You are on page 1of 2

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (KAFA) AL HUDA PERKAMPUNGAN SUNGAI ISAP 2 25150 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR Website : www.saralhuda.wordpress.

com Email : sar.alhuda@yahoo.com.my Tel / Fax : 09-5364843 BORANG KEMASUKAN PELAJAR BARU SESI _______ Maklumat Pelajar i. ii. iii. iv. v. vi. Nama Penuh Pelajar Tarikh Lahir No Surat Beranak Tarikh Masuk Sekolah Nama Sekolah Rendah Tahun yang akan di duduki

Gambar berukuran pasport

Maklumat IbuBapa / Penjaga i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Nama Penuh Tarikh Lahir Tempat Lahir No Kad Pengenalan Pekerjaan Alamat Tempat Bekerja Alamat Rumah Rumah : Tel Bimbit : ix. Alamat Email Pejabat :

viii. No Tel

Tuan / Puan perlu menyediakan 1 keping gambar anak tuan/puan berukuran passport dan satu salinan surat beranak. Tanda Tangan IbuBapa / Penjaga

___________________________ Nama : Tarikh : * Potong mana yang tidak berkenaan.

Syarat syarat kemasukan 1. Sekolah ini menerima murid lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun dan juga yang berumur 5 hingga 6 tahun untuk pra Sekolah. 2. Ibubapa / penjaga hendaklah mengisi borang masuk beserta dengan salinan surat kelahiran murid. 3. Borang yang telah lengkap hendaklah di serahkan kepada Pengetua / Guru sekolah. 4. Yuran bulanan di wajibkan dan hendaklah di jelaskan pada awal setiap bulan. 5. Pihak sekolah akan mengambil tindakan memberhentikan murid berkenaan sekiranya yuran tidak di jelaskan dalam tempoh satu bulan 6. Murid murid di kehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang telah di tetapkan Undang Undang dan Peraturan Sekolah 1. Setiap pelajar hendaklah mematuhi undang undang dan peraturan sekolah dan arahan yang di keluarkan oleh guru, pengawas dan sekolah 2. Waktu Persekolahan a. Sesi Pagi 7.45 10.30 pagi b. Sesi Petang 2.45 5.30 petang 3. Semua pelajar di kehendaki datang awal ke sekolah iaitu 15 minit sebelum sesi bermula 4. Pelajar tidak di benarkan keluar masuk semasa sesi persekolahan sedang berjalan. Jika ibubapa / penjaga hendak mengambil pelajar berkenaan, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau guru terlebih dahulu. 5. Bagi pelajar yang berbasikal, hendaklah menyimpan basikal di tempat yang di sediakan dan hendaklah di pasang kunci bagi mengelakkan kecurian. 6. Pelajar tidak di benarkan memakai pakaian yang lain selain dari pakaian sekolah kecuali atas sebab sebab tertentu. 7. Pelajar di larang merosakkan harta benda sekolah. Jika di dapati kerosakan itu dilakukan oleh pelajar, tindakan sewajarnya akan di ambil oleh pihak sekolah 8. Ibubapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya pelajar di bawah jagaannya tidak dapat hadir ke sekolah dan sekiranya pelajar berkenaan tidak hadir dalam tempoh 3 hari , pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewakarnya. 9. Sepanjang tempoh pembelajaran pelajar hendaklah membawa peralatan yang selengkapnya dan pelajar juga di kehendaki melibatkan diri dengan kegiatan ko-kurikulum. 10. Semua pelajar sesi petang di kehendaki menunaikan solat fardhu sebelum pulang kecuali atas sebab sebab tertentu. 11. Makanan semasa rehat ada di jual di kantin dan pelajar di galakan membelinya di kantin sahaja. 12. Perhimpunan sekolah akan di adakan pada setiap hari isnin sebelum kelas bermula untuk sesi pagi dan selepas kelas untuk sesi petang. 13. Kelakuan yang baik adalah di ambil kira sebagai lapuran sekolah. 14. Syarat syarat berpakaian Pakaian Seragam Lelaki - Baju Melayu Putih - Sampin berwarna merah - Songkok hitam atau Kopiah Putih - Kasut Sekolah Putih - Stokin Putih Pakaian Seragam Perempuan - Baju Kurung Putih - Kain Kurung berwarna merah - Tudung Putih - Kasut Sekolah Putih - Stokin Putih

* Semua pelajar di kehendaki berpakaian kemas dan lengkap sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Tindakan disiplin akan di kenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi syarat syarat berpakaian seperti di atas. HARAP MAKLUM.

You might also like