You are on page 1of 31

JENIS-JENIS PENULISAN KARANGAN

DEDUKTIF, INDUKTIF, dan EKLEKTIF

2 JENIS AYAT PERENGGAN PENDAHULUAN


1. Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang berkaitan dengan definisi dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan.

2 JENIS PERENGGAN PENDAHULUAN


2. Ayat Arahan Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang akan dibicarakan.

Contoh SOALAN Karangan


Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kes kemalangan di jalan raya

Contoh Pendahuluan Karangan


(AR)Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya. (AR) Dari segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (AA)Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.
5

Latihan
Tuliskan 3 ayat ransangan dan 1 ayat arahan untuk perenggan pendahuluan bagi karangan berikut:

Huraikan cara-cara pengurusan masa yang baik.

Cara-cara pengurusan masa


AR : Masa merupakan anugerah tuhan yang mesti kita hargai. AR: Pepatah Melayu turut menyatakan bahawa masa itu emas. AR: Setiap saat yang berlalu pula tidak akan kembali lagi. AA : Oleh itu, cara-cara yang efektif wajar digunakan untuk mengurus masa kita.

Pendahuluan Jenis Suasana


Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.

Contoh Pendahuluan Jenis Suasana


Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanakkanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
9

Pengenalan Jenis Peribahasa


Tulis satu rencana yang bertajuk Perpaduan Asas Kemajuan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

10

Contoh Pengenalan Jenis Peribahasa


Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama dituruni , Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah dan banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.
11

PERENGGAN ISI
(AI)Ayat judul(AT) Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan. (A2)Ayat huraian(AH) Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberikan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama. Ayat contoh/bukti(AC) Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah. Ayat penegas(AP) ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan hal itu, dsb.

12

Contoh Perenggan Isi


(AT) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (AH) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (AC) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (AP) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.
13

Contoh Perenggan Isi


(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.
14

Latihan
Tuliskan ayat judul, ayat huraian, ayat contoh / bukti dan ayat penegas untuk perenggan isi bagi karangan berikut:

Huraikan cara-cara pengurusan masa yang baik.

15

Contoh Ayat Perenggan Isi


A Judul : Antara cara pengurusan masa yang baik termasuklah menyediakan jadual waktu sendiri. A Huraian : Jadual waktu yang kita sediakan haruslah fleksibel dan merangkumi waktu untuk belajar dan waktu kehidupan lain. A Huraian : Dengan adanya jadual waktu, seseorang akan senantiasa sedar akan perkara yang harus dilakukan.

16

Contoh Ayat Perenggan Isi


A Contoh : Misalnya, seseorang pelajar boleh menyediakan jadual waktu peribadi selepas waktu persekolahan. A Penegas: Sesungguhnya, menyediakan jadual waktu akan mendorong seseorang mengurus masanya dengan amat berkesan.

17

Contoh Ayat Perenggan Isi


A Judul :Seterusnya, kita jangan menangguhkan kerja kita. A Huraian: Sikap suka menangguh akan menyebabkan kerja kita menjadi bertimbuntimbun.

18

Contoh Ayat Perenggan Isi


A Contoh: Contohnya, kita menangguhkan kerja hari ini, maka kerja esok kita akan berganda. A Penegas: Ingat, bertangguh itu pencuri masa. Singkirkanlah tabiat buruk ini demi mencapai matlamat pengurusan masa yang lebih efektif.

19

Perenggan Deduktif
Generalisasi (A.Tajuk) Fakta - (A.Contoh) (A. Cadangan) (A. Huraian) Ayat Kesimpulan (AK)

20

Contoh Perenggan Deduktif


(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan ini, persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. (AH) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.
21

Perenggan Induktif
Ayat Kesimpulan (AK) Ayat fakta (AC) / (ACD) Ayat Generalisasi (AT)

22

Contoh Perenggan Induktif


(AK) Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan ini,(ACD) persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini. Oleh hal yang demikian, (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.
23

PERENGGAN PENUTUP
Ayat kesimpulan pendirian penulis Ayat cadangan Ayat harapan

24

CONTOH PERENGGAN PENUTUP


Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undangundang yang ada. Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna jalan raya perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.
25

CONTOH PERENGGAN PENUTUP


Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undangundang yang ada. Pengguna jalan raya janganlah bersikap sudah terhantuk baru hendak tengadah . Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.
26

RUMUSAN
Isi karangan perlulah dikembangkan Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara. Setiap perenggan perlu sekata. Ayat yang gramatis. Penggunaan penanda wacana yang tepat. Menyatakan peribahasa, perumpamaan, dsb
27

Tugasan Bengkel
1) 2) 3) 4) Sediakan karangan yang berkaitan isu berikut : Langkah-langkah mengiktar semula Kepentingan-kepentingan mengitar semula Punca-punca kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar Cara-cara meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar
28

Tugasan Bengkel
5) Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat 6) Langkah-langkah memupuk tabiat menabung 7) Kelebihan-kelebihan penggunaan kad kredit

29

Tugasan Bengkel
8) Keburukan-keburukan penggunaan kad kredit 9) Langkah-langkah menangani masalah merokok dalam kalangan pelajar 10) Langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian.

30

Sekian
Terima kasih

31

You might also like