You are on page 1of 14

BAHAGIAN A Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui oleh pengkaji.

Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik. Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula, dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga dengan penggunaan bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dijalankan.

BAHAGIAN B Pendekatan kualitatif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap kesahan, keputusan dan fakta. Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka. Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak menentu yang humanistik. Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat pada kesimpulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru dan keputusan yang berbentuk kependidikan. Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif adalah seperti jaringan yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu jugalah penyelidikan kualitatif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualitatif diklasifikasikan melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan menjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat dan mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik. Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara

mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka. Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut: 1. Keaslian (Naturalistik) Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan lain-lain. 2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data) Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi. 3. Mengutamakan Kaedah Proses Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripada mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian. 4. Induktif Penyelidikan membuat muktamad. kualitatif menganalisa andaian data secara berjaya induktif membuat bermaksud keputusan mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan beberapa sehingga

5. Bermakna (Meaning) Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orang menyarankan kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka. BAHAGIAN C Kekuatan dan Kelebihan Pendekatan Kualitatif Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah:
1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian

yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan peserta kajian (Taylor & Bodgan), dan dengan pendekatan ini membolehkan pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi dan hipotesis.
2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan

kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan konteks kajian yang lengkap dan mendalam (Glense & Peshkin 1992). 3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987).
4.

Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada pelbagai maklmuat (Yin 1994).

5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap

apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin 1990). 6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam.
7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak

langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang

diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen. BAHAGIAN D Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal serta lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Catatan nota lapangan yang dibuat semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pula membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan temubual. Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat. Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan penghuraian data bersifat deskriptif. Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian

berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian

dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati (Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), Penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa yang dikaji dengan bermakna. Pemilihan Tempat Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang penyelidik mempunyai alasan tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984), Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii) kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan peserta kajian boleh terjalin. Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangkan pengkaji perlu menggunakan akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin dapatan data yang berkualiti.

Pemilihan dan Penentuan Peserta Kajian Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal. Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif 1. Pemerhatian Pemerhatian berasal daripada kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta kajian sendiri. Pemerhatian merupakan satu cara untuk mendapatkan data penyelidikan secara terus dan semulajadi dan ia boleh dilakukan menerusi tiga cara iaitu: 1. Pemerhatian Tidak Turut Serta : Pengkaji hanya melakukan pemerhatian dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta kajian dan persekitarannya. 2. Pemerhatian Turut Serta : Memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktiviti peserta kajian. 3. Pemerhatian Separa Turut Serta : Menggunakan ciri-ciri pendekatan keduadua kaedah. Mohd Majid (1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh peserta kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi

maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi seandainya dilakukan secara objektif. Penglibatan lama oleh pengkaji dalam pemerhatian akan menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai. Menurut Jacob (1988) pemerhatian boleh dilakukan untuk merakamkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dalam keadaan semulajadi. 2. Pemerhatian tanpa turut serta Pemerhatian tidak turut serta atau non-partisipative observation membolehkan pengkaji mempelajari bagaimana rasa dan perasaan apabila berada dalam kehidupan sebenar peserta kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu kekal sebagai orang luar bagi membolehkan pengkaji membuat laporan penyelidikan yang tepat. Menerusi kaedah pemerhatian tanpa turut serta pengkaji tidak melibatkan diri atau hadir sama dalam perkembangan tingkah laku peserta kajian atau bergaul secara langsung dengan mereka. Kelebihan dan kekuatan penggunaan kaedah pemerhatian Antara kelebihan keadah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah: i. Pengkaji dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian. Selain itu, pengkaji juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya sendiri untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa yang berlaku di tempat kajian. ii. iii. Pengkaji dapat merapatkan lagi hubungan dengan peserta kajian bagi menjelaskan hasil pemerhatian yang dilihat dengan lebih tepat. Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah kerana pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai contoh, seorang guru sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi muridmuridnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta murid dan murid.
iv.

Pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses pemerhatian, pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh prasangka terhadap peserta kajian.

3. Pemerhatian Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Berstruktur Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua-dua kaedah ini perlu dibantu dengan alat pemerhatian tertentu. Pemerhatian berstruktur boleh menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur pula menggunakan catatan nota lapangan dan dibantu dengan alat perakam yang merakam segala aktiviti yang berlaku dalam pemerhatian tersebut. Data yang diperolehi daripada nota lapangan ini akan dianalisis dan dilaporkan dalam bentuk naratif iaitu dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat dalam nota lapangan. Antara soalan-soalan yang boleh digunakan oleh pengkaji semasa melakukan pemerhatian ialah:
i.

Apa yang hendak diperhatikan: Berdasarkan matlamat penyelidikan maka pengkaji perlu menentukan aspek apakah yang perlu diperhatikan seperti jenis, turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan pengetua, pensyarah atau guru. Perkara ini perlu spesifik dan dinyatakan secara eksplisit.

ii. iii.

Mengapa pemerhatian tersebut dilakukan. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan tempoh masa diperlukan.

4. Temubual Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara terus dengan peserta kajian. Berdasarkan kaedah temubual, kita dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temubual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah mesra dengan peserta kajian. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat peserta kajian secara terperinci. Merriam (1998) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang boleh digunakan dalam pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual

separa berstruktur, dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temubual memerlukan suasana yang mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perlu dipatuhi bagi menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yang ikhlas dan fakta yang tepat. Temubual berstruktur memerlukan soalan-soalan yang ditujukan kepada peserta kajian dirancang bagi mendapatkan respons yang spesifik. Temubual tidak berstruktur pula memerlukan pengkaji memulakan sesuatu rangsangan umum apabila menyoal. Peserta kajian pula digalakkan memberi respons secara bebas. Seterusnya soalan tambahan boleh dikemukakan mengikut keperluan semasa. Temubual separa berstruktur pula akan menggabungkan ciri-ciri temubual berstruktur dan tidak berstruktur. Hitchck dan Hughes (1989) menyarankan beberapa langkah untuk menjalankan temubual dengan berkesan iaitu: a. Penemubual haruslah menjadi pendengar yang baik dan membenarkan peserta kajian menjawab soalan-soalan secara aktif serta menghargai pendapat peserta kajian. b. Penemubual juga harus berkecuali, tidak menonjolkan pandangan sendiri dan tidak menunjukkan reaksi tertentu terhadap peserta kajian. c. Penemubual juga harus tenang, ceria dan sentiasa meyakinkan peserta kajian bahawa jawapan mereka akan dirahsiakan dan mereka bebas memberi apa sahaja pandangan dalam respons. Kelebihan dan kekuatan teknik temubual i. ii. iii. Data yang diperolehi daripada temubual bersifat fleksibel dan kemungkinan besar tidak dapat diperoleh menerusi soal selidik. Penemubual boleh mengemukakan soalan-soalan secara terbuka kepada peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang mendalam dan menyeluruh. Sesi temubual boleh dibuat secara semulajadi, bersahaja dan penemubual boleh menyesuaikan situasi menerusi hubungan erat atau rapport dan saling percaya mempercayai antara satu dan lain. Jawapan temubual tersebut boleh

menggambarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta kajian boleh diambilkira oleh pengkaji (Gay 1981). 5. Bukti dan analisis dokumen Penggunaan bukti dokumen juga merupakan salah satu lagi cara pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif. Merriam (1998) membahagikan dokumen kepada tiga jenis iaitu dokumen atau rekod awam, dokumen peribadi dan bahan-bahan berbentuk fizikal (artifak). Dokumen atau rekod awam bertulis seperti dokumen rasmi sekolah, minit mesyuarat panitia, majalah sekolah, buku rekod mengajar dan bahan bantuan mengajar seperti cara dan pengurusan grafik. Penganalisisan dokumen rasmi seperti buku rekod mengajar membolehkan pengkaji menyemak sendiri apa yang ditulis oleh peserta kajian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Begitu juga dengan penganalisisan minit mesyuarat dapat memberi input mengenai apakah rancangan pengajaran yang telah dirangka atau dilaksanakan oleh peserta kajian. Dokumen peribadi pula adalah dokumen yang dihasilkan oleh seseorang (Bogdan & Biklen 1988). Contoh dokumen peribadi ialah bahan bantuan yang disediakan oleh peserta kajian, buku rujukan, buku catatan, buku latihan pelajar dan buku teks. Penganalisisan rekod peribadi membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan pengesahan apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh peserta kajian dalam pengajaran di bilik darjah. Setiap dokumen yang digunakan boleh direkodkan dengan cara menamakan terlebih dahulu dokumen itu, konteks dokumen dan perkaitannya dengan dokumen lain, kepentingan dokumen dan rumusan kandungan dokumen (Miles & Huberman 1994). Dokumen berbentuk artifak pula merupakan bahan maujud yang boleh menjadi bukti dalam sesuatu kajian. Ia mempunyai maklumat mengenai sesuatu persitiwa dan budaya serta sesuai dijadikan bahan kajian. Ahli sejarah telah menggunakan bahan ini untuk membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian terhadap artifak purba seperti bangunan. Pelbagai bahan artifak yang ditemui pengkaji telah dapat menjawab persoalan kajian yang ditentukan. Begitu juga pada masa yang sama terdapat artifak yang dapat memberi

pengetahuan baru atau persoalan baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji. Di sekolah tedapat bahan artifak seperti bangunan bengkel, perpustakaan, brosur sekolah, perancangan lima tahun sekolah, senikata lagu, visi dan misi sekolah. Proses Pengumpulan Data Kualitatif Proses pengumpulan dan penganalisisan data adalah tahap paling penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu penyelidikan kualitatif. Hal ini disebabkan dalam penyelidikan kualitatif, pengkaji merupakan instrumen kajian utama dan mereka harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung dengan manusia di sekelilingnya (Marohaini 2001). Kajian Rintis Sebelum pungutan data sebenar dilakukan, kajian rintis perlu dijalankan sebagai persediaan untuk memperbaiki kelemahan yang dialami oleh pengkaji sebelum memasuki kajian sebenar. Hal ini diakui oleh Glesne dan Peshkin (1992) yang mengatakan bahawa menerusi kajian rintis pengkaji dapat belajar mengenai proses kajian, jadual temubual dan teknik pemerhatian. Dapatan kajian rintis ini membolehkan pengkaji menyemak semula rancangan kajian. Mencatat nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran Nota lapangan merupakan nota yang dibuat oleh pengkaji dalam bentuk asal semasa pengumpulan data dilakukan. Antara catatan nota lapangan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti amalan, tingkah laku, perasaan dan aktiviti yang berlaku semasa berlangsungnya pengajaran. Tujuan pengkaji mencatatkan perasaan dan luahan hati peserta kajian semasa melaksanakan pengajaran bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai amalan pengajaran guru (Spradley 1980). Catatan dibuat dalam dua bentuk iaitu secara verbatim dan deskriptif tetapi walau bagaimanapun catatan secara deskriptif lebih diutamakan kerana butir percakapan secara verbatim peserta kajian boleh diperolehi daripada pita rakaman. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam keseluruhan

pengajaran guru sejak awal sehingga tamat pengajaran boleh dicatat seberapa banyak yang termampu oleh pengkaji. Temubual Mendalam dan Rakaman Audio atau Video Semasa pemerhatian dijalankan pengkaji tidak boleh berinteraksi secara langsung dengan peserta kajian malahan segala amalan dan tingkah laku peserta kajian termasuk perkataan yang dikeluarkan oleh mereka dicatat atau dirakamkan sahaja. Kesemua butir-butir temubual antara pengkaji dan peserta kajian telah dirakamkan dengan alat perakam audio. Selain mencatat secara umum isi perbualan, pengkaji juga turut mencatatkan gaya percakapan, nada suara, pergerakan mata, mimik muka peserta kajian bagi tujuan meneroka isi hati dan perasaan peserta kajian berhubung dengan isu yang diperkatakan. Langkah ini amat penting dilakukan dalam kajian berbentuk kualitatif bagi mendapatkan gambaran holistik dan tepat mengenai maksud jawapan peserta kajian. Dokumen Pengajaran Antara dokumen yang boleh digunakan dalam kajian adalah seperti buku rekod mengajar guru, minit mesyuarat panitia, bahan bantu mengajar seperti pengurusan grafik, hasil tugasan pelajar dan buku teks. Kesemua dokumen ini perlu diambil oleh pengkaji sebelum, semasa atau sebaik sahaja tamat pemerhatian. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan pengumpulan dokumen pengajaran yang diperlukan terpaksa dilakukan pada hari bukan pemerhatian dijalankan.

RUJUKAN Akhbar Ibrahim. 1992. The A-Level Examination: Qualitative and Quantitative Data in The Context of Perfomance Monitoring System : Thesis PhD University of New Castle Upon Tyne Bogdan, R. C & Biklen, S K. 1989. Qualitative research in education: An Introduction to theory and method. Boston : Allyn & Bacon Inc. Crawson, R L. 1987. Qualitative research methods in higher education. Dlm smart J. C (pynt), higher education: Handbook of theory and research. Volume III, halaman 1-55, New York : Agathon Press Inc. Creswll. J W 1998. Qualitative inquiry and research design choosing among five traditions. Thousand Oasks: Sage Publications. Fraenkel. J R & Wallen. N. E. 1993. How to Design and Evaluate Research in Education. Ed. Ke 3 New York: Mc Graw-Hill Inc. Glesne, C. & Peshkin, A. 1992. Becoming Qualitative Researchers. An Introduction. New York: Longman

You might also like