utama untuk respirasi sel. Semasa respirasi dalam, oksigen bertindakbalas dengan glukos untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Anda akan belajar tentang respirasi dalam (respirasi sel) dalam topik 6. Dalam topik ini anda akan belajar tentang organ-organ pernafasan, mekanisme pernafasan dan pengangkutan oksigen dalam serangga, ikan dan manusia.

Pernafasan melibatkan pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida daripada badan hidupan. Dalam organisma unisel seperti Amoeba, pertukaran gas berlaku melalui resapan ringkas. Tetapi dalam organisma multisel, organ pernafasan yang khas diperlukan untuk pertukaran gas. Organ pernafasan terlibat dalam pertukaran gas di antara organisma dan persekitaran. Organ pernafasan hidupan yang berlainan adalah berbeza disesuaikan untuk bernafas dengan cekap. Organ pernafasan yang anda akan belajar dalam topik ini ialah sistem trakea, insang dan paru-paru. Jadual 4.1 menunjukkan organ pernafasan untuk organisma berlainan. Organisma Serangga Ikan Manusia Mamalia Katak Organ Pernafasan Sistem trakea Insang Paru-paru Paru-paru Kulit, paru-paru

Jadual 4.1: Organ Pernafasan Organisma
42

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

4.1

Sistem Pernafasan Serangga

Pemikiran

Perhatikan seekor belalang atau lipas. Bagaimanakah pernafasan berlaku dalam haiwan-haiwan ini? Adakah serangga mempunyai sistem peredaran darah untuk mengangkut gas-gas pernafasan?

Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenal sebagai sistem trakea. Rajah 4.2 menunjukkan sistem trakea dalam serangga. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui

pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salursalur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu trakeol. Pertukaran gas berlaku di antara trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk mengangkut oksigen.
Kutikel Tiub trakea utama

spirakel

Cabang-cabang trakea (trakeol) membekalkan sel dengan oksigen

Rajah 4.2: Sistem Trakea Serangga.
43

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Jadual 4.2 menunjukkan ciri-ciri dan penyesuaian sistem respirasi serangga. Bahagian • Spirakel • Ciri-Ciri dan Penyesuaian Merupakan liang pernafasan yang membuka ke sistem trakea. Terdapat satu pasang pada satu segmen di kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen lipas dan belalang. • Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal oleh injab semasa udara keluar. masuk atau

Tiub Trakea

Disusun membujur dan melintang di seluruh badan untuk memaksimumkan

pengudaraan. • • Terdapat gelang-gelang kitin untuk

menjadikan tiub trakea teguh. Membuka kepada trakeol, iaitu tiub yang lebih kecil.

Trakeol

• •

Tiub antara sel yang menembusi sel-sel badan. Di hujung trakeol, oksigen melarut dalam cecair sebelum terserap ke dalam sel badan.

Jadual 4.2: Ciri-Ciri dan Penyesuaian Sistem Respirasi Serangga

44

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

4.1.1 Mekanisme Pernafasan Serangga Serangga menarik dan melepaskan nafas dengan mengembang dan menguncupkan toraks serta abdomennya secara beritma. Pengecutan otot abdomen serangga mampatkan organ dalam dan tindakan ini memaksa udara keluar (lepas nafas). Pengenduran otot abdomen membolehkan udara disedut masuk (tarik nafas).

Latihan 4.2

Jika bahagian kepala seekor belalang dicelup ke dalam air dan meninggalkan toraks serta abdomennya di luar air, belalang itu tidak akan mati lemas. Apakah penerangan bagi pemerhatiannya ini?

Rehat

4.2

Sistem Pernafasan Ikan

Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi yang khusus untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk menyerap oksigen terlarut dalam air.

Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup insang atau operkulum. Lihat Rajah 4.3. Operkulum ialah struktur berotot yang menutup dan melindungi insang. Operkulum berkoordinasi dengan mulut dalam mekanisme pernafasan ikan.

45

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

rongga hidung

mata

operkulum

lengkung insang pertama mulut

Rajah 4.3: Kepala Ikan

Kebanyakkan ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela gill merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku. Kaji Rajah 4.4. yang menunjukkan gambarajah insang.

Filamen insang dibekalkan dengan jalinan kapilari yang banyak. Dinding filamen yang halus memudahkan resapan oksigen ke dalam kapilari darah. Sisir insang berbaris pada lengkung insang dan menapis zarah-zarah kecil seperti pasir supaya tidak memasuki bahagian filamen dan merosakkannnya.

46

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

lengkung insang lamela insang

kedudukan menegak sisir-sisir ikan filamen insang

Rajah 4.4: Insang Ikan

Membuat Nota

Terangkan apa yang anda fahami mengenai istilah-istilah berikut: Insang, lengkung insang, filamen insang, lamela insang dan sisir insang. Sediakan jawapan anda dalam bentuk peta minda

Rehat

47

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen

Penyiasatan Sistem Respirasi Ikan Tujuan: Bahan dan radas: Menyiasat sistem respirasi ikan Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan, Prosedur : 1. Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang di kedua-dua sisi badan. Potong operkulum pada satu sisi untuk mendedahkan insang. Berapa pasang insang yang anda

perhatikan? Lukiskan pemerhatian anda.

2. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris filamen insang. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. Lukis dan label struktur ini. Namakan saluran darah yang terdapat dalam filamen insang.

3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien.

4. Terangkan fungsi insang filamen.

48

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

4.2.1 Mekanisme Pernafasan Ikan

Adakah anda perhatikan ikan dalam air? Mulut ikan sentiasa terbuka dan tertutup. Ini ialah cara ikan bernafas. Adakah anda tahu kepekatan oksigen dalam air adalah kurang berbanding dengan udara. Ikan memerlukan sistem pertukaran gas yang efisien untuk memastikan cukup oksigen diperolehi untuk pernafasan.

Ikan bernafas dengan membuka dan menutup mulut dan operkulum secara selang seli. Lihat Rajah 4.5 dan baca apa yang berlaku semasa ikan membuka dan menutup mulut.

(a)

Pembukaan mulut / Air masuk • • • • • Mulut ikan membuka. Rongga bertambah. Tekanan dalam mulut menurun. Operlulum menutup kerana tekanan diluar lebih tinggi. Air dengan oksigen terlarut masuk. Operkulum buka mulut membesar, isipadu Operkulum tutup

(b)

Penutupan mulut / Air keluar • • • • • Mulut ikan tutup Rongga mulut mengecil, isipadu menurun Tekanan dalam mulut tinggi Operkulum membuka Air dipaksa keluar Rajah 4.5: Pembukaan dan Penutupan Mulut Ikan

49

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

4.2.2

Pertukaran Dalam Aliran Bertentangan (Countercurrent exchange)

Kecekapan pertukaran gas dalam ikan ditambah lagi dengan mekanisme “countercurrent exchange”. Ini merujuk pada pengaliran darah pada arah yang bertentangan dengan air. Pengaliran seperti ini memaksimumkan pemindahan oksigen ke dalam insang. Ini ialah kerana darah terdeoksigen dalam kapilari darah akan bertemu dengan air berkepekatan oksigen tinggi. Kecerunan kepekatan ini

membolehkan pemindahan oksigen yang banyak ke dalam darah. Lihat Rajah 4.6 dan Rajah 4.7 yang menunjukkan konsep pertukaran dalam aliran bertentangan (countercurrent exchange).

Rajah 4.6 : Countercurrent Exchange

Air dengan oksigen terlarut

Air kurang oksigen

Kecerunan kepekatan dikekalkan

Darah teroksigen

Darah terdeoksigen

Rajah 4.7 : Konsep Countercurrent Exchange
50

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Latihan 4.2

(a)

Terangkan apa yang anda fahami dengan konsep “countercurrent exchange” dalam pernafasan ikan.

(b)

Huraikan ciri-ciri penyesuaian insang ikan yang membolehkan pertukaran gas yang cekap.

Rehat

4.3

Sistem Pernafasan Manusia Organ pernafasan manusia ialah paru-paru. Paru-paru ialah tisu berspan yang dapat mengembang dan mengecut mengikut gerakan sedutan dan hembusan nafas. Rajah 4.5 menunjukkan gambarajah paru-paru manusia. laring trakea bronkus kiri bronkus kanan kumpulan alveolus tulang rusuk bronkiole paru-paru kiri otot interkosta Rajah 4.8: Paru-paru Manusia
51

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam dan ke luar paru-paru. Dinding trakea terdiri daripada gelang-gelang rawan berbentuk C yang mencegahnya daripada ranap. Trakea bercabang kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan membentuk cabang-cabang yang lebih kecil yang dipanggil bronkiol. Bronkiol bercabang dan berkakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil alveolus. Pertukaran gas berlaku pada permukaan alveolus. Rajah 4.6. menunjukkan gambarajah alveolus. Pertukaran gas di paru-paru berlaku secara resapan. Di alveolus, udara sedut mengandungi lebih banyak oksigen tetapi sedikit karbon dioksida. Di kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon dioksida ialah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara alveolus. Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah.

Darah dari arteri pulmonari alveolus Bronkiol Darah dari vena pulmonari Rajah 4.9: Alveolus

52

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Latihan 4.2

Kaji istilah-istilah berikut: rongga hidung, epiglottis, glottis, laring, faring, trakea, bronkus, bronkiol, alveolus, diafragma, dan hemoglobin, Tulis dua atau tiga ayat untuk menerangkan dengan jelas struktur dan fungsi setiap istilah yang anda telah kaji.

Perbincangan

Bincang dalam kumpulan ciri –ciri penyesuaian alveolus yang membolehkan pertukaran gas yang cekap.

Rehat

4.3.1 Mekanisme pernafasan manusia

Pemikiran

Letak tangan anda di atas dada anda. Tarik nafas dengan kuat. Rasa pergerakan tulang-tulang rusuk. Kemudian lepas nafas dengan kuat. Apakah yang anda dapati?

53

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Mekanisme pernafasan memperbaharuhi bekalan oksigen dalam paru-paru dan menyingkirkan karbon dioksida yang berlebihan daripadanya. Peparu adalah tidak berotot jadi tindakan pengembangan dan pengecutannya dilakukan oleh gerakan tulang-tulang rusuk dan diafragma. Diafragma ialah selapis otot yang memisahkan toraks daripada abdomen. Dalam keadaan kendur, diafragma berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas. Tulang-tulang rusuk digerakkan oleh otot interkosta luar dan dalam yang bersambung dari tulang ke tulang.

Kaji Rajah 4.8 di bawah yang menunjukkan mekanisme pernafasan manusia. Cuba terangkan apa yang berlaku pada diafragma dan sangkar rusuk semasa tarikan dan hembusan nafas. Selepas itu merujuk pada Jadual 4.3 untuk semak jawapan anda.

Tarik nafas

Hembus nafas

Rajah 4.10: Mekanisme Pernafasan Manusia

54

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TARIKAN NAFAS

HEMBUSAN NAFAS

• • • • • • •

Otot interkosta luar mengecut Otot interkosta dalam mengendur Tulang rusuk menaik Diafragma mengecut dan mendatar Isi padu toraks meningkat Tekanan udara di dalam paruparu menurun Udara masuk ke dalam paru-paru

• • • • • • • •

Otot interkosta luar mengendur Otot interkosta dalam mengecut Tulang rusuk menurun dan diafragma mengendur Diafragma melengkung ke atas Isipadu toraks menurun Tekanan udara di dalam paruparu meningkat Udara dipaksa keluar dari paruparu

Jadual 4.3: Mekanisme Pernafasan Manusia

Rest

4.4.

Pengangkutan Oksigen

Pengangkutan gas dalam manusia melibatkan sistem peredaran darah Darah merupakan medium yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan dan karbon dioksida dari seluruh badan ke paru-paru.

Hemoglobin ialah sejenis pigmen respirasi berwarna merah yang terdapat dalam sel darah mearh. Hemoglobin berfungsi sebagai pembawa oksigen. Setiap molekul hemoglobin terikat dengan empat molekul oksigen.

55

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Di paru-paru, oksigen akan bergabung dengan hemoglobin untuk menghasilkan oksihemoglobin. Di sel-sel badan, oksigen berpisah daripada hemoglobin dan memasuki sel untuk proses respirasi sel. Lihat Rajah 4.1. Di paru-paru Oksigen + hemoglobin Di sel badan Oksihemoglobin Oksigen + hemoglobin oksihemoglobin

Rajah 4.11: Pengangkutan Gas Oksigen

Semasa respirasi luar atau pernafasan, oksigen meresap daripada alveolus melalui membran alveolus dan masuk ke dalam plasma darah. Lihat Rajah 4. 11. • Kebanyakkan oksigen (98.5%) masuk ke dalam sel darah merah dan bergabung dengan hemoglobin (Hb) untuk membentuk oksihemoglobin. • Lebih kurang 1.5% oksigen diangkut sebagai oksigen terlarut dalam oksigen

56

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengangkutan Gas Karbon Dioksida

Rajah 4.12 : Pengangkutan Gas Karbon Dioksida Karbon dioksida yang terhasil daripada respirasi sel akan meresap dari bendalir tisu ke dalam plasma darah. Lihat Rajah 4.12. • • Lebih kurang 7% daripada karbon dioksida kekal dalam plasma Lebih kurang 93% yang lain masuk ke dalam sel darah merah 23% bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk karbaminohemoglobin 70% karbon dioksida ditukar dalam sel darah merah menjadi ion bikarbonat (HCO- 3) CO2 + H2O H2CO3 (asid karbonik) HCO- 3 + H+

Rehat

57

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia Tujuan: Bahan dan radas: Menyiasat sistem respirasi mamalia Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan, Prosedur: 1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur. 3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan. 4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks. 5. Keluarkan kelenjar timus. 6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring. 7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea. 8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan.

58

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia

Soalan: 1. (a) (b) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.

2. (a) (b)

Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air. 4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).

59

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Latihan

1.

Labelkan struktur A hingga G dalam gambarajah sistem pernafasan manusia di bawah.

A E B F G D

C

2.

Huraikan ciri-ciri penyesuaian paru-paru manusia yang membolehkan pertukaran gas yang cekap.

3.

Terangkan bagaimana gas oksigen dan karbon dioksida diangkut dalam darah.

4.

Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding dan beza organ pernafasan dan mekanisme pernafasan ikan, serangga dan manusia. Gunakan gambarajah yang relevan sebagai illustrasi untuk jawapan anda.

60

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Tamat

Buku Rujukan Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and Applications. London. Hodder Murray.

Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: Glencoe McGraw Hill Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.mcqueens.net/mcqueen-ntl/dis/toc_/Pt20.html http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBookRESPSYS.html http://www.zephyrus.co.uk/characteristics.html http://ahobart.net/oldsite/biology/advanced/htmlpages/gas.htm

www.unit5.org/biology/PowerPoints/Rat%20Dissection.ppt

61

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 5
Sinopsis

RESPIRASI TUMBUHAN

Tumbuhan menjalankan respirasi untuk mendapatkan tenaga. Organ-organ respirasi atau pernafasan tumbuhan ialah stoma dan lentisel. Daun-daun mempunyai beberapa ciri penyesuaian untuk memastikan respirasi berjalan dengan kadar optimum. Dalam topik ini anda akan belajar tentang organ-organ respirasi tumbuhan dan ciri-ciri penyesuaian daun yang membolehkan respirasi yang optimum.

Hasil Pembelajaran • • Huraikan struktur organ respirasi tumbuhan Terangkan cir-ciri penyesuaian daun yang membolehkan respirasi optimum.

Ringkasan Keseluruhan

Respirasi Tumbuhan

Organ respirasi tumbuhan

Penyesuaian daun untuk respirasi optimum

Rajah 4.1: Ringkasan Keseluruhan Isi Kandungan

62

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan Tumbuhan memerlukan tenaga untuk proses hidup seperti fotosintesis, pertumbuhan, pengangkutan aktif dan pembiakan. Oleh itu tumbuhan perlu menjalankan respirasi untuk mendapatkan tenaga. Pernafasan dalam tumbuhan berlaku sepanjang hari iaitu siang dan malam untuk membekalkan tumbuhan dengan bekalan tenaga yang mencukupi Oksigen diperlukan untuk respirasi. Pada tumbuhan darat, oksigen diperolehi secara resapan ringkas melalui dua organ pernafasan iaitu stoma dan lentisel.

5.1

Stoma

Stoma ialah liang-liang halus yang terdapat pada daun dan batang muda. Stoma membenarkan oksigen, karbon dioksida serta air keluar dan masuk dari daun. Terdapat lebih stoma pada permukaan (epidermis) bawah daun berbanding dengan permukaan atas daun. Perhatikan Rajah 5.1 yang menunjukkan keratan rentas daun. Apakah nama sel yang mengelilingi stoma?
Epidermis Atas

Rajah 5.1: Keratan Rentas Daun

Mesofil palisad

Mesofil berspan

Epidermis bawah Berkas vaskular Sel Pengawal Stoma

63

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Lihat Rajah 5.2 yang menunjukkan stoma yang dilihat di bawah mikroskop elektron. Stoma dikawal oleh dua sel pengawal. Sel pengawal mengawal pembukaan dan penutupan stoma. Stoma membuka ke dalam ruang-ruang

antara sel pada lapisan mesofil berspan dan mesofil palisad.

Sel Pengawal

Stoma

Rajah 5.2: Gambar stoma (mikroskop elektron) Semasa respirasi berlaku, oksigen melarut dalam lapisan lembap permukaan sel dan meresap ke dalam sitoplasma sel mengikut kecerunan kepekatan yang semakin menurun. Semasa oksigen digunakan, kepekatannya dalam ruang antara sel menyusut dan hal ini mewujudkan satu kecerunan kepekatan oksigen yang semakin menurun, dari atmosfera di luar stoma ke dalam ruang antara sel. Gas karbon dioksida yang terhasil daripada respirasi sel akan meresap keluar dari ruang antara sel melalui stoma ke atmosfera menuruni kecerunan kepekatan karbon dioksida.

64

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

5.1.1 Pembukaan dan Penutupan Stoma

Perhatikan gambarajah sel pengawal di Rajah 5.3. Apakah ciri istimewa sel pengawal?

Stoma Dinding dalam Sel Pengawal Dinding luar

Rajah 5.3 : Sel Pengawal

Ciri istimewa sel pengawal ialah dinding bahagian dalamnya lebih tebal daripada dinding luar. Ciri ini membolehkan pembukaan dan penutupan stoma. Pembukaan dan penutupan stoma bergantung pada tekanan segah sel pengawal. Apabila air masuk ke dalam sel pengawal melalui proses osmosis, tekanan segah meningkat. Sel pengawal akan mengembang. Disebabkan dinding dalam lebih tebal dan kurang elastik, kedua-dua sel pengawal akan melingkung ke luar dan membentuk bentuk seperti bulan sabit . Ini akan membuka stoma. Sebaliknya, jika sel pengawal kehilangan air, tekanan segah akan menurun dan stoma akan tutup.

Aktiviti 5.1

(a) (b) (c)

Ambil sehelai daun dan masukkannya ke dalam air suam. Apakah yang anda perhatikan? Apakah inferens yang anda dapat buat?

65

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

5.2

Lentisel Lentisel ialah liang pada batang tua tumbuhan berkayu. Pokok kayu mempunyai lapisan luar (sel gabus) yang tidak telap pada udara atau air. Lentisel terdapat pada lapisan berkayu ini. Lihat Rajah 5.3. Oksigen masuk ke dalam tumbuhan melalui lentisel dan digunakan untuk proses respirasi. Karbon dioksida yang dihasilkan semasa respirasi akan keluar melalui lentisel..
Resapan gas O2 CO2 Lentisel Epidermis

Sel gabus yang tidak telap air atau udara

Rajah 5.3: Keratan Rentas Lentisel

Aktiviti 5.2

Anda ingin memulakan kebun sayur di rumah anda. Apakah faktor-faktor yang anda perlu ambilkira untuk memastikan sayur yang ditanam dapat menjalankan respirasi dengan cekap?

66

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

5.3

Penyesuaian daun untuk respirasi optimum

Daun mempunyai beberapa penyesuaian untuk memastikan respirasi dapat berlaku dengan kadar optimum. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Bilangan stoma yang banyak

Kehadiran Stoma

Luas permukaan yang besar

Penyesuaian Daun Untuk Pertukaran Gas Bentuk nipis dan leper Ruang udara di dalam daun

Permukaan dalam daun yang lembab

Rajah 5.4: Penyesuaian Daun Untuk Respirasi Optimum

67

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Latihan 5.1

Kaji Rajah 5.4 yang menunjukkan ciri-ciri penyesuaian daun untuk respirasi optimum. Untuk setiap ciri yang ditunjukkan terangkan bagaimana ciri tersebut membantu daun dalam respirasi. Bincangkan jawapan anda semasa tutorial.

Latihan 5.2

1. Namakan organ pernafasan tumbuhan

2. Lukiskan keratan rentas daun dan labelkan struktur-struktur berikut: stoma, sel pengawal, mesofil palisad, mesofil berspan, epidermis atas dan epidermis bawah.

3. Terangkan dengan bantuan gambarajah, mekanisme pembukaan dan penutupan stoma

Tamat

68

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Rujukan

Clegg, C.J. with D.G. Mackean. (2007). Advanced Biology-Principles and Applications.Hodder Murray. London Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd. Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th eds.). Boston:McGraw Hill

Layari Internet

http://www.s-cool.co.uk/a-level/biology/gas-exchange/revise-it/gas-exchange-inplants http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/G/GasExchange.html http://www.scribd.com/doc/8304091/81-Gas-Exchange-in-Plants http://www.skoool.ie/skoool/examcentre_sc.asp?id=2846

69

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 6

RESPIRASI SEL DALAM TUMBUHAN DAN HAIWAN

SINOPSIS Respirasi sel ialah proses pengoksidaan dan pemecahan makanan oleh organisma hidup (haiwan dan tumbuhan) melalui satu siri tindakbalas di dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Respirasi sel menukarkan glukosa yang terhasil daripada pencernaan karbohidrat kepada karbon dioksida air dan tenaga. Proses ini dikawal oleh enzim yang tertentu. Tenaga yang terhasil daripada respirasi sel disimpan dalam bentuk ATP.

HASIL PEMBELAJARAN • Banding dan bezakan antara respirasi aerobik dan anaerobik. • Huraikan fungsi mitokondria. • Terangkan kepentingan respirasi anaerobik dalam kehidupan seharian.

KERANGKA TAJUK

RESPIRASI

RESPIRASI LUAR

RESPIRASI DALAM

RESPIRASI AEROB

RESPIRASI ANAEROB

70

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.1 RESPIRASI AEROB Respirasi aerob adalah proses menghasilkan tenaga melalui pengoksidaan glukosa. Respirasi ini berlaku sepanjang masa dalam semua sel hidup pada tumbuhan dan haiwan serta pada mikroorganisma. Respirasi ini memerlukan kehadiran oksigen untuk melengkapkan tindakbalasnya dan menghasilkan karbon dioksida dan wap air sebagai hasil sampingan.Respirasi ini membebaskan banyak tenaga di mana sebahagiannya dibebaskan sebagai haba dan sebahagian lagi sebagai ATP. Keseluruhan proses respirasi aerobik boleh diwakili oleh persamaan berikut:

C6H12 O6 + O2

6CO2 + 6H2O + tenaga

Respirasi aerob melibatkan tiga peringkat yang utama: a) Glikolisis di mana glukosa ditukar kepada piruvat b) Kitar Kreb dimana piruvat ditukar kepada karbon dioksida dan air c) Sistem Pengangkutan Elektron di mana hidrogen yang dikeluarkan dari pengoksidaan ditukar kepada air dan menghasilkan ATP.

6.1.1 Glikolisis. Glikolisis ialah siri tindakbalas di mana gula 6 karbon dipecahkan kepada 2 molekul gula 3 karbon iaitu piruvat. Proses ini berlaku di dalam sitosol. Pada peringkat permulaan glukosa, difosforilasikan dengan bantuan ATP. Ia seterusnya ditukar kepada fruktosa fosfat dan seterusnya fruktosa bifosfat. Pada peringkat ini 2 molekul ATP digunakan. Seterusnya gula 6 karbon ini dipecahkan

kepada 3 molekul gula 3 karbon dikenali sebagai triose fosfat. Akhirnya triose fosfat dioksidakan kepada piruvat melalui pengeluaran hidrogen, menghasilkan NAD. Dua molekul ATP terbentuk apabila setiap triose fosfat dibentuk. Ini menunjukkan 4 molekul 71

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

ATP dibentuk sepanjang pengoksidaan dan penghasilan bersih 2 molekul ATP dihasilkan dari 1 molekul glukosa.

6.1.2 Kitar Kreb

Kitar ini berlaku di dalam mitokondria. Piruvat hasil dari glikolisis memasuki mitokondria dan mengalami dekarboksilasi melalui pengeluaran 1 molekul karbon dioksida. 2 karbon yang tinggal bergabung dengan coenzyme A membentuk asetil coenzyme A . Atom Hidrogen diterima oleh penerima hidrohen NAD membentuk NADH2. Asetil CoA bertindakbalas dengan oksaloasetat (OAA) dengan kehadiran enzim. Kumpulan asetil kemudiannya terurai membentuk sitrat yang akan digunakan semula untyk meneruskan kitaran.

72

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.1.3 Sistem Pengangkutan Elektron Pasangan hidrogen yang dikeluarkan dari tindakbalas perantaraan di antara pengoksidaan glukosa di terima oleh penerima hidrogen iaitu NAD. Tindakbalas ini dimangkinkan oleh enzim dihidrogenase. Atom hidrogen dalam NADH2 dioksidakan kepada air oleh hidrogen . Ini dikenali sebagai laluan pengangkutan elektron. Dalam tiga peringkat pemindahan disepanjang laluan, tenaga dibebaskan dan digunakan untuk mensintesiskan ATP daripada ADP dan fosfat . Tindakbalas ini dimangkinkan oleh enzim ATP-sintetase.

73

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Jadual 6.1: Ringkasan Proses Respirasi Aerob Peringkat Tempat berlaku di dalam sel Proses keseluruhan Bilangan ATP yang dihasilkan 2 bagi setiap satu molekul glukosa. tiada

Glikolisis

Sitosol

Glukosa terurai kepada dua molekul piruvat. Piruvat ditukarkan ke Asetil-co A

Pengoksidaan piruvat

Matrix : bendalir di dalam mitokondria Matrix : bendalir di dalam mitokondria

Kitar kreb

Asetil co A membantu kitar kreb untuk menghasilkan hydrogen

2 dalam setiap pusingan . oleh itu 4 bagi setiap molekul glukosa. 32 bagi setiap molekul glukosa

Sistem Pengangkutan Elektron

Membran dalam mitokondria

Hydrogen membantu siri tindakbalas pengoksidaan dan penurunan untuk menghasilkan ATP

74

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.2 Respirasi anaerob.

Respirasi anaerobik ialah penguraian dan pembebasan tenaga daripada makanan tanpa menggunakan oksigen. Respirasi ini dilakukan oleh sesetangah bakteria, kulat, tumbuhan hijau dan haiwan dalam keadaan tertentu. Hasil respirasi anaerob ialah asid laktik dan tenaga. C6H12O6 Glukosa 2C3H6O3 + 150kJ asid laktik

Latihan

Banding bezakan antara respirasi aerob dan respirasi anaerob

75

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.3 Mitokondria.

Sumber: avonapbio.pbworks.com

Mitokondria

adalah organel tempat berlangsungnya fungsi respirasi sel benda

hidup. Mitokondria berbentuk elips dengan diameter 0.5 µm dan panjang 0.5 – 1.0 µm. Ia mempunyai dua lapisan membran, iaitu lapisan membran luar dan lapisan membran dalam. Lapisan membran dalam berbentuk lipatan-lipatan yang sering disebut sebagai krista (cristae). Di dalam mitokondria terdapat 'ruangan' yang disebut matriks, di mana terdapatnya beberapa mineral. Mitokondria banyak terdapat pada sel yang menjalankan aktiviti metabolisme yang tinggi dan memerlukan ATP dalam jumlah yang banyak, misalnya sel otot jantung. Jumlah dan bentuk mitokondria adalah berbeza-beza untuk setiap sel.

76

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

6.4 Kepentingan proses anaerobik dalam kehidupan seharian. Seperti respirasi aerobik, respirasi anaerobik juga mempunyai banyak kepentingan dalam kehidupan seharian. 1. Proses penapaian. Penapaian mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perindustrian. Etanol yang dihasilkan digunakan untuk menyediakan minuman beralkohol seperti wain dan bir. Yis pula digunakan untuk membuat roti kerana karbon dioksida yang dibebaskan akan menghasilkan rongga di dalam roti dan menjadikannya lembut. Penapaian oleh bakteria pula berguna dalam penghasilan cuka, tairu, keju dan mentega. 2. Aktiviti yang aktif. Semasa aktiviti otot yang giat, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung akan bertambah cepat untuk membekalkan lebih oksigen kepada otot. Namun begitu kuantiti oksigen yang diperlukan oleh otot jauh melebihi kuantiti oksigen yang dibekalkan kepadanya. Dalam keadaan ini sel otot terpaksa berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. 3. Tumbuhan yang terendam ketika banjir. Semasa banjir tumbuhan yang ditenggelami air dapat hidup selama beberapa hari dengan berespirasi secara anaerob. Namun jangka masa pernafasan secara anaeron ini hanya dapat bertahan dalam satu tempoh yang terhad.

77

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan.

Ali adalah peserta Rumah Kuning bagi acara sukan di sekolahnya. Dia mengambil bahagian dalam acara larian 100m. Selepas tamat berlari dalam acara tersebut Ali tercungap-cungap selama beberapa ketika. Huraikan tentang mekanisma pernafasan Ali dan mengapakah perlunya dia bernafas secara yang demikian. Sediakan jawapan anda untuk dibincangkan dalam tutorial yang akan datang.

Rujukan: Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application. Second Edition. Hodder Education, London. Voet. D dan Voet.J.G (1990). Biochemistry.John Wiley & Sons, Inc. http://avonapbio.pbworks.com/w/page/9429473/Mitochondria:-The-Powerhouse-of-a-Cell http://ict4us.com/r.kuijt/en_krebs.htm

78

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful