You are on page 1of 2

1) Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: - BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep - Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar - Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal - Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar - Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. - Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. - Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: - Memberi rangsangan dan minat murid-murid. - Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. - Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. - Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara cara lain - Menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. - Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: - Menjimatkan masa - Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid - Menyeronokkan murid-murid.

You might also like