You are on page 1of 18

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.

Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang

Menurut Cronbach (1970) Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori .
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan .

(Raminah 1991:2).

1. 2. 3. 4. 5.

Mendiagnosis pelajar untu mengesan sejauhmana proses p &p Menentukan pengredan pelajar Menentukan pencapaian pelajar dlm pembelajaran Menempatkan pelajar dlm kump.yg sesuai mengikut keputusan pengujian Memberi bimbingan dan kaunseling.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

D.Stufflebeam proses menentukan , mendapatkan dan memberikan maklumat yg berguna utk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Konteks pendidikan- sistem/proses mengumpul maklumat ttg strategi dan aktiviti P&P,utk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yg sewajarnya.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan rakan sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama disekolah. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.

Membolehkan guru-guru menilai bahanbahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran merekadan membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

http://www.scribd.com/doc/24496040/PGSRBM-NOTA-MODUL-BMM3103-By-CikguRuslee Lee Shok Mee (1993). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

DISEDIAKAN OLEH : 1) AMIRA ASHIKIN ISNI 2) AZIMAHTUL NADIAH UMORUDDIN 3) NUR HIDAYAH HAINAN 4) NURUL SYUHADA MAT SAT PISMP PEND. KHAS 3 JANUARI 2009

You might also like